Ahad, 19 Jun 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Zulkifli, Anwar perdaya Qaradawi

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 19 Jun – Bekas peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Noordin mengesahkan bahawa Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi sebenarnya diperdaya ketika ulama tersohor itu mengeluarkan fatwa menyokong ketua pembangkang dalam kes liwat.

Buktikan model negara kebajikan

Posted:

[unable to retrieve full-text content]MACHANG 19 Jun – Pas Kelantan diminta mengemukakan model projek negara 'berkebajikan' berasaskan Islam yang berjaya dilaksanakan oleh parti itu sepanjang memerintah negeri ini lebih 20 tahun lalu.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Cukup memukau

Posted:

Cukup memukau

Cukup memukau

Oleh MOWARDI MAHMUD
bisnes.utusan@gmail.com



JIKA berhasrat mencari atau ingin bertukar kereta, Peugeot, suatu antara nama yang terkenal di dunia, juga menawarkan pelbagai pilihan menarik dan terbaik.

Kereta buatan Perancis yang menjadikan singa berdiri sebagai ikonnya telah bertapak kukuh di Malaysia, sebelum 1980an sehinggalah kehadiran kereta Jepun dengan pelbagai model dan murah harganya, mengubah selera dan minat rakyat tempatan.

Ketika itu, kereta Peugeot 204 dan 504 bersama-sama kereta VW beetle dan Fiat 600D menguasai jalan-jalan raya sebelum disingkirkan oleh tiga jenama utama, Toyota, Datsun (kini Nissan) dan Honda (Big 3) selain kemunculan kereta buatan nasional Proton Saga.

Namun begitu, kegilaan rakyat Malaysia terhadap kereta buatan Eropah itu yang pernah dilihat sebagai pilihan janggal sebelum ini, kini kembali menyemarak.

Salah satunya kereta Peugeot 207 yang dipasarkan oleh Kumpulan Naza sebagai saingan kepada kereta-kereta seperti Toyota Vios, Honda City dan Mazda2. Setakat ini, sejumlah 900 buah Peugeot 207 berjaya dijual sejak diperkenalkan akhir tahun lalu.

Peugeot, terus menonjolkan kehebatannya dalam 'mewujudkan cinta pada pandangan pertama', ia jarang gagal menambat hati sesiapa sahaja kerana reka bentuk moden yang ditawarkan cukup menawan sekali dan setiap aspek kenderaan itu dipastikan berkualiti tinggi.

Ketika memandu, Peugeot 207 yang disasarkan untuk orang muda dan pasangan berkeluarga dengan dua anak, ternyata tidak mengecewakan terutamanya kemampuan daya pecutan dan kendalian kemas serta mantap. Ia menyediakan paparan pelbagai fungsi untuk memaklumkan pelbagai maklumat menjadikan pemanduan satu pengalaman menyeronokkan.

Dengan kehebatan reka bentuk, teknologi dari Perancis, Peugeot 207 yang diperkenalkan untuk menguasai pasaran lebih besar di Malaysia dan ASEAN, mungkin kereta ini menjadi pilihan anda.

Enjin

KERETA ini digerakkan dengan enjin petrol 1.6 L diperlengkapkan dengan gear automatik elektronik iaitu sistem Tiptronic yang menawarkan kepada pemandu corak pembawaan kereta sama ada secara aktif ataupun sebaliknya. Ia juga menyediakan mod sport bagi pemanduan sporty yang mengutamakan prestasi kereta selain juga lebih cengkaman ketika di jalan yang licin.

Gaya badan

TIADA yang tidak menoleh dua kali ketika nampak kelibat Peugeot 207. Kereta itu cukup elegan, dinamik dan mewah, selain memperlihatkan kesinambungan model Peugeot 308 dengan reka bentuk menyerlahkan kualiti dan kekuatan rangka bina. Bahagian depan ditampilkan dengan jeriji krom dan mempunyai nama Peugeot, membentuk satu kesatuan kepada keseluruhan reka bentuk supaya lebih menonjol. Bentuk bamper bahagian hadapan yang berjaya diterapkan secara cukup kemas, menawarkan perlindungan terbaik.

Ruangan dalaman

PEUGEOT 207 mempunyai ruang yang luas dengan reka bentuk dashboard turut menawarkan tahap penglihatan lebih jelas kepada penumpangnya. Bahagian panel instrumen juga ringkas, jelas dan mudah dibaca. Untuk menjadikan ruang dalaman lebih menarik dan sporty, steringnya juga disaluti dengan kulit.

Keselamatan

KESELAMATAN pemandu dan penumpangsememangnya diutamakan. Kereta ini antara lain dilengkapkan dengan beg udara pintar yang boleh tidak diaktifkan jika tempat duduk kanak-kanak dipasang pada kerusi hadapan sebelah pemandu. Malah, ia dipermudah dan lebih selamat dengan pemasangan ISOFIX.

Selain pintunya akan berkunci secara automatik apabila kereta bergerak pada kelajuan 10 kilometer, Peugeot 207 juga mengaktifkan lampu kecemasan atau hazard light secara automatik sekiranya kenderaan itu dibrek dengan mengejut dan mendadak, sebagai memberikan amaran kepada pemandu-pemandu di belakang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perodua Viva jadi 'kegilaan' di Sri Lanka

Posted:

Perodua Viva jadi 'kegilaan' di Sri Lanka

Perodua Viva jadi 'kegilaan' di Sri Lanka

KUALA LUMPUR 19 Jun _ Selepas berjaya menjadikan Myvi, kereta kompak paling popular di Malaysia, Perodua bakal mencipta fenomena yang serupa di Sri Langka tetapi kali ini melibatkan kereta Viva.

Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, permintaan Viva di Sri Langka hampir mencecah 300 peratus dan merupakan sesuatu pencapaian yang menakjubkan.

''Permintaan pasaran di Sri Lanka begitu menggalakkan terutamanya model Viva,'' kata beliau di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Aminar Rashid berkata, Perodua akan mengeksport 500 buah Myvi baharu ke Indonesia menjelang akhir bulan ini menggunakan jenama Daihatsu Sirion.

Penghantaran kereta itu ke republik itu adalah langkah pertama Perodua menembusi pasaran negara berkenaan menggunakan jenama Daihatsu.

Aminar Rashid berkata, Perodua Myvi atau Daihatsu Sirion akan dilancarkan sempena pameran motor antarabangsa di Indonesia kemungkinan sebelum penghujung bulan Julai.

Katanya, penghantaran pertama Myvi itu akan menjadi asas kepada Perodua untuk menilai keadaan pasaran di negara itu sebelum langkah selanjutnya dilakukan.

"Selain Indonesia, pasaran di Thailand dan Afrika Selatan masih di bawah kajian dan ia memerlukan sedikit masa sebelum kami membuat sebarang keputusan," kata Aminar Rashid.

Mengulas lanjut tentang Myvi, beliau berkata, kereta generasi baharu itu dihasilkan menggunakan kepakaran 200 jurutera tempatan.

"Kami melabur RM230 juta bagi memajukan model baharu ini selama 27 bulan selain berjaya meningkatkan kandungan tempatan kepada 85 peratus berbanding 80 peratus dalam MyVi generasi pertama.

"Model terbaharu ini hanya menggunakan casis Daihatsu, manakala peralatan lain yang melengkapinya adalah komponen tempatan termasuk reka bentuk dan keperluan yang ditawarkan," jelas beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


PENSTANS A juara zon selatan

Posted:

PENSTANS A juara zon selatan

PENSTANS A juara zon selatan

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


Aksi sengit pasukan PENSTANS A (kanan) menentang PKNS A pada perlawanan akhir lelaki terbuka Kejohanan Sepaktakraw KFC-Utusan 2011 di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, semalam.


JOHOR BAHRU - Pasukan PENSTANS A muncul juara kategori Lelaki Terbuka setelah menundukkan PKNS A pada perlawanan akhir Kejohanan Sepaktakraw KFC-PKNS 2011 bagi Zon Selatan yang berlangsung di Kompleks Perbandaran Pasir Gudang dekat sini, semalam.

PENSTANS A yang beraksi cemerlang tidak mengambil banyak masa untuk menundukkan PKNS A 15-6, 15-7.

PENSTANS A dibarisi pemain Normanizam Ahmad (tekong), Mohd. Khairul Zaman Hamir Akhbar (apit kanan) dan Muhamad Suhairi Sulaiman (apit kiri) manakala PKNS A diwakili Mohd. Zamee Mohd. Zainuddin (tekong), Dzan Hedir Amin (apit kanan) dan Mohammad Saifulrudin Khalid (apit kiri).

Juara kategori Lelaki Terbuka membawa pulang RM2,500, trofi dan barangan penaja manakala naib juara membawa pulang RM2,000, trofi dan barangan penaja.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan disaksikan Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali dan Pengerusi QSR Brands & KFC Holdings (Malaysia) Berhad, Kamaruzzaman Abu Kassim.

Turut hadir adalah Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Arshad Yahya; Pengarah Urusan KFC, Jamaluddin Md. Ali; Yang Dipertua MPPG, A. Rahim Nin dan Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Md. Noor.

Sementara itu, jurulatih pasukan PENSTANS A, Zambry Fared Mohd. Nordin menyifatkan kemenangan pasukannya sebagai tuah memandangkan ini adalah kali pertama pasukannya menyertai kejohanan tersebut.

''Tidak dinafikan kesemua pasukan yang bertanding bagi kategori ini amat hebat belaka, namun pasukan kami khususnya PENSTANS A bermain dengan penuh konsisten sejak awal pusingan.

''Pada perlawanan akhir juga, pasukan kami tidak menghadapi sebarang masalah dan kesefahaman diantara pemain adalah kunci kejayaan kami," katanya.

Zambry Fared turut mengakui Normanizam yang pernah menjadi tekong kebangsaan sehingga membantu negara menjulang emas pada Sukan SEA 2005 memberi kelebihan kepada pasukannya sehingga berjaya menjulang gelaran juara.

Katanya, dia kini fokus untuk merancang jadual latihan anak buahnya itu sebagai persediaan menghadapi kejohanan di peringkat kebangsaan nanti.

Selain PENSTANS A dan PKNS A, dua lagi pasukan yang turut layak ke peringkat kebangsaan adalah PKNS D dan UTM B.

Sementara itu, Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI) menepati ramalan ramai apabila mengungguli kedudukan juara dan naib juara bagi kategori Lelaki Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S Bawah 19 Tahun) dan Lelaki Bawah 15 Tahun.

Bagi kategori Lelaki IPTA/S Bawah 19 Tahun, SSTMI D menundukkan rakan sepasukan SSTMI F 15-13, 15-10 manakala bagi kategori Lelaki Bawah 15 Tahun, SSTMI A pula mengetepikan SSTMI B 15-11, 15-9.

Juara kategori Lelaki IPTA/S Bawah 19 Tahun membawa pulang wang tunai RM2,000, trofi dan barangan penaja manakala naib juara membawa pulang wang tunai RM1,500, trofi dan barangan penaja.

Juara bagi kategori Lelaki Bawah 15 Tahun pula membawa pulang RM1,500, trofi dan barangan penaja manakala naib juara membawa pulang RM1,000, trofi dan barangan penaja.

Bagi kategori Lelaki IPTA/S Bawah 19 Tahun, dua lagi pasukan yang akan mengiringi SSMTI D dan SSTMI F ke peringkat kebangsaan adalah SMK Seksyen 11 dan MPPG F.

Untuk kategori Lelaki Bawah 15 Tahun pula, SSTMI C dan SMK Seksyen 11 A turut menyertai SSTMI A dan SSTMI B ke peringkat kebangsaan selepas ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Skuad Olimpik ikat Lebanon 0-0

Posted:

Skuad Olimpik ikat Lebanon 0-0

Skuad Olimpik ikat Lebanon 0-0

KUALA LUMPUR - Skuad Olimpik bimbingan Ong Kim Swee sekurang-kurangnya boleh menarik nafas lega apabila berjaya mengikat pasukan tuan rumah, Lebanon 0-0 dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik London 2012 di Stadium Sports City, Beirut, semalam.

Aksi pemain bawah 23 tahun negara boleh dipuji selepas berjaya bertahan dengan baik mengekang asakan lawan dan sekali-sekala cuba mengancam melalui beberapa percubaan yang hampir menghasilkan gol.

Bagaimanapun, aksi separuh masa pertama memperlihatkan Malaysia lebih gemar untuk bertahan dan hanya beberapa kali melakukan serangan balas pantas ke arah kubu lawan menerusi dua percubaan tepat.

Kedua-dua percubaan tersebut dilakukan oleh Wan Zack Haikal Wan Noor pada minit ke-11 dan susulan rembatan dari bahagian kanan gawang Lebanon berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, Mohamad Hijazi.

Malaysia sekali mempunyai peluang terbaik untuk merobek gawang lawan pada minit ke-21 selepas Mohd. Fandi Othman melakukan hantaran jauh menuju ke arah penyerang Izzaq Faris Ramlan namun tandukannya tersasar.

Separuh masa kedua barulah memperlihatkan skuad muda negara menunjukkan permainan yang lebih positif apabila kerap mengasak skuad Lebanon termasuk percubaan jarak jauh dari Wan Zack pada minit ke-54, namun sekali lagi penjaga gol lawan menjadi penghalang.

Pemain Harimau Muda A yang beraksi dalam Liga Super itu sekali lagi melakukan percubaan pada minit ke-62 bagi membawa bekalan selesa menjelang perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini, namun dia gagal menyudahkan hantaran rendah K. Gurusamy.

Lebanon dilihat memperlahankan rentak pada aksi separuh masa kedua sekali gus memberi peluang buat Malaysia mengawal perlawanan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Tambah guru orang Asli atasi keciciran

Posted:

Tambah guru orang Asli atasi keciciran

Tambah guru orang Asli atasi keciciran

Oleh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my

Kementerian Pelajaran disaran supaya melatih guru daripada kalangan orang Asli untuk mengatasi masalah keciciran pelajaran melibatkan masyarakat itu yang kian membimbangkan.

Menurut Presiden Kolej Antarabangsa Kirkby, Bismillah Khatoon Abdul Kader, pada peringkat awal pembelajaran murid amat memerlukan guru yang ada pertalian atau perkaitan dari segi bangsa, bahasa dan budaya.

"Berdasarkan kajian di United Kingdom, masalah utama pencapaian akademik yang rendah di kalangan etnik minoriti disebabkan faktor guru yang bukan daripada kelompok sosial yang sama," katanya yang berpengalaman sebagai Nazir Pendidikan di negara itu.

Guru yang dari latar belakang berbeza, katanya, menyebabkan jurang psikologi serta rasa rendah diri kepada murid orang Asli untuk berkomunikasi apatah lagi untuk meneruskan pelajaran.

Statistik terkini menunjukkan seramai 2,264 anak Orang Asli tidak menghabiskan persekolahan mereka sehingga ke tingkatan lima.

Daripada jumlah itu, 1,270 orang bersekolah hanya hingga darjah enam, manakala 994 orang lagi tidak menghabiskan persekolahan sekolah menengah.

Keadaan yang membimbangkan ini disebabkan oleh pelbagai faktor tetapi ia boleh diatasi sekiranya pada tahap satu murid orang Asli diajar oleh guru daripada kaum pribumi itu sendiri yang fasih bertutur dalam bahasa ibunda mereka serta memahami keperluan dan kehendak masyarakatnya.

"Ia akan mewujudkan hubungan yang lebih mesra serta akrab antara guru dan murid," jelas beliau di pejabatnya di Cyberjaya, Selangor, baru-baru ini.

Pendekatan ini diyakini dapat menarik minat murid untuk terus bersekolah dan pada masa yang sama guru daripada kelompok ini boleh berinteraksi secara lebih berkesan dengan ibu bapa untuk membuka minda mereka tentang kepentingan pelajaran kepada generasi muda orang Asli pada masa depan.

Justeru, Bismillah Khatoon mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran memberi 'keistimewaan' kepada orang Asli yang berminat untuk menjadi guru dengan melonggarkan syarat kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

"Namun, mereka perlu mengikuti kursus persediaan selama satu tahun sebelum boleh diserap masuk ke IPGM," saran beliau.

Kursus ini penting untuk memastikan pelatih guru daripada kalangan orang Asli mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang setanding dengan pelatih lain.

Paling utama, kelompok ini sudah mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tidak kekok bergaul bila ditempatkan di IPGM kelak.

Bismillah Khatoon memberitahu, Kolej Antarabangsa Kirkby bersedia untuk mengendalikan kursus persediaan ini kerana mempunyai kepakaran, modul dan kemudahan prasarana yang mencukupi.

Kolej ini sedang melatih kira-kira 500 guru dalam perkhidmatan yang mengajar bahasa Tamil, Matematik dan bahasa Inggeris di bawah program pensiswazahan guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selain itu, inisiatif lain untuk meningkatkan kejayaan orang Asli dalam bidang pendidikan negara seiring dengan masyarakat lain ialah dengan membina sekolah berhampiran penempatan kaum itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SMK Sultan Ismail Anugerah Pemuda Cemerlang ISM

Posted:

SMK Sultan Ismail Anugerah Pemuda Cemerlang ISM

SMK Sultan Ismail Anugerah Pemuda Cemerlang ISM

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail dinobatkan juara Pertandingan Akhir Kebangsaan, Anugerah Pemuda Cemerlang Pertubuhan Juru Ukur Malaysia (ISM) 2011, di Klang, Selangor baru-baru ini.

Ketua Pasukan sekolah itu, Muhammad Mustaqiim berkata, segala usaha gigih pasukannya telah membuahkan hasil selepas menewaskan 14 pasukan sekolah lain dari seluruh negara.

"Pengalaman menyertai dan memenangi pertandingan ini amat bermakna sekali di samping berpeluang mempelajari tentang empat bahagian ukuran serta profesion juru ukur secara keseluruhan," katanya.

Pasukan dari Johor Bahru itu turut dianggotai Koh Yun Xin dan John Lee Yu Wei dengan dibantu oleh guru penasihat, Chia Lok Thye.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000, piala pusingan dan piala individu.

Hadiah untuk pertandingan edisi ke-12 ini disampaikan oleh Presiden ISM, Sir Elvin Fernandez. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Fadilah Mohamad Camaludin.

Tempat kedua disandang oleh Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling, Pulau Pinang, manakala Sekolah Tinggi Perempuan Cina Pulau Pinang mendapat tempat ketiga.

Masing-masing membawa pulang RM2,000 dan RM1,000, bersama piala bagi setiap anggota pasukan.

Secara keseluruhannya, kata Ketua Hakim pertandingan, Adzman Shah, para pelajar telah mencatatkan prestasi yang baik berlandaskan usaha gigih dan dedikasi yang tinggi dalam menjalankan penyelidikan.

"Kami berharap agar lebih ramai pelajar dapat mempelajari tentang profesion juru ukur dan mempertimbangkannya sebagai pilihan kerjaya yang berdaya maju," katanya .

Anugerah Pemuda Cemerlang ISM diasaskan pada tahun 2000 dalam usaha untuk menanamkan minat terhadap Matematik, Sains dan Teknologi pada amnya dan Sains Pengurusan secara khususnya.

Ia juga bertujuan mendidik pelajar tentang profesion juru ukur merangkumi ukur binaan (BS); ukur tanah dan geomatik (GLS); pengukuran agensi pengurusan harta, penilaian dan hartanah (PMVS) serta ukur bahan (QS).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Hasrat makan bersama berkecai

Posted:

Hasrat makan bersama berkecai

Hasrat makan bersama berkecai

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUALA LIPIS 19 Jun – Hasrat lima sahabat menikmati makan malam bersama berkecai, apabila empat daripada mereka maut setelah kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres dua tingkat di Kilometer 23, Jalan Lipis-Benta dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.45 malam itu, mereka yang maut ialah Ho Wai Kin, 20; Wong Kok Heng, 17; Yup Chung Hung, 15, dan Wong Chin Xion, 15, manakala seorang lagi mangsa, Chan Kwan Yong, 30, patah tangan.

Pemandu bas ekspres itu hanya cedera ringan manakala 42 penumpang, termasuk 13 warga China tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki oleh lima sahabat itu dikatakan datang dari arah Lipis menuju Benta.

"Sampai di tempat kejadian, kenderaan tersebut bertembung dengan bas dua tingkat yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kota Bharu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, berikutan pertembungan itu, kesemua mangsa yang maut tercampak keluar dari kenderaan, manakala Kwan Yong yang duduk di kerusi belakang, cedera parah di tangan.

Katanya, keempat-empat mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

"Kereta yang dinaiki oleh lima sahabat itu putus tiga bahagian manakala pemandunya, Wai Kin putus tangan kanan.

"Mayat empat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga untuk disemadikan hari ini," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Razak memberitahu, pemandu bas tersebut, Wan Seman Wan Yi, 48, yang cedera di bahagian mata menerima rawatan di hospital yang sama.

Beliau menambah, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis, Inspektor Johnny James Buang di talian 09-3122222 bagi membantu siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ustazah maut nahas ketika ke rumah ibu

Posted:

Ustazah maut nahas ketika ke rumah ibu

Ustazah maut nahas ketika ke rumah ibu

MELAKA 19 Jun - Hasrat seorang ustazah menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga di kampung berakhir dengan tragedi apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 17, Bemban-Tehel di sini, semalam.

Lebih menyayatkan hati, hajat Hazlina Abu Samah untuk menjamah kuih kegemaran, kuih lopes yang dibuat oleh ibunya juga tidak kesampaian.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 1 petang ketika Hazlinah, 34, yang memandu kereta jenis Proton Wira ditemani oleh anak lelakinya, Mohd. Faerid Mohd. Hafizi, 8, dalam perjalanan dari rumah mereka di Selandar menuju ke rumah ibu bapa Hazlinah di Pengkalan Jajar, Kampung Alai.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu oleh mangsa terbabas ketika melalui satu selekoh tajam di tempat kejadian.

"Akibatnya, kereta yang dipandu oleh mangsa terbabas di kiri jalan lalu merempuh tiang lampu dan tembok pagar batu di kaki lima jalan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Che Suza, mangsa yang mengajar di Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Selandar meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Bagaimanapun, katanya, Mohd. Faerid tidak mengalami kecederaan serius.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat manakala Mohd. Faerid turut diberi rawatan pesakit luar di hospital yang sama.

Sementara itu, Mohd. Faerid ketika ditemui di rumahnya di Selandar memberitahu, dia hanya mengetahui ibunya meninggal dunia selepas lima jam kejadian berlaku.

"Selepas kemalangan, saya fikir ibu hanya pengsan, namun ketika saya cuba menggerakkannya, saya lihat darah mengalir dari kepala ibu dan dia tidak bangun," katanya.

Tambahnya, selepas dibawa ke hospital, datuknya kemudian membawanya ke bilik mayat dan memberitahu ibunya telah meninggal dunia.

Bapa mangsa, Abu Samah Musa, 60, memberitahu, apa yang menyedihkan, anak keduanya itu sepatutnya memulakan kelas pertama Pengajian Jarak Jauh (PJJ) di Institut Perguruan Perempuan Melayu (IPPM) Durian Daun, hari ini.

"Tuhan lebih menyayangi dia, sudah lama arwah mengimpikan untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang perguruan, namun hasratnya itu tidak kesampaian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pengkalan Jajar di sini, hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Elak diri jadi tali barut Felda

Posted:

Elak diri jadi tali barut Felda

Elak diri jadi tali barut Felda

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my


TAN Mohd. Aminudin Ishak (duduk, lima dari kanan) bersama Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda, Jengka 20 selepas sambutan Hari Peneroka di Kuala Krau, semalam.


KUALA KRAU 19 Jun - Kelompok kecil peneroka Felda diingatkan tidak menjadi bebanan kepada masyarakat setempat dan agensi itu kerana menentang arus menyokong pihak pembangkang yang kononnya berupaya membawa lebih kebaikan kepada golongan itu.

Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Tan Mohd. Aminudin Ishak berkata, janji pembangkang yang mahu membela warga Felda memang sedap didengar tetapi hakikatnya sangat sukar dicapai kerana membabitkan beban kewangan besar.

"Kembalilah mengamalkan cara hidup orang Melayu sejati yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih kerana kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat khususnya di luar bandar," katanya kepada Utusan Malaysia selepas Sambutan Hari Peneroka peringkat tanah rancangan Felda Jengka 20 di sini hari ini.

Tan Mohd. yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri, Hal Ehwal Felda negeri berkata, beliau optimis bahawa peratusan peneroka menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) semakin meningkat.

Jelasnya, ia berikutan semakin ramai warga Felda dan generasi muda menyedari mereka melakukan kesilapan masing-masing dengan menyokong pembangkang.

Katanya, masyarakat sepatutnya bersatu dengan mempertahankan kedaulatan dan menepis segala tohmahan pembangkang yang hanya bermatlamat mahu menjatuhkan reputasi Felda.

"Janganlah menjadi tali barut atau bersekongkol dengan mereka kerana pembangkang hanya akan meruntuhkan tamadun yang telah dibina kukuh oleh pemimpin terdahulu hingga sekarang," katanya.

Justeru, beliau menyeru seluruh warga Felda untuk bersama dengan kerajaan mengukuhkan lagi agensi itu demi kebaikan dan masa depan anak dan cucu pada masa depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bahan kitar semula tampung belanja Jiranita

Posted:

Bahan kitar semula tampung belanja Jiranita

Bahan kitar semula tampung belanja Jiranita

KUANTAN 19 Jun - Bahan kitar semula seperti kaca, kertas, plastik serta aluminium merupakan antara sisa pepejal yang hanya berstatus sampah bagi orang kebanyakan.

Namun tidak kepada Persatuan Jiran Wanita (Jiranita) Chengal Lempong, Beserah di sini apabila mereka mengumpul bahan itu untuk menampung perbelanjaan persatuan tersebut.

Menurut Pengerusinya, Zaitul Akmar Omar (gambar), idea itu tercetus selepas melihat banyak sampah seperti tin, botol dan kertas boleh didapati di merata-rata tempat termasuk di tepi pantai.

Katanya, justeru, biro ekonomi persatuan itu yang terdiri daripada suri rumah mengambil inisiatif mengutip dan mengumpul bahan terbuang berkenaan sebelum dijual ke pusat pengumpulan sampah berhampiran setiap dua bulan sekali.

"Cadangan itu dibuat apabila kami melihat banyak sampah yang boleh dikitar semula dengan menjual di kedai terbabit.

"Kadang-kadang kami juga berebut dengan lori sampah semata-mata mengumpul barang kitar semula itu untuk dijual dan menampung perbelanjaan aktiviti kami," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, wang yang diperoleh kemudian dimasukkan ke tabung Jiranita untuk dibelanjakan bagi setiap program yang diadakan seperti marhaban, aktiviti bersukan dan hari keluarga.

Katanya, tahun ini, pihaknya menerima peruntukan sebanyak RM4,800 setahun daripada Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional bagi menjalankan pelbagai aktiviti melibatkan ahli persatuan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Etiqa belanja RM1.5 juta bantu 17 institusi kebajikan, 1,600 anak yatim

Posted:

Etiqa belanja RM1.5 juta bantu 17 institusi kebajikan, 1,600 anak yatim

Etiqa belanja RM1.5 juta bantu 17 institusi kebajikan, 1,600 anak yatim

ROMPIN 19 Jun - Etiqa Insurans dan Takaful Berhad membelanjakan RM1.5 juta setahun untuk sumbangan kepada 17 institusi kebajikan dengan lebih 1,600 anak yatim dan golongan asnaf menerima sumbangan berkenaan.

Naib Presiden Eksekutif, Perancangan & Strategi Korporatnya, Ahmad Nasharuddin Hamzah berkata, peruntukan di bawah Program Tanggungjawab Zakat Korporat (CZR) yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu telah memberi sumbangan dalam bentuk kewangan, bangunan dan barangan.

Menurutnya, CZR yang dilaksanakan itu bertujuan memberi bantuan secara terus kepada institusi yang memerlukan dan mempunyai potensi untuk membangun dengan bantuan tersebut.

"Selaras dengan tujuan dan matlamat tersebut, kita akan mengadakan kajian dan meneliti institusi yang berkaitan dan memastikan mereka yang layak akan menerima bantuan," katanya kepada Utusan Malaysia pada Majlis Sumbangan Etiqa kepada Rumah Amal Raudhatul Ikhwani di Hotel Sri Malaysia, Tanjung Gemok dekat sini semalam.

Sebanyak RM157,280 disumbangkan bagi membeli sebuah van baru sebagai kemudahan pengangkutan rumah amal itu.

Selain itu wang tersebut digunakan untuk membiayai kos memperbaiki kenderaan lama, baik pulih bangunan kediaman, pemasangan pagar keselamatan serta pembelian pakaian serta kelengkapan persekolahan penghuninya.

Beliau berkata, Etiqa Takaful telah berusaha melaksanakan tanggungjawab membantu golongan selari dengan tuntutan agama.

Menurutnya, syarikat itu bukan sahaja memandang serius mengenai kepentingan zakat, malah mengambil langkah turun padang untuk menghulurkan sebahagian daripada zakat tahunannya secara terus kepada institusi kebajikan yang layak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Bapa dan anak mengaku salah

Posted:

Bapa dan anak mengaku salah

Bapa dan anak mengaku salah


Seorang wanita (tutup muka) dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, semalam kerana sumbang muhram dengan bapanya sehingga melahirkan tiga anak.


KOTA BHARU 19 Jun - Seorang mekanik dan anak perempuannya mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini, kerana bersekedudukan selama tujuh tahun sehingga melahirkan tiga anak.

Si bapa, 45, dan anaknya, 25, ditahan oleh sekumpulan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) pada pukul 1.30 pagi ini di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat.

Kedua-duanya juga mengaku melakukan kesalahan itu sejak 2004 sehingga mendapat tiga anak iaitu dua lelaki masing-masing berusia enam dan lima tahun serta seorang perempuan berusia tiga tahun.

Hakim Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty menjatuhkan hukuman denda RM2,500 dan penjara setahun enam bulan ke atas si bapa manakala anaknya didenda RM2,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayarnya.

"Kamu (bapa) kata hendak jaga anak-anak kamu yang masih kecil? Sepatutnya, kamu kena jaga dia (anak) dulu sebelum jaga anak-anak yang di bawahnya. Tapi kamu sudah gagal sebagai bapa untuk menjaga dia.

"Sebagai anak pula, kamu sepatutnya mengawal diri. Walaupun dia bapa kamu, kamu sepatutnya mengambil tindakan jika bapa kamu melakukan perlakuan seperti itu misalnya dengan keluar dari rumah atau beritahu ibu kamu. Kamu juga telah gagal," katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Syarie Kanan, Zaini Sulaiman.

Menurut fakta kes, bertindak atas maklumat awam, pihak penguat kuasa JHEAIK membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Tumpat dan mendapati pintu rumah tertutup rapat dan berkunci.

Menurut fakta, pintu rumah itu kemudiannya dibuka oleh seorang lelaki.

Penguasa kemudian menuju ke sebuah bilik dan mendapati di dalamnya terdapat seorang lelaki berseluar pendek serta berbaju dan seorang perempuan yang sedang tidur berseluar panjang dan berbaju.

Hasil soal siasat mendapati kedua-duanya ialah pasangan bapa dan anak perempuan.

Sementara itu, si anak yang merupakan anak kedua bapanya dengan isteri pertamanya berharap tidak dikenakan hukuman penjara kerana mahu menjaga dua anaknya.

Dia yang mendapat pendidikan sehingga tingkatan enam bawah memberitahu seorang lagi anaknya dipelihara oleh keluarga angkat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Libya: NATO serang penduduk

Posted:

Libya: NATO serang penduduk

Libya: NATO serang penduduk


Seorang pegawai perubatan memerhati mayat seorang lelaki terbaring di sebelah mayat seorang kanak-kanak di sebuah hospital di Tripoli selepas NATO menyerang satu kawasan kediaman di daerah Arada, Tripoli, semalam . – AFP


TRIPOLI 19 Jun – Libya menuduh tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sengaja menjadikan orang awam sebagai sasaran dalam serangan mereka di ibu negara ini.

Jurucakap kerajaan, Mussa Ibrahim mendakwa tiada sasaran ketenteraan berdekatan serangan NATO ke atas satu kawasan perumahan di ibu negara ini.

Para pegawai Libya hari ini turut menunjukkan lima mayat termasuk dua kanak-kanak yang didakwa dibunuh dalam serangan udara NATO itu, kepada wartawan.

Mussa mendesak NATO menamatkan tindakan ketenteraannya bagi membolehkan dialog diadakan selepas pertubuhan antarabangsa termasuk Liga Arab, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutarakan keperluan usaha politik untuk menamatkan konflik yang masuk bulan kelima itu di negara ini.

Wartawan dibawa ke daerah Al-Arada, Tripoli sebelum pukul 1 pagi (7 pagi waktu Malaysia) bagi melihat pasukan penyelamat membantu mengeluarkan mangsa daripada runtuhan rumah pangsa dua tingkat.

Koresponden AFP melihat dua mayat dikeluarkan daripada runtuhan berkenaan.

Wartawan kemudian di bawah ke sebuah hospital di Tripoli di mana mereka ditunjukkan mayat seorang wanita dan dua kanak-kanak yang didakwa mempunyai hubungan keluarga yang terbunuh dalam serangan tersebut.

Mussa melahirkan kebimbangan angka kematian akan meningkat kerana bangunan tersebut didiami sekurang-kurangnya 15 orang.

Tiada kenyataan dikeluarkan oleh NATO berhubung serangan udara tersebut.

NATO sebelum ini pernah melakukan kesilapan dalam menentukan sasaran serangan udara di mana kebanyakan mereka melibatkan pemberontak yang disangka tentera yang menyokong pemimpin Libya, Muammar Gaddafi. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita Indonesia jalani hukuman pancung

Posted:

Wanita Indonesia jalani hukuman pancung

Wanita Indonesia jalani hukuman pancung

JEDDAH 19 Jun - Seorang wanita Indonesia menjalani hukuman pancung di Arab Saudi, semalam setelah didapati bersalah membunuh isteri majikannya.

Hukuman itu mendapat kecam keras daripada kerajaan Indonesia.

Wanita yang dikenali sebagai Roiaiti Beth Sabotti Sarona itu, menurut penterjemah daripada bahasa Arab, didapati bersalah membunuh Khairiya bint Hamid Mjilid dengan menetak kepalanya berkali-kali dengan pisau pemotong daging dan menikam lehernya, lapor agensi berita rasmi SPA yang memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

Kenyataan itu tidak menyatakan motif pembunuhan tersebut.

"Kerajaan Indonesia mendapati hukuman mati itu dilaksanakan tanpa mematuhi amalan antarabangsa berkaitan perlindungan konsul.

"Kami tahu tentang kes itu dan dia telah mengaku melakukan pembunuhan, tetapi kami tidak diberitahu tentang waktu hukuman dijalankan," kata jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Michael Tene.

Kerajaan Indonesia akan memanggil Duta Arab Saudi di Jakarta untuk menyampaikan bantahan, katanya.

Kira-kira 70 peratus daripada 1.2 juta rakyat Indonesia di Arab Saudi bekerja sebagai pembantu rumah.

Hukuman pancung yang dilaksanakan di wilayah Mekah itu adalah hukuman mati yang ke-28 di Arab Saudi pada tahun ini.

Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International pada minggu lepas menggesa kerajaan Saudi menghentikan pelaksanaan hukuman mati, dengan berkata, bilangan hukuman tersebut yang dilaksanakan dalam tempoh enam minggu lalu meningkat dengan ketara.

Kata Amnesty, sekurang-kurangnya 27 orang menjalani hukuman mati di Arab Saudi pada tahun ini, menyamai jumlah pesalah yang menjalani hukuman itu pada seluruh 2010. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Biar cinta datang sendiri

Posted:

Biar cinta datang sendiri

Biar cinta datang sendiri

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM dan ihsan DN & AD ENTERTAINMENT



JIKA diselak diari hidup si hitam manis selama 12 tahun menjadi penyanyi, percayalah, tiada sedikit pun kisah sensasi yang melibatkan kehidupan peribadinya.

Selama tempoh itu juga, memang sukar sekali untuk menyelami rahsia hati Dayang Nurfaizah apabila membabitkan soal hati dan perasaan.

Memang tidak pernah langsung kedengaran sebarang gosip cinta Dayang dengan mana-mana lelaki sehingga ada yang beranggapan mungkin Dayang terlalu memilih dalam mencari cinta.

Apatah lagi usianya yang bakal menginjak 30 tahun pada 20 Julai ini, sememangnya dikira sudah cukup haul bagi wanita sebayanya untuk mendirikan rumah tangga dan memiliki keluarga sendiri.

Sedangkan bekas pengurusnya, Shaliza Kader Sultan juga sudah menamatkan zaman bujangnya dan kini menetap di San Francisco, Amerika Syarikat, inikan pula Dayang yang merupakan seorang bintang terkenal tanah air.

Barangkali Dayang sendiri sudah bosan untuk menjawab mengenai soal cinta tetapi sebagai seorang artis yang menjadi milik masyarakat, serba sedikit kisah peribadinya perlu juga untuk dikongsi bersama peminat.

"Seperti mana yang pernah saya katakan sebelum ini, saya adalah seorang yang membosankan kerana kehidupan saya hanyalah di rumah.

"Saya memang jarang keluar rumah untuk bersuka-ria tanpa sebarang hala tuju. Lebih baik saya di rumah bersama keluarga dan menghabiskan masa dengan menonton televisyen atau mendengar muzik serta lagu-lagu terbaru.

"Ini adalah diri saya sejak 12 tahun apabila kali pertama menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang membina nama sebagai seorang penyanyi.

"Mungkin kedengaran sesuatu yang sangat mustahil tetapi percayalah, saya tidak pernah bercinta atau jatuh cinta pada sesiapa. Itulah realiti sebenar Dayang Nurfaizah apabila membicarakan tentang perihal cinta," katanya sambil disulami ketawa kecil.

Anak kelahiran Kuching, Sarawak ini berkata demikian usai majlis pelancaran album studio kelapannya, Sayang & Cahaya yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung bicara, kata Dayang, dia percaya kepada Qada dan Qadar apabila memperkatakan tentang jodoh.

Baginya, ketentuan hidup setiap manusia di muka bumi ini sudah ditentukan oleh Allah SWT dan begitu juga dengan dirinya.

"Saya percaya jodoh akan datang juga kepada saya tetapi hanya masa yang menentukan. Kalau kita asyik mencari cinta, nanti kita dianggap sebagai terdesak pula.

"Saya bukan seperti itu. Tanyalah kepada mana-mana wanita, siapa yang tidak mahu jodoh yang terbaik untuk mereka kerana perkahwinan adalah perkara yang serius dan bukannya untuk sehari dua.

"Dalam hal ini juga, saya sendiri tidak pernah meletakkan sebarang kriteria untuk mencari lelaki idaman saya yang layak dijadikan teman lelaki dan suami.

"Bohong kalau saya mengatakan saya tidak cemburu melihat teman-teman seusia saya sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata. Tetapi, saya tidak mahu membebankan diri saya sehingga membuatkan saya tertekan," ujar penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu Hakikat Cinta pada tahun 1999 ini dalam nada yang sedikit serius.

Dalam masa yang sama juga, Dayang menafikan bahawa dirinya dikongkong oleh keluarga serta pihak pengurusannya sehingga ia menjadi satu halangannya untuk mencari cinta.

Bagi Dayang, soal itu langsung tidak wujud kerana kedua ibu bapanya, Awang Dowty Awang Fauzi dan Nona Nahrawi begitu terbuka dalam bab cinta serta perkahwinan.

Antara sedar atau tidak, ketiadaan insan bernama lelaki dalam hidup Dayang telah mengundang persepsi negatif segelintir pihak yang mula memandang serong kepadanya.

Kata mereka, mustahil untuk seorang wanita seperti Dayang tidak pernah merasai nikmat bercinta dan mempunyai perasaan terhadap lelaki.

Sehinggakan, Dayang dilabelkan sebagai seorang yang menyukai kaum sejenis gara-gara tidak pernah menjalinkan hubungan dengan sebarang lelaki.

"Bukan sekali, tetapi sudah banyak kali saya mendengar orang mengatakan saya seorang lesbian. Tetapi, saya tidak kisah apa orang nak kata.

"Hakikatnya, hanya saya yang tahu dan kenal dengan diri saya sendiri. Sejak 12 tahun lalu, fokus dan keutamaan saya adalah kerja.

"Saya sendiri belum puas dengan kejayaan saya sebagai seorang penghibur. Saya tidak mahu kalau saya bercinta kelak, ia akan mengganggu fokus saya.

"Biarlah sampai ke satu tahap apabila saya sudah mendapat apa yang saya inginkan, mungkin ketika itu barulah saya akan fikirkan tentang cinta," ujar pemilik nama penuh Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini penuh optimis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kritikan biarlah bertempat

Posted:

Kritikan biarlah bertempat

Kritikan biarlah bertempat

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN

MEMANG tidak habis kisah tentang pasangan sensasi, Scha Alyahya dan kekasihnya, Awal Ashaari diperkatakan ramai.

Semuanya gara-gara Scha dan Awal kerap meluahkan rasa ketidakpuasan mereka terhadap segelintir wartawan dan penulisan tentang diri mereka.

Jika ada yang tidak kena di mata mereka, maka, semuanya akan diluahkan di laman sosial, Facebook dan juga Twitter.

Sehinggakan tindakan mereka itu menyebabkan ada penerbitan yang secara diam menyenarai hitamkan nama mereka berdua daripada sebarang publisiti.

Pernah dulu kecoh tentang isu di mana Scha telah menyamakan wartawan dengan monyet dengan menulisnya di Twitter.

Namun, Scha menafikan sekeras-kerasnya dan mendakwa kenyataan itu merujuk kepada sebuah syarikat produksi sekali gus menafikan wartawan adalah musuhnya.

Apakah benar pasangan merpati dua sejoli ini tidak boleh dikritik sehingga bertindak pantas mengeluarkan kenyataan balas di alam maya?

Bertemu dengan Scha pada sidang akhbar Dunia Kita di Alexis, The Gardens, Mid Valley, baru-baru ini, peluang itu diambil untuk bertanyakan perihal sebenar berhubung isu tersebut.

Dengan tenang, sambil menghela nafas yang panjang, Scha memberikan justifikasi dengan mengatakan apa yang diluahkan olehnya dan Awal semuanya bersebab.

"Kami hanya mahu menegakkan kebenaran dan menjelaskan keadaan yang sebenar di sebalik tulisan yang ada kalanya tidak ditulis seperti apa yang berlaku sewaktu temu ramah.

"Lantaran itu, Twitter merupakan medium yang paling tepat untuk kami memperbetulkan apa yang patut dilakukan. Sementelah, Twitter dan Facebook merupakan medan yang tiada sempadan untuk meluahkan isi hati kami.

"Namun, saya dan Awal sama sekali tidak pernah terlintas menggunakan medium tersebut untuk menghentam atau memusuhi media," kata Scha panjang lebar mempertahankan dirinya.

Mengikut perancangan awal, sidang akhbar itu juga sepatutnya disertai Awal tetapi pada saat akhir, pelakon dan pengacara kacak itu terpaksa ke Jakarta, Indonesia atas tuntutan kerja.

Menyambung bicara, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu mengakui peranan pihak media dalam menaikkan dan mempopularkan nama artis.

Dia juga sedar dirinya begitu kerdil jika hendak dibandingkan dengan pihak media, ibarat mentimun dengan durian.

Cuma kata Scha, ada ketikanya dia tidak dapat menahan sabar lalu meluahkan apa yang terbuku di hatinya di Twitter sehinggakan terpaksa dinasihatkan oleh Awal supaya lebih bersabar.

"Tetapi, apakan daya terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata, memang tidak boleh ditarik balik. Begitu juga dengan Awal.

"Jadi, dalam hal seperti ini, kami akan sentiasa ingat-mengingati dan saling menasihati agar tiada perkara buruk boleh berlaku. Apa pun, saya berharap agar tiada pihak yang salah anggap dengan segala tindakan kami di Twitter selama ini," pintanya penuh diplomasi.

Bekas pemenang Dewi Remaja 2006 ini pernah memberitahu seboleh-bolehnya dia tidak mahu berlakon bersama di samping Awal kerana tidak mahu penonton dan peminat berasa bosan.

Dalam erti kata lain, Scha mahu menjaga hubungan eksklusifnya dengan Awal tanpa mencampur adukkan perihal peribadi dan kerjayanya.

Ternyata selepas kejayaan drama Prebet Jamilah yang ditayangkan di Astro Ria (saluran 104, Astro) pada 31 Ogos tahun lalu, keserasian Scha dan Awal terus mendapat kepercayaan stesen berbayar terulung negara itu.

Menerusi drama mini bersiri Dunia Kita yang mula ditayangkan sejak 27 Mei lalu, Scha dan Awal sekali lagi digandingkan dalam drama terbitan Box Lite Film Sdn. Bhd. itu.

"Kelebihan yang ada pada kami itulah digunakan sebaik mungkin untuk mencipta keserasian di lokasi menerusi drama Dunia Kita.

"Tetapi, saya tidak mahu menggunakan kesempatan itu untuk memadu kasih di lokasi hanya kerana kami adalah pasangan kekasih.

"Saya mempunyai prinsip sendiri kerana saya memang tidak suka mencampur adukkan kerja dengan peribadi.

"Malah, Awal sendiri tahu dan dia pernah memberitahu saya bahawa Scha yang dikenalinya secara peribadi cukup berbeza apabila di lokasi," kata pemilik nama sebenar Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya ini sambil ketawa kecil.

Mengulas tentang watak Rania dalam Dunia Kita pula, Scha perlu mengucapkan terima kasih kepada penerbitnya, Michael Ang yang berjaya membawanya keluar dari kepompong watak yang pernah dibawakannya sebelum ini.

Berperwatakan riang, berkeyakinan tinggi, ceria dan berbakat besar dalam bidang rekaan fesyen membuatkan Scha berasa seperti orang baru membawakan watak Rania.

"Bukan saya tidak berani mencuba watak berbeza, malah saya teringin mencuba watak lain. Tetapi apabila tiga tahun berlakon dalam Awan Dania, ia secara tidak langsung produser lain melihat kekuatan saya adalah untuk watak sebegitu.

"Cuma dalam Dunia Kita ini watak saya agak berbeza daripada Dania kerana saya memiliki lebih banyak sifat kewanitaan dan manja," kata Scha yang akan muncul sebagai pengacara program Impian Bapa menerusi Astro Ceria (saluran 611, Astro) tidak lama lagi.

Selain Scha dan Awal, drama sebanyak lapan episod itu turut dibintangi Marsha Milan Londoh, Saiful Nizen, Datuk Jalaluddin Hassan, Sharifah Shahora dan pemenang sulung Carefree Girl Bebaskan Bakatmu, Nur Amalina Ajaian.

Dunia Kita yang diterbitkan dengan kerjasama jenama panty liner terkemuka, Carefree itu boleh ditonton di Astro Ria setiap hari Jumaat pukul 7.30malam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Antara keselamatan awam dan perniagaan

Posted:

Antara keselamatan awam dan perniagaan

Antara keselamatan awam dan perniagaan

Oleh Mustapa Mohamed

Pada 4 Jun yang lepas, Panel Bebas Pakar Antarabangsa yang dilantik untuk menilai projek Lynas kembali semula ke Vienna bagi menyelesaikan kajian mereka. Kehadiran panel bebas tersebut di Malaysia bertujuan mengkaji aspek keselamatan kilang pemprosesan nadir bumi yang dicadangkan di Gebeng, Pahang dan laporan hasil akan dikemukakan kepada kerajaan pada akhir bulan ini.

Proses ini melengkapkan satu fasa daripada keseluruhan proses membuat keputusan yang mempunyai implikasi penting terhadap kerajaan dan rakyat. Aspek keselamatan awam tidak akan sekali-kali dikompromi Kerajaan "Rakyat Didahulukan" pada masa ini.

Izinkan saya memberi penjelasan.

Pertimbangan ekonomi

Lynas Corporation Ltd. merupakan sebuah syarikat Australia yang diberikan kelulusan pada Januari 2008 untuk mendirikan sebuah kilang di Pahang. Syarikat tersebut tiada bezanya daripada pelabur-pelabur asing yang lain yang melabur di sini.

Mereka datang ke negara kita kerana merasakan mereka boleh mendapatkan pulangan yang berpatutan dari pelaburan mereka, dan juga kerana mereka percaya bahawa mereka akan dilayan secara adil, seperti yang diperuntukkan di bawah peraturan dan undang-undang sedia ada.

Kita mengalu-alukan pelaburan asing kerana mereka membantu dalam proses modernisasi dan pertumbuhan ekonomi negara. Sudah tentu bukan sekadar pelaburan rambang, tetapi pelaburan yang bersesuaian.

Semasa kita mempertimbangkan sesuatu cadangan pelaburan, banyak persoalan diajukan seperti: Apakah faedah yang dibawa bersama? Akan adakah limpahan ekonomi yang boleh menguntungkan sektor-sektor ekonomi yang lain? Adakah pelaburan ini mewujudkan peluang-peluang pekerjaan? Apakah jenis pekerjaan yang akan ditawarkan? Akan adakah perpindahan teknologi atau kemahiran? Dan seterusnya.

Ini adalah antara faktor-faktor asas yang kita pertimbangkan ketika menilai sesuatu cadangan pelaburan asing. Satu kajian yang menyeluruh dijalankan bagi tujuan ini, dan kelulusan akan dibuat bergantung pada hasil kajian yang dijalankan.

Isu berkaitan tataurus

Sewaktu cadangan pelaburan Lynas mula-mula dikemukakan kepada kerajaan pada 2006, ia telah menimbulkan persoalan yang melangkaui lingkup pertimbangan-pertimbangan ekonomi ini. Isu berkaitan keselamatan dan kesihatan awam, dan alam sekitar turut diberi perhatian.

Kerajaan amat sedar bahawa industri nadir bumi ini berkait rapat dengan isu kesihatan dan keselamatan, terutama berdasarkan pengalaman daripada projek Asian Rare Earth (ARE) di Perak pada awal tahun 1990-an. Justeru, persoalan mengenai kesan projek Lynas terhadap kesihatan awam adalah sangat relevan.

Bagaimana ia akan memberi kesan kepada alam sekitar dan kehidupan masyarakat yang tinggal disekitarnya? Apakah risikonya dapat diukur, dan masih dalam batas yang boleh diterima pakai? Adakah kita mempunyai undang-undang, peraturan dan rangka kerja institusi bagi memantau dan menguruskan risiko-risiko tersebut?

Apa yang penting, sewaktu keputusan dibuat kerajaan, pihak-pihak berkuasa telah belajar daripada pengalaman projek ARE dan mempunyai pemahaman yang lebih baik bagaimana menguruskan risiko radiologikal. Menjelang 2008, peraturan dan undang-undang yang mentadbir aktiviti-aktiviti berkaitan telah disemak dan ditingkatkan selaras dengan standard antarabangsa. Tidak mungkin pisang berbuah dua kali di bawah peraturan yang baru ini.

Hal ini menjelaskan mengapa semasa Lynas diberikan kelulusan lesen pengilang, di mana syarikat secara khusus diwajibkan memenuhi standard keselamatan dan amalan yang baik yang ditetapkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (agensi penguat kuasa Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984) dan Jabatan Alam Sekitar (agensi penguatkuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974).

Antara lain, standard-standard ini mentafsirkan jumlah pendedahan radiasi yang dianggap membahayakan pekerja, masyarakat dan persekitaran. Standard ini juga diguna pakai untuk semua fasa projek Lynas: pembinaan, praoperasi, operasi, pengangkutan, pengurusan sisa, pembubaran dan pemulihan.

Ciri utama prosedur kerja yang terlibat adalah kelulusan secara berperingkat yang syarikat Lynas perlu lalui. Sebagai contoh, syarikat perlu memenuhi standard keselamatan yang dikenakan pada fasa pembinaan sebelum ia dapat meneruskan aktiviti ke tahap praoperasi. Dan ia tidak boleh maju ke tahap seterusnya sehingga standard keselamatan yang ditetapkan oleh AELB dan DOE bagi fasa seterusnya itu dipenuhi.

Proses kelulusan sebegini dapat menjamin standard keselamatan yang dikenakan oleh agensi penguat kuasa tidak dapat dilangkaui, ditunda atau dielakkan. Pemantauan dijalankan secara berterusan bagi memastikan ia sentiasa dipatuhi.

Sehingga kini, syarikat Lynas masih belum mengemukakan permohonan atau menerima apa-apa kelulusan bagi maju ke fasa praoperasi.

Panel Bebas Pakar Antarabangsa

Projek Lynas telah dbincangkan di sesi-sesi taklimat awam di Kuantan dan Parlimen pada tahun 2009, tetapi ia menjadi satu topik perdebatan yang hangat selepas insiden Fukushima pada 11 Mac tahun ini.

Sebahagian mereka yang tinggal di sekitar lokasi projek Lynas percaya bahawa projek ini akan menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan yang tidak boleh diterima kepada masyarakat dan persekitaran. Pada pandangan sesetengah penduduk, projek ini perlu ditamatkan.

Hal ini terjadi walaupun terdapat jaminan daripada AELB dan DOE bahawa sehingga kini Lynas telah memenuhi semua standard keselamatan yang dikenakan.

Walaupun kerajaan tetap yakin dengan integriti keputusan yang diambil oleh agensi-agensi penguat kuasa, tanggungjawab kepada masyarakat, terutamanya penduduk Kuantan, untuk memastikan kesihatan dan keselamatan masih tidak dikompromi. Pertimbangan sebegini sentiasa menjadi keutamaan paling tinggi kerajaan, melebihi segala pertimbangan yang lain.

Oleh itu, pada 22 April, saya mengumumkan keputusan kerajaan untuk menjemput Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) supaya melantik satu panel bebas dari kalangan pakar-pakar antarabangsa untuk mengkaji semua aspek keselamatan berkaitan projek Lynas.

IAEA telah bersetuju melantik sembilan anggota panel bagi melaksanakan tugasan tersebut. Panel tersebut terdiri daripada seorang ketua dan lapan orang ahli. Kesemua mereka adalah pakar ternama dunia mengenai isu-isu keselamatan radiologikal.

Empat anggota adalah dari agensi IAEA sendiri, manakala lima lagi dari Belanda, Kanada, India, United Kingdom dan Itali. Tiada seorang pun dari negara Australia, China atau Malaysia dijemput untuk menjadi ahli panel bagi mengelak sebarang konflik kepentingan.

Ahli panel memulakan tugasan mereka dengan serta-merta dan melawat Malaysia dari 29 Mei - 4 Jun untuk bertemu anggota masyarakat, wakil-wakil dari Lynas, pegawai-pegawai kerajaan serta melawat tapak lokasi Lynas.

Kerajaan turut mengadakan perancangan terperinci bagi memastikan bahawa sesiapa pun yang ingin mengemukakan representasi kepada ahli panel pakar boleh melakukannya sama ada secara bersemuka atau secara bertulis. Pengumuman umum mengenainya telah disiarkan di semua akhbar utama dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil.

Semasa proses konsultasi yang diadakan di Kuantan dan Putrajaya, wakil-wakil dari persatuan penduduk, badan bukan kerajaan, kumpulan komuniti, parti politik dan badan profesional telah mengambil kesempatan bertemu panel pakar dan mengemukakan pandangan mereka. Antara parti politik yang mengambil bahagian termasuk UMNO, MCA, PKR, Pas dan DAP. Semestinya Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh turut dijemput dan beliau juga menggunakan peluang tersebut mengemukakan hujahnya kepada panel pakar.

Panel tersebut akan menyerahkan penemuan dan cadangan mereka kepada kerajaan pada akhir bulan ini, dan kerajaan akan menjadikan ia satu dokumen umum.

Apakah langkah seterusnya? Bagaimana isu Lynas dapat diselesaikan?

Keputusan kerajaan mengenai masa depan projek ini akan dibuat berpandukan beberapa asas. Pertama, kesihatan dan keselamatan rakyat adalah tunjang keutamaan kerajaan. Hal ini melangkaui semua pertimbangan lain, dan sebarang keputusan terhadap Lynas tidak akan mengkompromi asas tersebut.

Kedua, setiap keputusan yang diambil adalah berasaskan fakta, bukan emosi atau pertimbangan politik. Panel pakar IAEA yang dilantik akan menentukan fakta-fakta dalam kes ini, dan keputusan kerajaan akan dipandu oleh penemuan dan cadangan yang dikemukakan.

Ketiga, kerajaan sentiasa terbuka kepada perbincangan awam yang membina mengenai isu ini, dan berpandangan bahawa ia merupakan satu komponen penting dalam proses demokrasi. Di pihak kerajaan, kami telah berusaha menyumbang kepada proses ini dengan memastikan bahawa siapa pun yang ingin mengemukakan pandangan kepada panel pakar boleh melakukannya sama ada secara langsung atau secara bertulis.

Keempat, kerajaan sentiasa telus kepada masyarakat mengenai isu ini. Semua maklumat dan laporan awam yang berkaitan dengan projek Lynas boleh diakses melalui laman sesawang yang berkaitan.

Panduan sebegini memastikan integriti dalam proses kerajaan membuat keputusan serta keputusan yang bakal diumumkan nanti terpelihara.

Hanya tinggal 10 hari saja lagi sehingga panel pakar mengemukakan laporannya. Sehingga waktu tersebut, semua pihak perlulah bertahan dari membuat sebarang komen yang bersifat pre-jugde.

Saya berpendapat para pelabur menyambut baik hakikat bahawa kerajaan ini membuat keputusan berdasarkan fakta, dan tidak bertindak sewenang-wenangnya.

Hal ini juga mengingatkan para pelabur supaya menjadi warga korporat yang bertanggungjawab di negara mereka menjalankan perniagaan. Mereka perlu mematuhi dan melaksanakan standard dan tataurus yang sama sekali tidak lebih rendah daripada yang dipraktikkan di negara asal mereka. Saya fikir ini adalah harapan yang munasabah, dan tiada pelabur sepatutnya mempunyai masalah mengenai perkara ini.

DATUK SERI MUSTAPA MOHAMED

Menteri Perdagangan

Antarabangsa dan Industri

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Di mana letaknya kedudukan bahasa Melayu?

Posted:

Di mana letaknya kedudukan bahasa Melayu?

Di mana letaknya kedudukan bahasa Melayu?

Oleh ROHAMI SHAFIE
Penulis ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia

MESKIPUN isu bahasa Melayu sudah lama diperkatakan, namun setakat ini tiada perubahan drastik yang boleh dilihat bagi memartabatkan bahasa rasmi Malaysia di buminya sendiri.

Bahasa Melayu layu di tanah air sendiri. Layu umpama menanti rebah ke bumi. Pengalaman penulis ketika berada di Kuala Lumpur baru-baru ini, menggambarkan bahawa Bahasa Melayu dipinggirkan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Ketika penulis tercari-cari jalan menuju ke sebuah kilang di Petaling Jaya, penulis berhenti sejenak untuk bertanya laluan ke kilang tersebut di salah sebuah kilang automatif.

Penulis menemui tiga orang pekerja rakyat Malaysia di kilang tersebut dan bertanyakan soalan dalam bahasa Melayu. Setiap kali penulis bertanya dalam bahasa Melayu, dibalas oleh mereka dalam bahasa Inggeris.

Sebanyak tiga kali penulis bertanya kepada mereka sehinggakan penulis beranggapan betapa rendahnya martabat bahasa Melayu di hati pekerja-pekerja kilang tersebut. Walhal, mereka sememangnya memahami soalan penulis. Jika tidak mana mungkin mereka mampu menjawab dengan baik apa yang ditanya oleh penulis.

Itu kejadian pertama. Kejadian kedua berlaku pada bekas-bekas pelajar penulis. Ramai di antara mereka bercita-cita untuk bekerja di syarikat multinasional antarabangsa. Ada di antara mereka dipanggil temu duga.

Sungguh memeranjatkan, terdapat syarikat minyak antarabangsa yang mengenakan syarat mahir berbahasa Mandarin untuk diambil bekerja. Sudahlah hanya segelintir orang Melayu dipanggil temu duga berbanding bukan Melayu, syarat berbahasa Mandarin pula disebut ketika ditemu duga.

Kalau begitu, lebih baik tidak dipanggil temu duga langsung. Buang masa sahaja! Adakah memanggil orang Melayu untuk ditemu duga hanya untuk memenuhi syarat kononnya tiada berlaku diskriminasi kaum? Syarat sebegini wajib dihapuskan.

Pernahkah kita mendengar syarikat-syarikat Jepun yang beroperasi di Malaysia mengenakan syarat bahasa Jepun untuk mengambil pekerja Malaysia bekerja dengan mereka?

Mohon pihak berkuasa dan barisan kabinet buatlah sesuatu agar lebih ramai orang Melayu dan bumiputera bekerja di syarikat-syarikat multinasional tanpa adanya syarat mahir berbahasa Mandarin.

Kalau tidak, orang Melayu dan bumiputera hanya bekerja di jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Bagi penulis perkara ini amat memalukan.

Kita cuba lihat di negara-negara lain seperti Perancis dan Jepun, hatta jiran kita Indonesia dan Thailand, rata-rata keseluruhan rakyat mereka menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan peribadi dan rasmi.

Penulis ingin memberi dua contoh bagaimana rakyat mereka berbangga dengan bahasa mereka sendiri. Cuba kita bercakap dalam bahasa Inggeris ketika mula-mula menjejaki bumi Perancis.

Percayalah, mereka tidak akan layan kita. Mereka akan layan sehinggalah kita bercakap dalam bahasa Melayu atau bahasa selain bahasa Inggeris, barulah mereka mula bercakap dalam bahasa Ingeris. Sebenarnya mereka mengharapkan kita bercakap dalam Bahasa Perancis.

Itu kes pertama, kes kedua berlaku sendiri pada rakan penulis ketika belajar di United Kingdom. Wajah rakan penulis ini ada iras-iras orang Jepun, maka, selalu sahaja berlaku kejadian orang Jepun memarahi beliau.

Puncanya kerana menyangkakan beliau merupakan orang Jepun, maka soalan-soalan yang diajukan kepada beliau dalam bahasa Jepun. Apabila setiap kali beliau menjawab dalam bahasa Inggeris dengan menyatakan bahawa beliau tidak memahami bahasa Jepun, orang Jepun ini memarahinya dalam bahasa Inggeris bahawa beliau sudah lupa daratan kerana tidak mahu bercakap dalam bahasa Jepun!

Perancis dan Jepun adalah dua bangsa yang jauh maju ke hadapan berbanding Malaysia tetapi di hati mereka hanyalah bahasa kebangsaan mereka. Kita pula masih tercari-cari rentak untuk bergelar negara maju, tetapi sudah mula lupa diri.

Apakah akan terjadi pada tahun 2020 nanti? Adakah ketika itu bahasa Melayu hanya sesuai menjadi tatapan generasi 2020 sebagai salah satu lipatan sejarah di Muzium Negara?

Malaysia tidak akan menjadi negara maju dan mapan jika rakyatnya sendiri tidak mempunyai jati diri mempertahankan kekuatan yang ada. Bahasa Melayu adalah salah satu kekuatan yang wajib dipertahankan. Paling penting bahasa Melayu wajib dimartabatkan sehingga seluruh Malaysia menggunakannya tanpa rasa segan dan silu.

Mengambil iktibar seorang profesor rakyat Malaysia yang bukan berbangsa Melayu, bekerja di luar negara berpuluh-puluh tahun lamanya tetapi masih berbicara dalam bahasa Melayu dengan fasihnya apabila berada di sini.

Kita yang menetap di Malaysia janganlah sesekali merendahkan bahasa kebangsaan kita sendiri. Tiada gunanya bahasa Melayu dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan tetapi pengisiannya tidak langsung menggambarkan ia sebagai bahasa teras rakyat Malaysia.

Pendekatan menyeluruh perlu dilaksanakan. Sebagai permulaan, penulis mencadangkan agar bahasa Melayu diamalkan dan dimartabatkan dalam segala program transformasi kerajaan (Program Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi) dan selepas itu diperluaskan dalam segala urusan kehidupan rakyat Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved