Khamis, 13 Februari 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Tangki air Syabas runtuh

Posted: 13 Feb 2014 09:54 PM PST

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Kawasan bukit yang menempatkan tangki air milik Syabas runtuh dalam kejadian di Jalan Laksamana, Taman Salak Selatan, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 malam itu, runtuhan tanah itu dipercayai berlaku berpunca daripada sebatang paip utama yang bocor.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi, Suhaimi Mahmod berkata, runtuhan tersebut telah menutupi laluan utama di belakang sebuah rumah berdekatan.

Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.20 malam sebelum jentera bersama lapan pegawai dan anggota tiba 15 minit kemudian.

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan akibat runtuhan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Isteri jurugambar parah diragut

Posted: 13 Feb 2014 09:43 PM PST

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Isteri kepada jurugambar Utusan Malaysia parah akibat terjatuh semasa diragut seorang lelaki bermotosikal di Desa Pandan, Ampang di sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 10 malam ketika Norhashimah Hasan, 41, isteri kepada Zaini Husin, 48, sedang berjalan ke arah kereta bersama seorang anaknya yang berusia 14 tahun selepas mereka makan malam di sebuah restoran.

Mangsa yang patah bahu kanan dan cedera di kepala akibat kejadian itu kini dirawat di Hospital Ampang Puteri. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Khairy minta kaji larangan bawa kayu bendera

Posted: 13 Feb 2014 10:42 AM PST

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Segelintir penyokong dan juga ultras di beberapa negeri tidak bersetuju dengan pekeliling terbaharu dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang melarang mereka membawa tiang atau objek keras ke dalam stadium untuk mengikat bendera, dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta badan induk tersebut mengkaji semula arahan itu.

Menurut Khairy, beliau memahami perasaan dan kehendak penyokong yang ingin membawa kayu atau tiang untuk mengibarkan bendera pasukan masing-masing.

Sehubungan itu beliau meminta FAM menilai kembali peraturan tersebut seperti amalan di peringkat antarabangsa.

"FAM perlu melihat perkara ini berdasarkan undang-undang antarabangsa. Jika betul kayu itu boleh menjadi senjata maka (larangan) perlu dipatuhi oleh peminat bola sepak tempatan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

FAM mengeluarkan pekeliling tersebut Selasa lalu dengan memohon persatuan bola sepak negeri dan kelab bekerjasama dengan pihak keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) bagi memastikan penyokong pasukan tidak membawa barang dilarang.

Ujar Khairy, FAM perlu melihat kembali perkara tersebut selepas menerima banyak respons di media sosial yang meminta agar tiang, kayu atau sebarang objek keras dibenarkan kerana digunakan untuk mengikat bendera pasukan yang disokong.

"Saya hanya meminta FAM mengkaji perkara ini berdasarkan peraturan dan norma antarabangsa, sama ada benda ini mempunyai risiko untuk dijadikan sebagai senjata. Mereka perlu memahami permintaan penyokong," katanya.

Beliau juga meminta agar FAM mengambil tindakan dengan cepat tentang isu samseng bola sepak agar tidak merebak sehingga mengancam keselamatan serta mengganggu penyokong lain.

"Samseng bola sepak bukan perkara baharu, sebelum ini pun memang ada sebilangan kecil kumpulan penyokong yang ganas, tetapi tidak sampai ke tahap mengganggu penyokong lain dengan menggunakan kekerasan seperti mana yang kita dapat lihat beberapa minggu lepas.

"Saya sudah membangkitkan perkara ini kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin, agar perlawanan bola sepak tidak menjadi persekitaran yang bahaya kepada anak-anak kecil, saya tidak mahu mereka merasakan diri mereka berada dalam keadaan bahaya sebab pergaduhan tercetus," katanya.

Tambahnya, FAM perlu menangani isu samseng bola sepak ini dengan tegas seperti dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak England pada era 80-an dan 90-an apabila mereka bekerjasama dengan pihak polis dan stadium.

Piya tak minat jadi kapten

Posted: 13 Feb 2014 10:42 AM PST

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Tonggak tengah Kelantan, Mohd. Badhri Radhzi menegaskan, dia tidak berminat untuk menggalas tugas selaku kapten Harimau Malaya, sebaliknya hanya mahu fokus kepada usaha memperagakan aksi terbaik bagi membuktikan pemilihannya ke kem latihan pasukan kebangsaan adalah sesuatu yang tepat.

Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya berkata, dia tidak pernah terfikir untuk menggalas tugas tersebut memandangkan kelibatnya masih baharu dalam pasukan kebangsaan.

Katanya, tugas selaku ketua pasukan The Red Warriors sejak tiga musim lalu sudah cukup membebankan dan fokus utamanya ialah membalas kepercayaan yang diberikan oleh

pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee.

"Bagi saya, jawatan tidak penting dalam skuad kebangsaan kerana yang menjadi keutamaan saya ialah menunjukkan prestasi terbaik.

"Saya serahkan kepada jurulatih untuk tentukan siapa pilihannya. Lagi pun ramai lagi pemain senior dalam pasukan kebangsaan yang dipanggil untuk menjalani latihan pada minggu depan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini semalam.

Kim Swee dalam satu sidang media tiga hari lalu membayangkan lilitan kapten Harimau Malaya bakal bertukar tangan. Tanggungjawab ketua pasukan sebelum ini digalas bintang tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd. Safiq Rahim.

Badhri turut menambah, ada beberapa pemain senior yang berada dalam pemikirannya untuk memimpin skuad kebangsaan.

Jeneral padang Kelantan itu sebelum ini pernah mencetus kontroversi apabila gagal menghadirkan diri untuk sesi latihan pusat pada Julai tahun lalu, sekali gus mencetuskan polemik apabila dikatakan tidak berminat untuk menyarung jersi skuad kebangsaan di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal ketika itu.

"Saya ingin buktikan pada usia seperti ini, saya masih mampu menyumbang sesuatu untuk negara. Saya sedar saingan cukup sengit dan perlu bekerja lebih keras bagi merebut tempat dalam skuad kebangsaan," ujar pemain berusia 31 tahun itu lagi.

Skuad negara kini dalam persiapan menghadapi perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia menentang Yemen, 5 Mac ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Anwar fail notis rayuan

Posted: 13 Feb 2014 10:42 AM PST

PUTRAJAYA 13 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang menolak permohonannya untuk memanggil semula bekas pegawai penyiasat dalam kes liwat membabitkan dirinya, Supritendan Judy Blacious Pereira.

Peguam Ramkarpal Singh ketika dihubungi pihak media berkata, notis tersebut difailkan sekitar pukul 11 pagi di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Persekutuan di sini.

Tarikh pendengaran rayuan tersebut masih belum ditetapkan.

Berikutan rayuan terbaharu dikemukakan oleh Anwar itu, rayuan utama pihak pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan terpaksa ditangguhkan lagi sehingga mendapat teguran oleh hakim Mahkamah Rayuan.

Semalam, panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Aziah Ali menolak permohonan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk memanggil semula Judy selepas mendapati Anwar gagal memenuhi kesemua syarat yang diperlukan bagi membolehkan bukti atau keterangan baharu dimasukkan sebagai bahan bukti dalam kes tersebut.

Anwar memfailkan notis usul untuk memanggil semula Judy bagi membolehkan beliau mencabar kredibiliti saksi pendakwaan dalam kes liwatnya itu berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Januari lalu yang membatalkan petisyen Judy untuk menjadi peguam bela dan peguam cara.

Hakim Datuk Zaleha Yusuf memutuskan demikian berdasarkan laporan inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dalam kes penahanan lima peguam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kerana terlibat dalam perhimpunan haram.

Inkuiri pada 2009 itu yang dipengerusikan oleh peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang kini mengetuai pasukan pendakwaan, mendapati Judy merupakan saksi yang tidak boleh dipercayai kerana 'secara sedar atau tidak telah tidak bercakap benar atau menghidap penyakit hilang ingatan yang serius.

Bekas pengurus MIMOS dijel 7 tahun, denda RM5j

Posted: 13 Feb 2014 10:42 AM PST

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Bekas Pengurus Besar Kewangan MIMOS Bhd., Khairuddin Khalid dihukum penjara tujuh tahun dan denda lebih RM5 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas lapan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM500,000, lebih 12 tahun lalu.

Khairuddin, 54, yang kini memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) di sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) swasta juga berdepan dengan hukuman penjara 64 bulan jika gagal membayar denda.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain membenarkan permohonan Khairuddin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara tetapi memerintahkan denda dibayar hari ini setelah mendapati tiada sebarang alasan istimewa untuk membenarkan penangguhan bayaran.

Khairuddin bagaimanapun gagal membayar denda tersebut dan dihantar ke Penjara Kajang.

Ahmad Zamzani menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam keputusannya, beliau berkata, keterangan pembelaan tertuduh hanyalah bersifat penafian, tidak berasas dan munasabah.

"Saksi pembelaan juga tidak menyokong pembelaan selain keterangan tertuduh juga adalah sesuatu yang difikirkan selepas kejadian," katanya.

Selain itu katanya, terdapat banyak isu yang tidak dapat dibuktikan dan hanya berdasarkan andaian semata-mata.

Khairuddin didakwa atas empat pertuduhan meminta untuk dirinya sendiri suapan melalui empat keping cek semuanya bernilai RM985,248 daripada Pengerusi Eksekutif Corporate Eight Asset Management Sdn. Bhd., Muhammad Khalid Ismail.

Daripada jumlah itu, tertuduh didakwa menerima RM502,002.37 sebagai upah kerana melaburkan dana pelaburan MIMOS Bhd. bernilai RM5.5 juta dengan syarikat pelaburan berkenaan.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama.

Khairuddin juga menghadapi empat pertuduhan memperoleh rasuah daripada individu yang sama membabitkan jumlah dan tujuan yang sama, iaitu kesalahan di bawah Seksyen 11(a) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta tersebut.

Seksyen 16 akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di pejabat Corporate Eight Asset Management Sdn. Bhd. yang beralamat di Suite 17.3-17.4A, Tingkat 17, Menara Weld, 76, Jalan Raja Chulan antara 23 Mei 2001 dan 8 Februari 2002.

Peguam Azi Azlin Zulkifli ketika mengemukakan permohonan penangguhan hukuman memberitahu, anak guamnya itu terlibat dalam projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan ketiadaan anak guamnya bakal menggugat kelancaran projek tersebut.

Terdahulu dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Azi Azlin berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesalahan pertama anak guamnya itu selain isteri tidak bekerja serta menyara ibunya sakit tua.

Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Nur Lokman Samingan pula memohon hukuman setimpal berbentuk pencegahan dan pengajaran untuk tertuduh dan masyarakat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Yemen: 29 warga Arab Saudi dihantar pulang

Posted: 13 Feb 2014 09:56 AM PST

RIYADH 13 Feb. - Kementerian Dalam Negeri Yemen mengumumkan tentang penyerahan lebih 29 rakyat Arab Saudi ke negara asal mereka kerana didakwa mempunyai kaitan dengan militan al-Qaeda, semalam.

Menurut jurucakap kementerian, Jeneral Mansur al-Turki, 11 daripada mereka telah dibebaskan daripada hukuman penjara di Arab Saudi, manakala sembilan yang lain sedang menjalani perbicaraan berhubung perkara terbabit.

Kerajaan Arab Saudi kini sedang giat memburu rakyatnya yang menyertai militan al-Qaeda yang berpengkalan di Yemen dan bekerjasama dengan negara jirannya itu bagi membanteras sebarang kegiatan militan itu. - AFP

Kumpulan pemisah ISIL berjaya kukuhkan kedudukan di utara Iraq

Posted: 13 Feb 2014 09:50 AM PST

BAGHDAD 14 Feb. - Kumpulan pemisah, Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) berjaya merampas beberapa bahagian bandar Sulaiman Pek di utara Iraq daripada penguasaan tentera kerajaan semalam, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan mereka di sini.

Datuk Bandar, Talib Mohammed berkata, mereka masih berada dalam bangunan pentadbiran kerajaan yang diserang kumpulan terbabit yang bersenjatakan bom tangan serta senapang.

Kami mendesak kerajaan supaya bertindak segera dalam kes ini," katanya.

Dalam pada itu, seorang pegawai tempatan, Ahmed Aziz memberitahu, ISIL telah mengumumkan tentang penguasaan terhadap kawasan itu serta mengeluarkan arahan supaya penduduk meninggalkan penempatan mereka di sana. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Gangguan sebab kerja naik taraf

Posted: 13 Feb 2014 10:42 AM PST

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
pengarang@utusan.com.my

Wan Salman Wan Ismail (kiri) melancarkan tabung khairat kematian selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Jengka 18 di Maran, kelmarin.

MARAN 13 Feb. - Gangguan air di kawasan Felda Wilayah Jengka ketika ini adalah akibat kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air demi menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Datuk Wan Salman Wan Ismail berkata, projek RM52 juta mengandungi 11 pakej bagi menukar saluran paip lama kepada baharu bermula April tahun lalu itu sudah lebih 70 peratus siap.

Sehubungan itu kata beliau, penduduk perlu bersabar kerana gangguan bekalan air tidak dapat dielakkan disebabkan kerja-kerja penukaran.

"Projek tetap perlu diteruskan demi memenuhi keperluan rakyat untuk jangka panjang. Saya sendiri turun padang mendengar keluhan penduduk termasuk di media sosial, namun kita harus faham yang gangguan ini akibat daripada projek naik taraf bekalan air.

"Penduduk diminta bersabar demi pembangunan yang lebih baik dalam jangka panjang kerana mengikut perjanjian projek pemasangan saluran paip ke rumah-rumah berakhir hujung Mac," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 18 di sini semalam.

Katanya, pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) akan membantu dengan menyediakan lori tangki untuk menghantar bekalan air ke rumah-rumah, masjid, surau serta sekolah.

Pihak Paip jelas beliau, turut menaik taraf loji bekalan air Batu Sawar dan Loji Jengka Utama seperti mencuci keladak dan lumpur yang turut mengambil masa.

"Kerja naik taraf bekalan air di Wilayah Jengka menjadi keperluan dan keutamaan kerana peningkatan jumlah penduduk lebih 50,000 dalam Parlimen Kuala Krau.

"Jumlah penduduk di Bandar Tun Abdul Razak Jengka sahaja lebih 25,000 orang berikutan wujud institusi pengajian tinggi dan pertambahan taman perumahan di situ," katanya.

Al-Quran panduan utama elak perselisihan sesama sendiri

Posted: 13 Feb 2014 10:42 AM PST

JERANTUT 13 Feb. - Perbalahan pendapat dalam kalangan masyarakat berhubung sesuatu isu sehingga membawa kepada perpecahan memperlihatkan kegagalan umat Islam untuk mengikut ajaran agama sebenar.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Syeb Ibrahim Syed Ahmad berkata, umat Islam harus sedar al-Quran adalah panduan utama sekiranya wujud sebarang perselisihan.

"Kita semakin lupa bahawa sumber Islam adalah al-Quran atau kita terima al-Quran sebagai panduan tetapi kita tidak mengamalkan sehingga wujud kesangsian dan perselisihan pelbagai perkara dalam masyarakat hari ini.

"Ada segelintir pihak yang mempunyai pengetahuan al-Quran semata-mata untuk mencari kepentingan peribadi sehingga sanggup memperlekehkan pihak lain sesama Islam sehingga mewujudkan perbalahan dalam masyarakat," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menyempurnakan penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang Majlis Menghafaz al-Quran peringkat negeri di Dewan Majlis Daerah Jerantut di sini malam tadi.

Yang hadir sama Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman; Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan; Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail.

Katanya, sikap suka memperbesar-besarkan isu yang remeh sehingga wujud perpecahan juga menyebabkan umat Islam tidak sedar bahawa pihak tertentu secara senyap mengambil kesempatan memperlekehkan Islam.

"Inilah yang kita perlu hindarkan bahawa musuh Islam berada di mana-mana dan mengambil kesempatan daripada setiap kelemahan kita yang tidak sependapat beberapa perkara berkaitan dengan agama sehingga jelas dan terang seperti apa yang kita alami hari ini.

"Jika kita menjadikan al-Quran sebagai panduan sebenar dalam apa juga hal terutama soal kepimpinan negara, maka saya yakin kita akan menjadi umat yang berjaya," katanya.

Sehubungan itu, katanya, sesuatu masalah yang timbul dalam masyarakat kita sewajarnya dirujuk kepada al-Quran sebagai kitab panduan sementara ulama boleh memberi nasihat dan didikan menerusi peraturan ilmu Islam.

Paras air empangan di Pahang terkawal

Posted: 13 Feb 2014 10:42 AM PST

KUANTAN 13 Feb. - Keadaan empangan di negeri ini masih dalam keadaan terkawal walaupun cuaca panas sejak beberapa minggu lalu menyebabkan paras air empangan di Selangor dan Negeri Sembilan dilaporkan turun mendadak.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abd. Razak berkata, gangguan bekalan air disebabkan penurunan aras air sungai di muka sauk loji-loji rawatan air Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) juga tidak berlaku.

"Secara keseluruhannya, keadaan bekalan air masih terkawal dan tidak terjejas walaupun Pahang turut dilanda fenomena cuaca panas yang berpanjangan.

"Ini disebabkan pihak Paip sentiasa memantau dan mengambil pelbagai langkah yang cukup proaktif dalam usaha menanganinya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Cuaca panas yang berpanjangan menimbulkan kebimbangan ramai mengenai keadaan paras air di empangan utama di seluruh negara.

Terbaharu, paras air di Empangan Sungai Selangor dan Klang Gate dilaporkan mengalami penurunan dengan simpanan kurang daripada 60 peratus manakala Empangan Terip dan Gemencheh di Negeri Sembilan turut merosot.

Sementara itu, menurut Mohd. Soffi, antara langkah yang dilakukan Paip dengan segera ialah membina tebatan merentasi sungai berdekatan muka sauk bagi meninggikan paras air untuk bekalan air mentah ke loji rawatan.

"Tindakan ini diambil di Loji Rawatan Mempateh, Lanchang dekat sini iaitu di Sungai Semantan baru-baru ini.

"Status paras air di Empangan Chereh, Sungai Lembing juga berada dalam keadaan baik dan berfungsi seperti yang sepatutnya," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Akhirnya Almy disunting Fizz Fairuz 30 Mei ini

Posted: 13 Feb 2014 04:27 AM PST

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Setelah beberapa kali putus cinta dan berbaik semula, akhirnya pelakon Fizz Fairuz, 35, nekad untuk menikahi pelakon Almy Nadia, 28.

Majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung pada 30 Mei ini di negeri kelahiran Almy, di Pulau Pinang.

Setelah sekian lama bercinta dan melalui pelbagai cabaran, kami akhirnya akan bernikah. Setakat ini segala persediaan hampir 70 peratus persiapan sudah disiapkan oleh kedua-dua belah pihak keluarga saya dan Almy sendiri," kata Fizz ketika ditemui pemberita di lokasi penggambaran filem Cicak Man 3 di Kota Damansara, di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE.

Hidung baharu bawa rezeki

Posted: 12 Feb 2014 09:10 PM PST

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

AJAI kini merupakan pengacara rancangan bual bicara selain berlakon dalam filem sejak akhir-akhir ini.

SEMUANYA gara-gara penyakit resdung yang dialami sejak beberapa tahun lalu. Namun, Ajai reda dengan penyakit yang dideritainya itu yang telah merubah wajah dan kelangsungan kerjayanya dalam bidang seni akhir-akhir ini.

Lantaran penyakit yang dialami semakin kronik, satu pembedahan pada bahagian hidungnya telah dijalankan di sebuah hospital swasta tiga bulan lalu sekali gus menyaksikan dia kini tampil dengan bentuk hidung yang lebih mancung.

Menurut Ajai yang tampil dengan potongan rambut menipis di kedua-dua belah kepalanya dan tampil berseluar gaya, dia mengakui pembedahan itu sedikit sebanyak telah mengubah diri dan kerjayanya.

Selepas menjalani pembedahan itu, saya bukan sahaja semakin sihat dan kelihatan lebih yakin. Malah, kerjaya saya dalam bidang seni termasuklah lakonan juga semakin berkembang sejak kebelakangan ini," komennya ringkas.

Jelas bekas anggota kumpulan Exist ini, dia bukan sengaja mahu menambah kemancungan hidungnya dengan sengaja, tetapi ia terpaksa dilakukan ekoran masalah kesihatan yang dideritainya selama ini.

Sebelum ini, Ajai merupakan seorang penghidap penyakit resdung kronik sehingga setiap pagi ketika bangun tidur dia mesti banyak bersin sehingga banyak kahak atau lendir yang keluar. Tetapi ketika itu, dia masih sanggup menahan penyakitnya itu.

Kesan resdung bukan sahaja di bahagian hidung dan bawah mata sahaja, tetapi kesakitan itu turut dirasai sehingga ke gegendang bahagian kiri telinga saya. Akibatnya juga telinga saya hampir pekak sebelah selama beberapa bulan.

Keadaan itu tentunya menganggu kerjaya saya sebagai komposer, pemuzik dan penyanyi. Sebab itu saya tiada pilihan selain menjalani pembedahan itu yang bermula dari pukul 8 pagi sampai 1.30 petang bagi merawat hidung," katanya.

Justeru, ujar Ajai pembedahan yang menelan kos mencecah RM28,000 di sebuah hospital swasta itu secara tidak langsung telah menjejaskan kedudukan hidungnya sehingga pembedahan itu dilakukan bagi tujuan tersebut.

Selepas hampir enam jam menjalani pembedahan, pemilik syarikat rakaman Wake The Baby ini kini berasa selesa dan berkeyakinan dengan hidungnya yang bukan sahaja semakin sihat tetapi juga bertambah cantik berbanding sebelumnya.

Selain itu, saya juga sekarang ini semakin mengambil berat soal kesihatan terutama latihan secara fizikal. Sudah hampir setahun saya masuk kelas senaman di gimnasium. Biasanya saya akan pergi ke gimnasium lima kali seminggu.

Setiap kali berada di gimnasium saya akan menghabiskan masa selama dua jam. Saya juga kurangkan makan nasi dan mengambil diet makanan tertentu yang tidak menggemukkan badan untuk lebih sihat lagi.

Kesannya saya dapat rasakan sekarang ini apabila badan saya tidak lagi lesu dan bentuk tubuh saya juga lebih mantap berbanding dulu. Saya harap semua ini dapat membantu dalam semua kerjaya saya dalam bidang seni," ujarnya.

Ajai yang bakal membintangi filem Tokan 2 tidak lama lagi turut ceria apabila menceritakan tentang album single terbaharunya bertajuk Aduh dengan durasi 4 minit 33 saat telah pun berada di pasaran dan selalu disiarkan di radio-radio tempatan.

Lagu itu yang dikategorikan oleh Ajai sebagai berkonsepkan Melayu Pop atau M-Pop itu yang telah sebulan berada di pasaran turut mendapat sambutan apabila ramai peminat menontonnya di laman YouTube di internet akhir-akhir ini.

Lagu itu telah ditonton lebih 880,000 pelayar di YouTube dan terdapat 13 versi lagu itu yang dilakukan oleh para peminat dalam bentuk berbeza yang dijadikan versi cover. Itu adalah lagu solo saya yang pertama sepanjang saya menyanyi.

Album kompilasi saya berjudul Republik Ajai juga akan terbit tidak lama lagi mempunyai tiga cakera padat dan mengandungi 49 buah lagu ciptaan saya yang dinyanyikan oleh ramai penyanyi seperti Siti Sarah dan Datuk Sheila Majid," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Hudud dari luar kacamata politik

Posted: 13 Feb 2014 10:42 AM PST

Oleh RAJMAH HASAN dan METRA SYAHRIL MOHAMAD

SETELAH beberapa tahun isu hudud tenggelam dalam perbincangan arus perdana, ianya kembali diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Semuanya bermula setelah Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad mengeluarkan kenyataan bahawa Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan bersedia sepenuhnya melaksanakan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993.

Kenyataan Daud pada 13 November lalu itu dipercayai susulan daripada pengumuman Kerajaan Brunei Darussalam yang bakal menguatkuasakan Perintah Kanun Hukuman Syariah 2013 (PKHJS 2013) dalam waktu terdekat.

Tanggal 22 Oktober lepas, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pewartaan PKHJS 2013 dengan tujuan melaksanakan hukum hudud dan qisas di negara itu yang akan dikuatkuasakan berperingkat-peringkat bermula dengan kesalahan-kesalahan takzir (seperti kesalahan khalwat dan perbuatan tidak sopan) mulai April ini.

Perkembangan tersebut seolah-olah memberi satu sinar harapan kepada Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu setelah tertangguh selama 23 tahun berikutan terdapat pelbagai halangan.

Sejarah membuktikan hudud pernah dilaksanakan di Tanah Melayu (kini Malaysia) ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka selepas kemasukan Islam di Melaka pada 812 Hijrah (1409 Masihi), manakala Brunei pula mula memperkenalkan undang-undang jenayah Syariah di negara itu pada 1996.

Berdasarkan pengalaman, Malaysia sepatutnya mengambil inisiatif melaksanakan kembali hukum hudud dan mencontohi ketegasan Brunei melaksanakan PKHJS 2013 biarpun rata-rata masyarakat global menolak hukum hudud yang dianggap tidak sesuai diamalkan dalam zaman moden ini.

Anggapan negatif hukum hudud bahawa ia undang-undang zalim termasuk hukuman kerat tangan bagi kesalahan mencuri telah sekian lama dipropagandakan oleh media Barat sehingga menakut-nakutkan orang bukan Islam di negara ini.

Tidak dinafikan, langkah diambil Kerajaan Brunei itu sedikit-sebanyak menimbulkan keresahan rakyat berbilang kaum di negara ini yang khuatir sekiranya pelaksanaan hudud itu berjaya, ia bakal mengubah landskap sistem perundangan di Malaysia.

Persoalannya, sejauhmana hudud dari segi peruntukan Perlembangan, sistem kerajaan, perundangan, kehakiman dan politik sedia ada sesuai dilaksanakan di Malaysia?

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, pelaksanaan hukum hudud tidak semudah disangka kerana perlu mengambil kira pelbagai faktor khususnya membabitkan soal penguatkuasaan antara orang Islam dan bukan Islam.

Selain itu katanya, pelaksanaan hukum tersebut juga perlu kepada pertimbangan terhadap peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung pembahagian bidang kuasa di antara Persekutuan dan Negeri.

Berdasarkan Senarai I, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan 'undang-undang jenayah' terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan dan mahkamah sivil.

Manakala 'kesalahan-kesalahan terhadap suruhan agama Islam' seperti dalam Senarai II (Senarai Negeri), Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan pula di bawah kuasa kerajaan negeri serta mahkamah syariah.

"Kita lihat pula kepada kesalahan-kesalahan tersebut, didapati di antaranya ada kesalahan-kesalahan yang telah wujud dalam Kanun Keseksaan sejak 1936 dan berkuat kuasa ketika Perlembagaan Persekutuan digubal. Contohnya, kesalahan menyebabkan kematian atau kecederaan kepada orang lain, mencuri, merompak dan merogol.

"Sebaliknya, antara kesalahan itu ada yang tidak terdapat dalam Kanun Keseksaan, malah telah diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri. Contohnya, persetubuhan luar nikah, menuduh seseorang berzina dan berkaitan minuman memabukkan," katanya dalam syarahan awam bertajuk Pelaksanaan Hudud Di Brunei: Perbezaan Di Antara Brunei Dan Malaysia di Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS) di ibu negara baru-baru ini.

Abdul Hamid berkata, sekiranya hudud hendak dilaksanakan di negara ini, bagi kesalahan jenayah, ia hanya boleh dilakukan sekiranya dipinda sebagai undang-undang Persekutuan dan bukan kesalahan terhadap suruhan agama Islam seperti yang diperuntukkan dalam Senarai II (Senarai Negeri), Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana katanya, Perlembagaan tidak menghalang untuk pelaksanaan sedemikian dan Parlimen boleh memilih apa-apa hukuman kepada kesalahan jenayah, termasuk hukuman mengikut syariah.

"Dengan cara itu, penguatkuasaannya boleh meliputi orang Islam dan bukan Islam (undang-undang Persekutuan).

"Sebagai undang-undang jenayah, ia terletak di bawah bidang kuasa mahkamah sivil dan mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa ke atas orang Islam dan bukan Islam," katanya.

Sementara itu, sekiranya Parlimen Malaysia hendak membuat undang-undang seperti itu, katanya, tidak ada pindaan Perlembagaan yang perlu dibuat sebaliknya rang undang-undang itu hanya perlu diluluskan dengan majoriti mudah.

"Jika ia hanya terpakai kepada orang Islam sahaja, maka ia akan bercanggah dengan peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan kerana itu adalah satu diskriminasi atas alasan agama.

"Dalam hal ini, adilkah jika seseorang Islam mencuri harta seorang bukan Islam, dia dikenakan hudud manakala seorang bukan Islam mencuri harta orang Islam, dia hanya dikenakan penjara atau denda?" soalnya.

Dalam pada itu, Abdul Hamid menegaskan, perbezaan penetapan undang-undang antara negara ini dan Brunei juga menjadi faktor kesukaran untuk mengikut jejak langkah melaksanakan hudud.

Jelas beliau, Brunei memberi kuasa penuh kepada Sultan untuk menggubal dan meminda perundangan, sebaliknya Malaysia adalah negara Persekutuan yang mempunyai bidang kuasa tertentu termasuk kerajaan negeri.

"Di Brunei, pelaksanaannya bukanlah kerana kelangsungan politik atau untuk memenangi pilihan raya tetapi kerja-kerja ke arahnya (pengkajian hudud) telah berjalan kira-kira 30 tahun dan masih belum selesai," katanya.

Abdul Hamid yang turut menjadi penasihat dalam perangkaan undang-undang hudud di Brunei berkata, pelaksanaan PKHJS 2013 hanya boleh dinilai dalam tempoh tiga atau lima tahun lagi.

Dalam tempoh itu katanya, para pengkaji dan negara yang ingin mengikuti jejak langkah Brunei boleh menilai sama ada pelaksanaan hudud mampu mengurangkan kadar jenayah atau sebaliknya.

"Adakah negara Brunei yang sudah tenteram itu akan menjadi lebih aman? Kita masih belum tahu dan penilaian sebenar kesan hudud hanya dapat dilihat dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi," katanya.

Ditanya media sama ada hudud sesuai dilaksanakan di Malaysia, Abdul Hamid sekadar menjawab:"Saya memberi pendapat berasaskan undang-undang. Anda kajilah kesannya."

Provokasi agama dan keselamatan nasional

Posted: 13 Feb 2014 10:42 AM PST

DATUK RUHANIE AHMAD, bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor, ialah pelajar PhD di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

PROVOKASI terhadap status rasmi Islam dalam Perlembagaan Persekutuan mutakhir ini, jika gagal ditangani secara pantas dan tegas, berpotensi mencetuskan konflik agama, konflik etnik dan mungkin Malaysia spring.

Ini kerana provokasi tersebut didukung oleh segolongan pemimpin siasah alternatif termasuk beragama Islam, yang ghairah mahu menumbangkan Barisan Nasional (BN) waima menerusi cara tidak demokratik.

Konflik agama dan konflik etnik, sejak dulu sampai sekarang, adalah parah padahnya, lebar dimensinya dan luas implikasinya. Ia boleh menyebabkan perpecahan negara, pertumpahan darah dan campur tangan asing.

Konflik etnik dan agama di Semenanjung Balkan, Eropah (1992-1995), mengorbankan antara 200,000 hingga 250,000 umat Islam Bosnia akibat genocide dan pembersihan etnik, serta satu juta lagi menjadi pelarian (inter-islam.org: 1998).

Mulai awal 1990-an, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggunakan pendekatan intervensi kemanusiaan untuk menangani, mengurus atau menyelesaikan konflik-konflik seperti ini. PBB melaksanakannya tanpa izin negara yang dilanda konflik (Mingst & Karns 1995).

Di abad ke-21, konflik etnik mendorong beberapa kuasa besar untuk campur tangan dalam urusan di negara yang strategik kepada kepentingan geopolitiknya. Pada 2008, tentera Russia menyokong pihak Ossetians untuk menentang pemerintah Georgia, dan pada tahun 2011, NATO masuk campur dalam konflik di Libya (Brock et al. 2012).

Ini semua mencerminkan kesan, dimensi dan implikasi konflik agama dan konflik etnik di negara majmuk. Pemerintah dan penguat kuasa undang-undang Malaysia, oleh yang demikian, jangan berkompromi dengan pihak yang mencetuskan provokasi terhadap Islam.

Permasalahan ini, mula menonjol sejak era pentadbiran pasca Mahathir, bukannya permasalahan politik, tetapi permasalahan keselamatan masyarakat dan keselamatan nasional.

Ada pihak menghujah, provokasi terhadap Islam semakin ugal-ugalan mungkin kerana pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Betul atau tidak, ini bukan isunya. Persoalannya, bagaimanakah pemerintah Malaysia mahu menangani provokasi ini.

Provokasi terhadap Islam mutakhir ini memang mainan segolongan orang politik alternatif. Tetapi, secara terancang, mainan politik ini membabitkan peruntukan Perlembagaan yang struktural dan keselamatan nasional yang tidak boleh digolok-gadaikan.

Lantas jangan dibiarkan sesudah nyawa terkorban dan darah melimpah, baru tergesa-gesa untuk bertindak. Gunakan kuasa sepenuhnya dan kuatkuasakan undang-undang setegas-tegasnya.

Rakyat biasa Malaysia agak kurang memahami dimensi dan implikasi konflik agama atau konflik etnik dalam konteks geopolitik. Tetapi, mereka faham jika huraian mengenai Georgia dan Libya di atas dijadikan contoh.

Mereka juga akan faham apabila Arab Spring di Asia Barat menyebabkan Presiden Barack Obama menukar dasar luar Amerika Syarikat (AS) untuk memihak kepada kelompok perusuh atas nama pengembangan demokrasi termasuk di Libya, Tunisia dan Mesir.

Apa yang berlaku di Asia Barat ini tidak mustahil terjadi di Malaysia jika dilanda konflik agama atau konflik etnik. Pihak yang bertujuan campur tangan, boleh menggunakan alasan untuk memelihara hak-hak asasi manusia sejagat, menegakkan kesaksamaan sepenuhnya atau lain-lainnya.

Tetapi, motif utamanya adalah mendorong pertukaran rejim, mewujudkan pemerintahan proksi dan menguasai Malaysia. Lantas Malaysia terdedah kepada tindakan asing seperti di Georgia, Libya, Tunisia atau Mesir, jika konflik agama atau konflik tercetus di abad ke-21.

Ini kerana bila AS aktif semula di Asia Tenggara dan Asia-Pasifik untuk mengimbangi kebangkitan China sebagai kuasa ekonomi dunia, Malaysia kembali strategik dalam perhitungan geopolitik AS.

Sebabnya, Malaysia mempunyai lokasi strategik selaku negara pesisir Selat Melaka dan Laut China Selatan, nadi kepada pengangkutan petroleum secara maritim menuju ke Asia Timur, khususnya China sebagai pesaing AS.

Sikap pemerintah Malaysia mutakhir terhadap percubaan AS menguasai kedua-dua laluan laut ini ditolak secara berdiplomasi. Ini untuk mengimbangkan hubungan Malaysia dengan AS, rakan dagang utamanya di peringkat dunia dan hubungan Malaysia dengan China, rakan dagang terbesarnya di peringkat Asia.

Malaysia mutakhir terpaksa bertindak demikian kerana China dan komunisme bukan lagi musuh AS dan demokrasi. Pendirian ini, bagaimanapun, boleh berubah jika pemerintahan Malaysia ditukar atas dukungan kuasa-kuasa besar tertentu. Ini sebabnya pemerintah Malaysia mesti bertegas terhadap pihak yang memprovokasi Islam.

Jangan biarkan kelompok ini didalangi oleh mana-mana kuasa luar yang cuba mengeksploitasi konflik entik di Malaysia supaya bertukar menjadi Malaysia Spring untuk memudahkan agenda geopolitik kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara.

Lantas agenda mutakhir sesetengah pihak terhadap Islam di Malaysia, jangan dipandang ringan. Sama ada ia sebahagian perancangan besar antarabangsa atau hanya gerakan domestik, pemerintah mesti mencemburuinya demi keselamatan nasional.

Kesimpulannya, provokasi terhadap Islam di Malaysia sekarang boleh mencetuskan konflik agama, konflik etnik dan mungkin dieksploitasikan pihak oportunis luaran supaya meledakkan Malaysia Spring. Provokasi ini mesti ditangani dengan tegas dan segera.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Manfaatkan wakaf untuk semua

Posted: 12 Feb 2014 09:10 PM PST

Oleh HASHNAN ABDULLAH

Harta wakaf perlu diurus secara bersepadu untuk kepentingan semua. - Gambar hiasan

HARTA wakaf, sama ada harta tak boleh alih atau boleh alih, tidak akan habis kerana manfaat atau pulangan daripada penggunaan harta itu akan berterusan sampai bila-bila, walaupun pemilik asalnya telah lama meninggal dunia.

Selaras dengan itu, tujuan berwakaf seperti yang telah digariskan dalam al-Quran dan sunnah tidak hanya tertumpu kepada wakaf khas seperti pembinaan masjid, kubur atau sekolah agama semata-mata.

Hakikatnya, wakaf boleh diperluaskan kepada aktiviti-aktiviti yang bukan sahaja memperkasakan kedudukan ekonomi umat Islam, malah turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara.

Bayangkan tanah wakaf di Malaysia yang nilai keseluruhannya kini melebihi RM60 juta, jika dapat diurus dan ditadbir dengan baik oleh pihak yang diamanahkan, sudah pasti ia mampu menjana ekonomi negara pada masa depan.

Persoalannya sejauh manakah mereka yang diamanahkan atau pewaris, mampu merealisasikan impian pewakaf berikutan wujudnya pelbagai kekangan dalam melicinkan pentadbiran harta wakaf?

Situasi ini juga mengundang rasa was-was dalam kalangan pemberi wakaf (al-waqif) dan keseluruhan ummah terhadap perlaksanaan pengurusan harta berkenaan.

Ditambah dengan wujudnya senario di mana masih banyak tanah yang diwakafkan terus terbiar walaupun lokasinya cukup strategik untuk pembangunan umat Islam daripada segi ekonomi, pendidikan atau tujuan sosial lain.

Ini secara tidak langsung, turut menambahkan lagi persepsi negatif terhadap pengurusan harta wakaf.

Demikian ditegaskan Prof. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Noor Inayah Yaakub. Beliau merujuk kepada pemberi wakaf (al-waqif) sendiri yang lebih cenderung mewakafkan harta mereka untuk kubur, sekolah atau masjid sahaja.

Yang dekat di hati al-waqif ialah wakaf hartanah mempunyai tujuan amat terhad iaitu kepada pembinaan masjid, sekolah atau kubur semata-mata, walhal jika harta wakaf diurus selia dengan berhikmah ia memberi kesan ke atas pembangunan ekonomi umat Islam.

Pelbagai cabaran

Sebenarnya, terdapat pelbagai cabaran berkaitan pengurusan harta wakaf yang sekali gus telah merencatkan pembangunan ekonomi umat Islam dan ini membawa impak kepada keseluruhan ekonomi, pendidikan dan sosial negara. Perkara ini jarang diketengahkan," katanya sewaktu ditemui di UKM, Bangi baru-baru ini.

Beliau juga adalah Ketua Program Penyelidikan Wakaf Pendidikan di bawah dana Kementerian Pendidikan, Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) bagi tahun 2013-2015.

Dr. Noor Inayah bersama seramai 50 orang penyelidik daripada pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia telah mengkaji pelestarian dana wakaf dalam pendidikan tinggi Malaysia.

Menyentuh mengenai permasalahan berkaitan pengurusan harta wakaf , jelas beliau antaranya adalah kekurangan dan ketiadaan data maklumat wakaf, harta tanah wakaf yang ada kalanya bersaiz kecil dan kedudukannya yang berselerak dan tidak teratur.

Katanya, walaupun beberapa usaha dan langkah telah diambil, tetapi penekanan terhadap kepentingan mewujudkan satu sistem gabungan bersepadu tentang nilai harta wakaf kurang diberi perhatian sebagai satu agenda pembangunan ekonomi umat Islam di negara.

Sumbangan pelbagai pihak untuk mewujudkan satu sistem pengurusan data hartanah wakaf ini amatlah wajar supaya data harta wakaf, nilai, lokasi dan keluasannya yang kita peroleh adalah tepat dalam membantu negara mengatasi masalah pengurusan harta wakaf ini," katanya.

Dr. Noor Inayah berkata, ada hartanah wakaf yang telah melebihi satu tempoh masa yang agak sukar untuk dikenal pasti objektif pemilik asal tanah itu.

Pemilik asal tanah itu sudah lama meninggal dunia dan tujuan tanah itu diwakafkan oleh arwah tidak diketahui mungkin kerana ketiadaan saksi atau warisnya.

"Malah ada kalanya niat al-waqif yang telah meninggal dunia itu tidak jelas tentang tujuan wakafnya dan ini menyukarkan ahli waris melunaskan amanah tersebut.

Jika berlaku percanggahan tujuan, sama ada untuk diwakafkan atau sebaliknya, maka sudah tentu tidak ada siapa yang berani mengambil risiko terhadap impian arwah kerana ia melibatkan soal dosa dan pahala dan akhirnya terbiar," katanya.

Dr. Noor Inayah berkata, semua pihak harus memikirkan ruang ijtihad dengan melihat bagaimana Islam telah menggariskan penggunaan harta terbiar yang boleh memberikan manfaat kepada semua pihak.

Beliau berkata, ketidakfahaman tentang erti wakaf menjadi halangan, sedangkan pengertian wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pemberinya ke atas harta tersebut daripada segala urusan jual beli, perwarisan, hibah dan wasiat, di samping mengekalkan sumber fizikalnya.

Beliau menambah, ini turut membabitkan prosedur pengurusan yang longgar dan tidak seragam antara negeri-negeri dan pencerobohan tanah wakaf. Ini secara tidak langsung menyebabkan pengurusan tanah wakaf di negara ini menjadi rumit untuk diselesaikan kerana hartanah yang diwakafkan itu melibatkan beberapa peruntukan dalam Kanun Tanah Negara seperti seksyen 4(2),5,76(aa)(i) &(iii), 416C yang kurang difahami ramai.

Sedekah yang tidak putus pahalanya

Posted: 12 Feb 2014 09:10 PM PST

Oleh HASHNAN ABDULLAH

AMALAN wakaf dalam Islam bukanlah perkara baharu. Galakan berwakaf itu telah dimulakan selepas Rasulullah saw berhijrah dan menjadikan kota Madinah sebagai pusat pengembangan Islam.

Pada era awal kebangkitan Islam di Madinah, Rasulullah saw mengalakkan para sahabat menginfakkan harta atau apa sahaja yang sesuai untuk mengembangkan lagi ajaran Islam.

Galakan itu sejajar dengan keadaan Islam pada masa itu yang amat memerlukan modal, tanah, kekuatan ilmu dan lain-lain bagi menyebarluaskan ajaran agama, sama ada di dalam atau di luar Tanah Arab.

Keperluan itu sejajar dengan firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 32 yang bermaksud: Kamu tidak akan sampai ke martabat paling tinggi dalam darjat pahala untuk masuk ke syurga Allah sehingga kamu menginfakkan harta yang kamu sayang.

Menariknya, surah Ali-Imran itu telah mendorong seorang sahabat bernama Abu Talhah untuk mewakafkan sebidang tanah yang mempunyai telaga dan ladang buah tamar yang paling subur di Madinah.

Tanah yang terletak di Bairuha itu bukan hanya sangat disayangi oleh Abu Talhah tetapi turut menjadi tumpuan utama penduduk sekitar Madinah.

Begitu juga dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah r.a yang bermaksud: Setiap amalan yang akan mengikuti si mati adalah amalan-amalan dan kebaikan-kebaikan yang dlakukan ketika dia hidup. Antaranya, ilmu yang disebarkan, anak yang soleh, al-Quran diwakafkan, masjid yang dibina atau rumah untuk anak fakir miskin, air sungai yang diberikan laluan untuk kegunaan orang ramai, sedekah yang dikeluarkan daripada harta ketika dia sihat, hidup. Semua ini akan jadi syafaat di akhirat."

Justeru, Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim berkata, wakaf itu bukan hanya mendatangkan kebaikan kepada umat Islam tetapi ganjaran pahalanya akan terus dinikmati oleh pewakafnya sehingga hari kiamat.

Ia adalah satu sedekah yang tidak putus pahalanya selagi ada orang menggunakannya. Jadi, inilah menjadi galakan kepada umat Islam untuk mewakafkan harta yang paling dia sayang kerana Allah SWT," katanya yang ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Harta wakaf yang pertama dalam Islam adalah Masjid Quba dan yang kedua adalah Masjid Nabawi. Kedua-dua masjid yang terletak di Madinah itu digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengembangkan lagi ajaran Islam, sama ada dalam atau luar Semenanjung Arab.

Kita tahu Islam datang dengan wahyu dan untuk menyebarluaskan wahyu itu, Rasulullah SAW memerlukan tempat sesuai yang bukan hanya untuk ibadah tetapi juga urusan keduniaan lain.

Jadi, Rasulullah telah memilih untuk membina dua buah masjid iaitu Masjid Quba dan Masjid Nabawi yang masing-masing merupakan tanah wakaf pertama dan kedua dalam Islam itu," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Vandalisme cemari Kuala Lumpur

Posted: 13 Feb 2014 10:42 AM PST

Oleh MOHAMAD HARITH
MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

SEORANG wanita berjalan berhampiran dinding yang diconteng di Jalan Petaling, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Kreatif tidak bertempat.

Itulah sikap pihak tidak bertanggungjawab yang menjadikan dinding beberapa premis di sekitar ibu kota sebagai tempat untuk diconteng dengan lukisan grafiti.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati lukisan comot dan sarat dengan mesej yang tidak sesuai dengan budaya di negara ini boleh dilihat di beberapa bangunan di Jalan Petaling, Jalan Pudu dan Pasar Seni.

Bayangkan sahaja perasaan pemilik kedai yang pintu premis mereka diconteng tanpa izin itu.

Lebih malang apabila contengan itu tidak mempunyai unsur seni yang indah di mata sesiapa pun.

Kegiatan vandalisme itu dipercayai dilakukan pada waktu malam sehingga gagal dikesan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang biasanya meninjau kawasan tersebut pada waktu siang.

Mereka yang tidak bertanggungjawab itu barangkali ingin menyampaikan sesuatu mesej kepada orang ramai ataupun individu tertentu, tetapi caranya salah di sisi undang-undang.

Ia juga mencemarkan imej negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Sudah tentu ia sesuatu yang memalukan sekiranya pelancong asing yang berkunjung ke kawasan tersebut berkongsi 'wajah comot' Kuala Lumpur itu dengan rakan dan keluarga mereka.

Sehubungan itu, pihak berwajib perlu memandang serius masalah tersebut agar ia tidak berlarutan sehingga lebih banyak bangunan menjadi mangsa tangan-tangan nakal tersebut.

Jika dibiarkan, ia umpama 'nasi menjadi bubur' kerana boleh mengundang persepsi negatif pelancong asing terhadap negara yang pastinya sukar untuk diperbetulkan pada masa akan datang.

Kereta kuda beroperasi 15 Mac

Posted: 13 Feb 2014 10:42 AM PST

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

DUA petugas DBKL mengendalikan kereta kuda yang akan menyediakan perkhidmatan membawa pelancong bersiar-siar di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Kuala Lumpur bakal mempunyai daya tarikan baharu menerusi pakej pelancongan kereta berkuda yang akan diperkenalkan mulai 15 Mac ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sebanyak dua unit kereta kuda telah dibeli dari Turki untuk membawa para pelancong bersiar-siar di sekitar ibu kota.

Ujarnya, bagi tujuan itu, kuda jenis Friesian, iaitu baka terbaik dari Belgium telah melalui proses penyesuaian iklim di negara ini di Unit Berkuda, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Perkhidmatan tersebut disediakan dari pukul 10 pagi hingga 11.30 pagi dan 3 petang hingga 4.30 petang.

"Ia terhad kepada empat hingga lima penumpang dewasa bagi setiap perjalanan dengan kadar bayaran RM50 sejam bagi setiap orang," katanya selepas merasmikan Festival Sambutan Tahun Baharu Cina 2014 di pekarangan Galeri Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Nazri Aziz; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan dan Duta Turki, Ugur Dogan.

Tengku Adnan berkata, pelancong tidak perlu bimbang mengenai soal keselamatan kerana kereta kuda itu akan melalui kawasan taman dan perkhidmatan disediakan bukan pada waktu puncak.

Sementara itu, Ahmad Phesal berkata, DBKL yakin kira-kira 17,000 pelancong akan menggunakan kemudahan tersebut pada tahun ini.

"Pemandu kereta kuda juga akan bertindak sebagai pemandu pelancong. Kita berharap tarikan terbaharu ini akan mendorong pelancong tinggal lebih lama lagi di Kuala Lumpur," katanya.

Isu PKNS dibahas dalam Sidang DUN

Posted: 13 Feb 2014 10:42 AM PST

Noh Omar

TANJUNG KARANG 13 Feb. - Barisan Nasional (BN) Selangor akan membawa usul supaya isu dalaman Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dibahaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan disiasat secara lebih menyeluruh.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, usul yang dijangka dibuat dalam sidang DUN pada 17 Mac ini penting untuk memperbetulkan urus tadbir PKNS.

Menurutnya, usul itu akan menuntut supaya PKNS menyiasat secara lebih mendalam tentang kemungkinan salah laku, penyelewengan, rasuah dan masalah integriti dalam anak syarikat milik kerajaan negeri itu selain memanggil mereka yang terlibat.

"Kita (BN) serius berhubung isu PKNS dan sebenarnya telah banyak kali mempersoalkan isu urus tadbir dan integriti dalam anak syarikat kerajaan itu termasuk pengambilan penasihat-penasihat dari luar yang dibayar gaji tinggi," katanya selepas merasmikan perhimpunan agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Datuk Harun di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pembangkang DUN, Datuk Mohd. Samsudin Lias; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Sulaiman Abdul Razak dan Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim.

Anak syarikat PKNS, PKNS Holdings Sdn. Bhd. (PHSB) pada 4 Februari lalu memecat serta-merta 22 kakitangan kontraknya.

Noh turut menyifatkan 22 kakitangan kontrak terbabit menjadi 'mangsa' kepada perbalahan antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.

"Akibat daripada masalah peribadi, Abdul Khalid bertindak memecat 22 kakitangan PHSB itu untuk menunjukkan bahawa tindakan Azmin sebelum ini tidak betul dan ini adalah satu perbuatan yang kejam," ujarnya.

Sementara itu, Samsudin berkata, BN dalam Sidang DUN sebelum ini pernah membuat bantahan berhubung pelantikan kakitangan kontrak terbabit tetapi pada masa itu Abdul Khalid mempertahankan dan menyifatkannya sebagai keperluan untuk mewujudkan gerak kerja baharu.

"Malangnya hari ini, beliau sendiri menyatakan pelantikan kakitangan tersebut sebagai pembaziran.

"Saya percaya, ini semua angkara politik dalaman pimpinan kerajaan negeri yang mempunyai agenda tertentu," tambah Samsudin.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Nilai rampasan RM70,000

Posted: 12 Feb 2014 11:52 AM PST

Oleh Zulhisham Isahak
utusanjohor@utusan.com.my

MOHAMAD Salleh Abd. Razak (tengah) menunjukkan pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dirampas dalam Ops Limau di IPD Ledang dekat Tangkak, Ledang, Johor, semalam. - UTUSAN/Ishak Rahmad

LEDANG 12 Feb. - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang berjaya merampas 436 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM70,000 dalam Ops Limau, Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Mohamad Salleh Abd. Razak berkata, rampasan tersebut dilakukan secara berasingan pada 2 dan 20 Januari itu, dua lelaki ditahan untuk siasatan.

"Tangkapan pertama pada pukul 4.30 petang 2 Januari lalu, membabitkan seorang remaja berusia 19 tahun di sebuah rumah di Taman Kangkar Baru, Sungai Mati, dekat sini.

"Hasil pemeriksaan kita menemui 95 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api yang disorokkan dalam rumah berkenaan. Bahan terlarang ini mahu dijual sempena Tahun Baharu Cina," katanya dalam sidang akhbar di IPD Ledang, di sini hari ini.

Mohamad Salleh berkata, rampasan kedua yang terbesar membabitkan 341 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis bernilai RM50,000 di sebuah kedai di Taman Tangkak Jaya.

Dalam serbuan pada pukul 4.15 petang 20 Januari itu, seorang lelaki tempatan berusia 28 yang dipercayai pemilik kedai berkenaan ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau selaib bebas pengaruh dadah dan dipercayai baru saja berjinak-jinak dalam aktiviti pengedaran bahan letupan terlarang itu.

"Dua suspek berkenaan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. Kita percaya mercun dan bunga api ini dijual secara terus kepada pelanggan dan juga peniaga," katanya.

Antara jenis mercun dan bunga api yang dirampas itu ialah Happy Boom, Pop Pop, Match Crackers dan Cactus Rain dipercayai diseludup dari negara jiran.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak bermain mercun yang dilarang sempena sambutan Chap Goh Meh pada 13 dan 14 Februari ini kerana boleh mengancam nyawa.

"Kita minta kerjasama semua pihak supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti bermain mercun atau melakukan pembakaran terbuka kerana ia dikhuatiri boleh menyebabkan kebakaran dan boleh memburukkan lagi keadaan," katanya.

Selaras dengan itu katanya, pihak polis akan mengetatkan lagi penguatkuasaan selain melakukan rondaan bagi memastikan masyarakat mematuhi arahan berkenaan.

Jumlah guru KAFA di Johor akan ditambah

Posted: 12 Feb 2014 11:52 AM PST

JOHOR BAHRU 12 Feb. - Jumlah guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan ditambah bagi menampung pertambahan murid dan sekolah baharu di negeri ini setiap tahun.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, Datuk Abdul Razak Hassan berkata, setakat ini terdapat hanya 1,890 guru KAFA di 557 sekolah agama di negeri ini berbanding lebih 2,000 guru yang diperlukan.

"Kita telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tentang masalah kekurangan guru KAFA ini dan berharap dapat diatasi segera.

"Diharap dengan pertambahan tenaga pengajar pada masa depan bukan sahaja dapat menampung pertambahan murid dan sekolah baharu, malah mampu meningkatkan profesion guru KAFA, khususnya di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang dan Persaraan Guru KAFA peringkat negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, pihaknya juga berbincang dengan Jakim bagi menaik taraf jawatan guru KAFA di negeri ini daripada kontrak kepada jawatan tetap.

Beliau berkata, perkara tersebut bagaimanapun masih dalam peringkat perbincangan dan penilaian, namun berharap dapat direalisasikan pada masa depan bagi memastikan kebajikan guru terjamin.

"Profesion sebagai guru KAFA pada masa kini bukan hanya dalam ruang lingkup persekolahan sahaja, malah mereka juga ada tanggungjawab yang besar kepada masyarakat.

"Justeru, saya berharap guru KAFA ini dapat memberikan perkhidmatan terbaik dalam sistem pendidikan negara termasuk kepada masyarakat meskipun sudah bersara kelak," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved