Isnin, 18 Julai 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Bantah projek lereng bukit

Posted:

Bantah projek lereng bukit

Bantah projek lereng bukit

Oleh ROKIAH ABDULLAH.
rokiah.abdullah@utusan.com.my.


SEBAHAGIAN penduduk Taman Kenari menunjukkan poster bantahan terhadap MPPP yang meluluskan pembinaan projek perumahan baru di Sungai Ara, kelmarin.


PULAU PINANG 17 Julai - Kira-kira 20 penduduk Taman Desaria di Sungai Ara, Bayan Lepas di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meluluskan pembinaan satu projek perumahan di lereng bukit di kawasan mereka.

Menurut penduduk, projek tersebut telah ditolak sebanyak 11 kali oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu kerana khuatir dengan faktor keselamatan penduduk, sebaliknya Kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskannya pada Disember 2009.

Pengerusi Jawatankuasa Membantah Projek Persatuan Penduduk Desaria (DRRA), K. S Yeoh berkata, pemaju projek itu pada asalnya mencadangkan pembinaan 63 buah rumah jenis semi D di kawasan lereng bukit tetapi tidak diluluskan oleh pentadbiran kerajaan negeri pimpinan BN ketika itu.

Jelas beliau, ini kerana cadangan pembangunan itu membabitkan tahap kecerunan melebihi 35 darjah di beberapa kawasan, sekali gus melanggar peraturan binaan struktur yang menetapkan syarat bahawa pembangunan mesti di atas tanah yang tidak membabitkan ketinggian melebihi 76 meter dan kecerunan tidak melebihi 25 darjah.

"Bagaimanapun, semua faktor itu diketepikan selepas DAP mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dan secara tiba-tiba meluluskan projek itu apabila pemaju mengubah pelan pembinaan rumah dari 63 buah kepada 51 buah rumah.

"Mereka tidak memikirkan keselamatan kami yang mendiami kawasan ini. Setiap kali hujan, hati kami tidak pernah tenteram. Risau kalau-kalau tanah jatuh menimpa kami. Adakah mereka mahu kejadian buruk berlaku baru mahu bertindak?" katanya.

Menurut Yeoh, kejadian tanah runtuh telah berlaku beberapa kali di kawasan itu pada 2008 dan tahun lalu terutama apabila hujan lebat.

Selain itu, dakwa beliau, projek pembinaan yang membabitkan tiga lot tanah lereng bukit berkenaan akan dilakukan atas satu lot yang sudah diperuntukkan untuk pembinaan institusi pendidikan.

Bagaimanapun, menurut beliau, kerajaan negeri sering berdolak-dalik apabila diminta penduduk memberikan penjelasan berhubung status projek yang dibangunkan itu.

Justeru itu, DDRA telah membuat bantahan secara bertulis berhubung kelulusan projek berkenaan pada 20 Disember tahun lalu tetapi sehingga sekarang tiada reaksi daripada Lembaga Rayuan MPPP.

"Keadaan menjadi lebih buruk apabila pemaju membersih dan memusnahkan pokok di lereng bukit sejak 24 Jun lalu bagi membina jalan ke tempat itu dan ini menyebabkan ramai penduduk berang walaupun sudah enam bulan bantahan bertulis dihantar.

"Ini bukan CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus), tetapi hanya mahu menyusahkan rakyat," katanya.

Difahamkan, penduduk telah berjumpa dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung (ADUN) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Malik Kassim, Disember lalu dan Exco Perumahan negeri, Wong Hon Wai, bulan lalu tetapi gagal menyelesaikan masalah itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mubarak Kedah berbakti di Kemboja

Posted:

Mubarak Kedah berbakti di Kemboja

Mubarak Kedah berbakti di Kemboja

ALOR SETAR 17 Julai - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Kedah akan mengadakan lawatan selama empat hari ke Kemboja mulai esok yang antara lain untuk berbakti kepada saudara Islam di negara itu.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Razak Hashim berkata, seramai 26 peserta mengikuti program ziarah sambil beramal itu atas tanggungan sendiri.

Katanya, sebahagian besar masyarakat Islam Kemboja masih memerlukan bantuan dari segi fizikal dan semangat termasuk kegiatan keagamaan lebih-lebih lagi menjelang kedatangan Ramadan tidak lama lagi.

"Atas dasar semangat persaudaraan Islam yang melangkaui batasan dan sepadan, kami berharap lawatan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan keperitan serta kesengsaraan hidup saudara seagama di sana.

"Pada masa sama, ia memberi peluang kepada peserta untuk menilai tahap kehidupan rakyat negara itu berbanding negara sendiri dan insaf mengenainya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abd. Razak memberitahu, Mubarak Kedah mengatur pelbagai acara sepanjang empat hari di Kemboja itu termasuk mengunjungi sebuah perkampungan Islam di Daerah Cham.

Di kampung itu, katanya, bantuan masjid akan disampaikan selain mengadakan kenduri kampung dengan menumbangkan dua ekor lembu sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan.

"Sumbangan seperti al-Quran, surah yasin, telekung, pelekat, batik dan sejadah yang ditaja oleh Yayasan Taqwa turut disampaikan kepada penduduk di situ.

"Para peserta juga akan melawat Muzium Pembunuhan Beramai-ramai Tuol Sleng, Killing Fields, Istana Diraja dan Pagoda Perak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zakat fitrah di Kedah kekal RM7 tahun ini

Posted:

Zakat fitrah di Kedah kekal RM7 tahun ini

Zakat fitrah di Kedah kekal RM7 tahun ini

ALOR SETAR 17 Julai - Jabatan Zakat Kedah menetapkan kadar zakat fitrah dikekalkan seperti tahun lalu iaitu sebanyak RM7 seorang.

Setiausaha jabatan itu, Datuk Sheikh Ghazali Yaacob berkata, kadar itu dikekalkan kerana mengambil kira kedudukan harga semasa bagi segantang beras ketika ini yang tidak berubah seperti tahun lalu.

"Kita menjangkakan kutipan zakat fitrah meningkat ke RM8 juta pada tahun ini berbanding RM4.5 juta pada tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan beras fidyah daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Kuala Muda dan Yan di Menara Zakat di sini hari ini.

Sheikh Ghazali berkata, sasaran RM8 juta tersebut boleh dicapai kerana mengikut jumlah penduduk Islam di negeri ini yang dianggarkan kira-kira RM1.5 juta orang, kutipan zakat fitrah sepatutnya boleh mencecah RM10 juta.

Menurutnya, antara faktor yang menyebabkan kekurangan kutipan zakat adalah masih ada umat Islam yang tidak membayar zakat manakala sebahagian pula tidak membayar kepada amil bertauliah yang dilantik jabatan.

Justeru, beliau mengingatkan umat Islam membayar zakat hanya kepada amil yang bertauliah iaitu berjumlah kira-kira 3,000 orang dengan setiap masjid mempunyai antara dua hingga 10 amil bagi kemudahan masyarakat di sesuatu tempat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved