Selasa, 5 Julai 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Proton Exora mengagumkan

Posted:

Proton Exora mengagumkan

Proton Exora mengagumkan

Oleh LEE HOOI BOON
utusanpenang@utusan.com.my


RAJA Nur Zahirah (kanan) memberi penerangan kepada beberapa pasangan yang akan memandu uji kereta Proton Exora di Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini. - utusan/Sazali Che Din


PULAU PINANG 4 Julai - Selama ini, mereka sangsi dengan kelebihan dan keupayaan kenderaan pelbagai guna (MPV) buatan Proton iaitu Exora.

Pelbagai persoalan bermain di fikiran, sama ada Proton Exora mampu memenuhi kehendak serta gaya hidup mereka.

Namun, segala kemusykilan itu terjawab apabila mereka diberi peluang melihat dan merasainya sendiri.

Seramai 10 pasangan suami isteri dari utara Semenanjung yang masih buntu untuk memiliki MPV yang sesuai telah terpilih menjalani pandu uji eksklusif Proton Exora yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Mereka berpeluang memandu dan menerokai sendiri kelebihan MPV pertama buatan negara itu melalui beberapa lokasi bermula dari Restoran Suffolk House hingga ke Padang Kota Lama.

Menurut Pengurus Projek Proton Exora, Raja Nur Zahirah Raja Adam, sesi pandu uji tersebut adalah berbeza dengan penganjuran sebelum ini.

Katanya, ia bukan setakat pemanduan tetapi juga panduan kepada para peserta bagaimana Exora dapat memenuhi gaya hidup setiap keluarga.

"Sesi kali ini menampilkan sedikit kelainan di mana kami menjemput beberapa pakar yang berkongsi tips dengan peserta.

"Tips dan panduan ini meliputi pelbagai aspek seperti kepentingan keselamatan di jalan raya bagi memantapkan keharmonian keluarga," katanya kepada Utusan Malaysia pada sesi pandu uji berkenaan di sini baru-baru ini.

Mereka yang dijemput ialah pakar perundingan kewangan, Al Jazzura Khan; pakar perkahwinan dan keluarga, Charis Wong Yen Wai serta pakar perunding imej, Datin Sharifah Shahwati.

Sesi pandu uji selama dua hari itu merupakan penganjuran kali kedua selepas Kuala Lumpur yang mendapat sambutan amat menggalakkan.

"Proton mengadakan sesi pandu uji seumpama ini bertujuan menyedarkan orang ramai bahawa kenderaan bukan sahaja dapat memuatkan penumpang yang ramai dengan selesa tetapi juga dapat memenuhi gaya hidup mereka.

"Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga membolehkan pasangan suami isteri merasai ciri-ciri keunikan yang terdapat pada Exora iaitu keselamatan, prestasi, gaya, keselesaan dan penjimatan (SPACE)," ujar Raja Nur Zahirah lagi.

Sementara itu, sepasang suami isteri dari Alor Setar, Kedah, Ammar Fadli Abdul Hadi, 26, dan Norhafizah Mohd. Kamarudin, 26, yang menyertai pandu uji itu kagum dengan prestasi Exora.

Kedua-duanya berkata, Exora memiliki ruang dalaman luas dan sesuai bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga sederhana atau besar.

"Saiz tingkap lebih besar sekali gus menyediakan pemandangan yang luas kepada penumpang.

"Saya juga rasa selamat memandu Exora kerana sistem brek yang baik. Semasa membuat ujian brek kecemasan tadi, cengkaman tayar cukup kuat dan badan Exora tidak lari langsung," katanya.

Bagi Saiful Adli, 31, dari Pulau Pinang pula, dia berpuas hati dengan prestasi Exora terutama dari aspek keselamatan.

Katanya, harga Exora antara RM71,000 dan RM75,000 juga amat berpatutan dan mampu dimiliki oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Sementara isterinya, Nur Ardzliza, 31, memberitahu, Exora amat sesuai untuk perjalanan jauh terutama ketika bercuti kerana keselesaan yang disediakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utamakan keharmonian tanah air - Raja Perlis

Posted:

Utamakan keharmonian tanah air - Raja Perlis

Utamakan keharmonian tanah air - Raja Perlis

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my


Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (kanan) bersalaman dengan Md. Isa Sabu selepas majlis perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri Penggal Keempat di Kompleks DUN di Kangar, semalam.


KANGAR 4 Julai - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan rakyat bahawa kunci kejayaan sesebuah negara terletak kepada perpaduan dan keharmonian penduduknya.

Titah baginda, rakyat yang bersatu dan harmoni akan melahirkan negara aman dan tenteram kerana penduduknya hidup saling tolong-menolong serta berkongsi susah dan senang bersama.

"Kejadian berlaku di luar negara pada masa kini membuktikan sikap berpecah-belah akan membawa kemusnahan kepada semua pihak dan menghancurkan segala yang dibina sejak sekian lama," titah baginda.

Baginda bertitah demikian merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.

Baginda turut menyeru semua anggota pentadbiran negeri, wakil-wakil rakyat dan penjawat awam berganding bahu melaksanakan projek-projek yang telah diberi peruntukan supaya rakyat dapat merasai nikmat kemakmuran negara.

Selain itu, titah baginda, generasi muda merupakan pelapis yang mempunyai peranan dalam pembangunan negeri.

"Pemikiran dan tenaga generasi muda perlu digembleng untuk mendapat manfaat sepenuhnya kerana mereka merupakan sumber modal insan pada masa akan datang.

"Penglibatan mereka dalam pelaksanaan pembangunan negeri secara tidak langsung menjadi medan latihan untuk mereka membiasakan diri sebelum menerima tanggungjawab sebagai pemimpin pada masa hadapan," titah baginda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MADA guna benih padi Taiwan, Bangladesh

Posted:

MADA guna benih padi Taiwan, Bangladesh

MADA guna benih padi Taiwan, Bangladesh


Mahdzir Khalid (tengah) bersama peserta kursus Kor Tani pada majlis pelancaran Kursus Bina Pasukan dan pelancaran Kor Tani MADA di Paya Pahlawan, Jitra, semalam.


KUBANG PASU 4 Julai - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan menanam benih padi baru berkualiti tinggi dari Taiwan dan Bangladesh yang dijangka mampu meningkatkan hasil tuaian padi.

Pengerusi MADA, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, benih padi tersebut akan ditanam pada musim depan di kawasan seluas lima hektar di Tapak Latihan MADA, Alor Sedang, Kota Sarang Semut di sini sebagai percubaan.

"Minggu lalu, kami menerima kunjungan daripada pihak Taiwan dan Bangladesh yang menawarkan kepada benih padi baharu berkualiti tinggi yang mampu meningkatkan hasil tuaian.

"Kini, hasil tuaian padi kita dalam enam hingga lapan tan sehektar, tetapi dengan menggunakan benih padi baharu ini, kita jangka boleh dapat hasil dalam 10 tan sehektar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Kor Tani MADA di Paya Pahlawan di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak MADA sentiasa mencari teknologi-teknologi baru dari luar negara yang boleh meningkatkan hasil padi serta memberikan pulangan yang lumayan kepada petani.

"Jika benih padi dari Taiwan dan Bangladesh ini mampu memberikan hasil tuaian padi yang lebih baik kepada petani, pihak MADA tidak teragak-agak untuk menggunakannya pada masa depan.

"Kalau ada mana-mana teknologi yang baik dari negara luar kita akan ambil dan cuba di negara ini untuk kebaikan para petani," ujarnya.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, program Kor Tani MADA akan diteruskan di semua wilayah MADA di Kedah dan Perlis bagi meningkatkan semangat kerjasama di antara usahawan, belia dan para peladang.

"Program Kor Tani MADA di Paya Pahlawan ialah program pertama yang dianjurkan oleh Mada dan seramai 110 orang peserta terlibat dalam program ini.

"Kita mahu mereka yang terlibat dalam program ini menjadi perintis dalam projek-projek berkaitan pertanian dan menyalurkan ilmu yang mereka dapat sepanjang program ini kepada usahawan MADA yang lain," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved