Selasa, 5 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Fasa pertama 42,000 unit rumah

Posted:

Fasa pertama 42,000 unit rumah

Fasa pertama 42,000 unit rumah

Oleh ZULKIFLI JALIL dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak memasukkan kad pintar sebagai gimik pelancaran Program Perumahan 1Malaysia sambil disaksikan oleh Nor Mohamed Yakcop dan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Putrajaya, semalam. - bernama


PUTRAJAYA 4 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek perintis Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11 di sini membabitkan pembinaan 560 unit pangsapuri yang akan dijual dengan harga bermula RM120,000 seunit.

Sebanyak 20 lokasi strategik di Lembah Klang termasuk di kawasan seluas 3.04 hektar di Presint 11 tersebut dikenal pasti di bawah fasa pertama PR1MA yang menyaksikan 42,000 unit rumah dibina.

Rumah-rumah pada kadar harga diskaun sekitar RM150,000 hingga RM300,000 itu akan dijual pada harga yang sama untuk bumiputera dan bukan bumiputera.

Menurut Perdana Menteri, pemohon rumah PR1MA boleh mendapat pinjaman sehingga 105 peratus untuk menampung kos insurans dan yuran guaman dengan tempoh bayaran sehingga 30 tahun.

Kata beliau, PR1MA ditujukan khusus kepada warganegara yang berpendapatan sederhana dengan gaji bulanan tidak melebihi RM6,000 tanpa mengira mereka bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri.

''Saya juga ingin mengumumkan bahawa duti setem akan dikecualikan bagi pembeli rumah di bawah PR1MA.

''Keluasan setiap unit rumah PR1MA adalah antara 800 hingga 1,400 kaki per segi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. Pembeli boleh memilih untuk menggunakan sebahagian daripada wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau mendapat nilai pinjaman lebih tinggi daripada institusi kewangan untuk beli rumah.

"Pemohon adalah pembeli kali pertama bagi skim PR1MA dan perlu mendiami rumah tersebut, pembeli tidak dibenarkan menjual rumah tersebut dalam tempoh 10 tahun bagi mengelakkan aktiviti spekulasi," katanya ketika berucap melancarkan PR1MA di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Najib berkata, Perbadanan PR1MA yang berperanan untuk merancang dan menyelaras pembinaan PR1MA serta membuat pengagihan rumah akan ditubuhkan selepas satu akta khas mengenainya diluluskan pada sesi Parlimen seterusnya.

''Program PR1MA ini akan dilaksanakan melalui kaedah usahasama awam swasta dan kerajaan bersedia mempertimbangkan bantuan kepada pemaju-pemaju yang terlibat dari segi penyediaan tanah dan dana mudah cara bagi memastikan rumah dapat ditawarkan pada harga yang ditetapkan kerajaan.

''Untuk projek di Presint 11, kerajaan bersetuju memberi dana mudah cara sebanyak RM9 juta kepada Putrajaya Holdings. Saya tegaskan kepada pemaju bahawa rakyat mesti diberi peluang seluas-luasnya untuk membeli rumah.

''Kerajaan juga akan membantu pemaju mendapatkan laluan hijau bagi mempercepatkan kelulusan pemajuan perumahan daripada pihak berkuasa berkenaan," katanya.

Mengenai projek perintis yang dilancarkan di Presint 11 Putrajaya pada hari ini, Perdana Menteri berkata:

"Ia terdiri dari rumah-rumah yang berkeluasan 1,006 kaki persegi dan 815 kaki persegi dan projek perumahan ini dilengkapi dengan dewan serba guna, taska, tadika, surau, lot perniagaan dan kedai."

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Noriyah Ahmad berkata, rakyat yang berminat membeli rumah PR1MA dijangka boleh berdaftar menjelang awal tahun depan selepas Perbadanan PR1MA ditubuhkan.

''Harga jualan adalah sama untuk kumpulan bumiputera dan bukan bumiputera kerana ia dijual pada kadar diskaun.

''Kerajaan masih meneliti mekanisme pelaksanaannya, kita akan melihat pendekatan yang digunakan di negara lain seperti Hong Kong dan Singapura," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersih ada niat lain pilih demonstrasi jalanan - Najib

Posted:

Bersih ada niat lain pilih demonstrasi jalanan - Najib

Bersih ada niat lain pilih demonstrasi jalanan - Najib

PUTRAJAYA 4 Julai - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) perlu meminta secara baik dengan pihak berkuasa untuk menganjurkan perhimpunan tanpa perlu melakukan demonstrasi jalanan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, kerajaan boleh menyediakan stadium untuk mereka berkumpul tetapi kumpulan itu enggan mematuhinya dan memilih untuk melakukan demonstrasi jalanan walaupun menyedari ia bakal mengundang risiko amat bahaya kepada negara.

''Kalau mereka hendak kemukakan memorandum, cakap baik-baik dengan pihak berkuasa, kita sanggup sediakan tempat untuk mereka berkumpul tetapi kenapa pilih demonstrasi jalanan, mesti ada nawaitu yang lain.

''Kalau kata nak berkumpul dari pagi sampai malam di stadium, kerajaan tidak mempunyai sebarang halangan, bertempiklah sampai tak larat tapi jangan buat demonstrasi jalanan," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, perhimpunan yang jelas bermotifkan politik itu sengaja meletakkan alasan kononnya sistem pilihan raya di Malaysia tidak menjamin pilihan raya yang bebas dan adil.

Tegasnya, isu itu hanya tercetus apabila pilihan raya umum semakin hampir dan dengan sengaja menimbulkan isu pengundi hantu walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal melakukan penambahbaikan melalui sistem biometrik.

''Kalau tidak adil, bagaimana mereka boleh menang di lima buah negeri, bila menang senyap saja, tiba-tiba bila dah dekat (pilihan raya) timbul balik, isu undi hantu ada masa timbul dan hilang," katanya.

Najib berkata, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin turut bertitah bahawa Seri Paduka amat khuatir dan bimbang bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk mungkin berlaku tanpa mendatangkan kebaikan.

Menurut beliau, nasihat Seri Paduka itu diharap dapat mengingat dan menyedarkan rakyat bahawa tanggungjawab mereka ialah menjaga masa depan negara dan anak-anak sebagai pewaris.

Perdana Menteri menambah, tindakan penganjur perhimpunan haram itu kononnya untuk memperbetulkan sistem pilihan raya negara adalah alasan semata-mata kerana ia jelas bermotifkan politik.

''Melalui demonstrasi jalanan ramai orang akan tumpang semangkuk, langsung tiada jaminan ia akan berlangsung secara aman. Kalau ada (perhimpunan), orang yang suka pada rusuhan dan yang suka buat kekacauan akan tumpang sekaki dan berlakulah keadaan yang kita sukar hendak elakkan.

''Kita mesti beringat sebelum terlambat, janganlah kita buat sesuatu dalam keadaan emosi kerana sebenarnya ada cara dan pendekatan yang lain," katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat supaya mengimbau kembali asas kejayaan negara iaitu keharmonian hubungan kaum, kestabilan politik, sistem pasaran terbuka, meletakkan perlembagaan dan undang-undang negara di tempat yang tinggi serta perancangan masa depan untuk jangka masa panjang.

Najib menambah, kedaulatan undang-undang merupakan tiang seri negara yang perlu dihormati kerana ia adalah prinsip yang amat penting untuk menjamin kestabilan politik sesebuah negara.

Kerajaan juga, tegas beliau, sentiasa meneruskan usaha untuk meringankan beban rakyat seperti mewujudkan rangkaian kedai runcit 1Malaysia dan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia agar taraf dan kualiti hidup rakyat terus ditingkatkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Batal perhimpunan sebelum menghadap Agong - TPM

Posted:

Batal perhimpunan sebelum menghadap Agong - TPM

Batal perhimpunan sebelum menghadap Agong - TPM

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my

ALOR GAJAH 4 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga membatalkan dahulu perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Dengar-dengar katanya dia (Ambiga) nak menghadap Yang di-Pertuan Agong. Saya fikir elok dibatalkan dulu perhimpunan haram Bersih sebelum menghadap Tuanku Mizan.

"Saya bimbang tak tahu apa yang akan disembah oleh Ambiga, yang saya takut akan jadi sembah derhaka," kata Muhyiddin di hadapan kira-kira 5,000 masyarakat berbilang kaum di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJKC) Machap Baru di sini, malam ini.

Timbalan Perdana Menteri menghadiri majlis Jamuan Perdana Kenduri 1Malaysia Rakyat Berbilang Kaum negeri Melaka yang merupakan acara terakhir dalam lawatan kerja sehari beliau dengan program Turun Padang di negeri ini hari ini.

Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Ahli Parlimen Alor Gajah, Tan Sri Fong Chan Onn; ketua komponen Barisan Nasional (BN), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen.

Ambiga hari ini menyuarakan hasrat akan membuat keputusan sama ada akan meneruskan atau membatalkan perhimpunan haram Bersih selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Ambiga berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan kepada pihak Istana Negara hari ini supaya pertemuan antara Seri Paduka dan Bersih dapat diadakan sebelum Sabtu ini.

Muhyiddin berkata, perhimpunan haram itu boleh menyebabkan negara yang masyarakat berbilang kaum hidup aman dan damai sejak 54 tahun merdeka akan menjadi huru-hara.

Keadaan itu juga, katanya, akan menjadi lebih teruk hingga boleh menjejaskan ekonomi negara dan rakyat hidup menderita.

Terdahulu, beliau meminta semua pihak menghormati dan mendengar nasihat Yang di-Pertuan Agong agar tidak terlibat dalam perhimpunan haram anjuran anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Katanya, seruan tersebut tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak kerana Seri Paduka selaku ketua negara mahu keamanan dan perpaduan dalam negara dikekalkan.

''Isu perhimpunan haram Bersih kini sampai ke tahap membimbangkan kalau-kalau berlaku ia boleh membawa perkara buruk kepada negara dan keadaan ini jelas membimbangkan Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved