Khamis, 8 Mei 2014

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pendakwa mohon bicara serentak kes ‘Tuhan Harun’

Posted: 08 May 2014 11:41 AM PDT

KUANTAN 8 Mei - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 Jun ini untuk mendengar permohonan pihak pendakwaan agar ketua pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, isteri dan empat pengikutnya dibicarakan serentak atas tuduhan berhubung pembunuhan Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd. Malek tahun lalu.

Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Khamizah Salleh memaklumkan bahawa pihak pendakwaan mahu keenam-enam tertuduh tersebut dibicarakan serentak.

Sementara itu, peguam Hermes Media Putra Ibrahim yang mewakili Harun pula memohon supaya anak guamnya itu tidak dibicarakan sehingga dia benar-benar pulih daripada penyakit angin ahmar yang dihidapinya.

Terdahulu, pihak pendakwaan mengemukakan pertuduhan pindaan terhadap tertuduh-tertuduh dengan memasukkan nama tertuduh, Shamsinar Abdul Halim, 37, yang sebelum ini tidak dinyatakan.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, Sumustapha Suradi, 39, bersama Shamsinar dan seorang lagi yang masih bebas didakwa dengan niat bersama-sama telah melakukan pembunuhan ke atas Ahmad Raffli di rumah No.7, Lorong IM2/29, Bandar Indera Mahkota di sini kira-kira pukul 1.50 petang, 10 November lalu.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Harun, 48, pula didakwa bersama isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 31; pemandu mereka, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 38, dan Jefferi Safar, 37, Sumustapha, Shamsinar serta seorang lagi yang masih bebas dituduh melakukan konspirasi jenayah dengan bersetuju antara mereka dengan niat membunuh Ahmad Raffli.

Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Didenda RM1,000 kerana cuti sakit palsu

Posted: 08 May 2014 11:41 AM PDT

KUALA LUMPUR 8 Mei - Gara-gara mengemukakan sijil cuti sakit palsu kepada majikan, seorang bekas penyelia tapak di sebuah syarikat pembinaan dihukum penjara satu hari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Saifulakmal Said menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Hirwan Rusman, 28, yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di pejabat syarikat berkenaan di D6, Sentul East, di sini, 2 Januari lalu.

Gagal membayar denda, tertuduh yang diwakili peguam N. Satgurunathan, boleh dihukum penjara tiga bulan.

Mohd. Hirwan didakwa dengan curangnya menggunakan sijil cuti sakit itu sebagai dokumen tulen untuk memperdaya majikannya, syarikat pembinaan Yeoh Tiong Lay (SPYTL) Sdn. Bhd. sedangkan dia mengetahui sijil tersebut adalah palsu.

Timbalan Pendakwa Raya, Ooi Chean Ling mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 465 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, semakan yang dilakukan oleh seorang kakitangan bahagian pentadbiran syarikat itu dengan Bahagian Pesakit Luar, Hospital Kuala Lumpur (HKL), berhubung sijil cuti sakit itu bertarikh 28 Disember 2013, mendapati hospital tersebut tidak pernah mengeluarkan sebarang sijil seumpama itu selain cop yang digunakan dalam dokumen itu juga adalah palsu.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved