Selasa, 3 Jun 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mayat dengan kesan tetakan di kepala ditemui di Klang

Posted: 03 Jun 2014 09:28 PM PDT

KLANG 4 Jun- Seorang lelaki india ditemui mati di belakang Sekolah Convent Klang dengan kesan tetakan di belakang kepalanya.

Mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 20-an tidak mempunyai pengenalan diri serta punca dan motif kejadian masih tidak diketahui. - UTUSAN ONLINE

Dadah RM2.93 juta dirampas

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusa.com.my

CHIK Omar Chik Lim (dua dari kiri) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas di KLIA semasa sidang akhbar di Sepang, Selangor, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF

SEPANG 3 Jun - Cubaan dua keldai dadah antarabangsa menyeludup 15.44 kilogram (kg) syabu bernilai RM2.93 juta gagal apabila diberkas dalam dua kes berasingan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada 30 dan 31 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, cubaan menyeludup dadah jenis syabu itu dilakukan dua lelaki iaitu warganegara Uzbekistan dan Nigeria.

"Kes pertama dikesan pada pukul 11.45 pagi, 30 Mei lalu, apabila pegawai bertugas mengesan seorang lelaki mencurigakan yang baru tiba dari Tashkent, Uzbekistan. Bagasi yang dibawa lelaki berkenaan telah diimbas dan didapati terdapat objek yang mencurigakan.

"Hasil imbasan dan pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat tujuh bungkusan serbuk kopi pelbagai jenis. Namun apabila dibuka mengandungi 14.4 kg syabu bernilai RM2.73 juta," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Chik Omar, siasatan mendapati suspek yang merupakan warganegara Uzbekistan berusia 50 tahun dan bekerja sebagai tukang masak itu memasuki negara ini menggunakan visa pelancong.

Katanya, kes kedua pula dikesan pada pukul 4.20 petang keesokannya, apabila pegawai bertugas menahan seorang lelaki warganegara Nigeria berusia 36 tahun yang baru tiba dari Doha, Qatar.

"Hasil pemerhatian dan imbasan ke atas bagasi dibawa suspek terdapat imej mencurigakan. Pemeriksaan lanjut menemukan ruang rahsia yang diisi dengan 1.42 kg serbuk putih disyaki syabu bernilai RM197,980.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai buruh binaan di negaranya dan telah dua kali memasuki negara ini menggunakan visa pelancong," katanya.

Sementara itu kata Chik Omar, kedua-dua suspek berkenaan direman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Dalam pada itu katanya, bagi tempoh Januari sehingga Mei lalu, JKDM KLIA menggagalkan 12 percubaan menyeludup masuk pelbagai jenis dadah di KLIA dengan melibatkan rampasan sebanyak 248.7 kg dadah bernilai RM43.38 juta.

"Kita juga menahan tujuh suspek," katanya yang memberitahu, sehingga kini tiada kes penyeludupan dadah dilaporkan di KLIA 2.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


'Doktor Ika' dipenjara tiga tahun

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

HASDI Jamal Aripin dibawa ke mahkamah sebelum dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan menyamar sebagai doktor di Mahkamah Majistret Melaka, semalam.

MELAKA 3 Jun - Seorang lelaki berperwatakan lembut yang menyamar sebagai doktor wanita berwajah ayu dengan gelaran 'Dr. Ika', memakai tudung dan gemar memakai baju kurung, akhirnya dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Hasdi Jamal Aripin, 27, yang beralamat di Ampang, Selangor dijatuhi hukuman tersebut oleh Majistret Nurul Ezwaney Husin setelah menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan menipu Norman Mohd. Norawai, 42, dengan menyamar sebagai Doktor Norzulaikha Jamaluddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Sabah didakwa menyerahkan dokumen sijil Perakuan Amalan Tahunan yang diketahuinya sebagai palsu dan perbuatan itu telah mendorong Norman menyerahkan wang RM8,280 sebagai gaji kepadanya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Klinik Doktor Norman Sdn. Bhd., di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam di sini antara 15 Januari dan 11 April tahun lalu.

Dakwaan terhadap Hasdi Jamal dikemukakan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan termasuk mengenakan denda terhadapnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashraf Abd. Hamid yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh.

Menurut Mohd. Ashraf, perbuatan tertuduh yang menyamar sebagai doktor telah menjejaskan profesion kedoktoran.

"Dalam tempoh itu juga tertuduh telah merawat banyak pesakit," kata Mohd. Ashraf.

Nurul Ezwaney memerintahkan tempoh pemenjaraan tertuduh berkuat kuasa hari ini.

Mengikut fakta kes, tembelang tertuduh yang menyamar sebagai 'Doktor Norzulaikha Jamaluddin' terbongkar selepas Norman menerima satu panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa tertuduh telah mengganggu suaminya.

Mangsa yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kemudian telah membuat semakan di Internet melalui laman web Majlis Perubatan Malaysia (MMC) untuk mengetahui kesahihan kelayakan sijil yang dimiliki tertuduh.

Selepas membuka laman web itu, mangsa mendapati nama yang tertera adalah Dr. Zulaika Nordin dan bukannya Norzulaikha Jamaluddin yang diguna tertuduh.

Ekoran itu mangsa kemudian telah membuat laporan polis di Balai Polis Batu Berendam pada 8 April tahun lalu dan tertuduh kemudian ditangkap pada 11 April ketika sedang menunggu pesakit.

Sepanjang menjadi doktor sambilan selama tiga bulan, mangsa telah membayar gaji hampir RM10,000 kepada tertuduh.

Pengarah tekstil warga Bangladesh didakwa pecah amanah

Posted: 03 Jun 2014 03:29 AM PDT

SHAH ALAM 3 Jun - Seorang pengarah syarikat tekstil warga Bangladesh hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan cek bernilai RM160,000 milik syarikatnya untuk kegunaan sendiri, empat tahun lalu.

Md Mokbul Hossain, 52, yang menetap di Aman Perdana, Klang mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim G.Ramesh.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di syarikat M.N.T Global Sdn Bhd yang dia merupakan pengarahnya, di Lorong Tiara 1B, Klang antara 2 September 2010 dan 5 Mei 2011.

Md Mokbul didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman minimum penjara dua tahun maksimum 20 tahun, dan dengan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Zainal Omar meminta mahkamah mengenakan jaminan yang munasabah kepada anak guamnya yang mempunyai isteri warga tempatan dan enam anak, memandangkan tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah.

Mahkamah membenarkan Md Mokbul diikat jamin RM25,000 dengan dua penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 1 Julai sebagai sebutan kes. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kempen keselamatan di Bentong

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

Oleh Zamzurina Ahmad
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Kakitangan Allianz Malaysia dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya mengedarkan pelekat keselamatan kepada pengguna jalan raya semasa Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya peringkat daerah di Dataran Tras, Bentong, baru-baru ini. - IHSAN/JKJR

BENTONG 3 Jun - Sebanyak 600 pelekat keselamatan untuk penunggang motosikal diedarkan pada Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya peringkat daerah yang berlangsung di Dataran Tras, di sini baru-baru ini.

Kempen dengan kerjasama syarikat insurans, Allianz Malaysia dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) itu turut mengedarkan 50 topi keledar kepada penunggang motosikal terpilih.

Pengurus Allianz Malaysia Temerloh, Nazaruddin Ab. Majid berkata, kempen terbaharu ini sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk memberi kesedaran keselamatan jalan raya terutama kepada penunggang motosikal.

"Pengedaran 600 pelekat reflektif ini diharapkan dapat membantu meningkatkan tahap keselamatan penunggang motosikal terutama pada waktu malam.

"Selain itu, 50 penunggang motosikal yang menggunakan topi keledar tidak selamat sama ada lama atau tidak diluluskan pihak berkuasa juga menerima topi keledar baharu," katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.

Menurut Nazaruddin, dalam kempen berkenaan, 20 buah kerusi khas untuk keselamatan kanak-kanak di dalam kereta turut diedarkan.

"Di samping itu, 10 pengguna kenderaan bermotor pertama tiba di kempen itu turut diberikan pelan 'Enhanced Road Warrior' selama setahun secara percuma, produk yang menggabungkan bantuan termasuk menunda sehingga 600 kilometer sekiranya berlaku kerosakan kenderaan dan juga perlindungan insurans.

"Keselamatan adalah keutamaan dan kami percaya adalah penting untuk mendidik orang ramai mengenai keselamatan jalan raya dan memainkan peranan dalam mewujudkan kesedaran terhadap keselamatan," jelasnya.

Katanya, Allianz Malaysia secara aktif telah mempromosikan keselamatan jalan raya melalui kerjasama dengan pihak JKJR dan sebanyak 88 kempen advokasi telah diadakan di seluruh negara dengan 400 kakitangan Allianz terlibat dalam kempen ini.

Lebih 600 sertai Larian Amal Universiti Malaysia Pahang untuk bantu anak yatim

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

Lebih 600 peserta dalam kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama anak-anak yatim mengambil bahagian dalam program Larian Amal Penyayang di sekitar kampus UMP Pekan, baru-baru ini.

KUANTAN 3 Jun - Lebih 600 peserta dalam kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama-sama dengan anak-anak yatim mengambil bahagian dalam program Larian Amal Penyayang di sekitar kampus UMP Pekan, baru-baru ini.

Program anjuran Kelab Penyayang dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMP itu bertujuan mengumpul dana, selain menjalinkan hubungan erat antara warga universiti dengan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Permata Camar, Permata Insyirah dan Rumah Amal Hembusan Kasih Sayang.

Pengarah program, Fatin Nabila Sazali berkata, untuk menceriakan lagi anak-anak yatim itu, pelakon, Fauzi Nawawi dan Betty Benafe turut memeriahkan Bicara Santai Bersama Selebriti.

Katanya, antara yang dikongsikan dua artis berkenaan adalah amalan budaya hidup sihat iaitu sentiasa bijak meluangkan masa untuk tampil sihat, cergas dan merencana masa depan untuk berjaya dalam kehidupan.

"Penganjuran program ini merupakan sebahagian usaha menyemai budaya prihatin dalam kalangan mahasiswa UMP untuk mendekatkan diri dengan masyarakat dan golongan kurang bernasib baik.

"Mereka memerlukan kasih sayang dan dorongan menuju ke arah kehidupan yang lebih baik dan sebagai mahasiswa, kami terpanggil memberikan harapan dan semangat kepada mereka untuk menjadi cemerlang," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, sebanyak RM3,500 berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai termasuk warga UMP yang disampaikan Pengarah Pusat Kokurikulum UMP, Ramle Abid untuk diserahkan kepada ketiga-tiga rumah anak yatim tersebut.

Kuantan 160 dapat sambutan

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

Shafik Fauzan Sharif (dua dari kanan) diiringi Idros Yahya (kanan) beramah mesra bersama peserta Kuantan Century Ride di Padang MPK 1, Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 3 Jun - Sejak mula diperkenalkan pada 2012, penyertaan peserta dalam acara kayuhan basikal yang terbesar di Pantai Timur, Kuantan Century Ride (Kuantan 160) sentiasa meningkat setiap tahun.

Pengarah Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Idros Yahya berkata, jumlah peserta yang menyertai acara itu pada tahun ini adalah 2,147 berbanding 1,911 (2013) dan 780 (2012).

"Jumlah negara yang menyertai acara ini juga meningkat pada setiap tahun iaitu 13 pada 2012, 23 (2013) dan 25 (2014).

"Jadi, kita berharap Kuantan 160 ini akan terus mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pengayuh-pengayuh tegar bukan sahaja di dalam negara ini, malah di luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penutupan Kuantan 160 yang diadakan sempena memeriahkan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1, di sini kelmarin.

Pada sebelah pagi, pelepasan peserta disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Sementara itu, Idros berkata, Kuantan 160 bukan acara lumba basikal tetapi diadakan bagi menggalakkan sukan berbasikal, mempromosi gaya hidup sihat, memperkenal destinasi serta meningkatkan sosioekonomi di negeri ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Lelaki cuba seludup 66 ekor burung dalam seluar

Posted: 03 Jun 2014 11:15 AM PDT

CAMAGUAY, Cuba 3 Jun - Seorang lelaki ditangkap selepas cuba menyeludup 66 ekor burung kelicap di dalam seluar panjangnya keluar ke Amerika Syarikat dari Cuba semalam.

Lelaki itu ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Ignacio Agramonte di pusat bandar Cuba dan dikesan selepas terdapat beberapa benjolan yang kelihatan mencurigakan pada seluarnya.

Selepas ditahan oleh Kastam, suspek mendakwa dia hanya menyembunyikan seekor burung merpati sebagai satu hadiah kepada cucu lelakinya. - Agensi

3,000 banduan dibebaskan di Uzbekistan

Posted: 03 Jun 2014 10:37 AM PDT

TASHKENT, 4 Jun - Kira-kira seramai 3,000 banduan dibebaskan pemerintah Uzbekistan di bawah satu pengampunan beramai-ramai yang dianugerahkan kepada hampir 70,000 orang, kata Ketua Pendakwa Uzbekistan semalam.

Pengampunan beramai-ramai tahunan itu diberikan kepada 69,497 orang, kata pejabat ketua pendakwa dalam satu kenyataan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 43,082 telah disabitkan jenayah mereka dan hukuman ditarik kembali, termasuk 3,237 orang yang dibebaskan dari beberapa penjara dan pusat tahanan, tambahnya lagi.

Mereka yang kekal ialah individu-individu yang masih menunggu perbicaraan.

- Agensi

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Cinta direstui keluarga

Posted: 02 Jun 2014 08:14 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Tiada pembedahan kosmetik

Posted: 02 Jun 2014 08:14 PM PDT

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

1 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Antara halal dan 'umum al-balwa'

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

Oleh Salleh Buang

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapa menunjukkan dua laporan analisis makmal Jabatan Kimia terhadap sampel Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Cadbury Dairy Milk Hazelnut yang disahkan tiada Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi di Putrajaya, kelmarin. - BERNAMA

MINGGU lalu apabila media tempatan menyiarkan berita mengenai dua produk coklat jenama Cadbury dikatakan mengandungi DNA babi (porcine), masyarakat Muslim negara ini gempar, terkejut campur marah. Reaksi ini boleh kita faham kerana apa sahaja produk makanan yang mengandungi daging babi atau bahan yang ada kaitan dengan babi bukan sahaja tidak halal (haram), bahkan najis.

Beberapa NGO Islam segera mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bersedia membantu sesiapa sahaja anggota masyarakat yang telah tertipu membeli dan memakan barang tidak halal dan najis itu untuk mengambil tindakan terhadap syarikat pembuat coklat tersebut.

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Sukaguam menyatakan mereka bersedia memberi khidmat guaman percuma kepada sesiapa sahaja yang mahu mengambil tindakan menuntut ganti rugi sehingga RM100 juta terhadap syarikat tersebut.

Perlu ditegaskan di sini bahawa bukan semua orang berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pembuat coklat itu.

Untuk memastikan seorang itu ada locus standi memfailkan tuntutan di mahkamah, orang itu mestilah ada bukti bahawa dia sememangnya telah membeli produk buatan syarikat itu daripada pengedarnya yang sah (dan ada menyimpan resit untuk membuktikan transaksi pembelian itu) dan selepas itu produk itu telah pun diserahkan kepada pihak lain yang diiktiraf ada kepakaran menjalankan ujian, dan hasil kajian itu sah membuktikan barang itu ada mengandungi DNA babi seperti yang dilaporkan oleh media.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah memaklumkan dalam sidang akhbar di pejabatnya minggu lalu bahawa menjual produk mengandungi DNA babi tanpa memaklumkan masyarakat Muslim di negara ini adalah satu 'penipuan jahat dan harus dibendung'. Perbuatan syarikat itu merupakan satu 'penghinaan yang amat dahsyat', tambahnya lagi.

Beliau menambah; "Setakat ini kami telah menerima 700 emel dan pesanan ringkas daripada rakyat Malaysia yang mahu kami mewakili mereka menyaman Cadbury. Kami akan memfailkan saman ini dan menganggarkan jumlah tuntutan sebanyak RM100 juta."

Kenyataan JMM itu dibuat ekoran pendedahan Kementerian Kesihatan dan Jakim sebelumnya yang mengesahkan bahawa dua produk berjenama Cadbury (iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam) mengandungi DNA babi. Jakim telah juga menarik balik sijil halalnya mengenai produk berkenaan. Syarikat Cadbury telah kemudian menarik kedua-dua produk tersebut dari semua premis perniagaan yang menjual produk tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Sukaguam Kebangsaan, Ahmad Zuhairi Ahmad Pu'aat berkata bahawa tindakan undang-undang yang mungkin diambil terhadap syarikat pembuat coklat itu adalah tuntutan gantirugi di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599).

Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof. Hamdan Adnan pula menyeru agar tindakan lebih tegas diambil terhadap syarikat berkenaan agar peristiwa buruk seperti ini tidak berulang.

Tidak cukup dengan kejutan pendedahan kewujudan DNA babi dalam produk makanan kegemaran kanak-kanak ini, keadaan menjadi lebih keliru dan kelam-kabut lagi apabila media memetik pandangan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin, yang khabarnya menyatakan bahawa produk buatan Cadbury itu 'yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi DNA babi adalah seperti hukum asalnya, iaitu halal dimakan' (sila lihat http://www.astroawani.com/news/show/coklat-cadbury-halal-majlis-fatwa-kebangsaan-36793?cp)

Abdul Shukor berkata, perkara ini termasuk dalam kategori keadaan 'umum al-balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

Dalam kenyataan penuhnya yang dikeluarkan minggu lalu, Abdul Shukor menjelaskan; "Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, muzakarah memutuskan bahawa ia dikategorikan sebagai 'umum al-balwa'.

Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan.

Kenyataan Abdul Shukor ini mengingatkan perbualan saya dengan arwah ayah sewaktu saya masih muda dulu. Dalam bahasa mudah yang kita fahami, ayah menyatakan kepada saya bahawa istilah 'umum al-balwa' boleh diertikan sebagai 'bala atau musibah yang tidak boleh dielakkan' atau 'sukar dielakkan'.

Yang menggusarkan banyak pihak (termasuklah beberapa sahabat saya di kalangan warga peguam) adalah kemungkinan besar kes melibatkan coklat Cadbury ini akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat. Tindakan undang-undang ini boleh berupa guaman sivil (tuntutan ganti rugi pihak-pihak berkenaan di bawah Akta tertentu atau di bawah common law), dan juga boleh berupa prosiding jenayah (oleh pihak berkuasa tertentu di bawah undang-undang negara tertentu berkaitan produk halal).

Jadi, kalau kita sudah menjangkakan guaman sivil dan prosiding jenayah ini akan diambil oleh pihak-pihak berkenaan, kenapakah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan merasa perlu (seolah terburu-buru) membuat kenyataan tentang perihal pencemaran atau kontaminasi yang berlaku 'adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan'?

Tidakkah perbuatan Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan pendapat sedemikian itu seperti mendahului kerja dan peranan mahkamah?

Kita langsung tidak berniat menafikan kepakaran dan ketokohan Jawatankuasa Fatwa dalam aspek pentafsiran 'umum al-balwa' ini dari segi hukum syarak. Pun begitu, perlu ditegaskan bahawa apa yang rakyat kita hadapi sekarang adalah dua isu perundangan yang amat serius, iaitu:

Pertama, ia membabitkan isu product liability oleh syarikat pembuat (sebahagian daripada undang-undang kecuaian) berasaskan common law dan statut; Kedua, ia membabitkan aspek jenayah, iaitu pelanggaran peraturan negara kita sendiri, antaranya Trade Descriptions (Definition Of Halal) Order 2011.

Di bawah Peraturan 2011 itu, apabila suatu barang makanan atau barang lain dinyatakan sebagai halal dan boleh dimakan oleh seorang Muslim, barang itu mestilah, antara lain, 'tidak mengandungi bahan daripada apa-apa haiwan yang dilarang oleh hukum syarak ke atas seorang Muslim untuk memakannya.'

Sekiranya seorang itu disabitkan kesalahan melanggar Peraturan 2011 itu, dia boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Jika yang bersalah itu adalah satu syarikat, denda boleh dikenakan ke atasnya tidak melebihi RM5 juta.

Rakyat negara ini berhak bertanya dan mahkamah nanti berhak memeriksa keterangan untuk memutuskan sendiri (membuat penghakimannya), apakah syarikat berkenaan telah bertindak dengan penuh berhati-hati dan bertanggungjawab memastikan barang buatan mereka sentiasa halal - bukan hanya di peringkat pembuatan, bahkan di peringkat selepas itu sehinggalah barang buatan mereka itu dibeli dan dimakan oleh pelanggan mereka (rakyat jelata yang membelinya).

Mahkamah perlu memutuskan sendiri apakah pencemaran atau kontaminasi barang makanan coklat itu 'di luar kawalan dan amat sukar dielakkan'.

Sementara semua ini masih lagi menjadi tanda tanya, selagi ia tidak dibicarakan dan diputuskan oleh mahkamah, rakyat jelata juga perlu diperingatkan bahawa status satu fatwa' itu wujud dari sudut undang-undang dan mengikat semua umat Islam di sebuah negeri itu hanya setelah apa yang dikatakan 'fatwa' itu telah disetujui oleh Majlis Fatwa Negeri dan selepas itu telah disiarkan dalam Warta Kerajaan negeri berkenaan.

Berkorban perangi isu seleweng diesel

Posted: 03 Jun 2014 12:51 PM PDT

Oleh Abu Kassim Mohamed

Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK memeriksa pam yang digunakan oleh sindiket mencuri minyak diesel dalam serbuan di sebuah premis yang terletak di Taman Angsamas, Mambau, Negeri Sembilan, baru-baru ini. - BERNAMA

"MAHU pendapatan lumayan dengan mudah, jual diesel bersubsidi". Ini antara jenaka yang kita dengar kebelakangan ini.

Ada yang bergurau aktiviti menyeleweng bahan api bersubsidi sebagai satu 'kerjaya' yang sangat mudah tanpa modal besar. Mampu memperoleh antara RM200 hingga RM300 sehari dengan mudah.

Pokoknya, ia perbuatan yang tidak wajar. Kita tidak mahu lihat perbuatan tidak bermoral ini berterusan.

Kita perlu mengakui penyelewengan diesel dan petrol bersubsidi satu 'kanser jenayah'.

Di sebalik gurauan tidak membina ini, ramai bertanya apa yang kita perlu lakukan bagi mengatasi isu penyelewengan diesel dan petrol bersubsidi.

Jawapan saya: Kita perlu ambil tindakan segera. Tetapi ini memerlukan pengorbanan semua.

Pihak berkuasa perlu mengkaji semula mekanisme pengagihan bahan api bersubsidi ini. Ini antara opsyen diberikan kepada kerajaan.

Pada masa sama, ada juga yang bertanya apa yang dilakukan oleh pasukan penguat kuasa dalam mengatasi masalah ini. Bukankah ini kerja penguat kuasa? Tanya mereka.

Benar! Saya juga bersetuju kita perlu memperkasa pasukan penguat kuasa dan pada masa sama, kita perlu mengkaji semula mekanisme pengagihan subsidi bahan api.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melihat penyelewengan bahan api bersubsidi ini sebagai satu isu yang serius khususnya sejak skim subsidi diperkenalkan. Sudah tiba masa masalah ini diselesaikan dengan mengadakan satu pendekatan baharu yang lebih efisien dan bersepadu.

Disebabkan keseriusan ini, SPRM meminta kerajaan mengkaji semula kaedah pemberian subsidi diesel kerana berlaku banyak ketirisan yang merugikan negara.

SPRM, sebagai agensi pencegahan rasuah, mahu bantuan kewangan dalam bentuk subsidi sampai kepada kumpulan sasaran. Ia hanya perlu dinikmati oleh golongan kurang berada. Bukannya digunakan untuk mengaut keuntungan ataupun disalurkan kepada warga asing.

Dalam kenyataan media sebelum ini, saya telah menekankan bahawa saranan mengkaji semula mekanisme ini sebahagian daripada usaha untuk mencegah kegiatan penyeludupan diesel yang mengakibatkan kerugian di pihak kerajaan.

Jika ketirisan ini dapat dikurangkan, lebihan peruntukan itu boleh disalurkan kepada perkara membabitkan kepentingan rakyat.

Jadi, SPRM mengalu-alukan pendekatan terbaharu yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan yang diumumkan pada Ahad lalu.

Mengikut laporan media, kerajaan sudah memutuskan untuk memperkenalkan satu sistem baharu penjualan diesel dan petrol bersubsidi kepada kenderaan komersial yang layak mulai 1 September ini. Sistem yang sama bagi kenderaan persendirian juga akan dilaksanakan pada Oktober atau November.

Bermakna kenderaan komersial dan persendirian tertakluk kepada peraturan terbaharu ini. Kita tunggu butiran mekanisme yang hendak diperkenalkan.

Kerajaan dilaporkan menyasarkan penjimatan sebanyak RM9.8 bilion melalui pelaksanaan sistem baharu yang dijamin lebih efektif.

Seperti ditekankan oleh kerajaan, SPRM juga yakin sistem baharu itu diyakini mampu memastikan bahan api bersubsidi itu dinikmati oleh hanya rakyat yang benar-benar layak dan ia juga mampu mengurangkan salah guna dan mengelak berlakunya ketirisan dan pembaziran.

Tidak dapat dinafikan bahawa penyelewengan bahan api bersubsidi ini meliputi pihak berkuasa dan kumpulan tidak bertanggungjawab. Hasil siasatan mendapati mereka yang terbabit begitu mudah cuba merasuah pihak berkuasa.

Pihak berkuasa dan orang ramai perlu tampil mengemukakan aduan bagi membantu SPRM membendung penyelewengan diesel dan memberi jaminan mereka dilindungi mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Sementara kerajaan mengambil langkah segera ini, saya merasakan agensi-agensi penguat kuasa perlu mencari langkah jangka panjang.

Isu penyelewengan ini, seperti saya katakan awal tadi, merupakan satu jenayah bersindiket - ada elemen rasuah dan juga ada elemen bukan rasuah. Kita mengharapkan pengorbanan semua pihak jika mahu mengelakkan kerugian dan ketirisan.

SPRM beri jaminan dan komited untuk menangani isu ini dari sudut rasuah dan salah guna kuasa. SPRM tidak akan lari daripada tanggungjawab mengesan pihak yang terlibat dalam gejala rasuah di sebalik penyelewengan bahan api bersubsidi.

Tetapi usaha ini sebenarnya merentasi elemen rasuah. Justeru, ia memerlukan pendekatan bersepadu.

Pendekatan penyelesaian diumumkan kerajaan kemungkinan akan membebankan rakyat. SPRM berpandangan bahawa rakyat perlu membuat sedikit pengorbanan. Rakyat perlu menerima pendekatan terbaharu kerajaan bagi menangani penyelewengan diesel dan petrol bersubsidi dengan terbuka.

Saya berharap anggota penguat kuasa juga akan melakukan pengorbanan dengan menjalankan tugas dengan berkesan. Negara masih ada pegawai penguat kuasa yang berintegriti dan beramanah. Jadi, setiap anggota perlu memainkan peranan. Jika setiap anggota mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, kita boleh berjaya.

Saya selalu berpegang kepada pendirian bahawa kita boleh menyelesaikan separuh daripada masalah rasuah jika setiap rakyat ada nilai integriti. Isu penyelewengan bahan api bersubsidi merupakan satu lagi contoh kita boleh menyelesaikan masalah rasuah jika setiap daripada kita memainkan peranan masing-masing.

Kita perlu berikrar atau berjanji: Jangan beli diesel jika tidak perlu. Jangan jual diesel atau petrol kepada warga asing. Lapor jika ada pihak yang menjual diesel atau petrol kepada rakyat atau pengguna dari negara jiran. Ambil tindakan tegas jika ada yang menjual 'secara tidak sah' atau cuba menyogok pihak berkuasa.

Kita tidak ada pilihan kecuali berkorban dan beramanah. Hargai harta dan kekayaan negara.

TAN Sri Abu Kassim Mohamed ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Rawatan kulit berminyak

Posted: 02 Jun 2014 08:14 PM PDT

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar Haziatul Nadia

Hartini Halim menunjukkan teknik rawatan Carbon Assist Facial.

KULIT muka berminyak dan liang roma atau pori-pori terbuka merupakan antara masalah yang sering menghantui wanita.

Masalah ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti pemakanan yang tidak seimbang atau tidak betul, perubahan hormon, tekanan, dan perubahan cuaca.

Walaupun boleh disembunyikan dengan penggunaan alat solek, ia masih boleh menjejaskan kecantikan wajah.

Untuk itu, dalam usaha mengatasi masalah tersebut, banyak spa-spa kecantikan yang menawarkan perkhidmatan untuk mengecilkan pori serta membebaskan kulit daripada berminyak.

Pemilik Tini's Spa Beauty Slimming, Hartini Halim, 35, berkata, masalah kulit berminyak serta pori-pori terbuka berkait rapat antara satu sama lain.

Katanya, bagi membantu wanita yang mempunyai masalah tersebut, dia menawarkan rawatan Carbon Assist Facial.

Tambahnya lagi, rawatan tersebut yang menggunakan teknik cahaya dari Korea, merupakan teknik yang sangat berkesan dan selamat.

"Ini kerana selain dapat memberi kesan serta merta, teknik ini juga dapat meningkatkan keanjalan dan meningkatkan kolagen kulit, serta menjadikan warna kulit muka lebih sekata.

"Apa yang pasti, rawatan yang berharga RM380 ini mampu mengembalikan keyakinan diri masing-masing," ujarnya ketika ditemui di spanya yang terletak di G17, Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang, Ampang, Selangor.

Berbicara lanjut mengenai rawatan Carbon Assist Facial, Hartini menjelaskan penggunaan gel karbon dengan bantuan teknik cahaya dapat menghaluskan permukaan kulit wajah.

Katanya lagi, rawatan yang mengambil masa kira-kira satu jam itu, akan menarik keluar segala kotoran yang terdapat pada kulit muka dan pada masa yang sama mengecilkan pori-pori.

Hasilnya sudah boleh kelihatan walau dengan sekali rawatan, namun dia menasihatkan agar ia diteruskan sehingga sekurang-kurangnya lima kali rawatan (minimum).

"Bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, pelanggan digalakkan mendapatkan rawatan sehingga 10 kali sebelum disusuli dengan rawatan sebulan sekali.

"Lagi pun rawatan tersebut tidak hanya terhad kepada mereka yang bermasalah dengan kulit berminyak serta pori-pori terbuka, tetapi ia juga sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit lain seperti jerawat yang serius, kulit muka kusam, dan kulit muka yang kurang anjal," katanya.

Beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 8 malam, kepada mereka yang ingin mendapatkan rawatan juga dinasihatkan agar membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah.

Kepada pembaca-pembaca Mega yang membawa artikel ini ke Tini's Spa akan mendapat rawatan Carbon Assist Facial pada harga istimewa, RM88 sahaja.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang www.tinispa.com.my.

Nurul Huda perkenal jenama sendiri

Posted: 02 Jun 2014 08:14 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar MOHD. AZIM ABDUL RAHMAN

Nurul Huda Ibrahim menunjukkan koleksi baju yang terdapat di Butik Waffiya yang terletak di Shah Alam, Selangor.

BERCAKAP mengenai baju muslimah, semua mengetahui bahawa ia sudah semestinya menutup aurat, labuh, longgar, warna-warna yang tidak terlalu terang dan paling penting, si pemakai nampak sopan.

Tidak semestinya jubah hitam, baju kurung atau dres, fesyen baju muslimah sebenarnya mempunyai pengertian yang lebih luas bergantung di mana anda hendak memakainya.

Contohnya jika mahu ke majlis atau pejabat, jubah, dres labuh atau baju kurung memang sesuai. Namun jika anda hendak melakukan tugasan di luar pejabat, ke luar daerah, membeli-belah atau bercuti, sudah tentu anda mahukan pakaian yang sesuai dan selesa.

Memikirkan kehendak muslimah golongan muda, Nurul Huda Ibrahim, 31, memberanikan diri mengeluarkan fesyen baju Muslimah di bawah label beliau sendiri, iaitu Wafiyya by Dollscarf.

Sebagai pengeluar, beliau sendiri yang membuat rekaan, menjahit dan seterusnya menjual.

Bertemu dengan Nurul Huda di butiknya di Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, Shah Alam baru-baru ini, beliau berkata, sebagai seorang Islam, sudah menjadi tanggungjawabnya bagi menyediakan pakaian yang sesuai dengan masyarakat Islam dan mengikuti garis panduan yang ditetapkan.

"Saya menyedari bahawa terdapat pengeluar baju Muslimah yang bukan Islam. Jika mereka boleh membuat pakaian muslimah, mengapa kita sebagai orang Islam tidak boleh melakukannya kerana kita lebih memahami kehendak agama dalam berpakaian.

"Semua rekaan baju yang terdapat di Wafiyya seperti baju-t labuh lengan panjang, jubah daripada kain baju-t, skirt dan seluar palazzo saya reka sendiri. Setiap minggu pasti terdapat rekaan baru dan dalam seminggu saya dapat menghasilkan lima rekaan.

"Kesemua rekaan ini menggunakan kain baju-t daripada seratus peratus kapas dan kapas lycra yang tidak bercorak atau yang bercorak bunga, abstrak dan geometri. Apa yang pasti setiap rekaan adalah labuh menutup punggung dan longgar," kata Nurul Huda yang memiliki Ijazah Kreatif Multimedia daripada Universiti Multimedia, Cyberjaya.

Beliau menambah, bagi setiap rekaan yang eksklusif dan terhad ini pula akan dibuat sebanyak 300 helai baju dan dalam seminggu sebanyak 1,500 baju dapat dikeluarkan.

Pada masa ini, Wafiyya katanya, sudah menghasilkan 186 rekaan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan berumur antara 17 tahun sehingga 35 tahun.

Menurut beliau, corak baju sentiasa akan ditukar dan beliau tidak mengulang corak yang sama untuk sesuatu rekaan.

Pelanggan tetap juga sering memberikan pandangan mengenai rekaan dan corak yang sedang disukai pada masa sekarang. Cara penjagaan yang mudah turut menarik hati pelanggan untuk membeli.

Bagi mendapatkan stok kain dengan corak-corak terkini, beliau sendiri akan ke China setiap tiga bulan sekali dan akan membeli sebanyak 200 gulung kain.

Jelas ibu kepada seorang anak, Armandsyah Gazi, 4, bagi menjual dan memasarkan baju yang dikeluarkan, beliau mempunyai seramai 50 orang stokis yang aktif di seluruh negara dan ejen tanpa modal yang mengedarkan gambar baju kepada pelanggan yang kemudian memesan mengikut kod dan setelah pembayaran dibuat, baju akan dipos terus kepada pelanggan.

Bagi menjadi stokis pula kata beliau, seseorang itu hanya perlu membeli secara borong sebanyak 100 helai baju dan ke atas dan akan mendapat diskaun sebanyak 40 peratus.

Stokis yang ada pada masa ini berjaya menjual sehingga 1,000 helai baju seminggu dan beliau tidak menghadapi masalah bagi menjual stok yang ada.

Beliau turut menggalakkan pelanggan untuk membeli secara borong dan memulakan perniagaan sendiri di kedai atau butik.

Ini berdasarkan daripada pengalaman beliau sendiri yang pada awalnya menjadi ejen tanpa modal dan pernah menjual jenama orang lain.

Melalui usaha gigih, akhirnya pada tahun 2013, beliau berjaya membina nama sendiri dan memulakan perniagaan ini.

Mempunyai seramai 10 orang pekerja, pengeluaran baju dibuat di kilang beliau yang juga terletak di Shah Alam. Kualiti jahitan dan potongan sentiasa dipantau bagi memastikan setiap helai yang dihasilkan memuaskan hati pelanggan.

Berharga di antara RM49 sehingga RM139 sehelai, Nurul Huda menambah, pelanggan yang ingin membeli secara runcit juga boleh membeli sendiri dengan melawat butiknya yang menyediakan beratus-ratus koleksi yang mengikut kehendak pelanggan.

"Walaupun sasaran utama saya ialah golongan sederhana namun semua boleh memakai dan disuai padankan mengikut keselesaan. Contohnya baju-t labuh Wafiyya boleh dipakai bersama skirt labuh, seluar palazzo dan jeans dan jika digayakan bersama aksesori, si pemakai nampak bergaya dan menarik.

"Bagaimanapun dalam masa terdekat ini, saya akan mengeluarkan pula fesyen yang lebih moden kontemporari bagi golongan wanita yang mahukan gaya yang lebih eksklusif," kata anak sulung daripada empat beradik ini lagi.Mengenai saingan, tambah Nurul Huda yang berasal dari Johor ini, terdapat pengeluar pakaian muslimah bukan Islam yang menggunakan nama Melayu yang mengaut keuntungan daripada perniagaan tersebut.

Untuk itu, beliau tidak mahu pelanggan terkeliru dan mereka harus bijak memilih pakaian muslimah daripada pengeluar Islam sendiri.

Berminat dengan rekaan Wafiyya, anda boleh menghubungi 03-33591719 atau sales@dollscarf.com

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Pisang goreng keju semakin laris

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR
utusankedah@utusan.com.my

DUA pekerja gerai pisang goreng keju menaburkan keju dan gula perang ke atas pisang goreng ciptaan Izham Ahmad yang semakin menjadi tumpuan di Jalan Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah, baru-baru ini

ALOR SETAR 2 Jun - Pelbagai transformasi dibuat oleh pengusaha produk makanan dalam memperkenalkan jenama mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Tidak kurang hebatnya dengan pisang goreng untuk sajian waktu petang itu telah diolah menjadi pisang goreng keju.

Mungkin bagi yang pertama kali mendengarnya, ia agak pelik namun di Alor Setar pisang goreng keju antara makanan yang menjadi sebutan dalam kalangan penggemar pisang goreng.

Sehinggakan ada pelanggan yang sanggup menunggu lebih dua jam untuk merasai keenakan pisang goreng keju, malah terdapat juga pelanggan yang membuat tempahan menerusi Facebook empat hari lebih awal.

Pengusahanya, Izham Ahmad, 36, berkata, dia terkejut dengan sambutan yang diterima daripada pengunjung sehinggakan mereka terpaksa mengambil tempahan menerusi panggilan telefon kira-kira lima jam sebelum beroperasi.

Katanya, perniagaan yang mula diusahakan dua tahun lalu itu pada mulanya hanyalah menjual pisang goreng sama seperti peniaga lain.

"Masa berniaga pisang goreng dahulu banyak persaingan di kawasan ini, jadi saya fikir perlu lakukan sesuatu untuk memberi kelainan kepada pelanggan.

"Dari situlah kami mula buat pisang goreng coklat, pisang goreng sarung dan pisang goreng rangup namun pisang goreng keju lebih mendapat sambutan berbanding yang lain sebab itulah kami fokuskan kepada satu sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bekas chef yang berpengalaman dalam bidang makanan barat dan pastri ini memberitahu, kelainan pada pisang gorengnya adalah menggunakan tepung yang dihasilkan sendiri.

Menurut Izham, tepung segera yang diolah daripada resipi keluarga mertuanya itu merupakan bahan asas yang penting untuk tujuan merangupkan pisang goreng tersebut.

Selain itu katanya, kombinasi gula perang di atas parutan keju memberi rasa yang berbeza berbanding pisang goreng keju yang lain.

"Saya memilih untuk taburkan gula perang di atas parutan keju adalah kerana rasa gula itu yang kurang manis, jadi semua orang boleh makan," katanya.

Satu hari kira-kira 200 set pisang goreng keju yang dijual dengan memperuntukkan 50 hingga 60 sikat pisang.

Katanya, dalam memastikan pisang goreng yang dihasilkan berkualiti, Izham hanya menggunakan satu kuali sahaja.

"Ada pelanggan yang meminta saya tambah bilangan kuali, namun ia bukanlah perkara yang mudah kerana saya mahu pastikan goreng pisang itu tidak hangus di samping menjaga kualiti," katanya.

Katanya, dia amat menghargai pelanggannya yang sanggup menunggu lama untuk membeli pisang goreng keju yang dihasilkan.

"Kami juga berharap agar pelanggan menghubungi kami terlebih dahulu antara pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari untuk membuat pesanan dan mengambil nombor angka giliran," katanya.

Pelanggan kini boleh mendapatkan pisang goreng keju di Jalan Langgar, belakang bangunan UNITAR International University (Unitar) bermula pukul 11 pagi hingga 6 petang dan tutup pada hari Jumaat.

Waktu operasi pisang goreng keju di Jalan Gunung Keriang pula adalah pada pukul 2.30 petang hingga 7 petang dan tutup pada hari Isnin dan Selasa.

Pelanggan yang ingin membuat tempahan untuk membeli pisang goreng keju yang dijual dengan harga RM3 satu set bolehlah menghubungi Izham menerusi 017-607 0533.

Masyarakat pelbagai kaum perlu hidup harmoni

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

Harun Aziz (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada warga emas sempena program Penghayatan 1Malaysia Komuniti 1Malaysia Peringkat Daerah di Tapak Pertanian, Kampung Pokok Sena, Baling, Kedah, baru-baru ini. - UTUSAN/Norlia Ramli

BALING 2 Jun - Masyarakat pelbagai kaum di negeri ini disarankan supaya mempunyai satu matlamat untuk hidup dalam keadaan aman serta penuh kemakmuran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Harun Aziz berkata, jika ahli komuniti mahu hidup dalam keadaan aman damai maka semua pihak perlu bertanggungjawab untuk menjaga keamanan.

"Jika mahukan kemakmuran dan kebahagiaan, maka perlu ada keamanan dan kita semua perlu bertanggungjawab untuk menjaganya.

"Kepentingan hidup bersama dalam komuniti harus dititikberatkan dan dipupuk supaya terus kekal bagi memelihara kesejahteraan negara," katanya ketika berucap dalam majlis Penghayatan 1Malaysia Komuniti 1Malaysia Peringkat Daerah di Tapak Pertanian, Kampung Pokok Sena di sini baru-baru ini.

Program itu turut menyediakan pelbagai aktiviti seperti pameran daripada agensi-agensi kerajaan di samping penjualan hasil produk komuniti dan juga sukaneka.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan turut diadakan bagi pengambilan anggota baru Askar Wataniah dan juga pelajar GiatMara.

Menurut Harun, Komuniti 1Malaysia (K1M) merupakan salah satu ejen kerajaan dalam usaha menyebarkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat.

Dalam pada itu, Pengerusi K1M, Jamaliah Azizan berkata, pihaknya menyambut baik usaha kerajaan dalam melaksana transformasi untuk mendekatkan agensi kerajaan dengan ahli masyarakat.

"Usaha mempelbagaikan program dan pendekatan bersama rakyat menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sentiasa berusaha untuk memenangi hati rakyat.

"Jalinan ini perlu diperkukuh dengan menyemai rasa cinta rakyat kepada negara dan turut sama menghayati dan lebih bersepakat dalam menjaga perpaduan," katanya.

Bekalan makanan dijamin cukup

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

Seorang peniaga, Ng Zi Yan menyusun beberapa kotak tepung gandum di kedainya di Ipoh, Perak, semalam. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS

IPOH 2 Jun - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri tidak menerima sebarang laporan atau aduan tentang kekurangan barangan keperluan termasuk tepung dan minyak di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsuddin Abu Hassan berkata, sehingga kini pemantauan yang dilakukan pegawai daripada PPDNKK di semua premis perniagaan mendapati keadaan adalah terkawal.

"Bagaimanapun, saya telah meminta semua pegawai KPDNKK negeri untuk mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa di semua premis perniagaan sama ada di kedai runcit, pasar mini dan juga pasar raya-pasar raya besar.

"Begitu juga ke atas pemborong dan peruncit. Hal ini bagi memastikan barangan keperluan tersebut sentiasa ada dan mencukupi," katanya di sini hari ini.

Samsuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masalah kekurangan bekalan minyak masak dan tepung gandum yang mula membelenggu pengguna di Kedah apabila peniaga dan orang ramai mengadu menghadapi kesukaran untuk mendapatkan barangan tersebut sejak 20 Mei lalu.

Dalam pada itu, Samsuddin turut memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku masalah kekurangan barangan menjelang Ramadan dan Syawal tidak lama lagi.

Jelas beliau, ini berikutan kementerian telah pun melakukan pemantauan yang teliti khususnya terhadap pembekal.

"Kita juga ingin memberi amaran kepada pemborong dan peruncit agar jangan sesekali bertindak menyorokkan barang keperluan untuk mewujudkan suasana panik dan resah di kalangan rakyat.

"Kepada pemborong, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Faa, 45, mengakui berdepan dengan masalah stok barang yang lewat dihantar ke premisnya sejak dua minggu lalu.

"Barang ada, cuma tidak banyak. Sejak dua minggu lalu, penghantaran yang dibuat ke kedai saya agak lewat, tetapi tidak sampai terputus terus. Selain itu, saya tidak menghadapi sebarang masalah," katanya.

Seorang lagi peniaga, Tan Mee Foong, 50, pula memberitahu premisnya masih menerima bekalan minyak masak dan tepung gandum seperti biasa.

"Setakat ini, semua barang keperluan mencukupi. Lazimnya tidak pernah berlaku sebarang masalah kekurangan stok bekalan meskipun pada musim perayaan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Sebak meruntun di tembok penjara

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEORANG banduan mencium tangan ibunya pada program Jalinan Kasih sempena Hari Ibu bersama penghuni Penjara Seremban.

SEREMBAN 2 Jun - Sebaik sahaja lagu Ibu, engkaulah ratu hatiku dinyanyikan sekumpulan penghuni Penjara Seremban di sini, sembilan ahli keluarga mereka berada di Dataran Penerimaan Penjara Seremban, mula sebak dan mengesat air mata.

Bukan itu sahaja, apabila lagu-lagu meruntun jiwa serta persembahan puisi dan lagu bertajuk Ibu yang disampaikan oleh penghuni penjara itu, masing-masing semakin sayu dan menggenggam erat anak dan suami yang turut serta berada di dataran berkenaan.

Inilah senario yang dapat disaksikan pada program Jalinan Kasih sempena Hari Ibu bersama penghuni Penjara Seremban yang bertemakan Juwita Ratu Hatiku yang diadakan di penjara berkenaan di Temiang baru-baru ini.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Penjara Seremban, Mohd. Hafizey Yahaya serta pegawai kanan penjara berkenaan.

Lebih menjadikan program yang cuma beberapa jam itu terkesan apabila lagu bertajuk Biar bulan berbicara sendiri didendangkan, jelas terpancar perasaan tidak sabar ahli keluarga untuk memeluk dan berbual dengan anak yang dikasihi.

Sehinggalah kesemua ibu yang hadir dipanggil ke hadapan untuk memotong kek dan disuapkan oleh anak masing-masing, rindu untuk bersemuka dengan orang dikasihi ini terlerai sudah.

Menurut salah seorang penghuni penjara, Rosli (bukan nama sebenar), 46, yang menyampaikan ucapan mewakili rakan mereka, peluang bertemu dengan keluarga setelah sekian lama berada di penjara ini bagi menjalani hukuman amat dinantikan.

"Walaupun kehidupan kami dikelilingi tembok batu dan berpagar berduri serta terpisah jauh daripada keluarga, namun masih ada yang sanggup memberi simpati kepada kami.

"Kami menerima pemulihan dari segi mental, fizikal, akhlak dan moral, malah lebih terasa apabila Penjara Seremban mengizinkan kami bersemuka dengan ahli keluarga," katanya dalam ucapan di Penjara Seremban.

Rosli berasal dari Tanjung Malim, Perak menjalani hukuman dua tahun penjara atas kesalahan dadah merupakan bekas kerani sebuah bank dan terpisah dengan isteri sejak 2002 apabila terlibat dengan dadah pada usia 25 tahun.

"Kedua-dua anak saya, kini belajar di universiti dan kolej matrikulasi. Saya menyesal dengan perbuatan ini dan berjanji tidak akan melakukannya lagi," katanya yang empat kali dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan sama.

Sementara ibunya, Madiah Nos (bukan nama sebenar), 66, peluang bertemu anaknya itu amat dinantikan dan berdoa semoga dia tidak mengulangi semula kesalahan dadah.

"Saya sebak apabila melihat beliau berucap mewakili kawan-kawannya. Saya tidak mahu melihat dia kembali ke dalam penjara semula," katanya.

Dalam pada itu, Nathan (bukan nama sebenar), 39, yang mempunyai enam orang anak berkata, dia insaf selepas enam kali dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan dadah selepas ditahan di rumahnya di sini.

"Saya tinggal lima bulan lagi untuk menamatkan hukuman di penjara ini dan satu perkara membuatkan saya tidak mahu lagi terlibat apabila anak-anak menyuruh saya memikirkan kasih dan sayang yang sudah jauh. Mereka merindui saya.

"Apabila keluar kelak, mereka mahu saya membawa anak-anak makan ketam dan bercuti di Port Dickson. Saya tidak sabar menunggu masa untuk dibebaskan," katanya yang berasal dari Bahau.

Bagi Mohd. Afrat (bukan nama sebenar), 33, dari Petaling Jaya, Selangor, dia dimasukkan ke dalam penjara setelah didapati bersalah mencetak wang palsu di Port Dickson.

"Saya sebelum itu dimasukkan ke penjara Tapah, Perak dan baharu sebulan dipindahkan di penjara ini. Saya terperangkap dengan pujukan kawan dan akhirnya saya ditangkap kerana terlibat dalam sindiket wang palsu," katanya.

Tambahnya, apa yang berlaku ini satu pengajaran malah ini bukanlah cara betul untuk menjadi kaya.

Isterinya, Norashikin, 30, sentiasa memberikan semangat dan menunggu kepulangannya kelak selepas selesai menjalani hukuman sehingga 2017.

Bagi Lim, 33, yang menerima hukuman enam tahun kerana kesalahan merompak berkata, dia terharu kerana dikunjungi oleh nenek, ibu, abang dan anak buahnya dalam program Hari Ibu ini.

"Siapa pun akan merasa sebak dan gembira. Begitulah juga ibu saya dan berada dalam penjara ini memberi banyak pengajaran. Saya telah melakukan kesalahan dan menerima hukuman. Ini tidak akan saya ulangi lagi," katanya yang berasal dari Jinjang, Kuala Lumpur.

Di akhir pertemuan di penjara ini, cukup jelas menunjukkan raut wajah kegembiraan ibu dan anak-anak mereka, malah detik bersemuka ini telah digunakan secukupnya sehinggalah dikejutkan pegawai penjara apabila memaklumkan, "kepada ahli keluarga dan penghuni anda ada masa 10 minit sahaja lagi."

Penulis meninggalkan mereka melengkapkan baki 10 minit dengan pelukan dan genggaman tangan yang sukar untuk dilepaskan. Benarlah kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Jangan kecewakan hati ibu bapa selepas bebas

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

MOHD. Hafizey Yahaya (berdiri, dua dari kanan) beramah mesra dengan banduan dan ahli keluarga mereka ketika menghadiri program Jalinan Kasih sempena Hari Ibu di Temiang, Seremban, baru-baru ini.

SEREMBAN 2 Jun - Bersemuka dengan ibu dan ahli keluarga bagi penghuni penjara adalah satu nikmat yang patut disyukuri kerana ia jarang dilakukan.

Timbalan Pengarah Penjara Seremban, Mohd. Hafizey Yahaya berkata, ini adalah inisiatif pihak penjara untuk memberikan kesejahteraan keluarga dalam kalangan penghuni supaya kehadiran itu memberikan motivasi untuk pemulihan mereka ketika berada dalam hukuman.

"Apabila bebas kelak, hayati dan renunglah wajah ibu bapa serta keluarga anda sementara masih berkesempatan dan jagalah hati mereka dan jangan sesekali mengecewakan hati mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jalinan Kasih sempena Hari Ibu bersama penghuni Penjara Seremban bertemakan Juwita Ratu Hatiku yang diadakan di penjara berkenaan di Temiang, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, majlis tersebut adalah program pemulihan yang dijalankan oleh Jabatan Penjara untuk semua penghuni yang layak dan dipilih berdasarkan kelakuan baik serta tidak pernah melanggar peraturan penjara sepanjang berada di sini.

"Penghuni harus memanfaatkan peluang yang ada kerana pertemuan bersemuka begini jarang dilakukan kepada setiap perjumpaan penghuni dengan keluarga adalah melalui telefon di Tempat Perjumpaan Penjara sahaja.

"Bagi ahli keluarga penghuni pula, berikanlah mereka peluang untuk berubah dan menerima mereka semula dengan hati terbuka," katanya.

Pada masa sama, Mohd. Hafizey menyeru semua penghuni penjara supaya insaf dan tidak mengulangi kesilapan lampau sehingga menyebabkan kebimbangan dan keresahan dalam keluarga.

"Kesejahteraan keluarga anda semua adalah melalui keinsafan diri anda. Jika anda berjaya mengharungi liku-liku kehidupan di luar penjara dengan baik apabila dibebaskan kelak, ia adalah keinsafan sebenar yang amat diharapkan oleh ahli keluarga masing-masing," katanya.

Pada sidang akhbar selepas itu, beliau berkata, terdapat sejumlah 695 penghuni Penjara Seremban ketika ini di mana majoritinya melibatkan kesalahan dadah tegar.

"Kita memberikan pemulihan kerana konsep lalu seperti tahan dan dera sudah tidak diamalkan lagi dalam penjara, sebaliknya ia menggunakan pendekatan tahan dan pulih supaya program yang dijalankan itu benar-benar memberi impak apabila penghuni dibebaskan kelak.

"Maka empat fasa telah dilalui penghuni di bawah Program Pembangunan Insan iaitu orientasi seperti kawad, insan berkaitan didikan agama dan nilai murni, kemahiran untuk melengkapkan mereka dalam asas jati diri seperti bertukang, dobi, menjahit dan akhir sekali ialah pra bebas di mana penghuni menyertai aktiviti bersama masyarakat," katanya.

Menurut beliau, adalah diharap penghuni yang dibebaskan mampu merubah cara kehidupan dan bersama-sama dalam masyarakat membina kehidupan baharu yang lebih tersusun dan baik bersama ahli keluarga masing-masing.

Pemikiran songsang perlu diketepi

Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

MOHAMAD Hasan (depan, kiri) bersama jemaah mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki as Sanusi di Masjid Kompleks Pusat Islam Rantau, Seremban, malam semalam.

SEREMBAN 2 Jun - Peradaban dan pemikiran songsang perlu diketepikan dalam menghalakan umat Islam ke jalan yang benar apatah lagi ketika dunia sedang menghina agama suci ini selepas dianggap sebagai ancaman besar kepada sejagat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemahaman yang betul serta petunjuk yang diberikan dalam al-Quran dan sunah hendaklah dipatuhi supaya stigma kebimbangan dan penghinaan dunia terhadap Islam dapat dikikis.

"Kita harus melihat bagaimana agama Islam yang suci ini dimomokkan dengan kisah buruk kononnya ia merupakan ancaman kepada dunia keseluruhannya.

"Lebih mendukacitakan selepas kejadian 11 September 2001 di empat siri serangan termasuklah Menara Berkembar World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di Bandar Raya New York, pertuduhan negatif terhadap agama Islam semakin menebal, katanya.

Mohamad berucap dalam majlis sambutan Israk Mikraj di Masjid Kompleks Pusat Islam Rantau, dekat sini malam tadi.

Yang turut hadir, isteri beliau, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin; Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Mohd. Shukor Sabudin; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Selamat Paigo; Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Kamal Amran Kamarudin serta beberapa ketua jabatan.

Ceramah Israk Mikraj telah disampaikan oleh ahli MAINS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Akidah majlis berkenaan, Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki as Sanusi.

Kata Mohamad, agama Islam di negara ini juga sedang terancam akibat kecetekan ilmu serta pembawaan pemikiran sendiri tanpa merujuk kepada pakar dalam mengeluarkan sesuatu hujah.

"Kita sendiri yang melakukan perpecahan ini. Perpaduan umat Islam adalah benteng terakhir dalam memastikan negara ini terus kekal harmoni dan terbela, ujarnya.

Sementara itu, Syeikh Muhammad Fuad dalam ceramahnya menyatakan, adalah mendukacitakan apabila umat Islam hari ini menilai ilmu seseorang bukan berdasarkan kepada kebenaran sebaliknya melalui kepetahan berbicara.

Maka, sebab itulah banyak hujah yang tidak betul keluar dari mereka yang tidak berilmu dan dibimbangi menuju ke arah pemahaman yang tidak betul.

"Sesiapa yang mengeluarkan fatwa tanpa ilmu, apatah lagi agak-agak dan kemudian betul, ia tetap salah. Jadi selidiklah betul-betul apabila bercakap mengenai fatwa kerana apa yang kita keluarkan itu adalah hukum bagi sesuatu perkara, ujar beliau yang juga Ahli Majlis Fatwa negeri.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved