Khamis, 8 Mei 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Mesti elak jumpa China

Posted: 08 May 2014 11:41 AM PDT

KUALA LUMPUR - Bahang bagi menghadapi kejohanan Piala Thomas 2014 semakin dirasai.

Hanya dua minggu sahaja lagi kejohanan tersebut akan bermula di New Delhi dan skuad badminton negara mensasarkan untuk menjadi juara Kumpulan C bagi memastikan laluan mereka mudah ke peringkat seterusnya, sekali gus dapat mengelak pertembungan dengan China di pusingan suku akhir.

Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek (gambar) berkata, segala persiapan akhir telah dilakukan oleh mereka dan yakin bahawa pasukan negara sudah bersedia untuk menghadapi kejohanan tersebut.

"Persediaan dari segi mental dan fizikal adalah antara perkara yang kami berikan tumpuan dalam usaha merealisasikan matlamat kami dalam misi membawa pulang Piala Thomas.

"Bagaimanapun, kami menghadapi sedikit masalah apabila pasukan beregu negara masih lagi tidak konsisten, namun itu tidak menggugat misi kami kerana kami masih mampu untuk memberi saingan kepada pihak lawan dan kami akan menghadapi mereka satu demi satu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Malaysia, yang kali terakhir merangkul kejuaraan berprestij itu pada 1992 di Kuala Lumpur, diletak dalam Kumpulan C bersama Korea Selatan, India dan Jerman manakala China berada di dalam Kumpulan D bersama-sama Taiwan, Rusia dan Perancis.

China dilihat mampu mempertahankan kejuaraan mereka berdasarkan senarai pemainnya, yang turut meletakkan juara dunia dan Olimpik, Lin Dan sebagai perseorangan keempat.

Kehadiran pemain nombor 58 dunia itu sudah pasti mendatangkan gerun buat semua pencabar mereka, termasuk Malaysia yang mungkin akan bertemu juara sembilan kali itu lebih awal jika hanya menamatkan saingan sebagai naib juara kumpulan.

Semalam, pasukan negara melakukan persiapan terakhir sebelum ke New Delhi apabila kesemua pemain Piala Thomas dan Uber telah menyiapkan visa di kedutaan India tanpa sebarang masalah. Mereka akan berangkat Khamis depan.

Pahang tekad pertahan takhta

Posted: 08 May 2014 11:41 AM PDT

Oleh M. RIZAL NOR
utusanpahang@utusan.com.my

MOHD. HAFIZ Kamal

KUANTAN - Tok Gajah perlu mempamer aksi terbaik mereka malam esok jika bertekad menundukkan Red Giant di Stadium Darul Makmur dalam perlawanan penting yang akan menentukan siapa lebih layak menjadi pendahulu Liga Super.

Pemain tengah Tok Gajah, Mohd. Hafiz Kamal berkata, persiapan rapi telah dibuat untuk berdepan anak-anak buah Mehmet Durakovic yang datang dengan misi untuk mendapatkan tiga mata.

"Kami tewas 1-0 pada aksi pertama 28 Januari lalu dan saya tidak rela memberikan kemenangan kepada Selangor di hadapan puluhan ribu penyokong setia Tok Gajah.

"Kelemahan ketika berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan pertama separuh akhir Piala FA Isnin lalu perlu diatasi segera dan kembali kepada prestasi seperti sebelum ini," katanya.

Menurutnya, rehat yang panjang sebelum perlawanan menentang JDT memberi kesan kepada prestasi pemain.

Pemain kebangsaan itu berkata, jentera tengah dan serangan perlu mencorak strategi baharu untuk merobek kubu Selangor.

Selain itu, katanya, perhatian juga perlu diberikan kepada penyerang Selangor, Paulo Rangel yang mampu menghukum mana-mana barisan pertahanan yang alpa.

Pahang dan Selangor kini berkongsi 28 mata dan hanya dibezakan dengan jumlah jaringan yang memihak kepada Pahang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lelaki disyaki pengganas ditahan

Posted: 08 May 2014 11:41 AM PDT

Anggota polis menahan seorang lelaki warga Somalia yang disyaki merupakan anggota kumpulan pengganas Al-Syabab yang berpangkalan di Afrika Timur dalam satu operasi khas di Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 8 Mei - Seorang lelaki warga Somalia yang disyaki anggota kumpulan pengganas Al-Syabab, ditahan dalam operasi khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Selangor hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, suspek berusia 34 tahun itu turut berada dalam senarai nama dikehendaki polis antarabangsa (Interpol) kerana pembabitan dalam kegiatan pengganas.

"Pihak polis sedang menjalankan siasatan susulan ke atas suspek untuk mengenal pasti sama ada terdapat rangkaian anasir-anasir pengganas Al-Syabab yang mungkin bersembunyi atau menjalankan aktiviti yang boleh mengancam keselamatan Malaysia.

"Suspek disyaki melakukan kesalahan berkaitan keganasan dan akan disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, menurut sumber keselamatan, dalam operasi tersebut, tiada senjata dirampas dan polis masih menyiasat cara suspek masuk dan sekiranya terdapat anggota lain daripada kumpulan tersebut di negara ini.

Katanya, suspek ditangkap kerana dikhuatiri akan merekrut warga Somalia di negara ini yang kebanyakannya menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) dengan fahaman pengganas.

"Kita juga bimbang jika suspek menjalin hubungan dengan militan tempatan dan mewujudkan rangkaian anasir pengganas di negara ini. Setakat ini, kumpulan itu aktif di negara Afrika," ujar beliau yang memberitahu, Al-Syabab adalah kumpulan yang bertanggungjawab mengebom sebuah pusat beli belah di Nairobi, Kenya, tahun lepas.

Beliau turut memberitahu, polis mengharapkan sumber maklumat daripada perisik antarabangsa kerana Somalia merupakan sebuah negara yang masih belum aman sepenuhnya.

Al-Syabab yang berpangkalan di Somalia pernah menyertai kumpulan pengganas, Al-Qaeda pada 2012 dengan bermatlamat menegakkan undang-undang syariah atau negara Islam di beberapa buah negara miskin.

Sehingga kini, Al-Syabab dianggarkan mempunyai keahlian antara 4,000 hingga 6,000 orang.

Ditahan miliki 93 peket dadah

Posted: 08 May 2014 11:41 AM PDT

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
pengarang2utusan.com.my

MOHAMAD Laham (dua dari kiri) menunjukkan motosikal milik suspek yang dirampas di IPD Alor Gajah, Melaka, semalam.

ALOR GAJAH 8 Mei - Walaupun sudah 26 kali keluar masuk penjara atas kesalahan memiliki dadah, samun dan rompak sejak 1978, namun itu langsung tidak memberi keinsafan kepadanya yang kini sudah berusia 53 tahun.

Dia yang masih bujang itu sebaliknya ditangkap sekali lagi kerana memiliki dadah dalam serbuan di rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Masjid Tanah, di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohamad Laham berkata, hasilnya, polis menjumpai 93 peket plastik lut sinar disyaki heroin seberat 143.3 gram, satu peket plastik lut sinar serta satu tiub kaca mengandungi dadah jenis syabu seberat 12.3 gram dalam beg sandang milik suspek.

"Semasa serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka itu, suspek cuba membuang dadah berkenaan dalam lubang tandas tetapi berjaya dihalang," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan hasil daripada maklumat orang awam itu, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Kawasaki Z250 dan wang tunai berjumlah RM1,630.

Katanya, kesemua rampasan termasuk dadah itu dianggarkan berjumlah RM38,680.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek mula menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak 2012 di daerah Masjid Tanah, Lubuk China dan Rembau, Negeri Sembilan.

"Suspek yang positif dadah, hasil ujian air kencing, direman sehingga 13 Mei ini untuk siasatan lanjut," ujarnya sambil memberitahu, kes disiasat mengikut seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


PPKJ bina 32 premis perniagaan

Posted: 08 May 2014 11:41 AM PDT

Oleh M. RIZAL NOR
utusanktn@gmail.com

Ahmad Bazain Mohmud (kiri) melafazkan akad bayaran zakat sambil diperhatikan oleh Ahmad Nazlan Idris (tiga dari kanan) dalam majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPKJ Ke-35 di Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut, baru-baru ini. - Utusan/M. Rizal Nor

JERANTUT 8 Mei - Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jerantut akan membina 32 unit premis perniagaan dan bengkel sebagai alternatif baharu untuk menjana pendapatan ahli-ahlinya.

Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Jerantut, Datuk Ahmad Bazain Mohmud berkata, projek berkenaan akan didirikan di kawasan perindustrian daerah ini.

"Kita telah menyiapkan kertas kerja dan sudah mencapai kata sepakat untuk menjalankan projek ini.

"Projek ini menelan belanja kira-kira RM4 juta, namun dana kita tidak mencukupi dan cara paling mudah adalah mendapatkan pinjaman kewangan jika mahu projek ini direalisasikan dengan cepat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPK Jerantut Ke-35 di Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut baru-baru ini yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris.

Yang turut hadir, Pengarah PPK negeri, Sulaiman Embong dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa), Datuk Mustaffar Kamal Ab. Hamid.

Dalam majlis tersebut, PPK Jerantut turut menyerahkan bayaran zakat sebanyak RM9,168.13 kepada wakil Pusat Zakat Daerah.

Ahmad Bazain berkata, projek tersebut mampu menjana pendapatan untuk jangka masa panjang dan keutamaan akan diberikan kepada ahli PPK Jerantut untuk menjalankan perniagaan di premis berkenaan selain turut diberi sewa kepada orang lain.

Menurutnya, keahlian PPK Jerantut seramai 4,011 orang dan jumlahnya akan meningkat dengan penglibatan lebih ramai belia.

"Kita mahu lebih ramai belia menjadi ahli kerana lebih banyak projek akan digerakkan selepas ini dalam usaha meningkatkan pendapatan semua ahli," ujarnya.

Beliau memberitahu, pihaknya sudah memiliki beberapa projek yang sedang diusahakan terutama ternakan udang galah yang dijalankan di Ulu Cheka di sini.

"Sekarang kita ada lapan kolam dan kini hasilnya sudah dijual dengan harga antara RM35 hingga RM40 sekilogram," ujarnya.

Menurutnya, PPK Jerantut berhasrat membina stesen minyak di daerah ini yang menelan kos kira-kira RM1.5 juta.

Pendekatan kreatif anjur program keusahawanan

Posted: 08 May 2014 11:41 AM PDT

Shahiruddin Ab. Moin (tiga dari kanan) melancarkan program Jelajah Informasi Usahawan Pahang peringkat daerah Bentong di Dataran Bentong, baru-baru ini.

BENTONG 8 Mei - Kerajaan negeri mengambil pendekatan bersepadu dan kreatif dalam menganjurkan program Jelajah Informasi Usahawan Pahang (JIUP) bagi merangsang daya keusahawanan dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, program JIUP yang diadakan ke setiap daerah itu bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat tentang peluang terbuka menceburkan diri dalam sektor berkenaan.

Katanya, fokus utama agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera adalah untuk membudayakan modal insan selain menambah pemilikan ekuiti golongan itu di negara ini.

"Program ini mendapat sambutan hangat pelbagai golongan khususnya generasi muda yang membuktikan mereka berminat kepada program keusahawanan serta perniagaan.

"Jelajah ini telah menarik minat generasi muda yang melihat keusahawanan sebagai cabang utama untuk memakmurkan keluarga dan negara," katanya ketika berucap dalam majlis perasmian JIUP peringkat daerah di Padang Awam Bentong di sini baru-baru ini.

Menurutnya, program tersebut yang dijadual mengikut daerah akan ditaja oleh agensi kerajaan dan badan berkanun secara bergilir dengan disertai jabatan serta agensi kerajaan berkaitan keusahawanan.

Katanya, langkah ini memberi peluang kepada kerajaan negeri dan agensi terbabit mendapat maklumat serta maklum balas cara paling berkesan bagi memperkukuhkan agenda pemerkasaan bumiputera.

Tindakan bantah GST lebih bersifat politik pembangkang - Ismail

Posted: 08 May 2014 11:41 AM PDT

Ismail Abd. Muttalib (kiri) menyampaikan cenderamata kepada seorang ketua kampung dalam majlis penutup Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Peringkat Daerah Maran dan Jom ke Putrajaya di Dataran Teksi Maran, baru-baru ini. - utusan/salehudin ma rasad

MARAN 8 Mei - Tindakan pembangkang yang membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan mengheret rakyat berdemonstrasi dibidas kerana lebih bersifat politik berbanding untuk kepentingan negara.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, bantahan yang dibuat oleh pakatan pembangkang itu hanya bertujuan mahu menjejaskan kestabilan dan menjatuhkan kredibiliti kerajaan.

"Rakyat dapat melihat kerenah dan niat sebenar pembangkang untuk meruntuhkan tamadun yang dibina kerajaan sejak selepas merdeka berbanding kononnya untuk membela rakyat," katanya ketika berucap dalam majlis Penutup Fiesta Mesra Belia 1Malaysia peringkat daerah dan Jom ke Putrajaya di Dataran Teksi Maran di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mohamed Ariffin Awang Ismail; ADUN Luit, Nurhidayah Mohd. Shahaimi; Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzillah Salleh dan Presiden Majlis Belia Negeri Pahang, Khairul Amin Osman.

Menurut Ismail, ketegasan kerajaan untuk melaksanakan GST pada April 2015 sangat baik demi kepentingan rakyat dan negara.

Katanya, kerajaan akan meneruskan program penerangan secara menyeluruh kepada rakyat tentang rasional GST di negara ini dalam tempoh terdekat.

Tambahnya, penerangan yang kurang jelas mengenai perkara itu bukan sahaja membelenggu rakyat di luar bandar tetapi juga yang membabitkan golongan berpendidikan.

"Pihak pembangkang telah menjadikan isu GST sebagai modal politik untuk membelasah kerajaan walaupun pada hakikatnya sistem ini memberi kebaikan kepada negara.

"Mereka menjadikan GST untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan melalui tindakan dan mengeluarkan kenyataan mengelirukan rakyat," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Singapura: Kontraktor warga India dipenjara 30 bulan dengan tiga sebatan

Posted: 08 May 2014 10:51 AM PDT

SINGAPURA 9 Mei - Seorang pekerja kontraktor India telah dijatuhi hukuman penjara selama 30 bulan dan tiga sebatan semalam kerana peranannya dalam rusuhan yang jarang berlaku di Singapura pada tahun lalu.

Ramalingam Sakthivel, 33, merupakan orang pertama yang disabitkan dengan kesalahan melakukan rusuhan di kalangan pekerja yang terlibat dalam keganasan yang disebabkan oleh satu insiden kemalangan maut pada 8 Disember 2013, di Little India.

Kejadian itu merupakan satu-satunya rusuhan yang jarang berlaku di Singapura sejak 1965. Rusuhan di Little India itu membabitkan sebahagian dari 300,000 pekerja asing dari Asia Selatan dan menyebabkan 39 pegawai cedera dan 25 kenderaan kecemasan rosak. - Agensi

Beratus tahanan Palestin mogok lapar

Posted: 08 May 2014 10:48 AM PDT

BAITULMUQADDIS 9 Mei - Beratus-ratus tahanan Palestin di Israel mengadakan mogok lapar selama sehari semalam sebagai sokongan terhadap rakan-rakan mereka yang telah berpuasa selama dua minggu bagi membantah tindakan rejim Zionis memenjarakan mereka tanpa perbicaraan.

"Sekurang-kurangnya seramai 90 orang telah berpuasa sejak dua minggu lalu. Hari ini beratus-ratus tahanan lain telah menyertai mogok itu selama sehari," kata jurucakap wanita Perkhidmatan Penjara Israel, Sivan Weizman.

Menteri Penjara Palestin, Issa Qaraqe berkata, sekitar 120 tahanan pentadbiran mengadakan mogok lapar tersebut sehingga permohonan mereka untuk mendapatkan hak untuk dibicarakan dipatuhi. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pendakwa mohon bicara serentak kes ‘Tuhan Harun’

Posted: 08 May 2014 11:41 AM PDT

KUANTAN 8 Mei - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 Jun ini untuk mendengar permohonan pihak pendakwaan agar ketua pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, isteri dan empat pengikutnya dibicarakan serentak atas tuduhan berhubung pembunuhan Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd. Malek tahun lalu.

Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Khamizah Salleh memaklumkan bahawa pihak pendakwaan mahu keenam-enam tertuduh tersebut dibicarakan serentak.

Sementara itu, peguam Hermes Media Putra Ibrahim yang mewakili Harun pula memohon supaya anak guamnya itu tidak dibicarakan sehingga dia benar-benar pulih daripada penyakit angin ahmar yang dihidapinya.

Terdahulu, pihak pendakwaan mengemukakan pertuduhan pindaan terhadap tertuduh-tertuduh dengan memasukkan nama tertuduh, Shamsinar Abdul Halim, 37, yang sebelum ini tidak dinyatakan.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, Sumustapha Suradi, 39, bersama Shamsinar dan seorang lagi yang masih bebas didakwa dengan niat bersama-sama telah melakukan pembunuhan ke atas Ahmad Raffli di rumah No.7, Lorong IM2/29, Bandar Indera Mahkota di sini kira-kira pukul 1.50 petang, 10 November lalu.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Harun, 48, pula didakwa bersama isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 31; pemandu mereka, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 38, dan Jefferi Safar, 37, Sumustapha, Shamsinar serta seorang lagi yang masih bebas dituduh melakukan konspirasi jenayah dengan bersetuju antara mereka dengan niat membunuh Ahmad Raffli.

Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Didenda RM1,000 kerana cuti sakit palsu

Posted: 08 May 2014 11:41 AM PDT

KUALA LUMPUR 8 Mei - Gara-gara mengemukakan sijil cuti sakit palsu kepada majikan, seorang bekas penyelia tapak di sebuah syarikat pembinaan dihukum penjara satu hari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Saifulakmal Said menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Hirwan Rusman, 28, yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di pejabat syarikat berkenaan di D6, Sentul East, di sini, 2 Januari lalu.

Gagal membayar denda, tertuduh yang diwakili peguam N. Satgurunathan, boleh dihukum penjara tiga bulan.

Mohd. Hirwan didakwa dengan curangnya menggunakan sijil cuti sakit itu sebagai dokumen tulen untuk memperdaya majikannya, syarikat pembinaan Yeoh Tiong Lay (SPYTL) Sdn. Bhd. sedangkan dia mengetahui sijil tersebut adalah palsu.

Timbalan Pendakwa Raya, Ooi Chean Ling mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 465 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, semakan yang dilakukan oleh seorang kakitangan bahagian pentadbiran syarikat itu dengan Bahagian Pesakit Luar, Hospital Kuala Lumpur (HKL), berhubung sijil cuti sakit itu bertarikh 28 Disember 2013, mendapati hospital tersebut tidak pernah mengeluarkan sebarang sijil seumpama itu selain cop yang digunakan dalam dokumen itu juga adalah palsu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Mengejar jalan pintas ke syurga

Posted: 08 May 2014 11:41 AM PDT

Oleh MOhd. Shauki Abd. Majid

Seorang lelaki meratapi kematian seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa bahan letupan, didakwa oleh penentang Presiden Bashar Assad dilontarkan oleh tentera Syria di kawasan kediaman di Aleppo pada 27 April lalu. - REUTERS

KENYATAAN Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa gerakan militan di negara ini bertindak atas ijtihad secara persendirian menjadi petunjuk penting bahawa gerakan itu menyimpang daripada asas dan syarat-syarat pelaksanaan jihad yang digariskan ajaran Islam.

Cubaan puak pelampau ini untuk memperoleh syurga secara pintas dan pantas menerusi imaginasi jihad di negara bergolak seperti Syria semakin terserlah tembelangnya dengan pendedahan bahawa orang terbabit mengalami masalah peribadi secara kronik seperti pengangguran, pengasingan secara sosial dan psikologi serta 'terlebih' semangat menghayati Islam setelah sekian lama terperangkap dalam telaga dosa di masa lalu.

Mereka yakin dengan menjadi martyrdom dan pahlawan di medan jihad yang mereka pilih, segala pembangkangan dan penyelewengan mereka terhadap Tuhan di masa lampau telah dibasuh sekali gus memegang boarding pass ke syurga sebagaimana dijanjikan oleh pimpinan spiritual mereka.

Tidak dapat dinafikan bahawa di dalam Islam, jihad adalah kemuncak amalan dalam ajaran Islam sebagaimana yang disabdakan Nabi Muhammad SAW. Bagi orang Islam, jihad adalah amanah agama yang berkesinambungan sampai akhir zaman.

Sepanjang sejarah peradaban Islam yang bermula dari Mekah sehingga membentang ke Nusantara, terdapat coretan penting mengenai peranan jihad memperkembangkan Islam sehingga dalam bentuknya hari ini.

Namun begitu, dunia hari ini menyaksikan banyak penyimpangan dan penyelewengan tujuan, prinsip dan makna jihad. Ramai yang mengangkat senjata kononnya untuk berjuang demi martabat dan kewibawaan Islam daripada penghinaan kaum kuffar, menentang kezaliman, menegakkan Islam yang tulen, melindungi ideologi Sunni daripada serangan bukan Sunni, terperangkap dengan semangat jihad di jalan Allah secara berlebihan sehingga melanggar aturan berjihad.

Indikasi pelanggaran dan penyimpangan mengenai jihad ini misalnya, menjadi perhatian dan catatan yang mendalam Sayyid Imam Abd Aziz al-Sharif. Beliau ialah bekas jihadis terkemuka Mesir dan pengasas gerakan al-Jihad yang akhirnya menyedari berlakunya kesilapan dalam pelaksanaan jihad di negaranya dan beberapa medan jihad lain di dunia.

Menurut beliau yang juga mempunyai nama pena Dr. Fadl, penyimpangan yang berlaku dalam dunia jihad dapat dilihat dengan tindakan melulu kaum jihadis yang memerangi sesama Islam atas dasar membela keyakinan golongan atau puak mereka. Mereka berperang atau berjihad kerana rasa berpuak-puak. Perang kerana membela puak Sunni, membela puak Syiah.

Apa pun alasannya, berperang sesama Islam adalah perang yang disifatkan Nabi Muhammad sebagai perang sia-sia. Ia juga dikira sebagai perang kerana taksub yang sesiapa mati dalam perang itu dianggap sebagai mati jahiliah. Mereka tidak dapat membezakan antara jihad yang suci dengan perang disebabkan pergaduhan, perebutan kuasa dan kekuasaan duniawi lain.

Padahal dalam ketentuan jihad yang sebenar jelas dinyatakan bahawa tidak boleh dilaksanakan sekiranya seseorang itu tidak mampu dan tidak bersedia. Jihad tidak dibebankan atau diwajibkan kepada orang yang terpaksa melakukannya. Jihad juga tidak memerlukan dana yang tidak sah atau tidak halal.

Banyak berlaku kebelakangan ini, mereka yang berjihad sanggup merompak harta awam dan membunuh anggota keselamatan dengan alasan bahawa harta rompakan itu dianggap harta fa'i. Harta yang didakwa sah dan layak diambil bagi digunakan 'berjihad' ke jalan Allah. Dalam hal ini, jelas ia bertentangan dengan wasiat Nabi SAW tiap kali baginda melepaskan pasukan muslim berjihad mempertahankan agama.

Nabi SAW berpesan: "Dengan nama Allah dengan disertai Allah di jalan Allah dan atas sunnah Rasulullah. Janganlah kamu berlebihan mengambil barang rampasan tanpa seizin pimpinan pasukan. Janganlah kamu berkhianat dan jangan pula melakukan penganiayaan yang kejam terhadap musuh. Jangan membunuh anak-anak, wanita dan orang tua." (Hadis riwayat at-Tabrani).

Dalam konteks ini, cubaan pihak militan negara ini melakukan penipuan bagi mendapatkan dana operasi telah mencemarkan Islam.

Oleh itu, jihad perlu diletakkan pada tempat dan kedudukan yang sesuai dengan syariat Islam. Memang betul, jihad merupakan fardu ain atau kewajipan kepada setiap muslim untuk melaksanakannya, akan tetapi pelaksanaannya amat bergantung dengan keadaan dan syarat-syarat tertentu bagi membolehkan pelancaran jihad.

Islam adalah agama yang meletakkan prinsip keamanan dan ketenangan masyarakat manakala sebarang usaha memecahkan suasana itu adalah satu tindakan bersifat zalim. Hal ini satu tindakan yang haram kerana ia boleh mendatangkan keburukan, kegelisahan dan kesusahan kepada orang ramai.

Hukumnya cukup jelas kerana Allah mengingatkan hamba-Nya untuk tidak mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud; "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan" (Maksud Surah Al-Baqarah ayat 195).

Lebih malang lagi, apabila ada pihak melengkapkan pandangan umum bahawa perhimpunan jalanan bagi melancarkan protes itu sebagai suatu tindakan yang mempunyai nilai perjuangan yang bersifat jihad. Ia dilihat sebagai jihad kerana tujuannya adalah untuk menuntut keadilan dan jaminan oleh pemerintah yang zalim, kerana mempertahankan undang-undang yang bersifat penjajah.

Inilah dikatakan golongan pelampau iaitu orang yang melanggar batas kesederhanaan dalam amalan agama sama ada dari sudut pemikiran atau amalan. Ia tindakan yang terkeluar dari jalan yang ditempuh oleh ulama salaf dalam memahami Islam.

Setiap umat Islam diwajibkan menjaga kesejahteraan diri dan dalam memenuhi tanggungjawab tersebut ia tidak pula membenarkan tindakan melanggar kesejahteraan diri orang lain.

Meskipun ada konflik di antaranya, konflik tersebut perlulah diselesaikan melalui perundingan, perbincangan dan dilaksanakan dalam semangat kasih sayang.

Agama bertujuan menghubungkan manusia dengan Tuhan dan tidak pernah bertujuan membangkitkan massa untuk melakukan suatu kekerasan atau penyerangan. Ajaran di dalam al-Quran juga mengharamkan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini.

PENULIS ialah Pengurus Besar Analisis

Dan Pengurusan Isu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Setahun berlalu PRU-13, UMNO perlu lebih bersedia

Posted: 08 May 2014 11:41 AM PDT

Dari Jendela Tok ki

SETAHUN lalu tsunami politik membadai dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pakatan pembangkangnya cuba mengambil kesempatan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan penyelewengan dan demonstrasi seluruh negara terjadi. Akhirnya strategi Anwar kantoi apabila dia gagal membuktikan pengundi Bangladesh mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Sekarang ini pemilihan peringkat cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlaku pergolakan dan ketidaktelusan sehingga 17 daripadanya diminta bermesyuarat semula. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

UMNO masih terus berkuasa walaupun Anwar mendakwa undi popular memihak kepadanya. Macam Anwar tidak tahu sejak terlibat dalam politik, undi popular tidak berbangkit. Kemenangan diukur berasaskan kerusi majoriti.

Anwar dan pembangkang cuba menimbulkan kebencian menggunakan slogan ABU (asal bukan UMNO). Apa saja peristiwa yang berlaku di Malaysia dikaitkan dengan UMNO sehingga kehilangan MH370 pun dikaitkan dengan UMNO.

Menyemai sikap membenci ini akhirnya memakan diri. Sekarang ini orang PKR sendiri membuat sindiran tentang politik kroni berasaskan keluarga dan terhubung dengan pengaruh Istana Bukit Segambut.

Peranan Anwar sebagai pemersatu dalam politik PKR ternyata semakin lemah. Strategi reformasi 2 kurang mendapat sambutan. Demonstrasi GST di Dataran Merdeka diambil kesempatan oleh Anwar untuk membuat kenyataan tempoh tahanan beliau akan dinaikkan sehingga 10 tahun.

Anwar menghina mahkamah dan hakim-hakim semahu-mahunya tetapi contempt of court tidak terjadi. Perbicaraan terhadap dirinya dianggap sebagai konspirasi politik dan hukuman yang dijatuhkan dirancang.

Anwar ke United Kingdom baru-baru ini berjumpa Al Gore dan Al Gore dikatakan menasihatkannya supaya berpindah ke luar negara. Beberapa hari yang lalu Anwar berada di Indonesia untuk menyatakan benda yang sama kepada kawan-kawannya.

Apakah ini berikutan kunjungan Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Jakarta dan memberi penjelasan kepada Fahmi Idris, bekas menteri dalam Kabinet Indonesia mengenai siapa Anwar sebenarnya.

Setahun yang berlalu, Anwar tidak pernah berputus asa kerana kalau takdirnya Anwar dihukum penjara oleh Mahkamah Persekutuan, PKR tidak berada dalam suasana yang kondusif. Perebutan jawatan kepimpinan menimbulkan gelora baru yang tidak mudah dileraikan. Takdirnya Azmin Ali menang, Anwar tidak akan rasa selesa kerana regu Anwar ialah Saifuddin-Rafizi-Nurul Izzah yang kelihatan tidak dapat dukungan yang baik di kalangan ahli parti.

Pas dengan isu hudud bertekad untuk melaksanakannya di Kelantan ditentang oleh rakan politiknya DAP dan PKR, meskipun Anwar suatu ketika dulu ialah pemimpin ABIM yang memperjuangkan Islam sebagai suatu cara hidup.

Daripada cita-cita negara Islam dan hudud ke arah Negara Berkebajikan dan terakam dalam Buku Jingga sebagai persetujuan bersama, tiba-tiba Pas tersedar dalam lena tahaluf siasinya yang sangat mengecewakan Anwar. Apakah sikap Pas boleh menyebabkan Pakatan Rakyat mengalami perpecahan kerana perbezaan antara perjuangan Pas dengan yang lain adalah perbezaan fundamental?

UMNO yang dibenci oleh Anwar dan Pas perlu lebih bersedia menghadapi tahun-tahun mendatang menjelang PRU ke-14. Gambaran Pas semacam mahu bekerjasama dengan UMNO kerana isu hudud tidak dapat memberi jaminan bahawa Pas akan menyedari kesilapannya melakukan tahaluf siasi dengan yang lain.

UMNO harus lebih jelas memperjuangkan nasib umat Melayu terutama dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Ternyata ianya sedang berjalan dengan baik.

UMNO harus memberikan fokus menyantuni golongan muda dan pelajar supaya proses pengkaderan ke arah orientasi Islam terjadi. Bahagian latihan kepimpinan UMNO harus diperkemaskan dengan kurikulum yang lebih berdaya maju supaya masa depan umat Melayu dan Islam terbela di tangan kepimpinan UMNO.

Sekiranya UMNO terus mendekati generasi muda dengan berkongsi maklumat secara telus tentang apa yang terjadi, penulis yakin generasi muda akan lebih memahami kerana retorik tanpa pelan tindakan memperkasa umat Melayu bakal ditelan zaman.

Tekad membantu umat Melayu perlu dijadikan agenda utama agar meyakinkan generasi muda peri pentingnya UMNO kepada negara Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Subang Jaya sedia jadi bandar raya

Posted: 07 May 2014 12:40 PM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Asmawi Kasbi

SUBANG JAYA 7 Mei - Subang Jaya telah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan untuk dinaik taraf sebagai sebuah bandar raya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Asmawi Kasbi berkata, sehubungan itu, pihaknya akan mengemukakan permohonan rasmi kepada kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf status MPSJ kepada majlis bandar raya tidak lama lagi.

Jelasnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu telah membuktikan kemampuannya apabila diiktiraf sebagai PBT Gemilang dengan penarafan lima bintang oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan selepas menduduki tempat pertama dengan memperoleh markah sebanyak 90.30.

"Berdasarkan penarafan lima bintang itu, kami akan membuat permohonan secara rasmi kepada kerajaan supaya MPSJ dapat dipertimbangkan menjadi majlis bandar raya seperti Petaling Jaya dan Shah Alam.

"Saya yakin MPSJ mempunyai asas kukuh untuk mengemukakan cadangan tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan MPSJ di sini, hari ini.

Yang turut hadir timbalannya, Abdullah Marjunid.

Menurut Asmawi, pihaknya menyerahkan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan permohonan terbabit kerana penilaian akan dibuat berdasarkan kemampuan sesebuah PBT memberi perkhidmatan kepada orang awam, jumlah penduduk, pendapatan tahunan dan saiz kawasannya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan kejayaan MPSJ meraih penarafan lima bintang dicapai hasil kerjasama dan komitmen tinggi warga kerjanya di semua peringkat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada 780,000 penduduk di kawasan itu.

"Kita berharap MPSJ berada di landasan yang betul kerana kita telah telah menetapkan dalam Pelan Strategik MPSJ untuk mencapai sasaran menjadi 30 PBT terbaik di dunia pada tahun 2030.

"Dengan kerjasama semua pihak, kita yakin misi tersebut tidak mustahil untuk dicapai," ujarnya.

Pembeli kedai dakwa tertipu

Posted: 07 May 2014 12:40 PM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

Wilson Lau Hoi Keong (tengah) bersama-sama sebahagian pembeli yang mendakwa ditipu pemaju selepas lot kedai yang dibeli bertukar status menjadi pangsapuri mengangkat kain rentang sebagai membantah tindakan pemaju berkenaan di Kuala Lumpur, semalam

KUALA LUMPUR 7 Mei - Tiga ahli perniagaan mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM65,000 setiap seorang apabila wang yang dilaburkan untuk pembinaan sebuah lot kedai di Taman Melati di sini telah bertukar status sebagai projek pangsapuri 16 tingkat.

Pengerusi Biro Aduan Parti Gerakan, Wilson Lau Hoi Keong berkata, jumlah yang dibayar pembeli berkenaan hanyalah merupakan 10 peratus daripada jumlah keseluruhan sebagai deposit untuk sebuah lot kedai di tapak itu pada tahun 2005.

Bagaimanapun, katanya, selepas lapan tahun menunggu, mereka terkejut apabila mendapati kedai tersebut tidak dibina sekali gus mereka kehilangan hak terhadap projek berkenaan.

"Status tapak projek itu agak meragukan kerana semasa lot kedai dibeli mangsa, tanah itu dibangunkan sebagai kawasan komersial. Malangnya, kini ia menjadi projek pangsapuri perkhidmatan dan mereka tidak menerima sebarang notis atau makluman mengenai perkara itu.

"Walaupun setakat ini yang mengadu kepada kami hanya tiga orang, mungkin ada lagi yang menjadi mangsa tetapi tidak sedar akan perkara tersebut dan tidak tahu untuk mengadu kepada siapa," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalannya, Ben Liew Pok Boon akan menulis surat rasmi kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mendapatkan jawapan berhubung pertukaran status pembangunan tanah tersebut.

"Bagaimana pemaju terbabit boleh menukar status projek sesuka hati dan siapa yang memberi mereka permit bagi menjalankan pembangunan lain tanpa memaklumkan kepada pembeli sedia ada?

"Saya harap pihak berwajib dapat menyelesaikan isu ini dan memberi penjelasan kukuh kerana ia melibatkan jumlah kerugian yang bukan sedikit," katanya.

Dalam pada itu, seorang peniaga bahan logam, Low Aik Seong, 42, berkata, pertukaran status projek pembangunan itu hanya disedarinya pada tahun lalu ketika meninjau kawasan tersebut.

"Memang tiada sebarang makluman atau notis daripada pihak terlibat mengenai perkara ini.

"Ini benar-benar meragukan dan berharap pihak pemaju bertanggungjawab, katanya.

Seorang lagi mangsa yang merupakan peniaga tayar kereta, Siow Kin Min, 49, turut melahirkan rasa kesal atas apa yang berlaku.

Katanya, masalah itu sekali gus membantutkan hasratnya untuk membuka kedai baharu di situ.

"Saya mahukan pulangan modal yang telah dikeluarkan sebelum ini.Sudah lapan tahun saya bersabar, namun tiada sebarang hasil sehingga kini," katanya.

Sementara itu, Hoi Keong menasihati sesiapa yang terlibat dengan pembelian lot kedai tersebut pada tahun 2005 supaya menghubungi Biro Aduan dan Perkhidmatan partinya di talian 03-9287 6868.

Pembinaan pusat aktiviti diteruskan

Posted: 07 May 2014 12:40 PM PDT

Ahmad Phesal Talib (dua dari kanan) diberi penerangan mengenai projek pembinaan pusat aktiviti di tapak projek di Setapak, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Mei - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap meneruskan projek pembinaan pusat aktiviti belia berdekatan pusat beli-belah KL Festival City, Setapak di sini, walaupun terdapat beberapa isu yang belum diselesaikan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, ini termasuklah keengganan penjual kereta di situ berpindah.

Menurutnya, pihak DBKL akan mengatur pertemuan dengan pihak berkenaan bagi menyelesaikan isu ini.

"DBKL telah menawarkan mereka berpindah ke lokasi lain sebelum ini, tetapi ditolak.

"Ini sekali gus membantutkan usaha-usaha pembangunan yang dirancang mengikut jadual," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak pusat aktiviti berkenaan untuk melihat perkembangan projek tersebut di Danau Kota, Setapak di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pelaksanaan Projek dan Penyenggaraan) DBKL, Datuk Mohd. Najib Mohd. dan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Mohd. Sauffi Muhamad.

Beliau berkata, surat tawaran berpindah ke tapak lain dan notis terakhir telah diberikan kepada pihak terlibat.

"Sekiranya mereka masih berdegil, saya akan mengarahkan pihak penguat kuasa DBKL untuk masuk dan membuka jalan terbabit," katanya.

Menurutnya, pengusaha terlibat perlu berpindah kerana lokasi mereka mengganggu pembinaan laluan masuk ke pusat aktiviti itu.

Pada 21 April lalu, Utusan Malaysia melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu pembinaan pusat aktiviti itu disegerakan bagi manfaat golongan belia.

Katanya, pembinaan pusat aktiviti itu amat penting bagi membendung belia daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Tambah Ahmad Phesal, kerja-kerja pembersihan sudah pun dilakukan di kawasan terbabit dan akan memasukki fasa 1 dalam tempoh terdekat.

"Selain memasang pagar, fasa 1 turut melibatkan pembinaan laluan siar kaki selain penanaman rumput.

"Manakala bagi fasa 2, kerja-kerja melibatkan pembinaan tempat letak kereta, taman permainan kanak-kanak selain tandas awam dan pondok pengawal," katanya.

Pusat aktiviti yang berkeluasan 13.2 hektar itu turut mengandungi sebuah tasik buatan bagi kemudahan pengunjung untuk beriadah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Segamat terima peruntukan RM230,000

Posted: 07 May 2014 12:40 PM PDT

Oleh Mohamed Saari
utusanjohor@utusan.com.my

Mohammad Sahlan Mahnoon (kiri) menyaksikan ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat (dua, kiri) menyampaikan bantuan Skim Insentif Produktiviti Getah kepada seorang pekebun kecil getah di Balairaya Kampung Genuang Baru, Segamat, baru-baru ini. - UTUSAN/ MOHAMED SAARI

SEGAMAT 7 Mei - Segamat menerima peruntukan terbesar daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di bawah program Peningkatan Produktiviti Getah (PPG) berjumlah RM230,000 daripada keseluruhan RM436,000 yang diperuntukkan untuk Johor pada tahun ini.

Pengarahnya, Mohammad Sahlan Mahnoon berkata, di bawah program PPG ini, Risda akan membekalkan secara percuma peralatan-peralatan menoreh seperti mangkuk getah dan pisau toreh.

"Dalam usaha meningkatkan hasil getah pekebun-pekebun kecil, RISDA masih meneruskan program bekalan baja kepada pekebun-pekebun kecil di luar bantuan iaitu Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG).

"Bagi SIPG pula, daerah Segamat juga turut menerima peruntukkan terbesar di negeri ini iaitu sebanyak RM495,000 kerana Segamat merupakan daerah yang mempunyai keluasan getah paling besar berbanding daerah-daerah lain di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini kelmarin.

Menurut Mohammad Sahlan, dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini sahaja, Segamat telah melaksanakan penanaman semula pokok getah seluas 800 hektar yang merupakan kawasan terluas di negeri ini berbanding daerah lain.

Katanya lagi, jika dahulu RISDA lebih tertumpu kepada penanaman dan penjagaan pokok getah muda sahaja, tetapi kini tumpuan yang sama turut diberikan kepada pokok matang dan pengeluaran hasil.

"Pada masa sama, kempen penorehan yang dilaksanakan bertujuan meningkatkan bilangan hari menoreh pekebun kecil di negeri ini sekurang-kurangnya kepada 12 hari sebulan berbanding 10 hari sebelum ini.

"Jika pekebun kecil ini meningkatkan bilangan hari menoreh kepada 12 hari sebulan di atas tanah berkeluasan sehektar, hasil yang diperolehi akan meningkat kepada 1,500 kilogram dan pendapatan penoreh akan bertambah sebanyak RM2,000 setahun manakala pendapatan negara bertambah RM140 juta setahun," ujarnya.

Persatuan belia diminta bantu cegah denggi

Posted: 07 May 2014 12:40 PM PDT

S. Subramaniam (tengah) mencuba alat penyembur nyamuk semasa Program Gotong-Royong dan Kempen Bulan Bebas Denggi di Taman Astakajaya, Segamat, Johor, baru-baru ini. - UTUSAN/MOHAMED SAARI

SEGAMAT 7 Mei - Persatuan belia yang terdapat di negara ini diminta melibatkan diri dalam usaha pencegahan denggi kerana setakat ini program pencegahan denggi anjuran Kementerian Kesihatan dan pihak Jawatankuasa Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) hanya melibatkan jawatankuasa penduduk sahaja.

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, aktiviti pencegahan denggi tidak seharusnya tertumpu ketika waktu penularan wabak tersebut sahaja tetapi perlu dilakukan secara berterusan dan berkala supaya Malaysia menjadi sebuah negara bebas denggi.

"Perkara tersebut boleh dicapai sekiranya mendapat kerjasama dan kesedaran masyarakat. Pasukan Combi juga boleh ditubuhkan di tempat yang difikirkan perlu seperti di taman-taman perumahan dengan pasukan sedia ada perlu lebih aktif kerana Combi menjadi sebahagian penggerak dasar kerajaan dalam pencegahan denggi.

"Saya percaya semangat anak muda yang kita lihat hari ini merupakan gambaran kepada masa depan yang dapat membantu kerajaan menangani masalah denggi di negara ini," katanya semasa merasmikan Majlis Pelancaran Program Gotong-Royong dan Kempen Bulan Bebas Denggi di Taman Astakajaya, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim; Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Mokhtar Ahmad dan Pengerusi Persatuan Belia Baru Taman Yayasan, Rohizam Mohd Razali.

Program tersebut dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Segamat dan Persatuan Belia Baru Taman Yayasan.

Subramaniam yang juga Ahli Parlimen Segamat berkata, daerah itu muncul sebagai kawasan yang mencatatkan kes denggi yang rendah iaitu sebanyak 74 kes sepanjang tahun lalu diikuti oleh Mersing sebanyak 67 kes.

"Sebenarnya ini tanggungjawab bersama dan bukannya individu sahaja. Usaha seperti yang dilakukan Persatuan Belia Baru Taman Yayasan menganjurkan program ini merupakan satu langkah baik sekaligus memberi petanda akan berlaku perubahan lebih baik berhubung pencegahan denggi pada masa depan," ujarnya.

Tambah beliau, penglibatan belia dalam aktiviti seperti ini juga menandakan keberkesanan promosi dan kempen pencegahan denggi yang dilakukan oleh kerajaan dan sewajarnya dicontohi oleh pertubuhan-pertubuhan belia yang terdapat di negara ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Gugur ruang kaum: Joseph Entulu mohon maaf kekeliruan

Posted: 08 May 2014 03:35 AM PDT

PUTRAJAYA 8 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun hari ini memohon maaf atas kekeliruan yang timbul berikutan laporan tentang pengguguran ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tidak memberi nilai tambah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, perkara itu ada dibincangkan dalam Kabinet namun tiada sebarang keputusan dibuat.

Beliau berkata, laporan akhbar yang menyiarkan berita berkenaan tidak mencerminkan kenyataan sebenar yang dibuat olehnya semalam.

"Laporan yang tidak tepat ini telah menimbulkan keresahan dalam masyarakat," kata Entulu dalam kenyataan ringkasnya itu.

Dalam sidang media di sini semalam, Entulu dilaporkan berkata, Kabinet memutuskan untuk menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas laporan itu di Taiping, Perak hari ini menjelaskan, Kabinet tiada membuat keputusan untuk memansuhkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.

Perdana Menteri juga dilaporkan berkata, tiada perubahan dasar kerajaan berhubung borang itu. - BERNAMA

Muhyiddin bawa 'wajah baharu' hubungan Malaysia-Uzbekistan

Posted: 07 May 2014 11:28 PM PDT

Daripada LUQMAN HAZIQ ABDULLAH

TASHEKENT 8 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakhiri lawatan empat hari ke Uzbekistan semalam berjaya melakar sejarah baharu hubungan dua hala terutama dalam melonjak nilai dagangan antara dua hala kedua-dua negara.

Sambil menyifatkan lawatannya sebagai berjaya dan mencapai matlamat serta tujuan asal, Timbalan Perdana Menteri berkata, bidang lain seperti pelancongan dan pendidikan turut menjadi fokus utama yang dijangka menerima kesan positif.

Malah, beliau bersetuju dengan saranan Menteri Perhubungan Ekonomi Luar, Pelaburan dan Perniagaan Uzbekistan, Elyor Ganiev supaya ditubuhkan Majlis Perdagangan dan Pelaburan Malaysia-Uzbekistan supaya menjadi medium bagi entiti perniagaan kedua-dua negara berbincang dan mencapai kesepakatan dalam kerjasama mereka.

"Saya fikir ini memang tepat dan saya bersetuju... mesti ada syarikat Malaysia yang berminat duduk dalam satu majlis begitu untuk berbincang di peringkat mereka, sebelum dibawa kepada agensi kerajaan masing-masing untuk diselesaikan.

"Saya kira ini akan mempermudahkan banyak perkara yang hendak dilaksanakan kerana kedua-dua pihak duduk bersemuka dalam satu majlis...apabila kita lihat ada prospek dan peluang, maka majlis seperti itu boleh bantu licinkan perjalanan perniagaan," katanya kepada media Malaysia sebelum berangkat pulang ke tanah air malam tadi. - UTUSAN ONLINE

PRK Parlimen Teluk Intan 31 Mei

Posted: 07 May 2014 09:24 PM PDT

PUTRAJAYA 8 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon dan 31 Mei hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pilihan raya itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2013 bagi kawasan itu yang diwartakan pada 30 April lalu dan diperkemaskan pada 1 Mei lalu.

"Seramai 60,349 pemilih layak mengundi pada pilihan raya kecil itu iaitu 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 orang pengundi tidak hadir luar negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


PKNP giat bina pekan kecil di Perak

Posted: 07 May 2014 12:40 PM PDT

Oleh SAYED HESHAM IDRIS
hesham.idris@utusan.com.my

Sebahagian daripada projek pembangunan rumah kedai yang hampir siap di Trong, Perak.

IPOH 7 Mei - Dalam memastikan pembangunan sosioekonomi yang seimbang di semua kawasan di negeri ini, kerajaan Perak menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) kini giat membangunkan pekan-pekan kecil di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Muhammad Zahir Abdul Khalid berkata, program itu akan memberikan nafas baharu kepada pekan kecil yang terpilih, sesuai dengan kekuatan ekonomi yang ada di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Pengarah Pembangunan Pekan Kecil Kumpulan PKNK berkata, setakat ini empat buah pekan kecil iaitu Trong, Ijok, Sauk dan Kubu Gajah sedang dibangunkan.

Muhammad Zahir

"Selain itu PKNP turut merancang pembangunan yang sama di sembilan buah pekan kecil.

"Ia melibatkan Lekir, Bakar Bata, Slim Village, Gunung Semanggol, Changkat Jong, Labu Kubong, Sungai Lesong, Selekoh dan Bandariang.

"Sementara itu, 32 buah pekan kecil sedang dalam kajian untuk dibangunkan antaranya Air Panas, Sungai Bayor, Bukit Bernam, Titi Serong, Simpang Lima Parit Buntar, Changkat Lobak dan beberapa buah pekan lagi," katanya di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, selain daripada 32 pekan kecil yang sedang dalam kajian untuk dibangunkan, PKNP sedang merangka pembangunan di 17 pekan kecil namun tapaknya belum dikenalpasti.

Menurutnya, antaranya pekan Anak Kurau, Chenderiang, Changkat Lada, Sungai Ranggam, Ulu Kuang, Sungai Baru, Teluk Buluh, Kuala Sepetang, Sahom, Kampung Berkuai, Beruas, Kampung Teluk Sena, Simpang Air Hitam, Sungai Tiang, Sungai Damak dan Lempor.

Beliau berkata, konsep dan komponen projek di pekan kecil melibatkan pembinaan kedai desa satu dan dua tingkat, gerai satu tingkat dan sebuah kawasan dataran.

Katanya, kos pembangunannya adalah menerusi sumber dalam Kumpulan PKNP dan anggaran kos pembinaan setiap pekan kecil adalah di antara RM2 juta dan RM3 juta.

"Kajian teknikal dijalankan bagi mengenal pasti kesesuaian kawasan, kajian komersial dan kajian sebanyak mana kampung yang bakal mendapat manfaat daripada pembangunan sesebuah pekan kecil.

"Selain itu, kajian juga dibuat sama ada kedai atau kemudahan sedia ada di satu-satu pekan kecil perlu dinaik taraf dengan pembinaan bangunan perniagaan baharu," ujar beliau.

Menjelaskan lebih lanjut, Muhammad Zahir berkata, pembinaan kedai desa di setiap pekan kecil yang dibangunkan melibatkan pembinaan di antara empat hingga 10 buah kedai.

Bagi pembinaan gerai pula, jelas beliau, sebanyak empat hingga 10 buah gerai akan dibina.

"Secara keseluruhannya, kerja-kerja pembinaan memakan masa antara 15 hingga 20 bulan," katanya.

Tambah beliau, tujuan projek pembangunan itu adalah untuk meningkatkan aktiviti ekonomi kawasan terlibat, menambahkan pemilikan hartanah komersial bumiputera luar bandar dan mewujudkan premis perniagaan yang lebih selesa dan mudah dikawal selia.

Katanya, projek itu juga bertujuan membawa perkhidmatan pihak swasta dan kerajaan ke luar bandar.

"Dengan wujudnya satu tempat tumpuan di kawasan pekan kecil, ini diharapkan dapat mewujudkan interaksi masyarakat di kawasan tersebut," ujarnya.

Estet padi ubah nasib 145 petani

Posted: 07 May 2014 12:40 PM PDT

Oleh ABD RAZAK OSMAN
utusankedah@utusan.com.my

MUKHRIZ Mahathir (berdiri tiga dari kanan) bersiap sedia untuk menabur benih padi selepas melancarkan Program Pengurusan Estet Padi Sawah Gemilang 2014 di perkarangan Masjid Kampung Haji Kudung, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini. - UTUSAN/Abd Razak Osman

SUNGAI PETANI 7 Mei - Seramai 145 orang petani dari beberapa kampung sekitar Kota Kuala Muda, Jalan Pantai Merdeka dekat sini sangat bertuah apabila terpilih menyertai Program Pengurusan Estet Padi (EMM) Sawah Gemilang Tahun 2014 yang membabitkan sawah seluas 273 hektar.

Peserta program dibiayai Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) itu merupakan petani dari Kampung Haji Kudung, Sungai Deraka, Permatang Kelompang dan Kubang Jambu dekat sini.

Melalui projek itu, hasil pengeluaran petani di kawasan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Muda Selatan dijangka meningkat daripada 3 tan metrik kepada 5 tan metrik menjelang 2016 nanti.

Menurut Pengerusi Projek Sawah Gemilang Kampung Haji Kudung, Abdul Rahman Ismail, 67, langkah diambil oleh pihak berkenaan bagi memajukan penduduk sekitar Kota Kuala Muda melalui sistem tanaman padi begini adalah baik sekali.

"Kalau hendak buat projek secara bersendirian, kita tidak mampu melakukannya dan keprihatinan kerajaan dalam hal itu boleh mengubah masa depan petani di kawasan PPK Kuala Muda Selatan," katanya.

Ketua Kelompok Pertanian Permatang Kelompang, Abdul Kadir Awang, 41, pula berkata, teknik tanaman padi cara moden yang diperkenalkan boleh mempercepatkan petani mendapat tambahan kewangan.

"Sebagai petani, saya juga akan mengajak penduduk di kawasan sekitar supaya menumpu perhatian dalam kerja-kerja itu dan terima kasih kepada pelbagai agensi kerajaan kerana tampil menyokong Program Pengurusan Padi Sawah Gemilang di kampung ini," katanya.

Pelancaran program tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di perkarangan Masjid Kampung Haji Kudung di sini, baru-baru ini dengan kehadiran peserta terbabit.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Suraya Yaacob; Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq; Pengarah Pertanian Negeri Kedah, Ismail Salleh dan Pegawai Daerah Kuala Muda, Datuk Ahmad Fisol Md. Nor.

Tempoh setahun BN terajui Perak memberangsangkan

Posted: 07 May 2014 12:40 PM PDT

Zambry Abd. Kadir

IPOH 7 Mei - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyifatkan genap setahun pentadbiran Barisan Nasional (BN) di negeri ini selepas Pilihan Raya Umum (PRU-13) sebagai tempoh yang memberangsangkan.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, negeri ini terus menikmati pembangunan hasil kerja keras barisan Exco yang telah menunjukkan prestasi yang baik.

Namun, tegas beliau masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan kemajuan berterusan negeri ini di bawah BN.

"Saya mengucapkan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terhadap pimpinan BN negeri sepanjang tempoh pentadbiran yang sudah memasuki tahun pertama.

"Kerajaan negeri akan meneruskan perancangan yang telah dilaksanakan pada penggal yang lalu.

"Kita juga akan melakukan beberapa kajian semula bagi menilai pencapaian-pencapaian yang lalu untuk proses penambahbaikan dalam semua sektor," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program temuramah khas Setahun Menerajui Perak Selepas PRU-13 bersama stesen radio RTM Perak FM di sini malam semalam.

Tambah Zambry, sokongan rakyat yang tidak berbelah bagi terhadap kerajaan negeri akan memastikan negeri ini terus mencatat pembangunan pesat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Kata beliau, program turun padang dengan slogan Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir yang dilaksanakan sebelum ini akan dilaksanakan secara berterusan.

Katanya, program itu tidak hanya tertumpu pada waktu tertentu sahaja kerana ia merupakan agenda untuk membantu rakyat keluar daripada belenggu kemiskinan.

"Pendekatan turun padang juga perlu lebih kreatif untuk menyelesaikan apa jua masalah rakyat.

"Perkara yang paling penting ia fokus tidak lagi hanya kepada peranan Menteri Besar sahaja tetapi kemajuan berterusan negeri ini turut dibantu oleh barisan Exco yang mempunyai peranan yang cukup penting," tegasnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved