Ahad, 19 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


97 bot nelayan asing dilupus

Posted:

97 bot nelayan asing dilupus

97 bot nelayan asing dilupus

Oleh SAPEE MAT JUNUS
utusanterengganu@utusan.com.my

KEMAMAN 18 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Wilayah Timur telah melupuskan kesemua 97 buah bot nelayan asing khususnya dari beberapa negara jiran yang ditahan kerana kesalahan memasuki perairan negara ini sejak 2006 lalu.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Timur, Laksamana Maritim Pertama Nasir Adam berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 71 bot dilupus untuk dijadikan tukun dan bakinya pula dijadikan bot untuk tujuan penyamaran dalam usaha membanteras kegiatan pencerobohan nelayan asing berkenaan.

Jelas beliau, bot yang selebihnya pula dihadiahkan kepada beberapa jabatan kerajaan termasuk Jabatan Penjara, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu bagi kegunaan tertentu.

"Sehingga Jun tahun ini, Maritim Wilayah Timur juga berjaya menahan sebuah bot nelayan Vietnam dan menahan 14 awak-awak serta seorang nakhoda dengan nilai denda sebanyak RM600,000 dan turut melelong pelbagai jenis ikan bernilai RM10,000 dan bahan api sebanyak RM6,000," katanya pada Program Gerak Saraf Jiwa Murni anjuran Daerah Maritim 9 Kuala Terengganu dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kerteh di Kampung Gelugor, Kerteh, di sini, hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ride It Right Terengganu buka dimensi baru

Posted:

Ride It Right Terengganu buka dimensi baru

Ride It Right Terengganu buka dimensi baru

KUALA TERENGGANU 18 Jun - Kempen Ride It Right peringkat negeri yang berakhir hari ini telah membuka satu dimensi baru kepada penunggang dan peminat motosikal di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, pada masa yang sama, kempen itu juga telah memberi impak besar kerana Terengganu merupakan antara negeri yang dikenali kerana penglibatan golongan belianya dalam aktiviti bermotosikal.

Tambahnya, dengan adanya kempen seperti itu, penunggang secara tidak langsung diberi pendedahan mengenai teknik tunggangan motosikal yang betul dan selamat.

"Kerajaan negeri juga sentiasa menyokong program seumpama ini dan akan memperbanyakkan program berkaitan motosikal pada masa depan," katanya kepada pemberita pada kempen kebangsaan Ride It Right peringkat negeri di sini, hari ini.

Hadir sama Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd. Dagang; Pengurus Besar Kanan, UMW Pennzoil Distributor Sdn. Bhd., Mohd. Ruslan Abdul Ghani serta pengarah program itu, Prof. Madya Dr. Azemi Che Hami.

Program yang bermula sejak Rabu lalu itu disertai 150 belia dari seluruh Terengganu termasuk penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun.

Bermula di Padang Merdeka, Dungun, kembara itu melalui enam daerah di negeri ini dengan jarak laluan hampir 800 kilometer sebelum berakhir di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu hari ini.

Selain Terengganu, kempen itu turut diadakan di 12 lagi tempat terpilih di seluruh negara secara berperingkat-peringkat dan akan berakhir pada bulan November ini di Sepang.

Dalam pada itu, Rozi berkata, kerajaan negeri akan menyediakan satu tempat yang sesuai untuk para belia di negeri ini bagi menjalankan aktiviti bermotosikal.

"Dalam hal ini, kita harap dapat terus jalinkan kerjasama dengan syarikat Pennzoil dan pihak UiTM," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

16 kontinjen sertai pertandingan kawad bomba

Posted:

16 kontinjen sertai pertandingan kawad bomba

16 kontinjen sertai pertandingan kawad bomba

KOTA BHARU 18 Jun - Seramai 635 peserta daripada 16 kontinjen akan mengambil bahagian dalam Pertandingan Kawad Kecekapan Operasi Kebombaan Peringkat Kebangsaan Ke-13 di sini pada 19 hingga 23 Jun ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Osman berkata, pertandingan akan berlangsung di beberapa lokasi iaitu pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV dekat sini, Gate Air Kulim, Pasir Mas dan Felcra Gua Dalam, Rantau Panjang.

Beliau berkata, objektif pertandingan antara lain untuk meningkatkan lagi kecekapan, mutu kerja dan disiplin anggota bomba dalam menjalankan tugas mereka.

"Pertandingan juga bertujuan mengeratkan semangat di kalangan anggota, selain membentuk budaya kerja berdaya saing serta mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, kelmarin.

Katanya, antara pertandingan yang akan diadakan ialah kawad kaki, fireman lift, hantaran jauh berhalangan, kawad penyelamatan kemalangan jalan raya dan menyelamat di air.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved