Khamis, 8 Mei 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Gugur ruang kaum: Joseph Entulu mohon maaf kekeliruan

Posted: 08 May 2014 03:35 AM PDT

PUTRAJAYA 8 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun hari ini memohon maaf atas kekeliruan yang timbul berikutan laporan tentang pengguguran ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tidak memberi nilai tambah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, perkara itu ada dibincangkan dalam Kabinet namun tiada sebarang keputusan dibuat.

Beliau berkata, laporan akhbar yang menyiarkan berita berkenaan tidak mencerminkan kenyataan sebenar yang dibuat olehnya semalam.

"Laporan yang tidak tepat ini telah menimbulkan keresahan dalam masyarakat," kata Entulu dalam kenyataan ringkasnya itu.

Dalam sidang media di sini semalam, Entulu dilaporkan berkata, Kabinet memutuskan untuk menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas laporan itu di Taiping, Perak hari ini menjelaskan, Kabinet tiada membuat keputusan untuk memansuhkan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.

Perdana Menteri juga dilaporkan berkata, tiada perubahan dasar kerajaan berhubung borang itu. - BERNAMA

Muhyiddin bawa 'wajah baharu' hubungan Malaysia-Uzbekistan

Posted: 07 May 2014 11:28 PM PDT

Daripada LUQMAN HAZIQ ABDULLAH

TASHEKENT 8 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakhiri lawatan empat hari ke Uzbekistan semalam berjaya melakar sejarah baharu hubungan dua hala terutama dalam melonjak nilai dagangan antara dua hala kedua-dua negara.

Sambil menyifatkan lawatannya sebagai berjaya dan mencapai matlamat serta tujuan asal, Timbalan Perdana Menteri berkata, bidang lain seperti pelancongan dan pendidikan turut menjadi fokus utama yang dijangka menerima kesan positif.

Malah, beliau bersetuju dengan saranan Menteri Perhubungan Ekonomi Luar, Pelaburan dan Perniagaan Uzbekistan, Elyor Ganiev supaya ditubuhkan Majlis Perdagangan dan Pelaburan Malaysia-Uzbekistan supaya menjadi medium bagi entiti perniagaan kedua-dua negara berbincang dan mencapai kesepakatan dalam kerjasama mereka.

"Saya fikir ini memang tepat dan saya bersetuju... mesti ada syarikat Malaysia yang berminat duduk dalam satu majlis begitu untuk berbincang di peringkat mereka, sebelum dibawa kepada agensi kerajaan masing-masing untuk diselesaikan.

"Saya kira ini akan mempermudahkan banyak perkara yang hendak dilaksanakan kerana kedua-dua pihak duduk bersemuka dalam satu majlis...apabila kita lihat ada prospek dan peluang, maka majlis seperti itu boleh bantu licinkan perjalanan perniagaan," katanya kepada media Malaysia sebelum berangkat pulang ke tanah air malam tadi. - UTUSAN ONLINE

PRK Parlimen Teluk Intan 31 Mei

Posted: 07 May 2014 09:24 PM PDT

PUTRAJAYA 8 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon dan 31 Mei hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pilihan raya itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2013 bagi kawasan itu yang diwartakan pada 30 April lalu dan diperkemaskan pada 1 Mei lalu.

"Seramai 60,349 pemilih layak mengundi pada pilihan raya kecil itu iaitu 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 orang pengundi tidak hadir luar negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved