Selasa, 5 Julai 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Ambiga bertopengkan NGO - Shafie

Posted:

Ambiga bertopengkan NGO - Shafie

Ambiga bertopengkan NGO - Shafie

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my


MOHD. Shafie Apdal menyampaikan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan kepada Silim Dasman dari Kampung Sungai Lang di Bangi, semalam.


BANGI 5 Julai - Keputusan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga untuk meneruskan perhimpunan itu di dalam stadium membuktikan bekas Presiden Majlis Peguam tersebut berada di pihak pembangkang tetapi bertopengkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, perkara itu jelas apabila Ambiga membuat pengumuman meneruskan perhimpunan tersebut selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini, sama seperti pengumuman para pemimpin pakatan pembangkang yang dibuat lebih awal.

"Kita kesal sebenarnya dengan perkara seumpama ini. Mereka boleh bertopengkan landasan badan bebas, NGO. Sebenarnya tidak bebas, mereka bertopengkan agenda politik pihak-pihak tertentu.

"Dan sekarang ini jelas (Ambiga dan Bersih) bukan badan bebas sebaliknya menjadi alat pihak pembangkang," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan 760 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKP) Selangor di Bangi, hari ini.

Mohd. Shafie turut membidas kepimpinan DAP yang berdiam diri sekalipun salah seorang ahli pimpinannya di Perak bertindak biadab dengan mendakwa Yang di-Pertuan Agong sebagai alat politik Barisan Nasional (BN) dan bertitah mengikut kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kenyataan oleh DAP Perak itu berbau politik dan amat kita kesali. Tidak harus dilemparkan (fitnah) seumpama itu kerana seakan-akan satu penghinaan ke atas institusi raja-raja kita," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, setiap UMNO bahagian di seluruh negara perlu proaktif dengan mewujudkan pasukan khas bagi memantau kesahihan daftar pemilih yang dipamerkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, ia amat perlu kerana tidak mahu apabila tempoh bantahan yang diberikan oleh SPR kelak, langsung tiada pihak yang mempersoalkan daftar pemilih sedangkan memang wujud beberapa kesilapan dan kelemahan.

Katanya, situasi ini sering berlaku pada setiap kali pilihan raya kecil apabila pembangkang membuat tohmahan mengenai pengundi hantu, ia hanya mampu dikesan oleh pemimpin tempatan yang mengenali rapat pengundi terbabit, bukannya pimpinan peringkat pusat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guan Eng fobia UMNO

Posted:

Guan Eng fobia UMNO

Guan Eng fobia UMNO

Oleh ZABRY MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

PULAU PINANG 5 Julai - Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa fobia terhadap UMNO sehinggakan apa sahaja penentangan ke atas pentadbirannya diletakkan kesalahan kepada parti itu.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Ir. Shaikh Hussein Mydin berkata, sikap sedemikian mencerminkan Setiausaha Agung DAP itu seolah-olah takut kepada bayang-bayang sendiri dan tidak mampu menerima hakikat tentang kelemahannya.

Justeru, katanya, adalah lebih baik Guan Eng melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri kerana tidak boleh dikritik rakyat.

"Dia terlalu takut kepada segala tindak-tanduk UMNO sehinggakan jika dia jatuh longkang, dia akan tuduh UMNO yang menolaknya.

"Begitulah gambaran sikap Guan Eng. Apa saja perkara buruk yang berlaku di negeri ini, pasti dia akan tuduh UMNO menjadi dalang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Guan Eng baru-baru ini yang menuduh UMNO menjadi dalang kepada perhimpunan dan perarakan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Jambatan Pulau Pinang Jumaat lalu.

Menurut Shaikh Hussein, Guan Eng sebenarnya sengaja memburukkan imej UMNO kerana tahu parti itu mampu bangkit bersama rakyat menentang pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang yang sering melakukan kezaliman serta penindasan.

"Kebangkitan rakyat adalah berpunca daripada sikap diktator dia sendiri yang enggan membuka pintu rundingan untuk rakyat.

"Sikap serta tindakannya yang sering menindas rakyat membuatkan rakyat semakin hilang sabar. Sebab itulah rakyat kini mula bangkit menentang kerajaannya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Senjata menjelang Bersih ditemui

Posted:

Senjata menjelang Bersih ditemui

Senjata menjelang Bersih ditemui

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my


TUN Hisan Tun Hamzah (dua dari kiri) melihat himpunan senjata berbahaya, baju T berlambang Bersih 2.0 dan lilit kepala yang dirampas di Gombak pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 5 Julai - Polis menemui beberapa bukti berupa sejumlah senjata berbahaya yang dipercayai akan digunakan dengan niat untuk mencederakan orang ramai dan merosakkan harta benda awam semasa perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Sabtu ini.

Kesemua senjata terlibat iaitu 20 bilah parang, 36 botol molotov cocktail petrol, 17 pemetik api dan sejumlah bebola besi ditemui disorokkan di celah batu di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat sini pada pukul 7.20 petang semalam.

Turut ditemui 44 baju T berwarna kuning berlambang Bersih 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang kesemuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.

Berdasarkan keadaan senjata itu disorokkan, polis percaya pihak terlibat menggunakan modus operandi yang sama dengan pemberontak komunis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kesemua senjata dan barangan terlibat ditemui hasil maklumat seorang Orang Asli yang kebetulan ternampak bahan itu disembunyikan semasa sedang mencari rotan.

"Kesemua beg yang mengandungi senjata dan barangan Bersih itu ditemui di celah batu di lereng bukit kawasan tersebut. Kawasan hutan itu jaraknya kira-kira 12 meter dari jalan raya.

"Kita percaya taktik digunakan pihak terlibat sama dengan modus operandi pemberontak komunis yang menyorok dan menanam barangan makanan dan senjata di dalam tanah dan sebagainya untuk mengelak pemeriksaan pihak berkuasa," katanya di Pusat Media Polis Selangor di sini, hari ini.

Menurut Tun Hisan, pihaknya kini melakukan siasatan untuk menjejak pihak yang terlibat dan telah menemui asid deoksiribonukleik (DNA) pada senjata dan barangan yang dijumpai.

"Setakat ini, kita telah mengambil kenyataan dua orang iaitu anggota polis yang menemui senjata tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966," katanya.

Beliau menjelaskan, pihaknya telah menangkap 44 orang berkaitan Bersih sebelum ini dan akan membuat pendakwaan dalam tempoh terdekat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Barang berbahaya dijumpai di tiga lokasi

Posted:

Barang berbahaya dijumpai di tiga lokasi

Barang berbahaya dijumpai di tiga lokasi


AMAR Singh Ishar Singh (tengah) bersama empat pegawainya menunjukkan parang, bom molotov cocktail, mercun bola dan baju T yang ditemui pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 5 Julai - Polis menemui tiga bungkusan berisi barang-barang berbahaya termasuk bom molotov cocktail, parang dan mercun bola di tiga lokasi di ibu negara semalam, yang dijangka digunakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan perhimpunan haram pada Sabtu ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, semua barang tersebut ditemui disembunyikan dalam pokok hiasan di hadapan Restoran The Ship di pusat beli-belah Kompleks Pertama, di bawah tangga Wisma Bumi Raya dan dalam semak di air pancut belakang Pusat Beli-belah Sogo di sini.

Beliau berkata, polis bertindak membuat pemeriksaan di tiga lokasi terletak kira-kira 150 meter antara satu sama lain itu setelah dihubungi oleh orang awam yang berasa syak apabila melihat tiga lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna perak berkeadaan mencurigakan meletakkan sesuatu di situ.

"Pada pukul 4.30 pagi semalam, dua ahli perniagaan yang sedang menggunakan tandas awam di belakang Pusat Beli-belah Kompleks Pertama telah melihat tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan berhenti di beberapa tempat berdekatan tandas awam tersebut.

"Ketiga-tiga suspek memakai kopiah putih menaiki kereta Proton Waja dan menutup muka dengan topeng dilihat tergesa-gesa menyembunyikan sesuatu di tiga lokasi berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurut Amar Singh, dua ahli perniagaan yang mengekori suspek dengan berjalan kaki kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian tersebut dan polis berjaya mengesan objek-objek yang disembunyikan itu pada pukul 6.30 pagi.

"Dalam bungkusan pertama di Restoran The Ship, polis menemui 28 biji mercun bola, empat botol bom molotov cocktail, empat helai topeng muka dan sehelai baju T kuning tertera perkataan Bersih 2.0.

"Di Wisma Bumi Raya, kita menemui bungkusan kedua berisi 15 biji mercun bola, empat botol bom molotov cocktail dan empat topeng muka," katanya.

Amar Singh berkata, polis seterusnya menemui satu bungkusan guni di belakang Pusat Beli-belah Sogo mengandungi tiga bilah parang, dua helai baju T Bersih, masing-masing sebilah pisau pemotong daging dan gergaji serta beberapa lagi biji mercun bola.

Beliau berkata, polis percaya suspek sengaja meletakkan barang-barang berbahaya itu lebih awal di lokasi terbabit bagi mengelak ditangkap jika membawanya menjelang hari perhimpunan kerana polis akan membuat sekatan jalan raya.

Katanya, walaupun belum dapat dipastikan pemilik barang-barang tersebut, tetapi motifnya jelas bertujuan untuk digunakan semasa perhimpunan haram nanti.

"Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek dan kemungkinan ada lagi bungkusan berisi barang-barang berbahaya disembunyikan di lokasi lain melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta Unit Anjing Pengesan," katanya sambil memberitahu kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan, Letupan senjata Berbahaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Peluang terbaik

Posted:

Peluang terbaik <i>Red Warriors</i>

Peluang terbaik Red Warriors

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Pasukan The Red Warriors mesti mengutip sekurangkurangnya satu mata ketika bertemu Sabah malam ini, sekiranya mahu mengesahkan kejuaraan Liga Super musim ini.

Selepas gagal menjuarai Piala FA, Kelantan di bawah bimbingan Datuk M. Karathu kini berada pada landasan terbaik untuk menamatkan penantian sejak tiga tahun lalu, bagi bergelar juara liga buat pertama kali.

Malah, Karathu mengakui ini merupakan peluang terbaiknya untuk menebus kehampaan tewas 1-2 kepada Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA sebelum ini.

"Kita ke Kota Kinabalu dengan misi yang cukup jelas iaitu mencipta kemenangan. Sudah pasti Sabah akan bermain mati-matian dan tidak memberi laluan mudah, namun kita sudah bersiap sedia menjadi pasukan keenam mengalahkan mereka di tempat sendiri kali ini.

"Ini bukan sahaja berkisar mengenai soal untuk kita mengutip mata tetapi lebih penting bagi kami ialah memburu kejuaraan liga yang pertama. Kejuaraan liga sudah terlalu hampir dengan kami," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Sehubungan itu, Karathu menuntut barisan pemainnya mempamerkan semangat juang yang tinggi sebagai watak seorang juara.

Beliau memberitahu, meskipun turun tanpa kelibat pemain sayap, Mohd. Nurul Azuwan Roya yang menghadapi penggantungan, kembalinya lima tonggak utama yang menggalas tugas bersama skuad kebangsaan iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Mohd. Farisham Ismail, S. Chanturu, Mohd. Shakir Shaari dan Khairul Fahmi Che Mat memberikan tonik buat Kelantan untuk mempamerkan aksi terbaik.

"Segalanya cukup sempurna sekarang. Lima tonggak akan bersama dengan kita termasuk Norshahrul Idlan yang sudah boleh beraksi.

"Saya percaya berbekalkan semangat di atas kejayaan membantu skuad negara mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia, bakal menjadi pembakar semangat kepada lima pemain tersebut untuk beraksi lebih baik.

"Kecuali Nurul Azuwan yang terpaksa disisihkan kerana menjalani penggantungan perlawanan. Saya percaya penggantinya Mohd. Izuan Salahuddin mampu beraksi dengan baik mengisi posisi sayap kiri.

"Malah, motivasi dalam kalangan pemain juga cukup bagus ketika ini. Mereka mengerti ini merupakan peluang terbaik untuk membawa Kelantan bergelar juara dan mereka sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mencipta sejarah baru ini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Van der sar yakin keupayaan De Gea

Posted:

Van der sar yakin keupayaan De Gea

Van der sar yakin keupayaan De Gea

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Bekas penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar (kiri) meluangkan masa bersama Rajagobal yang turut berkesempatan memegang trofi Liga Perdana England yang dibawa khas ke Malaysia dalam siri Jelajah Trofi Juara EPL Asia di Kuala Lumpur, semalam. - REUTERS


KUALA LUMPUR - Penjaga gol legenda Manchester United, Edwin van der Sar tidak bimbang dengan keupayaan penggantinya, David de Gea, bagi meneruskan legasi kejuaraan Red Devils pada musim akan datang.

Dia yang ditemui pada majlis Jelajah Trofi Juara EPL Asia di Galeri Starhill, Bukit Bintang berkata, keyakinannya itu berdasarkan sistem pencarian bakat United merupakan yang terbaik dan telah terbukti berjaya dalam mendapatkan pemain-pemain berpotensi besar.

''De Gea mampu menyinar di United, saya rasa bukan satu masalah buatnya memegang status penjaga gol utama di Old Trafford," katanya kepada media.

De Gea yang merupakan penjaga gol Bawah 21 Sepanyol merupakan pemain terbaru yang berjaya dibeli oleh Alex Ferguson 17.8 juta pound dari Atletico Madrid.

Malahan, penambahan tiga pemain baru dalam skuad United mampu mengukuhkan cengkaman pasukan itu dalam menghadapi pencabar lain pada saingan 2011/12.

"United pasti bertambah mantap pada musim hadapan, tiga pemain baru yang dibeli dijangka menguatkan lagi pasukan bagi mempertahankan kejuaraan liga dan memburu trofi kejuaraan Eropah," katanya.

Alex Ferguson telah berbelanja kira-kira 50 juta pound bagi mendapatkan beberapa muka baru seperti Phil Jones, Ashley Young dan De Gea.

Van de Sar sebelum itu sempat melayani permintaan peminat pada sesi autograf dan turut bergambar dengan jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal yang juga kebetulan peminat Red Devils sambil memegang trofi EPL.

Menjelaskan aktivitinya selepas persaraan, dia yang memberitahu telah pulang ke Belanda mahu berehat selama setahun sebelum membuat sebarang keputusan sama ada kembali ke arena bola sepak dalam bidang kejurulatihan.

''Saya kini banyak menghabiskan masa bermain tenis dan golf, memang saya ada mendapat tawaran daripada United untuk menyertai pasukan jurulatih, mungkin selepas setahun saya akan memikirkan tawaran tersebut," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


UMP terima pencapaian 5 bintang

Posted:

UMP terima pencapaian 5 bintang

UMP terima pencapaian 5 bintang

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 5 Julai - Universiti Malaysia Pahang (UMP) memperoleh tempat pertama dengan pencapaian lima bintang melalui sistem peraturan penyelenggaraan data bagi sistem maklumat berkaitan insitusi pengajian tinggi awam (IPTA) MyMoheS, baru-baru ini.

Naib Canselornya, Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, MyMoheS merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi menyokong, memudahkan penyaluran, pertukaran dan perkongsian maklumat antara Kementerian Pengajian Tinggi serta agensi kerajaan lain.

Katanya, dengan pelaksanaan itu, pertukaran data antara agensi dengan kementerian dapat dilaksanakan dengan bersistematik, mudah dan cepat.

''Sistem MyMohes juga membantu universiti dan pihak kementerian dalam menyediakan perancangan, menggubal dasar dan membangunkan sistem pangajian tinggi dengan lebih berkesan," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi MyMohes bagi meraikan 100 kakitangan UMP yang berjaya mencapai kejayaan tersebut di sini, baru-baru ini.

Katanya, pelaksanaan amalan budaya kerja cemerlang menjadi keutamaan dan perlu diteruskan untuk kelestarian organisasi serta seiring dengan matlamat utama sebagai penggerak agenda Pelan Strategik UMP 2011-2015.

''Saya berbangga dengan pengiktirafan itu dengan mencatat markah 97.79 peratus bagi memenuhi kriteria seperti ditetapkan pihak kementerian," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Shamsudin Baharin berkata, data yang dikumpul itu perlu dianalisa dan dijadikan sebagai penanda aras untuk pencapaian Pelan Strategik UMP.

Katanya, universiti itu perlu memberi keutamaan terhadap pencapaian terhadap bidang keberhasilan universiti termasuk penjenamaan bagi mengetengahkan nama UMP ke khalayak masyarakat.

''Kaedah penarafan bintang yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi itu bertujuan melihat tahap kesediaan IPTA dalam pengurusan dan pembekalan data mengikut kategori tempoh masa penghantaran, kesempurnaan dan kualiti data," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

1,000 kakitangan meriahkan Hari Keluarga UMP

Posted:

1,000 kakitangan meriahkan Hari Keluarga UMP

1,000 kakitangan meriahkan Hari Keluarga UMP


KANAK-KANAK tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukaneka termasuk berlari sambil membawa bola ping pong dalam sudu pada sambutan Hari Keluarga UMP di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 5 Julai - Lebih 1,000 warga kerja Universiti Malaysia Pahang (UMP) memeriahkan sambutan Hari Keluarga universiti itu di pekarangan Kompleks Sukan UMP di sini baru-baru ini.

Sambutan anjuran Badan Kebajikan dan Sukan Staf (BKSS) UMP itu dimeriahkan dengan aktiviti sukaneka, pertandingan mewarna kanak-kanak dan peraduan pakaian beragam 1Malaysia, boling bola ragbi, lari dalam guni, lari kaki tiga, susun bata, menganyam ketupat dan sambut sayang dan bermain bola jaring dengan berkain sarung.

Program itu dirasmikan Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim. Turut hadir Pengerusi BKSS, Mustafa Ibrahim; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Badrulhisham Abd. Aziz dan Timbalan Pengerusi BKSS, Ir. Zulkeflee Khalidin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

125 penuntut ALKP mula ikuti latihan

Posted:

125 penuntut ALKP mula ikuti latihan

125 penuntut ALKP mula ikuti latihan


sebahagian pelatih tekun mendengar penerangan daripada pegawai Akademi Latihan Kemahiran Pekan berkenaan latihan dan kursus di Pekan, baru-baru ini.


PEKAN 5 Julai - Seramai 125 penuntut Akademi Latihan Kemahiran Pekan Sdn. Bhd. (ALKP) termasuk lima pelajar Orang Asli memulakan kursus dan latihan masing-masing di sini bagi siri ketiga tahun ini.

Pengurus Hal Ehwal Korporatnya, Fadzilah Awang Ibrahim berkata, kemasukan kali ini juga menyaksikan sebanyak 86 peratus pelajar daripada golongan e-kasih yang mana keluarga mereka berpendapatan di bawah RM800 sebulan.

Menurutnya, tujuan sebenar penubuhan ALKP adalah memberi latihan kemahiran kepada remaja yang gagal melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT).

Jelasnya, bagi siri ketiga ini, seramai 75 pelatih memilih latihan dan kursus di bidang perhotelan, 25 pelatih di bidang automotif dan 25 lagi memilih latihan perkeranian.

"Lebih membanggakan apabila semangat yang ditunjukan oleh pelatih Orang Asli yang turut sama bersaing untuk mengikuti latihan dan kursus di sini bagi mendapatkan peluang pekerjaan.

"Sekurang-kurangnya mereka dapat membantu keluarga dan masyarakat kaum itu meningkatkan taraf hidup ekonomi mereka pada masa akan datang," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Gelagat saksi 'warnai' perbicaraan

Posted:

Gelagat saksi 'warnai' perbicaraan

Gelagat saksi 'warnai' perbicaraan

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my


Anak mangsa, Erni Erinawati Sofia (kiri) ditemani Erni Dekritawati Yuliana (kanan) hadir pada perbicaraan kes bunuh Sosilawati Lawiya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. - UTUSAN/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN


SHAH ALAM 5 Julai - Perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya pada hari kedua di Mahkamah Tinggi di sini hari ini boleh dikatakan agak menarik terutamanya ketika sesi soal balas oleh barisan pembelaan.

Antara saksi pendakwaan yang menarik perhatian ialah jurugambar dari Cawangan Foto Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat, Lans Koperal Mohd. Fairol Awad dan bekas juruwang Fazz Enterprise Sdn. Bhd., Zurayina Jemaat.

Fazz Enterprise merupakan tempat Sosilawati dan pemandunya, Kamarudin Shamsudin dilihat membeli pelbagai jenis kerepek dan kuih raya sebelum hilang.

Mohd. Fairol yang merupakan saksi pendakwa keenam yang pada mulanya kelihatan tenang ketika pemeriksaan utama dilihat 'hilang ingatan' terutamanya ketika disoal oleh peguam-peguam bela, Manjeet Singh Dhillon dan Amer Hamzah Arshad.

Ini kerana, sepanjang sesi soal balas, saksi tersebut dilihat banyak mendiamkan diri seolah-olah sedang memikirkan sesuatu sehingga Manjeet pada satu ketika terlupa akan soalannya sendiri kerana terlalu lama menunggu.

Saksi berkenaan juga menjawab 'tak ingat' sebanyak lapan kali sepanjang sesi soal balas.

Amer Hamzah pula akibat terlalu lama menunggu jawapan, mengulangi soalan beberapa kali sehinggakan soalannya yang terakhir berhubung individu yang bertanggungjawab memilih gambar-gambar sebagai bukti di mahkamah turut disertakan dengan pilihan jawapan.

''Soalan saya senang sahaja. Siapa pegawai yang beri arahan tentang pemilihan gambar? Ini saya bagi pilihan jawapan: (A) Cif Inspektor Govindan. (B) Asisten Supritendan (ASP) Ishak Yaakob. (C) DPP (Timbalan Pendakwa Raya) Ishak. (D) Tiada di atas,'' ujarnya.

Tindakan peguam yang mewakili tertuduh ketiga, R. Matan, 21, dalam kes itu memasukkan nama Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff dalam pilihan jawapan itu membuatkan Ishak terkejut dan secara spontan berkata ''Eh, apa pula ni?''

Reaksi tersebut menyebabkan mereka yang hadir termasuk Hakim Datuk Akhtar Tahir tertawa.

Amer Hamzah sekali lagi menarik perhatian apabila beliau 'mengagumi' saksi pendakwa ketujuh, Zurayina, 27, yang disifatkan seorang pekerja yang rajin, tidak curi tulang dan suri rumah yang baik sehingga tidak ada masa untuk membaca akhbar mahupun menonton televisyen kecuali pada hari cuti.

Sedangkan saksi itu pada pemeriksaan utama oleh pendakwa raya menyatakan dia mengenali Sosilawati melalui majalah Wanita yang dibacanya antara dua hingga tiga kali seminggu.

''Saya cadangkan pada awak, apa yang awak tahu tentang kereta yang dibawa oleh Datuk Sosilawati adalah melalui media. Sebab awak tidak keluar dari kedai, awak ada di bahagian belakang kedai. Awak tidak nampak Datuk Sosilawati tiba dan meninggalkan kedai,'' tegas peguam itu.

''Saya tak baca apa-apa. Masa kerja mana boleh baca apa-apa. Balik rumah saya uruskan hal rumah tangga, hal anak-anak, masak. Tak ada tengok tv, tak baca surat khabar,'' jawab wanita terbabit yang agak kelihatan tidak senang dengan asakan Amer Hamzah.

Sementara itu, Manjeet yang sebelum ini agak tegas ketika menyoal balas saksi-saksi, dilihat menggunakan pendekatan yang lebih lembut ketika menyoal balas Suzana Radin Pangit, 39, iaitu isteri kepada pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad.

Peguam terbabit sebelum memulakan soal balas turut memohon maaf terlebih dahulu kepada wanita itu sekiranya ketika bertanyakan soalan dia merujuk kepada Noorhisham sebagai 'your late husband' (arwah suami awak) atau 'you missing husband' (suami awak yang hilang).

Beliau bagaimanapun tidak menggunakan mana-mana istilah itu sepanjang sesi soal balas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sikap Noorhisham berbeza – Isteri

Posted:

Sikap Noorhisham berbeza – Isteri

Sikap Noorhisham berbeza – Isteri

SHAH ALAM 5 Julai – Isteri Noorhisham Mohamad, seorang daripada tiga mangsa yang dibunuh bersama-sama jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, memberitahu bahawa suaminya itu enggan menyatakan di mana dia berada pada pukul 8 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Suzana Radin Pangat, 39, yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, suaminya juga kedengaran seperti sedang tergesa-gesa apabila segera mematikan talian telefon tanpa memberitahu lokasi dia berbuka puasa serta juadah yang dimakan seperti kebiasaan semasa menghubunginya.

''Saya tanya dia berbuka puasa di mana, dia tidak jawab. Tidak sempat cakap apa-apa, dia sudah matikan telefon.

''Seperti biasa kalau dia telefon, saya akan tanya berbuka di mana dan makan apa. Saya tidak ingat berapa lama kami bercakap tetapi sekejap sangat.

''Biasanya kalau telefon, dia juga akan cakap berada di mana. Tetapi pada hari kejadian, dia tidak beritahu, ia satu kelainan,'' kata isteri kepada pegawai Bank CIMB Cawangan Kampung Baru itu.

Suzana yang bertugas sebagai pembantu peribadi di Ibu Pejabat Bank CIMB itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff serta semasa disoal balas oleh peguam Amer Hamzah Arshad.

Menurut saksi pendakwaan kelapan itu, beliau juga merasa marah apabila Noorhisham memberitahu tidak dapat pulang selama tiga hari untuk membantu menyelesaikan masalah Sosilawati ketika bercakap melalui telefon setengah jam sebelum suaminya dikatakan dibunuh.

Dia bertindak menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) lima minit kemudian kepada Norhisham yang berbunyi: 'Kenapa awak sanggup nak bantu orang lain tetapi tinggalkan saya dan anak-anak selama tiga hari.'

Suzana mengakui, dia turut tidak menjawab panggilan telefon Noorhisham beberapa minit kemudian kerana sedang marah dan tidak dapat menerima tindakan suaminya pada ketika itu.

Dia hanya cuba menghubungi suaminya semula semasa bangun untuk bersahur pada pukul 3 pagi keesokan hari tetapi tidak berjaya.

''Selepas berbuka puasa, suami telefon dan beritahu dia tidak boleh pulang tiga hari sebab ada hal. Saya tanya kenapa, dia kata hendak cuba selamatkan Sosilawati. Kamal (Kamaruddin) ugut Sosilawati sebab ada gambar tidak elok hendak disebarkan. Jadi dia dan Ahmad Kamil terpaksa bantu dalam hal ini.

''Lepas itu dia minta saya faham situasi dan minta maaf banyak-banyak dengan saya. Dia kata, dalam masa tiga hari, dia akan balik dan ceritakan segalanya. Bila saya tanya dia di mana dia tidak jawab dan terus matikan talian,'' katanya sambil menangis.

Terdahulu, Suzana memberitahu, Noorhisham memakai baju korporat CIMB berwarna hijau dan memakai jam tangan jenama Longines hadiah daripada bank tersebut, semasa menghantarnya di pejabat pada pukul 8 pagi.

Jelas saksi, suaminya ketika itu memberitahu dia akan ke Banting pada waktu petang bersama-sama Ahmad Kamil atas urusan perniagaan Sosilawati.

Pada prosiding hari ini, Suzana turut mengecam jam tangan Longines dan telefon bimbit Blackberry Bold hitam kepunyaan suaminya. Perbicaraan bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Greece pintas kapal Flotila

Posted:

Greece pintas kapal Flotila

Greece pintas kapal Flotila


Bot pengawal pantai Greece memintas kapal aktivis pro-Palestin dari Kanada 'Tahrir' selepas kapal itu melanggar arahan supaya tidak berlepas ke Gaza dari pelabuhan Greece dan mengarahkan kapal itu kembali ke pelabuhan Agios Nikolaos di pulau Crete, kelmarin. - REUTERS


ATHENS 5 Julai - Sebuah kapal Kanada yang membawa bekalan perubatan dinaiki lebih 40 aktivis pro-Palestin dipintas pengawal pantai Greece semalam, selepas ia melanggar larangan belayar dari pelabuhan negara ini ke Genting Gaza.

Menurut saksi, kapal 'Tahrir' dilapor meninggalkan pelabuhan di pulau Crete.

Seorang aktivis di Athens memberitahu Reuters, kebanyakan aktivis yang berada di atas kapal itu merupakan rakyat Kanada, Belgium, Perancis, Itali dan Turki.

"Pengawal pantai Greece berjaya memintas kami. Kami pada mulanya cuba melawan, tetapi tiada sesiapa tercedera.

"Mereka mungkin membawa kami kembali ke pulau Crete, tetapi kami tetap mahu ke Gaza. Buat masa ini, kapal kami dirampas, tetapi tiada seorang pun antara kami ditahan," kata aktivis David Heap menerusi panggilan telefon dari kapal 'Tahrir'.

Dalam satu kejadian terbaru hari ini, sebuah kapal Perancis 'Dignite al Karama' bersama lapan aktivis turut mengenepikan larangan belayar oleh Greece apabila meninggalkan perairan negara ini dalam cubaan mencabar sekatan Israel ke atas Genting Gaza. - Reuters/AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis diberi kuasa arah buka burqa

Posted:

Polis diberi kuasa arah buka burqa

Polis diberi kuasa arah buka burqa


Pengharaman pemakaian burqa menjadi perdebatan di beberapa buah negara Barat. Pertubuhan Islam membantah tindakan mengharamkan pemakaian burqa di beberapa negara Barat. - Agensi


SYDNEY 5 Julai - Polis New South Wales, Australia diberikan kuasa mengarahkan seseorang membuka atau menanggalkan burqa, tudung dan penutup muka lain bagi membolehkan polis memeriksa identiti mereka yang disyaki melakukan jenayah.

Ketua Menteri, Barry O'Farrel berkata, polis dibenarkan mengambil tindakan mengarahkan seseorang itu menunjukkan identiti mereka, sama ada ketika itu memakai topi keledar, burqa, purdah atau apa sahaja penutup muka lain.

Katanya, mereka yang enggan menunjukkan muka mereka boleh dipenjarakan sehingga setahun atau didenda AUS$5,500 (RM17,711).

Kerajaan negeri itu meluluskan tindakan tersebut, semalam selepas kes seorang hakim membebaskan seorang wanita kerana identitinya tidak boleh dikenal pasti kerana memakai burqa.

Pada November lalu, Carnita Matthews dikenakan hukuman penjara enam bulan kerana membuat dakwaan palsu iaitu polis cuba memaksa dia membuka burqa yang dipakainya ketika memandu apabila dia ditahan kerana melakukan kesalahan trafik.

Hukumannya itu dibatalkan pada bulan lepas apabila seorang majistret menyatakan beliau tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa Matthews merupakan pengadu aduan palsu itu kerana pegawai polis terbabit tidak dapat mengenal pasti muka pengadu tersebut.

O'Farrel berkata, kuasa baru itu akan membantu mengelak berulangnya kes berkenaan.

''Saya menghormati pelbagai agama dan kepercayaan tetapi apabila melibatkan penguatkuasaan undang-undang, polis perlu diberikan kuasa untuk memeriksa identiti seseorang sepenuhnya,'' ujarnya.

Polis sebelum ini diberikan kuasa untuk meminta wanita membuka purdah ketika siasatan jenayah berat tetapi tidak dalam pemeriksaan biasa.

Majlis Agama Islam New South Wales menyatakan pihaknya menerima keputusan tersebut.

Persatuan Wanita Islam menyatakan pihaknya mahu pegawai polis wanita turut serta ketika purdah diarahkan dibuka bagi mengelak sebarang aduan. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


'Orang baru' dalam hidup Tiara

Posted:

'Orang baru' dalam hidup Tiara

'Orang baru' dalam hidup Tiara

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SITI ASMAD MAMAT (Pelatih Unimas)


HEBAT... Tiga daripada lima tonggak utama pementasan The Secret Life of Nora iaitu (dari kiri) Ryan Silverman, Tiara Jacquelina dan Aznil Nawawi pada sidang akhbar yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


APABILA Datin Seri Tiara Jacquelina mempertaruhkan bintang Broadway, Ryan Silverman sebagai bintang utama teater muzikal terbarunya, The Secret Life of Nora (NORA), pasti akan ada yang mempertikaikan keputusannya itu.

Mungkin pada pengamatan segelintir pihak, apakah tidak ada pelakon tempatan yang benar-benar layak untuk memegang watak seorang agen penyiasat bernama Roger itu.

Namun, mengenali Tiara, dia bukanlah seorang yang gemar mengambil pusing kata orang sekeliling kerana dia tahu matlamat yang mahu dicapainya menerusi NORA.

Lihatlah sahaja bagaimana percaturan yang dilakukan oleh wanita besi ini sewaktu dia memperkenalkan Stephen Rahman-Hughes sebagai Hang Tuah untuk pementasan Puteri Gunung Ledang the Musical selama tiga musim.

Siapa sangka daripada seorang yang begitu asing di negara ini, Stephen Rahman mencipta fenomena luar biasa sehingga dia mampu berdiri sebaris dengan artis popular tempatan lain.

Atas alasan itu jugalah, Tiara melahirkan rasa optimisnya dengan pemilihan Ryan sebagai Roger kerana percaya dengan kredibiliti aktor kacak itu yang memiliki portfolio mengagumkan di pentas teater.

"Saya harus akui bukan mudah untuk saya dan seluruh pasukan NORA untuk memilih pelakon utama dalam membawakan watak Roger ini.

"Selepas melalui beberapa siri perbincangan dan rombakan skrip, kami di Enfiniti Vision Media (EVM) perlu melakukan sesuatu yang di luar kotak agar penonton dapat menikmati sesuatu yang baru.

"Proses pemilihan untuk watak Roger juga bukan semudah yang disangka kerana kami mahu pelakon yang benar-benar layak dan berkemampuan membawakan watak itu.

"Lalu, kami menilai beberapa nama dan portfolio sehinggalah nama Ryan menangkap pandangan kami. Tidak menunggu lama, kami berhubungan dengan agennya di New York, AS dan kami gembira apabila menerima jawapan positif daripada mereka," jelas Tiara panjang lebar saat ditanya tentang pemilihan Ryan untuk NORA.

Aktres dan penerbit terkenal itu ditemui pada sidang akhbar pengumuman barisan pelakon utama NORA yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain Ryan dan Tiara yang akan memegang watak Nora dalam pementasan itu, dua bintang popular negara, Aznil Nawawi dan Adibah Noor juga menjadi pilihan EVM untuk membintangi teater muzikal arahan Steven Dexter itu.

Walau bagaimanapun, Adibah tidak dapat hadir ke majlis itu berikutan sudah terikat dengan komitmen lain.

Untuk teater muzikal yang berkonsepkan penyiasatan komedi itu, Aznil akan membawakan watak penjahat yang masih belum bernama manakala Adibah pula sebagai Khatijah iaitu teman baik kepada Nora.

Hanya satu lagi watak iaitu Agen Farouk yang masih lagi menjalani proses pemilihan dan pemegang watak itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Menyambung bicara, Tiara menjelaskan proses perbincangan untuk memujuk dan seterusnya mendapatkan Ryan membintangi NORA diadakan secara maya menerusi Skype.

"Ia melibatkan perbincangan tiga penjuru di antara Ryan, agennya dan Naib Presiden Operasi Kumpulan Enfiniti, Izan Satrina sejak beberapa bulan lalu.

"Apa yang membuatkan kami terpikat dengan Ryan adalah keramahan dan personalitinya yang mudah didekati itu walaupun hanya mengenalinya secara maya.

"Selain itu juga, pengalaman luasnya membintangi teater muzikal popular dunia seperti Mamma Mia!, The Phantom of the Opera dan West Side Story menyebabkan kami yakin untuk memilihnya," ujar Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-50 (2005) menerusi filem Puteri Gunung Ledang ini penuh optimis.

Begitu juga dengan pemilihan Aznil dan Adibah yang disifatkannya bertepatan dengan watak-watak yang diberikan kepada mereka.

Jelas Tiara lagi, dia percaya dengan kredibiliti dua personaliti popular itu dalam menghidupkan watak serta mewarnai perjalanan muzikal itu nanti.

"Aznil dan Adibah merupakan dua sahabat lama saya. Apabila membaca skrip, sepantas kilat nama mereka terus melekat di minda saya dan saya yakin dengan kemampuan mereka dalam muzikal ini nanti," kata Tiara yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta, Nelly pada 27 Jun lalu akibat kanser payu dara.

Sudah pasti, pelaburan yang dilakukan oleh Tiara dan EVM cukup besar untuk mendapatkan nama-nama besar membintangi teater muzikal terbaru mereka itu.

Puas dipujuk untuk berkongsi maklumat tentang kos keseluruhan NORA, seperti biasa, Tiara hanya melemparkan senyuman walaupun dikhabarkan ia menelan belanja yang begitu besar.

"Bukan soal bajet yang menjadi pokok utamanya tetapi apa yang kami mahu mempersembahkan menerusi NORA. Untuk setiap naskhah teater yang kami terbitkan, azam dan visi kami adalah untuk memberikan sesuatu yang baru kepada audiens.

"Kami di EVM tidak mahu berada di takuk lama dan kami sentiasa mahu menampilkan kelainan dalam memartabatkan industri seni persembahan ke peringkat lebih tinggi.

"Untuk NORA ini juga, kami telah mencabar diri kami dengan menampilkan kelainan dari semua aspek walaupun perlu berhadapan dengan risiko yang sangat tinggi," ujar Tiara lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Showdown 2011 menghampiri kemuncak

Posted:

Showdown 2011 menghampiri kemuncak

Showdown 2011 menghampiri kemuncak

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ihsan 8TV


TUNJANG utama Showdown 2011 iaitu (dari kiri) Hafiz Hatim selaku pengacara, Maple Loo dan Joe Flizzow.


TERASA pantas masa berlalu dan tanpa disedari, program realiti popular, Showdown 2011 sudah tiba ke penghujungnya apabila acara kemuncaknya akan berlangsung malam ini.

Bertempat di Ruang Terbuka, i-City, Shah Alam, Selangor, peminat setia program yang mula diperkenalkan tahun lalu akan menjadi saksi untuk melihat sebuah lagu kumpulan tarian dinobatkan sebagai juara.

Sekadar menyegarkan kembali ingatan, kumpulan Wakaka Crew telah dijulang sebagai juara sulung Showdown tahun lalu dengan menewaskan dua kumpulan lain untuk memenangi hadiah utama bernilai RM50,000.

Kejayaan itu berjaya meletakkan mereka sebagai kumpulan tarian yang semakin mendapat perhatian dan sering muncul mengiringi persembahan artis-artis popular serta majlis hiburan.

Lalu, siapakah di antara empat kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir tahun ini yang akan mengulangi kejayaan serupa seperti Wakaka Crew.

Mereka yang berjaya mara ke pentas akhir Showdown 2011 adalah Bounce Stepperz, Elecoldxhot, HMC Phlow dan Rokusteps yang mana kesemuanya mempunyai kelebihan masing-masing.

Sekadar memberikan kejutan, Showdown 2011 mempertaruhkan empat kumpulan di peringkat akhir berbanding hanya tiga sahaja pada tahun lalu.

Semuanya adalah untuk memberikan lebih persaingan di kalangan empat kumpulan tersebut dalam memberikan persembahan yang menarik.

Salah seorang juri tetap Showdown 2011, Joe Flizzow menjelaskan dia cukup berpuas hati dengan persembahan keempat-empat kumpulan pada peringkat separuh akhir minggu lalu.

Atas alasan itu, kata Joe, mereka memang layak untuk berada di pentas akhir kerana versatiliti dan kemampuan mereka memberikan persembahan bertenaga sepanjang Showdown 2011 berlangsung sejak 3 Mei lalu.

"Bukan hanya mahu memuji tinggi melangit tetapi saya sifatkan empat kumpulan ini memiliki kualiti sebuah kumpulan tarian atau kru yang dicari untuk meletakkan mereka di tahap sepatutnya.

"Apa yang boleh saya katakan ialah pentas akhir yang berlangsung malam ini pastinya akan menyaksikan persaingan sengit di antara mereka.

"Tugas kami sebagai juri sudah selesai untuk meletakkan mereka di kedudukan yang selayaknya untuk mereka. Sekarang ini giliran empat kumpulan ini untuk memberikan sesuatu yang luar biasa dalam memancing undian peminat," ujar Joe penuh optimis sewaktu dihubungi Hits, baru-baru ini.

Selain Joe, tugas juri tetap Showdown 2011 turut digalas oleh penari dan koreografer terkenal, Maple Loo.

Ketika ditanya kepada salah seorang pengasas kumpulan Too Phat itu tentang calon pilihannya untuk menjuarai Showdown tahun ini, Joe lebih selesa memberikan jawapan selamat.

Katanya, masing-masing mempunyai peluang sama cerah memandangkan keempat-empat kru yang bertanding memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

Rockusteps misalnya, berupaya memberikan persembahan yang versatil dan membuktikan mereka mampu menari dalam pelbagai rentak selain mempertaruhkan identiti b-boying yakni konsep asal tarian akrobatik hip hop yang lebih dikenali sebagai breakdance.

Begitu juga dengan Bounce Stepperz yang mengagumkan ramai pihak apabila menampilkan elemen tradisional dalam tarian mereka.

"Elecoldxhot dan HMC Phlow juga mempamerkan kekuatan tersendiri di mana mereka boleh menari dalam pelbagai rentak seperti K-Pop dan konsep tarian seperti mana yang kita tonton di MTV.

"Memang sukar untuk meramalkan siapakah yang akan bergelar juara tahun ini. Menang atau kalah bukan perkara pokok tetapi matlamat setiap peserta yang menyertai Showdown 2011 untuk mengangkat tarian jalanan ini ke peringkat lebih tinggi," kata Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak penuh bersungguh.

Mengulas tentang program realiti yang dicetuskan oleh stesen televisyen 8TV itu, Joe menjelaskan Showdown telah membuka mata ramai pihak terutama generasi baru terhadap tarian jalanan ini.

Jika dulu tarian ini seperti tidak diendahkan, tetapi kini semuanya berubah dan ia telah membuktikan bahawa tarian jalanan ini berupaya membuka lembaran baru untuk industri hiburan.

"Dengan adanya program seperti Showdown ini, ia bukan hanya memberi peluang kepada anak-anak muda untuk menonjolkan bakat masing-masing.

"Tetapi, ia juga memberi peluang kepada mereka untuk melebarkan sayap seni mereka dalam cabang seni lain seperti terlibat dalam pementasan teater muzikal.

"Setidak-tidaknya, bakat-bakat baru ini mendapat peluang dalam bidang seni untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing," ujarnya yang pernah muncul dengan album solo pertamanya berjudul President pada tahun 2008.

Dalam masa yang sama, sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang seni, Joe sempat menitipkan pesanan buat bakat baru ini yang mahu meneruskan perjuangan mereka dalam bidang tarian.

Kata Joe, perkara pokok untuk menjadi seorang yang terkenal adalah dengan memiliki disiplin yang tinggi kerana tarian bukanlah sesuatu yang harus dipandang enteng.

"Tahap kesihatan perlu berada dalam tahap terbaik. Mereka perlu menjaga pemakanan dan menjalani rejim senaman kerana stamina amat penting setiap kali membuat persembahan.

"Bukan itu sahaja, mereka juga perlu menjauhkan diri daripada rokok dan alkohol kerana dua perkara ini merupakan 'musuh' ketat untuk mana-mana penari," katanya panjang lebar.

Melihat kepada populariti dan kejayaan Showdown untuk dua musim, Joe percaya rancangan itu mampu bertahan lama. Malah, penyanyi dan komposer itu juga mahu melihat 8TV meneruskan apa yang telah mereka lakukan menerusi Showdown.

Katanya, menerusi Showdown, dapat dilihat dengan jelas kreativiti setiap peserta mencorakkan persembahan masing-masing.

"Pernahkah kita terfikir lagu tradisional dan lagu seperti Meet Uncle Hussain dijadikan lagu latar untuk persembahan peserta? Jadi, di sinilah terletaknya kehebatan Showdown yang berjaya mencungkil kreativiti bakat-bakat muda ini," jelas Joe yang berusia 32 tahun itu lagi.

Bagi peminat Showdown dan tarian jalanan, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton rancangan ini yang disiarkan secara langsung menerusi 8TV (saluran 708, Astro) pukul 9.30 malam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Berbilion dana demi peneroka

Posted:

Berbilion dana demi peneroka

Berbilion dana demi peneroka

Oleh AMIR SARIFUDIN
amir.mansor@utusan.com.my


Dzukifli Abd. Wahab


TARIKH 7 Julai, amat bermakna bagi ratusan ribu warga peneroka Felda di seluruh negara kerana ia merupakan hari bagi menghargai sumbangan mereka ini kepada negara. Bermula dengan poket kosong, makan pagi kais pagi, makan petang kais petang, kehidupan golongan peneroka satu ketika dulu amat sengsara.

Namun setelah 55 tahun berlalu, nasib mereka masa kini jauh amat berbeza, malah ada yang bergelar jutawan.

Di sebalik kejayaan golongan peneroka itu, banyak cerita yang tersirat ketika kerajaan mula-mula memperkenalkan tanah rancangan Felda puluhan tahun lalu.

Untuk menyingkap sebahagian apa yang tersirat itu, penulis berpeluang mewawancara Pengarah Besar Felda, Datuk Dzukifli Abd. Wahab. Sebaik sahaja bertemu beliau, soalan pertama diajukan ialah ''bagaimana kehidupan para peneroka Felda masa kini''.

Termenung sejenak memikirkan perubahan hidup para peneroka, Dzulkifli perlahan- lahan berkata: ''Apakah tuan-tuan mengetahui, ramai kalangan peneroka Felda kini kehidupan mereka jauh lebih baik berbanding jawatan saya ini sebagai Pengarah Besar Felda.''

Jawapan ringkas tetapi penuh bermakna daripada Dzulkifli itu menggambarkan satu perubahan amat besar kepada kehidupan peneroka.

Dulu generasi pertama peneroka Felda hidup sangat susah dengan serba kekurangan. Mereka bermula dengan tangan kosong dan dibawa dari seluruh pelosok negara dan dikumpulkan di kawasan hutan belantara semata-mata untuk membela nasib mereka.

Untuk membuka tanah rancangan di Jengka, Pahang sahaja pada tahun 1965 (iaitu selepas merdeka), kerajaan dengan berani membuat pinjaman daripada Bank Dunia.

Sebanyak AS$52 juta (kira-kira RM250 juta ketika itu) dipinjam, ia amat besar jumlahnya berdasarkan negara baharu sahaja merdeka.

Kerajaan ketika itu turut mengeluarkan peruntukan tambahan hingga menjadikan pembukaan projek tanah rancangan Felda di Jengka mencecah kira-kira RM347 juta.

Ramai yang tidak sedar, ketika itu kerajaan sanggup meminjam semata-mata mahu mengeluarkan rakyat daripada kemiskinan hidup.

Untuk meminjam daripada Bank Dunia, pihak bank pada awalnya sukar mempercayai kemampuan kerajaan Malaysia hendak menjadikan kawasan hutan belantara sebagai penempatan baru dan membuka ladang.

Namun, akhirnya pinjaman itu diluluskan juga setelah Bank Dunia menghantar wakil bagi meninjau rancangan kerajaan tersebut.

Mengupas jawapan beliau tadi, Dzulkifli berkata, ada rumah peneroka Felda kini lebih besar dan cantik berbanding rumah beliau (Dzulkifli) sendiri.

''Ini menunjukkan kemampuan mereka setelah menyertai tanah rancangan Felda. Kehidupan mereka lebih baik berbanding saya yang makan gaji dengan gred yang tinggi,'' katanya.

Namun, Dzulkifli agak terkilan, pelbagai kejayaan dicapai itu tidak dihargai oleh segelintir peneroka yang mudah termakan hasutan pihak luar.

''Kita buka beberapa lagi tanah rancangan selepas Jengka. Semuanya untuk keluarkan rakyat daripada kemiskinan hidup. Ramai peneroka berjaya dalam hidup mereka, tetapi segelintir tak berjaya itu kerana apa? Segelintir ini pula termakan hasutan hingga bertindak saman Felda,'' katanya.

Dzulkifli membayangkan, tindakan segelintir peneroka yang vokal itu boleh menghancurkan usaha bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang memperkenalkan entiti Felda kepada rakyat.

Berbalik kepada peruntukan RM347 juta untuk pembukaan Jengka itu, jika dinilai peruntukan pada masa ini bolehlah dianggarkan sekitar RM20 bilion. Bayangkanlah besarnya jumlah pinjaman dan peruntukan itu hanya semata-mata nak tolong para peneroka.

Menjawab pertanyaan, Dzulkifli berkata, pinjaman kerajaan pada pihak luar negara bagi membangunkan tanah rancangan Felda bukanlah perkara baru malah telah dibuat sejak puluhan tahun lalu.

''Tapi ramai juga yang tidak tahu, pinjaman itu telah kira selesaikan pada tahun 2000 walaupun syarat dikenakan ia perlu dijelaskan pada 2013. Kerajaan juga telah buat pinjaman RM4.95 bilion untuk tanah rancangan di Johor Tenggara. Pinjaman ini juga telah kita selesai tahun 2000 iaitu 13 tahun lebih awal,'' katanya.

Mengenai tindakan segelintir peneroka bertindak menyaman Felda di mahkamah, beliau berkata, mereka berbuat demikian kerana hasutan. Katanya, peneroka terbabit kebanyakannya tidak lagi menguruskan sendiri ladang mereka tetapi mengupah pekerja asing.

''Kita tahu, kini ramai kalangan peneroka generasi pertama tidak lagi bekerja atau menguruskan ladang masing-masing. Mereka sudah mengupah para pekerja asing disebabkan kehidupan mereka bertambah baik dengan pendapatan lumayan,'' katanya.

Apabila ini berlaku. peneroka terbabit tidak tahu apa sebenarnya berlaku di ladang-ladang. Jika masa dahulu, kalangan peneroka sendiri yang mengusahakan ladang, maka tumpuan dibuat lebih kepada kualiti buah.

Namun sekarang, apabila sudah mengupah buruh asing, para pekerja ini lebih tertumpu kepada berat buah sawit. Apabila ini berlaku, bayaran dari hasil kadar perahan sawit juga berkurangan disebabkan buah sawit yang hasilkan kurang berkualiti.

Berikutan itu, ada kalangan peneroka tidak berpuas hati dengan bayaran diterima kerana beranggapan buah sawit yang dihantar ke kilang banyak tetapi mengapa pula bayaran diterima mereka (peneroka) berkurangan. Ini disusul pula dengan hasutan pihak luar hingga mendakwa Felda telah menipu para peneroka.

Dzulkifli berkata, pihaknya sentiasa bersemuka dengan para peneroka bagi memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

"Apabila diadakan penerangan mengenai perkara ini, bukan semua peneroka yang hadir. Jika mereka tidak hadir, penjelasan dan pemahaman tidak dapat diberi,'' katanya.

Bagaimanapun katanya, Felda sentiasa bersedia memberi penerangan dan penjelasan supaya perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.

''Usaha memberi penjelasan itu tetap diteruskan kerana Felda percaya ia dapat diselesaikan,'' katanya.

Ditanya lagi mengenai siapa yang bakal meraih keuntungan dari tindakan saman itu, Dzulkifli berkata: ''Tuan-tuan pun boleh nilai sendiri, siapa yang untung nanti, peneroka ke atau pihak luar?''

Sempena sambutan Hari Peneroka, Dzulkifli berkata, Felda dan kerajaan tidak pernah menganaktirikan mana-mana peneroka.

Felda tidak mendapat apa-apa kerana semua yang dilakukan adalah demi golongan peneroka. Ini dibuktikan melalui langkah kerajaan yang sanggup meminjam termasuk dari negara Kuwait dan Jepun, semata-mata demi kesejahteraan para peneroka.

Hasilnya juga dapat kita lihat bagaimanapun kehidupan para peneroka kini bertambah baik.

Mengakhiri wawancara itu, Dzulkifli hanya berpesan: ''Renungkanlah, sama-samalah kita (peneroka) renungkan. Kita ada saluran dan sepatutnya mencari jalan penyelesaian terbaik. Siapa yang bakal untung jika para peneroka Felda berpecah-belah hanya disebabkan hasutan luar."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peranan pemimpin atau rakyat?

Posted:

Peranan pemimpin atau rakyat?

Peranan pemimpin atau rakyat?

PROFESOR MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia

PEMIMPIN lahir daripada rakyat. Tanpa rakyat, siapalah pemimpin dalam konteks pemerintahan negara ini. Rakyat adalah 'raja' yang menentukan kedudukan seseorang pemimpin dalam konteks politik arus perdana hari ini.

Semua pemimpin dalam stratifikasi masyarakat baik dengan apa jawatan sekalipun sama ada di peringkat bawahan mahupun atasan, lahir daripada rakyat. Namakan mereka apa sahaja, pemimpin tetap wajar memiliki penjenamaan rakyat dalam diri mereka. Barulah, kepemimpinan daripada rakyat dan merakyatkan kepimpinan dilihat saling perlu memerlukan.

Hari ini nilai hubungan pemimpin dan rakyat sudah jauh berubah. Dalam mempertahankan nilai konvensional dan tradisional, kepimpinan hari ini hakikatnya berpusat kepada karakter atau keperibadiannya beserta gagasan atau agenda pentadbiran walaupun kuasa dan kedudukan meletakkan seseorang pemimpin pada taraf tertentu dalam masyarakat.

Kewujudan pemimpin dalam apa jua gelarannya barangkali mempunyai pelbagai kuasa dan kedudukan malahan tanpa kedudukan sekalipun masih berpengaruh untuk memainkan peranan dan fungsi pengukuhan seseorang pemimpin.

Legitimasi politik atau keabsahan pemimpin adalah bagaimana beliau diiktiraf tanpa perlu dipaksa memberi sokongan tetapi dengan sukarela mendapatnya kerana memiliki ciri kepimpinan yang berwibawa.

Pemimpin berjiwa rakyat adalah harapan umum, yang jujur dan memenuhi tanggungjawab ke atas rakyat dengan etika dan integriti yang dipersetujui tanpa melahirkan keraguan ke atas hak mereka sebagai warga.

Pemimpin juga seperti pengarah syarikat dan rakyat adalah pemegang sahamnya. Sebagaimana keluarga dan syarikat penting bagi empunyanya, begitu juga beban tanggungjawab pemimpin ke atas rakyatnya. Pemegang saham boleh memberontak jika lembaga pengarah syarikat memegang jawatan untuk memperkukuhkan diri sendiri.

Bertopengkan jawatan sehingga membelakangkan integriti boleh menyebabkan rakyat marah dan kecewa. Rakyat adalah penentu dan penyuntik hayat seorang pemimpin dalam konteks hari ini yang dipenuhi dengan permainan manipulasi fakta dan sejarah.

Moral menjadi penanda aras martabat seorang pemimpin. Sumbangan pembangunan harus diimbangi dengan keikhlasan pemimpin dalam memanifestasi perjuangannya untuk rakyat.

Pemimpin mesti cekal dan tidak mudah terpedaya; tidak gentar pada suruhan nafsu ataupun pujukan rasuah, bergelut nyawa daripada menggadai maruah, serta tidak akan berkompromi untuk mengalah kepada desakan dusta dan nista.

Keteguhan pemimpin adalah pada secara konsisten mendahulukan rakyat daripada dirinya. 'Rakyat Dahulu, Saya Kemudian' boleh dirujuk sebagai pemimpin rakyat.

Pengorbanan dan kompromi dilakukan untuk rakyat; rakyat menjadi benteng kekuatan dirinya. Jika ada kelemahan, pemimpin mesti berani mengakuinya dan bersifat rendah diri untuk kepentingan rakyat.

Pemimpin juga seharusnya dapat memastikan tingkah laku rakyat tidak bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang agar rakyat akan sentiasa merasa selamat dari angkara pihak yang mempunyai kepentingan fahaman politik mereka atau terlalu taksub dengan individu sehingga akan menggunakan apa sahaja cara untuk melenyapkan yang terbina melalui amalan demokrasi berperlembagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah menasihatkan pemimpin katanya; "Seseorang yang bergelar pemimpin bukan bermakna berada pada kedudukan tertinggi atau memiliki keistimewaan, tetapi ia satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Pemimpin perlu memiliki sifat rendah diri dan tawaduk dalam menjalankan tanggungjawab serta sanggup merasai kesusahan yang dialami rakyat.''

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah juga pernah bertitah bahawa ''adab adalah penentu kepada jatuh bangun seseorang pemimpin, bangsa dan sesebuah negara kerana ia memperingati bahawa taraf kemuliaan seseorang itu bukan ditentukan oleh faktor kuasa, kekayaan mahupun keturunan, tetapi oleh pengetahuan, kecerdasan otak dan sifat murni.''

Wadat Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba dalam teks Sejarah Melayu atas konsep derhaka-setia perlu dihalusi semula kerana politik baru memerlukan pemimpin rakyat yang berfikiran inklusif bersedia melakukan apa sahaja demi kepentingan rakyat dan bukan kepentingan diri kerana pemimpin adalah penyatu masyarakat.

Pemimpin dan pengikut perlu berubah kerana yang mencorakkan matlamat dan perjuangan adalah pemimpin yang beralaskan tulang belakang yang ampuh iaitu rakyat. Keangkuhan, bongkak dan sombong bukan nilai tambah politik baru tetapi di sebaliknya.

Model politik baru merungkai tanggungjawab dalam kalangan pemimpin dan ia akan berjaya jika masing-masing memahami peranan dan fungsi mereka dalam kerangka untuk mentransformasi negara dan rakyat. Rakyat memerlukan pemimpin dan pemimpin juga memerlukan rakyat.

Kebangkitan rakyat dan pemimpin beralaskan kepada keunikan demografi dan geografi negara ini akan membolehkan kestabilan, kesejahteraan dan kehidupan berukun terus diperkasakan dan martabat negara bangsa dipertahankan demi generasi akan datang. Dilemanya, adakah keseluruhan masyarakat berfikiran sedemikian rupa apabila landskap politik berubah sejak Mac 2008.

Rakyat menentukan kepimpinan politik melalui amalan yang sudah wujud sekian lamanya; sehingga Terengganu jatuh kepada pembangkang pada 1959 dan 1999; Kelantan di bawah parti pembangkang untuk sekian lamanya; Sabah pada 1990; beberapa negeri juga dimenangi dalam pilihan raya 1969 dan 2008; Wilayah Persekutuan turut dikuasai oleh pemimpin pembangkang; yang terkini lapan dari 16 Pilihan Raya Kecil turut melihat kekalahan parti pemerintah.

Apakah politik perlu dijaja dalam apa sahaja acuan seolah-olah mahu mengesahkan bahawa 'politik adalah kotor' dengan membawa mesej bersih secara tersurat. Sedangkan pemimpin jika benar-benar jujur dengan tanggungjawabnya ada saluran untuk menyerah memorandum kepada Institusi Raja negeri yang ditadbir urus mereka sebelum dibawa kepada perhatian Yang di-Pertuan Agong?

Apakah undang-undang hanya akan dihormati jika ia memberikan keselesaan kepada tuntutan sesetengah pihak dan ditolak habis-habisan jika boleh membawa kemudaratan kepada mereka?

Barangkali sentimen populis adalah ayunan akhir untuk mempertahankan pemimpin yang memerhati dan membuat congakan untuk menguasai kepimpinan negara apabila barisan pembesar bukan kerajaan menyedari ada pemimpin yang akan menjadi liabiliti kepada mereka dan boleh kehilangan sokongan yang tidak bersifat tetap daripada pilihan raya lalu.

Rakyat yang menentukan kedudukan pemimpin dan sudah tiba masanya menilai apakah benar 'rakyat sudah matang' dalam konteks politik perkauman dan sejauh manakah pemimpin yang akan lahir adalah bukan dari yang tidak matang?

Apakah yang kita lihat mutakhir ini dan yang akan datang adalah akibat dari desus-desus pilihan raya akan diadakan tidak berapa lama lagi? Barangkali, tarikh pilihan raya umum perlu diperpanjangkan tempoh masa sehingga mencapai tempoh masa matang agar 'pemimpin dan rakyat' memain peranan memulihkan ekonomi negara, menjana kestabilan dan keadaan yang lebih menentu sebagaimana yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1999?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved