Isnin, 18 Julai 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


691 kompaun abai kebersihan

Posted:

691 kompaun abai kebersihan

691 kompaun abai kebersihan

Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my


Ramlan Ali dan Dr. Nordiyanah Hasan (depan) mengayuh basikal sejauh 10 kilometer pada kempen 'Membanteras Denggi Tanggungjawab Semua' di Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 17 Julai - Sejumlah 691 kompaun bernilai RM345,500 dikeluarkan Jabatan Kesihatan negeri melalui tindakan penguatkuasaan kawalan wabak denggi dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nordiyanah Hasan berkata, hasil pemeriksaan 77,720 premis di seluruh negeri sehingga Jun lalu, sebanyak 4,418 notis kebersihan turut dikeluarkan.

Menurutnya, melalui penguatkuasaan itu, Terengganu mencatatkan penurunan sebanyak 18.5 peratus daripada 370 kes termasuk 73 denggi berdarah dengan satu kematian berbanding 454 kes dan lima kematian dalam tempoh sama tahun lalu.

"Lokaliti wabak denggi juga menunjukkan penurunan sebanyak 33 peratus dengan kes terburuk yang pernah berlaku ialah di Kampung Duyung Besar, dekat sini yang berlarutan selama 35 hari dengan melibatkan 17 kes.

"Selain kampung berkenaan, empat lokaliti atau 'kawasan panas' yang bermasalah denggi sekitar daerah ini masih diletakkan dalam kawasan berjaga-jaga iaitu Kampung Duyung Besar, Kuala Ibai, Gong Tok Nasek, Tok Adis dan Bukit Besar," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Sambutan Hari Denggi ASEAN 2011 peringkat negeri di Dewan Sivik Pasir Panjang, dekat sini petang semalam. Hadir merasmikan program itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Ramlan Ali.

Sebelum majlis perasmian itu, Ramlan dan Nordiyanah turut bersama-sama kira-kira 170 peserta yang lain berkayuh basikal sejauh 10 kilometer dalam kempen 'Membanteras Denggi Tanggungjawab Semua'.

Nordiyanah berkata, tindakan penguatkuasaan adalah pilihan yang terakhir diambil pihaknya dan masyarakat diminta menjalankan tugas serta tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan pelaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.

Sementara itu, katanya, sebanyak 88 projek 'Komunikasi Untuk Kesan Tingkah Laku' atau COMBI telah dilaksanakan di negeri ini sejak awal tahun lalu yang digerakkan oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membanteras denggi.

"Melalui projek itu, sukarelawan dipilih di kalangan penduduk setempat bagi melaksanakan aktiviti pencegahan denggi seperti mengingatkan masyarakat membuat pemeriksaan dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan negeri diminta main peranan bangun UMK

Posted:

Kerajaan negeri diminta main peranan bangun UMK

Kerajaan negeri diminta main peranan bangun UMK

KOTA BHARU 17 Julai - Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Zainai Mohamed bimbang pembangunan kampus baru universiti itu di Jeli dan Bachok tidak mendapat sokongan sepatutnya daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) serta kerajaan negeri.

Katanya, tiada perancangan sempurna dilakukan oleh kedua-dua pihak dalam membangunkan kawasan sekitar kampus baru berkenaan.

Menurutnya, pembangunan fizikal kawasan pada jarak satu hingga empat kilometer di luar kampus sepatutnya dilaksanakan, selain dibina rangkaian jalan yang baik antara Kota Bharu, Bachok dan Jeli.

Beliau berkata, pihaknya kecewa kerana PBT tidak berusaha pantas merancakkan pembangunan infrastruktur awam di sekitar kawasan kampus universiti itu dan seolah-olah sekadar berpuas hati dengan kemudahan sedia ada.

Keadaan itu, katanya, diburukkan lagi dengan sikap masyarakat setempat terutama pemilik tanah persendirian yang tidak mengambil peluang ekonomi dengan menyediakan kemudahan dan keperluan untuk menyokong keperluan warga universiti.

"Kita amat bimbang kerana kebanyakan penduduk tidak melakukan apa-apa, sebaliknya, hanya gembira dengan nilai hartanah yang meningkat tinggi malah ada antaranya enggan menjual tanah mereka kepada pihak yang mahu membangunkannya secara berkelompok.

"Kita mengharapkan pertumbuhan kawasan berlaku dengan pembinaan hotel, rumah sewa, kedai makan, kedai buku dan sebagainya, namun itu tidak berlaku.

"Lokasi di kampus Bachok misalnya, dikelilingi tanah milik persendirian dan kita tidak mampu berbuat apa-apa sekiranya ada pemilik tiba-tiba mahu membina rumah mereka di sudut jalan utama masuk ke kampus," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-4 Operasi UMK dan Penghayatan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) peringkat universiti itu di sini, hari ini.

Zainai berkata, pembangunan secara menyeluruh dan tersusun membabitkan kawasan tanah pemilik persendirian yang ramai hanya boleh dilakukan jika PBT dan kerajaan negeri mengambil peranan sewajarnya.

Beliau mengingatkan, bagaimana usaha terancang pihak berwajib di Bangi, Selangor yang menempatkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berjaya mengubah kawasan berkenaan daripada perkampungan menjadi sebuah bandar moden.

Jelasnya, kampus UMK di Bachok sudah memulakan operasinya bulan ini dengan penempatan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) dan bangunan pejabat Jabatan Pembangunan Infra dan Perkhidmatan (JPIP) sebelum sesi pengajian bermula September depan.

"Menjelang 2015, kampus di Bachok bakal dihuni antara 6,000 dan 8,000 pelajar, sebab itu kita amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak bagi membangunkan universiti ini bersama-sama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nur Ika, Nurul Aina dipilih ke zon Timur

Posted:

Nur Ika, Nurul Aina dipilih ke zon Timur

Nur Ika, Nurul Aina dipilih ke zon Timur

KUALA TERENGGANU 17 Julai - Nur Ika Fatihah Mohd. Fairull'ain, 11, menjadi juara Bintang Kecil peringkat negeri dalam pertandingan nyanyian yang diadakan di Auditorium Radio Malaysia Terengganu, di sini kelmarin.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 48, Dungun yang mengetepikan sembilan peserta lain itu menggondol wang tunai RM500, piala iringan dan layak ke peringkat zon Timur.

Bersamanya ke peringkat zon Timur September depan ialah naib johan, Nurul Aina Natasha Aziz, 11, murid SK Durian Mas 1, Dungun manakala Murid SK Hiliran, dekat sini, Farrdeana Yanty Balqis Kamaruddin, 10, di tempat ketiga.

Turut bersaing di peringkat negeri ialah Afiq Zafri Fizri Zulkifli, 8; Nur Syafiza Azreen Saiful Adli, 10; Nurin Aqilah Kamarul Ariffin, 11; Nurina Tihani Zambrie, 10; Norhikmah Sudin, 10; W. Nursyahirah W. Badaru, 10 dan Nur Hasnaifatin Azlein Mohd. Naim, 10.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Penyiaran negeri, Azizah Mohd. Yusof.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved