Jumaat, 2 Mei 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


PDRM siasat kaitan 'ustaz' dan pemuzik dengan militan

Posted: 02 May 2014 11:22 PM PDT

KUALA LUMPUR 3 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat hubung kait seorang lelaki yang digelar 'ustaz' dan rakannya yang juga ahli kumpulan pemuzik terkenal, dengan gerakan militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu, setakat ini PDRM sedang menyiasat kemungkinan itu dan siasatan juga dijalankan terhadap sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengan gerakan militan.

"Kita tidak mahu tumpukan kepada sesiapa atau tuduh siapa dalang kerana siasatan akan dijalankan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tamat acara menembak bersama media di Lapang Sasar Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Pengurus ladang ditemui mati dibunuh

Posted: 02 May 2014 11:27 AM PDT

MAYAT Law Ah Kaw yang ditemui mati dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk dibedah siasat di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 2 Mei - Seorang pengurus ladang ditemui mati dengan tangan berikat dan kepalanya diserkup dengan plastik hitam di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Jalan Seremban-Tampin dekat sini pagi ini.

Mayat Law Ah Kaw, 72, yang bekerja di Ladang Perhentian Tinggi sejak 2009, ditemui berhampiran kediamannya oleh seorang pekerja ladang kira-kira pukul 6.30 pagi.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, mangsa dipercayai keluar dari rumahnya untuk ke pejabat ladang itu yang terletak lebih kurang 500 meter kira-kira pukul 6.20 pagi.

Ada pekerja lain mendakwa mereka terdengar jeritan dan bunyi bising di depan pagar, namun tidak perasan apa-apa kerana keadaan gelap sebelum menghubungi pengawal di pondok berdekatan pejabat," kata seorang individu yang enggan dikenali.

Difahamkan beberapa barangan peribadi mangsa berupa jam tangan dan sebuah diari ditemui oleh pekerja di pintu pagar banglo berkenaan manakala mayat Ah Kaw pula dijumpai di kawasan lereng ladang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika mengesahkan kejadian berkata, pihaknya sedang menyiasat perkara berkenaan meliputi pelbagai aspek.

Kita akan menyiasat motif dan mengesan individu yang terlibat dalam kejadian ini. Masih terlalu awal untuk mengenal pasti puncanya namun kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar dekat sini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya bagi urusan pengebumian.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Larian amal SM Persendirian Pei Chun berjaya kutip RM160,000

Posted: 02 May 2014 11:27 AM PDT

PONTIAN 2 Mei - Kira-kira 2,000 peserta mengambil bahagian dalam larian amal anjuran Sekolah Menengah (SM) Persendirian Pei Chun sempena sambutan ulang penubuhan ke-92 tahun, di sini semalam.

Pengerusi penganjur larian amal, Lim Cheng Hock berkata, program itu bertujuan mengutip sumbangan bagi membiayai aktiviti kelab dan persatuan sekolah yang memerlukan kos sebanyak RM150,000.

Katanya, terdapat 30 kelab dan persatuan yang disertai pelajar yang memerlukan perbelanjaan apabila menyertai program sama ada di dalam ataupun luar daerah.

Kami sangat gembira dan terharu dengan sambutan yang diterima termasuk daripada bekas pelajar serta orang perseorangan yang memberikan sumbangan bagi sama-sama membantu pendidikan para pelajar sekolah ini.

Kehadiran ramai peserta pada cuti umum ini memberikan kami semangat untuk terus meningkatkan kegiatan kokurikulum pelajar.

Sebanyak RM160,000 berjaya dikutip dan kami menghargai sokongan semua pihak yang menjayakan program ini," katanya ketika ditemui.

Majlis perasmian serta pelepasan peserta disempurnakan oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pontian merangkap Pengerusi Biro Latihan UMNO, Zamrud Misdi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


BMW perkenal dua model baharu BMW R nineT dan BMW S1000 R

Posted: 02 May 2014 11:27 AM PDT

Pelumba BMW Motorrad Perancis , Big Jim melakukan aksi wheelie dengan BMW S 1000 R baharu di atas ais di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 2 Mei - BMW Group Malaysia memperkenalkan dua model baharu, BMW R nineT, iaitu sebuah roadster klasik yang dicipta bagi meraikan ulangtahun ke-90 BMW Motorrad dan juga model naked yang merupakan imaginasi semula model legenda BMW S1000 RR, BMW S1000 R baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils berkata, BMW R nineT baharu menggambarkan masa lampau syarikat yang gemilang melalui satu konsep unik mengenai keseronokan tunggangan sebenar.

Menurut beliau, BMW R nineT diterjemahkan menerusi rekabentuk klasik dan fokus terperinci terhadap aspek teknikal motosikal berkenaan.

BMW R nineT baharu merupakan sebuah motosikal roadster klasik yang dihasilkan oleh pihak BMW Motorrad untuk memenuhi kehendak peminat motosikal yang inginkan keseronokan tunggangan yang tidak pernah dialami sebelum ini.

"Kami di BMW Group Malaysia bangga untuk memperkenalkan model roadster klasik kerana model ini merupakan satu intisari terhadap gaya dan ekspresi yang sempurna untuk mereka yang menginginkan keterujaan tanpa henti, sama ada ketika sekadar berhenti di hadapan sebuah kafe atau menyusuri jalan-jalan kampung," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran BMW R nineT dan BMW S1000 R baharu di sini hari ini.

Tambahnya, BMW S1000 R baharu pula merupakan versi 'naked' model Sportbike of the Year dua tahun berturut-turut, BMW S1000 RR, dan dikuasakan oleh enjin BMW S1000 RR yang telah ditambah baik untuk mengekstrak lebih kuasa tork selain beberapa pengubahsuaian spesifik bagi sebuah roadster demi menawarkan prestasi yang lebih sporty di atas jalan dan litar.

Pils berkata, pihaknya yakin prestasi pertumbuhan jenama premium itu di pasaran Malaysia akan terus berkembang menerusi pengenalan dua model baharu berkenaan yang menjangkau kelompok pelanggan lebih luas,

"Berdasarkan kejayaan kami pada suku pertama tahun ini, saya yakin BMW Group Malaysia akan mengikut kejayaan rakan-rakan kami di peringkat global," jelasnya,

Menurutnya lagi, BMW mengeluarkan sebanyak 58 buah model BMW R nineT dan telah menerima kira-kira 40 buah tempahan sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan sebanyak 105 buah motosikal Motorrad telah diserahkan kepada pelanggannya sehingga Mac 2014 dan jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak lapan peratus berbanding 97 buah motosikal Motorrad yang dihantar kepada pelanggan dalam tempoh sama tahun lalu.

Harga runcit di atas jalan, tidak termasuk insurans untuk BMW R nineT adalah RM115,800 sebuah dan bagi model BMW S1000 R pula RM95,800.

Jean-Marc Gales CEO baharu Lotus

Posted: 02 May 2014 11:27 AM PDT

Oleh NaBILA YASMIN RAZIB
ekonomi@utusan.com.my

Jean-Marc Gales (kiri) bersama Aslam Farikullah.

KUALA LUMPUR 2 Mei - Proton Holdings Bhd. (Proton) mengumumkan pelantikan Jean-Marc Gales sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Lotus Group (Lotus) berkuat kuasa 1 Mei 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, pelantikan Gales merupakan satu keputusan yang tepat dengan mengambil kira perancangannya untuk Lotus.

Beliau berkata, pihaknya yakin Gales mampu membantu Lotus merealisasikan program transformasi serta meningkatkan lagi keupayaan Lotus.

Kami percaya bahawa dengan kepakaran teknikal, pengurusan dan kepimpinan beliau akan dapat memacu bagi rancangan transformasi Lotus dan meningkatkan lagi perniagaan serta keupayaan syarikat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Gales yang berkelulusan Sarjana Pengurusan dari London's Imperial College dan Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Karlsruhe, Jerman sebelum ini merupakan CEO Persatuan Pembekal Automotif Eropah (Clepa) sejak tahun 2012.

Abdul Harith berkata, Gales merupakan seorang pemain industri yang terkenal dan telah memegang beberapa jawatan penting dalam pelbagai organisasi pengeluar automotif global

Beliau memainkan peranan penting dalam memulihkan persatuan itu menerusi pelbagai inisiatif strategik, termasuk memperkemaskan proses kerja dan meningkatkan ahli-ahli korporat daripada 82 kepada 112 ahli," katanya.

Sebelum menyertai Clepa, Gales merupakan Presiden Automobiles Citroen dan Automobiles Peugeot dari 2009 hingga 2012, di mana beliau telah menyusun semula keseluruhan rantaian nilai jualan dan melaksanakan strategi baharu untuk Talian DS dan memperkenalkan Citroen DS ke pasaran utama di seluruh dunia.

Gales turut menyandang beberapa jawatan kanan di Daimler AG, General Motors dan Volkswagen AG sebelum ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kanada takut penalti penentuan

Posted: 02 May 2014 11:27 AM PDT

Pasukan hoki negara berkongsi kegembiraan bersama para penyokong selepas menewaskan New Zealand menerusi pukulan penalti penentuan 3-2 setelah kedudukan terikat 4-4 dalam perlawanan sebenar suku akhir Cabaran Juara-juara 1 di Kuantan kelmarin.

KUANTAN - Kanada akan berusaha sedaya upaya menewaskan Malaysia dalam tempoh 70 minit permainan kerana mereka bimbang untuk menghadapi pukulan penalti penentuan dalam perlawanan separuh akhir kejohanan hoki Cabaran Juara-juara 1 yang berlangsung hari ini.

Ketua jurulatih Kanada, Anthony Farry berkata, berdasarkan perlawanan suku akhir, Malaysia jelas memiliki kelebihan menghadapi situasi penalti penentuan ketika bertemu New Zealand kelmarin.

"Justeru itu, kami mahu memastikan mereka tidak dapat peluang itu dan kami akan tewaskan mereka dalam tempoh 70 minit perlawanan," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan memihak kepada tuan rumah yang menewaskan jaguh benua Amerika Utara itu 4-3 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Kanada kemudian mara ke separuh akhir selepas menewaskan Poland 3-2 pada peringkat suku akhir kelmarin.

Sementara itu, ketua pasukan Kanada, Scott Tupper berkata, aksi cemerlang yang ditunjukkan oleh penjaga gol negara, S. Kumar akan diambil perhatian sepenuhnya dalam perlawanan itu nanti.

"Dia merupakan seorang penjaga gol yang hebat, ini bukan satu perkara baharu kerana dia telah beraksi dalam tempoh yang agak lama.

"Namun, kami telah melakukan pelbagai kajian ke atas permainannya menerusi video dan akan cuba mengeksploitasi beberapa kelemahan yang ditunjukkan," kata pakar pukulan sudut penalti itu.

Dalam pada itu katanya, pasukannya juga gembira jika penyokong Malaysia memenuhi stadium hari ini kerana mereka akan membantu pasukannya lebih fokus kepada permainan.

"Kami agak kurang bertenaga dalam perlawanan menentang Poland kerana bermain dalam stadium yang kosong.

"Namun dengan kehadiran penonton malam ini akan membuatkan pemain lebih fokus terhadap permainan," katanya.

Sementara itu jurulatih skuad negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah mahu skuadnya mengekalkan momentum ketika menang ke atas New Zealand bagi menghadapi perlawanan hari ini.

Muhammad Dharma berkata, pemain-pemainnya telah bermain dengan penuh semangat untuk menang ke atas skuad Kiwi dan menunjukkan prestasi memberangsangkan pada perlawanan sebelum ini.

"Saya masih belum fikir mengenai perlawanan akhir tetapi kita akan cuba sebaik mungkin untuk menang perlawanan separuh akhir nanti. Selepas itu barulah fikir apa perlu dibuat untuk final pula.

"Tetapi pada saya, dalam situasi ini saya lihat Malaysia dan Kanada tidak banyak beza. Jadi peluang untuk menang itu lebih terbuka namun pemain perlu buat yang terbaik," katanya.

Bekas pemain pertahanan negara itu turut memuji prestasi pemain muda yang katanya telah menunjukkan prestasi agak baik dan berharap ia dikekalkan.

"Contohnya Muhammad Shahril Saabah yang kita masukkan dalam barisan utama kerana dia pakar pukulan sudut penalti. Pada perlawanan kelmarin dia berjaya menghasilkan dua gol.

"Ini merupakan sesuatu yang agak bagus bagi pemain muda kita, cuma saya harapkan mereka kekalkan corak permainan seperti itu untuk menang dengan Kanada nanti," katanya.

Sementara itu, ketua pasukan, Azlan Misron berkata, sebagai sebuah pasukan semua pemain harus saling bekerjasama tidak kira pemain muda atau lama.

"Di dalam pasukan, pemain lama akan memberi panduan kepada yang muda untuk meningkatkan persembahan mereka di dalam pasukan kebangsaan," katanya.

Katanya, dia berharap dengan kejayaan menewaskan New Zealand tidak melekakan semua pemain dan mereka seharusnya lebih fokus pada perlawanan separuh akhir ini.

Hairuddin sokong ambil pemain luar

Posted: 02 May 2014 11:27 AM PDT

NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
sukan@utusan.com.my

Paulo Rangel

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) wajar mempertimbangkan kemungkinan membuka pintu kepada pemain luar bagi menyarung jersi skuad kebangsaan, namun hanya untuk mengisi posisi yang menjadi kelemahan utama pemain tempatan seperti di bahagian serangan.

Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Hairuddin Omar berkata, pemain naturalisasi yang dipilih juga harus terdiri daripada pemain muda, selain memiliki fizikal yang mampu menyaingi pemain-pemain Asia.

Katanya lagi, pemain tempatan tidak harus berasa bimbang jika skuad kebangsaan dibuka kepada pemain luar kerana tidak akan menjejaskan peluang mereka untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya kerana tidak melibatkan pengambilan besar-besaran.

Sekiranya ingin membuat pilihan, mereka perlu dipilih dari kalangan pemain muda yang berkualiti selain memiliki fizikal yang mampu menyaingi pemain lain.

Saya berpendapat skuad kebangsaan memerlukan pemain seperti ini di bahagian serangan kerana pada waktu ini kita tidak banyak pilihan selain Safee (Safee Sali) dan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha).

(Paulo) Rangel bagus tetapi sudah tua, sekiranya berpeluang sekalipun dia hanya sempat beraksi untuk tempoh singkat dan tidak berbaloi (mengambilnya).

Perkara ini dilihat tidak menjejaskan peluang pemain tempatan kerana hanya akan melibatkan dua atau tiga pemain bukan 11 pemain yang perlu diberikan kerakyatan untuk tujuan ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan, penyerang import sensasi Selangor, Paulo Rangel boleh melupakan hasrat untuk menyarung jersi Harimau Malaya selepas badan induk bola sepak negara menyatakan mereka tidak bercadang untuk membuka pintu kepada pemain luar kerana melibatkan proses yang rumit.

Hairuddin yang lebih dikenali sebagai Hai-O berkata, apabila berjaya membentuk sebuah pasukan mantap dalam tempoh yang singkat menerusi pemain naturalisasi, reputasi negara akan meningkat sekali gus mendapat pengiktirafan daripada negara-negara besar.

Apabila skuad kebangsaan semakin menyerlah, banyak pasukan-pasukan besar dunia akan mula buka mata dan berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan," katanya.

Sementara itu, ketua pasukan Kedah yang juga pemain kebangsaan, Baddrol Bakhtiar turut bersetuju dengan perkara itu kerana akan membentuk persaingan sihat dalam kalangan pemain tempatan.

Pasukan kebangsaan memerlukan pemain seperti ini khususnya di bahagian serangan dan saya melihat tidak menjejaskan peluang pemain lain kerana melibatkan bilangan kecil," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Johor Land diminta bayar ganti rugi kepada 2 pembeli

Posted: 02 May 2014 11:27 AM PDT

Oleh Haniza Hassan

TRIBUNAL Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) Zon Selatan memerintahkan sebuah syarikat pemaju perumahan membayar ganti rugi berjumlah RM16,123.29 kepada dua pembeli selepas gagal mengeluarkan notis pemilikan kosong kediaman mengikut tempoh dijanjikan.

Presiden TPPS, Jamhirah Ali memerintahkan Johor Land Bhd. membayar ganti rugi masing-masing berjumlah RM8,126.14 dan RM7,997.15 dalam tempoh 30 hari dari tarikh perintah itu dikeluarkan ekoran kelewatan mengeluarkan notis itu selama 63 hari dan 62 hari.

Ternyata keputusan yang dibuat Jamhirah itu memberi kelegaan kepada A. Devenderan, 36, yang menerima ganti rugi sebanyak RM8,126.14.

Devenderan berkata, ekoran kelewatan tersebut, dia terpaksa menanggung kerugian akibat

membayar sewa rumah sebanyak RM2,000 sebulan.

Perjanjian jual beli rumah ditandatangani pada Disember 2011 dengan harga RM470,800 dan rumah itu sepatutnya siap dan diserahkan kepada pembeli dalam tempoh dua tahun.

Namun berlaku sebaliknya apabila saya hanya menerima notis pemilikan pada Februari lalu. Malah pemaju juga tidak maklumkan lebih awal bahawa projek berkenaan mengalami kelewatan," katanya yang ditemui selepas prosiding, baru-baru ini.

Dia yang bekerja sebagai ketua jabatan di sebuah syarikat swasta di Pasir Gudang berkata, walaupun notis diserahkan pada Februari lalu, namun dia tidak dapat berpindah ke kediaman teres dua tingkat itu ekoran terdapat banyak kerosakan.

Saya bukan sahaja tidak dapat

masuk ke rumah pada waktu dirancang, tetapi kini terpaksa memperuntukkan sebanyak RM4,200 untuk membayar sewa rumah dan ansuran pinjaman rumah ini sebanyak RM2,200," katanya.

Seorang lagi penuntut ialah Nor Fadilah Mohamad Lutfi pula menerima RM7,997.15.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Bangkai MH370 di kesan pantai Timur Vietnam

Posted: 02 May 2014 10:16 AM PDT

LONDON 3 Mei - Seorang ahli arkeologi marin Britain mendakwa telah mengesan bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 pada kedudukan 3,000 batu nautika daripada zon carian semasa ketika ini selepas menjejak imej pesawat itu menggunakan teknologi buatan sendiri yang diciptanya.

Tim Akers, 56, berkata, imej serpihan berwarna merah yang dirakamkan satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam, hanya sekitar 1,000 batu dari pesawat itu berlepas.

Penemuannya itu sekali gus menyokong laporan bekas juruterbang Amerika Syarikat Michael Hoebel dari New York, yang mempercayai bangkai pesawat itu berada di luar pantai Thailand.

Akers mendapat imej itu yang dihasilkan dari satelit Landsat 7, Nasa dan menggunakan perisian buatan sendiri bagi mendedahkan serpihan yang ditemui kepada beberapa bahagian yang berbeza melalui spektrum cahaya. - Agensi

200 penumpang cedera, kereta api bertembung di Korea Selatan

Posted: 02 May 2014 09:11 AM PDT

SEOUL 2 Mei - Seramai 200 penumpang cedera selepas dua buah kereta api bawah tanah di Korea Selatan bertembung dalam satu kemalangan di pusat bandar Seoul semalam.

Pihak berkuasa pusat bandar Korea Selatan di Seoul berkata bahawa sebuah kereta api telah melanggar belakang sebuah kereta api lain di stesen Sangwangsimni, namun tiada penumpang yang cedera parah.

Katanya, kejadian itu berlaku semalam di sebuah stesen di timur bandar Seoul yang disebabkan oleh kegagalan fungsi sistem isyarat kereta api bawah tanah sekali gus menyebabkan jentera pengangkutan bawah tanah tersebut tergelincir dan bertembung. - Agensi

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Zakat beri manfaat kepada umat Islam

Posted: 02 May 2014 11:28 AM PDT

HASAN Malek (kanan) menyampaikan replika cek zakat perniagaan Bank Rakyat kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kiri) sambil diiringi Adnan Yaakob sempena Karnival Muamalat dan Cinta Rasul di Masjid Negeri, Kuantan, Pahang, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 2 Mei - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, dana zakat yang meningkat setiap tahun telah banyak memberi manfaat kepada umat Islam di negeri ini.

Baginda bertitah, pelbagai bentuk agihan zakat telah dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) khususnya untuk sara hidup golongan fakir dan miskin serta pendidikan pelajar di pelbagai peringkat.

Sehubungan itu baginda bertitah, Muip melalui Pusat Kutipan Zakat (PKZ) negeri menyasarkan seramai 75,000 umat Islam dapat melaksanakan pembayaran zakat harta untuk tahun ini.

Saya mendapat maklumat bahawa seramai 71,000 umat Islam telah membayar zakat tahun lalu berbanding 67,000 tahun sebelumnya.

Saya berharap mereka yang telah mencukupi syarat berzakat tetapi belum melaksanakannya dapat berbuat demikian melalui pusat zakat atau kaunter zakat yang disediakan di negeri ini," titah baginda selepas berkenan merasmikan Karnival Muamalat dan Cinta Rasul di Masjid Negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dan Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Dalam majlis itu, Hasan yang mewakili Bank Rakyat menyampaikan zakat perniagaan berjumlah RM1.4 juta kepada Tengku Abdullah yang juga merupakan Yang Dipertua Muip.

Selain Bank Rakyat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menyampaikan zakat yang sama kepada Tengku Abdullah berjumlah RM1.7 juta.

Buat pertama kalinya, seramai 18 pemain skuad bola sepak Pahang turut hadir menunaikan zakat pendapatan kepada Tengku Abdullah.

Dalam pada itu baginda juga turut mengucapkan syabas kepada para pemain Pahang yang menunjukkan tanggungjawab dalam menunaikan zakat pendapatan.

Saya juga sangat teruja kepada para pemain bola sepak skuad Tok Gajah yang menunaikan zakat hari ini. Mudah-mudahan rezeki mereka menjadi lebih berkat dan lebih banyak mencapai kemenangan," titah baginda.

Baginda juga turut memuji penganjuran karnival tersebut kerana memberi kefahaman dan mengajak umat Islam supaya bermuamalah serta berinteraksi mengikut lunas-lunas Islam.

GST beri impak positif kepada negara

Posted: 02 May 2014 11:28 AM PDT

MARAN 2 Mei - Rakyat yang setia perlu bersama kerajaan dalam melaksanakan dasar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang lebih menguntungkan mereka dan memakmurkan negara dalam jangka masa panjang.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, GST yang akan dilaksanakan tahun hadapan bakal memberi impak positif terhadap ekonomi dan kemajuan negara.

Menurutnya, majoriti negara di dunia telah melaksanakan GST dan terbukti dasar itu memberi kebaikan terhadap perkembangan ekonomi serta masyarakat negara berkenaan.

Dalam hal ini pihak pembangkang nampak akan kebaikan GST tetapi sengaja menyelewengkan fakta sebenar bagi mengelirukan rakyat yang tidak faham tentangnya.

Oleh itu, rakyat diminta tidak mudah terpengaruh dengan hasutan dan tohmahan pembangkang yang cuba menakutkan mereka dengan mendakwa kononnya pelaksanaan GST tahun depan akan membebankan rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manausia berkata, pembangkang sebenarnya cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai tohmahan dan fitnah supaya rakyat membenci kerajaan.

Katanya, GST tidak membebankan dan sudah pun dilaksanakan lebih 165 buah negara yang terbukti sangat berjaya dalam memakmurkan negara serta rakyat.

Menurut beliau, tidak semua cukai dikenakan terhadap semua barangan di negara ini malah GST jauh lebih murah dan berpatutan yang tidak membebankan rakyat.

Pakar ekonomi telah membuat pelbagai kajian sebelum GST dilaksanakan tahun depan, malah enam peratus tidak membebankan rakyat berbanding di negara lain yang cukainya jauh lebih tinggi.

Rakyat perlu mendapatkan maklumat sebenar tentang pelaksanaan itu daripada kerajaan dan tidak mendengar tohmahan serta fitnah pembangkang semata-mata," katanya.

Sehubungan itu beliau akan turun padang ke setiap cawangan UMNO Bahagian Maran dalam tempoh terdekat ini bagi menerangkan mengenai GST.

Ismail berkata, rakyat perlu memberikan kepercayaan kepada kerajaan kerana apa dilakukan itu tidak akan menyusahkan mereka sebagaimana digambarkan pembangkang.

Menurutnya, kerajaan sentiasa prihatin dan akan mengkaji sebelum melaksanakan sesuatu dasar apatah lagi berkaitan dengan taraf hidup rakyat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Ellen Page jual rumah di Studio City

Posted: 02 May 2014 11:27 AM PDT

LOS ANGELES - Aktres, Ellen Page dilaporkan menjual rumahnya yang terletak di Studio City di sini dengan harga AS$1juta (RM3.2 juta), baru-baru ini.

Laman web femalefirst.co.uk melaporkan, bintang filem Juno itu membeli rumah tersebut dengan harga AS$885,000 (RM2.8 juta) pada tahun 2011, tetapi membuat keputusan untuk menjual kembali hartanah tersebut selepas membelanjakan sebanyak AS$1.7 juta (RM5.5 juta) .

Rumah yang terletak dalam kawasan sunyi daripada kesibukan kota itu dilengkapi dua bilik tidur utama dan bilik bilik mandi yang besar.

Malah, rumah tersebut juga turut dilengkapi kolam renang di bahagian luar.

Rumah tradisional yang dibina pada tahun 1953 itu dilengkapi dengan perapian bata, dan mempunyai banyak laluan pintu yang boleh menghubungkan dengan taman di belakang rumah yang dilengkapi dengan dekorasi menarik serta persekitaran yang segar. - AGENSI

Aishwarya Rai mengandung lagi?

Posted: 02 May 2014 11:27 AM PDT

NEW DELHI - Aktres terkenal Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dikatakan sedang hamil anak kedua selepas dia dilihat sedikit berisi ketika keluar mengundi untuk pilihan raya Parlimen India, minggu lalu.

Desas-desus kehamilan isteri aktor Abhishek itu dikuatkan lagi apabila Aishwarya mengenakan baju longgar seolah-olah cuba melindungi bahagian perutnya.

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Aaradhya, 3.

Menurut portal berita India, Sahara Samay, kehamilan itu juga dikatakan menjadi faktor bekas Ratu Dunia tersebut terpaksa menolak tawaran berlakon daripada pengarah Mani Ratnam, sedangkan Aishwarya sebelum ini sangat berharap untuk bekerjasama di bawah arahannya.

Berita kehamilan itu membuatkan Aishwarya mungkin tidak akan kembali aktif dalam industri seni buat masa terdekat," jelas portal tersebut.

Selepas bersalin, aktres itu banyak memberi tumpuan kepada Aaradhya, malah sering dilihat membawa anak pertamanya itu ke majlis-majlis dihadirinya.

Detik-detik menjadi ibu sangat bermakna sehingga saya tidak sedar betapa pantas masa berlalu. Saya banyak menerima tawaran daripada pengarah, namun komitmen sebagai ibu menjadi keutamaan saya," katanya. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Ulangan pengiktirafan 48 tahun lalu

Posted: 02 May 2014 11:27 AM PDT

2009 merupakan tahun Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Barack Obama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-44 dan sekali gus memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan AS.

Sebaik sahaja memegang tampuk pemerintahan, kedua-dua pemimpin ini menyimpan satu aspirasi untuk membawa perubahan dan transformasi dalam pentadbiran mereka.

Dan apabila kedua-dua pemimpin ini bertemu baru-baru ini, Najib dan Obama mempunyai aspirasi yang sama iaitu untuk terus memperkukuhkan kerjasama antara dua negara ini dalam pelbagai bidang.

Namun perkara seperti ni bukanlah sesuatu yang baru dan merupakan satu kebiasaan apabila pelbagai kerjasama dapat dihasilkan apabila dua pemimpin bertemu.

Apa yang lebih ketara ialah perjumpaan dua pemimpin ini dilihat sebagai usaha untuk mengukuhkan hubungan antara dua buah negara ini yang telah lama terjalin. Ataupun mungkin dalam bahasa yang lebih diplomatik, ialah membina semula hubungan baru setelah agak lama dingin" .

Mungkin ini disebabkan semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu, negara kita tidak gentar untuk memberikan pandangan dan kritikan terhadap dasar-dasar Amerika Syarikat khasnya tentang dasar luar negara itu yang menganggap diri mereka sebagai Polis Dunia.

Apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir tidak salah yang mana Malaysia telah membuktikan diri sebagai sebuah negara yang tidak akan mengikut telunjuk kuasa-kuasa besar.

Kini pendekatan berbeza dilakukan oleh Najib. Mengukuhkan hubungan tidak bermakna bersetuju dengan apa jua polisi yang dilaksanakan oleh Washington. Lagipun, pemimpin akan bertukar ganti dan di bawah kepimpinan Obama, Malaysia dilihat tidak perlu lantang mengkritik Washington sebagaimana era pentadbiran Dr. Mahathir dahulu.

Memang mudah untuk melihat pelbagai isu negatif yang boleh dikaitkan dengan kedatangan Obama ke Malaysia. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Dalam hal ini, pendapat tentang kebaikan dan keburukan TPPA adalah berbelah-bahagi. Bahkan di media-media sosial, sudah terdapat pelbagai perbahasan yang menganggap TPPA ini mempunyai risiko yang tinggi jika dilaksanakan. Ini disebabkan terdapat beberapa klausa yang jika dikaji dengan teliti akan merugikan pertumbuhan ekonomi tempatan.

Namun begitu, terdapat juga penganalisis ekonomi tempatan yang melihat TPPA dari sudut positif khasnya dari segi dasar perdagangan terbuka yang mana peluang seperti ini perlu direbut oleh negara kita yang sedang membangun dan bakal menjadi sebuah negara maju tidak lama lagi.

Mereka menganggap jika Malaysia mahu memainkan peranan yang lebih penting dalam arus globalisasi ekonomi dunia dan tidak mahu ketinggalan hingga boleh dilupakan maka, kita harus menerima hakikat bahawa TPPA adalah kunci kepada jaringan ekonomi antarabangsa.

Dengan adanya TPPA akan memperluaskan lagi akses pasaran Malaysia dan merangkumi rakan dagang yang penting seperti AS, Kanada dan juga Mexico.

Najib pernah memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengikut segala kehendak dan syarat yang terkandung dalam TPPA dan hanya akan menandatangani perjanjian itu mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh negara kita sendiri.

Obama juga faham akan situasi ini dan pernah menegaskan bahawa Tidak pernah ada perjanjian perdagangan yang dipersetujui bulat-bulat oleh semua, pasti ada yang membantah".

Obama juga menegaskan lagi yang istilah buli tidak ada dalam kamusnya apabila melaksanakan TPPA itu nanti. Dan pastinya juga Najib telah menyuarakan segala isu ini dan Washington tentunya akan mengambil pandangan daripada Kuala Lumpur akan perkara ini.

Perlu diingatkan juga bahawa Malaysia belum menandatangani apa-apa perjanjian yang berkaitan dengan TPPA.

Apapun, Kita perlu diberi jaminan yang TPPA akan memberi manfaat kepada perkembangan ekonomi Malaysia.

Apakah lagi kesan positif yang kita boleh lihat daripada hasil lawatan Obama ke Malaysia?

Selain daripada pengiktirafan kepada kepimpinan Najib yang begitu komited melaksanakan transformasi, Malaysia juga dilihat sebagai sebuah negara yang mampu memainkan peranan yang lebih meluas dan penting dalam isu-isu antarabangsa khasnya di rantau ini.

Perkara ini sebenarnya sudah lama disedari oleh Presiden Lyndon B. Johnson ketika melawat Malaysia pada 1966 dahulu yang mana beliau pernah menganggap Malaysia sebagai nadi geopolitik di Asia Tenggara.

Itu adalah 48 tahun yang lampau dan itu sebabnya kini Malaysia dilihat sebagai negara yang matang dan mampu menghadapi pelbagai isu di rantau ini.

Dan sebagai sebuah negara Islam yang moden dan progresif, Malaysia begitu mudah diterima oleh negara-negara lain sebagai negara yang penting di rantau ini khasnya dari segi ekonomi, politik dan keamanan sejagat.

Kedudukan yang stabil di bawah kepimpinan Najib meletakkan Malaysia sebagai salah seorang pemain utama" apabila membincangkan setiap isu antarabangsa di rantau ini.

Obama juga pastinya sedar akan perkara ini dan adalah penting bagi Washington untuk terus mengukuhkan hubungan baik dengan Kuala Lumpur agar permulaan baru yang terjalin ini dapat membuka jalan ke arah kerjasama yang lebih mantap dalam pelbagai bidang.

* PENULIS ialah Ahli Majlis Perundingan Melayu Malaysia dan blogger Lawyer Pokok Cherry.

Sekadar gelanggang politik pembangkang

Posted: 02 May 2014 11:27 AM PDT

Komentar
Oleh Zulkiflee Bakar

PAKATAN pembangkang mungkin boleh berbangga apabila berjaya menghimpun orang ramai di Dataran Merdeka semalam atas alasan kononnya bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Tetapi perjalanannya sudah jelas membuktikan bahawa perhimpunan yang mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dijadikan medan politik menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pemimpin-pemimpin negara.

Isu GST hanya sekadar menjadi sepanduk sahaja sebaliknya ucapan pemimpin-pemimpin pembangkang lebih banyak melemparkan dakyah kepada kerajaan BN dan membentangkan fakta palsu terhadap pelbagai peristiwa yang berlaku di negara ini.

Perhimpunan itu juga dijadikan gelanggang untuk mengecam mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Itulah sikap pembangkang, mereka mendesak diberi ruang untuk bersuara kononnya ia termaktub dalam Perlembagaan, mereka juga mahu polis akur dengan kehendak mereka berhubung kawasan di mana mereka mahu berhimpun.

Semua itu dipenuhi oleh pihak berkuasa tetapi malangnya kebenaran dan sikap tolak-ansur itu dicemari dengan gelagat pemimpin dan penyokong pembangkang yang ternyata mahu mengadakan perhimpunan semata-mata atas dasar politik.

Membantah GST hanyalah alasan bagi menghalalkan hasrat mereka untuk menghimpun orang ramai kononnya perjuangan mereka disokong oleh rakyat. Pembangkang memahami majlis-majlis ceramah mereka semakin tidak mendapat sambutan, oleh itu mengadakan perhimpunan jalanan adalah satu-satunya cara bagi menggambarkan bahawa mereka masih ada penyokong.

Justeru apabila mereka dibenarkan berarak dan berhimpun di Dataran Merdeka, kesempatan itu digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan agenda politik mereka. Atas sebab itulah kita menyaksikan perhimpunan tersebut dicemari dengan pelbagai elemen sehingga menutupi sama sekali bantahan mengenai GST.

Oleh kerana pemimpin pembangkang bercakap soal kebebasan maka mereka yang hadir juga menggunakan istilah kebebasan untuk mengetengahkan agenda masing-masing yang tiada kaitan dengan GST, ini termasuklah paling memualkan kelompok pengamal homoseksual.

Perhimpunan itu juga sekali lagi menyaksikan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah ibu bapa yang akibat ketaksuban politik sanggup mengheret anak-anak mereka dan ada antaranya masih bayi untuk menghadiri perhimpunan tidak berfaedah tersebut.

Bayangkan apakah yang terjadi jika tercetus kekecohan di perhimpunan tersebut? Siapakah yang akan dipersalahkan jika sesuatu berlaku kepada kanak-kanak berkenaan? Sudah pasti puak-puak yang taksub ini akan menyalahkan pihak berkuasa, tanpa mahu mengaku bahawa merekalah yang bertanggungjawab meletakkan anak-anak mereka dalam bahaya.

Begitu juga apabila ada dalam kalangan peserta perhimpunan yang bertindak liar dengan menyerang jurugambar media. Tindakan ini berlaku kerana mereka sengaja mahu mencetuskan kekecohan supaya pihak polis terpaksa campur tangan, apabila keadaan itu berlaku maka tercapailah matlamat mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Apa pun, sekali lagi kita berasa kesal apabila seperti biasa, majoriti peserta perhimpunan adalah terdiri daripada orang Melayu khususnya anak muda. Tidak kira yang berserban atau berjubah, bertudung atau berpurdah mereka sanggup menjadi alat dan hamba bagi mencapai agenda politik pakatan pembangkang.

Fikirkanlah ketika orang Melayu di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas begitu ghairah turun ke jalanan untuk berdemonstrasi, bagaimana dengan sekutu mereka khususnya DAP? Apakah kita melihat wajah-wajah penyokong mereka turut berada di Dataran Merdeka? Memang benar, mereka berkumpul tetapi dalam jumlah yang cukup kecil di pekarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), malah difahamkan mereka menolak ajakan supaya turut berarak ke Dataran Merdeka.

Ternyata mereka lebih bijak berpolitik dan mengambil kesempatan berbanding sebahagian orang Melayu yang dilihat seolah-olah begitu mudah diperkudakan dan mungkin juga diperbodohkan kerana ketaksuban politik.

Sebab itulah, kita menyaksikan yang sedang memaki-hamun pemimpin negara ialah orang Melayu, yang bergaduh sesama sendiri ialah orang Melayu dan menyerang orang Melayu ialah orang Melayu sendiri.

Sememangnya, orang Melayu terlalu seronok mahu berpolitik sehingga ia membuka jalan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang untuk mengambil kesempatan ke atas mereka. Atas dasar itu juga, pembangkang bersetuju memilih pemimpin Pas sebagai ketua dalam setiap perhimpunan atau demonstrasi yang telah dan akan diadakan.

Bukan kerana pemimpin Pas itu hebat atau mempunyai aura tetapi kerana Pas mempunyai penyokong yang mengamalkan setia membuta-tuli sehingga mereka mudah diperalatkan bagi memenuhi agenda politik PKR dan DAP. Tanpa penyokong Pas belum tentu mana-mana himpunan pembangkang akan dihadiri ribuan orang.

Bagaimanapun penyokong Pas sengaja melupakan ketika mereka bersedia memenuhi Dataran Merdeka, perjuangan Islam mereka melalui usaha menegakkan hukum hudud sedang ditentang habis-hbisan oleh kedua-dua parti tersebut. Tetapi politik kebencian yang menyerap dalam pemikiran menyebabkan mereka sanggup diperalatkan biarpun maruah parti menjadi taruhan.

Apa pun, perhimpunan anjuran pembangkang itu ternyata tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada rakyat apatah lagi negara. Sebaliknya, ia memberi isyarat begitulah pendekatan politik pembangkang selepas ini demi menegakkan perjuangan yang dilihat memaksa rakyat menerima yang benar itu batil, yang batil itu benar.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


PKOKM satukan cinta Katijah dan Abdul Halim

Posted: 02 May 2014 11:27 AM PDT

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
Foto ASWAD YAHYA

KATIJAH Abu Samah bersama suami, Abdul Halim Hapiz Md Yusop dan anak lelakinya, Muhammad Iman Naim.

IKATAN cinta di antara pasangan Tokoh Guru Orang Kelainan Upaya (OKU) 2010 Katijah Abu Samah 38, dan suaminya Abdul Halim Hapiz Md. Yusop, 38, yang menjalankan perniagaan sendiri boleh dikatakan sangat unik.

Ini kerana kedua-duanya dipertemukan dalam satu mesyuarat Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) di Kuala Lumpur sebelum berkenalan secara rapat dan mendirikan rumah tangga tidak lama kemudian.

Tarikh 3 Disember 2005 pastinya menjadi kenangan yang paling berharga buat mereka, apabila mereka bergelar pasangan suami isteri.

Malah mereka bersyukur kerana mereka mendapat restu dari keluarga yang banyak menyokong hubungan mereka.

Biarpun mereka pada awalnya agak sukar untuk memahami kerjaya masing-masing namun kini perkara itu menjadi sebati dalam kehidupan mereka berumah tangga.

Untuk dia (suami) memahami peranan saya sebagai warga pendidik yang mengawasi kelas pendidikan khas, saya bawa dia ke program sekolah dan dari situ dia mengetahui kerjaya saya sebagai guru," katanya kepada S2 di kediamannya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang, Negeri Sembilan.

Kata Katijah yang berasal dari Kampung Rantau, Negeri Sembilan, berkata mengenali suaminya merupakan saat paling indah kerana Abdul Halim dilihat sebagai seorang yang bekerja keras dan sangat memahaminya selaku pendidik.

Tugas saya sebagai guru bukan sesuatu yang mudah kerana dalam kelas itu pelbagai karenah dan fiil pelajar terpaksa dihadapi tetapi bagi saya sebagai seorang pendidik tanggungjawab itu perlu digalas dengan sebaik mungkin.

Sebaik sahaja pulang dari rumah pastinya pelbagai kisah di sekolah akan diceritakan kepada suami. Bagi saya Abdul Halim Hapiz adalah seorang pendengar yang setia kerana dia tidak pernah jemu mendengarnya," katanya.

Bercerita mengenai kerjayanya sebagai seorang guru, Katijah pernah menjadi guru sandaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan mengajar di Sekolah Menengah Agama Teluk Kemang, Port Dickson dan Sekolah Menengah Agama Sains, Selaru, Kuala Pilah.

Beliau juga pernah mengajar pelajar normal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Serting, Jempol pada tahun 2004 hingga 2006 sebelum mengajar pelajar pendidikan khas selama tujuh bulan di SMK Sri Jempol.

Sesudah itu beliau kemudiannya terus menabur bakti ke SMK Mantin pada tahun 2007 dan SMK Taman Tuanku Jaafar sebelum bertugas di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar, Seremban.

Kerjaya beliau sebagai warga pendidik tiba ke kemuncaknya apabila Katijah terpilih untuk menerima Anugerah Tokoh OKU Wanita peringkat negeri pada tahun 2010

Beliau sebelum itu memperoleh Diploma Pendidikan di Institut Bahasa Melayu Malaysia pada tahun 2003 sebelum mengorak langkah melanjutkan pengajiannya di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Sarjana Muda Pengajian Bahasa Melayu.

Beliau kemudiannya menamatkan pengajiannya dalam bidang yang sama Sarjana dalam Kajian Bahasa di Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini.

Kejayaan ini adalah hasil dorongan daripada semua pihak yang menyokong kerjaya saya. Tetapi usaha saya tidak akan terhenti setakat itu sahaja malah menjadi harapan saya untuk terus memastikan kejayaan pelajar di tahap tertinggi biarpun mereka kelainan upaya.

Mungkin ada yang mengangap bahawa kekurangan itu satu kelemahan tetapi bagi saya itulah kelebihan yang membuatkan saya terus kuat dalam profesion pendidikan," katanya.

Hasil perkongsian hidup selama lapan tahun bersama suami, Katijah kini dikurniakan dua orang putera kesayangannya Muhammad Iman Naim, 7 dan Muhamad Imran Wafi, 2.

Abdul Halim Hapiz pula ketika berbicara mengenai isterinya berkata, Katijah merupakan insan yang bukan sahaja penyayang sebagai seorang isteri malahan dia mempunyai jiwa yang sangat besar dalam hal-hal berkaitan pendidikan.

Malah katanya, apabila dia diajak untuk menyertai program sekolah bersama isterinya barulah dia mengetahui tugas seorang guru yang cukup berat untuk digalas dan memerlukan ketabahan dan jiwa yang besar untuk menempuhnya.

Apatah lagi skop untuk mendidik anak-anak OKU yang diamanahkan kepada isterinya cukup berat dan beliau sendiri kagum atas semangat dan dedikasi Katijah untuk terus mendidik anak bangsa.

Walaupun dia menjadi isteri dan ibu penyayang kepada anak-anak, baginya pendidikan adalah penting dan dalam soal itu dia tidak ada kompromi.

Biarpun pelajarnya dapat melakukan perkara yang sedikit dalam bidang pelajaran baginya ia merupakan satu kejayaan dan kepuasan hasil dari usaha berterusan," katanya.

Tanpa ragu Abdul Halim Hapiz berkata, harga sebuah percintaan itu menuntut satu pengorbanan.

Susah dan senang, kami lalui bersama. Hari ini, saya dan suami menghormati antara satu sama lain termasuklah memahami kerjaya saya. Saya menyokong apa yang dilakukannya demi kebaikan keluarga," katanya.

‘Saya dituduh menggoda bekas suami’

Posted: 02 May 2014 11:27 AM PDT

SEMBANG-SEMBANG

PERCERAIAN memang pahit. Namun jika sudah ditakdirkan jodoh hanya setakat itu, haruslah diterima dengan reda walaupun kesannya mengambil masa lama untuk dilupakan.

Bagi pasangan yang tidak mempunyai anak mungkin mudah untuk melupakannya tetapi bagi yang ada anak agak sukar tambahan pula jika anak-anak rapat dengan ibu dan bapa mereka.

Namun sesetengah perceraian menghadapi dugaan apabila si suami bernikah lain. Isteri tidak mudah menerima kehadiran anak-anak tiri dalam rumah tangganya tambahan pula jika suami masih berbaik-baik dengan bekas isterinya.

Inilah cerita yang ingin dikongsi oleh Asma (bukan nama sebenar) dengan pembaca minggu ini.

Ini cerita Asma.

Saya berusia awal 30-an mempunyai sepasang anak perempuan berusia 7 dan 10 tahun. Suami seorang pegawai bank berusia lewat 30-an.

Saya tidak mahu bercerita tentang kenapa kami bercerai cukup saya katakan semuanya kerana jodoh saya dan dia, hanya setakat itu. Saya reda dan pasrah dengan takdir Allah terhadap saya.

Enam bulan setelah kami bercerai, suami berkahwin lagi dengan seorang gadis...masih muda berusia awal 20-an, baru habis belajar dan bekerja di sebuah syarikat terkenal.

Orangnya cantik dan bergaya. Tidak hairanlah kenapa suami cepat terpengaruh dan jatuh hati kepadanya. Saya tidak kisah dia nak kahwin lain asalkan kebajikan dan tanggungjawab terhadap anak-anak kami dijaga dengan baik.

Setakat ini Alhamdulillah. Tapi yang buat saya sakit hati adalah sikap isterinya. Dia suka syak yang bukan-bukan terhadap saya. Dia juga selalu tabur fitnah tentang saya kononnya saya masih terhegeh-hegeh untuk kembali kepada bekas suami.

Dia mereka macam-macam cerita kepada keluarga bekas mentua dan kawan-kawan yang kenal saya dan bekas suami. Kesemuanya memburukkan saya. Saya malu kerana dia telah mengaibkan saya.

Kononnya saya gila talak dan selalu menggoda suaminya. Saya juga dituduh tidak tahu malu kerana menggunakan anak-anak untuk melepaskan rindu kepada bekas suami dan selalu ajak bekas suami keluar bersama anak-anak.

Pada hal dia tidak tahu, anak-anak keluar dengan ayah mereka tanpa saya. Itu pun kerana menurut perintah mahkamah, sebulan sekali atau bila-bila bekas suami teragak untuk membawa mereka keluar saya tidak pernah menghalang.

Itu anak-anak dia. Dia boleh datang jemput dan bawa anak-anaknya keluar bila-bila dia suka. Siapa saya nak halang? Tapi isterinya yang tidak panjang akal itu buat fitnah yang saya goda suami dia.

Kalau saya masih hendak suaminya itu, buat apa saya bercerai dahulu? Lebih baik saya kekal bersama dia? Saya pun hairan dengan perempuan itu. Hendak dikatakan tidak sekolah, belajar sampai universiti.

Tidak cukup dengan itu dia selalu mengirim mesej yang tidak elok kepada saya. Minta saya bernikah cepat kalau tidak tahan hidup seorang dan pelbagai lagi yang tentunya menyakitkan hati saya.

Sudah lama saya berdiam diri, malas nak layan perempuan sakit jiwa macam itu. Tetapi semakin saya diamkan diri, semakin galak dia menjaja cerita tentang saya.

Pernah juga dia bercakap yang bukan kepada anak-anak saya apabila mereka dibawa ke rumahnya oleh bekas suami. Anak-anak saya disindir dengan kata-kata sinis, bila nak dapat ayah tiri, mak kamu ada boyfriend? Soalan soalan bodoh yang sepatutnya tidak diajukan kepada anak yang belum tahu apa-apa tentang hidup ini.

Saya tidak pernah mengajar anak saya supaya bencikan ayah mereka sebab bagi saya, yang ada masalah saya dan ayah mereka, bukan mereka. Sebab itu hubungan saya dengan bekas suami tetap rapat tetapi hanya sebagai kawan, tidak lebih daripada itu.

Yang isteri barunya ini pula cemburu buta. Sangka yang bukan-bukan apabila saya dan bekas suami bertemu. Kadangkala ada perkara yang memerlukan kami berjumpa, contohnya di hari mengambil kad laporan anak-anak, sukan dan sebagainya.

Kami telah berjanji, apabila membabitkan hal persekolahan dan masa depan anak-anak, kami akan buat apa sahaja dan mengetepikan masalah yang kami hadapi. Dan saya yakin bekas suami juga ikhlas dengan kata-katanya.

Selepas berpisah kami tidak pernah buat perkara yang didakwa oleh isteri barunya. Walaupun berjumpa, itu atas urusan rasmi sahaja. Selesai, saya dan dia balik, itu pun anak-anak ada bersama.

Semua yang saya buat kerana anak-anak sebab tidak mahu mereka merasakan yang ayah mereka tidak ambil berat dan tidak sayangkan mereka. Saya rasa itu satu perkara baik yang sepatutnya dilakukan oleh semua pasangan yang telah berpisah, demi anak.

Baru-baru ini isteri baru bekas suami mengamuk lagi. Kononnya saya telah mengajak bekas suami pergi bercuti. Sedangkan bekas suami pergi dengan keluarganya dan membawa anak-anak kami bersama.

Secara kebetulan dia (isteri baru suami) tidak dapat ikut sama sebab ada kursus. Saya tidak pergi sebab tidak mahu berlaku perkara yang tidak diingini. Pun begitu ia berlaku juga.

Dia kirim mesej mengata saya gatal. Masih tergila-gilakan bekas suami, suka menggoda dan macam-macam perkataan tidak enak yang dilemparkan kepada saya, pada hal saya tidak ikut pun pergi.

Kerana tidak tahan dengan kata-kata penghinaannya itu saya hantar mesej berkenaan kepada bekas suami, biar dia tahu perangai isterinya. Saya tidak larat lagi hendak melayan perangai buruknya itu.

Harap rupa sahaja cantik, bergaya tetapi perangai macam orang tak sekolah, sesuka hati buat fitnah. Selepas saya hantar mesej kepada bekas suami, keadaan tenang sedikit. Dia tidak lagi mengganggu saya. Pada masa yang sama, saya tidak lagi membenarkan anak-anak saya dibawa ke rumahnya. Itu antara syarat yang saya berikan kepada bekas suami jika hendak membawa anak-anak kami keluar.

Alhamdulillah setakat ini, bekas suami mendengar cakap saya dan anak-anak juga gembira kerana tidak dibawa lagi ke rumah ibu tiri yang suka bertanya itu.

Saya tidak mahu perkara ini dibesarkan. Keluarga bekas mentua tidak tahu hal ini walaupun anak-anak adakala terlepas cakap. Saya diamkan sahaja sebab saya masih hormat keluarga bekas mentua sama seperti dahulu.

Doa saya semoga keadaan ini akan pulih dan saya bebas daripada gangguan perempuan tersebut. Saya hendak hidup tenang dengan kehidupan baru saya bersama anak-anak. Semoga Allah berikan saya petunjuk dan bimbing saya ke landasan yang betul. Amin," Asma menamatkan ceritanya.

Begitulah lumrah dunia. Ada wanita yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah dan tamak dalam menagih kasih sayang. Apa pun saya kagum dengan kekuatan semangat Asma, seorang wanita yang sporting dan berfikiran positif.

Semoga Allah makbulkan doa Asma dan melindungi kehidupannya bersama anak-anak. Nasihat saya, mana-mana perempuan yang di luar sana yang menghadapi perceraian, elok mencontohi Asma untuk meneruskan kehidupan.

Yang lalu biarkan berlalu, yang mendatang perlu ditempuh dengan tenang. Semoga Allah mudahkan urusan hidup kita dan merahmatinya selalu.

Menamatkan catatan, sepatah kata buat renungan bersama, kebahagiaan itu pasti ada tetapi tidak siapa pun yang akan mendapatkan dengan mudah melainkan melalui kesabaran dan pengorbanan.

Salam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Percepat proses pelaksanaan

Posted: 01 May 2014 11:51 AM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

Ahmad Phesal Talib (dua, kiri) mengambil kesempatan membuat panggilan menggunakan talian Hotline yang disambungkan kepada pengawal keselamatan selepas merasmikan Sistem Kawalan Keselamatan dan Gotong-Royong Bandar Tasik Selatan Fasa 2 di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MD. SHAHJEHAN MAAMIN

KUALA LUMPUR 1 Mei - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang mengendalikan pengurusan projek-projek kecil secara lantikan terus tanpa menggunakan khidmat perunding luar bermula Jun depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, langkah ini bagi mempercepatkan proses pelaksanaan projek tanpa perlu menunggu masa yang terlalu lama berbanding sebelum ini.

Menurutnya, dalam mesyuarat pengurusan bersama ketua-ketua jabatan yang lalu, beberapa projek yang boleh dilaksanakan secara terus melalui jurutera dalaman telah diputuskan.

"Jabatan Kerja Raya (JKR)menjadi contoh kepada pihak DBKL apabila jurutera yang mewakili agensi itu menandatangani dokumen penting bagi pihak JKR untuk melaksanakan projek.

"Cara itulah yang kita cuba praktikkan dan DBKL tidak perlu lagi melantik perunding luar bagi projek-projek kecil yang mempunyai nilai tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Sistem Kawalan Keselamatan dan Gotong-Royong Bandar Tasik Selatan Fasa 2 di Jalan Tasik Selatan 22 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dan Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Tasik Selatan Fasa 2, Hamzah Abd. Wahab dan Ketua Biro Keselamatan persatuan penduduk, Abd. Razak Mohd. Taha.

Sementara itu, Abd. Razak berkata, sebanyak 14 buah sistem kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di taman berkenaan.

Katanya, pemasangan CCTV merupakan sebahagian usaha pembangunan bagi Fasa 1 di taman berkenaan, selain pembinaan pondok pengawal dan pintu halangan automatik.

"Bagi Fasa 2, kami bercadang membina pagar di sekeliling taman bagi keselesaan penduduk dan mengurangkan risiko jenayah," katanya.

Tambahnya lagi, penduduk di taman tersebut juga boleh menghubungi talian Hotline yang akan disambungkan secara terus kepada pengawal keselamatan.

Menurutnya, kesemua peralatan kelengkapan keselamatan di taman itu disediakan atas sumbangan penduduk, selain daripada Yayasan Kesejahteraan Bandar Wilayah Persekutuan.

Harap tidak berulang

Posted: 01 May 2014 11:51 AM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 1 Mei - Rata-rata pengguna yang terlibat dalam pelan catuan bekalan air sejak lebih dua bulan lalu menarik nafas lega dan berpuas hati dengan air yang disalurkan ke rumah mereka bermula hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa lokasi terlibat dengan catuan itu mendapati bekalan air pulih seperti biasa.

Hasil pemerhatian mendapati masing-masing menikmatinya dengan cara tersendiri. Wajah-wajah yang dilihat sebelum ini murung, bertukar ceria selepas kerajaan negeri Selangor mengumunkan penarikan semula catuan semalam.

Bagaimanapun, disebalik kelegaan mereka berharap krisis air tidak berulang.

Seorang pegawai peribadi di syarikat swasta, Kong Foo Weng, 52, berkata, bekalan air di rumahnya pada hari ini kembali pulih seperti biasa.

Katanya, setakat ini tiada sebarang masalah dihadapi dia dan ahli keluarganya yang lain.

"Penarikan semula catuan air ini benar-benar kami nantikan.

"Rumah saya merupakan antara kawasan yang terlibat dengan catuan bekalan air peringkat keempat. Sepanjang tempoh itu ia amat menyeksakan," katanya.

Lee Youn Wooi, 37, pula berharap tidak ada lagi catuan air dilaksanakan selepas ini.

Dia mengakui sepanjang tempoh catuan dilaksanakan kehidupan hariannya agak terjejas.

"Saya berharap semua pihak mengambil iktibar daripada krisis ini . Apa yang diharapkan ia tidak akan berulang,"katanya.

Turut berkongsi perasaan, Mohd. Saiful Ismail, 35,.

Katanya, tempoh bekalan air dicatu di kawasan perumahannya memberi pengalaman berguna kepada diri dan ahli keluarganya yang lain.

"Kami berharap ia tidak akan berulang, namun jika ia berlaku lagi kami sudah bersedia," katanya.

Sementara itu seorang guru, Lazidah Md. Salleh, 45, meletakkan azam untuk terus berjimat cermat dalam penggunaan air dalam urusan hariannya selepas ini.

Katanya, banyak wang terpaksa dikeluarkan sepanjang tempoh catuan dilaksanakan termasuk membeli alat penapis air.

"Apabila bekalan disalurkan semula, air keruh. Keadaan ini memaksa saya membeli peralatan itu dan berharap ia tidak berulang lagi,"katanya.

Berbeza pula dengan seorang suri rumah, V. Pathma Devi, 33.

Katanya, memandangkan kawasan perumahannya tidak terlibat dalam catuan, rumahnya sering menjadi tumpuan saudara mara untuk mendapatkan air.

"Sepanjang tempoh itu pelbagai gelagat dan ragam saudara mara dapat dilihat, namun amat menarik kerana ia mengeratkan lagi hubungan persaudaraan sesama kami,"katanya.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, catuan air yang dilaksanakan sejak Februari lalu akan dihentikan secara serentak bermula hari ini atau selewat-lewatnya Jumaat ini bergantung kepada kawasan.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas), Priscilla Alfred berkata, pihaknya akan menyalurkan air kepada semua pengguna secara beperingkat bermula hari ini.

DBKL diminta naik taraf sistem perparitan Jalan Ikan Emas

Posted: 01 May 2014 11:51 AM PDT

CHEW Yin Keen (tengah) meninjau kerja-kerja pembersihan longkang oleh kontraktor Alam Flora di Jalan Ikan Emas, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 1 Mei- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa segera menaik taraf sistem perparitan di Jalan Ikan Emas, Bandar Tun Razak dekat sini, ekoran masalah longkang tersumbat yang sekali gus mengakibatkan wabak denggi dan banjir kilat.

Pengerusi MCA Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Chew Yin Keen berkata, masalah yang membelenggu penduduk sekitar sejak sekian lama itu terus membimbangkan berikutan tiada kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan sehingga ke hari ini.

Menurutnya, kerja-kerja naik taraf sistem perparitan di situ amat diperlukan bagi memastikan kelancaran aliran air ke Sungai Kerayong.

"Kegagalan pihak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan menyebabkan empat kes denggi dikesan berlaku di kawasan ini.

" Keadaan ini benar-benar membimbangkan penduduk," katanya ketika ditemui semasa meninjau masalah berkenaan di Pasar Taman Ikan Emas, Bandar Tun Razak di sini.

Tambahnya, cadangan mengenai kerja-kerja naik taraf sistem perparitan di situ telah dikemukakan kepada DBKL sebelum ini.

"Saya berharap DBKL dapat mengotakan janji untuk mengatasi masalah itu dengan segera,"tambahnya.

Terdahulu, sebanyak tiga jentera Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) digunakan bagi kerja-kerja pembersihan longkang di kawasan itu.

Menurut Chew, kerja-kerja pembersihan longkang sepanjang kira-kira 100 meter itu telah dimulakan sejak semalam dan mengambil masa seminggu untuk selesai.

"Saya difahamkan longkang di kawasan perumahan ini kali terakhir diselenggara oleh DBKL kira-kira dua tahun lalu.

"Keadaan ini menyebabkan longkang dipenuhi sampah sarap dan setiap kali hujan lebat, air melimpah keluar.

"Air longkang yang melimpah bersama sampah sarap sekaligus menyebabkan banjir kilat," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran DBKL, Tan Keng Chok berkata, kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di situ akan dimulakan dalam tempoh seminggu.

"Saya telah meminta jurutera kami ke lokasi tersebut hari ini untuk mengenal pasti punca masalah berkenaan selain melihat kos yang perlu diperuntukkan bagi kerja-kerja terbabit," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Katanya, pihak DBKL juga sentiasa melakukan pemantauan terhadap sistem perparitan di kawasan pentadbirannya secara berkala.

"Ia dilakukan menerusi pasukan pemantau yang ditubuhkan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved