Selasa, 5 Julai 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kedai makan kurang pelanggan

Posted:

Kedai makan kurang pelanggan

Kedai makan kurang pelanggan

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


Peniaga mendesak DBKL mengubah wajah Pusat Penjaja Abdullah Hukum, yang sunyi daripada pelanggan, bagi menjadikan tempat itu lebih menarik dan disenangi pengunjung.


KUALA LUMPUR 4 Julai - Suasana di pusat penjaja seharusnya meriah dan dipenuhi dengan ramai penjaja yang menjual pelbagai jenis perniagaan seperti makanan, minuman dan sebagainya.

Namun, Pusat Penjaja Abdullah Hukum tidaklah semeriah dan sehebat pasar penjaja yang lain. Malah, keadaan pasar itu agak uzur, comot dan suasananya kurang selesa untuk menarik minat pelanggan menjamu selera di sana.

Tinjauan Utusan Malaysia ke pusat penjaja tersebut yang berhampiran dengan Pangsapuri Putra Ria, Bangsar mendapati keadaannya suram dan tempat itu kelihatan agak lama tidak diuruskan.

Pengerusi Persatuan Penjaja Putra Ria, Mohd. Ali Mohammad, 70, berkata, sejak dibuka pada tahun 2003, tiada proses naik taraf dilakukan bagi memastikan pusat itu sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Katanya, dia berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat menaik taraf pusat penjaja itu supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan datang ke situ.

"Saya harap tempat ini dapat dicat semula serta dilakukan kerja-kerja naik taraf pada lantai, siling dan bumbung supaya dapat memberi suasana yang lebih selesa.

"Faktor kebersihan juga harus dititikberatkan kerana terdapat banyak tikus akibat daripada sikap sesetengah pihak yang kurang mengambil berat hal ini. DBKL haruslah sentiasa membuat pemantauan supaya aspek ini dapat ditingkatkan," katanya ketika ditemui.

Dia turut memberitahu bahawa, kewujudan gerai-gerai tidak berlesen berhampiran Pangsapuri Putra Ria turut menyumbang kepada kemerosotan pelanggan di pusat penjaja itu dan dia berharap pihak berkuasa dapat menangani masalah tersebut

Sementara itu, seorang lagi penjaja, Fabilah Baba, 50, berharap DBKL dapat mempromosi pusat itu dengan mengadakan papan tanda kerana ramai yang tidak tahu terdapat pusat penjaja di situ.

"Masalah kurang tempat meletak kereta juga menjadi antara sebab kurang pelanggan datang ke sini," ujarnya.

Dalam pada itu, Noor Hamid, 67, pula berkata, masalah kekurangan pelanggan telah menyebabkan dia tidak lagi berniaga makanan setiap hari sejak tiga tahun lalu kerana tidak tahan dengan keadaan itu.

"Saya kini hanya menjual makanan secara catering kerana dengan cara itu makanan yang dibuat pasti akan terjual," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sg. Klang, Gombak akan dipulihara

Posted:

Sg. Klang, Gombak akan dipulihara

Sg. Klang, Gombak akan dipulihara

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


AHMAD FUAD ISMAIL


KUALA LUMPUR 4 Julai - Sebanyak RM4 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi tujuan pembersihan dan mencantikkan sungai di bawah projek pemulihan, pemuliharaan serta mengindahkan Sungai Klang dan Sungai Gombak yang lebih dikenali dengan nama 'Sungai Nadi Kehidupan' (River of Life - RoL).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM3 bilion untuk pembersihan dan RM1 billion lagi untuk mencantikkan sungai.

Katanya, projek yang bermula tahun ini sehingga 2020 akan memberi penekanan kepada tiga aspek penting iaitu pembersihan, pengindahan dan pembangunan sungai.

Tambahnya, bagi memastikan kerja pengindahan dan transformasi ini dilakukan secara komprehensif dan lestari, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengadakan Pertandingan Pelan Induk RoL untuk memilih syarikat perancang.

"Daripada pertandingan itu, kami telah memperoleh 20 penyertaan yang kemudiannya telah disenarai pendek kepada lima syarikat perancang.

"Lima syarikat itu terdiri daripada tiga buah syarikat luar negara dan dua buah syarikat tempatan yang akan diberi masa dua bulan untuk menyediakan pelan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar dan Pameran RoL Greater KL/Klang Valley di Institut Latihan DBKL, Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Fuad berkata, pemarkahan dan pemilihan syarikat perancang itu pula menerapkan format 80 peratus markah daripada juri dan 20 peratus daripada orang awam.

"Orang ramai boleh terlibat sama dan memilih syarikat perancang ini dengan membuat undian di laman web www.riveroflife.com.my.

"Undian telah dibuka sejak 1 Julai lalu sehingga 28 Julai dan keputusannya dijangka akan diumumkan pada hujung bulan ini atau 1 Ogos," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

YWP sedia RM5j untuk bangun usahawan

Posted:

YWP sedia RM5j untuk bangun usahawan

YWP sedia RM5j untuk bangun usahawan


RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin (tengah) menyaksikan majlis pertukaran dokumen antara wakil AIM (kiri) dengan wakil YWP untuk membentuk Jaringan Bestari yang akan menyalurkan dana bantuan kepada usahawan di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 4 Julai - Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta dalam usaha memperkasakan bidang keusahawanan di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, dana itu akan disalurkan di bawah Jaringan Bestari yang merupakan perkongsian pintar antara YMP dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Katanya, dengan peruntukan itu AIM dan YWP mampu menjana pinjaman kepada Usahawan Ikhtiar sebanyak RM25 juta.

"Perkongsian pintar antara AIM dan YWP ini akan membentuk satu model perkhidmatan komprehensif. AIM akan memainkan peranannya dengan mengenal pasti golongan sasaran sebagai agen penyalur kredit mikro berterusan kepada Sahabat atau Usahawan Ikhtiar.

"YMP pula menyediakan skim-skim bantuan perniagaan dan pendidikan, jaminan dana serta kemudahan latihan sebagai melengkapi keperluan untuk pengembangan ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Transformasi Usahawan AIM 1Malaysia peringkat Program Kewangan Mikro Bandar (PKMB) dan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Jaringan Bestari di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut, di sini baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Amihamzah Ahmad; Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup; Pengarah Eksekutif YWP, Datuk Mohd. Idris Mohd. Isa dan Pengarah Urusan AIM, Datuk Zabidah Ismail.

Raja Nong Chik berkata, sebagai permulaan pembentukan Jaringan Bestari ini, dua pusat iaitu Pusat Sejati (AIM cawangan Ampang) dan Pusat Sri Angkasa (AIM cawangan Puchong) telah dipilih menjadi model pelaksana.

"Pusat ini dipilih kerana mencatatkan rekod cemerlang melalui aspek kecekapan operasi, peratusan sahabat aktif yang melebihi 80 peratus, kadar kehadiran ke mesyuarat pusat yang baik serta kualiti portfolio pusat di atas 98 peratus.

"Berpaksikan objektif meningkatkan kesejahteraan rakyat miskin dan berpendapatan rendah, peranan AIM dan YWP diharapkan dapat dimainkan dengan lebih baik melalui penggembelingan sumber yang ada," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved