Selasa, 5 Julai 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Tatu PDRM, ATM pukau warga NS

Posted:

Tatu PDRM, ATM pukau warga NS

Tatu PDRM, ATM pukau warga NS

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


Aksi lawak kawad patung telah mencuit hati orang ramai.


SEREMBAN 4 Julai - Memukau dan cukup menghiburkan.Itu yang dapat diperkatakan oleh sebahagian besar 30,000 penonton yang menyaksikan persembahan Tatu 2011 gabungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, baru-baru ini.

Pertunjukan yang berlangsung selama dua jam itu merupakan pertama kali diadakan di negeri ini yang merupakan salah satu Strategi Lautan Biru yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam mengeratkan hubungan antara kedua-dua pasukan keselamatan itu.

Persembahan yang melibatkan 850 pegawai dan anggota dari kedua-dua pasukan keselamatan itu bukan sahaja menghiburkan, malah memperlihatkan ketangkasan mereka dalam mengendalikan apa jua situasi.

Bagi Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh, pertunjukan itu merupakan salah satu bentuk pendekatan dan strategi pihaknya dalam mendekati masyarakat dengan bertemakan Melindungi Masyarakat dan Negara.

"Kita melihat program ini sangat berjaya apatah lagi dengan kolaborasi dengan ATM pada kali ini sudah pasti memberi satu pertunjukan yang cukup mantap.

"Ia juga mampu mengeratkan hubungan pasukan keselamatan dengan masyarakat," katanya di sini, baru-baru ini.

Osman menjelaskan, melalui pertunjukan tatu itu, ia dapat mempamerkan kemahiran, kecekapan dan semangat tinggi PDRM dan ATM dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Pertunjukan berkenaan disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan Panglima Tentera Darat, Datuk Zulkifli Zainal Abidin.

Persembahan dimulakan dengan gimik tebusan kapal terbang, pertunjukan laser, kawad tanpa perintah, pancaragam, persembahan unit berkuda, akrobatik motosikal, payung terjun, paramotor dan gayung perang oleh Komando 69.

Antara persembahan yang paling mencuit hati penonton ialah kawad patung yang mula diperkenalkan pada 1970-an yang banyak menyelitkan pelbagai lawak jenaka yang sangat menghiburkan.

Malah aksi sekumpulan anggota polis wanita menaiki motosikal sambil membawa 15 anggota wanita lain menarik perhatian ramai selain aksi berkuda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tatu 2011 bukan sekadar pertunjukan

Posted:

Tatu 2011 bukan sekadar pertunjukan

Tatu 2011 bukan sekadar pertunjukan


Sekumpulan anggota polis wanita yang menunjukkan aksi menunggang motosikal beramai-ramai berjaya menarik perhatian penonton.


SEREMBAN 4 Julai - Orang ramai yang menyaksikan pertunjukan Tatu 2011 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi nyata terhibur dengan persembahan yang dipamerkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Malah mereka yang ditemui Utusan Malaysia berkata, program itu merupakan pendekatan yang baik untuk pasukan keselamatan mendekati masyarakat selain menjalankan tugas hakiki untuk menjaga ketenteraman awam.

Bagi Alias Mohd. Noor, 58, ini merupakan kali pertama dia menyaksikan pertunjukan tatu dan baginya ia adalah hebat.

"Sebelum ini saya hanya menyaksikan persembahan tatu di kaca televisyen. Pada saya berbaloi membawa ahli keluarga datang ke sini kerana persembahan yang dipertontonkan nyata menghiburkan.

"Bagi saya semua pertunjukan yang dilakukan oleh mereka adalah yang terbaik," katanya.

Safian Ishak, 31, memberitahu, pertunjukan kali ini merupakan salah satu cara untuk kedua-dua pasukan keselamatan itu mempamerkan kehebatan pasukan masing-masing.

"Ini bukan sekadar pertunjukan, tetapi lebih memperlihatkan kecekapan semua peserta yang mengambil bahagian. Tahniah kepada mereka kerana dapat mempamerkan persembahan yang cukup menghiburkan," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Nurul Alifah Azhan, 22, memberitahu, persembahan itu sepatutnya diadakan setiap tahun di negeri ini kerana ia mendapat sambutan daripada orang ramai.

"Lihatlah sendiri sambutan orang ramai, boleh dikatakan stadium penuh dan sudah pasti ia memberi gambaran bahawa pertunjukan seperti ini wajar diadakan di sini pada setiap tahun," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NS dipuji lunas hutang

Posted:

NS dipuji lunas hutang

NS dipuji lunas hutang

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 4 Julai - Keupayaan kerajaan negeri melunaskan hutang pihak Perbendaharaan melalui Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) ketika menyelesaikan kemelut penduduk Felda Sendayan pada 2005, amat dipuji.

Apa tidaknya, kesungguhan itu telah membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sentiasa memikirkan kaedah dan cara terbaik untuk bebas daripada beban hutang.

Pada masa sama, kerajaan negeri juga begitu peka memikirkan kesejahteraan rakyat biarpun perlu melakukan tindakan drastik yang akhirnya melegakan banyak pihak khususnya rakyat.

Mohamad ketika ditemui berkata, baru-baru ini kerajaan negeri dapat membayar hutang yang diambil melalui KWAP berjumlah RM250 juta hasil daripada perjanjian jual beli tanah antara pihak syarikat yang ditubuhkan Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dengan Menteri Besar Incorporated (MBI), anak syarikat kerajaan negeri.

"Perjanjian jual beli itu telah selesai dan pihak 1MDB telah membayar 100 peratus kos pembelian itu kepada MBI," katanya di sini, baru-baru ini.

Perkembangan itu nyata menyangkal dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri tidak bijak mengendalikan kewangan sehingga ada yang menuduh kerajaan bankrap.

"Kita pinjam RM250 juta dan sehingga kini telah membayar faedah untuk tempoh lima tahun sebanyak RM60 juta. Baru-baru ini, kita membuat pembayaran melalui bank draf kepada KWAP sebanyak RM262 juta termasuk kadar faedah untuk tempoh enam bulan," katanya.

Nyata keupayaan itu melegakan rakyat negeri ini apatah lagi dengan hutang yang sudah dilunaskan, ia menyaksikan perkembangan rancak pembangunan terutama di kawasan Sendayan dan Enstek.

Perjanjian jual beli tanah antara 1MDB dan MBI di Sendayan itu dilakukan untuk pembinaan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang baru selepas pangkalan di Sungai Besi, Kuala Lumpur ditutup bagi pembangunan Perumahan Rakyat 1Malaysia (Prima).

"Perjanjian ini juga membolehkan kerajaan negeri menjelaskan hutang lain dengan pihak institusi kewangan," katanya.

Mohamad juga pernah dipetik sebagai berkata, rezab kerajaan negeri ketika ini hampir RM500 juta, malah pengurusan kewangan kerajaan negeri telah mencatat lebihan sebanyak RM74 juta pada 2009 dan RM61 juta pada tahun lalu.

"Kerajaan negeri mempunyai kedudukan kewangan yang mantap," katanya.

Ini dibuktikan melalui laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan kecekapan pengurusan kewangan kerajaan negeri apabila Pejabat Kewangan Negeri mendapat penarafan empat bintang.

Pada masa sama, kerajaan negeri menjelaskan hutang RM2.1 bilion kepada kerajaan Persekutuan di mana RM1.8 bilion berkaitan air.

Ia dibuat melalui perjanjian pengambilalihan aset air oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas semua kerja pembinaan Empangan Triang serta Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi dapat diselesaikan awal 2013.

"Ketika ini ia belum dilaksanakan kerana kerja pembinaan Empangan Triang dan loji yang menelan kos RM850 juta itu masih dibuat. Selepas selesai kelak, baki hutang juga akan selesai di bawah perjanjian berkenaan," jelas Mohamad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved