Khamis, 13 Februari 2014

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Rahsia Azizah bertahan lama

Posted: 12 Feb 2014 09:10 PM PST

Wan Azizah Abdul Rahman

Ternyata percaturannya membuahkan hasil apabila kini beliau merupakan pemilik kepada Azizah Hias, sebuah pusat hiasan dalaman yang beroperasi di Setiawan, Perak dan di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Ketika ditemui di premisnya, beliau mengakui, bukan mudah untuk bertapak dalam perniagaan hiasan dalaman sehingga mampu bertahan ke hari ini.

Sebahagiannya adalah berkat kesabaran dan sokongan kuat daripada suami, Zainal Abidin, 51, dan keluarganya.

Semasa mula menceburkan diri dalam perniagaan ini, saya hanya mengambil tempahan jahitan langsir dan cadar hiasan perkahwinan daripada rakan-rakan pejabat, jiran dan ahli keluarga yang terdekat. Semua aktiviti ini beroperasi di rumah.

Dalam tempoh itu, saya masih bekerja sebagai kerani akaun dan perniagaan jahitan itu hanya dilakukan sebagai sampingan.

Selepas lima tahun mengusahakannya di rumah, saya mengambil keputusan berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuh masa. Ini memandangkan tempahan yang diterima semakin banyak dan memerlukan masa yang betul untuk menyiapkan berdasarkan permintaan pelanggan," katanya.

Menurut Azizah, melihat peluang yang luas dalam bidang hiasan dalaman ketika itu ditambah keinginan yang tinggi memiliki premis perniagaan mencetuskan semangat untuk membuka Azizah Hias pada tahun 1994.

Kedai pertama yang dibuka adalah di Setiawan yang kini masih beroperasi dan mempunyai bilangan pelanggan tetap setiap tahun.

Perniagaan utama kami adalah tempahan jahitan langsir dan cadar katil perkahwinan. Apabila melihat peluang luas dalam perniagaan hiasan dalaman kami tidak hanya khususkan kepada dua produk itu sahaja malah membekal aksesori hiasan rumah seperti karpet dan kertas dinding.

Sepuluh tahun kemudian kami menambah cawangan di Bandar Baru Bangi yang juga mendapat sambutan dan sokongan baik daripada pelanggan.

Di kedai ini juga kami gunakan konsep yang sama iaitu layanan dan perkhidmatan seperti butik.

Pelanggan yang bertandang ke sini akan diberikan khidmat nasihat untuk mereka membuat pilihan jenis serta warna fabrik yang sesuai untuk dijadikan langsir kediaman mereka," jelasnya.

Beliau menambah, apa yang membezakan butik hiasan dalaman Azizah Hias dengan butik-butik lain adalah dari segi kekuatan produk yang dihasilkan dengan pemilihan kain yang elok dan kualiti jahitan.

Di sini kami mempunyai pekerja yang menjahit sendiri tempahan langsir dan cadar. Kami tidak menghantarnya ke tukang jahit luar bagi menjaga kualiti.

Buat masa ini kami mempunyai empat orang kakitangan berpengalaman dan terlatih untuk menyiapkan tempahan pelanggan

Saya sendiri akan memantau dari mula kain ditempah, pengambilan ukuran, pemotongan dan seterusnya proses jahitan sehinggalah siap dalam bentuk yang diingini pelanggan," katanya.

Jelas ibu kepada empat orang anak itu, untuk menghargai pelanggannya, beliau turut menawarkan produk terbaharu iaitu perkhidmatan tempahan sofa.

Selain pelanggan boleh menempah langsir, mereka juga boleh menempah sofa mengikut bentuk, warna dan cita rasa yang diinginkan.

Cara ini lebih memudahkan pelanggan menyuaipadan warna dan reka bentuk sofa dengan langsir untuk diletakkan dalam kediaman mereka.

Sama ada menempah sofa mahupun langsir kami memberi keutamaan pemilihan warna, corak, fabrik dan reka bentuk mengikut cita rasa pelanggan.

Namun, dalam masa yang sama kami masih berperanan memberi nasihat kepada pelanggan tentang semua aspek tersebut berdasarkan kepakaran yang dimiliki.

Ditanya mengenai cabarannya sebagai usahawan bumiputera yang menceburi perniagaan hiasan dalaman, Azizah mengakui, buat masa ini cabaran utama adalah dari segi persaingan.

Begitu pun, beliau tidak pernah gentar dengan persaingan yang sihat kerana rezeki Allah adalah pasti.

Azizah juga tidak gemar bersaing dengan menjatuhkan orang lain kerana beliau mempunyai cara tersendiri untuk menarik pelanggan iaitu melalui kualiti jahitan.

Sementara itu dalam usaha meneruskan legasi perniagaannya, beliau berharap suatu hari nanti, anak lelakinya, Mohd. Zulfadli Zainal Abidin yang kini sedang menuntut dalam jurusan rekaan grafik di sebuah universiti swasta akan membantunya menguruskan perniagaan ini.

Azizah sentiasa tegas dalam urusan perniagaan terutama berhadapan dengan karenah pelanggan dan menjaga kualiti produk antara rahsia perniagaannya masih berterusan sehingga hari ini.

- Siti Aishah Yusoff

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved