Isnin, 1 April 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Tindakan jiran halang pencuri masuki rumah Erra Fazira

Posted: 01 Apr 2013 02:00 PM PDT

Oleh ASSIM HASSAN

ERRA FAZIRA

KUALA LUMPUR 2 April - Rumah pelakon terkenal, Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik, 38, di Seksyen 20, Damansara dekat sini cuba dipecah masuk petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, suspek yang menaiki kereta Honda berwarna putih dikatakan memasuki kawasan rumah pelakon terbabit melalui pagar hadapan.

Bagaimanapun jiran kepada pelakon filem Maria Mariana itu, yang curiga dengan kehadiran suspek, segera menghubungi pihak polis.

"Suspek yang tidak sempat masuk ke dalam rumah, bergegas melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak polis," kata sumber polis kepada Utusan Online.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya masih memburu suspek terbabit bagi membantu siasatan.

Arjunaidi turut memuji tindakan pantas jiran terbabit yang segera melaporkan kejadian mencurigakan kepada pihak polis.

Dalam pada itu, Erra ketika dihubungi Utusan Online memberitahu, ketika kejadian, dia berada di sekolah anaknya di Bangsar.

"Sebaik sahaja menerima panggilan jiran, saya bergegas menyelesaikan segala urusan sebelum pulang ke rumah kira-kira pukul 4 petang.

"Syukur kerana penjenayah tidak sempat memasuki bahagian dalam rumah dan hanya berada di garaj rumah saya sahaja," katanya. - UTUSAN ONLINE

Muhammad Ridhwan ditahan bawah SOSMA

Posted: 01 Apr 2013 12:08 PM PDT

Muhammad Ridhwan Sulaiman yang dikehendaki pihak polis berkaitan pencerobohan pengganas di Lahad Datu, membawa dokumen sewaktu tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 1 April - Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah, Muhammad Ridhwan Sulaiman yang namanya diumumkan polis sebagai individu dicari untuk membantu siasatan berhubung pencerobohan pengganas di Sabah semalam, ditahan semasa menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini hari ini.

Muhammad Ridhwan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang difahamkan selama tujuh hari.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika ditemui dalam satu majlis berasingan di Shah Alam hari ini mengesahkan penahanan lelaki tersebut.

"Dia (Muhammad Ridhwan) ditahan reman bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kerana polis mempunyai masa selama 28 hari untuk menahan serta melakukan siasatan berhubung kes itu," katanya.

Terdahulu, Muhammad Ridhwan yang hadir di IPD tersebut pada pukul 11.05 pagi bersama kenalan dan peguamnya memberi keterangan hampir enam jam.

Beliau kemudian dilihat dibawa keluar dari IPD itu dengan menaiki sebuah dari enam kereta pegawai penyiasat pada pukul 5 petang dan difahamkan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Muhammad Ridhwan ketika ditemui sebelum memasuki IPD tersebut untuk menyerah diri berkata, beliau terpanggil memberi kerjasama kerana gambarnya dikeluarkan di media-media massa dan mahu membuat penjelasan tentang perkara sebenar tentang dakwaan terbabit.

Beliau yang sekali lagi menegaskan tidak pernah terlibat dengan mana-mana kumpulan pengganas, menafikan pernah memberi dana kepada Jamalul Kiram.

"Saya sendiri berdiri di belakang kerajaan dan bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri yang tidak akan membiarkan bumi Malaysia ini seinci pun dijajah.

"Saya sendiri tidak mengenali Jamalul Kiram kerana dia berada di kepulauan Tawi-Tawi. Saya tidak pernah bertemu dengannya.

"Saya hanya mengenali Muedzul-Lail Kiram dan hanya memberi bantuan kewangan kepada dia sahaja," katanya.

Semalam Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib meminta lelaki bergelar 'Datuk Seri' itu segera menyerah diri kerana amat dikehendaki pihak berkuasa.

Muhammad Ridhwan seterusnya mendakwa, Muedzul-Lail Kiram yang dikenalinya adalah pewaris sah Kesultanan Sulu kerana dia adalah anak kandung sultan terakhir di Sulu.

"Disebabkan banyak pulau di kepulauan Sulu, banyak kumpulan mengaku mereka adalah Sultan Sulu.

"Saya diberitahu oleh Muedzul- Lail Kiram mereka sendiri menolak pencerobohan di Sabah dan tidak boleh menuntut Sabah sebagai hak mereka. Dia juga tiada hasrat untuk melakukan tuntutan itu," jelasnya.

Tambah Muhammad Ridhwan, beliau mempunyai beberapa salinan slip pemberian dana kepada Muedzul-Lail Kiram yang diberi melalui bank tempatan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kes Tunku Ismail rumit

Posted: 01 Apr 2013 12:08 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Ahmad Fuad Daud

KUALA LUMPUR - Tindakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berada di bangku simpanan pemain ketika tempoh digantung boleh mengundang padah apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyatakan ketegasan akan menyiasat kes berkenaan.

Perkara itu diperjelaskan oleh Penolong Setiausaha Agung FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud yang turut bertindak sebagai Pesuruhjaya Perlawanan pada perlawanan itu antara Johor Darul Takzim dan Terengganu, 30 Mac lalu.

Pun begitu, di sebalik ketegasan yang cuba ditunjukkan oleh FAM, terdapat sedikit kemungkinan Tunku Ismail masih boleh bebas daripada sebarang tindakan jika beliau mendakwa berada di bangku simpanan pemain atas kapasiti selaku Tunku Mahkota Johor.

''Saya sudah menyiapkan laporan penuh mengenai insiden itu (Tunku Ismail yang berada di bangku simpanan pemain) perkembangan terhadap kes ini akan diketahui tidak lama lagi.

''Laporan itu akan diserahkan pada hari ini kepada mana-mana jawatankuasa yang terbabit dan ada kemungkinan kes Tunku Ismail akan diteliti oleh Jawatankuasa Tatatertib.

''Namun, kes ini tetap akan dikaji terlebih dahulu bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan dan mungkin juga boleh dirujuk kepada jawatankuasa lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Cuma penjelasan Fuad mengenai kehadiran Tunku Ismail duduk di bangku simpanan atas kapasitinya sebagai Presiden PBNJ atau Tunku Mahkota Johor mengundang sedikit kekeliruan

''Perkara ini perlu ditanya disiasat terlebih dahulu dan jika berlaku sebarang masalah, FAM kini sudah ada pengawai undang-undang sendiri untuk meneliti lebih mendalam," katanya.

Tunku Ismail yang digantung enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak pada 9 Mac lalu mencetuskan kejutan apabila berada di bangku simpanan pemain ketika perlawanan Liga Super antara Johor Darul Takzim dan Terengganu di Stadium Larkin, Sabtu lalu.

Pada perlawanan yang disiarkan secara langsung di salah sebuah televisyen tempatan itu, beliau terlebih dahulu berada di tempat duduk khas, namun menyertai para pemain lain ketika perlawanan mula memasuki separuh masa kedua.

Malah, beliau sempat bersalaman dengan pertahanan Johor DT, Ahmad Tarmini Saiban yang dilayangkan kad merah setelah menerima dua kad kuning kedua.

Dalam laporan Utusan Malaysia semalam, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata beliau sedang menunggu laporan penuh daripada pegawai pertandingan sebelum mengambil sebarang tindakan.

Apa yang pasti, kontroversi terbaharu yang membabitkan Tunku Ismail ini menambah lagi rencah kepada asam garam bola sepak negara yang tidak pernah lekang daripada masalah terutamanya membabitkan Artikel 88.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim serta Tunku Ismail menjadi dua mangsa pertama Artikel 88 pada tahun ini dan dijangka jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal juga bakal menjadi mangsa terbaharu kepada artikel terbabit.

Tugas getir menanti Kim Swee

Posted: 01 Apr 2013 12:08 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Ong Kim Swee (barisan tengah) bersama pemain pasukan Harimau Muda A sebelum berlepas ke Slovakia bulan lalu. Skuad bawah 23 tahun negara ini akan berdepan dengan perlawanan ujian ketiga menentang MSK Zilina, Khamis ini.

KUALA LUMPUR - Setelah dibelasah teruk 1-7 oleh pasukan bawah 21 Georgia pada 26 Mac lalu, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee berdepan tugas getir untuk memulihkan kembali moral para pemainnya menjelang perlawanan menentang kelab Divisyen Satu Slovakia, MSK Zilina, Khamis ini.

Tambahan skuad yang mereka tentang bukannya dari pasukan liga simpanan, dia perlu segera mencari tonik terbaik bagi memastikan Harimau Muda tidak diaibkan buat kali kedua.

''Sudah tentu bukan mudah buat saya memperbaiki keyakinan para pemain selepas kami kalah teruk tempoh hari kepada lawan yang lebih baik.

''Namun, kita perlu mengambil kekalahan itu daripada sudut positif kerana rata-rata pemain saya turunkan adalah terdiri daripada pemain-pemain pelapis dan ini memberikan kesempatan terbaik kepada mereka.

''Jangan dilupakan ketiadaan pemain-pemain terbaik pada perlawanan sebelum ini seperti Gary Steven Robbat, Mohd. Irfan Fazail dan Mohd. Fadhli Shas, itu turut memberi sedikit sebanyak memberi kesan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menentang Zilina, yang pernah muncul dalam saingan Liga Juara-Juara 2010/11, Kim Swee berharap anak-anak buahnya boleh memperoleh banyak pengalaman berharga dan tidak terlalu memikirkan keputusan semata-mata.

''Zilina akan menurunkan sekurang-kurangnya 80 peratus pemain pasukan utama dan itu pasti memberikan saingan berkualiti kepada pasukan kita.

''Jangan difikirkan sangat mengenai keputusan sama ada menang atau kalah kerana tujuan kami adalah mahu memperbaiki segala kelemahan sebelum ke Sukan SEA di Myanmar.

''Diharapkan kehadiran semula Fadhli Shas di benteng pertahanan dapat memberikan keyakinan kepada para pemain lain kerana kita semua tahu pengalaman yang dia ada boleh membimbing pasukan beraksi lebih baik, " katanya.

Harimau Muda seri 1-1 bertemu bawah 19 Slovakia pada perlawanan persahabatan pertama, 23 Mac lalu sebelum tunduk kepada kegagahan Georgia setelah terpaksa beraksi dalam cuaca sejuk bawah 5 darjah Celsius.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


971 peneroka terima SITSS

Posted: 01 Apr 2013 12:08 PM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUALA KRAU 1 April - Sebanyak 971 peneroka Felda Wilayah Jengka menerima bayaran Skim Insentif Tanam Semula Sawit (SITSS) berjumlah kira-kira RM2 juta daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, peneroka dari tiga rancangan Felda iaitu Felda Jengka 17 sebanyak 270 orang memperoleh RM547,000, Felda Jengka 18 seramai 291 orang (RM582,000) dan Felda Jengka 19 seramai 410 orang (RM820,000).

Katanya, secara purata setiap peneroka menerima kira-kira RM2,000 iaitu tambahan daripada jumlah RM2,000 yang telah diterima mereka sebelum ini sebagai insentif untuk membiayai sebahagian kos penebangan sawit.

''SITSS bertujuan menggalakkan penebangan pokok sawit tua dan menanam semula dengan anak benih yang berkualiti," katanya pada majlis penyampaian bayaran SITSS di Jengka 17 di sini kelmarin.

Beliau berkata, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi melaksanakan SITSS dengan dana sebanyak RM100 juta pada tahun ini melibatkan kawasan penanaman sawit di seluruh negara.

Katanya, di bawah skim ini, insentif sebanyak RM1,000 sehektar disediakan berdasarkan beberapa syarat iaitu diberi kepada pemilik ladang sawit yang mempunyai keluasan kurang 40.47 hektar.

Menurut beliau, syarat lain penerima insentif ialah pekebun kecil di bawah seliaan Felda dan agensi kerajaan negeri atau kawasan tanaman sawit kurang daripada 40.47 hektar.

''Pemberian SITSS satu lagi komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu warga peneroka mendapat tambahan kewangan," katanya.

Ismail seterusnya meminta warga peneroka berpakat mempertahankan Felda daripada para 'parasit' yang tidak jemu-jemu meruntuhkan usaha agenda Melayu yang dibina lebih 52 tahun lalu.

Menurutnya, kerenah pembangkang seperti itu sangat memualkan sedangkan mereka turut mendapat manfaat daripada pembangunan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

''Rancangan Felda adalah milik peneroka yang setia dan tidak ada tempat bagi mereka yang menjadi perosak kepada kemajuan yang telah dicapai rakyat sekarang," katanya.

Tanaman limau madu beri pulangan berbaloi

Posted: 01 Apr 2013 12:08 PM PDT

JERANTUT 1 April - Penanaman limau madu atau nama saintifiknya Citrus Sinensis banyak diusahakan petani di Hulu Tembeling, Jerantut berasaskan permintaan yang meningkat di pasaran tempatan.

Bertolak hakikat itulah, seorang petani Kampung Tempan, dekat sini, Adenan Nipah, 55, memajukan tanah seluas lapan hektar untuk tanaman limau madu dan sayur-sayuran.

Katanya, projek tanaman itu bermula pada 1994 sebagai percubaan awal walaupun harus bersaing dengan pasaran buah-buahan tempatan lain.

"Benih limau ini saya peroleh daripada Jabatan Pertanian yang turut memberi bimbingan dari aspek pengurusan tanaman dan ladang pada peringkat awal," katanya di Kampung Tempan, dekat sini baru-baru ini.

Menurutnya, sebanyak 700 anak benih limau itu disulam di kawasan tanah pinggir kampung tersebut yang sudah diteroka untuk dimajukan dengan projek berkenaan.

"Setelah tiga tahun bersusah payah menjaga tanaman ini, akhirnya membuahkan hasil pertama pada 1997 sehingga kini dan mendapat pasaran yang baik di pasar tani dan pusat pelancongan Taman Negara," ujarnya.

Tanaman itu, katanya, dijaga dengan rapi untuk mengelak pokok limau tersebut mati akibat serangan ulat, penyakit tanaman dan musuh lain iaitu babi hutan.

"Kini cuma sebanyak 600 batang pokok mengeluarkan buah antara 400 hingga 700 biji," katanya.

Katanya, sekilogram buah limau itu dijual dengan harga RM4 kepada pelawat di Taman Negara Kuala Tahan, Kampung Pagi dan kawasan berdekatan.

Beliau berkata, pendapatan harian jualan buah limau mencecah antara RM80 hingga RM100 digunakan untuk belanja dapur, persekolahan, membeli baja dan racun serangga.

"Limau yang baru dipetik boleh dimakan begitu sahaja atau dapat bertahan beberapa hari untuk diperah menjadi jus yang manis," katanya.

Tambahnya, usaha itu akan diteruskan dengan memajukan tanah terbiar berdekatan rumah dengan tanaman limau dan buah naga yang boleh mengecapi pulangan lumayan sesuai dengan kudrat dalam usia emasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


16 nelayan Bangladesh dibunuh oleh lanun

Posted: 01 Apr 2013 11:42 AM PDT

DHAKA 2 April - Sekurang-kurangnya 16 orang nelayan dibunuh oleh lanun di tenggara negara ini.

Lanun-lanun itu dipercayai mengikat kesemua mereka sebelum membuang mayat nelayan-nelayan itu ke dalam Teluk Benggala semalam.

Polis berkata, pihaknya menemui bot nelayan di Pulau Kutubdia di daerah Coz Bazaar bersama tiga mayat selepas nelayan lain menemukan mayat tersebut dalam keadaan terapung di laut.

"Kesemua mereka ditemukan dengan keadaan tangan dan kaki terikat dengan tali sebelum membawa kesemuanya ke pantai," kata Timbalan Ketua Polis tempatan, Imran Bhuiyan. - AFP

Letupan di lombong arang batu, enam terbunuh

Posted: 01 Apr 2013 11:38 AM PDT

BEIJING 2 April - Sekurang-kurangnya enam orang terkorban manakala 11 orang lagi dilaporkan hilang dalam satu letupan baharu yang berlaku di sebuah lombong arang batu yang mengorbankan 28 orang pekerja beberapa hari lalu.

Letupan tersebut berlaku di lombong Baboo yang terletak di wilayah Jilin, timur laut China.

Seorang pekerja mengesahkan kejadian tersebut, berkata berlaku dua letupan di lombong yang sama, yang mengorbankan 28 orang pekerja beberapa hari lalu.

Dia bagaimanapun tidak memberikan maklumat terkini bagaimana kejadian sama itu berlaku di kawasan yang sama. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Kelainan Galaxy S4

Posted: 01 Apr 2013 02:00 AM PDT

Susunan NOOR DIANA AZIS

PENERAJU global dalam media dan teknologi digital, Samsung Electronics Co. Ltd. baru-baru ini mengumumkan pelancaran Galaxy S4, generasi keempat dalam rangkaian Galaxy S.

Gajet terbaharu itu dibangun bagi melengkapkan keperluan pengguna masa kini yang melihat pembangunan teknologi memainkan peranan penting dalam memaksimumkan perlaksanaan kehidupan harian.

Menariknya mengenai generasi keempat berkenaan, mempunyai paparan Super AMOLED berdefinisi penuh (HD) yang pertama di dunia dan dilengkapi dengan kamera belakang 13 mega piksel.

Selain itu, reka bentuknya lebih kukuh dengan skrin bersaiz lima inci, bateri seberat 170 gram yang menjadikannya tampak nipis sekali gus lebih mudah dipegang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Samsung, Galaxy S4 merupakan telefon bimbit pintar dengan hanya berukuran 7.9 milimeter serta dibangunkan berdasarkan kepada keperluan dan harapan pengguna seluruh dunia.

Menurut Presiden dan juga Ketua Bahagian Teknologi Maklumat (IT) dan Komunikasi Mudah Alih Samsung, JK Shin, pihaknya akan terus menaiktaraf inovasi yang diperoleh daripada bayangan pengguna dan dalam masa yang sama akan menjadikan keinginan mereka sebagai satu kenyataan.

Galaxy S4 juga dilengkapi dengan teknologi Gorilla Glass Corning 3 yang tahan lasak dan setiap gambar yang dirakam mampu merekod bunyi yang mampu membuatkan anda mengingati kenangan indah serta berkongsi setiap saat dalam setiap gambar lebih dengan jelas," katanya.

Pada edisi pengenalan sempena majlis pelancarannya baru-baru ini, gajet itu ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih dengan pilihan warna tambahan bakal menyusul akhir tahun ini.

Samsung masih mengekalkan rekaan sama seperti rangkaian Galaxy S terdahulu, S3 dengan bahan plastik premium yang menjadikan model terbabit berjaya dinipiskan dengan resolusi skrin 441 pixel per inchi (ppi).

Selain itu, teknologi Airview juga membolehkan operasi sentuh skrin menumpukan speed dial dengan mengeluarkan gambar dari nombor satu hingga sembilan.

Pada masa sama, fungsi WatchON diperkemas menjadi alat kawalan televisyen manakala album foto memungkinkan pengguna memasukkan audio dalam setiap rakaman yang diambil.

Terdapat dua ciri menarik pada inovasi Group Play yang mana pengguna boleh berkongsi muzik menggunakan pelbagai jenis telefon sebagai pembesar suara selain bermain permainan dalam talian bersama telefon lain tanpa sambungan data, Wi-Fi atau Bluetooth.

Bagi sesetengah pengguna telefon bimbit pintar, kekangan bahasa amat merumitkan namun aplikasi

S Translator yang terdapat pada Galaxy S4 mampu memberi terjemahan segera dengan hanya menggunakan teks atau menyuarakan terjemahan atas permohonan termasuk e-mel, pesanan teks dan ChatON.

Samsung Galaxy S4 kini boleh didapati bermula suku kedua tahun ini secara global dan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan informasi tambahan mengenai gajet ini boleh layari laman web www.samsung

mobilepress.com.

Anugerah jadi ukuran

Posted: 01 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS

SEJAK pengenalannya pada awal tahun lalu Ultrabook XPS 13 telah berjaya meraih 52 anugerah merentasi 18 negara pada suku tahun ketiga tahun lepas.

Sejajar dengan kecemerlangan yang diperoleh, baru-baru ini,syarikat pengeluarnya Dell telah memperkenalkan sekali gus memberi pilihan kepada pelanggan untuk merasai kepuasan serta pengalaman menonton yang unggul melalui skrin paparan berdefinisi tinggi.

Menurut Pengurus Besar, Perniagaan Pengguna Dell Malaysia, Khoo Teng Guan, kelebihan XPS13 ditampilkan dengan saiz skrin paparan 13 inci serta prestasi pengkomputeran yang menakjubkan.

Dengan XPS13 paparan HD (definisi tinggi) ini, kami menyediakan keperluan dan kehendak selain memberi pengguna menikmati sepenuhnya gambar dan video mereka dalam satu perincian yang menakjubkan.

Skrin paparan 1920 x 1080p turut mengandungi hampir dua kali ganda piksel paparan 720p biasa dengan perbezaan imej dan video yang lebih tepat termasuk membaca e-Book atau laman sesawang," katanya.

Selain meningkatkan tahap imej yang lebih jelas , ini juga memberikan 72 peratus lebih kecerahan warna berbanding hanya 45 peratus yang terdapat pada panel standard dengan sudut pemerhatiannya juga lebih luas iaitu 178 darjah.

Ciri-ciri yang menambahkan lagi pesona pada peranti ini adalah bentuk fizikalnya yang kukuh, lebih nipis dan ringan selain dikuasakan oleh pemproses i5 dan i7 generasi ketiga.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan Ultraboo XPS13 ini, sudah berada di pasaran dengan harga pengenalan RM4,299.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Yoga bantu Miranda Kerr

Posted: 01 Apr 2013 02:00 AM PDT

Miranda Kerr

MODEL cantik ini baru sahaja mengalami kemalangan kereta sehingga menyebabkan leher dan tulang belakangnya cedera. Bagaimanapun dedikasi yang tinggi untuk melakukan senaman Yoga nampaknya banyak membantu Miranda Kerr cepat pulih dari kecederaan tersebut.

Beraksi untuk kempen terbaru jenama pakaian sukan terkenal Reebok baru-baru ini, membuktikan Kerr sudah pulih sepenuhnya.

Isteri kepada pelakon Orlando Bloom ini juga sempat berkongsi pengalaman memakai pakaian terbaru Reebok melalui Twitter yang di sifatkannya sebagai sangat selesa untuk mereka yang mahu melakukan Yoga.

Terima Kasih Reebok, hari yang menyeronokkan dengan @reebok_usa #swizzbeatz ," katanya yang turut berkongsi gambar dengan salah satu gerakan Yoga.

Dua minggu lalu selepas terlibat dengan kemalangan, Kerr dilihat terpaksa memakai alat penyokong leher. Menurut sumber kereta yang dinaiki Kerr dan pembantunya dilanggar sebuah kereta lain dan menyebabkan keretanya remuk teruk.

Terpaksa melalui ujian MRI sebanyak beberapa kali bagi memastikan tahap kecederaan yang dialami ibu kepada seorang anak ini. Menurut jurucakap model ini, Kerr sebenarnya memang menderita akibat kemalangan tersebut.

Dia memang berada dalam keadaan sakit yang amat sangat. Bagaimanapun kami bernasib baik kerana kecederaannya tidak terlalu serius," kata jurucakap itu.

Bagi memastikan pemandu yang melanggar kereta Kerr itu tidak terlepas dari bertanggungjawab, Kerr turut membuat laporan polis mengenai kecuaian pemandu terbabit sehingga menyebabkan perlanggaran tersebut.

Namun, tiada apa yang paling penting untuk Kerr apabila sangat bersyukur anaknya Flynn tidak bersamanya ketika kemalangan. Untuk memastikan dia sembuh dalam kadar yang segera juga, suaminya Bloom turut meluangkan masa bersama model terbabit didalam membantu jururawat yang menjaga Kerr. Malah Bloom sentiasa berada di samping isterinya didalam tempoh pemulihan tersebut.

Dia menjaga isterinya dengan baik. Dia seorang suami yang baik, dan mereka sangat bernasib baik untuk tidak membawa Flynn bersama ketika kemalangan itu," katanya.

Pertandingan 39 kategori

Posted: 01 Apr 2013 02:00 AM PDT

ANTARA calon yang hadir dalam majlis pengumuman pencalonan Anugerah Seni BOH Cameronian ke-10 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

EMPRESS Wu - The Musical yang memaparkan kisah kehidupan seorang maharani semasa pemerintahan Dinasti Tang awal-awal lagi sudah menunjukkan kehebatan mereka untuk mengungguli Anugerah Seni BOH Cameronian Ke-10 apabila mendapat 15 pencalonan dalam kategori yang dipertandingkan bagi teater muzikal pada tahun ini.

Teater arahan Pun Kai Loon akan bersaing dengan pencabar terdekat mereka, teater Everworld arahan Jayne Wong yang juga menampilkan aksi cemerlang dengan memperolehi sembilan pencalonan.

Selain kategori rekaan tari, keaslian muzik, keaslian lirik, arahan muzik, persembahan, arahan, rekaan set, rekaan kostum dan solekan, rekaan bunyi, serta rekaan cahaya, Empress Wu - The Musical yang diterbitkan Dama Music Productions Sdn. Bhd. turut dicalonkan dalam kategori Persembahan Peranan Utama Terbaik dan Persembahan Peranan Pembantu Terbaik.

Sementara itu, dua teater muzikal bertajuk Kiss Of The Spider Woman dan Yao Lee The Legendary Rose Musical turut memberikan saingan apabila dicalonkan dalam lapan kategori.

Bagi segmen teater pula, Nadirah mendapat tujuh pencalonan daripada lapan kategori yang dipertandingkan, manakala Usikan Rebab dan Bites of Delights masing-masing dengan enam pencalonan.

Selain teater dan teater muzikal, segmen tarian yang dipertandingkan mempertaruhkan sebanyak lapan kategori, manakala muzik dengan tujuh kategori.

Bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Menurut Ketua Kakiseni.Com, Low Ngai Yuen, anugerah yang mula diperkenalkan pada 2002 bertujuan mengangkat martabat komuniti seni persembahan kepada masyarakat dalam dan luar negara.

Anugerah kali ini yang mempertandingkan 39 kategori akan diadili 20 juri bebas profesional dalam bidang tarian, muzik, teater muzikal dan teater yang dilantik jawatankuasa penganjur.

Peminat juga boleh memilih tarian, muzik, teater dan teater muzikal kegemaran menerusi undian di dalam laman sensawang awards.kakiseni.com untuk kategori pilihan peminat bermula 25 Mac hingga 25 April ini," katanya.

Malam anugerah gilang gemilang, yang dianjurkan oleh Kaki Seni.com ini akan membawa kelainan kerana bakal diadakan di kawasan terbuka Centre Court, Pavilion pada 1 Mei ini, manakala bagi kategori teknikal anugerah akan disampaikan pada 22 April ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Vitato ganti gandum

Posted: 01 Apr 2013 02:00 AM PDT

Jejari ubi VitAto memiliki rasa yang lebih enak dan manis secara semulajadi berbanding jejari kentang yang sedia ada di pasaran.

HANYA terdapat di sebelah pantai timur negara, ubi keledek VitAto merupakan produk terbaru MARDI dalam menggantikan pengunaan tepung gandum dalam negara.

Menurut Pengurus Pusat Inkubator MARDI Besut, Terengganu, Mohd. Saiful Nizam Hussein berkata, menerusi penyelidikan yang dilaksanakan oleh pihak institut tersebut mereka berjaya menghasilkan produk makanan berasaskan ubi berkenaan.

Di kenali sebagai VitAto, produk yang berasakan ubi VitAto ini merupakan bahan terbaik menggantikan tepung gandum dalam menghasilkan produk bakeri seperti donut, kek cawan dan pelbagai lagi.

Malah, kejayaan menghasilkan produk tersebut adalah dorongan daripada lambakan bahan mentah (ubi keledek VitAto) yang mudah diperoleh di sekitar Besut, Terengganu," katanya ketika di temui di pusat inkubator tersebut baru-baru ini.

Jelas Mohd. Saiful Nizam, teknologi yang berjaya dihasilkan oleh kumpulan penyelidik MARDI itu kini sedang giat dikomersialkan kepada syarikat yang berminat.

MARDI mempunyai program khas bagi memilih usahawan yang benar-benar berminat dan mampu membawa teknologi kami ke peringkat yang lebih jauh.

Oleh itu, bagi produk VitAto, program tersebut digerakkan di bawah Program Inkubator Makanan (Pemprosesan Makanan Berasaskan VitAto)," katanya.

Sehingga kini, MARDI telah mengeluarkan dua teknologi yang menggunakan VitAto sebagai bahan asas iaitu produk bakeri yang terdiri daripada empat produk iaitu donut, muffin, bun dan juga biskut.

Seterusnya produk jejari VitAto (VitAto fries) bagi menggantikan jejari kentang.

Tambah Mohd. Saiful Nizam, sebanyak empat syarikat telah menunjukkan minat terhadap program pengkomersialan produk berasaskan ubi VitAto tersebut.

Keempat-empat syarikat tersebut telah disaring daripada sejumlah besar syarikat yang mendaftar bagi mencari pengusaha yang benar-benar berminat.

Menerusi program tersebut, pengusaha akan menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh MARDI bagi melatih mereka dalam menghasilkan produk makan siap proses menggunakan ubi VitAto.

Malah, peserta juga akan dibantu bermula daripada pencarian bahan mentah sehinggalah kepada teknik pemasaran bagi memastikan mereka benar-benar berjaya dan mampu mengusahakannya sendiri kelak.

Latihan yang diberikan adalah selama dua tahun termasuk proses-proses permohonan pensijilan status halal daripada pihak berkuasa agama, malah jika prestasi yang ditunjukkan oleh syarikat tersebut baik dan amat memuaskan maka mereka akan terus berada di bawah seliaan pusat tersebut selama setahun lagi.

Bercerita mengenai bahan mentah, jelas Mohd. Saiful Nizam, ubi VitAto mudah ditemui di sebelah pantai timur kerana tanah di sana dikatakan amat bersesuaian untuk menanam produk pertanian tersebut.

Malah, varieti ubi berkenaan itu juga merupakan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh MARDI.

Terdapat hampir seluas 200 ekar ladang ubi VitAto di Terengganu dengan kadar pengeluaran 20 tan bagi keluasan satu ekar ladang.

Hasil ubi VitAto dengan varieti baru juga dikatakan mampu mencecah 25 hingga 30 tan seekar jika kena pada musim penanaman yang baik.

Pemuliharaan pokok nadir

Posted: 01 Apr 2013 02:00 AM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Buah ciku (Manikara achras).

JIKA disebut nadir pasti ramai di antara kita yang mengetahui maksudnya, iaitu jarang.

Justeru, pokok buah-buahan nadir memiliki maksudnya yang sama iaitu, pokok buah-buahan yang jarang ditemui.

Bahkan sesetengah spesies pokok tersebut hanya boleh boleh ditemui dan dikenal pasti oleh pakar barulah diketahui bahwa buahnya boleh dimakan mahupun tidak.

Malah, terdapat juga pokok serta buah-buahan nadir tersebut hanya boleh didapati di kawasan atau negeri-negeri tertentu sahaja menjadikannya amat jarang temui apatah lagi dijadikan hidangan.

Oleh kerana buah-buahan tersebut jarang ditemui dan dijadikan makanan, kebanyakan spesiesnya semakin dipinggirkan sekali gus boleh menyebabkan kepupusan.

Menyedari kepentingan generasi spesies buah-buahan tersebut perlu dikekalkan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengorak langkah mengumpulkan spesies buah-buahan nadir.

Dua buah pulau iaitu Pulau Tekak Besar dan Pulau Sungai Tekak di Tasik Kenyir, Terengganu telah dipilih berdasarkan kesesuaian kawasan, faktor tanah serta boleh dijadikan tarikan utama pelancong di tasik tersebut.

Menurut Penolong Pengurus KIH Jabatan Pelancongan dan pembangunan Tasik Kenyir, Adnan Awang Sulong, kedua-dua pulau tersebut dijadikan kawasan penanaman pokok buah-buahan nadir serta pusat penyelidikan dan juga pendidikan.

Tambahnya, projek yang dilaksanakan sejak 2008 tersebut kini telah memasuki fasa terakhir sebelum dibuka kepada orang ramai kelak.

Secara keseluruhan, Taman Tropika Kenyir berkeluasan tujuh hektar (ha) dan antara taman-taman lain yang turut diwujudkan di tasik tersebut adalah Taman Burung, Taman Orkid, Taman Rama-Rama dan Taman Rambutan.

Objektif penubuhan taman-taman tersebut adalah untuk menambah daya tarikan di samping atas tujuan kajian dan penyelidikan," katanya ketika ditemui dalam program lawatan bersama MARDI ke Terengganu baru-baru ini.

Ujarnya, bagi Taman Tropika, pihaknya mendapatkan tenaga kepakaran daripada pihak MARDI sebagai konsultan dan pelaksana projek tersebut.

Sehingga kini, hampir 1,500 pokok melibatkan 112 spesies telah ditanam di kedua-dua belah pulau tersebut," katanya.

Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Sumber Strategik MARDI, Dr. Razali Mispan berkata, pihaknya turut melaksanakan pelbagai kajian biodiversiti di samping terus menerus mencari baka dan pokok buah-buahan nadir untuk ditanam di kedua-dua pulau tersebut.

Malah katanya, Taman Tropika tersebut juga bakal dijadikan sebagai Out Reach Station yang memberi tumpuan terhadap kajian berkenaan kepelbagaian bio.

MARDI turut melaksanakan pelbagai ekspidisi inventori di sekitar Task Kenyir.

Malah, kami juga turut menemui pokok Melaka yang sedia ada di salah sebuah pulau tersebut," katanya.

Terbaru, menurut Dr. Razali kira-kira 40 spesies pokok buah-buahan nadir baru telah ditanam di Taman Tropika tersebut termasuklah buah-buahan bermusim dan yang tidak bermusim.

Antara pokok buah-buahan nadir yang ditanam di sana adalah seperti buah ajaib, mahkota dewa, buah melaka, buah pokok arang, kedondong, durian dan pelbagai lagi.

Selain dipenuhi dengan pokok buah-buahan nadir, salah sebuah pulau turut dibangunkan dengan pelbagai prasarana seperti dewan, bangunan makmal, bilik penerangan, galeri, bilik mesyuarat serta trek sekitar pulau.

Kemudahan tersebut adalah bertujuan memudahkan orang ramai yang datang melawat ke Taman Tropika tersebut.

Laluan trek berlantaikan blok konkrit serta juntaian tali sebagai tempat berpaut memudahkan orang ramai untuk meneroka ke seluruh pulau sambil menikmati pelbagai jenis buah-buahan yang terdapat di sana.

Ditanya adakah terdapat pihak-pihak lain yang berminat untuk melakukan kajian mahupun kerjasama dalam projek Taman Tropika, Dr. Razali menyatakan fasa kedua projek tersebut adalah menjalinkan kerjasama antara institusi pengajian tinggi (IPT).

Antara institusi yang menunjukkan minat adalah seperti Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi melaksanakan program kesedaran serta pelbagai jenis penyelidikan.

Dalam pada itu, jelas salah seorang bekas pegawai penyelidik MARDI yang bertanggungjawab menjayakan projek Taman Tropika di Tasik Kenyir, Dr. Abdul Jalil Zakaria, biarpun pokok buah-buahan tersebut ditanam di kawasan pulau namun ia tidak terlepas daripada gangguan binatang liar.

Seperti yang kita sedia maklum, kawasan pulau ini dikelilingi dengan hutan belantara yang masih terpelihara dengan baik.

Kehadiran hidupan tidak dapat kita elakkan, dan itu merupakan antara cabaran semasa awal pembabitan saya menguruskan kawasan Taman Tropika ini," katanya.

Antara hidupan liar yang sering ditemui mencari makanan di pulau tersebut adalah monyet serta tapir.

Ujar Dr. Abdul Jalil, kehadiran tapir di pulau tersebut tidak menjadi sesuatu yang janggal kerana haiwan tersebut mampu berenang.

Makanan kegemaran tapir di pulau ini adalah daun nangka, dan semasa peringkat awal penanaman dahulu kita memang mengalami masalah gangguan daripada haiwan ini.

Justeru itu, pihak MARDI terpaksa memagar pokok tersebut serta beberapa lagi pokok lain yang sering diganggu monyet," katanya.

Antara cabaran lain membangunkan kawasan Taman Topika tersebut adalah keadaan ekosistem semulajadinya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Bagai musuh dalam selimut

Posted: 01 Apr 2013 12:08 PM PDT

DATUK NOOR AZAM ialah pemerhati sosio politik.

Bagaikan satu himpunan besar pendatang asing yang menguasai pusat bandar Kuala Lumpur di sepanjang Jalan Silang sempena cuti umum Tahun Baharu Cina, Februari lalu. - Gambar hiasan

APABILA saya tulis "Mengapa Pendatang Haram Myanmar Tuju Langkawi" (Utusan Malaysia 20 Februari 2013) ada empat mesej yang ingin saya sampaikan:

(1) Pendatang asing telah 'menawan' negara kita dari Langkawi hingga ke Johor Bahru dan dari Perlis hingga ke Sabah. Pendatang Myanmar yang tidak kita sedar kehadiran mereka pun, ramai sudah ditangkap di Kuala Lumpur dan di Johor Bahru. Pendatang bangsa lain jangan dikata lagi. Bebas di mana-mana. Bahkan ada syarikat yang menggunakan pendatang haram sebagai "Pengawal Keselamatan".

(2) 'Menawan' bermakna mereka sudah 'menguasai kita' sehingga jabatan penguat kuasa pun tak begitu berkesan lagi menangani pelbagai kerenah jenayah mereka. Di Kuala Lumpur umpamanya, Datuk Bandar mengaku penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mampu mengambil tindakan terhadap pendatang yang berniaga di gerai. Ini kesalahan yang sangat kecil. Apa lagi jenayah besar dan sofistikated.

(3) Negara kita yang aman makmur dan sikap kita yang suka berbudi dan 'tak kisah apa nak jadi', mengundang macam-macam jenis pendatang dari seluruh dunia. Makin ramai, tak terkira jumlahnya. Pelbagai berita jenayah pendatang - yang serius - tersiar dalam televisyen dan akhbar hampir setiap hari - dah jadi macam cerita hiburan.

(4) Semakin banyak koloni haram orang asing didirikan, terutama di sekitar Lembah Klang hingga ke Pulau Langkawi - termasuk mendirikan rumah batu - di atas tanah milik kerajaan, di pinggir pantai dan malah di atas tanah milik peribadi. Tidak nampak penguat kuasa, termasuk polis yang bertindak. Koloni ini dipercayai menjadi tempat persembunyian dan penampungan pendatang haram. Contohnya, "kampung orang Burma" di Pulau Langkawi - jelas terpampang di depan mata. Dah jadi perkara biasa. Kita tak perlu buat apa-apa!

Jadi Syurga Pendatang Haram

Tragedi yang tak pernah terduga di Lahad Datu dan Semporna - jelas membuktikan bahawa pendatang yang kita sambut dan beri layanan istimewa, boleh membawa gerombolan pengganas bersenjata, menggugat kedaulatan dan keselamatan kita. Nyatalah, persamaan rumpun bangsa dan agama bukan suatu jaminan.

Kita terlupa pesan nenek moyang: "Buat baik berpada-pada. Ada musuh dalam selimut. Ada gunting dalam lipatan".

Kata Johan Jaafar: Sudah terlalu lama we have taken things for granted. Kita terlalu bermurah hati; membenarkan mereka datang ke bandar-bandar, pulau-pulau dan wilayah kita. Ada kes-kes pencolekan dan pembunuhan. Masih juga kita menutup mata.

Mereka mendirikan kampung air dan kita tak buat apa-apa tindakan. Tanpa kita sedar mereka sudah berada di mana-mana. Bandar-bandar di sempadan (termasuk di Semenanjung) jadi syurga orang asing. Kita terkejut melihat jutaan pendatang haram di keliling kita. (New Straits Times 16 Mac 2013).

Sebenarnya "kita" tak terkejut kerana "kita" tak pernah ambil kisah dan belum terasa ada bahaya. Walaupun Utusan Malaysia sering mengingatkan kita. Tiba-tiba Lahad Datu dan Semporna menyebabkan kita menangis tak berlagu. Berkempenlah kita memungut derma untuk anak-isteri perajurit yang terkorban. Lagu-lagu patriotik pun berkumandang semula di radio dan televisyen.

Menurut banci penduduk 2010, sebanyak 27.7 peratus (%) penduduk Sabah adalah bukan warganegara. Sekarang 2013 - sudah berapa peratus? Mana-mana negara pun yang mempunyai penduduk bukan warga negara begini ramai - apa lagi pendatang haram - lambat laun pasti akan ditimpa mala petaka bencana politik yang serius.

Beberapa tahun terakhir ini kita mengalami masalah sosial-politik yang semakin serius - akibat terlalu ramai rakyat yang asalnya pendatang - berjuang untuk mendapat lebih banyak kuasa politik. Pemimpin-pemimpin mereka juga masih kuat mempertahankan budaya, bahasa dan identiti asal mereka. Di Sabah, lebih serius lagi apabila ada pendatang yang menuntut Sabah adalah pusaka milik mereka.

Kata Presiden Benigno Aquino, terdapat 800,000 pekerja Filipina di Malaysia (sebahagian besar pastilah di Sabah). Di samping itu, menurut Mohd. Zaki Harry Susanto, Setiausaha Persatuan Rumpun Etnik Suluk, ada 300,000 orang Suluk yang terdaftar sebagai warganegara Malaysia. Tiada yang pasti berapa ratus ribu pula pendatang haram, termasuk yang mendirikan koloni dan hidup bebas di pulau-pulau di perairan timur Sabah.

Wartawan NST, Desmond Davidson yang membuat tinjauan di Pulau Bum Bum menulis cerita yang menarik mengenai pendatang haram dari Sulu. Di pulau ini terdapat 50 kampung, dua daripadanya didiami pendatang Sulu. Jumlah mereka sekitar 200 orang, tetapi merekalah yang paling banyak menimbulkan kacau-bilau.

Suku Bajau - majoriti penduduk daerah Pantau Pantau - tidak senang hati kerana Sulu Filipina ini menduduki kampung itu tanpa mempedulikan undang-undang.

Kata Ketua Kampung, Bhogo Abad, "Mereka menanam jagung dan ubi kayu di atas tanah milik orang dan menganggap tanah itu milik mereka. Mereka membina surau sendiri. Tidak mematuhi peraturan agama yang ada dan tidak mengakui saya sebagai ketua kampung. Di pulau ini seperti di selatan Filipina - tidak ada undang-undang. Tidak ada polis."

Tragedi pencerobohan di Sabah ini, bukan lagi sekadar isu keselamatan tetapi telah menjadi masalah politik yang sensitif dan amat sulit ditangani. Di belakangnya ada persaingan merebut kuasa politik. Membabitkan pula hubungan dengan negara jiran tetangga. Menyukarkan pula kita membezakan antara orang "Sulu" dan "Suluk" - antara generasi Tun Datu Mustapha dan anak cucu mereka dengan generasi yang baharu tiba. Kesetiaan mereka masih di selatan Filipina, tetapi mahu terus menetap di Malaysia. Inilah akibat membiarkan pendatang 'menawan' kita.

Salah Kita Sendiri

Salah satu kesalahan besar kita ialah melunakkan panggilan "pendatang haram" sebagai "pendatang tanpa izin". Terlalu berbudi bahasa bukan pada tempatnya. Akibatnya kita merasa pendatang haram bolelah kita terima - bukan suatu kesalahan besar. Tiada membawa apa-apa bahaya. Sekarang kita lihat padahnya.

Kata bekas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan: "Pekerja asing terutama PATI (pendatang haram), tidak mempunyai ketaatan kepada Malaysia. Kalau terlalu banyak pekerja asing - kalau berlaku apa-apa - terdapat 'askar tersedia' di sini. Justeru kita perlu perketat penguatkuasaan untuk memastikan tiada lagi PATI (pendatang haram) masuk ke negara ini."

(Benarlah pemerhatian Musa, 'askar tersedia' sudah ada di Lahad Datu dan Semporna.)

Kata Musa, " Kalau tak silap saya, kita ada dua juta PATI, sedangkan polis 100,000 dan tentera 150,000. Cukupkah polis dan tentera hendak menghadapi mereka?" Jawab Musa, "Tak cukup!"

Tegasnya: "Kemasukan pelancong dan pelajar asing juga perlu dipantau dengan lebih ketat bagi memastikan mereka tidak menyalahgunakan kebenaran yang diberikan, untuk aktiviti jenayah. Kita mahukan pelancong bukan pelacur. Kita mahukan negara jadi hab pendidikan, bukan hab pengedar dadah." (Utusan Malaysia 19 Mac 2013).

Pesan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, insiden di Sabah ini "is a wake-up call for us, not only for the government but also the rakyat". Tidak saja di Sabah, tetapi di seluruh negara. Mesti bangun dan bertindak tegas macam "Ops Daulat".

Peristiwa hitam - ganas - kejam di Sabah ini sepatutnya benar-benar menyedarkan kita daripada terlena oleh kesenangan: Bahawa "pendatang haram" - dari mana juga - adalah "musuh kita". Mestilah ditangani dengan tegas - bersepadu dan sungguh-sungguh. Perdana Menteri sudah melancarkan tindakan tegas di Sabah. Tidak boleh lagi ada tindakan sambil lewa.

Dasar populis jejas ekonomi negara

Posted: 01 Apr 2013 12:08 PM PDT

Oleh ROHAMI SHAFIE
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan dan Felo Penyelidik, Institut Keusahawanan dan Koperasi, Universiti Utara Malaysia.

CUBA bayangkan apakah reaksi anda jika selama hampir dua minggu anda tidak dapat mengeluarkan wang dari bank. Pada masa sama, terdapat syarat had pengeluaran yang lebih rendah berbanding sekarang. Yang pasti, anda sudah tentu tertekan jika tidak mempunyai wang yang cukup untuk bertahan selama dua minggu.

Akhirnya, gara-gara tidak boleh mengeluarkan wang dari bank sebegitu lama, maka anda terpaksa mencari jalan lain seperti meminjam wang dari sanak saudara, rakan taulan atau mungkin juga dari ah long.

Ini yang terjadi kepada rakyat Cyprus, akibat krisis perbankan Cyprus, rakyatnya terpaksa menanggung akibatnya. Pada hari pembukaan semula bank-bank di Cyprus, pelanggan-pelanggan bank berpusu-pusu mengeluarkan wang untuk membeli barangan seharian.

Suasana sebegini tidak pernah terjadi di Malaysia. Kalau terjadi, tidak dapat digambarkan bagaimana suasananya.

Setakat ini, ekonomi negara kita berjalan baik. Rakyat menjalani kehidupan harian dengan begitu baik sekali. Ini dibuktikan lagi apabila rakyat Malaysia adalah antara rakyat paling gembira menjalani kehidupan di negara sendiri di kalangan negara-negara Asia. Ekonomi Malaysia secara terus menerus berkedudukan mampan. Apakah justifikasinya?

Dengan angka-angka terkini dapat membuktikan justifikasi kedudukan ekonomi Malaysia, justeru mari kita bermain dengan angka-angka. Menurut ramalan pakar-pakar ekonomi dan pihak berkuasa kewangan seperti Bank Negara Malaysia, tahun ini, pertumbuhan ekonomi negara adalah pada paras lima hingga enam peratus. Tonggak pertumbuhan ekonomi Malaysia bergantung pada ekonomi domestik, permintaan swasta dan luaran.

Pada tahun lalu, perubahan tahunan permintaan domestik adalah pada kadar 10.6 peratus, manakala kadar pelaburan sektor swasta adalah pada 22 peratus. Dijangkakan pelaburan swasta pada masa akan datang kekal kukuh.

Prospek peluang pekerjaan pula stabil manakala perbelanjaan swasta dijangka mengalami pertumbuhan tahunan dalam lingkungan tujuh peratus, menandakan keyakinan pengguna untuk berbelanja. Ini disokong pula dengan polisi gaji minimum yang menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan rakyat.

Malaysia telah berjaya mengharungi krisis subprima Amerika Syarikat (AS) dan krisis hutang Eropah kerana polisi mempelbagaikan barangan eksport dan meningkatkan eksport ke negara Asia. Malaysia telah meningkatkan eksport sebanyak 50 peratus pada 2012 berbanding tahun 2000 ke negara Asia dan mengurangkan eksport ke negara-negara maju sebanyak 30 peratus dalam tempoh yang sama.

Ini memberi kesan besar dalam mengurangkan risiko kelembapan ekonomi dunia terhadap ekonomi Malaysia. Akaun semasa, pertukaran asing dan rezab antarabangsa berada pada keadaan terbaik, iaitu RM 427.2 bilion pada tahun lalu. Kadar inflasi negara hanya 1.6 peratus pada tahun lalu, menunjukkan tiada kenaikan harga yang mendadak dan membebankan rakyat.

Sektor perbankan dan insurans kekal stabil dan mantap dengan pertumbuhan kredit dan insurans yang menyokong ekonomi negara, keyakinan tinggi terhadap sistem kewangan Malaysia oleh pelabur dan rakyat serta pembiayaan isi rumah yang lebih baik. Ini kerana sektor perbankan dan kewangan sentiasa mengamalkan pengurusan risiko yang baik di samping pembayaran semula pinjaman yang semakin kukuh. Ini menggambarkan risiko kredit kekal rendah.

Pembiayaan peribadi oleh sektor perbankan hanyalah pada kadar sembilan peratus, menandakan sektor perbankan mengamalkan pengurusan risiko yang baik dalam memberi pinjaman kepada peminjam. Ini memastikan nisbah hutang tidak berbayar kekal rendah dan seterusnya mengurangkan risiko terhadap sektor perbankan.

Sektor perbankan dan kewangan dijangka kekal mapan dengan mengukuhkan lagi kerangka undang-undang, modal, pengurusan risiko dan mengamalkan asas kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam sektor perbankan.

Angka-angka dan justifikasi yang diberikan di atas menandakan prospek ekonomi negara yang semakin cerah. Walaubagaimanapun, ia amat bergantung terhadap kestabilan politik dan keamanan negara. Di samping itu, dasar-dasar dan polisi ekonomi juga perlu menjurus ke arah pengurangan defisit negara.

Dasar-dasar ekonomi yang populis seperti memberikan pendidikan percuma sehingga ke menara gading boleh meningkatkan defisit dan hutang negara pada tahap tertinggi. Apabila ini terjadi, penarafan Malaysia akan semakin rendah dan pelabur-pelabur tidak lagi berminat melabur di negara kita. Peluang-peluang pekerjaan akan semakin berkurangan dan tidak mustahil Malaysia mengalami pengucupan ekonomi.

Tidak ada jalan lain kecuali terpaksa meminjam wang daripada peminjam antarabangsa dan ini akan menyebabkan rakyat semakin menderita seperti terpaksa memotong sejumlah besar perbelanjaan kesihatan dan gaji kakitangan awam.

Maka, tidak menghairankan ada negara-negara di Kesatuan Eropah (EU) mengalami pengangguran pada kadar 31 peratus, manakala gaji kakitangan awamnya dipotong sehingga 50 peratus kerana mengikut telunjuk peminjam antarabangsa yang berlagak sebagai ah long antarabangsa.

Krisis hutang Eropah telah menyebabkan kos sara hidup semakin tinggi, kejadian bunuh diri akibat tekanan melampau semakin meningkat dan pelbagai penyakit berjangkit merebak dengan cepat dalam kalangan rakyat.

Ini kerana rakyat tidak mampu lagi menanggung kos perubatan akibat daripada pemotongan bajet tahunan kesihatan kerajaan dan gaji yang semakin berkurangan serta kadar pengangguran yang semakin meningkat.

Semoga dasar-dasar populis dan negara berkebajikan yang telah dilaksanakan di negara-negara Eropah tidak diamalkan di Malaysia semata-mata untuk meraih undi.

Ekonomi pasca pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) perlu kekal mampan dengan pelaksanaan dasar-dasar ekonomi yang berhemah kerana jika tidak ia akan menyebabkan rakyat menderita dalam tempoh jangka masa panjang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Layak terima bantuan

Posted: 31 Mar 2013 11:44 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

SHAHARUDDIN Md. Salleh (kiri) menyerahkan sumbangan kepada nelayan sambil diperhatikan oleh Abdul Hamid Mohd. Yassin (tengah) di Jeti Pekan Panchor. Pagoh, Johor, semalam.

PAGOH 31 Mac - Seramai 1,035 nelayan sungai di Johor diminta mendaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan membuat permohonan lesen menangkap ikan daripada Jabatan Perikanan negeri bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan dan bantuan yang disediakan kerajaan.

Pengarah Perikanan negeri, Abdul Hamid Mohd. Yasin berkata, terdapat pelbagai kemudahan kerajaan untuk nelayan meliputi bantuan elaun sara hidup RM200 sebulan, subsidi minyak diesel dan bantuan membaiki rumah.

"Bantuan tersebut sebelum ini hanya dinikmati oleh nelayan laut dan kita mahu nelayan sungai turut sama memperoleh faedah daripada kemudahan yang disediakan.

"Mereka (nelayan sungai) perlu turun ke sungai sekurang-kurangnya 25 hari dalam sebulan sebagai syarat kelayakan untuk mendapatkan lesen tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas program pelepasan benih ikan ke perairan umum di Jeti Pekan Panchor di sini.

Sebanyak 40,000 benih ikan lampam sungai dan 20,000 benih ikan baung dilepaskan ke dalam Sungai Muar di Panchor yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Dr. Saharuddin Md. Salleh.

Beliau berkata, menerusi bantuan tersebut nelayan dapat meningkatkan taraf hidup apabila memperolehi hasil tangkap lebih banyak melalui kegiatan tangkapan yang lebih serius.

Abdul Hamid memberitahu, di Muar termasuk Pagoh terdapat 135 nelayan sungai tetapi pihaknya mengenal pasti hanya 51 daripadanya yang sudah mendaftar dan memiliki lesen menangkap ikan.

"Purata pendapatan nelayan sungai ialah sekitar RM1,500 sebulan dan kebanyakan daripada mereka mempunyai pekerjaan lain bagi menampung hidup jika tidak turun ke sungai pada musim tengkujuh," katanya.

Katanya, lebih 90 peratus nelayan sungai terdiri daripada orang Melayu berbanding dengan nelayan laut yang didominasi oleh kaum Cina.

Komputer riba 1Malaysia untuk penduduk, NGO Tenggara

Posted: 31 Mar 2013 11:44 AM PDT

KOTA TINGGI 31 Mac - Sebanyak 389 penduduk termasuk 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Parlimen Tenggara menerima bantuan komputer riba 1Malaysia bagi menggalakkan mereka memanfaatkan dunia teknologi maklumat dalam satu majlis di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini baru-baru ini.

Majlis penyampaian disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang menyifatkan pemberian tersebut sebagai kesinambungan daripada bantuan sebelum ini yang melibatkan kira-kira 1,600 orang yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

"Saya berharap kemudahan ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya dan bukannya disalahgunakan. Pemberian bantuan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

"Para penerima juga diingatkan supaya tidak melayari laman-laman web negatif seperti lucah dan menabur fitnah di alam maya. Pemberian komputer ini dilaksanakan secara berperingkat kepada mereka yang layak tanpa sebarang unsur pilih kasih," katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Yang turut hadir Penghulu Mukim Ulu Sungai Johor, Zainuddin Zainal Abidin dan Pegawai Penyelaras Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parlimen Tenggara, Latifah Saidin.

Sementara itu, penerima orang kurang upaya (OKU), Liong Chi Ung, 35, berkata, dia tidak sabar untuk mencuba komputer tersebut memandangkan ini adalah yang pertama dimilikinya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Masyarakat India aset kemenangan BN

Posted: 31 Mar 2013 11:44 AM PDT

Oleh Farabi Sheikh Said al Jabri
pengarang@utusan.com.my

MOHAMAD Hasan (tengah) dan beberapa pemimpin Makkal Sakti dan BN melaungkan 1Malaysia bersama ahli parti pada Majlis Gerak Sakti Makkal Sakti di Wisma UMNO, Seremban, semalam.

SEREMBAN 31 Mac - Kepelbagaian parti berasaskan masyarakat India di negara ini tidak bermakna sokongan mereka terhadap Barisan Nasional (BN) lemah, akan tetapi menjadi teras dan aset terpenting dalam memastikan kemenangan parti komponen itu pada pilihan raya akan datang.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, sebelum ini ada di antara masyarakat India memilih untuk menyertai pembangkang yang kononnya dapat merealisasikan impian dan membela nasib mereka.

Namun kini katanya, selepas diberikan kepercayaan untuk menjadi wakil rakyat kepada mereka, ternyata banyak janji hanyalah omong kosong, menyebabkan mereka kembali menyokong BN.

''Kita dapat lihat hanya BN sahaja yang dapat menunaikan janji kerana kita tidak hanya bercakap tetapi dikotakan dan dilaksanakannya. Sebab itulah banyak masyarakat India ketika ini sudah kembali kepada BN.

''Kita mahu jadikan masyarakat India ini sebagai deposit tetap BN dan berharap sokongan yang diberikan ini terus dikekalkan," katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Gerak Sakti Makkal Sakti di Wisma UMNO negeri di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Menteri Besar menjelaskan, BN telah bersedia untuk berdepan dengan pilihan raya akan datang dan usaha memperkemaskan dan melaksanakan program-program di peringkat akar umbi juga sedang giat dilakukan.

''Kita telah mengatur jentera sejak tahun lalu dan pelbagai gerak kerja telah dan sedang dilakukan, cuma sekarang hanya menunggu isyarat daripada kepimpinan parti untuk menentukan tarikh pilihan raya," katanya.

Ditanya tentang calon, Mohamad menjelaskan, semua calon BN mewakili parti dalam pilihan raya umum akan datang adalah mereka yang sudah melepasi proses saringan Jabatan Insolvensi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

''Memang semua nama calon telah kita senarai pendekkan dan kesemuanya berjaya melepasi saringan ini. Nama mereka telah dihantar kepada pemimpin parti yang juga Perdana Menteri dan sekarang terpulanglah kepada beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) membuat keputusan," katanya

Sultan Ibrahim santap bersama 502 NGO

Posted: 31 Mar 2013 11:44 AM PDT

JOHOR BAHRU 31 Mac - Lebih 600 orang mewakili 502 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai kaum menghadiri Majlis Jemputan Santapan Bersama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

Majlis bermula pukul 8 pagi dan berlangsung lebih sejam itu dibuat secara santai dengan semua wakil NGO itu berpeluang berjabat tangan dan mengambil gambar bersama Sultan Ibrahim, selain baginda berkenan bersantap bersama mereka yang hadir.

Terdahulu, baginda menerima ucapan menjunjung kasih daripada wakil NGO yang terdiri daripada pelbagai kaum dan ikrar taat setia sebagai tanda sokongan tidak berbelah-bahagi kepada baginda.

Pada majlis sama, mereka turut menyerahkan skrol mengandungi tandatangan lebih 20,000 rakyat kepada Sultan Ibrahim.

Ketua Penerangan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung), Abdullah Md Yusof berkata, majlis santapan itu merupakan jemputan daripada Sultan Ibrahim sendiri.

"Majlis ini mampu mengeratkan hubungan sesama kaum, selain bukti NGO di negeri ini sentiasa berdiri teguh bersama baginda. Jadi, adalah silap kalau ada orang mengatakan bahawa rakyat Johor tidak sayangkan tuanku kerana baginda merupakan tunjang negeri ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Perkara sama turut disuarakan wakil NGO kaum India, S. Suppayah yang memberitahu, mereka sejak dari dahulu sentiasa memberikan sokongan kepada Sultan Ibrahim yang disifatkan lain daripada yang lain.

"Keprihatinan baginda membuatkan kita sebagai rakyat mahu sentiasa menunjukkan sokongan kepada tuanku," katanya yang mewakili lebih 60 NGO kaum India di negeri ini yang sentiasa taat setia kepada baginda.

Bagi wakil NGO Cina yang juga merupakan Presiden Persatuan Tiong Hua, Lim Ik Kim berkata, lebih 80 wakil NGO kaum itu berkumpul hari ini bersama-sama wakil NGO lain untuk menunjukkan sokongan kepada Sultan Ibrahim yang amat disenangi rakyat.

Tambahnya, di bawah kepemimpinan baginda, rakyat berbilang kaum di negeri ini mampu hidup dalam suasana aman dan damai.

Mapim ajak rakyat terus pertahan BN

Posted: 31 Mar 2013 11:44 AM PDT

MELAKA 31 Mac - Rakyat perlu bersatu mempertahankan landasan kemajuan negara yang telah dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) daripada dimusnahkan oleh pembangkang.

Yang Dipertua Mimbar Pemuafakatan Ibu Bapa Malaysia (Mapim), Datuk Dr. Mohd. Jamil Mukmin berkata, kepimpinan BN telah terbukti berjaya membawa keamanan kepada seluruh rakyat berbilang kaum sejak negara merdeka lagi.

Justeru katanya, kesejahteraan yang telah wujud sejak sekian lama itu tidak wajar dilenyapkan dan mandat harus diberikan kepada BN untuk terus memerintah negara ini.

"Rakyat perlu melihat pembangkang sentiasa mencari peluang untuk merosakkan segala usaha yang telah dilaksanakan kerajaan BN sejak sebelum merdeka.

"Untuk itu, kita perlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan mantap bagi memastikan keamanan dapat dikekalkan, agenda pembangunan berterusan, taraf ekonomi terus meningkat dan kehidupan rakyat jadi lebih selesa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Amal Perdana Mapim yang dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Dewan Bistari, Ayer Keroh di sini kelmarin.

Menurut Mohd. Jamil juga, Mapim yang mempunyai 20,000 ahli juga telah berikrar akan terus menyokong BN dalam usaha memastikan kemenangan memihak kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Mapim ingin sebuah kerajaan mantap seperti BN terus memerintah kerana mereka telah buktikan kemajuan negara yang dikecapi," ujar beliau lagi.

Sehubungan itu katanya, Mapim tidak terkecuali membantu BN melalui program Wacana 1Malaysia yang diadakan di seluruh negara bagi menerangkan kepada rakyat usaha yang telah dan akan kerajaan lakukan bagi menjamin kehidupan sempurna di masa hadapan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved