Isnin, 18 Julai 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Nukilan seni Shuryani

Posted:

Nukilan seni Shuryani

Nukilan seni Shuryani

Oleh ZUHAYATI YAZID


Shuryani Shuib menunjukkan dua buku terbarunya Flowers of My Heart dan The Other Side of The World .


Setiap kali ke luar negara mengikut suami bertugas mahupun bercuti, pasti ada 'buah tangan' yang beliau garap dalam buku catatannya.

Terlalu banyak yang dicatat hingga mampu melahirkan dua naskhah istimewa, Flowers of My Heart dan The Other Side of The World , yang merupakan koleksi puisi menceritakan keindahan perjalanan yang dilalui isteri Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, Datin Seri Shuryani Shuib.

Menurut Shuryani, dua buah buku tersebut menampilkan bait-bait puisi indah bersama memoir yang digarap hasil cetusan ideanya sendiri.

Idea untuk menghasilkan buku tersebut didorong oleh keinginan untuk berkongsi pengalaman perjalanan yang dilalui.

"Dengan membukukan catatan tersebut, saya boleh berkongsi perasaan dan pengalaman yang dilalui. Diharap ia juga boleh menggembirakan orang lain.

"Menulis adalah sebahagian daripada minat saya dan saya rasa dengan tulisan ia boleh menjadi cermin kepada diri sendiri," katanya.

Malah kata Shuryani, penghasilan buku itu bukan semata-mata untuk kepuasan sendiri tetapi ia juga demi membantu masyarakat.

Ini kerana hasil jualan akan disumbangkan kepada Yayasan Semporna bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan di Sabah.

"Mungkin ini adalah salah satu cara saya untuk membantu golongan yang susah khususnya di kawasan Semporna, Sabah,'' ujarnya pada majlis pelancaran buku tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelancaran disempurnakan oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Hadir sama suami Shuryani, Datuk Seri Mohd. Shafie Afdal.

Katanya, dana yang terkumpul hasil daripada jualan buku itu akan disalurkan kepada aktiviti pendidikan yayasan, termasuk pembiayaan pembelajaran selain membantu ibu tunggal, anak yatim serta golongan kurang berkemampuan.

"Justeru, sumbangan daripada jualan buku ini mampu secara langsung dapat memperbaiki struktur sosio ekonomi masyarakat Semporna melalui peningkatan taraf pendidikan terutamanya generasi muda," katanya.

Buku setebal 88 muka surat itu dijual kepada pembaca pada harga RM100 senaskah.

Sementara itu, Mohd. Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, beliau amat mengagumi usaha isterinya itu.

Katanya, ia dilakukan bukan untuk dirinya sendiri, tetapi demi penduduk di kawasan yang diwakilinya itu.

"Bukan mudah untuk menulis puisi, tetapi isteri saya berjaya mengusahakannya. Saya yakin usaha untuk membantu masyarakat di Semporna ini tidak akan terhenti setakat ini saja," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pidato 1Malaysia kukuhkan perpaduan

Posted:

Pidato 1Malaysia kukuhkan perpaduan

Pidato 1Malaysia kukuhkan perpaduan

SUNGGUHPUN julung kali dianjurkan, sambutan terhadap Pertandingan Pidato 1Malaysia Bukan Melayu yang pertandingan akhirnya berlangsung hari ini mendapat sambutan menggalakkan.

Seramai 173 peserta dari seluruh Malaysia menyertai pertandingan anjuran Jabatan Penerangan itu.

Pertandingan Pidato 1Malaysia peringkat negeri telah bermula pada April lepas yang dibuka hanya kepada peserta bukan Melayu berumur 18 tahun ke atas.

Daripada jumlah keseluruhan peserta, kaum Cina mencatatkan jumlah penyertaan yang tertinggi iaitu 71 orang, India seramai 60 orang dan 42 peserta dari kaum lain seperti Iban, Kadazan Dusun dan masyarakat Siam.

Seramai 15 peserta bukan Melayu yang mewakili setiap negeri telah berjaya ke peringkat kebangsaan.

Pertandingan akhir itu akan diadakan pada 19 Julai ini di Amphitheatre Kraftangan Malaysia, Bangunan Seri Utama, Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Penerangan, Ibrahim Abdul Rahman berkata, pertandingan pidato itu adalah program di bawah Kempen Pembudayaan Bahasa Kebangsaan yang bertujuan memperkasa penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam kalangan rakyat.

"Pertandingan Pidato 1Malaysia adalah sebagai satu daripada kaedah bagi menyampai dan menyebarkan maklumat dasar-dasar kerajaan khasnya Gagasan 1Malaysia kepada orang ramai. Ia juga mencapai matlamat Gagasan 1Malaysia melalui pembudayaan Bahasa Kebangsaan yang membabitkan semua kaum," tambah Ibrahim.

Menurut Ibrahim, pertandingan itu akan dijadikan acara tahunan dan Jabatan Penerangan menyasarkan untuk menambah lebih ramai bilangan peserta pada tahun depan.

Ia juga kesinambungan Pertandingan Pidato Kenegaraan yang sebelum ini terbuka kepada semua kaum.

Bagaimanapun, bagi menarik lebih ramai peserta bukan Melayu, Jabatan Penerangan menganjurkan pertandingan ini.

Ibrahim berkata, pertandingan bertemakan "Gagasan 1Malaysia Wadah Perpaduan Nasional" itu memberi peluang kepada para peserta meningkatkan pengetahuan dan kefahaman terhadap gagasan 1Malaysia dan dasar-dasar negara.

"Penguasaan dan pembudayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam kalangan bukan Melayu amat penting kerana ia merupakan asas kepada perpaduan yang akan menyemai semangat cintakan negara," katanya.

Menurut Ibrahim, pihaknya akan secara berterusan menjalankan kempen-kempen yang berasaskan mencintai bahasa kebangsaan memandangkan Bahasa Melayu adalah bahasa yang boleh meningkatkan perpaduan di negara ini.

"Bahasa itu memang jiwa bangsa. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mengguna dan menghayati Bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Paling penting, penggunaan bahasa itu hendaklah betul. Jika ingin bertutur dalam Bahasa Melayu, gunakan sepenuhnya dalam satu bahasa. Bukan 'separuh-separuh'. Seperti kata Menteri, jika ingin berbicara di dalam sesuatu bahasa, berbicaralah sepenuhnya dengan betul.

Bukan separuh ular separuh belut," jelas beliau.

Selepas pertandingan akhir itu nanti, para peserta akan menyertai jabatan penerangan bagi melatih kelompok pemidato baru berdasarkan pengalaman yang telah ada.

Ibrahim berkata, johan pertandingan itu akan berpeluang mengikuti program anjuran Jabatan Penerangan pada masa depan seperti sesi ceramah dan lain-lain aktiviti yang berkaitan untuk menggalakkan lebih ramai peserta bukan Melayu. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved