Selasa, 5 Julai 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Keindahan Gua Madu

Posted:

Keindahan Gua Madu

Keindahan Gua Madu

Oleh YATIMIN ABDULLAHutusankelantan@utusan.com.my


Seorang pegunjung melihat persekitaran di pintu surau yang terdapat di Gua Madu, Gua Musang, baru-baru ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH




LATIF Awang menunjukkan bekas laluan yang digunakan oleh anggota komunis untuk bersembunyi di Gua Madu, Gua Musang.


GUA MUSANG 4 Julai - Gua Madu yang terletak di pinggir Kampung Batu Papan, dekat sini menyimpan pelbagai bahan menarik untuk diselusuri oleh pencinta alam sekitar dan pengkaji sejarah di negara ini.

Menurut Latif Awang, 64, atau lebih mesra dengan panggilan Pok Teh, salah seorang penduduk terawal sejak 1971 di Kampung Batu Papan, kawasan gua berkenaan pernah menjadi tempat persinggahan anggota komunis sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Gua Musang.

"Kebiasaannya gua ini digunakan oleh mereka (komunis) sebagai tempat bermalam dan melepaskan kepenatan ketika dalam perjalanan hendak mengambil ubat-ubatan dan barangan keperluan di Gua Musang.

"Saya pernah terserempak dengan anggota komunis, paling ramai ketika itu adalah tujuh orang. Masa itu anggota komunis berkenaan tidak bertindak ke atas saya, cuma meminta bantuan untuk membeli ubat-ubatan di bandar lama," ujarnya.

Katanya, sebaik sahaja komunis berundur, kawasan tersebut telah dipulihkan oleh penduduk kampung dengan bantuan pihak kerajaan dan menjadikan ia sebagai tempat riadah tersohor di bandar ini.

"Alhamdulillah, kawasan gua ini sudah berubah wajah dan menjadi kawasan riadah tersohor di bandar ini. Apa yang menarik di sini selain kesan sejarah dan sarang lebah yang bergayutan, keindahan stalaktit dan stalagmit yang ada di gua ini merupakan sesuatu yang menarik untuk di terokai.

"Selain itu, para pengunjung juga dapat merasai suasana solat yang mungkin tiada di tempat lain, ini kerana di sini terdapat sebuah surau yang dibina oleh penduduk setempat bagi memberi kemudahan kepada orang ramai," katanya.

Tenang dan mendamaikan itulah yang dirasai pengunjung apabila pertama kali menjejakkan kaki di surau terbabit.

Pengalaman menunaikan solat di dalam gua itu mungkin tidak dapat dilupakan pengunjung yang datang untuk melihat gua batu kapur daripada dekat dan ia terletak bersebelahan Sungai Galas, Gua Musang.

Pok Teh berkata, pada 1982 penduduk di Kampung Batu Papan bergotong-royong membersihkan kawasan sungai dan membina jambatan dengan peruntukan yang dikeluarkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebanyak RM10,000.

"Kerja-kerja pemulihan di kawasan itu juga melibatkan pengindahan dataran Sungai Galas yang menjadi kawasan perkelahan untuk penduduk setempat dan Gua Batu Madu adalah bukti kerjasama yang dilakukan oleh penduduk Kampung Batu Papan untuk membangunkan tersebut.

"Sejak dibina jambatan kayu itu, Gua Batu Madu semakin menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga," katanya.

Selain itu, katanya, terdapat kolam yang dibina dengan ciri-ciri semula jadi untuk menakung air yang segar dan bersih, mengalirkan dari kawasan bukit Gua madu itu.

Menurut Pok Teh lagi, sebuah kedai serta tempat perkhemahan juga terdapat di kawasan itu untuk kemudahan berekreasi termasuk meredah hutan dan berkayak.

Mengulas mengenai nama gua terbabit, Pok Teh berkata, ia diambil kerana pada dinding gua terbabit terdapat banyak sarang lebah yang menghasilkan madu.

"Pada musim bunga, banyak lebah akan membuat sarang pada dinding gua terbabit dan sehingga kini masih dapat dilihat kesannya.

''Dengan kerjasama daripada pelbagai pihak seperti ESEDAR, JPS dan beberapa agensi lain, Gua Madu dibangunkan menjadi kawasan rekreasi dan kini menjadi tumpuan terutama pada musim cuti sekolah," katanya.

Meskipun masih belum dikenali umum sebagai salah satu destinasi pelancongan di Ulu Kelantan, gua batu kapur yang terletak sejauh lima kilometer harus dilawati sekiranya berkunjung ke jajahan ini.

Bagi mereka yang menggemari flora dan fauna setempat, persekitaran gua itu menyediakan tarikan tersebut termasuk meneroka gua -gua lain yang terdapat di kawasan itu.

Penglibatan penduduk Kampung Batu Papan yang memanfaatkan kewujudan alam semula jadi ini turut menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi kepada penduduk setempat.

Pengurusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKP) Batu Papan, Zamri Zakaria berkata, tarikan Gua Madu ini telah berjaya meningkatkan pendapatan para penduduk yang rata-rata bekerja sebagai petani.

"Kelebihan yang ada ini kita guna sebaik mungkin iaitu dengan menyediakan perkhidmatan inap desa bagi kemudahan para pelancong yang ingin menikmati keindahan suasana desa di sini.

"Aktiviti ini telah berjaya menambah pendapatan sambilan para penduduk yang menetap di kawasan kampung ini. Setakat ini, kita sudahpun mempunyai 180 buah rumah yang dijadikan sebagai inap desa," katanya.

Mereka yang berminat untuk menerokai kawasan ini boleh menghubungi Zamri di talian 019-9123400.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemandu teksi minta bantuan PM

Posted:

Pemandu teksi minta bantuan PM

Pemandu teksi minta bantuan PM

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my


Rudzi Yamat (dua dari kanan) menunjukkan surat arahan PKINK supaya PPKS mencari lokasi baharu untuk perhentian teksi pada sidang akhbar di Pasir Puteh, semalam.


PASIR PUTEH 4 Julai - Persatuan Pemandu Kereta Sewa (PPKS) Pasir Puteh yakin keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menyelesaikan masalah pemilikan tapak perhentian teksi di pusat bandar ini.

Pengerusinya, Abdul Rahman Samad berkata, PPKS mengharapkan lokasi yang strategik di tengah pusat bandar itu ditawarkan kepada persatuan itu dengan kaedah yang lebih mudah, walaupun banyak tawaran dibuat kepada pemiliknya, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) untuk membelinya pada kadar yang lebih tinggi.

Menurutnya, pengurusan PPKS turut memohon bantuan dan peruntukan khas daripada Perdana Menteri untuk membeli tanah dan membina bangunan kerana pada dasarnya pihak persatuan tidak memiliki modal untuk membangunkan perhentian teksi yang kini dikenakan sewa oleh PKINK sebanyak RM75 sebulan.

"Kita tidak pernah menuduh kerajaan negeri dan PKINK menghalau PPKS, tetapi kami menerima sepucuk surat yang meminta PPKS mencari lokasi baru. Pada masa sama, beberapa tokoh perniagaan turut memaklumkan mereka turut memohon untuk membeli tapak berkenaan untuk dibangunkan.

"PPKS sudah mengemukakan surat permohonan untuk mendapatkan tapak itu bagi membolehkan keseluruhan ahlinya menjalankan perkhidmatan di kawasan yang strategik, tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang jawapan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Kelmarin, ketika bertemu dengan PPKS, Najib berjanji akan menyediakan pejabat baru kepada persatuan tersebut, setelah Kerajaan Pas Kelantan dikatakan mengambil tapak perhentian teksi itu dan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta.

Abdul Rahman berkata, persatuan tidak faham niat dan maksud surat yang dihantar oleh PKINK pada 25 Mac 2010 yang meminta PPKS mencari satu lokasi baru tanpa menyatakan alasan atau sebab-sebab yang munasabah mengenai tujuan arahan itu.

"Maklumat yang disampaikan kepada Perdana Menteri adalah berdasarkan surat yang dihantar oleh PKINK kepada PPKS dan beliau menyatakan kesediaan untuk menyalurkan bantuan," katanya.

Setiausaha PPKS, Rudzi Yamat pula berkata, surat arahan mencari lokasi baru oleh PKINK dan salinan surat permohonan untuk membeli tapak berkenaan masih disimpan walaupun pihak berkenaan menafikan menerima surat permohonan daripada pihak PPKS.

"Kemudahan yang diperlukan oleh pemandu kereta sewa di jajahan ini tidak sepatutnya dijadikan isu politik.

"Kami memang mengharapkan bantuan kedua-dua belah pihak iaitu Kerajaan Pusat dan negeri untuk proses pemilikan kekal memandangkan lokasi berkenaan adalah tempat pemandu kereta sewa mendapatkan rezeki harian sejak sekian lama," katanya.

Beliau berkata, tinjauan Perdana Menteri ke perhentian teksi berkenaan mendapat maklum balas positif daripada PKINK yang secara lisan memberi kesanggupan untuk menjualnya kepada PPKS menerusi prosedur pemilikan yang ditetapkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Petani dibimbing hasilkan baja kompos

Posted:

Petani dibimbing hasilkan baja kompos

Petani dibimbing hasilkan baja kompos


Sebahagian peserta kursus pembuatan baja kompos dan campuran tanah mendengar taklimat daripada kakitangan Universiti Malaysia Terengganu di Pusat Pembangunan Komoditi Lembah Bidong, Setiu, baru-baru ini.


SETIU 4 Julai - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkongsi kepakarannya dengan masyarakat sekitar khususnya petani apabila mengadakan kursus pembuatan baja kompos dan campuran tanah baru-baru ini.

Kursus itu bagi memberikan maklumat tepat berkaitan pembuatan kedua-dua bahan itu bagi menggantikan bahan sedia ada yang digunakan oleh mereka bagi menjimat kos serta lebih menyuburkan tanaman.

Timbalan Dekan Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan UMT, Prof. Madya Dr. Najiah Musa berkata, ia dalam usaha membantu petani mendapat pulangan lebih besar daripada hasil keringat mereka.

"Mereka boleh hasilkan sendiri baja kompos ini dengan kos yang rendah menggunakan sabut kelapa, habuk kayu, pasir, sisa tanaman, kulit buah-buahan dan rumput-rampai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa program itu di Pusat Pembangunan Komoditi Lembah Bidong di sini, baru-baru ini.

Hadir merasmikan program itu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ashaari Idris.

Program itu disertai oleh lebih 30 petani di kawasan tersebut yang mengusahakan tanaman keledek, jagung, serai dan pelbagai jenis buah-buahan seperti tembikai, buah naga dan rock melon.

Tambah Najiah, penggunaan baja itu mampu memberi penjimatan kepada petani kerana hasil daripada kajian yang dijalankan UMT, hampir 50 peratus kos sesuatu projek pertanian adalah kerana penggunaan baja.

Sementara itu, kata Ashaari, kerajaan negeri mengalu-alukan pihak UMT atau agensi lain untuk membimbing petani sehingga mampu mengguna dan memanfaatkan teknologi sedia ada.

"Walaupun pembuatan baja kompos sudah lama diperkenalkan, hasil penyelidikan itu tidak bermakna sekiranya petani gagal untuk mempelajari kaedah yang betul untuk dimanfaatkan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved