Isnin, 1 April 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Ketua hakim saran IPT selaras fakulti undang-undang

Posted: 01 Apr 2013 02:19 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 2 April - Fakulti undang-undang institusi pengajian tinggi tempatan (IPT) disaran menyelaraskan peperiksaan guaman bagi meningkatkan kualiti graduan, kata Ketua Hakim Negara, Tun Arifin...

Keluarga wira negara terima pampasan RM188,000

Posted: 01 Apr 2013 02:03 AM PDT

PASIR MAS 1 April - Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (KATMB) menyerahkan pampasan melalui Skim Insurans Takaful Berkelompok ATM sebanyak RM94,000 masing-masing kepada keluarga Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail dan Allahyarham Koperal Ahmad Farhan Ruslan, dua wira negara yang terkorban dalam Ops Daulat di Sabah.

Cek pampasan itu disampaikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi yang mengunjungi rumah kedua-dua keluarga perwira negara tersebut di Perumahan Desa Darul Naim, Pasir Tumboh dan Kampung Bayu Lalang, dekat sini.

Allahyarham Ahmad Hurairah diwakili ibu bapa beliau, Ismail Hussin, 55, dan Rohaya Mamat, 50, manakala pasangan Roslan Hassan, 49, dan Roslawati Ghani, 44, mewakili anak mereka, Allahyarham Ahmad Farhan menerima cek berkenaan.

Yang turut hadir, Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Zaki Hamzah; Ahli Lembaga Koperasi Tentera, Leftenan Kolonel Hamisan Mian; Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful Sdn. Bhd., Zafri Abdul Halim dan Yang Dipertua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Kelantan, Datuk Muhammad Abdul Ghani.

Dalam kunjungan itu juga, Zafri turut telah menyampaikan sumbangan syarikat insurans berkenaan sebanyak RM5,000 masing-masing kepada kedua keluarga Allahyarham. - UTUSAN

Kaji semula subsidi diesel, petrol nelayan laut dalam

Posted: 01 Apr 2013 01:52 AM PDT

PASIR PUTEH 1 April - Kerajaan disaran meneliti semula pemberian subsidi diesel dan petrol untuk nelayan laut dalam bagi mengelak bahan bakar itu diseludup ke negara jiran sehingga menggagalkan hasrat kerajaan memperkasa sektor perikanan negara.

Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, kajian semula itu perlu bagi membendung kegiatan penyeludupan bahan bakar itu terutama membabitkan vesel laut dalam yang menggunakan nelayan asing sebagai tekong dan awak-awak.

Beliau berkata, langkah itu juga penting bagi memastikan lain-lain kegiatan yang merugikan negara seperti penjualan ikan di tengah laut kepada nelayan asing atau mendaratkan ikan di negara jiran dapat dibendung.

"Kita perlu meneliti perkara seperti ini bagi memastikan setiap sen wang negara yang dibelanjakan untuk pembangunan sektor perikanan dan pembelaan kepada nelayan tempatan mencapai objektif sebenar," katanya.

Beliau ditemui semasa membuat tinjauan pendaratan ikan di pelabuhan kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Tok Bali dekat sini hari ini. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved