Selasa, 15 Oktober 2013

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Bina benteng halang hakisan

Posted: 14 Oct 2013 11:53 AM PDT

Oleh AINSAFRE BIDIN
utusanperak@utusan.com.my

Shahrul Zaman Yahya (kiri) meninjau pembinaan penghalang hakisan sungai di Kampung Pasang Api, Bagan Datoh di Ipoh, Perak, semalam.

IPOH 14 Okt. - Masalah hakisan tebing di Sungai Perak berhampiran Kampung Pasang Api di sini bakal ditangani dengan pembinaan benteng penghalang hakisan yang akan siap menjelang November tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, pembinaan benteng yang menelan kos RM2 juta oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu bakal memberi kelegaan kepada penduduk sekitar yang sebelum ini teruk terjejas akibat banjir.

Tegas beliau, projek tersebut juga melambangkan keprihatinan kerajaan dan Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam soal keselamatan dan keselesaan rakyat kawasan berkenaan.

''Kawasan Bagan Datoh ini sebenarnya amat mencabar akibat masalah hakisan kerana di kanannya Sungai Perak, di kirinya pula Sungai Bernam dan di hadapannya Selat Melaka.

''Bagaimanapun, saya percaya dengan wujudnya benteng penghalang hakisan dari batu konkrit ini, penduduk-penduduk tidak perlu risau lagi terutama bila musim banjir," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau projek tersebut di Kampung Pasang Api dekat sini.

Yang turut hadir Juruteknik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Saharudin Abd. Rahman; Ketua Kampung Pasang Api, Uzir Fakir Mohd. dan penduduk setempat.

Dalam pada itu, Saharudin berkata, sebelum ini benteng tersebut dibina menggunakan batu biasa, namun tidak mampu menahan hakisan kerana ombak kuat, selain batu tersebut jatuh ke dalam sungai.

Akibatnya, jelas beliau, apabila berlaku hujan berpanjangan, air akan masuk dan kawasan kampung ditenggelami.

''Oleh itu, pada kali ini, kami membina semula benteng tersebut yang dimulakan pada tahun 2006 menggunakan konkrit bagi mengelakkannya daripada rosak,'' katanya.

Tambah beliau, projek sejauh tiga kilometer dari Teluk Munikam sehingga ke Kampung Pasang Api dekat sini itu dijangka mampu menyelamatkan kawasan tanaman dan kebun penduduk setempat daripada musnah akibat banjir.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved