Khamis, 13 Oktober 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


DAP mahu tunjuk tidak rasis

Posted:

DAP mahu tunjuk tidak rasis

DAP mahu tunjuk tidak rasis

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Keputusan DAP menarik balik penggantungan selama enam bulan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, membuktikan parti itu terdesak untuk menunjukkan ia tidak bersikap rasis.

Sehubungan itu, menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, kaum India perlu membuka mata dalam isu tersebut kerana DAP akan tetap dengan amalan politik rasis.

''Manoharan juga sepatutnya berterima kasih kepada pemimpin MIC yang bersuara mengenai isu tersebut sehingga DAP terpaksa menarik balik penggantungan terhadap Manoharan.

''Jika tidak disabitkan dengan laungan diskriminasi kaum (racial discrimination) daripada MIC, Manoharan sudah pasti menjadi mangsa keputusan memilih (double standard) yang diamalkan DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi daripada tindakan mengejut DAP yang mengenepikan hukuman gantung selama enam bulan terhadap Manoharan kerana mengeluarkan kenyataan biadab di laman sosial Facebook berhubung Jalur Gemilang baru-baru ini.

Penggantungan Manoharan menjadi isu kerana parti itu tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya memburukkan negeri Johor kononnya kerana ia dilakukan atas kapasiti beliau sebagai Ketua Menteri.

Puad berkata, sikap rasis dan memilih DAP juga dapat dilihat dalam isu Kampung Buah Pala, Pulau Pinang yang tidak mendapat pembelaan parti itu.

Kata beliau, jika benar DAP serius dalam membela nasib semua kaum termasuk kaum India, parti itu sepatutnya menyelesaikan masalah tanah bagi membina sekolah aliran Tamil di negeri yang dikuasai mereka.

''Sedangkan Kementerian Pelajaran sudah meluluskan peruntukan namun berdepan dengan masalah tanah yang sepatutnya diselesaikan DAP," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Rakyat Johor jangan sambut Guan Eng

Posted:

Rakyat Johor jangan sambut Guan Eng

Rakyat Johor jangan sambut Guan Eng

SEGAMAT 13 Okt. - Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) meminta rakyat Johor supaya tidak menyambut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila beliau datang ke negeri ini.

Presiden PPPMM, A. Rahman Mahadi berkata, hanya dengan cara itu dapat memberi pengajaran kepada Setiausaha Agung DAP itu agar tidak lagi sewenang-wenang memperlekehkan negeri lain.

"Rakyat Johor perlu ingat negeri mereka dihina sehingga menjejaskan imej dan memberi persepsi buruk orang luar terhadap Johor. Kedatangan Guan Eng perlu 'disambut' dengan sepanduk membela Sultan Johor sebelum mengusirnya.

"Kemarahan rakyat Johor sudah tidak tertanggung lagi, sekatan dan tekanan secara lebih agresif perlu dilakukan bagi menghalangnya masuk ke negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malam tadi lebih 100 penduduk melakukan piket secara aman membantah kehadiran Setiausaha Agung DAP itu sebelum beliau berceramah di Kelab Rekreasi Siang Hai, Kampung Abdullah, di sini.

Bantahan di hadapan kelab tersebut dilakukan dengan laungan 'Daulat Tuanku', 'Mohon ampun pada Sultan' selain membawa sepanduk mengecam Guan Eng.

Pemimpin DAP itu berjaya 'menembusi' negeri ini di Tangkak dan Segamat pada minggu ini dan bagi mengelak kedatangannya ke Johor disedari penduduk apabila majlis anjuran DAP itu diuar-uarkan tanpa kain rentang.

Guan Eng mencetuskan kemarahan rakyat dan menyinggung Sultan Johor apabila menyatakan negeri ini tidak selamat semasa temu bual dengan media asing di Singapura baru-baru ini.

A. Rahman berkata, kedatangan Guan Eng secara senyap-senyap itu amat biadab dan tidak menghiraukan perasaan rakyat negeri ini apatah lagi Sultan Johor.

"Kalau nak datang ke rumah orang kenalah minta izin tuan rumah, begitu juga jika nak datang ke Johor kenalah minta perkenan Sultan Johor, bukan masuk sebarangan.

"Apa perasaan Guan Eng kalau kami buat perkara yang sama di Pulau Pinang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Edar kitab Injil bahasa Melayu

Posted:

Edar kitab Injil bahasa Melayu

Edar kitab Injil bahasa Melayu

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengaran@utusan.com.my


Dr. Ibrahim Ghaffar (depan, kanan) dan Mohd. Johari Zaini (dua dari kiri) menunjukkan laporan polis dan kitab Injil bahasa Melayu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 13 Okt. – Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela Selangor (MGPSS) hari ini membuat satu laporan polis mengenai penyebaran kitab Injil yang diterbitkan dalam bahasa Melayu yang dikhuatiri boleh memesongkan akidah umat Islam di negeri ini.

Timbalan Pengerusinya, Dr. Ibrahim Ghaffar berkata, apa yang mencurigakan ialah apabila isi kandungan di dalam kitab yang dikenali sebagai Al-Kitab itu menggunakan perkataan 'Allah' bagi menggantikan perkataan 'Tuhan'.

''Sebagai contoh, antara isi kandungan yang terdapat di dalam kitab berkenaan adalah 'Allah menciptakan langit dan bumi serta isinya' dan ini dengan jelas telah melanggar undang-undang di negeri ini yang hanya membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' kepada umat Islam dan bukannya kepada penganut agama lain.

''Lebih membimbangkan apabila kitab tersebut kami perolehi dari seorang remaja Melayu beragama Islam yang merupakan pelajar disalah sebuah sekolah menengah di Klang dan ia diedarkan secara percuma," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

Ibrahim berkata, MGPSS menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tersinggung cubaan sesetengah pihak memesongkan akidah umat Islam di negeri ini.

''Sehubungan itu, kami menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas sekiranya mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab berusaha untuk memurtadkan umat Islam," tegasnya.

Dalam pada itu, Setiausaha MGPSS, Mohd. Johari Zaini pula berkata, satu laporan polis juga turut dibuat terhadap pensyarah undang-undang, Prof. Dr. Aziz Bari dan portal berita propembangkang, Malaysiakini mengenai penyiaran kenyataan mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin.

''Pihak berkuasa perlu menyiasat Aziz Bari dan Malaysiakini kerana menyiarkan kenyataan yang mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin baru-baru ini.

''MGPSS menganggap mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan titah Tuanku sebagai derhaka kerana ia seolah-olah tidak setia kepada baginda yang bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam di negeri ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelajar perempuan dilaporkan hilang selepas ke sekolah

Posted:

Pelajar perempuan dilaporkan hilang selepas ke sekolah

Pelajar perempuan dilaporkan hilang selepas ke sekolah

KANGAR 13 Okt. – Seorang pelajar perempuan yang berbasikal ke sekolah pagi semalam dilaporkan hilang setelah tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.

Bagaimanapun Nurul Nursyawaltie Mohd. Sabri, 14, yang menetap di Taman Bukit Kayangan dekat sini dikatakan tidak berada di sekolahnya semalam dan basikalnya ditemui di sebuah kawasan perumahan berhampiran.

Bapanya, Mohd. Sabri Samat, 35, yang ditemui di sini berkata, beliau menunggu anak sulungnya di lokasi basikal ditemui sehingga petang semalam namun kelibat anaknya tidak kelihatan.

Eksekutif produksi sebuah syarikat menjahit pakaian itu berkata, beliau telah membuat laporan polis awal hari ini.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Putra itu dikatakan mempunyai sejumlah besar sahabat dalam laman sosial facebook.

Mohd. Sabri tidak menolak kemungkinan anaknya ke Pulau Pinang kerana mempunyai ramai kawan di negeri itu apatah lagi sebelum ini mereka sekeluarga menetap di sana.

Katanya, gambar Nurul Nusyawaltie telah disebar kepada rakan-rakannya melalui telefon bimbit sebagai langkah untuk mengesan anaknya. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


48 regu sedia melibas

Posted:

48 regu sedia melibas

48 regu sedia melibas

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


Pelibas pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Perak sempat berlatih sebelum majlis undian saingan antara zon Kejohanan Takraw KFC-Utusan di UiTM, Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi


KUALA LUMPUR - Hari ini sebanyak 48 regu akan berentap dalam peringkat zon bagi mencari tempat ke perlawanan separuh akhir Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 di Pusat Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Kesemua regu yang mewakili peringkat zon masing-masing; selatan, utara, timur dan tengah akan bermain dalam saingan liga berkumpulan sebelum memasuki saingan kalah mati.

Saingan selama dua hari ini merupakan penentu kepada juara-juara dan naib juara zon untuk mengintai kemuncak perlawanan akhir yang akan diadakan di kawasan terbuka pusat komersial The Curve dekat Mutiara Damansara, Ahad ini.

Selain aksi melibas peserta kejohanan yang pasti memukau, pelbagai acara menarik telah disusun oleh penganjur untuk penonton bersama-sama merasai sendiri keunikan sukan tradisi rantau ini.

Pun begitu, tumpuan pastinya terarah kepada persiapan setiap pasukan pada kejohanan ini.

Pestans A yang diperkuatkan bekas tekong negara, Normanizam Ahmad dan Gastep B yang memiliki bekas pengumpan kebangsaan, Jamry Ederis bakal menjadi pilihan utama untuk berentap menentukan juara kategori Terbuka Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 pada perlawanan akhir Peringkat Akhir di Damansara, Ahad ini.

Kelebihan sistem kiraan baru 15 mata dan tiga kali bergilir dengan lawan, dianggap banyak bergantung kepada tekong dan bagi pengulas sukan Astro Arena 801; stesen TV penyiar rasmi kejohanan edisi kedua ini, Mahadzer Mokhtar, Normanizam mempunyai ramuan terbaik untuk memanfaatkannya.

"Dia berada dalam prestasi terbaik dan begitu konsisten ketika ini malah masih boleh dipanggil ke skuad elit sekarang sekali gus satu kelebihan buat Pestans A sementara servis tekong Gastep B, Subha Latip tidak kurang bisanya apatah lagi dengan usianya yang masih muda dan pernah mewakili skuad pelapis negara.

''Apit kiri dan kanan Pestans, Suhairi Sulaiman dan Khairul Zaman Hamir Akhbar yang berpengalaman pada Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN, Julai lalu pula masih berusia belasan tahun tetapi saya dapati permainan mereka sudah mencapai kematangan dan berkeyakinan ketika memenangi Zon Selatan.

"Namun, daya kepimpinan Jamry seperti mana ketika menjuarai Zon Timur, Julai lalu, akan banyak memandu Gastep ke perlawanan akhir malah mereka sudah membuktikan kehebatan dan ketahanan berentap pada perlawanan akhir sehingga set penentuan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Mahadzer, penasihat kejurulatihan Jepun yang mengulas perlawanan separuh akhir dan akhir Zon Selatan, Utara, Timur dan Tengah menerusi Astro Arena 801, bagaimanapun agak terkilan kerana penonton KFC-Utusan terlepas peluang menyaksikan aksi tekong GPMS D, Fauzi Ghazali yang menjuarai Zon Utara, Julai lalu (ekoran penggantungan Persatuan Sepak Takraw Malaysia).

"GPMS D juga berentap hebat sehingga tiga set untuk menewaskan ATM JLJ C di Alor Setar dan mereka mulanya menjadi pilihan saya ke perlawanan akhir. Bagi juara Zon Tengah, MBMB A, kekuatan mereka lebih bergantung kepada apit kiri Syafiq Ab. Rahman - kawalan bola dan gelanggangnya masih bagus dan mampu memimpin regunya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemain boling remaja negara meninggal dunia

Posted:

Pemain boling remaja negara meninggal dunia

Pemain boling remaja negara meninggal dunia

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Arena sukan tanah air semalam digemparkan dengan kematian mengejut seorang pemain boling muda berbakat, Khoo Beng Khai, 20, dipercayai serangan jantung.

Pemain skuad pelapis kebangsaan kelahiran Pulau Pinang itu dikatakan rebah dan tidak sedar diri sebaik tiba di tempat letak kereta asrama Casa 1, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil di sini kira-kira pukul 11 malam.

Dia dikejarkan ke Hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 1 pagi.

Pemergian Beng Khai merupakan satu kehilangan besar kepada sukan boling negara di saat dia sedang mempamerkan peningkatan mendadak dan membuktikan keupayaannya untuk diserap ke dalam skuad elit dalam setahun dua lagi.

Mendiang menikmati musim terbaik kariernya tahun lalu apabila menjadi anggota yang menjuarai acara berpasukan Kejohanan Remaja Asia sebelum meneruskan kecemerlangannya muncul juara Kejohanan Milo Remaja All-Stars pada Disember.

Terbaru pada Mei lalu, dia juga mengungguli kategori remaja Terbuka Malaysia.

Ketua jurulatih, Holloway Cheah berkata, dia melihat Beng Khai sebagai pemain sangat berpotensi yang berada dalam perancangan skuad elit tahun 2013.

"Beng Khai tidak pernah mengeluh, sentiasa bersungguh-sungguh dan rajin ketika latihan. Dia juga budak yang berhemah dan tidak mempunyai sebarang masalah disiplin.

"Mengetahui dia perlu menampung perbelanjaan dirinya, dia sanggup mengambil kerja sambilan, namun dia pandai membahagi masa dan prestasinya tidak pernah terjejas," kata Holloway.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia dalam akaun Facebook miliknya mendapati ia dipenuhi ucapan takziah daripada teman seperjuangan, sahabat handai dan peminat-peminat boling negara.

Antara mereka yang paling terjejas dengan berita mengejut itu pastinya pemain yang sedang menjalani persiapan menghadapi Sukan SEA, Aaron Kong yang merupakan sahabat karibnya.

"Anda bagaikan adik saya. Kita berdua telah banyak menikmati pengalaman manis. Kamu sentiasa berada dalam hati saya, bersemadilah dengan aman sahabat yang dikasih," tulisnya dalam Facebook sambil menukar gambar profil yang memaparkan gambar rakan senegerinya itu.

Seorang lagi pemain boling negara, Siti Shazwani Ahmad Suhaimi terkenang bagaimana Beng Khai pernah memberikan motivasi kepadanya sehingga dia menjadi juara wanita Kejohanan Milo Remaja All-Stars tahun lalu.

"Saya ingat lagi pada masa itu dia baru menjuarai kategori lelaki dan sejurus itu dia datang kepada saya dan memberitahu 'pastikan kamu juga jadi juara dan melengkapkan kejuaraan berganda untuk Malaysia'.

"Saya seolah-olah tidak percaya dia sudah pergi, dia tidak kesampaian mempertahankan kejuaraan tahun ini," kata Siti kepada Utusan Malaysia semalam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Julia Gillard terpaksa beralah

Posted:

[unable to retrieve full-text content]CANBERRA 13 Okt. - Kerajaan Australia hari ini membatalkan rancangan perjanjian pertukaran orang pelarian dengan Malaysia melibatkan 800 'orang hanyut' dari Canberra dengan 4,000 pelarian berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kuala Lumpur.

Bandar kelahiran Gaddafi akhirnya tumbang

Posted:

[unable to retrieve full-text content]SIRTE 13 Okt. - Bandar kelahiran Muammar Gaddafi, Sirte akhirnya jatuh ke tangan tentera Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dan seorang daripada anak lelaki bekas pemimpin Libya itu, Mutassim turut ditawan.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Projek telaga tiub didakwa gagal

Posted:

[unable to retrieve full-text content]Saya terpanggil untuk mengemukakan aduan menerusi Rakan Pahang bagi merayu agar kerajaan negeri segera menyalurkan bekalan air bersih ke Kampung Chegar Perah, Merapoh berikutan penduduk di sini masih menggunakan air yang kotor sejak beberapa tahun lalu.

Mohon pindahkan pencawang TNB

Posted:

[unable to retrieve full-text content]MEMILIKI sebuah rumah merupakan impian setiap keluarga apatah lagi jika lokasinya bebas daripada sebarang perkara yang boleh membahayakan keselamatan penghuninya.

Pantau gelagat pemandu lori di Pekan Kerambit

Posted:

[unable to retrieve full-text content]SAYA merupakan pengguna jalan raya Jerantut ke Kuala Lipis melalui kawasan Kuala Tembeling, Mela dan Pekan Kerambit kerana kerap berurusan di bandar Kuala Lipis.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Tertuduh pertama ada urusan

Posted:

[unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM 13 Okt. – Tertuduh pertama, N. Pathmanabhan didakwa berjanji untuk berbuka puasa bersama seorang rakannya yang juga pesara polis di Subang Jaya dekat sini pada pukul 7 malam, hari Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dikatakan dibunuh pada Ogos tahun lalu.

Haslinda Merican, Mohd. Amin dipenjara

Posted:

[unable to retrieve full-text content]PUTRAJAYA 13 Okt. – Selepas 16 tahun turun naik mahkamah, bekas penerbit rancangan televisyen, Haslinda Merican M.A. Merican dan bekas perunding kewangan, Mohd. Amin Jamadi akhirnya dihantar ke penjara hari ini atas kesalahan menjadi perantara pelacuran melibatkan empat artis wanita.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Inap Desa Kampung Parit Bugis

Posted:

Inap Desa Kampung Parit Bugis

Inap Desa Kampung Parit Bugis

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
editor.johor@utusan.com.my


SALAH sebuah premis yang dijadikan inap desa di Kampung Parit Bugis, Muar.


MUAR 12 Okt. - Kampung Parit Bugis merupakan perkampungan tradisional yang harus diberi pujian kerana mengambil inisiatif tersendiri untuk mengekalkan kebersihan dan landskapnya.

Perkampungan itu terdiri daripada 12 penempatan iaitu Parit Masjid, Parit Gantong, Kampung Melayu, Parit Begelen, Simpang Sekolah, Parit Bugis, Parit Nombor 1 hingga 5 dan Sungai Balang Kecil.

Kawasan itu dibuka pada 1909 oleh orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Saribut dan Daeng Abu Bakar dengan menanam getah.

Selepas lima tahun, masyarakat Bugis berkenaan meninggalkan kampung tersebut kerana tanah di kawasan itu tidak sesuai untuk penanaman getah.

Seterusnya pada 1913, masyarakat Jawa dari Kabupaten Ponorogo datang meneroka kawasan tersebut, namun nama Kampung Parit Bugis kekal hingga kini walaupun kawasan itu dihuni oleh masyarakat Jawa.

Antara tarikan yang ditawarkan di kawasan itu adalah Inap Desa Kampung Parit Bugis yang terletak kira-kira 153 kilometer dari bandar Johor Bahru atau kira-kira dua jam perjalanan yang menjanjikan pengalaman menarik dan tidak mampu dilupakan.

Sebaik sahaja menjejak kaki ke kampung berkenaan, pengunjung dapat menyaksikan sebuah kampung yang bersih dan teratur serta memiliki keindahan landskap yang dihasilkan menerusi semangat gotong-royong.

Keletihan mengharungi perjalanan yang agak jauh hilang apabila para pengunjung disajikan dengan persembahan kebudayaan dan pada masa sama dihidangkan dengan jamuan ringan.

Keadaan persekitaran yang bersih dan landskap yang menarik menjadikan pengunjung tidak sabar untuk meneroka setiap sudut kawasan kampung berkenaan bagi menikmati sendiri suasana sebenar perkampungan tradisional itu.

Inap Desa Kampung Parit Bugis disertai 56 penduduk yang menawarkan 150 bilik penginapan rumah tradisional, separa tradisional dan moden bersesuaian dengan cita rasa pengunjung.

Kekuatan utama inap desa berkenaan adalah kebersihan serta keindahan landskap di setiap rumah peserta apabila penduduk menanam pelbagai jenis pokok bunga selain pokok hiasan yang dijaga rapi di sepanjang jalan kampung.

Pengerusi Inap Desa Kampung Parit Bugis, Saifudin Mohd. Kadak berkata, pengunjung akan disajikan dengan suasana kampung tradisional dan aktiviti harian penduduk terutamanya penghasilan produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Beliau berkata, selain produk IKS berasaskan makanan, masyarakat setempat turut menghasilkan produk kraf tangan yang menggunakan bahan terbuang seperti tempurung kelapa, kayu larik dan pembuatan gerabak menggunakan enjin vespa terpakai.

Selain itu, pelancong juga berpeluang menanam pokok di tempat khas yang disediakan sebagai tanda kenangan serta bukti mereka pernah datang ke kampung tersebut dan pokok-pokok yang ditanam akan ditandakan dengan nama pengunjung serta tarikh ia ditanam.

"Para pelancong akan dibawa melawat ke kebun nanas, kelapa, kelapa sawit dan pada masa sama boleh mempelajari kaedah 'menyawit'. Selain itu, mereka juga akan dibawa melawat ke tempat pembuatan baulu, kuih cakar ayam serta gula kelapa.

"Pada malamnya, mereka disajikan dengan pelbagai persembahan tradisonal masyarakat Johor seperti tarian zapin, ghazal, adat persandingan, kompang serta jidor, kuda kepang serta persembahan masyarakat Jawa seperti barongan dan kempling," katanya.

Justeru, pengunjung yang ingin merasai kehidupan kampung sebenar serta ingin menikmati keindahan budaya masyarakat Johor, Kampung Parit Bugis mungkin lokasi paling ideal untuk dikunjungi.

Full content generated by Get Full RSS.

Kraf tangan kayu larik jadi tumpuan pengunjung

Posted:

Kraf tangan kayu larik jadi tumpuan pengunjung

Kraf tangan kayu larik jadi tumpuan pengunjung


Aktiviti membuat perhiasan menggunakan kayu antara produk pelancongan di Kampung Parit Bugis di Muar.


MUAR 12 Okt. - Barangan kraf tangan daripada kayu larik merupakan salah satu daripada produk industri kecil dan sederhana (IKS) yang tidak terdapat di mana-mana kampung lain selain dari Inap Desa Kampung Parit Bugis di sini.

Pengerusinya, Saifudin Mohd. Kadak berkata, produk yang dihasilkan menerusi bahan terbuang itu antara yang sering mendapat perhatian pengunjung kerana keunikan serta keindahan seni pembuatannya.

Menurutnya, antara produk yang boleh dihasilkan daripada kayu larik termasuk gambus, gendang, marakas, gasing dan bekas hiasan serta lampu.

"Kayu larik ini merupakan kayu yang diambil daripada pokok mati dan kebiasaannya boleh diperoleh dari kawasan kebun lama dan tepi sungai.

"Jika dilihat, ia seperti tidak berguna tetapi selepas diukir, dibentuk dan dicat maka terciptalah hasil seni yang menarik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Selain itu, pembuatan gerabak untuk mengangkut buah kelapa sawit merupakan sebahagian lagi produk IKS keluaran kampung itu dan ia merupakan hasil kreativiti penduduk.

Beliau berkata, penghasilan gerabak daripada bahan terpakai merupakan antara idea menarik kerana ia bukan sahaja kreatif, malah amat berguna kepada pengusaha tanaman kelapa sawit di kampung berkenaan.

Katanya, dengan menggunakan enjin motosikal vespa dan enjin kereta terpakai, gerabak itu mampu digunakan untuk mengangkut buah sawit dalam kuantiti sederhana.

"Gerabak yang dihasil daripada bahan terpakai itu boleh digunakan untuk suatu tempoh yang lama dan memerlukan peruntukan kecil untuk diselenggara. Mungkin, gerabak yang terhasil kelihatan sedikit pelik tetapi amat berguna kepada pengusaha kelapa sawit berskala sederhana dan kecil.

"Selain untuk mengangkut buah kelapa sawit, ia juga boleh digunakan untuk membawa barangan dan orang sekiranya diperlukan pada musim kenduri-kendara," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Karipap 10 jenis inti laris

Posted:

Karipap 10 jenis inti laris

Karipap 10 jenis inti laris

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


NORAZLIN Sulaiman dan Faizal Hashim tekun menyediakan inti karipap di gerai mereka di Kilang Lama, Kulim, Kedah, baru-baru ini.


KULIM 12 Okt. - Ada segelintir masyarakat mengenali makanan tradisional ini dengan nama epokepok dan tidak kurang juga gemar menggunakan nama Inggerisnya iaitu curry puff.

Biarpun namanya berbeza, namun kuih karipap memang tidak asing dan menjadi kegemaran rakyat negara ini.

Sebut sahaja karipap, pasti para penggemarnya 'kecur air liur', sekali gus membayangkan keenakan kuih itu apabila dimakan ketika panas apatah lagi disajikan bersama air teh atau kopi.

Bagi pasangan suami isteri, Faisal Hashim, 36, dan Norazlin Sulaiman, 36, yang mengusahakan gerai di Kilang Lama dekat sini, karipap menjadi sumber pendapatan utama mereka sekeluarga sejak empat tahun lalu.

Faisal berkata, setiap hari dia menghasilkan kira-kira 1,000 biji karipap untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Katanya, bagi melariskan lagi jualan, dia dan keluarga mencipta karipap ramuan khas mengandungi 10 jenis inti terdiri daripada daging rusa, ayam, kambing, ketam, telur, daging lembu, ubi kentang, sotong, sardin dan ikan.

"Inti campuran terhasil dengan menggunakan ramuan rempah-ratus yang dicipta sendiri oleh saya dan isteri. Ini menjadikan karipap yang dihasilkan kami unik.

"Setiap biji karipap bersaiz hampir sebesar tapak tangan dijual dengan harga RM2," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Faisal memberitahu, antara karipap yang laris dijual ialah inti daging rusa, ayam dan sardin.

Katanya, selain gerai di Kilang Lama, dia turut mempunyai sebuah lagi gerai di Taman Chai Leng dan diuruskan oleh dua pembantu.

"Tugas mengendalikan bahan asas untuk penyediaan inti pula dikendalikan oleh seorang lagi pembantu, manakala rempah-ratus serta adunan inti karipap diuruskan oleh saya dan isteri," katanya.

Ditanya penglibatan awalnya dalam perniagaan itu, Faisal berkata, idea menjual karipap muncul selepas memerhatikan kejayaan seorang mamak kenalannya menjadi usahawan selepas menjaja kuih berkenaan di stesen bas sekitar 1980-an.

"Saya mula berniaga secara sambilan ketika bertugas di syarikat penghantaran barang di Taman Chai Leng, Butterworth. Selepas menguasai selok-belok perniagaan, akhirnya saya mengambil keputusan berhenti kerja pada 2009.

"Bermula dengan hanya 20 biji karipap sehari, kini ia meningkat kepada hampir 1,000 biji. Saya bersyukur atas sambutan yang diberikan oleh pelanggan yang terdiri daripada pelbagai kaum," katanya.

Faisal memberitahu, berkat usaha gigihnya, dia dan isteri kini berjaya menubuhkan syarikat Mutiara Karipap.

"Walaupun berniaga di sebuah gerai kecil, namun pendapatan yang diperoleh kini mencecah lima angka sebulan," katanya.

Faisal berkata, bagi mengembangkan lagi perniagaan, dia dan isteri bercadang menawarkan francais karipap kepada mereka yang berminat pada masa akan datang.

Full content generated by Get Full RSS.

Pesisiran Sayong ikon pelancongan terbaharu

Posted:

Pesisiran Sayong ikon pelancongan terbaharu

Pesisiran Sayong ikon pelancongan terbaharu


SEBAHAGIAN daripada pandangan indah pesisiran Sayong Kuala Kangsar yang terletak di tepi Sungai Perak.


KUALA KANGSAR 12 Okt. - Kawasan sekitar Persisiran Sayong yang menjadi antara mercu tanda di bandar diraja ini akan dipromosikan secara besar-besaran sebagai ikon pelancongan terkemuka selaras kempen Tahun Melawat Perak tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan, Datuk Wan Khairil Anuar Wah Ahmad berkata, walaupun belum mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong, usaha giat sedang dijalankan bagi mempromosikan kawasan tersebut sebagai destinasi pelancongan.

Menurutnya, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) sedang merangka strategi, termasuk cadangan membawa pelancong ke kawasan tersebut melalui Hentian Rawat dan Rehat Dataran Sungai Perak di Lebuh Raya Utara Selatan.

Beliau berkata, pelancong akan dibawa menaiki bot laju dari jeti yang sudah siap dibina berhampiran hentian tersebut.

"Pelancong akan melalui Sungai Perak, mudik ke hulu hingga ke Pesisiran Sayong untuk melihat suasana kawasan berkenaan yang menampilkan keistimewaan sebagai salah satu lokasi pelancongan baru di negeri ini," katanya di sini, hari ini.

Pesisiran Sayong merupakan kawasan pelancongan yang diwujudkan melalui inisiatif pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) pada 2009 dengan melibatkan kos RM14 juta oleh Kementerian Pelancongan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Selain mempunyai landskap menarik, pelancong juga boleh mengunjungi beberapa lokasi menarik seperti bangunan Karyaneka, restoran terapung, jeti, kios kraf tangan dan galeri Sayong.

Wan Khairil Anuar memberitahu, kawasan itu berpotensi untuk berkembang selain keperluan pihak restoran di situ untuk menyediakan hidangan makanan yang lazat serta memenuhi selera pelancong sama ada dari dalam atau luar negara.

Full content generated by Get Full RSS.

Tawar kompaun serendah RM5

Posted:

Tawar kompaun serendah RM5

Tawar kompaun serendah RM5

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

KUBANG PASU 12 Okt. - Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) memberi tempoh sehingga akhir bulan ini kepada lebih 60,000 pemilik kenderaan untuk membayar saman kerana kesalahan trafik yang mencecah RM3 juta sejak 2008.

Ketua Penguat Kuasa Tunggakan Hasil dan Parkir MDKP, Zakariya Ahmad berkata, kegagalan melunaskan kompaun itu akan menyebabkan mereka disenarai hitam selain disekat dalam semua urusan dan kemudahan berkaitan MDKP.

"Tindakan tegas juga akan diambil termasuk merujuk perkara itu kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan.

"Kegagalan pemilik kenderaan menjelaskan semua saman trafik yang tertunggak sejak tiga tahun lalu memungkinkan mereka disenarai hitam dan dirujuk kepada JPJ," katanya ketika dihubungi di sini.

Sejak Rabu lalu, MDKP mengadakan Operasi Kompaun dan Kempen Beli Kupon, Satu Kenderaan Satu Kupon yang berakhir semalam.

Sempena operasi itu, MDKP turut menawarkan kompaun serendah RM5 berbanding RM50 kepada pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan berkaitan.

Menurut Zakariya, hampir 1,000 kompaun dikeluarkan kepada pemilik kenderaan atas pelbagai kesalahan meletak kenderaan di kawasan MDKP sepanjang enam hari operasi itu.

"Kaunter bergerak yang dibuka untuk memudahkan orang ramai membayar saman masing-masing akan diteruskan setiap Jumaat dan Sabtu setiap minggu bagi menjayakan operasi pemutihan bayaran kompaun RM10 sehingga 31 Oktober ini.

"Ia juga akan terus dibuka atas permintaan orang awam bermula November sehingga 2012 bagi memudahkan bayaran saman dibuat di kawasan terpilih di sekitar Jitra," katanya.

Tambahnya, operasi itu akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan 65 hingga 95 peratus pengguna di daerah itu membayar caj meletak kenderaan masing-masing.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Melayu hilang kuasa 10 tahun lagi

Posted:

Melayu hilang kuasa 10 tahun lagi

Melayu hilang kuasa 10 tahun lagi

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan WANDA IDRIS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Orang Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti serta kuasa terutama berkaitan hal sosial, politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa.

Apabila itu terjadi, katanya, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi 'berhutang' dengan pemberi 'bantuan' berkenaan sehingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.

Menurutnya, senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand wajar dijadikan iktibar.

"Di Singapura, muftinya tidak boleh memprotes hidangan daging haram yang dihidangkan di majlis membabitkan Melayu Islam (serta Islam lain) walaupun membuat ketetapan Islam tidak boleh memakannya.

"Hidang tidak apa dan ini (berlaku) kerana ketiadaan kuasa (di kalangan Melayu)," katanya semasa berucap merasmikan Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah di Bangi, dekat sini hari ini.

Seterusnya, Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mengingatkan supaya masyarakat Islam merebut kekayaan negara serta menguruskan kekayaan itu kerana kekuatan ekonomi boleh menyelamatkan agama.

Sebagai contoh, katanya, banyak negara Arab yang mempunyai kekayaan hasil minyak tetapi gagal menjananya semula sehingga menyimpan wang dalam bentuk rizab bon di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun menurut beliau, AS yang kini mempunyai hutang terkumpul bernilai AS$14 trilion dikhuatiri tidak mampu membayar rizab bon negara-negara Arab berkenaan.

"Miskin itu kufur dan pegangan (agama) juga boleh jadi lemah," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Rakyat Malaysia diminta cabar kebolehan diri

Posted:

Rakyat Malaysia diminta cabar kebolehan diri

Rakyat Malaysia diminta cabar kebolehan diri


Dr. Mahathir Mohamad mendengar sesuatu diperkatakan Suwaibah Muhammad Nasir sambil diperhatikan Sheikh Ahmad Dusuki di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin


PUTRAJAYA 12 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu lebih ramai rakyat negara ini mencabar diri dengan melakukan sesuatu yang baharu kerana ia mampu menguji kebolehan diri mereka.

Menurutnya, aktiviti itu bukan tertakluk dalam bidang sukan sahaja, tetapi juga bidang-bidang lain yang mampu mencetuskan budaya baharu buat rakyat negara ini.

"Kalau seseorang itu sanggup hadapi cabaran, dia akan buat persediaan untuk menghadapi cabaran tersebut. Kalau kita ada sikap sebegitu atau kesanggupan seperti itu maka rakyat negara ini tetap akan berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas bertemu dengan peserta Misi Larian Sahara, Suwaibah Muhammad Nasir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Kumpulan Utusan merupakan antara penaja bagi program itu.

Dr. Mahathir berkata, bukan sesuatu yang mudah untuk Suwaibah merentas padang pasir, tetapi dengan semangat Malaysia Boleh bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu sanggup mencabar diri bagi tujuan itu.

Larian Sahara melibatkan perjalanan sejauh 1,111 kilometer akan dilakukan secara solo oleh wanita berusia 38 tahun yang berasal dari Kelantan itu.

Larian yang dijangka mengambil masa 35 hari akan bermula dari Aswan ke Luxor sejauh 179 kilometer, Luxor-Sohag- Assyut (221 kilometer), Assyut-Al-Minya-Giza-Kaherah (318 kilometer) dan Kaherah ke Suez sejauh 125 kilometer.

Seterusnya laluan mencabar menanti Suwaibah dari Suez ke Port Said sejauh 146 kilometer sebelum menamatkan misinya di laluan Port Said-Rafaj sejauh 122 kilometer.

Dr. Mahathir turut menyeru orang ramai agar menghulurkan bantuan untuk menjayakan misi larian yang memerlukan perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM1 juta.

"Bantuan kewangan daripada penderma yang bermurah hati amat diperlukan untuk tujuan ini dan mereka akan diberikan hadiah istimewa iaitu dinar emas," katanya.

Sementara itu Pengurus Larian Sahara, Sheikh Ahmad Dusuki berkata, mereka yang menderma sebanyak RM1,500 akan menerima dinar emas bernilai RM800 dan ini bermakna mereka menyumbang sebanyak RM700 untuk larian tersebut.

"Sebahagian daripada sumbangan ini akan digunakan untuk membantu penduduk Palestin di Gaza manakala selebihnya akan didermakan kepada Tabung Bantuan Pulih Wajah Nurul Dahyatul Fazlinda-YPU, Persatuan Kanser Malaysia dan Yayasan Buah Pinggang," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Wujudkan Akta Murtad

Posted:

Wujudkan Akta Murtad

Wujudkan Akta Murtad

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
dan WANDA IDRIS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Pihak berkuasa agama digesa supaya segera mewujudkan akta bagi menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, ini kerana golongan yang cuba menyesatkan orang Islam tidak pernah berhenti berbuat demikian sejak dari dahulu lagi.

Menurutnya, pada 2008 beliau pernah mendedahkan terdapat 260,000 orang Melayu sudah dikristiankan di negara ini dan bilangan itu dikhuatiri bertambah saban tahun.

"Mereka ini tidak pernah berhenti cuba menyesatkan orang Islam dan akta sebegini amat perlu bagi menangani gejala murtad yang semakin berleluasa.

"Akta Murtad perlu diwujudkan segera kerana gejala itu seperti virus terhadap bangsa Melayu Islam," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Perpaduan Ummah: Gagasan dan Cabaran Masyarakat Islam Malaysia ke Arah Kelangsungan Ummah pada Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, dekat sini, hari ini.

Terdahulu dalam pembentangan kertas kerjanya, Harussani menasihatkan pemimpin serta masyarakat Islam supaya kembali bersatu terutama dalam politik demi kelangsungan budaya dan agama.

Katanya, masyarakat Islam semakin berpecah kebelakangan ini termasuk dalam politik dan ideologi sehingga menyaksikan ada pihak yang mendukung konsep pluralisme agama.

"Ada pemimpin kita yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam sedangkan pengertian Allah dalam Islam amat jelas dan tidak sama dengan pengertian konsep Trinity dalam Kristian, jadi adakah kita rela jika Tuhan kita dihina dan disalahtafsir" katanya.

Katanya, umat Islam juga perlu memastikan taraf ekonomi mereka sentiasa berada dalam keadaan baik supaya ia dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang terutama ketika dunia menghadapi krisis kemelesetan serta penguasaan ekonomi oleh bukan Islam.

Justeru menurutnya, kesemua usahawan, cendekiawan, ulama dan pemimpin politik Islam perlu berganding bahu dalam menjamin hak orang Melayu Islam terus terpelihara tanpa terpengaruh dengan fahaman politik masing-masing.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Perkakas restoran disita

Posted:

Perkakas restoran disita

Perkakas restoran disita

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusankedah@utusan.com.my


Anggota penguat kuasa MPAG mengusung peti ais krim yang disita daripada sebuah restoran makanan segera dalam satu operasi di Masjid Tanah, kelmarin. - UTUSAN/MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM


ALOR GAJAH 12 Okt. - Perkakasan sebuah restoran makanan segera terkenal di sini disita selepas didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen sejak Mei lalu.

Restoran itu yang terletak di Masjid Tanah juga didapati gagal membayar 40 kompaun yang dikenakan sebelum ini.

Ekoran kedegilan pemilik restoran terbabit, sepasukan penguat kuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) melakukan serbuan ke atas premis tersebut kira-kira pukul 3 petang semalam.

Pegawai Penguatkuasanya, Hasan Lambut yang mengetuai operasi itu berkata, tindakan sita terpaksa diambil setelah MPAG beberapa kali memberikan notis amaran kepada pemilik premis berkenaan.

Menurutnya, MPAG juga telah mengeluarkan sebanyak 40 kompaun terhadap restoran itu atas kesalahan melanggar syarat lesen dan beroperasi tanpa lesen sebelum ini.

"Kita terpaksa bertindak tegas selepas beberapa kali memberikan amaran namun tidak diendahkan oleh pemilik premis," katanya ketika ditemui selepas menjalankan operasi itu di Masjid Tanah, semalam.

Menurutnya, perkakas yang disita dalam Ops Sita itu termasuklah kerusi, meja, rak barang, peti sejuk dan peti ais krim.

Beliau berkata, MPAG akan meningkatkan pemantauan ke atas premis perniagaan di daerah Alor Gajah bagi memastikan setiap peniaga patuh kepada undang-undang dan tiada salah guna atau melanggar syarat lesen perniagaan dilakukan.

"MPAG tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap premis yang gagal mematuhi undang-undang dan saya berharap supaya peniaga segera mendapatkan atau memperbaharui lesen perniagaan masing-masing jika tidak mahu dikenakan tindakan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiga premis siber diserbu

Posted:

Tiga premis siber diserbu

Tiga premis siber diserbu

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

JELEBU 12 Okt. - Usaha membanteras kegiatan perjudian siber terus diperhebatkan apabila polis menyerbu tiga buah premis yang disyaki menjalankan aktiviti haram di Pekan Simpang Pertang, Kuala Klawang dekat sini Sabtu lalu.

Hasil serbuan yang bermula kira- kira pukul 11 malam itu, sebanyak 60 set komputer yang dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut telah dirampas dari premis terbabit.

Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Setapa Yusoff berkata, serbuan itu dijalankan hasil maklumat awam dan risikan oleh anggota pasukan itu.

Menurutnya, pusat judi itu telah menjalankan kegiatan tersebut sejak tiga bulan lalu dan pihaknya telah beberapa kali membuat serbuan.

"Mereka seperti tidak serik dan hasil siasatan kita mendapati dalang atau pengusaha premis judi itu kerap bertukar. Mereka juga sering mengubah taktik dengan menjalankan aktiviti judi di bahagian belakang kedai bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa," katanya di sini, hari ini.

Tambah Setapa, pihaknya turut menahan dua lelaki warga tempatan berusia 27 dan 29 tahun yang dipercayai penjaga premis tersebut.

"Mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu untuk ditahan dan selepas itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 setiap seorang," ujarnya.

Setapa berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001) dan Seksyen 6 Enakmen Pusat Hiburan kerana berniaga tanpa lesen.

"Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap mesin yang dirampas atau penjara lima tahun di bawah Seksyen 4B (a).

"Bagi kesalahan di bawah Seksyen 6, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Papan tanda guna bahasa kebangsaan

Posted:

Papan tanda guna bahasa kebangsaan

Papan tanda guna bahasa kebangsaan


SEGELINTIR papan iklan yang menggunakan bahasa Malaysia di Jalan Mufti Haji Khalil, Melaka, semalam.


MELAKA 12 Okt. - Usaha kerajaan mewajibkan semua papan tanda di jalan raya utama, persekutuan, premis perniagaan dan kawasan perumahan ditulis dalam bahasa kebangsaan jelas dipatuhi oleh semua pihak di negeri itu.

Tinjauan Utusan Malaysia di jalan-jalan utama sekitar negeri itu mendapati, semua papan tanda dan papan iklan menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul selaras dengan saranan kerajaan memartabatkan bahasa itu dalam kalangan masyarakat.

Di kawasan tumpuan pelancong khususnya di pusat bandar sekitar Banda Hilir mendapati semua papan iklan menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya tanpa dicampur aduk dengan penggunaan bahasa Inggeris.

Begitupun, terdapat segelintir papan iklan seperti sebuah syarikat hartanah yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya untuk tujuan promosi digantung di sebuah jejantas di Jalan Mufti Haji Khalil berhadapan Hospital Melaka.

Beberapa kawasan tumpuan pelancong yang lain di Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh sehingga ke Plaza Tol Ayer Keroh juga dihiasi kain rentang dan bunting turut menggunakan bahasa kebangsaan.

Senario sama juga dilihat di jalan-jalan utama lain sekitar Cheng, Batu Berendam, Bukit Beruang, Peringgit, Durian Tunggal, Klebang, Tanjung Kling dan Bukit Katil.

Ia termasuk di persimpangan lampu isyarat Seri Negeri-MITC dan Jalan Mufti Haji Khalil-Lebuh AMJ yang didirikan papan tanda khas mengenai sambutan bulan bahasa.

Papan-papan iklan syarikat swasta dan institusi pengajian tinggi yang bertujuan mempromosi produk mereka juga dilihat menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya.

Keadaan ini sekali gus mencapai gesaan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang sebelum ini memberi tempoh dua minggu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu untuk membetulkan mana-mana papan tanda atau papan iklan yang dikenal pasti tidak mengunakan bahasa Melayu yang betul.

Mohd. Ali ketika mengumumkan tempoh itu pada 5 Oktober lalu juga berkata, pembetulan juga perlu dibuat sebelum pengisytiharan Melaka Maju 2010, 20 Oktober ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Melepas tuntung di Sg. Kemaman

Posted:

Melepas tuntung di Sg. Kemaman

Melepas tuntung di Sg. Kemaman

Oleh SAPPE MAT JUNUS
utusanterengganu@utusan.com.my


Kanak-kanak asyik menyaksikan sebahagian daripada tuntung yang berusia kira-kira tiga bulan pada majlis pelepasan haiwan itu di Kampung Pasir Gajah, Kemaman, baru-baru ini.


KEMAMAN 12 Okt. - Sebanyak 84 ekor anak tuntung sungai berusia tiga bulan dilepaskan ke dalam Sungai Kemaman baru-baru ini yang menyajikan satu pengalaman menarik bagi golongan muda apabila dapat menatap, memegang dan melepaskan haiwan eksotik yang kian diancam kepupusan itu ke dalam air.

Pelepasan tuntung ini adalah kali kedua dilakukan di Kampung Pasir Gajah, selepas 100 ekor dilepaskan Jun lalu dan lapan ekor lagi di Kampung Dadong sebulan kemudian di bawah program pemuliharaan yang pertama kali dilakukan di daerah ini dengan penglibatan penduduk setempat.

Kesemua anak tuntung yang dilepaskan itu telah ditimbang, diukur dan dimasukkan mikrocip yang berfungsi sebagai tanda pengenalan bagi tujuan penyelidikan di sungai tersebut yang selama ini terlepas daripada perhatian para penyelidik dan pencinta alam.

Program pemuliharaan itu dimulakan Februari lalu melalui usaha bersama Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pasir Gajah, penduduk setempat dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Chen Pelf Nyok, selaku pengurus projek pemuliharaan itu berbangga dan berterima kasih kepada penduduk Kampung Pasir Gajah kerana begitu cakna dan sepakat menjayakan usaha itu.

''Mereka sedar tentang tuntung yang semakin lama semakin jarang kelihatan. Mereka ingin memastikan haiwan itu terus dapat dilihat oleh generasi akan datang.

''Cuma mereka tidak tahu bagaimana memulakan projek pemuliharaan, lalu kami mencadangkan dan mereka bersetuju serta memberikan sepenuh kerjasama," ujarnya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau menarik perhatian seramai tujuh penduduk kampung yang digelarkannya sebagai 'geng tuntung' secara sukarela menjalankan pemerhatian di pinggir sungai dan mengumpulkan telor untuk pengeraman.

Malah, katanya, mereka menolak upah yang ditawarkan kerana bagi mereka ia sebagai satu sumbangan untuk memastikan tuntung terus naik bersarang di kampung mereka.

''Musim tuntung bersarang di kampung itu adalah dari Januari ke Mac setiap tahun. Sebanyak 420 butir telur dieramkan dengan sebanyak 198 ekor anak tuntung telah berjaya ditetaskan. Kadar penetasan adalah sebanyak 47 peratus,'' katanya.

Menurutnya, daripada 198 anak tuntung itu, lebih daripada separuh telah dilepaskan ke dalam Sungai Kemaman seminggu selepas penetasan dan ketika itu purata berat seekor adalah 118 gram, manakala purata panjang adalah 8.7 sentimeter dan lebar cengkerang 8.2 sentimeter.

''Selebihnya telah dipelihara oleh penduduk setempat sebelum turut dilepaskan baru-baru ini. Ketika itu purata beratnya 468 gram, panjang cengkerang 14.2 sentimeter dan lebar 12.2 sentimeter," ujarnya.

Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar bersama dengan Pengerusi JKKK Pasir Gajah, Mohd. Nor Jusoh, penduduk kampung dan penuntut Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (UCSI).

Beliau juga berharap projek tersebut akan dilanjutkan pada tahun-tahun akan datang dan diperluaskan ke sungai lain yang menjadi kawasan habitat spesies itu.

Katanya, di negeri ini, usaha pemuliharaan tuntung telah dimulakan di Sungai Setiu sejak 2004 dan perkembangannya agak memberangsangkan.

Full content generated by Get Full RSS.

Dua juta liter air bersih sehari

Posted:

Dua juta liter air bersih sehari

Dua juta liter air bersih sehari

Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my


DR. Hasnul Mohamad Salleh (kiri) bersalaman ketika menyerahkan dokumen Projek Bekalan Air Pulau Perhentian kepada Husain Embong sambil disaksikan Mat Razali Kassim (tengah) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 12 Okt. - Projek bekalan air bersih ke Pulau Perhentian yang telah siap sepenuhnya Mei lalu menelan kos terbesar bagi penyaluran bekalan ke pulau-pulau di negara ini.

Projek bagi kemudahan penduduk tempatan dan pengunjung di pulau peranginan itu menelan kos sebanyak RM60.75 juta dan mengambil masa lebih empat tahun.

Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Razali Kassim berkata, Syarikat Air Terengganu (SATU) kini mampu membekalkan dua juta liter air bersih sehari kepada kira-kira 1,600 penduduk.

''Ia turut memberi manfaat kepada lebih 40 pengusaha pusat pelancongan di pulau yang menerima kedatangan pelancongan hampir 90,000 setahun," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Projek Bekalan Air Pulau Perhentian daripada Jabatan Bekalan Air Malaysia kepada SATU di Wisma Darul Iman di sini, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air, Ir. Dr. Hasnul Mohamad Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Husain Embong.

Menurutnya, projek yang bermula Februari 2006 itu melibatkan pemasangan paip di dasar laut sepanjang 22 kilometer dari Bukit Bubus, ke Pulau Perhentian Besar dan pembinaan tangki air berkapasiti 1.82 juta liter di pulau itu.

"Selain pembinaan tangki air berkapasiti 0.75 juta liter di Bukit Bubus, termasuk dalam projek berkenaan pemasangan paip kepada pengguna sepanjang 4 kilometer di Pulau Perhentian Kecil dan 1 kilometer di Pulau Perhentian Besar," katanya.

Mat Razali berkata, projek berkenaan memakan masa berikutan pihak pemaju melaksanakan pembinaan mesra alam bagi menjaga terumbu karang di taman laut serta kawasan hutan berbukit di kedua-dua pulau itu.

"Pihak kementerian memaklumkan, projek bekalan air bersih di Pulau Perhentian ini adalah yang terbesar di Malaysia pernah dilaksanakan dan ia mampu membekalkan air terawat untuk generasi akan datang," katanya.

Sebelum ini, katanya, penduduk dan pengusaha pelancongan di pulau berkenaan menggunakan bekalan air melalui loji air bawah tanah yang dibina oleh SATU di Pulau Perhentian Besar.

"Bagaimanapun, loji itu tidak dapat menampung keperluan penduduk terutama pada musim kemarau selain airnya yang berasa payau dan penggunaan minyak diesel turut mendedahkan kepada faktor pencemaran di taman laut," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

PPWK bantu wanita berdikari, tingkat ekonomi

Posted:

PPWK bantu wanita berdikari, tingkat ekonomi

PPWK bantu wanita berdikari, tingkat ekonomi


GURU jahitan PPWK Chempaka, Rashidah Darus (tengah) bersama Norina Mat Essa (kiri) dan Noraiza Hassan pada Majlis Graduasi PPWK Kali Ke-6 di Kompleks Islam Lundang, Kota Bharu. semalam.


KOTA BHARU 12 Okt. - Kalau dahulu, dia hanya boleh menjahit seluar anak yang koyak, kini Norina Mat Essa, 37, dari Pengkalan Chepa dekat sini, boleh tersenyum lebar melihat tiga anaknya memakai baju jahitannya sendiri pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Malah, wanita itu yang hanya mula memijak 'pedal' mesin jahit pada awal tahun, sudah boleh menghasilkan pelbagai rekaan baju hasil daripada kursus jahitan selama tujuh bulan di Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) Chempaka bermula Januari lalu.

"Saya pun tidak sangka boleh jahit baju untuk keluarga sendiri, tetapi seperti mana orang kata, rajin berusaha tangga kejayaan, saya mencabar diri sendiri untuk belajar sesuatu yang baru demi kebaikan keluarga," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Graduasi PPWK Ke-6 di Kompleks Islam Lundang di sini, kelmarin.

Norina merupakan salah seorang penerima anugerah pelajar terbaik PPWK yang disampaikan oleh isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Surirumah yang berasal dari Ipoh, Perak itu sudah bermastautin lebih 12 tahun di Kelantan dan bercita-cita membuka sebuah kedai jahitan dan butik suatu hari nanti bagi menambah pendapatan keluarga.

Seorang lagi pelajar terbaik, Noraiza Hassan, 40, dari Padang Tembak, pula berkata, walaupun dia sendiri sudah pandai menjahit baju sejak 15 tahun lalu, input yang diterima apabila mengikuti kursus PPWK amat berguna bagi meningkatkan kemahiran.

Katanya, kelas jahitan lima hari seminggu yang terbuka kepada semua wanita tanpa had umur itu membolehkannya belajar pelbagai jenis potongan dan fesyen baharu termasuk sulaman.

"Kita tidak rugi apa-apa bila belajar, malah, ada sahabat sekelas yang berusia lebih tua daripada saya turut serta walaupun tidak ada apa-apa asas menjahit," katanya.

Seramai 187 pelajar dari seluruh negeri yang lulus peperiksaan teori dan praktikal jahitan PPWK pada hujung Julai lalu menerima sijil masing-masing pada majlis itu.

PPWK Wakaf Bharu telah dipilih sebagai PPWK Terbaik; PPWK Tanjung Emas dan Kelaboran bagi kategori PPWK Dinamik dan Guru Jahitan Terbaik pula disandang oleh Fatimah Mamat.

Sementara itu, Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, sejak program itu dimulakan pada 2006, seramai 1,701 pelajar telah mengikuti kursus jahitan dan 932 daripadanya lulus peperiksaan dengan cemerlang.

"Kelas PPWK disediakan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) namun, hanya 26 sahaja pusat yang aktif, kita akan banyakkan promosi agar lebih ramai wanita turut serta kerana ia memberi peluang kepada mereka belajar kemahiran menjahit yang boleh dijadikan sumber pendapatan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved