Rabu, 3 Julai 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Misi 'hidup mati' ke Belanda

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

PEMAIN-pemain hoki kebangsaan mengambil kesempatan meredakan ketegangan dengan menjalani terapi dalam kolam renang sebuah hotel di Johor Bahru, semalam sebagai persediaan berdepan Jerman dalam aksi suku akhir pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia hari ini. - Utusan/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU - Skuad kebangsaan hari ini akan menentang Jerman dalam aksi suku akhir, atau lebih diibaratkan 'hidup mati' untuk mencari tempat ke Piala Dunia di Belanda tahun depan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, tetapi jika kita mampu menundukkan Jerman, maka peluang skuad bimbingan Paul Revington untuk merebut satu slot daripada tiga yang ditawarkan pada kejohanan ini terjamin kerana dapat melangkah ke separuh akhir.

Kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Dunia pada 2002 ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah.

Bagaimanapun, jika gagal, pintu belum tertutup rapat, sebaliknya Malaysia tiada pilihan melainkan perlu menjuarai Piala Asia 2013 yang akan berlangsung di Ipoh, Perak pada Ogos ini.

Itu sahaja pilihan yang ada bagi menamatkan kemarau 11 tahun tanpa aksi di Piala Dunia.

Mencari kemenangan ke atas pasukan No. 1 dunia seperti Jerman sudah tentu bukan tugas mudah buat ketua jurulatih, Paul Revington kerana memerlukan satu percaturan yang sempurna selain komitmen penuh daripada semua pemain.

Malah, perlawanan hari ini dijangka berlangsung sengit kerana semua pemain Malaysia sepatutnya tidak memberi laluan mudah kepada Jerman.

Dalam pada itu, penolong jurulatih, Arul Selvaraj memberitahu, hanya keinginan tinggi dalam kalangan pemain untuk beraksi pada Piala Dunia 2014 sahaja mampu menjadi kunci meraih kemenangan ke atas Jerman.

"Jika pemain mempunyai keinginan tersebut sudah tentu mereka akan melakukan yang terbaik ketika menentang pasukan No. 1 dunia.

"Sewaktu berhadapan Jerman nanti pemain perlu menganggap lawan kita adalah pasukan biasa sahaja.

"Dalam masa sama juga pemain perlu percaya dengan taktikal yang bakal diarahkan oleh jurulatih. Saya juga percaya kelebihan beraksi di laman sendiri mampu membantu pasukan untuk menundukkan Jerman," kata Arul.

Berdasarkan rekod pertemuan lalu Malaysia masih lagi belum berupaya memperoleh kemenangan ketika menentang Jerman.

Jerman yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2012 juga pasti tidak mahu membiarkan Malaysia yang ketika ini menghuni ranking ke-13 dunia mengaibkan mereka tambahan pula juara Piala Dunia dua kali itu memiliki kelebihan tersendiri.

Penyertaan Jerman pada kejohanan yang telah berlangsung sejak Sabtu lalu itu adalah dengan misi meraih kejuaraan dan keinginan mereka untuk mencapai matlamat tersebut dapat dilihat dengan barisan pemain yang dimiliki.

Ketika ini skuad Jerman memiliki dua pemain terbaik dunia iaitu pemenang Anugerah Pemain Terbaik Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2012, Moritz Furste dan Pemain Remaja Terbaik FIH 2012, Florian Fuchs.

Bagaimanapun, kekuatan yang dimiliki skuad kebangsaan ketika berada di bawah bimbingan Revington tidak boleh dipandang rendah kerana banyak perubahan positif dapat dilihat selepas gagal ke Sukan Olimpik London tahun lalu.

Hari ini perlawanan suku akhir lain yang turut menjadi perhatian adalah perlawanan melibatkan gergasi Asia, Pakistan menentang pasukan kedua terbaik Asia, Korea Selatan.

Tempat kedua, Selangor, Johor DT sengit

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Pemain T-Team, Damir Ibric Yuksel (tengah) diasak pemain Selangor, Adam David Griffith dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu. Selangor menewaskan T-Team 4-1. - Utusan/Mohd. Shaharani Saibi

KUALA LUMPUR - Trofi Liga Super sudah terlepas daripada genggaman Selangor, namun tiket bagi beraksi di Piala AFC buat tahun kedua berturut-turut mungkin masih mampu menjadi penawar Red Giants.

Menambahkan lagi klimaks bagi merebut tempat kedua dalam saingan liga, mereka bakal bertemu Johor Darul Takzim (Johor DT) yang kini muncul sebagai pencabar tunggal Selangor di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu ini.

Tekanan mungkin akan memihak kepada Johor DT yang memerlukan kemenangan ekoran perbezaan jaringan yang lebih memihak kepada Selangor tetapi jurulatih Selangor, Irfan Bakti mengakui para pemainnya sudah bersedia menahan gelora 'Luaskan Kuasamu' dan yakin mampu mencipta kejutan di hadapan penyokong setia tuan rumah.

"Secara kebetulan pula terjumpa mereka (Johor DT) pada perlawanan terakhir dan pertembungan ini pasti klasik kerana tempat kedua menjadi perebutan antara kedua-dua pasukan dengan tiket Piala AFC sebagai ganjaran.

"Walaupun di atas kertas keputusan seri sudah mencukupi buat kami tetapi Selangor tetap mahukan kemenangan pada aksi terakhir di Liga Super menentang Johor DT dan kami bersedia memberikan tekanan.

"Biarpun sedar sedikit sukar beraksi di tempat lawan, saya melemparkan keyakinan dengan kemampuan para pemain saya untuk melakar kemenangan tambahan kami berada di prestasi terbaik pada masa sekarang," katanya ketika dihubungi, semalam.

Pun begitu, Irfan tetap tidak mahu memperlekehkan cabaran Johor DT tambahan sedar lawan bagaikan harimau terluka ekoran gagal meraih kejuaraan dalam saingan Piala FA dan sudah tentu menjadikan kedudukan sebagai naib juara Liga Super sebagai peluang menebus maruah mereka.

"Sudah tentu Johor DT mahu kembali bangkit setelah kecewa dalam Piala FA dan mahukan sekurang-kurangnya tiket bermain di Piala AFC dengan menewaskan kami.

"Namun sudah tentu kami tidak akan berikan laluan mudah dan bersedia apa sahaja kerana kami tidak rela dipintas oleh Johor DT pada saingan terakhir liga," katanya.

Dalam kedudukan liga, Selangor dan Johor DT terikat dengan 39 mata selepas 21 perlawanan tetapi Red Giants unggul dengan perbezaan 14 jaringan berbanding Harimau Selatan yang sekadar meraih enam jaringan.

Red Giants jelas berada dalam momentum terbaik tambahan memenangi empat perlawanan terakhir liga berturut-turut sekali gus melonjakkan kedudukan mereka di tangga kedua liga setelah berada di tempat keempat sekian lama selain turut dibantu aksi tidak konsisten Johor DT dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kemenangan besar 4-1 ke atas T-Team pada Selasa lalu di Stadium Shah Alam jelas menunjukkan Red Giants semakin sukar digugat dengan aksi Mohd. Amri Yahyah bertambah meningkat dengan dua jaringan disumbangkan oleh pemain veteran ini pada minit ke-11 dan 69 sementara Mohd. Nasriq Baharom dan Francis Forkey Doe masing-masing menjaringkan satu gol (minit ke-72 dan 83).

"Pemain saya paling puji buat masa sekarang sudah tentu Amri Yahyah, dia menunjukkan satu persembahan yang cemerlang malahan salah satu jaringannya dengan T-Team cukup menarik.

"Dia sebenarnya berpeluang merakamkan hatrik, namun mungkin bukan rezekinya, aksi Nasriq juga semakin baik dan turut mendapatkan satu gol," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Asrama sekolah terbakar, 81 tinggal sehelai sepinggang

Posted: 03 Jul 2013 08:03 PM PDT

KUNAK 4 Julai - Sejumlah 81 pelajar Sekolah Menengah Agama Kunak di sini tinggal sehelai sepinggang selepas asrama sementara yang menempatkan pelajar lelaki musnah dalam kebakaran awal hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kunak Jaafar Salleh berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 3.20 pagi sebelum menggegaskan dua jentera dan sebuah kenderaan pelbagai guna berserta 11 anggota ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba di kawasan sekolah, 90 peratus daripada bangunan asrama sementara itu sudah dijilat api," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun dalam kebakaran itu tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya.

Seorang guru sekolah berkenaan, Samsiah Baharon, ketika dihubungi berkata pelajar mula menduduki bangunan asrama sementara itu pada tahun 2011 selepas bangunan asal asrama sekolah berkenaan musnah dalam kebakaran pada tahun 2010.

Katanya pihak sekolah bersyukur kerana semua penghuni asrama, terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam, selamat.

Difahamkan kesemua penghuni bangunan asrama lelaki yang musnah itu diarahkan kembali ke rumah keluarga masing-masing buat sementara waktu. - BERNAMA

3 pekerja Myanmar maut tertimbus

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
pengarang@utusan.com.my

Tiga mayat pekerja Myanmar yang berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat setelah tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan di Sierra Ukay, Ukay Perdana dekat Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 3 Julai - Penghuni di kawasan berbukit di sekitar Hulu Klang dikejutkan lagi dengan insiden tanah runtuh dan kali ini mengakibatkan tiga pekerja binaan warga Myanmar maut manakala seorang lagi cedera.

Runtuhan tanah ini dipercayai berikutan hujan sejak beberapa hari lalu menyebabkan berlaku pergerakan tanah termasuk di sebuah tapak pembinaan di Sierra Ukay, Ukay Perdana hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.25 pagi itu, tiga pekerja yang tertimbus dan maut ialah Mohamad Alam Yusup Ali, 33; Abdul Korim Was Korim, 36, dan Ramzawihakim Soyotdulah, 26.

Seorang rakan mereka yang terselamat, Zokoria Shobualam, 22, patah kedua-dua belah kaki.

Mayat tiga pekerja itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat manakala Zokoria dirawat di Hospital Ampang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.29 pagi dan sebuah jentera dengan sejumlah anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

"Kesemua mangsa ketika kejadian sedang melakukan kerja-kerja memasang konkrit aliran longkang di tebing tapak perumahan itu manakala empat lagi rakan mereka melakukan kerja pembinaan di kawasan berdekatan sejak pukul 8 pagi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Insiden hari ini adalah yang terburuk selepas kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang meragut lima nyawa dan memusnahkan 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah pada 6 Disember 2008.

Mohd. Sani dalam pada itu berkata, seorang mangsa yang maut dan terselamat berjaya dikeluarkan oleh pekerja lain yang berada di situ sementara dua lagi dikeluarkan bomba sejurus tiba di lokasi.

"Runtuhan tanah setinggi kira-kira tiga meter itu dipercayai berlaku disebabkan struktur tanah dalam projek pembinaan tidak stabil, dipercayai akibat kerja-kerja penanaman cerucuk rumah di atas tebing dan lokasi kejadian," jelasnya.

Sementara itu, seorang pekerja buruh warga Bangladesh, Joher Alem, 23, berkata, kesemua pekerja warga Myanmar itu baru dua minggu bekerja di tapak pembinaan tersebut.

"Ketika kejadian, saya dalam perjalanan ke kantin berdekatan tapak pembinaan itu namun dikejutkan dengan runtuhan tanah di situ dan menyebabkan tiga pekerja maut.

"Pembinaan perumahan itu sudah menjangkau sembilan bulan dan ini kali pertama kes runtuhan berlaku. Saya percaya mangsa maut disebabkan lemas dalam runtuhan," katanya.

Sementara itu Bernama melaporkan saudara terdekat kepada dua rakyat Myanmar yang terbunuh dalam kejadian tebing runtuh itu meminta polis menyiasat tapak pembinaan berkenaan.

Muhamad Amin Mohamad Ali, 41, berkata, ini kerana, seorang pekerja tapak pembinaan itu mendakwa berlaku kecuaian sehingga mengakibatkan kejadian malang itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Proton sasar jual 4,000 Saga SV setahun di Sabah

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

Hisham Othman (kiri) bersama Pengurus Operasi Cawangan Proton Edar Kota Kinabalu, Stephanie Evana Fu menunjukkan tanda bagus pada majlis pelancaran Proton Saga SV di Kota Kinabalu, semalam.

KOTA KINABALU 3 Julai - Proton Holdings Bhd. (Proton) menjangkakan jualan model Saga Super Value (SV) di Sabah mendapat sambutan menggalakkan dengan sasaran jualan sekurang-kurangnya 4,000 unit setahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Hisham Othman berkata, berdasarkan sambutan yang diterima, beliau yakin Sabah akan terus menyumbangkan sekurang-kurangnya 10 peratus kepada jualan keseluruhan Saga SV.

Kalau dilihat Proton tidak pernah merekodkan tempahan seperti ini. Sabah adalah istimewa kerana saya fikir orang Sabah tahu menilai dan mereka mahukan kereta yang selesa.

Buat masa sekarang sahaja walaupun promosi belum begitu giat, kita sudah menerima hampir 1,000 tempahan di Sabah dan dijangka terus meningkat," katanya dalam sidang akhbar sempena majlis pelancaran Saga SV di Ibu Pejabat Proton Edar Kota Kinabalu di sini hari ini.

Saga SV dijual pada harga serendah RM33,438 untuk jenis manual dan RM36,438 untuk automatik di Semenanjung Malaysia manakala, RM36,138 untuk jenis manual dan RM39,138 untuk automatik di Sabah dan Sarawak.

Menurut Hisham, setakat ini sebanyak 8,000 tempahan diterima di seluruh negara dengan 2,000 buah telah diserahkan kepada pembeli.

Katanya, daripada keseluruhan tempahan, kira-kira 70 peratus adalah transmisi automatik.

Tambahnya, sambutan menggalakkan yang diterima terhadap model itu membuatkan pihaknya menaikkan sasaran jualan keseluruhan kepada 3,000 hingga 4,000 unit sebulan berbanding hanya 2,000 unit sebelum ini.

Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan tempahan yang meningkat, tempoh masa penerimaan kereta selepas tempahan di negeri ini adalah kira-kira satu bulan.

Toyota panggil balik 185,000 kenderaan

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

TOKYO 3 Julai - Toyota Motor Corp. memanggil semula kira-kira 185,000 kenderaan di seluruh dunia termasuk model kompak Yaris kerana masalah pada sistem stereng kuasa elektrik yang boleh menjadikan stereng berat.

Model Yaris, dikenali sebagai Vitz di Jepun yang dibuat antara November 2010 hingga Mac 2012 telah dipanggil balik.

Toyota memberitahu, syarikat turut memanggil balik model Verso-S yang dikenali sebagai Lactis di Jepun yang dikeluarkan dari Ogos 2010 hingga Ogos 2011.

Pembuat kereta terkemuka itu memanggil balik 130,000 kenderaan di Jepun, 7,050 dari Jerman, dan kira-kira 7,000 dari Perancis serta di beberapa buah negara lain.

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan yang dilaporkan berpunca daripada masalah tersebut, kata jurucakap Toyota, Shiori Hashimoto.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Lebam di bahagian selaput dara

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

Oleh HISYAMUDDIN AYUB
utusansabah@utusan.com.my

Riduan Masmud

KOTA KINABALU 3 Julai - Hasil pemeriksaan terhadap seorang budak perempuan bawah umur yang mendakwa dirogol sebelum lelaki itu bertindak mengahwininya, seorang pakar sakit puan menyatakan, kemasukan objek keras dan tumpul seperti kemaluan lelaki ke dalam faraj, mungkin berlaku dan mungkin juga tidak berlaku.

Keterangan itu diberikan oleh Dr. Munawwirah Ismail dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas di Mahkamah Sesyen di sini hari ini dalam perbicaraan kes Riduan Masmud, 40, yang didakwa merogol mangsa ketika berusia 12 tahun enam bulan itu.

Bagaimanapun menurut Munawwirah, hasil pemeriksaan luaran mendapati ada kesan luka baharu dan lebam di bahagian selaput dara namun tiada kesan koyakan.

Katanya, berdasarkan ujian dan temu bual ke atas mangsa, mungkin terdapat kemasukan objek tumpul dan keras ke dalam faraj mangsa.

Bagaimanapun katanya, tiada kesan paksaan ke dalam faraj dan saiz luka yang nipis berukuran 0.5 sentimeter di bahagian selaput dara ekoran terdapat tekanan atau kemasukan benda yang tumpul dan keras ke dalam faraj.

Diminta menjelaskan mengenai tekanan yang dimaksudkan, saksi itu menjawab: ''Apa-apa sahaja yang keras dan tumpul seperti jari, zakar atau timun.''

''Saya ada menemubual mangsa sebelum membuat pemeriksaan badan. Mangsa menyatakan dia dirogol pada 18 Februari lalu oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Joey semasa dia dibawa ke satu tempat di Kiansom Waterfall dan dipaksa melakukan persetubuhan,'' katanya di hadapan Hakim Ummu Khatom Abd. Samad.

Riduan dibicarakan atas tuduhan merogol budak tersebut di tempat letak kenderaan di tepi jalan di Inanam, dekat sini pada 18 Februari lalu.

Ditanya sama ada terdapat sebarang tanda menunjukkan mangsa melawan penyerangnya, Munawwirah berkata, pemeriksaan luaran mendapati tiada tanda-tanda mangsa melawan.

Menjelaskan lebih lanjut perkara itu, saksi menyatakan semasa pemeriksaan genital dilakukan, terdapat kesan calar nipis dan luka nipis di bahagian kemaluan mangsa serta kesan lebam, tetapi tidak ada kesan koyakan pada selaput dara.

Bagaimanapun katanya, walaupun terdapat lebam di bahagian selaput dara, mungkin juga tiada berlaku kemasukan zakar ke dalam faraj kerana kesan itu boleh juga disebabkan oleh faktor lain seperti terjatuh, bermain sukan atau hanya dicabul.

Perbicaraan bersambung esok.

Bapa mengaku tidak bersalah rogol anak kandung

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

Seorang bapa yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol anak kandung dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 3 Julai - Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak kandungnya berusia 13 tahun dalam kejadian pada November tahun lalu.

Tertuduh berusia 43 tahun berasal dari Bachok minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazly Bahruddin.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sumbang mahram itu walhal perhubungan tersebut tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaannya yang terpakai untuk berkahwin dengannya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 10 malam dan 9 pagi, pada bulan November 2012 di rumahnya di Kandis, Bachok.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 1 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk tertuduh melantik peguam.

Timbalan Pendakwa Raya Asmah Azhari yang mengendalikan pendakwaan, tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Difahamkan, mangsa adalah anak keempat daripada enam beradik.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Tentera Mesir guling Presiden Mursi

Posted: 03 Jul 2013 07:01 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KAHERAH 4 Julai - Tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Mursi dan mengumumkan penubuhan kerajaan awam sementara, selepas beliau enggan melepaskan jawatan sepertimana desakan rakyat. - Agensi

Raja Belgium turun takhta 21 Julai ini

Posted: 03 Jul 2013 10:05 AM PDT

BRUSSELS 3 Julai - Raja Belgium, Albert II dijangka megumumkan turun takhta pada 21 Julai ini, bersamaan Hari Kebangsaan Belgium.

Menurut pihak istana, Albert akan memberi ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen dan radio, seterusnya mengumumkan pengunduran beliau.

Raja berusia 79 tahun yang memegang takhta selama 20 tahun itu sering memainkan peranan dalam politik di negara ini.

Waris sulung beliau ialah Raja Philippe yang kini berusia 53 tahun. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kekalkan imej bersih Kuantan

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

Oleh FANSURINA ABDULLAH
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 3 Julai - Kesemua 1,633 peniaga pasar Ramadan di bandar ini diminta mematuhi peraturan dan syarat khas yang ditetapkan pihak berkuasa bagi mengekalkan imej bersih bandar Kuantan.

Pengerusi Jawatankuasa Perlesenan dan Peniaga Kecil Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Suhaimi Sulong (gambar) berkata, ini termasuklah menggunakan bekas makanan bertutup lutsinar ketika berniaga sepanjang bulan Ramadan nanti.

Menurutnya, kegagalan peniaga mematuhi arahan dan syarat khas yang dikenakan boleh mengakibatkan permit perniagaan mereka ditarik semula.

"Tindakan tegas itu dilakukan bukan sebagai membebankan peniaga sebaliknya untuk memastikan tahap kebersihan dapat dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat dan Penyerahan Permit Perniagaan kepada peniaga terlibat di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, pada tahun ini, jumlah peniaga di pasar Ramadan bertambah sebanyak 336 orang.

"Pertambahan 26.1 peratus ini jelas menunjukkan komitmen tinggi peniaga sepanjang bulan Ramadan nanti," jelasnya.

Katanya, pada tahun ini sebanyak 28 tapak pasar Ramadan diluluskan dengan sembilan tapak adalah di bawah pengurusan MPK manakala 19 lagi di bawah pengurusan lain seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan persatuan-persatuan.

"Terdapat empat pasar Ramadan yang baru dibuka pada tahun ini iaitu di RRM Kemunting Jalan Tanah Putih, Bukit Rangin, Taman Tas dan Kampung Pandan 2," ujarnya.

Sehubungan itu, Suhaimi berharap agar peniaga bukan sahaja mematuhi syarat yang ditetapkan, tetapi perlu menjaga amanah masing-masing.

Rancang bina 15,000 rumah mampu milik PR1MA

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

KUANTAN 3 Julai - Kerajaan negeri merancang membina sekurang-kurangnya 15,000 unit rumah mampu milik di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) peringkat negeri dalam masa lima tahun akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, setakat ini sebanyak 1,698 unit rumah telah disiap dibina dengan 4,647 buah sedang dalam pelaksanaan.

"Sebanyak 6,672 unit pula sedang dalam perancangan. Projek ini akan memberi manfaat kepada penduduk berpendapatan rendah di negeri ini terutamanya golongan belia," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Zaili Besar (BN-Panching) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Terdahulu, menjawab soalan Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff (BN-Bebar) beliau berkata, selain membina rumah mampu milik, kerajaan negeri juga memberikan insentif kepada pemaju yang terlibat dalam pembangunan PR1MA di negeri itu.

"Kerajaan negeri mengenakan premium yang rendah bagi tanah kerajaan yang mahu dimajukan syarikat pemaju untuk projek PR1MA kerana kita mahu harga rumah berkenaan dapat dijual pada harga yang rendah," katanya.

Menurut beliau, selain projek PR1MA Pahang, kerajaan negeri dengan kerjasama syarikat korporat turut memperkenalkan Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu seperti di Kampung Baru Salong (DUN Chini); Kampung Padang Rumbia (DUN Bebar); Bukit Kenau (DUN Pulau Manis) dan Kampung Pulau Serai serta Kuala Pahang (DUN Peramu Jaya).

Katanya, semua projek itu adalah inisiatif berterusan kerajaan negeri bagi memastikan semua rakyat dapat memiliki kediaman sendiri terutamanya golongan muda berpendapatan rendah.

"Selain menyediakan rumah mampu milik, kerajaan negeri juga mahu rakyat berupaya meningkatkan pendapatan mereka dengan memperkenalkan projek Agropolitan yang dibangunkan di bawah Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

"Setiap projek ini bukan saja menyediakan rumah kepada peserta, bahkan menawarkan projek penternakan seperti biri- biri jenis Dorper yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi," katanya.

14 projek TKPM keluarkan hasil pertanian bernilai RM16 juta

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

shafik fauzan, Lau Lee

KUANTAN 3 Julai - Sebanyak 14 daripada 18 projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di seluruh negeri ini telah mengeluarkan sebanyak 9,500 tan metrik hasil pertanian yang bernilai kira-kira RM16 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, jumlah itu melibatkan 168 peserta yang mengusahakan pelbagai projek pertanian dengan 100 peserta lagi masih di peringkat pelaksanaan projek.

Keluasan tanah yang telah dibangunkan pula adalah 4,845 hektar dengan 957 hektar telah mengeluarkan hasil," katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Lau Lee (BN-Damak) yang ingin tahu maklumat dan status terkini TKPM di negeri itu.

Menurut Shafik Fauzan, sebanyak 68 orang berjaya mencapai matlamat penubuhan TKPM apabila pendapatan bersih mereka melebihi RM3,000 setiap bulan.

Pelaksanaan projek ini sangat mencabar terutama apabila peserta yang terpilih tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Justeru setiap tahun, Jabatan Pertanian terpaksa mengadakan temu duga semula bagi menggantikan peserta yang bermasalah," katanya.

Menurut beliau, bagi kawasan yang dikosongkan, akan terbiar dan menyebabkan peserta baharu dipilih perlu mengeluarkan modal yang lebih untuk membersihkan kawasan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Diana Danielle selamat lahirkan bayi lelaki

Posted: 03 Jul 2013 12:26 AM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

WAJAH anak lelaki pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle yang dilahirkan di sebuah hospital di Australia dan dimuatkan di laman Instagram milik Farid semalam. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 3 Julai - Pelakon Farid Kamil akhirnya bergelar bapa setelah isterinya, Diana Danielle, 22, selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital di Australia, semalam.

Farid, 32, semalam telah memuat naik gambar bayi lelakinya pada pukul 6.30 petang melalui laman Instagramnya dengan kata-kata "welcome to the world my son".

Menerusi status di akaun Instagramnya itu, Farid turut memberitahu bahawa bayinya dilahirkan dengan berat 9.7 paun (4.3 kilogram).

Farid dan Diana telah bernikah pada 3 November 2012, dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo, Kuala Lumpur.

Selepas beberapa bulan berumah tangga, Diana berhijrah sementara ke Sydney, Australia untuk melanjutkan pelajaran di negara itu.

Tiga minggu lalu, Farid turut memuatkan gambarnya mencium seorang bayi dengan status "welcome to the world my boy".

Apa yang mengejutkan, bayi berkenaan dilahirkan sebelum usia perkahwinan mereka mencecah sembilan bulan.

Bagaimanapun, gambar itu telah dinafikan oleh adik Farid, iaitu Fadzil Zahari yang memberitahu bahawa bayi tersebut adalah anak saudara mereka yang lahir 11 Mei lalu. - UTUSAN ONLINE

Tertekan kerana lakonan

Posted: 03 Jul 2013 12:47 AM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL

SIBUK berlakon telemovie dan juga program Hari Raya Aidilfitri termasuklah pada sepanjang bulan puasa ini.

SEPANJANG menjadi pelakon lebih lima tahun lalu, tahun ini merupakan yang paling sibuk buat Farahdhiya. Dia sibuk kerana mendapat paling banyak tawaran berlakon drama bersiri dan telemovie daripada pelbagai syarikat produksi sejak akhir-akhir ini.

Menurut pelakon berusia 29 tahun ini ekoran kesibukan itu dia mengakui berasa tertekan dengan kehidupan sehariannya kini. Namun, pada masa sama Farahdhiya mengakui kesibukan itu juga merupakan peluang yang membuka lebih luas rezekinya sebagai pelakon.

"Saya mula sibuk sejak dari hujung tahun lepas sampailah sekarang. Boleh dikatakan setiap minggu saya mesti ada di lokasi penggambaran. Keadaan itu menyebabkan saya tidak cukup tidur. Saya memang tertekan dengan kesibukan saya sekarang ini.

"Sebelum ini saya ada banyak masa untuk pergi ke gimnasium, berlatih seni mempertahankan diri muay thay atau main golf sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau dulu dalam sehari mesti saya ada masa untuk mengeluarkan berpeluh, tetapi sekarang terpaksa 'kehilangan' semua itu.

"Saya akan terus sibuk sampai bulan puasa ini. Biasanya pada bulan puasa saya berehat berlakon selama sebulan. Ketika itu masa saya banyak di rumah dan dapat juga pergi solat tarawih tetapi kali ini bulan puasa pun saya ada penggambaran," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dia yang baru sahaja tamat penggambaran drama berjudul Bukan Cinta Monyet arahan Azmi Hatta bersama Fahrin Ahmad dan Ziela Jalil untuk siaran TV3 tidak lama lagi turut mengakui kesibukan itu menyebabkan dia tiada masa untuk memikirkan soal teman lelaki.

Bukan kerana tiada niat untuk mendirikan rumahtangga tetapi gadis kacukan Melayu dan Inggeris ini mahu merebut peluang yang datang dalam bidang lakonan selain berdoa serta berserah agar Allah mempertemukannya dengan seorang lelaki yang baik untuknya.

"Sekarang ini saya sendiri tidak ada masa untuk diri saya sendiri. Dalam usia sekarang ini tipulah kalau saya kata tidak ada niat untuk berkahwin. Saya sekarang ini sedang menunggu kehadiran seorang lelaki yang boleh membuatkan hati saya berdetik untuk berkahwin.

"Saya sudah tidak ada masa untuk bercinta lagi. Sebelum ini saya sudah ada pengalaman bercinta tetapi semuanya ke laut (gagal). Saya bukannya serik bercinta tetapi cukuplah saya pernah bercinta dengan dua lelaki tetapi semuanya tidak pergi ke mana pun, habis macam itu sahaja.

"Setiap seorang saya buang masa bercinta empat tahun. Bayangkan kalau dua orang lelaki itu, saya habiskan masa selama lapan tahun untuk bercinta sahaja. Kali ini kalau boleh biarlah saya bercinta lagi tetapi selepas kahwin," ujarnya segan silu bercerita tentang pengalamannya itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kekalutan hala tuju cetus krisis Mesir

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

Oleh Mohd. Shauki Abd. Majid

Rusuhan di Dataran Tahrir, Kaherah, Mesir yang menghimpunkan lebih setengah juta orang dan mengakibatkan ibu pejabat Ikhwanul Muslimin rosak, lima orang terkorban serta lebih sepuluh orang tercedera beberapa hari lalu adalah satu petunjuk bahawa bukanlah mudah untuk memelihara kestabilan dan keamanan.

Pada 2011, rusuhan yang berlaku mendesak pengunduran Hosni Mubarak yang memerintah lebih tiga dekad menjadi petunjuk keresahan rakyat, tetapi rusuhan kali ini membawa refleksi bahawa Mesir sebenarnya tidak mudah menerima kepimpinan politik Islam.

Ketika pemerintahan Hosni Mubarak yang panjang, konsep politik Islam sentiasa mengalami ancaman termasuk tidak mengiktiraf kemenangan parti yang mewakili Islam. Perubahan pasca Hosni Mubarak, pada awal kemenangan sayap politik Ikhwanul Muslimin ramai aktivis Islam melihatnya sebagai kemenangan pergerakan Islam, tetapi ia tidaklah semudah ketika runtuhnya rejim Mubarak.

Dr. Mohamed Morsi yang menang secara sah menerusi pilihan raya awam pertama selepas kejatuhan Hosni Mubarak, akhirnya terpaksa berhadapan dengan siri rusuhan yang panjang dalam tempoh setahun kemenangannya.

Pertengahan tahun 2012, Morsi diisytiharkan menang dan di awal kemenangannya, Ikhwanul Muslimin pernah ditempelak kerana masih mengekalkan sebahagian penyokong Mubarak dan kelompok liberal dalam mempengaruhi pentadbirannya, termasuk cadangan pindaan perlembagaan.

Kumpulan liberal, sekular dan pembangkang berhaluan kiri melihat Morsi adalah seorang pemimpin yang gagal, kerana tidak mampu menyusun sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.

Morsi juga terpaksa mengetepikan diri yang pernah dikeluarkan bagi melaksanakan pindaan perlembagaan kerana dianggap tidak menepati kehendak politik moden negara itu yang masih memerlukan bantuan Barat, terutamanya Amerika Syarikat.

Morsi pernah membuat permohonn bantuan kewangan daripada tabung kewangan yang dikawal oleh Amerika Syarikat bagi memulihkan negara itu yang musnah dalam rusuhan besar selama beberapa bulan terakhir pentadbiran Mubarak.

Sejak negara-negara Barat menjajah Mesir, dan selepas mencapai kemerdekaan, pemerintahan boneka Mesir dinilai tidak memberikan ruang yang menarik untuk pertubuhan Islam.

Ikhwanul Muslimin bukan sahaja pernah diharamkan oleh pemerintah, bahkan aktivisnya pernah ditangkap dan dijatuhi hukuman bunuh manakala sebahagian yang lain melarikan diri ke serata negara. Dalam perlembagaan Mesir, oleh sebab Ikhwanul Muslimin yang berasal daripada gerakan sosial dan kemudiannya membuka sayap politik, memasuki pilihan raya menjadi ancaman kepada kekuasaan pemerintah dan Barat, tekanan sentiasa dilakukan.

Bagaimanapun, Ikhwanul Muslimin merupakan sebuah pertubuhan yang paling berpengaruh dan tersusun, apabila berakhirnya rejim Mubarak pada awal tahun 2011, ramai yang meramalkan parti yang didokongi Ikhwanul Muslimin akan mencapai kemenangan. Hal itu menjadi kenyataan apabila sayap politiknya menang pada pertengahan 2012, dan proses pembentukan kerajaan benar-benar memberikan cabaran yang besar.

Kemunculan kumpulan ekstremis dalam politik Mesir sebenarnya sudah diketahui umum dan sentiasa ada. Ketika Morsi menetapkan dasar yang lebih liberal dan menangguhkan sementara pengiktirafan ke atas Israel, golongan sekular dan kelompok pembangkang berhaluan kiri melihatnya sebagai halangan yang besar. Kelompok tersebutlah sebenarnya yang muncul kemudian untuk menentang setiap keputusan presiden dan ketika ini mendesak Morsi berundur.

Kelompok penentang Morsi telah memulakan gerakan menyeru rakyat agar bangkit dan mendesak pengundurannya. Situasi seperti ini memang sudah muncul sejak zaman pemerintahan Saidina Uthman Affan r.a. sehingga menyebabkan berlaku tragedi berdarah. Ia bermula menerusi penyebaran fitnah oleh kelompok pelampau atas dakwaan urus tadbir negara yang tidak cekap. Morsi juga berhadapan dengan tuduhan yang sama kerana gagal melaksanakan reformasi ekonomi yang berkesan.

Kegagalan Morsi menguruskan ekonomi sebenarnya berpunca daripada sumber kewangan yang tidak mencukupi. Apabila gagal mendapat pinjaman, bantuan kewangan daripada dana pemegang tabung antarabangsa, ia telah membantut proses pemulihan ekonomi.

Sebahagian besar kelompok yang banyak mendapat faedah ketika pemerintahan Mubarak, melihat Morsi sebenarnya seorang pemimpin yang gagal. Proses menjana kekayaan telah gagal, maka menyebabkan jumlah rakyat miskin semakin besar dan setiap hari dikatakan bertambah.

Sekalipun dinafikan kegagalan berpunca daripada kelemahan dasar, Morsi berhadapan dengan situasi yang hampir sama dengan Khalifah Uthman Affan. Puak pelampau menggunakan kelemahan itu sebagai senjata untuk mendesak pengunduran pada mulanya, tetapi atas keengganan beliau, mereka akhirnya mengajak rakyat berhimpun semula di Dataran Tahrir melancarkan revolusi kebangkitan rakyat kedua.

Mereka hanya berkumpul kerana disatukan oleh rasa kemarahan yang sama. Biasanya sasaran kemarahan itu ialah kuasa yang diwujudkan. Mereka merupakan manusia yang yang normal, tetapi apabila emosinya sentiasa diasak dengan kebencian dan hasutan, akhirnya bertukar menjadi ganas atau agresif.

Mereka sebenarnya telah kehilangan arah, tunduk kepada kemahuan massa dan seakan-akan mereka dirasuk. Sikap seumpama ini menjatuhkan martabat mereka sebagai manusia dan secara tidak langsung telah menuruni beberapa anak tangga peradaban.

Iktibar penting daripada peristiwa terkini dalam percaturan politik di Mesir bahawa keamanan, kestabilan, keharmonian dan perdamaian nasional merupakan sesuatu yang sangat mahal harganya. Di negara kita, elemen-elemen inilah yang menjadi tunjang kepada kerajaan hari ini yang tidak akan digadaikan semata-mata menuruti kehendak sesetengah pihak yang mahukan perubahan landskap politik negara.

Perubahan yang tidak disertai dengan kesedaran dan kesepakatan secara menyeluruh oleh semua komponen masyarakat akan hanya dapat menghasilkan suasana huru-hara dan kekalutan politik. Hakikatnya apa yang lebih utama adalah merangka dan menyusun agenda perpaduan dan kesatuan semua elemen masyarakat bagi mewujudkan pemerintahan yang mantap dan stabil.

Provokasi dan fitnahlah yang bakal menyaksikan Mesir kembali bermandi darah, manakala musuh-musuh Islam boleh tersenyum melihat betapa kalutnya jiwa yang ada dalam kalangan umat Islam.

PENULIS ialah Pengurus Besar Analisa dan Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Memperkasa jati diri belia Melayu

Posted: 03 Jul 2013 11:41 AM PDT

Oleh Ku Amirul Faiz Ku Seman

APABILA Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam Kabinet baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) itu menandakan satu harapan besar diletakkan di bahu beliau. Sesuai dengan perwatakan rakan kepada orang muda, diharapkan aspirasi orang muda dapat disampaikan ke pucuk kepimpinan tertinggi negara.

Memperkasakan dan memapankan belia menjadi satu tugas penting untuk mencipta Malaysia yang lebih ke hadapan. Dalam pada masa yang sama, satu usaha bersepadu perlu dirangka dengan lebih baik untuk memperkasakan belia Melayu kerana mereka merupakan kelompok populasi terbesar dalam negara.

Dimulakan dengan pendidikan, yang semestinya menjadi salah satu ejen untuk mengubah masyarakat. Penulis pernah mendengar pembentangan Khairy dalam satu simposium yang diadakan di PWTC mengenai pendidikan vokasional.

Pendidikan vokasional atau kemahiran diperbaharui dengan kemudahan dan silibus yang sesuai dengan perkembangan semasa sains dan teknologi. Justeru pengenalan pendidikan vokasional di peringkat menengah dan diteruskan dengan pendidikan kemahiran sijil dan diploma mampu menjadi salah satu medan belia Melayu untuk meneroka bidang teknikal yang diminati oleh mereka.

Namun, stigma negatif terhadap mereka yang berpendidikan kemahiran seperti di Kolej Komuniti lain-lain institusi yang menawarkan pendidikan kemahiran harus dibuang daripada pemikiran masyarakat. Lepasan institusi inilah yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara. Sebaliknya masyarakat perlu membuka minda dengan lebih luas untuk menggalakkan penyertaan belia dalam kursus kemahiran kerana ini mampu menawarkan peluang pekerjaan yang baik kepada mereka.

Malah terdapat banyak syarikat baik dalam mahupun luar negara yang tertarik dengan kemahiran pelajar berlatar belakang teknikal serta kemahiran. Mungkin ini yang dikesan dan diteliti oleh Khairy yang konsisten memperjuangkan pendidikan kemahiran ini kerana menyedari peluang oleh belia Melayu khususnya dan belia Malaysia umumnya.

Selain itu, satu kajian yang holistik perlu dibuat ke arah pembinaan jati diri yang mapan terhadap belia . Pembinaan jati diri ini bukan sahaja meliputi aspek patriotisme tetapi soal integriti. Cabaran membina masyarakat yang berintegriti bermula daripada kumpulan masyarakat yang lebih muda.

Oleh itu pembinaan belia yang berjati diri bukan sahaja untuk keperluan pada masa kini tetapi untuk masa hadapan. Isu jati diri ini dicabar dengan penglibatan belia Melayu terutamanya dalam aktiviti sosial yang kian parah.

Berpeleseran serta terlibat dalam lumba haram mengisyaratkan kepada dunia belia Melayu sebenarnya masih belum punyai semangat untuk mengubah hala tuju mereka. Pengubahan hala tuju, semangat membangunkan negara merupakan sesuatu yang sangat penting dalam keadaan realistik hanya tinggal tujuh tahun lagi sebelum menjengah tahun 2020. Mahu atau tidak, belia Melayu harus berpartisipasi dalam pembangunan serta transformasi negara bersama dengan belia-belia lain.

Penulis memetik harapan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengesyorkan belia supaya menyumbang tenaga untuk memperkasakan negeri Kedah.

Ia satu petanda yang jelas kerajaan memerlukan transformasi diri belia untuk mempunyai semangat berkhidmat demi memastikan kelangsungan survival kedaulatan negara.

Dalam isu jati diri belia Melayu, penulis tertarik dengan komentar bekas Setiausaha Politik Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Noor Azam yang mengulas keadaan belia tahun 1970-an yang penulis kira masih lagi relevan untuk dijadikan rujukan. Dengan lebih spesifik boleh merujuk kepada rencana yang bertajuk Keliaran dan Kejahatan yang Kian Menular yang diterbitkan pada April 1975, jelas menyampaikan kebimbangan yang berlaku akibat perkembangan budaya hedonisme dalam kalangan belia pada masa itu.

Antara lain didorong oleh penayangan filem-filem luar yang lari daripada budaya Malaysia. Noor Azam dalam tulisannya pada masa itu memetik keta-kata Tun Abdul Razak ketika merasmikan Masjid Kampung Baru yang disiarkan dalam Utusan Melayu 23 Mac 1975, seandainya gejala-gejala yang merosakkan masyarakat tidak dijaga, muda-mudi akan menjadi masyarakat yang tidak berguna. Seandainya mereka rosak, masa hadapan negara juga akan terancam.

Justeru, isu ini terus relevan dan perlu diatasi sehingga hari ini.

Kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan mempunyai cabaran yang lebih berat dalam memastikan belia Melayu tidak ketinggalan dalam arus perdana untuk menyumbang ke arah pembinaan negara bangsa. Agihan kek ekonomi yang adil bukan sahaja mempercepatkan negara mencapai status negara berpendidikan tinggi tetapi penting untuk memastikan tiada yang ketinggalan dalam merasai kemakmuran negara.

PENULIS ialah Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia merangkap Setiausaha Agung jemaah YDP Kebangsaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Akibat terlalu dimanja

Posted: 03 Jul 2013 12:47 AM PDT

Oleh SITI AISHAH YUSOFF

ALIF (bukan nama sebenar), 16, tidak pernah menyangka akan terjebak dengan kegiatan tidak bermoral melibatkan najis dadah bersama rakan sekampung, sejak setahun yang lalu.

Selama ini, dia yang merupakan anak tunggal lelaki dalam keluarga tiga adik-beradik, dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

Bergelar anak bongsu menyebabkan dirinya sentiasa menjadi perhatian dan sering dimanja oleh ibu dan dua orang kakaknya yang masing-masing sudah bekerja.

Gelaran sebagai anak bongsu sebenarnya adalah 'bonus' menyebabkan apa sahaja permintaannya akan cuba ditunaikan oleh keluarganya.

Namun, ujar Alif, walaupun mereka memanjakannya dalam segala aspek, ayahnya yang juga seorang ketua kampung, tetap menasihati supaya tidak terlalu leka dan belajar menjadi anak yang berguna.

Malangnya bagi Alif, nasihat tersebut seperti mencurah air di daun keladi kerana tidak memberi sebarang kesan kepada dirinya.

Bercerita lanjut tentang kisah hidupnya, Alif mengakui kegemarannya yang suka menghabiskan masa melepak dengan rakan-rakan sekampung, menyebabkan lama-lama kelamaan dia terjebak dengan kegiatan tidak bermoral seperti mengambil najis dadah dan mencuri besi buruk.

"Kawan-kawan sekampung yang saya kenali semuanya tidak ada masa depan. Kebanyakan daripada mereka tidak bersekolah. Sebahagiannya pula gemar ponteng sekolah semata-mata untuk melepaskan gian ketagihan dadah.

"Walaupun pada mulanya saya hanya suka-suka untuk berkawan dan menghabiskan masa dengan mereka, akhirnya kerana desakan dan pujukan menyebabkan saya jadi lemah dan turut mengambil dadah jenis heroin," katanya.

Ujar Alif, kerana terlalu asyik dengan dunia ketagihan tersebut, dia telah mengambil keputusan untuk tidak ke sekolah tanpa pengetahuan kedua ibu bapanya.

"Dalam tempoh tersebut, saya terpaksa berpura-pura pergi ke kelas setiap hari. Masa pulang dari sekolah juga saya tetapkan seperti biasa.

"Hakikatnya, masa tersebut bukanlah dihabiskan di sekolah sebaliknya melepak bersama-sama rakan sambil menikmati najis dadah," ujarnya.

Tambah Alif, bukan sahaja dia terlibat dengan najis dadah, malah jika terdesak mendapatkan wang untuk membeli dadah, dia akan melakukan kerja tambahan mencuri besi-besi buruk yang terbiar di rumah-rumah penduduk di sekitar kampungnya.

"Keadaan diri saya yang masih remaja dan hanya mengharapkan wang belanja yang diberikan ayah setiap hari, memang tidak cukup untuk membeli dadah.

"Selalu waktu pagi dan petang kami akan pusing keliling kampung menaiki motor untuk melihat rumah-rumah yang berpotensi bagi mendapatkan bekalan besi untuk dijual.

"Waktu sebegini memang sesuai kerana kebanyakan penghuni rumah keluar bekerja dan pasti tidak menyedari kehadiran kami.

"Selepas besi-besi buruk tersebut dicuri kami akan menjualnya di kedai besi yang terletak berdekatan dengan kampung. Hasil wang jualan akan diagihkan dan selalunya kami akan gunakan untuk membeli dadah," ujarnya.

Kata Alif lagi, tidak cukup dengan kegiatan mencuri besi buruk, beberapa kali juga dia pernah mencuri wang dari dompet dua orang kakaknya tanpa pengetahuan mereka.

"Perasaan bersalah memang ada, tetapi kerana ketagihan dadah membuatkan saya sanggup bertindak diluar kawalan.

"Bukan hanya mencuri wang, saya juga sanggup menipu emak dengan meminta wang yang banyak atas alasan untuk membeli barang keperluan sekolah," jelas Alif.

Katanya, walaupun dia cuba menyembunyikan kegiatan tidak bermoral tersebut daripada keluarganya, tembelang pecah juga apabila kakaknya telah menjumpai pek dadah dalam beg sekolah.

Penemuan tersebut dibawa ke pengetahuan ayah dan ibu menyebabkan mereka sangat terkejut dan marah.

"Mereka tidak menyangka pada usia sebegitu muda saya sudah terjebak dengan dadah.

"Berita saya ponteng sekolah juga sampai kepada pengetahuan ayah dan ibu selepas dimaklumkan oleh oleh guru sekolah.

"Ayahlah insan yang paling sedih dengan berita tersebut kerana saya menjadi anak harapannya selama ini. Perbuatan tersebut turut menyebabkan maruahnya sebagai ketua kampung turut tercemar," ujarnya.

Apa pun dia bersyukur kerana keluarga tidak terus membuangnya, malah Alif dihantar ke pusat pemulihan dadah kendalian sebuah organisasi bukan kerajaan.

Ketika ini Alif sedang berusaha keras untuk melupakan najis jahanam itu dan berubah menjadi insan yang lebih baik.

Baju Siti Zubaidah

Posted: 03 Jul 2013 12:47 AM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar HALIM KHALID

Memotong baju kurung Siti Zubaidah memerlukan pola.

MUNGKIN ramai yang tidak pernah mendengar mengenai baju kurung atau kebaya Siti Zubaidah. Hanya segelintir wanita sahaja yang mengetahui mengenai baju tradisional ini dan berbangga memakainya.

Baju kurung atau kebaya Siti Zubaidah mempunyai potongan yang berbeza dengan baju kurung Johor, baju kurung Pahang atau Riau.

Si pemakai baju kurung atau kebaya Siti Zubaidah nampak lebih berpinggang atau ramping dan kembang sedikit daripada pinggang ke bawah.

Sebenarnya baju kurung atau kebaya Siti Zubaidah merupakan baju tradisional yang telah lama dipakai oleh golongan wanita kerabat raja.

Ia diilhamkan oleh Tengku Ampuan Mariam, Puteri Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang pertama yang memerintah dari tahun 1920 sehingga 1942.

Bertemu dengan tukang jahit baju kurung dan kebaya Siti Zubaidah yang semakin popular ini, iaitu Mohamed Yusof Nordin di kedai miliknya, Yusnor Two 'O' Nine Collections di Medan Mara, Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, beliau sendiri diperkenalkan kepada baju ini pada tahun 1997 oleh seorang kawannya.

''Ketika itu saya diberi kepercayaan oleh seorang kawan untuk menyiapkan pakaian bagi teater bertajuk Siti Zubaidah yang dipentaskan di Istana Budaya.

''Beliau tidak mempunyai cukup masa untuk menyiapkan pakaian pelakon-pelakon dan menyerahkan sebahagiannya kepada saya untuk disiapkan.

''Kawan saya itu menunjukkan contoh baju kurung Riau Pahang dan saya ubah suai dengan merujuk ke Muzium Negara,'' katanya yang juga merupakan Timbalan Biro Usahawan Persatuan Penyewa Medan Mara.

Menurutnya, bahagian depan baju dikecilkan supaya nampak bentuk pinggang. Baju ini tidak longgar dan menampakkan kelangsingan si pemakai.

Tambah Mohamed Yusof, walaupun asal baju ini adalah kebaya namun kini telah diperbaharui dengan menjadikannya baju kurung kerana bukan semua wanita yang selesa memakai kebaya. Itulah asalnya bagaimana baju kurung dan kebaya Siti Zubaidah ini mendapat nama.

Beliau berkata, keistimewaan baju kurung dan kebaya Siti Zubaidah ini ia sesuai dipakai oleh semua peringkat umur tidak kira tua muda dan kurus atau gempal. Wanita yang bertubuh gempal akan nampak lebih berpinggang dan menyembunyikan bahagian perut.

Jelas Mohamed Yusof lagi, baju kurung dan kebaya Siti Zubaidah ini sesuai dipakai bersama kain selisih depan atau kain kipas di belakang. Kain susun tepi tidak sesuai kerana si pemakai akan nampak lebih berisi.

Jenis fabrik yang sesuai untuk dibuat baju kurung dan kebaya Siti Zubaidah ini menurut Mohamed Yusof ialah jenis yang berat tetapi tidak keras seperti satin, esbiline, kapas sutera dan sutera yang tidak terlalu nipis. Ini kerana baju akan nampak jatuh dan cantik.

''Bagi nampak lebih cantik, jika baju polos, bahagian kain elok yang bercorak. Namun jika dibuat sepasang pun boleh. Sebaik-baiknya beli kain sebanyak 4.5 meter. Jangan beli yang bercorak berkaki, bersulam, berjalur atau melintang.

''Baju kurung ini dibuat dua jenis leher, iaitu bulat dan cekak musang. Jika cekak musang, butang akan siap dijahit. Bagaimanapun ada pelanggan yang mahu memakai kerongsang kecil.

''Agar baju nampak lebih cantik dan eksklusif, pelanggan boleh menempah untuk dijahit manik pada bahagian dada, bawah tangan dan bawah baju,'' ujar Mohamed Yusof yang memiliki sijil jahitan daripada Institut Kemahiran Mara (IKM), Jasin, Melaka.

Beliau yang menerima tempahan menjahit baju kurung dan kebaya Siti Zubaidah sehingga sebanyak 400 helai untuk dipakai pada hari raya ini menjelaskan, baju ini sukar dipotong kerana hendak mendapatkan potongan dan harus menggunakan pola. Berbeza dengan baju lain, beliau boleh terus memotong tanpa pola.

Mengenakan upah sebanyak RM100 sepasang, beliau telah pun menutup tempahan sejak bulan April lalu bagi menyiapkan tempahan yang telah sedia ada.

Selain baju kurung dan kebaya Siti Zubaidah, Mohamed Yusof yang membuka kedai jahit ini sejak tahun 1990 turut menerima tempahan menjahit baju kurung Johor, kurung Pahang, kurung Brunei dan sebagainya.

Kepada mereka yang ingin menempah baju kurung dan kebaya Siti Zubaidah selepas hari raya, boleh menghubungi Mohamed Yusof di 03-26912209.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Desak batal Datum Jelatek

Posted: 02 Jul 2013 11:26 AM PDT

Oleh HELMI MOHD. FOAD
kota@utusan.com.my

BEBERapa siri bantahan diadakan sebelum ini oleh Badan Bertindak Datum Jelatek dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), namun tidak ada sebarang tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor.

SHAH ALAM 2 Julai - Badan Bertindak Datum Jelatek tetap bertegas mendesak kerajaan negeri membatalkan projek pembangunan program Datum Jelatek di Taman Keramat, dekat Hulu Klang yang dilihat akan menyebabkan dominasi orang asing di kawasan tersebut.

Pengerusinya, Salleh Samad berkata, pihaknya memberikan tempoh masa selama dua minggu untuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat keputusan berhubung perkara itu.

Tegas beliau, sekiranya masih tiada sebarang tindakan, pihaknya merancang membawa isu pembangunan mewah di kawasan didiami majoriti orang Melayu itu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

''Ini kerana kami sudah menghantar memorandum sebelum ini tetapi tiada tindakan daripada kerajaan negeri dan kami hari ini menghantar memorandum kedua pula.

''Perkara ini telah menjadi perbahasan di Parlimen dan Ketua Pembangkang negeri, Datuk Mohd. Shamsudin Lias juga membawa isu ini dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor," katanya kepada pemberita selepas menghantar memorandum bantahan Datum Jelatik di pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri di sini hari ini.

Memorandum itu diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar, Yasid Bidin.

Yang turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Terdahulu, sekumpulan 20 orang anak muda berkumpul di hadapan pintu pagar bangunan SUK sambil menaikkan kain rentang bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap projek Datum Jelatek. Antara slogan yang tertera pada kain rentang tersebut ialah; 'Kami tidak mahu kawasan orang Melayu Taman Keramat dibina Datuk Jelatek untuk orang asing' dan 'Mana rumah mampu milik'.

Salleh berkata, projek berkeluasan 2.2 hektar tersebut yang dimajukan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKN) difahamkan telah dijual kepada pihak asing manakala dua blok lagi masih dalam proses jualan.

Katanya, harga dan keluasan yang diberikan adalah RM700,000 seunit dengan diskaun tujuh peratus untuk bumiputera manakala harga tertinggi adalah RM11.5 juta.

''Dengan perkiraan kasar, hartanah ini adalah antara RM1,300 sehingga RM1,599 sekaki persegi yang rata-rata menumpukan pembeli warga asing atau syarikat korporat.

''Bagi kes Datum Jelatek, sesiapa yang berminat untuk membeli unit pangsapuri tersebut secara kasar pembayaran bulanannya adalah di antara RM4,000 hingga RM5,000 dan ini bermakna seseorang itu mesti mempunyai pendapatan RM20,000 sebulan dan mempunyai tunai RM100,000 bagi bayaran muka, kos guaman dan duti setem," katanya.

Malah katanya, harga paling murah hartanah tersebut bernilai RM700,000 membabitkan unit studio sekali gus tidak menepati ciri-ciri Islamik bagi keluarga Melayu yang sepatutnya mempunyai tiga bilik.

''Tanah berkeluasan 2.2 hektar sepatutnya dibangunkan dengan cara mengekalkan penduduk majoriti Melayu di situ seperti Kampung Baru. Kalau buat di Kepong atau Jinjang kami tidak kisah, kita tidak persoalkan kerana itu memang bukan kawasan majoriti masyarakat Melayu.

''Dulu semasa zaman Allahyarham Datuk Harun Idris, beliau menggalakkan orang Melayu masuk bandar untuk mengimbangi penduduk di bandar tetapi hari ini seolah-olah hendak menghalau orang Melayu masuk hutan," katanya kesal.

Salleh berkata, pihaknya akan tetap mempertahankan setiap inci tanah di Kampung Keramat kerana semasa kempen pilihan raya umum lalu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali ada menyatakan projek tersebut akan tetap diteruskan sekiranya beliau menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Khalid enggan dedah pendirian Langat 2

Posted: 02 Jul 2013 11:26 AM PDT

SHAH ALAM 2 Julai - Kerajaan negeri enggan mendedahkan pendiriannya berhubung projek Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) yang masih tertangguh pembinaannya dengan alasan proses rundingan untuk mengambil alih syarikat-syarikat konsesi perkhidmatan bekalan air dengan Kerajaan Pusat masih berjalan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri mahu rundingan pengambilalihan industri air itu dilakukan secara menyeluruh dengan mengambil kira soal pembinaan Langat 2 dan bukannya secara berperingkat.

''Ini kerana kita mahukan penyusunan semula industri dibuat keseluruhan bukan secara berperingkat, penerimaan terbuka (terhadap Langat 2) tetapi tidak akan menyatakan keputusan akhir kerana masih dalam perundingan," katanya

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) yang bertanya adakah kerajaan negeri akan menerima cadangan pembinaan Langat 2 dan langkah-langkah yang diambil bagi menghadapi krisis air di Lembah Klang semasa sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, pada masa ini sebuah jawatankuasa pemantau yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan pegawai-pegawai dari agensi berkaitan seperti Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memantau penawaran bekalan dan permintaan air di Selangor.

Beliau memberitahu, dengan pemantauan tersebut, kerajaan negeri akan mendapatkan maklumat mengenai keadaan bekalan dan pengurusan air semasa di Selangor.

Kepada soalan asal Dr. Abdul Rani Osman (Pas-Meru) mengenai perkembangan perundingan pengurusan air Selangor di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan, beliau berkata, buat masa ini kedua-dua pihak sedang menyediakan surat perjanjian bagi rundingan itu selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006.

''Dalam masa dua bulan kita berharap perkara ini diselesaikan dan hasilnya akan memberikan manfaat pada rakyat Selangor," katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri juga menyediakan satu pasukan pengurusan yang telah dilatih untuk mengambilalih pengurusan syarikat-syarikat konsesi air di negeri ini.

''Pasukan pengurusan itu pada masa ini terdiri daripada beberapa eksekutif yang telah kita ambil dari luar negara untuk melaksanakannya," katanya.

Talian khas bakal diwujudkan

Posted: 02 Jul 2013 11:26 AM PDT

Oleh Muhamad Aimy Ahmad
kota@utusan.com.my

Tengku Adnan Tengku Mansor (lima dari kiri) bersalaman dengan Zulkiflee Mazlan dalam Majlis Sepetang Bersama Veteran Angkatan Tentera Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. - uTUSAN/ZAINI HUSIN

KUALA LUMPUR 2 Julai - Kementerian Wilayah Persekutuan mencadangkan agar satu talian khas diwujudkan bagi membolehkan orang ramai berkomunikasi secara terus dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah yang telah lama dipraktikkan di kota New York itu juga sebagai platform kepada warga kota membuat aduan berkaitan fasiliti di tempat masing-masing.

"Saya sudah berbincang dengan Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mengenai perkara ini dan mengarahkan bahagian Teknologi Maklumat mengkaji kaedah yang boleh diguna pakai.

"Talian itu seperti pusat sehenti (OSC) kerana kerajaan kini mesti mendengar apa yang rakyat mahukan," katanya dalam sidang akhbar dalam Majlis Sepetang Bersama Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan.

Tambah Tengku Adnan, Datuk Bandar tidak perlu gusar untuk berkomunikasi secara terus dengan orang ramai kerana langkah itu dapat memperkasakan lagi pengurusan DBKL.

"Saya sendiri telah lama melakukan langkah sama dengan memberikan nombor telefon bimbit kepada pengundi-pengundi saya di Putrajaya untuk memudahkan mereka menyalurkan maklumat, aduan atau cadangan," ujarnya.

Dalam pada itu, Tengku Adnan turut berjanji untuk membantu bekas tentera menyewa perumahan awam kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan mudah.

"Bagi urusan sewa beli kita akan membantu mereka mendapatkan pinjaman, sekiranya umur sudah lanjut kita akan bantu untuk waris-waris mereka mendapatkan pinjaman perumahan," katanya.

Sementara itu, dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan anugerah Pingat Jasa Malaysia kepada 162 bekas pegawai dan anggota tentera yang berjasa terhadap negara.

Manakala, 53 persatuan bekas tentera sekitar Kuala Lumpur dan Selangor turut menerima bantuan kewangan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved