Selasa, 15 Oktober 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Henti sebar berita palsu serangan Sulu - Esscom

Posted: 15 Oct 2013 10:54 PM PDT

PULAU BANGGI 16 Okt. - Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek memberi amaran kepada pihak yang sering menyebarkan berita palsu tentang serangan Sulu supaya segera menghentikan kegiatan mereka.

Beliau berkata, mereka bakal berhadapan tindakan undang-undang sekiranya terus mensensasikan berita berkenaan.

"Kita amat kesal kerana akhir-akhir ini wujud orang tertentu yang sengaja menyebarkan berita palsu melalui Internet, surat dan panggilan telefon bertujuan menakutkan penduduk," katanya ketika berucap pada majlis korban sempena Hari Raya Aidiladha Masjid Kampung Karakit, dekat sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Banggi, Datuk Abdul Mijul Unaini dan Pengarah Bahagian Pertahanan Esscom, Mejar Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal.

"Jika dengar cerita kurang baik, rujuklah kepada balai polis berhampiran atau rujuk kepada Esscom untuk mendapatkan kesahihan sama ada berita itu betul atau palsu," katanya.

Mohammad turut mengajak penduduk pulau, khususnya di Pulau Banggi, supaya menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyalurkan maklumat yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan kedaulatan negara.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan tindakan segera diambil untuk mengekang kemasukan penceroboh.

Katanya, insiden serangan pencerobohan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu awal Mac lepas seharusnya diambil iktibar memandangkan keadaan sekarang tidak lagi sama seperti sebelum ini.

"Ancaman dan serangan boleh berlaku bila-bila masa, jika kita leka dan alpa menjaga kedaulatan dan keselamatan negara kita," katanya.

Beliau berkata, keluasan pantai Sabah sepanjang 1,773km dari Kudat ke Tawau dan bilangan 486 pulau di kawasan perairan negeri ini menjadi faktor pendorong kemasukan pendatang ke Sabah.

Mohammad berharap kesedaran tentang pentingnya pengorbanan sempena Hari Raya Aidiladha dapat membantu membuahkan hasil yang baik kepada diri dan masyarakat ke arah melahirkan negara yang aman dan sejahtera.

"Sesungguhnya pengorbanan sangat dituntut dan kita sama-sama harus bangkit dengan semangat Badar Al-Kubra untuk berjuang mempertahankan kedaulatan negara dan mencari hidayah Allah," katanya. - BERNAMA

168 pelatih polis bantuan keracunan makanan

Posted: 15 Oct 2013 09:34 PM PDT

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN

JEMPOL 16 Okt. - Seramai 168 pelatih polis bantuan yang mengikuti latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam dekat sini keracunan makanan, lewat malam tadi dipercayai selepas menikmati rendang ayam, di pusat tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 18 pelatih didapati kritikal dan dikejarkan ke Hospital Jempol manakala bakinya dirawat di pusat tersebut.

"Siasatan awal mendapati ayam tersebut sudah berbau ketika dihidangkan. Pelatih tersebut menikmati masakan tersebut pada tengah hari semalam," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Naza World pengedar Koenigsegg pertama

Posted: 15 Oct 2013 11:22 AM PDT

Koenigsegg Agera R

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Kumpulan Naza melalui anak syarikatnya, Naza Sweden Motors Sdn. Bhd. telah mendapat hak francais sebagai pengedar dengan pengilang kereta berprestasi tinggi, Koenigsegg Automotive AB dari Sweden.

Di bawah perjanjian itu, Naza Motors Sweden akan menjadi syarikat pertama di dunia yang diberikan hak bagi membolehkan syarikat untuk mengurus dan mengagihkan model berjenama Koenigsegg di dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bersama Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin berkata, perjanjian itu adalah yang terbaik bagi Naza Motors Sweden kerana diberi peluang untuk mengurus dan mengedar jenama terkemuka di dalam pasaran.

"Dengan mewakili Koenigsegg, syarikat dapat mengembangkan gaya hidup pelbagai jenama kereta mewah di samping memantapkan kedudukan dalam industri automotif tempatan serta di rantau ASEAN," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini baru-baru ini.

SM Faisal berkata, setakat ini, hanya lebih seratus individu yang memiliki model Koenigsegg.

"Ia adalah karya yang jarang dimiliki serta diiktiraf dalam Guinness World Records sebagai kereta yang mempunyai dua tempat duduk dengan kelajuan perjalanan dari 0-300km/h dan berhenti daripada 300 km/h ke 0 km/h dalam masa 22 saat.

"Oleh itu, ini adalah satu kemenangan bagi kami di Naza World. Perjanjian ini juga mengesahkan keupayaan syarikat tempatan dalam bekerjasama dengan jenama antarabangsa," ujarnya.

Sementara itu, SM Faisal berkata, peminat akan dapat menyaksikan pelancaran Koenigsegg Agera S di Malaysia pada tahun depan.

Honda siri CB500 terbaharu

Posted: 15 Oct 2013 11:22 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Boon Siew Honda telah melancarkan siri motosikal berkuasa tinggi baharu CB 500 menerusi model CBR500R, CB500F dan CB500X dengan inovasi serta teknologi baharu daripada Honda Motor Corporation.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Satoshi Okada berkata, siri baharu CB 500 ini menyerlahkan lagi reputasi Honda sebagai peneraju rekaan yang unggul dan lasak.

"Model ini dibangunkan berlandaskan prinsip 'direka untuk Asia, dimajukan untuk Malaysia' dengan menawarkan tiga pilihan varian pemanduan iaitu sport, naked dan kembara," katanya dalam satu kenyataan.

Tiga kategori model itu mampu disesuaikan dengan pelbagai cita rasa dan kesesuaian pengguna.

Model-model itu juga sesuai untuk mereka yang ingin menaik taraf dari motosikal 250cc ataupun memegang lesen B2.

Model baharu dengan dwi silinder ini menawarkan pengalaman motosikal sport pertama yang menarik kerana ia agak mudah dikendalikan. Bagaimanapun, ia juga masih sesuai untuk penunggang berpengalaman yang mencari alternatif motosikal sport yang lebih besar.

Kuasa CBR500R dijana enjin DOHC 500cc dwi silinder 8 injap dengan sistem penyejukan cecair generasi baharu.

Enjin berkuasa ini menggunakan gerek dan lejang persegi 67 milimeter (mm) x 66.8mm yang memberikan kuasa maksimum 35kW pada 8500rpm dan tork maksimum 43Nm pada 7000rpm.

Ia juga dilengkapi PGM-FI (Programmed Fuel-Injection) bagi memastikan prestasi lancar dan kecekapan bahan api 27km/liter (nilai WMTC). Muatan tangki minyak adalah 15.7 liter (termasuk simpanan).

Model CBR500R, CB500F dan CB500X masing-masing dijual pada harga RM28,588, RM28,288 dan RM28,688, manakala bagi varian dengan sistem brek ABS masing-masing dijual pada harga RM31,888, RM31,388 dan RM31,988.

Ketiga-tiga model ini didatangkan dengan jaminan pengilang selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000 kilometer.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


AS sedia adakan perbincangan dengan Iran

Posted: 15 Oct 2013 10:16 AM PDT

GENEVA 16 Okt. - Amerika Syarikat (AS) mengalu-alukan perbincangan dua hala bersama Iran, pada ketika rundingan nuklear di antara Tehran dengan enam kuasa dunia bermula semalam.

"Kami sangat berbesar hati untuk menerima peluang mengadakan rundingan kerana sudah lama kami nyatakan hasrat tersebut, kata jurucakap Timbalan Ketua Jabatan Negara AS, Marie Harf ketika waktu rehat dalam perbincangan bersama negara Iran dengan AS, Rusia, China, Britain, Perancis dan Jerman.

Timbalan Menteri Luar Iran Abbas Araqch sebelum ini berkata, delegasi dari Iran atau AS yang mengikuti rundingan program nuklear Tehran di Geneva harus menyatakan hasrat masing-masing untuk mengadakan perbincangan dua hala. - AFP

Seorang tentera Britain terkorban di Afganistan

Posted: 15 Oct 2013 10:13 AM PDT

LONDON 16 Okt. - Kementerian Pertahanan Britain berkata seorang tentera mereka terkorban selepas ditembak oleh pihak musuh di selatan Afghanistan hari ini.

Tentera tersebut dari Rejimen 14 ditembak dari dalam kenderaan peronda di kawasan Kakaran, wilayah Helmand dan maut ditempat kejadian.

Bagaimanapun, pihak kementerian tidak mendedahkan identiti mangsa dan kaum keluarga telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut.

Kematian terbaharu ini menjadikan angka korban tentera Britain di Afganistan meningkat kepada 445 orang sejak tahun 2001. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Anggota polis antara 7 direman bantu kes tembak

Posted: 15 Oct 2013 11:22 AM PDT

POLIS mengiringi sebahagian daripada tujuh suspek untuk mendapat perintah tahanan reman bersangkutan kes tembak menyebabkan kematian dalam sebuah pusat hiburan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/Sazali Che Din

BUKIT MERTAJAM 15 Okt. - Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan reman selama lima hari bermula hari ini terhadap tujuh orang termasuk dua anggota polis dan seorang wanita bagi membantu siasatan seorang pemungut hutang mati ditembak ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Juru, semalam.

Pendaftar Kanan Mahkamah, Ahmad Faiz Md Zin mengeluarkan perintah itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membolehkan polis melakukan siasatan ke atas semua suspek termasuk dua anggota polis yang masing-masing berpangkat sarjan dan lans koperal.

Sementara itu, peguam yang mewakili kesemua suspek berkenaan, Lim Boon Beng berkata, perintah reman dibuat kerana polis mahu menyiasat lebih terperinci terhadap penglibatan semua anak guamnya yang berusia antara 30 hingga 55 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan permohonan reman oleh polis dan menjelaskan suspek utama kes berkenaan merupakan seorang anggota pasukan pencegah jenayah yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi semalam, mangsa, Kang Seak Siong, 38, mati setelah ditembak pada bahagian perut kiri dan Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca akibat perselisihan faham.

Abdul Rahim berkata, mengikut prosedur, suspek dibenarkan membawa senjata api tidak kira ketika bertugas atau tidak, namun polis akan menyiasat daripada sudut penyalahgunaan kuasa yang mungkin wujud sehingga menyebabkan kematian.

" Buat masa sekarang, senjata api suspek yang juga milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah dirampas," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


3,000 solat sunat raya bersama Sultan

Posted: 15 Oct 2013 11:22 AM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

Sultan Ahmad Shah bersama Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (empat dari kiri), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah (tiga dari kiri) dan Adnan Yaakob menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan, Mohd. Khalil Mohd. Zari di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Kuantan, semalam.

KUANTAN 15 Okt. - Hari Raya Aidiladha di sambut sederhana tetapi meriah di bandar ini dengan kehadiran lebih 3,000 umat Islam bersama dengan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini hari ini.

Sultan Ahmad Shah tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 8.30 pagi dengan diiringi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan beberapa Exco kerajaan negeri.

Solat sunat itu diimamkan oleh Imam 1 masjid berkenaan, Mohd. Khalil Mohd. Zari manakala khutbahnya disampaikan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman.

Abdul Rahman dalam khutbah Aidiladha antara lain menyeru masyarakat supaya terus memupuk perpaduan dan kerjasama erat tanpa mengira pangkat, usia dan bangsa bagi memastikan keamanan negara dikecapi.

Umat Islam katanya, perlu menghayati konsep pengorbanan yang dituntut Islam, yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, jiwa raga dan dan kepentingan diri bagi memperoleh keredaan Allah.

Selepas selesai menunaikan solat, baginda bertiga meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak.

Cuaca baik sepanjang hari digunakan sepenuhnya oleh umat Islam di negeri ini untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dalam suasana penuh kesyukuran.

Muhasabah diri dalam ibadah korban

Posted: 15 Oct 2013 11:22 AM PDT

AHMAD NAZLAN

JERANTUT 15 Okt. - Umat Islam wajar menjadikan ibadah korban untuk muhasabah diri bagi meningkatkan ketakwaan, keinsafan dan bekerja kuat bagi membangunkan keluarga, masyarakat dan negara.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, peristiwa korban yang diceritakan menerusi sirah Nabi Ibrahim dalam al-Quran memberi kesedaran kepada umat Islam untuk diterjemahkan bagi mencorak kehidupan akan datang, sekali gus membantu usaha kerajaan menangani transformasi pembangunan.

"Kita akan sia-sia membelanjakan wang menyembelih ternakan, tetapi masih tidak muhasabah diri dan pemantapan iman setiap kali menyambut Hari Raya Aidiladha," katanya semasa majlis korban di sini hari ini.

Menurut beliau, Hari Raya Aidiladha perlu disambut untuk memperbaharui iltizam dan keazaman dengan berjuang bersungguh-sungguh dalam lapangan masing-masing bagi menjayakan manifestasi transformasi kerajaan.

Katanya, segala perancangan keluarga, kerjaya dan pembangunan akan terbantut jika penduduk masih tidak sanggup berkorban dan berkhidmat untuk kecemerlangan dalam apa juga bidang pada masa akan datang.

Ahmad yang juga Ketua Biro Penerangan UMNO Bahagian Jerantut berkata, ibadah korban juga menginsafkan umat Islam terhadap golongan kurang bernasib baik, orang miskin, kurang upaya dan mangsa yang terbabit dengan bencana alam atau peperangan yang berlaku di serata tempat.

"Ibadah korban mendidik kita supaya belajar daripada kesusahan dan penderitaan untuk membangun kembali kehidupan serta disertai dengan ketakwaan dan keimanan," ujarnya.

Katanya, falsafah ibadah itu dapat membentuk jiwa umat Islam sentiasa bersabar dalam menghadapi dugaan Allah dan sanggup berkorban walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

10 masjid terima sumbangan lembu korban

Posted: 15 Oct 2013 11:22 AM PDT

KUALA LIPIS 15 Okt. - Syarikat perlombongan emas, J Resources Penjom Gold Mine (JRPGM) Lipis, menyumbangkan sebanyak 10 ekor lembu kepada 10 masjid dan sekolah di sekitar daerah sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Sumbangan itu disampaikan Timbalan Pengurus Besar JPRGM, Aldrin Alambono kepada Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad di Sekolah Kebangsaan (SK) Penjom di sini semalam untuk diagihkan kepada Pengerusi Masjid di Lipis.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak; Guru Besar SK Penjom, Mohd. Rosmi Mohd Din dan Setiausaha Jawatankuasa Induk J Resources, Mohd. Shaifuddin Hamzah.

Menurut Aldrin, haiwan itu diagihkan kepada pengurusan masjid Kampung Penjom, Masjid Kampung Lalang, Masjid Kampung Rangin, Masjid Kampung Salang, Masjid Kampung Binjai, Masjid Tempoyang, Masjid Kampung Bapong, Masjid Kampung Relong, Masjid Tunku Mahmud, Lipis dan SK Penjom.

Katanya, sumbangan itu merupakan satu tuntutan ibadah dalam Islam untuk golongan asnaf, selain menghargai jasa 1,200 pekerja JRPGM di sini.

"Program korban ini merupakan salah satu sumbangan syarikat korporat mendekatkan diri serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan penduduk dan pemimpin setempat sempena Hari Raya Aidiladha," katanya.

Menurutnya, hubungan erat bukan sahaja sewaktu perayaan, malahan syarikat perlombongan itu turut membantu kecemerlangan akademik murid di sekolah rendah berdekatan operasi lombong berkenaan termasuk kebajikan penduduk miskin.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, keprihatinan pengurusan JPRGM sewajarnya dicontohi syarikat korporat lain, swasta dan individu di sini untuk melaksanakan amal jariah sempena hari raya tersebut setiap tahun.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pesan politik buat generasi muda

Posted: 15 Oct 2013 11:22 AM PDT

DATUK A AZIZ DERAMAN ialah Presiden Persatuan Peradaban Melayu Malaysia-Kelantan dan AJK GAPENA.

Abad ke-21 adalah abad orang muda sekarang. Dalam tempoh terdekat, Malaysia akan berada di tangan atau di bahu kepemimpinan orang muda. Sewaktu menjelang fajar hari pertama 2020, anak-anak yang lahir pada hari pertama tahun 2000 akan menyambut hari jadi ke-20. Mereka yang lahir 20 tahun sebelum tahun 2000 akan berumur 40 tahun. Pada usia matang itu, ada kalangan mereka sudah berada di barisan kepemimpinan dan pentadbiran negara.

Golongan Pemuda dan Puteri UMNO sekarang tentu mengalami pahit maung berada dan bertarung di gelanggang politik. Mereka yang berada di luar politik atau dalam parti politik yang lain sekalipun masing-masing ikut merasai gelombang kehidupan berpolitik.

Apakah senario politik dekad pertama abad ke-21, antaranya perpecahan umat Islam-Melayu dan perkauman akan terbawa sama dua tiga dekad lagi? Apakah masalah dan isu sikap generasi akan mengubah senario masa hadapan?

Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, tahun 2008 majoriti generasi muda tidak memihak kepada kerajaan atau menyokong parti kerajaan. Mereka berada di seberang sana. Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan UMNO kena memandang serius akan ketandusan pemimpin muda. Mereka merupakan pelapis dan penerus arus perjuangan.

Soalnya bagaimanakah bakat mereka boleh dipupuk sehingga subur sejak peringkat awal lagi. Jika barisan pemimpin muda dikenal pasti daripada awal, maka bakat dan wibawa mereka tidak akan tersia-sia.

Kini orang Melayu tergugat dari semua arah. Secara diam atau nyata ada sahaja ancaman puak-puak tertentu. Para pembesar pula masih tidak menemui formula khusus untuk menanganinya.

Pada saya, Pemuda dan Puteri UMNO sebagai sayap parti hendaklah segera bangkit berjuang seperti para pejuang dahulu. Pemuda sebagai tiang negara dan pemudi harapan bangsa teladankanlah integriti, jauhi jenayah terutamanya rasuah, amalkan ketelusan dan memperagakan keterampilan.

Generasi muda yang berada di luar gelanggang politik, terutama mereka yang berkhidmat di sektor awam, lakukan gerak langkah yang sama, jangan jadi 'Pak Turut'. Lengkapkan diri dengan tahap intelektualisme (yakni ilmu dan pengetahuan) dan rasionalisme (yakni kebijaksanaan, hemah dan hikmah). Kemenangan dan kejayaan akan dapat dicapai melalui kerja kuat dan usaha tanpa kenal penat lelah.

Gerakan politik Pemuda dan Puteri dengan bimbingan pimpinan induk parti, pedoman pergerakan Wanita dan veteran politik mesti memahami pelbagai wawasan, gagasan, dasar, konsep misalnya tentang kenegaraan dan falsafah negara bangsa. Biarlah tertanam subur di jiwa untuk mempertahankan kesucian Islam, jati diri bangsa dan kedaulatan ibu pertiwi.

Hayati aspirasi tonggak-tonggak Perlembagaan dengan kefahaman yang mendalam, misalnya dalam mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong, Islam sebagai agama rasmi, bahasa rasmi dan keadilan. Kesemuanya itu adalah hak-hak negara dan jangan dianggap sebagai semata-mata hak Melayu. Konsep sebuah negara kebangsaan mesti dihayati semua.

Sepatutnya tempoh dua dekad pertama abad ini dijadikan misi politik bersama para pemimpin Melayu dan Islam untuk menyatukan perpecahan sesama sendiri. Hasrat merebut kuasa politik dan jawatan tertinggi dalam mana-mana parti sekalipun perlu berlaku dalam konteks adab dan adat.

Mungkin ada orang akan mengatakan mana mungkin hal sedemikian boleh terjadi? Ya kalau sebagai Muslim semua orang berpegang kepada tali Allah dan mengelakkan terjadinya pecah belah, maka di situ perpaduan terserlah.

Apabila politik perkauman, ekstremisme dan cauvinistik nyata kelihatan dalam PRU-13 pada 5 Mei 2013, agaknya makin banyak disepakati strategi dan taktik orang Cina mengatur langkah untuk menguasai Dewan Rakyat. PRU-14 akan datang menjadi matlamat susulan mereka, menolak calon-calon orang Cina dari parti kerajaan.

PRU-13 semacam menunjukkan orang Melayu, Cina dan keturunan India pembangkang menidakkan gagasan 1Malaysia dan transformasi kerajaan. Jadi apakah 1Malaysia mendapat sokongan orang bukan Melayu? Atau apakah pimpinan politik pembangkang mahukan perpaduan, keharmonian dan kebangsaan Malaysia?

Pada zaman Allahyarham Tun Razak, kita menyaksikan bagaimana banyak peluang diberikan kepada kepemimpinan muda. Tun Dr. Mahathir, Musa Hitam, Tengku Razaleigh antara yang muncul sebagai pemimpin muda yang banyak membawa kekuatan kepada parti dan kerajaan.

Kini, dengan adanya sistem pemilihan kaedah baharu dan transformasi parti, UMNO sebenarnya sudah menyediakan ruang yang sama bagi orang muda menyalurkan khidmat bakti. Parti dan negara boleh terselamat sekiranya penghayatan kepemimpinan zaman Tun Razak diperkembangkan.

Seorang Ketua Pemuda atau Ketua Puteri patut melihat potensi ini, selain membina diri sendiri. Cari seberapa banyak ilmu politik dan cara berpolitik, bandingkan antara politik Melayu dengan kaum yang lain di Malaysia dan lihatlah senario politik global. Proses dan persediaan bagi PRU Ke-14 tahun 2018 bermula dari sekarang.

Orang muda mungkin agresif dalam semua perkara. Dunia makin luas terbuka dan mereka tidak tahu setiap perkara tentang Melayu dan perjuangannya. Mereka kurang pengetahuan tentang kenegaraan.

Politik mereka boleh maju dengan adanya nasihat dan tunjuk ajar para pemimpin terdahulu. Jadi golongan veteran politik jangan sekali-kali ditinggalkan jika kita benar-benar mahu membawa kesejahteraan untuk semua. Pengalaman dan teguran mereka terdahulu itu bak mutiara gemerlapan yang sangat tinggi nilai mutunya yang tidak terdapat dalam mana-mana sumber buku rujukan.

Kadang kala seseorang pejuang boleh bertukar menjadi petualang. Mungkin apabila diri mula dibelit rasa tamak haloba, rakus dan dendam belitan iblis, seseorang itu mudah lupa akan agama, bangsa dan tanah airnya. Pengkhianatan sedikit demi sedikit bercambah dalam diri sehingga membesar menjadi pohon yang tidak menaungi kepentingan agama, bangsa dan negara lagi.

Ada juga yang terjebak dengan nafsu 'buat harta atau kaut kekayaan'. Kerap pula ada kelicikan usaha mendekati pihak berkuasa parti, rela menjadi kuncu-kuncu untuk faedah diri. Maka sebab itu Melayu kehilangan panglima dan wira-wiranya yang hebat.

Risiko pasti ada tetapi politik tidak boleh meminggirkan mereka bahkan perlu disediakan saluran bagi mereka bergerak, tunjangan dana dan moral. Selalunya tidak semua kepimpinan dapat membaca antara yang menyokong dengan menentang bahkan seseorang individu intelek yang kerajaan berikan kemudahan suatu waktu dahulu boleh muncul sebagai penentang yang sangat keras.

Kalau UMNO sudah pun mempunyai Akademi Latihan sendiri, maka program dan kegiatannya mesti diadakan berterusan, bukan sekadar 'ambil ada' atau melepaskan batuk di tangga.

Sungguhpun tahun 2013 tidak sama dengan tahun 1946, tetapi semangat UMNO dan perjuangan Melayu untuk menyelamatkan bangsa dan mempertahankan sebuah negara merdeka menjadi suatu kewajipan dan pegangan yang berkekalan.

Orang Melayu tidak harus merelakan watan Malaysia ini dicerobohi dari dalam atau luar. Jangan biarkan Malaysia menjadi sebuah tanah jajahan lagi sekali dan Melayu pula pupus di dunia.

Adakah kaedah pemilihan sahaja berbeza?

Posted: 15 Oct 2013 11:22 AM PDT

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

WALAU tiada terdengar suara sumbang mempertikai keputusan Pemilihan UMNO peringkat Bahagian dan peringkat exco tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri, sebenarnya ada beberapa kekurangan yang boleh diatasi pada masa depan. Sebaik-baiknya jika ada aduan mengenai ketidaktelusan pihak pengendali pemilihan ia hendaklah disiasat mengikut keperluan dengan seberapa segera.

Isu seperti pemilihan exco dari sayap tertentu berpandukan senarai (chai) calon tertentu perlu diperhalusi kerana ia menunjukkan bukan sahaja politik wang perlu ditangani malahan kewujudan senarai yang dianggap legenda kempen tersebut menyebabkan ada calon yang mempunyai potensi diabaikan daripada senarai pemilihan.

Kewujudan kempen melibatkan lebih ramai pemilih memang cantik dan molek demi membasmi politik wang yang begitu popular menjelang pemilihan agung UMNO sejak tahun 1980-an.

Adakah kita mahu menghapuskan politik wang semata-mata demi meningkatkan ketelusan dan menjadikan UMNO lebih menarik ramai orang Melayu dan bumiputera menyertainya?

Sedangkan pada pemilihan baru-baru ini, kita dapat saksikan adakah UMNO semakin terbuka dan berjaya melakukan transformasi atau trend for mercy ( memilih berdasarkan undi kasihan). Lalu mengabaikan aspek keterampilan calon sebagai pemimpin.

Pemilihan kali ini menyaksikan UMNO memberi kebebasan kepada sesiapa yang merasakan diri mereka layak untuk bertanding. Calon Exco Pemuda Pusat menyaksikan hampir 80 orang bertanding tetapi yang hendak dipilih hanya 20 orang sahaja. Maka setelah kempen diadakan dan calon diperkenalkan kepada akar umbi, adakah tercapai konsep keterampilan dengan hanya mengedarkan kad dan tampil ke depan pentas.

Bayangkan pada sesi pengenalan di sebuah negeri ada calon yang mendapat sorakan lebih dan ada yang seperti tidak wujud semasa sesi pengenalan dibuat.

Bayangkan anda datang dari Johor dan menempah tiket ke Sabah untuk sesi pengenalan calon dengan hasrat berkempen, tiba-tiba tiada siapa yang mempeduli kehadiran anda dengan alasan anda bukan budak atau chai sesiapa. Kalau beginilah gayanya maka kempen tersebut semata-mata makan anginlah jawabnya.

Adakah kita Melayu yang mudah lupa, empat tahun lalu (Oktober 2009), perwakilan Perhimpunan Agung Khas UMNO meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan parti itu.

Serentak pindaan itu, sistem kuota dihapuskan. Sistem kuota yang diguna pakai sebelum ini dilihat antara punca wujudnya amalan rasuah dan lebih memihak kepada individu tertentu terutama penyandang jawatan yang tertinggi.

Penghapusan sistem kuota itu memberi mesej kepada umum bahawa UMNO serius untuk berubah dan memberi ruang sebebas-bebasnya kepada ahli parti untuk memilih pucuk pimpinan mereka daripada peringkat cawangan, bahagian hingga Majlis Tertinggi (MT).

Soalnya bagaimana akar umbi hendak memilih pucuk pimpinan jika mereka hanya kenal nama dan senarai calon yang telah ditetapkan pihak tertentu.

Tidakkah ia memerlukan UMNO kembali mengemukakan resolusi untuk memastikan semua orang mendapat kempen yang adil. Jangan pula kita lupa pemimpin yang akan kita pilih ini yang mungkin akan kita junjung dan berkempen untuknya sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kelak.

Pada masa itu adakah kita ingat rakyat akan memilih mengikut chai pemimpin tertentu. Jangan sampai PRU-13 kembali berulang. Apabila ada pemimpin yang dipilih sebab mereka orang pilihan pihak tertentu maka mereka akan dipilih oleh rakyat. Ia pandangan yang salah dan di Selangor ia telah menjadi badi yang sukar diubati lagi.

Justeru, UMNO perlu melihat kembali adakah memberi mandat kepada akar umbi sebagai satu mekanisme terbaik untuk memilih pemimpin atau sekadar kaedah yang berbeza tetapi hasilnya tetap sama?

Bukan menidakkan kekuatan pemimpin yang menang tetapi lihatlah kepada kekuatan pemimpin yang kalah tetapi tidak mempunyai wadah selesa untuk berkempen kepada para pengundi. Mereka ibarat bernafas dalam lumpur kerana terpaksa bersaing dengan 'orang lama' yang mempunyai kekuatan di segenap penjuru.

Perkara baru memang banyak cacat dan cela tetapi biarlah post mortem yang akan dibuat dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit. Namun jika sampai ada yang menghempas mikrofon seperti berlaku di Kelantan maka Presiden Parti perlu menilai hala tuju kebebasan memilih yang diberi kepada 146,500 perwakilan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Perubahan membawa berkat

Posted: 15 Oct 2013 06:08 AM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my

ALHAMDULILLAH. Itulah ungkapan yang diucapkan setiap kali kita mendengar golongan Hawa mengambil keputusan untuk berhijab kerana wajib bagi setiap wanita Islam yang baligh untuk menutup aurat.

Menyedari hukum yang telah ditetapkan, maka sejak akhir-akhir ini semakin ramai golongan wanita, termasuk selebriti yang mengambil langkah untuk berhijab.

Melakukan perkara baik, sudah pasti banyak cabarannya. Maka ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan, penghijrahan golongan selebriti iaitu memakai hijab dilakukan kerana fesyen.

Benarkah, ada artis yang berubah kerana mengikut fesyen semasa atau kerana tuntutan agama.

Bagi pelakon Aida Khalida atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad, awal 50-an, penghijrahan yang dilakukan bukan kerana terikut dengan kehendak semasa tetapi atas dasar kesedaran dan ikhlas melakukannya kerana itu adalah tuntutan agama ke atas setiap wanita.

Saya berubah bukan sebab sesiapa tetapi kerana Allah. Saya mahu mencari keredaan-Nya dan alhamdulillah, selepas penghijrahan kehidupan saya lebih tenang.

Perubahan yang saya lakukan bukan sekadar pada luaran iaitu penampilan bertudung tetapi setiap hari saya cuba mendalami ilmu agama untuk mendekatkan diri dengan Allah," katanya kepada Hits, baru-baru ini.

Dia yang mula bertudung pada 2011 berkata, penghijrahan bukan sekadar penampilan tetapi memerlukan ilmu. Oleh itu sebagai insan kerdil, dia sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan ilmu Allah.

Pada setiap kelapangan, dia berusaha memenuhi waktu tersebut dengan menghadiri kelas agama, membaca atau menonton program ilmu untuk menambah pengetahuan.

Saya perlu melakukan perubahan seiring dengan penampilan dan apa yang saya lakukan bukan paksaan tetapi semua itu kerana Allah. Kalau kita melakukan sesuatu kerana Allah, insya-Allah hidup kita lebih diberkati," ulasnya.

Rezeki tetap ada

Sebelum berhijab, Aida yang waktu awal penampilannya sebagai anak seni dikenali sebagai Aida Rahim, adalah di antara pelakon wanita yang berimej seksi.

Aida yang pernah menjadi model sebelum ini berkata, dia tidak pernah menyesal melakukan perubahan kerana apa yang dilakukan membawa manfaat kepadanya.

Saya lebih senang bercerita tentang kehidupan sekarang dan mencari keredaan-Nya. Apa yang berlaku dulu, biarlah menjadi sejarah dan sebab itulah saya sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri supaya menjadi umat yang lebih dekat dengan-Nya.

Sebenarnya saya bersyukur kerana Allah telah membuka pintu hati saya untuk berhijrah. Walaupun saya berpenampilan sebegini, rezeki saya dalam bidang lakonan tetap ada. Tidak sekali pun saya dipinggirkan selepas bertudung," katanya terus-terang.

Kata Aida, sekali bertudung tidak mungkin dia akan menayang mahkota (rambut)kepada umum lagi. Justeru itu, jika ada skrip yang memerlukan watak membuka tudung, dari awal lagi dia akan menolak.

Jelas wanita itu, dia tidak percaya perjalanan cerita akan menjadi cacat sekiranya watak yang dipegang terus memakai tudung pada adegan yang dirasakan wajar tidak bertudung.

Semua itu terpulang kepada hati. Allah telah memberi kita akal fikiran untuk berfikir. Kita boleh suarakan pandangan pada pengarah atau penulis skrip bahawa ada cara lain boleh dilakukan tanpa memerlu menanggalkan tudung.

Setakat ini jika saya rasa apa yang perlu saya lakukan tidak baik untuk akhlak wanita bertudung, saya akan beritahu pengarah. Alhamdulillah, pengarah baik yang Melayu atau bukan Islam akan memberi kelonggaran untuk saya menggubah keadaan tersebut," ceritanya.

Selain itu, Aida juga berkata sejak bertudung, dia sering membatas pergaulannya dengan lelaki bukan muhrim terutama sewaktu di lokasi.

Lantaran itu dia lebih senang membawa diri dan melakukan urusan sendiri.

Bukan saya nak tunjuk alim atau lagak tetapi saya melakukan itu semua untuk kebaikan diri sendiri. Biarlah orang nak pulau saya atau hilang kawan, daripada saya kehilangan keredaan-Nya.

Saya bahagia dengan cara kehidupan sekarang dan tahu Allah sentiasa bersama. Sebab itulah kalau kita melakukan sesuatu dan semua itu dibuat kerana Allah, insya-Allah hidup lebih berkat," katanya mengingatkan diri sendiri.

Pengalaman paling manis dalam hidup

Posted: 15 Oct 2013 06:08 AM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI

Antara gambar kenangan Shamsul sewaktu mengerjakan ibadah haji tahun lalu.

PASTI setiap individu yang pernah menunaikan ibadah haji menyimpan baik setiap kenangan yang diperolehi mereka sepanjang berada di Tanah Suci dan begitu juga buat pelakon dan pengacara, Shamsul Ghau Ghau.

Jelasnya, pengalaman menunaikan ibadah haji pada tahun lalu merupakan detik paling manis dalam hidupnya kerana kita sedang menjadi tetamu Tuhan yang Maha Esa dan pastinya, sesiapa juga akan berpendapat sedemikian.

Sebenarnya terlalu banyak kenangan manis yang disimpan sewaktu menunaikan Rukun Islam kelima pada tahun 2012 yang lalu, boleh dikatakan setiap detik adalah yang manis dalam hidup saya.

Tetapi perkara yang paling saya ingat adalah sewaktu menunaikan wukuf di Arafah bersama jutaan masyarakat Islam lain dari seluruh pelosok dunia yang hadir bersama-sama untuk menunaikan haji.

Pada saat itu, hati ini benar-benar terasa dekat dengan Allah yang Maha Esa dan air mata juga tidak berhenti-henti mengalir memohon keampunan daripadanya atas kesilapan lalu," ujarnya mengimbau pengalaman menunaikan haji tahun lalu.

Shamsul atau nama penuhnya Shamsul Azahar Aliddin, turut menyuarakan dia tidak seakan-akan kekok untuk menyambut perayaan aidiladha tahun ini kerana hati dan ingatannya masih terkenang pengalaman tahun lalu.

Saya rasa kekok dan tidak tahu bagaimana mahu menyambut kedatangan aidiladha tahun ini kerana ingatan dan suasana aidiladha tahun lalu masih menebal di dalam hati.

Setiap hari terasa rindu seakan-akan mahu kembali ke Tanah Suci untuk melakukan ibadah yang sama sekali lagi," jelasnya yang baru sahaja mendapat cahaya mata ketiga pada 9 September lalu dan diberi nama Megat Ammar Azahar.

Perubahan perlahan-lahan

Pastinya, selepas kita kembali daripada menunaikan ibadah haji, kita akan berusaha untuk memperbaiki diri sekaligus melakukan perubahan ke arah yang lebih baik dalam hidup.

Menurut Syamsul yang kini berusia 44 tahun, sejurus pulang daripada mengerjakan haji, dia memasang impian untuk perlahan-lahan berubah agar menjadi seseorang individu yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Pastinya setiap manusia mahu berubah ke arah kebaikan, tetapi bukanlah bermakna saya mahu berhenti daripada dunia lakonan kerana tidak ada salahnya untuk terus kekal dalam bidang ini.

Cuma mungkin saya akan memilih untuk menjayakan program yang bersesuai dengan keadaan semasa agar perubahan yang saya lakukan ini lebih bermakna buat diri dan keluarga tercinta," jelasnya berhubung karier seni.

Sungguhpun mengakui semakin kurang mendapat tawaran muncul di kaca televisyen semenjak tahun lalu, perkara tersebut tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus kekal dalam bidang yang sudah lama diceburi sebelum ini.

Pada penghujung bulan Oktober ini, Shamsul bakal terlibat dengan program berbentuk keagamaan di televisyen Al-Hijrah berjudul Hijrah Munawwarah sebanyak 13 episod.

Jelas Shamsul lagi, selepas menunaikan ibadah haji, keinginannya untuk mendalami ilmu agama semakin menebal dan apabila mempunyai kelapangan daripada jadual karier seni, dia akan mendalami ilmu agama dengan guru bertauliah.

Proses pembelajaran ilmu agama ini tidak boleh berhenti begitu sahaja kerana ia perlu didalami secara berterusan.

Buat waktu ini, apabila saya tidak terlibat dengan sebarang program, saya akan menghabiskan masa dengan aktiviti di masjid berdekatan rumah saya selain berguru dengan mereka yang bertauliah," jelasnya yang bakal melakukan korban untuk anak ketiganya tahun ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Kempen kesedaran kanser

Posted: 15 Oct 2013 06:08 AM PDT

Oleh NORAZLINA ISMAIL
Gambar ZAKARIA IDRIS

Dr. S. Saunthari (dua dari kiri) dan Aldila Isahak (kiri) pada majlis pelancaran kempen Count Us In di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PERSATUAN Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) melancarkan kempen Count Us In iaitu kempen kesedaran berkenaan penyakit kanser payu dara peringkat lanjut (advanced breast cancer atau ABC).

Presiden NCSM, Dr. S. Saunthari berkata, ABC yang turut dikenali sebagai kanser payu dara peringkat III atau peringkat IV merujuk kepada keadaan kanser payu dara invasif yang sudah merebak.

Katanya, kanser itu merebak daripada payu dara dan nodus limfa ke organ tubuh lain seperti paru-paru, kulit, tulang, hati dan otak.

"Rawatan yang berkesan dan kebarangkalian untuk terus hidup dapat dijangkakan sekiranya penyakit itu dapat dikesan lebih awal.

"Bagaimanapun, rawatan untuk pesakit payu dara peringkat awal tidak sama dengan pesakit ABC. Tujuan rawatan ABC lebih cenderung untuk mengawal dan melambatkan perkembangan penyakit tersebut," katanya pada majlis pelancaran kempen tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain NCSM, kempen itu turut mendapat sokongan daripada Persatuan Onkologi Malaysia dan Novartis Corporation (Malaysia) Sdn.Bhd.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Onkologi Malaysia, Dr. Martin Mellor pula memberitahu, kajian yang dijalankan mendapati enam hingga 10 peratus pesakit kanser payu dara di Malaysia disahkan pada peringkat IV apabila didiagnos kali pertama.

"Sebanyak 20 hingga 30 peratus pesakit yang pada mulanya mempunyai kanser payudara peringkat awal akan menghidap ABC selepas itu.

"Oleh itu melalui kempen ini pesakit dapat mempunyai maklumat lengkap tentang penyakit dan dapat memahami bentuk rawatan yang sesuai," katanya.

Pada majlis itu juga, pesakit ABC, Aldila Isahak turut diberi peluang berkongsi pengalamannya selepas disahkan menghidap ABC.

Dia yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, pesakit ABC harus tabah menjalani kehidupan harian dan sentiasa bersikap positif untuk kembali sembuh.

"Pada waktu inilah seseorang pesakit perlu menjadi kuat dan tidak boleh lemah kerana jika anda sudah berputus asa, sel kanser akan merebak dengan lebih cepat.

"Sebab itu, selain kekuatan diri, ahli keluarga dan orang sekeliling juga perlu memainkan peranan supaya pesakit ABC menjadi bertambah yakin dan lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan mereka," katanya.

Berkorban untuk anak

Posted: 15 Oct 2013 06:08 AM PDT

MEGA, bersempena Hari Raya Aidiladha bertemu keluarga Mohd. Yazid Ismail, 29, dan isterinya, Widyana Md. Ali, 27, yang masing-masing berkorban demi ibadah dan amanah menjaga anak kembar mereka. Pasangan ini turut dikurniakan anak sulung, Bashir, 5.

Bagi memaksimumkan pendapatan keluarga, Mohd. Yazid yang berkelulusan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) berkata, dia melakukan dua pekerjaan pada satu masa.

Pada waktu siang, dia menjadi perunding unit amanah manakala di sebelah malam pula dia menjadi guru Bahasa Arab dan al-Quran di masjid, di Puchong dan Bangi, Selangor.

Begitupun, dia mengambil keputusan untuk berhenti mengajar akibat peristiwa di satu malam apabila isterinya menghantar satu khidmat pesanan ringkas (SMS) memberitahu dia tidak sempat solat Maghrib.

Dalam SMS itu isterinya, Widyana melahirkan rasa sedih kerana sudah beberapa kali tidak sempat solat Maghrib.

Saya terfikir sejenak, seorang suami sepatutnya menjaga ibadah isteri. Kerja memang perlu tapi saya perlu lakukan sesuatu demi ibadah isteri.

Ketika itu anak kembar kami berusia lapan bulan dan mereka minum sedikit susu ibu di taska (taman asuhan kanak-kanak) dan masing-masing menunggu ibunya pulang dari kerja untuk menyusu lagi.

Bayangkan bagaimana pengorbanan isteri saya menyusu secara bergilir-gilir hingga sampai masuk waktu Isyak.

Kalau saya tidak mengajar malam pasti saya boleh membantu isteri, caranya semasa seorang sedang menyusu saya kena jaga seorang lagi. Kalau tidak anak kembar saya akan menangis serentak, jelas Mohd. Yazid panjang lebar.

Jadi memikirkan apa yang boleh dilakukan oleh dirinya, Mohd. Yazid nekad untuk berhenti mengajar. Walaupun dia sangat suka mengajar Bahasa Arab.

Mohd. Yazid mengambil keputusan bercuti bermula dari Julai 2012 hingga si kembar habis tempoh dua tahun menyusu badan.

Kalau tidak, niat ingin buat pahala dengan mengajar agama, sebaliknya dapat dosa pula sebab abaikan ibadah isteri di rumah," jelasnya.

Pengorbanan

Namun bagi Mohd. Yazid, pengorbanan sebenar adalah dari pihak isterinya yang telah melahir, menyusu dan membesarkan anak kembar mereka.

Pada 8 Disember 2011 anak kembar kami dilahirkan secara pramatang, Dhia 2.07 kilogram dan Fina 1.73 kilogram. Fina perlu ditahan di NICU (unit jagaan rapi neonatal) selama tiga minggu sebab tidak cukup berat.

Saya berulang-alik dari Cheras ke Hospital Putrajaya dua kali sehari untuk melawat Fina dan menghantar susu ibu.

Walaupun masih sakit, isteri saya tetap berusaha keras menyusukan Dhia dan pada masa yang sama mengepam susu untuk dihantar ke hospital. Susah macam mana pun dia bertekad untuk menyusu penuh anak kembar kami," cerita Mohd. Yazid yang ditemui di kediamannya di Bandar Seri Putra, Bangi, baru-baru ini.

Seperti kembar lain yang sedang membesar, adakalanya susu ibu tidak mencukupi.

Widyana selalu berkata, tak apa... susu cukup. Kalau kembar empat pun Allah akan buat susu cukup. Paling kritikal masa si kembar berumur lebih kurang tiga bulan dan isteri saya ketika itu diserang demam panas, jumlah susu mengurang dan anak kami meragam.

Cuba bayangkan dua bayi berumur tiga bulan menangis lama serentak dengan ibunya sekali. Sedih pilu hingga merobek jiwa saya tengok," kata Mohd. Yazid.

Mohd. Yazid cuba bertindak rasional dengan membeli susu segar sementara isteri belum sihat. Malangnya, isterinya merajuk dan memarahi dirinya kerana membeli susu itu.

Mohd. Yazid memberitahu, Widyana membayangkan seolah-olah suaminya itu tidak menyokong sepenuhnya usaha dia menyusui anak-anak. Lalu susu yang baru dibeli itu dibuang isterinya.

Dia pegang prinsip demand and supply, lagi banyak bayi nak minum lagi banyak susu akan berjaya dihasilkan," jelas Mohd. Yazid yang berasal dari Kelantan.

Dia menambah, apabila anak kembarnya sudah mula tumbuh gigi maka lagi kuat dugaan yang dihadapi Widyana.

Sampai kalau sakit sangat Widyana mengadu kepada Allah betapa peritnya kesakitan yang sedang dia alami sambil menangis.

Demi kebaikan Dhia dan Fina isterinya sanggup hadapi semua itu dan hanya menangis masa menyusui bayi sebab menahan sakit luka yang agak dalam," kata Mohd. Yazid.

Tanggal 8 Oktober lalu, genaplah usia Dhia dan Fina dua tahun. Lengkaplah penyusuan eksklusif yang diusahakan pasangan ibu bapa mithali itu.

Widyana yang bertugas sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) akan terus menyusu selagi anaknya mahu dan Mohd. Yazid pula akan kembali mengajar Bahasa Arab dan al-Quran.

Jika ada orang tanya kenapa lama sangat ustaz cutikan kelas Arab tu? Saya akan jawab sebab menyusu... ikutlah mereka hendak fikir apa pun saya tak kisah," katanya tersenyum.

- NOORFAZRINA KAMAL

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Daging lembu didakwa naik harga

Posted: 14 Oct 2013 11:53 AM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

Pengunjung memilih barangan keperluan di Pasar Chow Kit Kuala Lumpur semalam sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidiladha. - UTUSAN/AZLIZA HAILANI

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pasar pagi terbesar di Kuala Lumpur, Pasar Jalan Raja Bot di Chow Kit lebih sibuk daripada kebiasaan hari ini apabila warga kota bertumpu ke situ untuk mencari barangan bagi persediaan menyambut Aidiladha esok.

Rata-rata pengunjung yang ditemui berkata, mereka memilih untuk menyambut Aidiladha di Kuala Lumpur sahaja dan semua barangan yang dibeli hari ini adalah untuk memasak pelbagai juadah istimewa.

Begitu pun tidak kurang yang menyatakan rasa tidak puas hati apabila mereka mendapati berlaku kenaikan harga barangan di premis yang turut dikenali sebagai Pasar Chow Kit itu.

Kenaikan tersebut menyebabkan mereka terpaksa menahan diri daripada membeli sesetengah barangan kerana dirasakan terlalu mahal.

Dalam keadaan pasar yang semakin sesak, sempit dan kotor, para pengunjung berpendapat adalah tidak berbaloi berlaku kenaikan harga-harga barang terutama pada ikan, ayam, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Suri rumah Ziana Md. Daud, 36, berkata, dia terkejut apabila mendapati secekak daun selom yang lazimnya berharga 50 sen dijual dengan harga RM1 yang baginya adalah terlalu mahal.

"Itu baru satu jenis barang, saya percaya banyak lagi barang-barang di pasar ini naik harga tanpa kita sedari. Walaupun cili merah dijual RM8 sekilogram tetapi didapati cili tersebut rata-rata sudah layu dan tidak lagi segar.

"Begitu juga dengan daging lembu yang dijual, daripada biasanya harga RM12-RM13 sekilogram, kini dijual dengan harga RM15 sekilogram, sedangkan daging tersebut daging beku import.

"Saya berharap sangat agar kerajaan berusaha untuk memastikan bekalan daging lembu segar tempatan adalah mencukupi terutama ketika musim perayaan," katanya.

Pekerja pasar raya, Siti Salwa Yusuf, 35, pula membatalkan niat untuk membeli daging lembu untuk dijadikan juadah istimewa sempena Aidiladha setelah mendapati harganya RM15 sekilogram.

"Terpaksalah saya beli ayam pencen, tetapi sama ada saiz ayam itu kecil atau besar, ayam tersebut dijual dengan harga RM7 dan RM8 seekor, agak mahal juga. Hendak beli ayam segar pula walaupun rata-rata penjual menjual dengan harga RM7.50 sekilogram tetapi kita boleh dapat dengan harga RM6.50 jika membeli di pasar raya.

"Lebih berbaloi membelinya di pasar raya yang keadaannya lebih bersih," katanya.

Pasangan suami isteri Hassan Hamdan dan Shamsiah Ibrahim pula membeli daun palas dan ketupat untuk dianyam menjadi ketupat.

"Kami datang dari Johor dan singgah di pasar ini membeli daun-daun ini. Daun palas agak murah, iaitu antara RM2 dan RM3 setiap satu pelepah yang boleh menghasilkan hampir 100 biji ketupat. Tidak berbaloi untuk mencarinya di hutan, baik beli sahaja di pasar dan harganya pula murah," kata Shamsiah.

Seorang penjual kelongsong ketupat yang mahu dikenali sebagai Ani sahaja berkata, dia tetap menjual pada harga RM5 bagi setiap 10 biji.

"Setiap tahun harga tetap sama, tidak perlu naikkan harga kerana daun kelapa masih mudah untuk diperoleh," katanya.

ETS pilihan warga kota pulang ke kampung

Posted: 14 Oct 2013 11:53 AM PDT

ORANG ramai bergegas untuk menaiki ETS di stesen KL Sentral di Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung masing-masing semalam.

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Walaupun cuti umum hanya sehari warga kota tetap mahu merayakan Aidiladha esok di kampung halaman masing-masing, dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjadi pilihan mereka untuk sampai ke destinasi.

Sebahagian warga kota mula meninggalkan rumah ibu negara sejak Jumaat lalu tetapi masih ramai lagi yang memilih untuk kembali ke kampung halaman pada hari ini lantas menyaksikan stesen KTMB di KL Sentral dipenuhi perantau.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kira-kira 200 penumpang sedang menunggu untuk menaiki ETS dan mereka yang ditemui menyatakan lebih selesa menaiki pengangkutan awam itu kerana tidak perlu bersesak di jalan raya.

Kira-kira pukul 1 petang tadi, tren yang membawa penumpang berlepas ke Ipoh disusuli oleh tren menghala ke arah utara satu jam kemudian.

Seorang pekerja swasta, Julia Amirah Azman, 23, berkata, ETS menjadi pilihannya untuk pulang ke kampung kerana stesen perkhidmatan itu di Tapah, Perak berdekatan dengan rumah ibu bapanya.

"Sempena Aidiladha, saya bercuti selama tiga hari bermula semalam dan pulang semula ke ibu kota pada lusa. Persiapan kami hanya bersifat sederhana untuk esok selain merayakan bersama-sama orang tua dan adik-beradik.

"Erti sebuah pengorbanan bagi saya buat adalah bekerja dengan penuh dedikasi untuk membantu ibu bapa saya di kampung," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ernii Zainal Abidin, 30, berkata, mereka sekeluarga tetap mahu pulang walaupun sebentar bagi melepaskan rindu menyambut Aidiladha di kampung.

"Tidak kisah sekejap, pastinya kerinduan terubat apabila bersama-sama ibu bapa. Persiapan juga dibuat secara bersederhana selain menolong keluarga mentua menyediakan juadah untuk Aidiladha," ujarnya.

Noh cadang tubuh Gema di setiap Parlimen

Posted: 14 Oct 2013 11:53 AM PDT

KUALA SELANGOR 14 Okt. - Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencadangkan agar setiap Parlimen di negeri ini menubuhkan Gerakan Mahasiswa (Gema) bagi membolehkan lebih banyak aktiviti bercorak pendidikan dan kemasyarakatan melibatkan mahasiswa dijalankan di kawasan masing-masing.

Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata, penubuhan Gema juga akan membolehkan mahasiswa yang merupakan anak tempatan di kawasan Parlimen yang terlibat memberikan sumbangan dengan cara mengadakan kelas tuisyen dan aktiviti bermanfaat lain.

"Gema ini bukan pertubuhan politik tetapi lebih kepada gerakan sukarelawan yang membolehkan mahasiswa membantu masyarakat setempat di mana mereka berasal.

"Mahasiswa ini perlu diberikan peluang untuk berbakti kepada masyarakat terutama kerana mereka mempunyai kebolehan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Gema Tanjong Karang dan menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang Parlimen Tanjong Karang kepada 311 pelajar termasuk pelajar universiti, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di sini hari ini.

Menurut Noh, dalam pengetahuannya setakat ini, hanya Parlimen Tanjong Karang dan Sabak Bernam telah menubuhkan Gema.

Sementara itu, Pengerusi Gema Tanjung Karang, Mohd. Ridzuan Mekedad berkata, sejak ditubuhkan pertengahan tahun ini, Gema Tanjong Karang telah mengumpul 270 ahli yang terdiri daripada mahasiswa dan alumni universiti.

"Antara aktiviti yang telah diadakan ialah mengagihkan bubur lambuk, majlis perasmian bazar Ramadan dan aktiviti hari ini.

"Kami bercadang untuk mengadakan kelas tuisyen dan tip untuk memilih kursus ke universiti kepada para pelajar terutama calon SPM dan STPM," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


JPM lulus bantuan RM80,000

Posted: 14 Oct 2013 11:53 AM PDT

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

WEE Jeck Seng (tengah) menyampaikan surat kelulusan kepada Ketua Kampung Sungai Bunyi, Noraini Turut di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tanjung Piai di Pontian, Johor, semalam.

PONTIAN 14 Okt. - Masalah bekalan air yang dihadapi oleh kira-kira 2,000 penduduk di dua blok Rumah Pangsa Jalan Parit Masjid di sini akan berakhir dengan kelulusan peruntukan sebanyak RM80,000 oleh Jabatan Perdana Menteri.

Sejak mengalami masalah kerosakan sistem perpaipan dan pam air, penduduk terpaksa bergantung kepada lori tangki yang dibekalkan oleh Syarikat Air Johor Holding (SAJH) di bahagian bawah bangunan.

Menurut Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng, setiap blok rumah pangsa itu akan mendapat RM40,000 bagi membaiki sistem perpaipan yang selama ini menimbulkan masalah dan peruntukan turut diberikan oleh Unit Penyelaras dan Perlaksanaan (UPP) JPM bagi memasang sistem pam yang kerap mengalami kerosakan.

"Diharap dengan kelulusan ini dapat melegakan penduduk yang tidak lagi terpaksa beratur untuk mengambil air terutama bagi mereka yang tinggal di tingkat atas rumah pangsa tersebut. Ini merupakan sebahagian daripada peruntukan RM300,000 di bawah projek kecil pembangunan untuk diagihkan di kawasan Parlimen Tanjung Piai pada tahun ini.

" Saya terpaksa mengagihkan peruntukan tersebut kepada mana-mana kawasan yang memerlukan seperti kerja menaik taraf jalan, menurap jalan kampung, membaik pulih padang, membina astaka , sistem perparitan dan juga menaik taraf taman bimbingan kanak-kanak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Tabika Kemas) Taman Impian, Pekan Nanas," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tanjung Piai di sini hari ini.

Ujar Jeck Seng, beliau berjanji akan memberikan tumpuan bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasan Parlimen tersebut akan sentiasa dibela sebagaimana janji semasa pilihan raya umum yang lalu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Penduduk Rumah Pangsa Parit Mesjid, Saidon Sarian, 62, mengucapkan terima kasih kepada wakil rakyat yang begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi penduduk selama ini dan bersyukur isu air tersebut bakal selesai.

"Masalah ini kami hadapi sejak beberapa tahun lalu, kadang-kadang pulih tetapi pada tahun ini kerap berlaku terutama pada bulan puasa lalu sehinggalah selepas hari raya. Saya antara yang terawal menghuni rumah pangsa ini sejak dibuka pada tahun 1992 tanpa bekalan elektrik dan air seperti sekarang," katanya.

Syaiful ikrar kukuh perpaduan Pemuda JB

Posted: 14 Oct 2013 11:53 AM PDT

SYAIFUL Rizal Abd Ghani (lima dari kanan) diangkat oleh penyokongnya selepas diumumkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru di Dewan Sri Tebrau, Johor Bahru, Johor, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 14 Okt. - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru yang baharu, Syaiful Rizal Abdul Ghani, 39, berikrar mahu memastikan perpaduan sekali gus merapatkan saf dalam kalangan ahli pergerakan berkenaan.

Beliau yang merupakan bekas Setiausaha Pemuda UMNO bahagian menyifatkan kemenangan itu sebagai tanggungjawab yang perlu digalas terutama dalam usaha mempersiap sayap berkenaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Syaiful Rizal yang bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta juga mahu meneruskan usaha menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti keramat Melayu itu dengan menggerakkan Pemuda bahagian secara aktif bagi tujuan tersebut.

"Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan yang jelas mandat sudah diberikan kepada saya, sekali gus akan memegang amanah tersebut dengan perkara pertama adalah untuk merapatkan saf untuk menjalankan kerjasama lebih erat.

"Insya-Allah saya akan memberikan yang terbaik sepanjang bergelar Ketua Pemuda Bahagian," katanya selepas pengumuman rasmi sayap Pemuda bahagian itu di Dewan Seri Tebrau, di sini malam semalam.

Dalam pemilihan itu, Syaiful Rizal memperoleh sebanyak 160 undi, menewaskan tiga calon lain iaitu Nornekman Osman (88), Musbah Yusof (61) dan Mohd. Tom Ghadafi Anwary (10).

Jawatan Naib Ketua Pemuda bahagian itu pula dimenangi Khairul Mohd. Amin (154) yang menewaskan Wan Saiful Bahri Wan Nawi (105) dan Azly Suhaimi Abdullah (44).

Seramai 309 perwakilan daripada 67 cawangan mengundi untuk memilih pemimpin sayap Pemuda bagi menerajui bahagian itu yang dikosong oleh Khalid Mohamed yang telah melepasi had umur.

Sementara itu, jawatan Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri bahagian itu dimenangi oleh Azura Mohd. Afandi dan Jamaeah Hashim yang menang tanpa bertanding.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved