Ahad, 4 Disember 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Fatehah sebelah kaki ke London

Posted:

Fatehah sebelah kaki ke London

Fatehah sebelah kaki ke London

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Sasaran yang diletakkan pelumba basikal trek negara, Fatehah Mustapa untuk mara ke saingan akhir acara keirin Siri Piala Dunia Klasik Cali tercapai dan menamatkan saingan tersebut di tempat keenam, sekali gus berjaya meraih mata Olimpik London 2012 semalam.

Fatehah sebelum ini yakin untuk mara ke saingan akhir acara tersebut selepas beraksi cemerlang yang dipamerkan di Sukan SEA XXVI dengan meraih tiga pingat emas.

Dalam aksi akhir keirin wanita semalam, Fatehah menduduki tempat keenam dan berjaya meraih lima mata ke temasya Olimpik menjadikan keseluruhan 474.67 mata (terbaik Asia) diikuti Hong Kong 456.67 mata dan Korea Selatan 256.67 mata. Hanya dua pasukan terbaik Asia akan beraksi di London.

Menurut pelumba kelahiran Kuala Berang itu, dia amat berpuas hati dengan prestasinya setakat ini kerana semakin menunjukkan peningkatan, walaupun gagal meraih medal dalam saingan di Cali yang juga aksi Siri Piala Dunia Klasik pertamanya bagi musim 2011/12.

"Mungkin bukan rezeki saya untuk memenangi medal pada Siri Piala Dunia Klasik. Saya akan terus mencuba untuk saingan seterusnya. Ini adalah adat perlumbaan ada yang menang dan ada yang kalah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia melalui laman sosial, Facebook semalam.

Dalam perlumbaan akhir keirin semalam, Fatehah kurang bernasib baik apabila dihimpit pelumba Ukraine, Shulika Lyubov dan pelumba Russia, Ekaterina Gnidenko menyebabkannya menamatkan saingan pada tempat terakhir.

"Pada mulanya saya berjaya menempatkan diri pada kedudukan yang lebih strategik namun rezeki tidak menyebelahi saya. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi di Cali kerana banyak peningkatan yang dilakukan," katanya.

Pelumba berusia 22 tahun itu berada pada landasan terbaik untuk menjadi pelumba basikal trek wanita pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan ia diakui sendiri oleh Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad.

"Fatehah berpeluang cerah untuk mara ke Sukan Olimpik kerana dia adalah pelumba terbaik Asia setakat ini, saya berharap dia terus mengekalkan aksi ini dalam beberapa kejohanan besar lagi termasuk Siri Piala Dunia Klasik Beijing dan London," katanya.

Turut meraih mata Sukan Olimpik London 2012 adalah pelumba trek sensasi negara, Azizulhasni Awang, yang menduduki tempat kelima dalam acara pecut selepas tewas pada suku akhir kepada pelumba Jerman, Rene Enders, sementera itu Josiah Ng pula menduduki tempat ke-20.

Full content generated by Get Full RSS.

Sasaran Johannesburg tercapai

Posted:

Sasaran Johannesburg tercapai

Sasaran Johannesburg tercapai

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Sasaran tempat kelima keseluruhan dalam Cabaran Juara-Juara 1 di Johannesburg, Afrika Selatan berjaya direalisasikan oleh skuad hoki negara selepas menundukkan Poland dengan keputusan 3-0, semalam.

Dalam perlawanan perebutan tempat kelima itu, skuad bimbingan Tai Beng Hai meledak gol pertama pada minit ke-17 melalui penyerang Tengku Ahmad Tajuddin A. Jalil sebelum Faizal Saari meledak gol kedua pada minit ke-29.

Sungguhpun Poland lebih agresif pada babak kedua, namun pasukan lawan gagal memperoleh jaringan.

Sebaliknya skuad negara menambah satu lagi jaringan melalui pukulan kencang Tengku Ahmad Tajuddin pada minit ke-47.

Pengurus pasukan skuad hoki kebangsaan, George Koshy berkata, prestasi pasukan berada pada tahap terbaik, biarpun mempamer aksi kurang memberangsangkan pada peringkat kumpulan.

"Cabaran kita hanya bermula pada saingan suku akhir dan pemain telah membuktikannya dengan kemenangan ini.

"Bagi saya kita tidak mengalami masalah untuk mendapatkan jaringan malah kita harap melalui perlawanan sebegini kita mampu menilai posisi yang perlu ditingkatkan selepas kejohanan ini," katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini dalam saingan peringkat Kumpulan B, skuad kebangsaan hanya mampu mengutip satu mata daripada tiga perlawanan, dengan seri 2-2 menentang Jepun selepas tewas kepada Kanada dan Argentina.

Bagaimanapun, pada saingan suku akhir skuad kebangsaan mempamer peningkatan ketika menentang juara Kumpulan A, India apabila berjaya mengikat pasukan tangga ke-10 dunia itu dengan kedudukan 4-4, sebelum kemenangan memihak pasukan lawan melalui jaringan emas pada masa tambahan.

Berjaya memperoleh tempat kelima bererti pasukan kebangsaan layak untuk beraksi dalam kejohanan sama pada masa akan datang selain dapat memperbaiki kedudukan ranking dunia kepada yang lebih baik.

Sementara itu, George berkata tumpuan pasukan kini adalah perlawanan kelayakan Olimpik 2012 pada Mac tahun depan.

"Perjalanan untuk Olimpik masih panjang dan kita akan cuba atasi kelemahan yang ada sebelum melangkah ke perlawanan kelayakan itu nanti.

"Semua pemain telah mengikut arahan Beng Hai sehingga kita memperoleh kemenangan ini," kata George.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Pilih calon boleh berkhidmat

Posted:

Pilih calon boleh berkhidmat

Pilih calon boleh berkhidmat

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
pengarang@utusan.com.my


Rais Yatim sambil diiringi oleh Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Norhayati Ismail (tiga dari kanan) dan Masnah Rais (kanan) bersalam dengan kakitangan pada Pesta Sukan RTM 2011 di Politeknik Merlimau, Melaka, semalam.


JASIN 4 Dis. - Calon boleh menang Barisan Nasional (BN) yang akan diletakkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sama ada calon muda atau muka lama haruslah diterima oleh semua penyokong parti.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, apa yang lebih penting calon boleh menang BN itu boleh berkhidmat kepada masyarakat berbanding faktor usianya yang muda atau muka lama.

''Kalau muda saja pun tetapi tidak diterima masyarakat, bagaimana? Kalau yang lama pun tak diterima masyarakat, bagaimana? Jadi khidmat itu yang penting," katanya ketika merasmikan Pesta Sukan RTM 2011 di sini hari ini.

Seramai 800 warga agensi itu terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia dari seluruh negara menyertai program itu yang bermula semalam hingga 7 Disember ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 semalam menyatakan BN akan meletakkan lebih ramai calon muka baru di kalangan orang muda yang memenuhi kriteria calon boleh menang pada PRU13.

Selain itu, kata Rais, pesanan Perdana Menteri harus dihormati dan beliau meminta wakil rakyat yang tidak dicalonkan bertanding pada pilihan raya nanti agar tidak berkecil hati.

''Sebab ini adalah khidmat dan khidmat terletak pada penilaian masyarakat dan setiap khidmat itu ada tempohnya.

''Bagi tempoh yang tidak disambung, alhamdulillah, ia harus diiktiraf dan dihormati," katanya.

Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata, wakil rakyat yang terpilih untuk dicalonkan nanti perlu berkhidmat dengan lebih baik dan memberi kemenangan mutlak kepada BN pada PRU13.

Full content generated by Get Full RSS.

Tak jadi calon jangan merajuk, tikam belakang

Posted:

Tak jadi calon jangan merajuk, tikam belakang

Tak jadi calon jangan merajuk, tikam belakang

BAGAN DATOH 4 Dis. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta semua wakil rakyat parti itu yang tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak merajuk dan menikam dari belakang.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, mereka sepatutnya menyokong dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memenangkan calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti.

''Pucuk pimpinan mempunyai kuasa mutlak untuk memilih calon berdasarkan kriteria-kriteria tertentu serta maklum balas dari akar umbi.

''Oleh itu, saya harap wakil rakyat yang tidak terpilih sebagai calon jangan kecil hati atau merajuk dan menikam dari belakang jika tempat mereka digantikan oleh seseorang yang lebih layak," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan hadiah kepada seramai 106 pelajar di kawasan Parlimen Bagan Datoh yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Hutan Melintang di sini hari ini.

Ahmad Zahid juga mengingatkan semua wakil rakyat UMNO bahawa jawatan yang disandang mereka sekarang tidak kekal, sebaliknya akan terlucut dengan sendiri apabila Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

''Pada waktu itu, semua pemegang jawatan wakil rakyat tidak mempunyai jawatan sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

''Justeru, kita perlu menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan siapa yang akan menjadi calon pilihan raya umum akan datang," ujarnya.

Beliau memberitahu, segala masalah di peringkat bahagian akan diselesaikan secepat mungkin bagi memastikan kemenangan parti pada PRU13 nanti.

Ahmad Zahid berkata, penyelesaian masalah itu amat penting kerana ia menyumbang sebanyak 50 peratus kepada kemenangan calon bagi kerusi Parlimen dan DUN.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Rasional pelaksanaan PBS

Posted:

Rasional pelaksanaan PBS

Rasional pelaksanaan PBS

OLeh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my

PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai murid tahun satu 2011 diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ketika ini, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan.

Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan fokus kepada produk akhir dan bukannya proses pembelajaran.

Tambahan pula, di sesetengah negara maju, sistem pentaksirannya telah banyak berubah dan ada yang langsung tidak mempunyai peperiksaan awam sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.

Justeru mulai 2016, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat berdasarkan nisbah 60:40 iaitu 60 peratus Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP) dan 40 peratus PBS. Manakala peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula bermula pada 2014.

PBP di peringkat UPSR sama seperti yang diamalkan sekarang akan dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Dalam PBS pula terdapat empat komponen iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah bersifat akademik manakala Pentaksiran Psikometrik dan PASJK pula bersifat bukan akademik.

Bagi Pentaksiran Pusat, ia dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrumen dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran ini melibatkan kerja khusus dan projek lisan.

Pentaksiran Sekolah pula melibatkan mata pelajaran teras dan elektif. Ia dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah.

Manakala Pentaksiran Psikometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

PAJSK adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani, sukan dan kokurikulum yang dikawal secara harmoni oleh kapasiti dan proses mental seseorang individu murid supaya pertumbuhannya dapat dipantau dan diperbaiki

Full content generated by Get Full RSS.

Muzik, seni bina keyakinan murid sejak usia muda

Posted:

Muzik, seni bina keyakinan murid sejak usia muda

Muzik, seni bina keyakinan murid sejak usia muda


MURID SJKT Vivekananda bersama alat muzik sumbangan Proton Holdings Berhad di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


DALAM usaha untuk mempergiatkan perkembangan bakat dalam bidang muzik dan seni di peringkat usia muda, Proton Holdings Berhad (Proton) baru-baru ini telah menyampaikan sumbangan peralatan muzik kepada tiga buah sekolah terpilih di bawah kempen 'Persona - Lebih Baik, Tidak Syak lagi'.

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Proton Edar, Sidik Abdul Hamid berkata, pihaknya percaya bahawa muzik dan seni adalah penting untuk membangunkan keyakinan diri pelajar kerana ia merupakan asas kepada kesejahteraan kanak-kanak serta kunci ejayaan apabila mereka dewasa kelak.

"Inilah sebabnya mengapa pihak kami mahu memainkan peranan dalam membantu sekolah-sekolah ini mewujudkan segmen muzik dan seni sebagai salah satu aktiviti kokurikulum mereka," katanya pada majlis itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Vivekananda, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, SJK (T) Vivekananda menerima sebanyak 67 buah peralatan muzik seperti keyboard, deram bass, snare, trompet, tamborin dan melodian untuk digunakan dalam usaha sekolah menubuhkan sebuah pancaragam genderang.

Peralatan muzik tersebut disampaikan oleh Sidik serta penyampai radio THR Raaga, DJ Aanantha kepada Guru Besar SJKT Vivekananda, Bala Mohan.

Sementara itu, Bala berkata, sekolahnya telah lama berhasrat untuk menubuhkan sebuah band dan sumbangan peralatan muzik yang diterima daripada Proton merupakan sesuatu yang sangat bermakna dan amat dialu-alukan.

"Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kemahiran seperti kerjasama berpasukan, kepimpinan dan kebolehan untuk bercakap di khalayak ramai tidak akan dapat dipelajari hanya melalui buku teks tetapi melalui pelbagai aktiviti lain seperti sukan, muzik dan seni," jelasnya.

Selain itu, dua sekolah yang turut menerima sumbangan alat muzik ialah SJKT Nilai di Negeri Sembilan dan SJKT Melaka Kubu, Melaka.

Setiap sekolah menerima 10 unit urumee, 10 tabla, satu set uremee melam, empat buah gitar dan 40 seruling.

Peralatan muzik berkenaan dibeli menggunakan dana yang dikumpul daripada hasil jualan video muzik DJ Aanantha bertajuk 'Thannambikkai' yang bermaksud keyakinan.

Sebanyak kira-kira RM30,000 telah dikutip daripada hasil jualan video muzik itu bermula minggu pertama Oktober lalu.

Lagu yang ditulis oleh DJ Aanantha dan video muzik yang menampilkan tiga kanak-kanak istimewa itu dibuat di bawah kempen 'Persona - Lebih Baik, Tidak Syak Lagi' dalam usaha untuk meniup keyakinan dalam diri kanak-kanak melalui irama rancak dan lirik yang ceria.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Harga minyak boleh melonjak

Posted:

Harga minyak boleh melonjak

Harga minyak boleh melonjak

TEHERAN 4 Dis. - Harga minyak akan melonjak ke paras AS$250 (RM750) setong jika Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan baru terhadap Iran, kata ketua suruhanjaya ekonomi Parlimen Iran, Arsalan Fathipour.

EU pada Khamis lalu meluaskan senarai sekatan terhadap firma-firma dan individu di Iran dan memberi amaran langkah-langkah tambahan sedang dipertimbangkan terhadap sektor kewangan dan minyak Teheran.

"Sekiranya AS dan beberapa negara Eropah mengenakan sekatan ke atas sektor minyak dan gas kita, harga minyak global akan mencecah AS$250 setong," kata Fathipour, menurut laporan akhbar Keyhan, hari ini.

Dalam pada itu, Kongres AS sedang menimbangkan rang undang-undang yang disasarkan terhadap bank pusat Iran yang menjadi hab bagi menerima bayaran untuk eksport minyak, meskipun White House bimbang Iran mungkin mendapat faedah jika harga minyak melonjak.

Sekatan-sekatan yang dipertimbangkan itu, selain sekatan yang diumumkan oleh AS, Britain dan Kanada pada 14 November lalu, bertujuan untuk menekan Iran supaya menghentikan kegiatan nuklearnya yang kontroversi.

Harga minyak kelmarin ditutup pada paras AS$100.96 (RM300) setong bagi minyak mentah 'West Texas Intermediate' dan AS$109.94 (RM329) setong bagi minyak mentah 'Brent North Sea'.

Pasaran dipengaruhi oleh ketegangan yang meningkat berhubung Iran, iaitu pengeluar kedua terbesar OPEC selepas Arab Saudi, dan situasi ekonomi di AS dan Eropah.

"Amerika dan beberapa negara Eropah mahu meletakkan sekatan ke atas industri minyak dan gas kita dalam agenda mereka.

"Namun menyebut tentang sekatan sahaja sudah cukup untuk merangsang pasaran minyak dunia dan menyebabkan harga meningkat," kata Fathipour.

China, EU, India, Jepun, Korea Selatan dan Turki adalah pelanggan utama bagi eksport minyak Iran. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Banjir di kawasan perindustrian Bangkok pulih

Posted:

Banjir di kawasan perindustrian Bangkok pulih

Banjir di kawasan perindustrian Bangkok pulih

BANGKOK 4 Dis. - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra hari ini memberitahu, lima daripada tujuh kawasan perindustrian di negara ini yang dilanda banjir telah pulih sepenuhnya, manakala Bangkok dan wilayah persekitarannya akan pulih menjelang Tahun Baru ini.

"Situasi banjir kini semakin bertambah baik," kata Yingluck semasa rancangan mingguannya di radio hari ini.

Menurutnya, banjir telah dipam keluar dari lima kawasan perindustrian di Rojana Industrial Park, Hi Tech Industrial Estate, Bang Pa-in Industrial Estate, Factory Land Industrial Estate di wilayah Ayutthaya dan Bangkadi Industrial Park di wilayah Pathum Thani.

Tambahnya, kini hanya tinggal kawasan Saha Rattana Nakorn Industrial Estate di Ayutthaya dan Nava Nakorn Industrial Estate di Pathum Thani yang masih ditenggelami air, tetapi ia dijangka pulih menjelang 20 Disember ini.

Yingluck berkata, kawasan Hi Tech dan 40 kilang di Factory Land telah pun menyambung semula operasi pengeluaran Khamis lalu.

Pusat Arahan Operasi Bantuan Banjir (FROC) kini turut bekerjasama dengan agensi tempatan untuk mempercepat pengeringan air banjir di Bangkok bagi membolehkan daerah timur pulih menjelang akhir bulan ini.- AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


1,200 pengguna terjejas teruk

Posted:

1,200 pengguna terjejas teruk

1,200 pengguna terjejas teruk

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 4 Dis. – Lebih 1,200 pengguna bas henti-henti di Lurah Semantan di sini terjejas apabila perkhidmatan syarikat City Liner menghentikan perkhidmatannya yang menghubungkan beberapa bandar sekitar bandar ini dan daerah berhampiran.

Menurut jurucakap bas berkenaan, syarikatnya menggunakan 14 bas di daerah ini untuk ke laluan Mentakab, Jengka, Maran, Bera dan Jerantut.

Katanya, perkhidmatan bas di laluan Jerantut ke Kota Gelanggi, Kerambit, Jengka 24 dan Kuala Lipis telah ditutup pada 1 Oktober lalu akibat mengalami kerugian sejak beroperasi hampir tiga tahun lalu.

"Kesemua perkhidmatan ini adalah di bawah kendalian City Liner Temerloh dan cawangannya di Jerantut, jumlah pengguna di Temerloh sahaja mencecah 1,200 penumpang setiap hari.

"Bukan semua orang awam mampu memiliki kenderaan sendiri, masih ramai yang menggunakan perkhidmatan bas terutama untuk ke tempat kerja, sekolah dan hospital," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, ketiadaan perkhidmatan bas itu akan menyebabkan lebih 20 peniaga kedai makan, runcit dan gerai buah-buahan di situ akan terus malap.

Salah seorang peniaga, Tajudin Mohd. Zain (gambar), 56, memberitahu, dulu perniagaan runcitnya laris tetapi apabila stesen bas ekspres dan bas henti-henti dipisahkan pada 2003 perniagaannya mula terjejas.

''Dulu saya boleh menjual 500 naskhah surat khabar sehari tetapi sekarang lima naskhah pun tak laku," katanya.

Bagi peniaga gerai makanan, Siti Zaleha Mohd. Teh, 56, dia dan suami kini terpaksa menguruskan gerai itu kerana tidak mampu lagi menggaji pembantu apabila perniagaan mereka semakin merosot.

"Sekarang berniaga tak sampai RM100 pendapatan sehari, macam mana nak bayar gaji pekerja, pelanggan yang datang sangat kurang," katanya.

Seorang peniaga, Kamaruzaman Nordin, 40, berkata, dia merayu pihak berkuasa mengambil langkah segera bagi membantu peniaga Melayu di Lurah Semantan.

Sehubungan itu, dia menyarankan perkhidmatan bas ekspres bagi laluan Pantai Timur dipindahkan dari Terminal Bas Utama di pusat perdagangan Semantan ke stesen bas lama di Lurah Semantan.

Full content generated by Get Full RSS.

Bomba perkenal penarafan bintang

Posted:

Bomba perkenal penarafan bintang

Bomba perkenal penarafan bintang


Wan Mohd. Nor Ibrahim (kiri) melawat tapak pameran peralatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sempena Konvensyen Inovatif dan Kreatif Bomba Peringkat Kebangsaan di Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 4 Dis. - Setiap jabatan bomba di peringkat negeri diminta memberi perhatian kepada bantuan khidmat kemanusiaan seperti menangkap ular dan menghapuskan sarang tebuan bagi meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan jabatan itu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, selain itu, bantuan khidmat kemanusiaan juga akan dapat meningkatkan jumlah skor bagi penarafan bintang yang mula diperkenalkan jabatan itu tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, setiap jabatan bomba di peringkat negeri tidak boleh mengabaikan perkhidmatan teras iaitu bantuan menyelamat dan memadam api.

"Kita menilai keberkesanan pentadbiran jabatan bomba negeri dengan memberi fokus utama bagaimana tindakan atau respons dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

"Ada beratus penilaian yang kita gunakan, tetapi markah paling tinggi diberi terhadap bagaimana JBPM di negeri menangani masalah pelanggan," katanya kepada pemberita selepas perasmian penutup Konvensyen Inovatif dan Kreatif Bomba peringkat kebangsaan di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Wan Mohd. Nor berkata, melalui pelaksanaan sistem penarafan bintang, dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Selangor mendapat empat bintang, lapan negeri tiga bintang dan ada juga negeri yang menerima dua bintang.

Beliau berkata, penilaian itu diuruskan oleh satu jawatankuasa dalaman yang diwujudkan mengikut format Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu).

"Untuk penarafan bintang itu, bermula tahun depan Mampu akan menbuat penilaian terhadap JBPM secara keseluruhannya dan sebab itu kita lakukan secara dalaman terlebih dahulu.

"Kaedah ini akan memberi kesan kepada jabatan bomba di setiap negeri untuk membuat peningkatan dengan memberi fokus kepada pelanggan terutama negeri yang memperoleh penarafan dua bintang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

200 pelajar SAR sertai khatam al-Quran

Posted:

200 pelajar SAR sertai khatam al-Quran

200 pelajar SAR sertai khatam al-Quran

TEMERLOH 4 Dis. - Seramai 200 pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dari seluruh daerah ini menyertai program khatam al-Quran yang berlangsung di Masjid Temerloh Jaya di sini.

Penyelia KAFA Daerah Temerloh, Zulfadli Zubir berkata, selain memperkasakan pengajian al-Quran, program seumpama itu perlu diberikan sokongan kerana ia boleh meningkatkan kemahiran pembacaan kitab suci itu di peringkat kanak-kanak lagi.

Menurutnya, kesedaran ibu bapa pada masa kini terhadap kepentingan menguasai dan membaca al-Quran dengan cara yang betul semakin meningkat.

''Kalangan ibu bapa menyedari membaca kitab suci Allah itu adalah penting bagi mengukuhkan integriti masa depan anak-anak mereka sebagai Muslim sejati.

''Selain membaca dengan betul, kita harap anak-anak kecil itu didik supaya memahami isi kandungan al-Quran yang banyak mengandungi pelbagai nasihat, sejarah Islam dan kejadian manusia," katanya ketika merasmikan program tersebut bagi mewakili Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang, Datuk Wan Abdul Wahid Wan Hassan di masjid itu, baru-baru ini.

Menurut Zulfadli, program berkenan juga dapat melahirkan modal insan yang merangkumi pembentukan intelek, potensi diri, rohani, emosi serta keterampilan di kalangan murid-murid.

Program itu, katanya, ibarat melentur buluh daripada rebung menjadi pendekatan terbaik dalam mendidik anak-anak bagi memulakan langkah kehidupan mereka di dunia ini.

''Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan cahaya mata yang soleh dan solehah yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Pakej bergaya mewah Lenovo

Posted:

Pakej bergaya mewah Lenovo

Pakej bergaya mewah Lenovo

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

LENOVO kini melangkah ke dunia fesyen dengan tiga komputer riba yang lebih bergaya dan mewah - IdeaPad U300s Ultrabook serta komputer riba U300 dan U400.

Menggunakan teknologi terkini, komputer riba berkenaan direka untuk pengguna yang juga penggemar fesyen yang mahukan produk lebih bergaya selain berkuasa dan produktif sesuai bagi mereka yang fanatik terhadap teknologi dan fesyen sekali gus.

Naib Presiden Pusat Rekabentuk Inovasi Lenovo, Yao Yingjia berkata, Siri IdeaPad U terkini dari Lenovo menyediakan penggemar fesyen apa yang mereka inginkan dalam pakej super chic, mudah alih dan nipis.

Komputer riba U300s, U300 dan U400 merupakan aksesori mewah sempurna musim ini membawa pelanggan menggabungkan produktiviti dan hiburan dalam satu peralatan yang bergaya.

Manakala Naib Presiden dan Pengurus Besar Kumpulan Pelanggan Intel PC, Mooly Eden berkata, ramai akan tertarik dengan sistem pada siri U terkini daripada Lenovo yang menggabungkan persembahan menarik dalam rekaan cantik dan bergaya.

"Dijana oleh pemprosesan generasi ke dua Core, sistem berkenaan akan memberikan keupayaan dengan pengalaman pengguna dan hayat bateri yang panjang yang diinginkan pengguna.

"Kami teruja dengan inovasi Lenovo dan sebagai salah satu masa utama ke rakan niaga dalam kategori ultrabook yang terkini dengan peralatan U300 yang menggabungkan pengalaman mudah alih yang perlu dimiliki, keselamatan, tanggungjawab dan gaya," katanya.

Ultrabook U300s yang nipis dengan Intel menjadikannya unik bagi pengguna yang menghargai gaya dan kelebihan.

Menampilkan generasi kedua pemprosesan Intel Core i7 dengan Intel Turbo Boost Technology 2.0 dan masa untuk mula atau boot up hanya 10 saat dengan Enchanced Experience 2.0 RapidDrive SSD Technolgy1, U300s sedia beroperasi untuk apa jua tugasan.

U300 dengan 13.3 ultra slim paparan HD skrin lebar 16.9, memori 4GB DDR3 dan penyimpanan SSD sehingga 256GB.

Pada hanya 0.6 inci (14.9mm) nipis, U300s dibina daripada satu lapisan cengkerang aluminium bagi menghasilkan produk yang nipis dan ringan.

Boleh didapati dengan warna Graphite Grey atau edisi terhad Clementine Orange di mana warna berkenaan dihasilkan melalui proses eletrolisis dan sandblast bagi menghasilkan kemasan yang sempurna dan tahan calar.

Teknologi pintar lain termasuk Breathable Keyboard, Intel Advanced Cooling Technology yang membenarkan udara bergerak masuk melalui papan kekunci dan keluar melalui sebelah kiri, kanan dan depan.

Rekaan berkenaan mengurangkan keperluan pengudaraan di bahagian bawah komputer riba menjadikannya sesuai diletakkan di atas riba atau bantal dalam jangkamasa yang lama.

Selain rekaan ultra-nipis dengan hayat bateri Lenovo panjang, U300s menyediakan sehingga lapan jam penggunaan produktif atau 30 hari untuk masa menunggu.

Dengan Lenovo RapidCharge, baterinya boleh dicas sehingga 50 peratus dalam masa 30 minit.

Selain itu terdapat juga Bluetooth, high-speed 802.11n WiFi, USB 2.0 dan sambungan USB 3.0 serta kamera video bersepadu 1.3M (720p HD).

IdeaPad U300 dan U400 merupakan komputer riba bergaya, ultra nipis dengan teknologi pintar yang membenarkan pengguna melakukan lebih lagi.

Komputer riba U300 dan U400 datang dengan pemprosesan generasi ke 2 Intel Core dan masa mula (boot up) hanya 17 saat dengan teknologi RapidDrive SSD.

U300 menampilkan paparan HD 13.3 inci manakala U400 dengan paparan HD 14 inci dan grafik AMD Radeon HD5470M 1GB.

Kedua-dua model boleh dinaiktaraf memori sehingga 8GB DDR3, penyimpanan 1TB HDD dan penyimpanan 256GB SSD.

Long Life Battery pada U300 boleh bertahan sehingga enam jam masa produktiviti dan tujuh jam pada U400.

Kedua-dua model menggunakan teknologi Breathable Keyboard sama seperti U300s.

Lenovo IdeaPad U300, U300s dan U400 dijangka berada di pasaran pada bulan Oktober depan.

Semua tiga model dalam warna Graphite Gray manakala U300s terdapat dengan edisi terhad Clementine Orange.

Harga akan diumumkan tidak lama lagi dan mereka yang berminat boleh melayari laman web www. lenovo.com.

Full content generated by Get Full RSS.

Inisiatif akademik IBM-Uniten

Posted:

Inisiatif akademik IBM-Uniten

Inisiatif akademik IBM-Uniten

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Gambar MOHD. NOOR AMIN

SYARIKAT perisian terkemuka IBM dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) memeterai perjanjian bersama di bawah Program Inisiatif Akademik IBM-Uniten bagi meningkatkan kurikulum teknologi maklumat universiti berkenaan baru-baru ini.

Program tersebut akan membantu menyediakan pelajar dengan pasaran perniagaan dan kepakaran yang diperlukan dunia pekerjaan.

Di bawah inisiatif tersebut, IBM menyediakan Uniten dengan kemudahan seperti perisian IBM percuma bagi keperluan pembelajaran universiti dan program latihan bagi fakulti akademik.

Mereka juga mendapat bantuan dalam menggunakan perisian IBM, latihan sambil belajar termasuk akses kepada sumber korporat IBM berkaitan.

Pelajar juga dilatih dalam IBM DB2 dan teknologi perisian Rational dengan fokus utama dalam perniagaan analitikal di masa hadapan.

Pelajar ijazah pertama yang mengikuti kurikulum berkenaan akan dilengkapi dengan kepakaran perisian berkualiti tinggi dan pengiktirafan profesional IBM.

Kerjasama berkenaan menunjukkan komitmen kuat oleh IBM dan Uniten dalam menyokong aspirasi kerajaan terhadap pembangunan modal insan, terutama dalam menghadapi kekurangan kepakaran perisian teknikal di negara ini.

Ini juga merupakan sasaran menjadikan negara sebagai hab pakar IT dan perisian di Asia Tenggara.

Naib Canselor Uniten, Prof. Datuk Seri Mashkuri Yaacob berkata, program Inisiatif Akademik IBM menggambarkan visi yang dikongsi dengan universiti dalam pengiktirafan pendekatan baru dan kerjasama yang diperlukan.

"Kerjasama dengan IBM akan memberikan pelajar Uniten peluang menimba pengalaman dalam bidang perniagaan IT daripada rakan IT terkemuka.

"Ini juga akan menyediakan pelajar untuk memasuki bidang IT yang sentiasa berkembang dan penuh cabaran," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman IBM-Uniten Inisiatif Akademik di Uniten, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Menurutnya dengan kepakaran dan pengalaman yang diperoleh daripada program berkenaan, pelajar Uniten akan lebih kompetitif apabila memasuki dunia pekerjaan.

Turut hadir Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat Kementerian Pengajian Tinggi, Dr. Ma'imah Md. Khalil.

Sementara itu Pengarah Urusan IBM Malaysia, Ramanathan Sathiamutty berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan beberapa universiti dan organisasi bagi mengenalpasti kepakaran yang diperlukan dalam ekonomi dunia yang sentiasa berubah.

"Kami mendapati permintaan besar terhadap pekerja IT terlatih bagi menguruskan fungsi dan proses kompleks selain pengurusan data berkesan disebabkan kebanjiran pengumpulan data oleh sesebuah syarikat pada satu-satu masa.

"Kerjasama Inisiatif Akademik akan membolehkan Uniten mengeluarkan graduan dengan pengetahuan dan kepakaran IT berkaitan yang menyumbang kepada industri sama ada peringkat tempatan dan antarabangsa," katanya.

Ramanathan menambah, pihaknya akan terus menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi terkemuka bagi membangunkan kepakaran di kalangan pelajar bagi memenuhi permintaan industri IT.

"Ini merupakan usaha berterusan IBM dalam membawa inovasi dan pembaharuan ke arah negara berpendapatan tinggi dan ekonomi berasaskan pengetahuan," katanya.

Justeru dengan perjanjian berkenaan Uniten menjadi sebahagian daripada universiti terkemuka dalam rangkaian Inisiatif Akademik IBM.

Program berkenaan membenarkan penggunaan teknologi IBM sebagai landasan pengajaran, latihan dan tujuan latihan.

Inisiatif berkenaan menawarkan akses kepada sumber dalam talian yang membantu kira-kira 4,600 universiti dan kolej komuniti seluruh dunia menjadi lebih kompetitif dalam bisnes dan kepakaran IT bagi memenuhi keperluan industri baru dan berkembang.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Asparagus tanaman bernilai tinggi

Posted:

Asparagus tanaman bernilai tinggi

Asparagus tanaman bernilai tinggi

Taman Pertanian Universiti zujang@putra.upm.edu.my


Sulur muda asparagus dikutip sebagai sayuran yang berkhasiat dan bernilai tinggi.


ASPARAGUS merupakan antara sayur yang menjadi kegemaran rakyat negara ini. Biasanya ia ditanam secara komersial oleh para pengusaha dan jarang di tanam secara kecil-kecilan.

Namun, bagi yang gemar berkebun boleh mencuba untuk menanam asparagus di kawasan rumah mereka.

Penyediaan kawasan

Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam antara 20 dan 30 sentimeter (sm) untuk memudahkan pertumbuhan akar.

Batas disediakan menggunakan jentera atau secara manual mengikut saiz yang disyorkan. Lebar batas satu meter, tinggi antara 20 dan 30 sm dan panjang batas mengikut kesesuaian tempat. Jarak antara batas ialan 0.6- 1.0 meter.

Nilai pH yang sesuai ialah antara 5.5 dan 6.5, jika pH tanah kurang dari yang disyorkan pengapuran perlu dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum penanaman dilakukan. Kadar pengapuran antara tiga dan lima tan/hektar bagi tanah.

Batas di tambak dengan bahan organik tahi ayam atau kompos antara satu hingga tiga kg/meter persegi atau antara tiga hingga enam tan/hektar bagi tanah mineral.

Bahan ini hendaklah digaulkan ke dalam tanah satu minggu sebelum menanam bagi membekalkan zat makanan kepada pokok.

Penanaman dan penjagaan

Biji benih perlu disemai dalam polibeg hitam yang sesuai dengan menggunakan media tanah campuran tiga bahagian tanah atas: Dua bahagian bahan organik: Satu bahagian pasir dan ditambah ½ bahagian sabut kelapa.

Letak satu atau dua biji benih dalam polibeg dan biji benih akan bercambah antara tujuh dan 14 hari dan anak benih dibiarkan selama antara lapan dan 10 minggu ditapak semaian.

Ia perlu disiram setiap hari dan sekurangnya 50 peratus teduhan.

Rumpun asparagus yang berumur lebih setahun boleh dibelah dan dipindahkan sebagai bahan tanaman. Pastikan tunas sulur subur dan mempunyai akar yang mencukupi. Tanam tunas sulur secepat mungkin. Pendedahan kepada cahaya matahari dan angin akan menjejaskan pertumbuhan tunas sulur.

Jarak tanaman yang sesuai ialah satu meter antara barisan pokok dan penanaman sebaris didalam batas adalah sesuai bagi asparagus kerana memudahkan pengurusan tanaman.

Kawalan rumpai

Pengawalan rumpai penting untuk menjamin hasil yang tinggi. Kawasan tanaman perlu sentiasa bersih bagi mengelakkan persaingan dalam mendapatkan zat makanan, air, cahaya dan ruang.

Rumpai juga menjadi perumah bagi perosak dan penyakit tanaman. Kerja merumpai perlu dilakukan setiap minggu

Pembajaan

Baja yang disyorkan ialah 120 kg N:60 kg P2O5:60 kg K2O setiap hektar. Tetapi ia bergantung pada kesesuaian tanah di sesuatu kawasan, keperluan nutrien tanaman,masa dan cara pembajaan .

Pembajaan dibuat antara tiga dan empat minggu selepas mengubah anak benih ke ladang, penggunaan baja organik 8: 8:8: (80-100 gm/rumpun diselangkan dengan baja NPK biru 12:12:17 (50-80 gm/rumpun) adalah disyorkan dan ditambah bila rumpun membesar.

Ia ditabur keliling tanaman dengan jarak 15-20 sm dari rumpun tanaman dan dikambus bagi mengelakkan larut resap ke udara. Pembajaan dibuat setiap bulan dan diselangkan baja kimia dengan baja organik.

Pemangkasan

Proses pemulihan dilakukan supaya keseimbangan bilangan batang dan daun yang cukup untuk aktiviti fotosintesis serta kegunaan pembesaran selepas melalui aktiviti kutipan hasil.

Program pemulihan memerlukan antara dua dan tiga bulan dan tinggalkan tiga dan empat pokok matang setiap rumpun.

Asparagus perlu dicantas tiga atau empat kali setahun mengikut kesesuaian pokok. Semua pokok matang perlu dicantas di paras tanah dan tinggalkan sulur baru yang dipotong sebagai hasil segar dan yang tidak sesuai biarkan ia membesar.

Perosak dan penyakit

Serangan penyakit layu pucuk (Fusarium sp) menyebabkan pucuk muda hitam ,layu dan terus kering. Serangan kulat Puccinia asparagi menyebabkan tanda bintik hitam atau merah pada batang dan daun.

Penyakit ini dikawal dengan memotong dan musnahkan bahagian yang diserang atau dibuat semburan racun kulat yang sesuai.

Ulat ratus (Spodoptera sp) yang menyerang bahagian pucuk dan dahan dan ulat pangkas memakan bahagian pucuk dan daun,jika serangan serius lakukan semburan menggunakan racun yang sesuai.

Penuaian hasil

Hasil pertama boleh dituai selepas lapan hingga 10 bulan ditanam. Aparagus boleh dituai dalam bentuk tunas putih atau tunas hijau .

Asparagus hijau dimakan segar dan yang putih ditinkan. Bagi mendapatkan asparagus putih rumpun ditimbus tanah dan tunas akan membesar dalam tanah.

Kutipan hasil akan bermula selepas proses cantasan dilakukan,bagi satu musim tempoh kutipan hasil antara satu dan dua bulan. Sulur muda dipotong dengan pisau tajam di bawah paras tanah,elakkan kecederaan sulur muda lain.

Sulur berukuran 15-17 sm sahaja yang dituai. Kelewatan dituai menyebabkan sulur panjang meruncing, berserabut dan hujung sulur akan berkembang menjadi daun. Tuaian hasil antara 25 dan 30 kg seminggu sehektar boleh didapati dan boleh mencapai tiga atau lima tan sehektar/tahun.

Asparagus digred mengikut garis pusat dan panjang rebung, warna, kerapuhan, kesegaran, tahap kecederaan dan serangan penyakit. Ia boleh bertahan selama dua hingga tiga minggu jika disimpan dlam suhu 0-2 darjah celsius.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Akta rangkum kepentingan semua

Posted:

Akta rangkum kepentingan semua

Akta rangkum kepentingan semua

Datuk Seri Dr. Rais Yatim

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 September 2011, sehari sebelum perayaan Hari Malaysia, mengumumkan Program Transformasi Kerajaan akan melibatkan perubahan dari sudut perundangan.

Pengumuman beliau di Angkasapuri yang dinanti-nanti itu melibatkan pemansuhan semua pemasyhuran undang-undang eksekutif yang menyebabkan Malaysia diprasangkakan sebagai negara yang masih di bawah pemerintahan darurat, pemansuhan ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Buang Negeri 1959.

Undang-undang ini telah sekian lama dipertikai dan diprasangkakan oleh pelbagai golongan hak asasi manusia sejagat lantaran tidak memberi peluang penghakiman yang bertauliah.

Najib juga mengumumkan penilaian dan kajian semula terhadap beberapa Akta lain yang didapati tidak lagi selari dengan perkembangan hak-hak asasi manusia. Antara undang-undang dalam kumpulan ini ialah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967 (AP).

Tiga pemasyhuran darurat pada tahun 1966, 1969 dan 1977 telah dimansuhkan bersekali dengan Akta Buang Negeri 1959 dalam sesi Dewan Rakyat yang baru berlangsung. ISA dan Akta Kediaman Terhad 1933 telah diumum untuk dibubar menjelang Mac 2012.

Tempoh sehingga Mac itu diperlukan kerajaan untuk membuat persediaan berkaitan kerja-kerja dan kuat kuasa peralihan. Selepas Mac 2012 dijangka Malaysia akan bebas dari perundangan kuasa eksekutif yang mengecualikan peranan penghakiman mahkamah biasa.

Langkah dan dasar berani Najib itu lantas menerima reaksi yang amat positif sekalipun pembangkang yang mulanya menyokong baik langkah realistik kerajaan itu tiba-tiba memilih untuk membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 dengan tindakan keluar dewan pada sesi Dewan Rakyat tanggal 29 November 2011 sebaik sahaja Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengusulkan bacaan kali ke-3 untuk kelulusan mutakhir.

Reaksi secara 'sokong-kemudian-bantah' itu menampakkan ketidaksungguhan pembangkang menerima realiti keadilan bahawa kerajaan BN bimbingan Najib sesungguhnya telah berjaya membuktikan sifat dan peranan prihatinnya terhadap undang-undang lapuk yang perlu ditiadakan demi mewujudkan keseimbangan antara hak asasi manusia dengan tanggungjawab memelihara ketenteraman awam dan kepentingan majoriti rakyat.

Seksyen 27 Akta Polis 1967 yang sejak 44 tahun lampau mengawalselia hak dan kegiatan berarak-berhimpun dimansuhkan dari kuatkuasa Akta Polis 1967. Sememangnya selama ini Seksyen 27 AP yang mengawalselia semua aktiviti sivil seperti perarakan, perhimpunan aman, perjumpaan berkumpulan, ceramah serta lain-lain aktiviti politik di tempat-tempat awam atau persendirian.

Dari sejumlah 100 seksyen di dalam AP tersebut, Seksyen 27 lah yang sering dikritik dan dipertikaikan kerana ia memberi banyak kuasa pengawalan kepada polis bersekali syarat-syarat ketat di samping tiadanya ruang untuk merayu kepada pihak yang lebih tinggi.

Seksyen 27 telah membantu PDRM mengawal aktiviti songsang seperti tunjuk perasaan jalanan dan himpunan kasar kumpulan-kumpulan seperti Bersih dan lain-lain.

Kerajaan berpendapat sudah sampai masanya Seksyen 27 dimansuhkan dan diganti dengan satu perundangan khas yang baru yang mampu secara aman mengawasi aktiviti-aktiviti awam yang kontra secara lebih kemas dan adil. Dengan tiadanya lagi Seksyen 27 AP, hal ehwal polis dan kepolisan akan lebih mudah ditadbir.

Namun perkembangan ini memerlukan huraian semula agar perspektif serta objektif kenegaraan sivil dari sudut ketenteraman awam dan hak asasi yang dijamin di bawah Perkara 10 dapat difahami tanpa dijadikan bahan salakan pembangkang atau mereka yang sengaja suka memutarbelitkan sesuatu isu semata-mata hendak menyumbatkan gol politik masing-masing.

Dalam pada itu Seksyen 27 Akta Polis 1967 amat penting difahami berkaitan kuasa-kuasa mengawalselia perhimpunan, politik jalanan, perjumpaan dan perarakan yang dibenarkan di bawahnya.

Inilah undang-undang yang digubal dan dipinda beberapa kali semenjak 1967 untuk memberi kuasa kepada Polis di-Raja Malaysia (PDRM) mengawal ketenteraman awam sebelum, semasa dan selepas mana-mana pihak mengadakan perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang melibatkan lebih daripada lima orang sama ada dalam bentuk tunjuk perasaan jalanan atau di tempat-tempat tertentu.

Seksyen 27 AP yang dipinda secara menyeluruh pada tahun 1988 memberi kuasa amat luas kepada Pegawai Penjaga Daerah Polis dalam menentukan cara dan kaedah mengawal perhimpunan, perjumpaan atau perarakan di tempat-tempat awam.

Pegawai polis itu berkuasa penuh memberi lesen atau sebaliknya berkaitan sesuatu permohonan mengadakan perhimpunan, perjumpaan atau perarakan di tempat-tempat awam seperti jalan, padang, tempat letak kereta dan sebagainya. Lesen berkenaan mesti dibuat oleh sesuatu pertubuhan atau oleh tiga orang individu.

AP juga melarang pegawai polis berkenaan memberi lesen berkenaan jika mereka didapati mewakili kepentingan sesuatu pertubuhan. Jika sesuatu badan yang membuat permohonan lesen tersebut, mesti dibuktikan bahawa pertubuhan berkenaan sedia terdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 atau mana-mana kuatkuasa undang-undang Malaysia yang lain.

Dengan berkuatkuasanya 14 pindaan AP pada 1988, kuasa PDRM semakin meningkat dan menyeluruh. Di bawah Seksyen 27A baru, rakyat juga dilarang mengadakan perjumpaan, tunjuk perasaan, perhimpunan atau perarakan di premis-premis selain kawasan awam.

Jika sesuatu aktiviti berkumpulan 20 orang atau lebih dan boleh didengar atau disaksikan dari luar premis berkenaan, PDRM boleh mencegah atau menghentikan aktiviti itu.

Kesalahan yang mengingkari Seksyen baru ini boleh didenda oleh mahkamah antara RM2,000 hingga RM10,000 dan penjara tidak melebihi 1 tahun. Polis juga boleh menggunakan 'kekerasan' jika perlu dalam tanggungjawab melerai atau menghentikan aktiviti tersebut.

Penggunaan alat pelaung, bunyi-bunyian atau muzik juga boleh ditegah oleh PDRM mengikut budibicaranya di bawah AP. Prosedur-prosedur mendapatkan kebenaran berlesen ini melibatkan banyak tingkat dan kerenah birokrasi. Ruang penggunaan budi bicara pihak polis juga luas tanpa kemudahan merayu kepada pihak yang lebih berkuasa.

Malah seseorang yang dihadapkan ke mahkamah sabit pertuduhan di bawah Seksyen 27 atau 27A tidak dibenarkan membuat pengakuan seperti mana biasa halnya dengan sesuatu pertuduhan jenayah.

Dengan keadaan sedemikianlah maka tentangan terhadap Seksyen 27 Akta Polis itu begitu banyak dizahirkan oleh individu dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dengan lumrahnya kebangkitan isu-isu hak asasi manusia global khasnya lonjakan "Arab Spring" akhir-akhir ini serta goncangan menentang sistem pentadbiran yang berat sebelah maka Seksyen 27 AP dilihat sebagai mengandungi kuasa-kuasa keterlaluan.

Apatah lagi, Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia sedia menjamin hak warganegara berhimpun secara aman tanpa senjata walaupun Parlimen dibenarkan pula di bawah Perkara 10(2) membuat undang-undang mengehadkan kebebasan bersuara, menubuhkan persatuan atau berhimpun secara aman demi menjaga keselamatan atau ketenteraman awam atau akhlak. Sesungguhnya Seksyen 27 AP diperbuat pada 1967 dan dipinda pada 1988 atas syarat tersebut.

Dengan keinsafan kerajaan tadbiran Najib, amat berpatutan jika suatu perundangan baru diwujudkan bagi menggantikan Seksyen 27 demi kesejahteraan dan keadilan sosial dalam konteks menterjemahkan iltizam Gagasan 1Malaysia yang mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Maka Jabatan Peguam Negara dengan bantuan pelbagai pihak lantas membuat kajian dan gubalan yang cermat.

Model-model perundangan perhimpunan awam di Australia, New Zealand, Britain dan lain-lain negara maju dikaji rapi. Antara 15 September dan awal November tahun ini sambil 'membakar lilin hingga ke dinihari' Jabatan Peguam Negara dengan bantuan pakar dalaman dan luaran berjaya membentuk Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 (UUPA) dan akhirnya pada 29 November dibentangkan di Dewan Rakyat.

UUPA menelurkan cita-cita masyarakat murni untuk lebih demokratik, lebih menghormati hak-hak asasi manusia yang berpatutan dan adil. Mukadimah UUPA amat jelas - "Suatu Akta berhubung hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata, dan memperuntukkan sekatan-sekatan… perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain…"

Sementara mengiktiraf hak individu dan kumpulan untuk berhimpun atau berarak atau mengadakan perjumpaan, UUPA pada masa sama mengiktiraf hak orang ramai untuk menikmati harta benda mereka secara aman tanpa dirosakkan oleh penganjur; hak menikmati persekitaran semula jadi; hak menjalankan perniagaan tanpa kekacauan dan hak awam untuk bergerak bebas; hak supaya kanak-kanak tidak disalahguna di dalam mana-mana aktiviti tunjuk perasaan beramai-ramai seperti mana pernah berlaku dalam perhimpunan haram Bersih baru-baru ini.

Penganjur di bawah s.6 UUPA memang dikenakan syarat-syarat yang berupa tanggung jawab supaya tidak menyakiti hati mana-mana pihak, tidak membuat pernyataan yang membawa kesan jahat atau permusuhan di kalangan orang awam atau menyemarakkan ketegangan awam.

Warganegara asing dilarang mengadakan aktiviti sivil berkenaan.

UUPA mengizinkan kebebasan mengadakan tunjuk perasaan, berucap, berarak atau berhimpun di tempat-tempat awam yang dikhaskan. Notis aktiviti yang kena dipatuhi demi keselamatan dan ketenteraman awam hanya 10 hari sebelum mengadakan aktiviti.

Demi kepentingan awam, aktiviti-aktiviti hak sivil berkenaan tidak dibenarkan di tempat-tempat seperti hospital, stesen minyak, pelabuhan, tempat ibadat, tadika dan sekolah, balai bomba, empangan dan beberapa kawasan atau tempat awam yang dijangka mencetus bahaya kepada kepentingan, keselamatan atau ketenteraman awam.

Dalam tempoh lima hari pihak polis dikehendaki memaklumkan syarat-syarat yang kena dipatuhi oleh penganjur. Dan dalam tempoh 24 jam dari masa penerimaan notis mengadakan sesuatu aktiviti, polis disyaratkan memaklumkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan di sekitar kawasan perhimpunan atau perarakan itu.

Ini adalah sebagai menghormati hak asasi awam pada pihak orang ramai di sekitar kawasan atau tempat yang hendak diadakan aktiviti berkenaan.

Pada masa sama, hak dan kebebasan majoriti masyarakat di sekitar kawasan dijamin.

Paling berimbang ialah penganjur yang terkilan boleh merayu kepada menteri berkenaan jika syarat-syarat yang dikenakan PDRM tidak munasabah atau tidak adil.

PENULIS ialah Menteri Penerangan,

Komunikasi dan Kebudayaan

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan biar UMNO dipersenda

Posted:

Jangan biar UMNO dipersenda

Jangan biar UMNO dipersenda

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

SEBAIK sahaja Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 menutup tirai, semalam, di bahu pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat mempunyai satu tanggungjawab yang berat.

Mereka kini perlu memastikan UMNO mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya umum akan datang.

Hanya kejayaan cemerlang sahaja akan mampu mengelakkan perhimpunan agung yang berakhir itu tidak dipersendakan dan dianggap retorik semata-mata.

Ini memandangkan ketika perhimpunan agung tersebut berlangsung, pemimpin dan ahli UMNO bukan sahaja diberi peringatan dan nasihat malahan mereka juga sudah melafazkan taat setia untuk memastikan kemenangan besar UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Ketika perhimpunan itu juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peringatan mengenai nasib bangsa, agama dan negara jika pemerintah negara jatuh ke tangan pembangkang.

''Insaflah...insaflah saudara-saudari, andainya UMNO tidak kita tatang, andainya UMNO tidak kita bela, andainya UMNO sudah tersungkur rebah dan andainya UMNO lenyap, apakah masih terjunjung Islam yang suci? Apakah masih terpandang mulia orang-orang Melayu? Apakah masih disanjung raja-raja kita?

''Kalau kita leka, kalau kita alpa, kalau kita lalai, kalau kita masih bersengketa, kehinaan akan tiba di muka pintu.Tunggulah kehancuran akan terbangsatlah Melayu merempat di di tanah sendiri.''

Sebab itulah, pemimpin dan ahli UMNO tidak boleh memandang remeh segala yang sudah tercatat dan berlangsung di perhimpunan agung parti itu.

Ia kerana jika dalam pilihan raya umum akan datang UMNO dan BN tidak mampu mencatatkan kejayaan cemerlang akibat politik dalaman percayalah orang luar tidak akan lagi menghormati perhimpunan agung.

Mereka akan menganggap Perhimpunan Agung UMNO sekadar agenda tahunan bagi memenuhi peraturan sebuah perjalanan pertubuhan.

Sikap tidak mahu berubah dan masih lagi mahu berpolitik sesama sendiri demi perjuangan peribadi hanya akan mengakibatkan UMNO akan menempah bahaya dalam pilihan raya akan datang.

Sebab itulah ikrar yang dilafazkan dengan diketuai oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sekadar ikrar untuk menyedapkan hati, tetapi ia adalah janji atau baiah yang wajib dipatuhi.

Janganlah pula nanti ada yang berhujah tidak salah melanggar ikrar berkenaan kerana ia tidak dilakukan atas nama Allah tetapi mereka harus ingat, ikrar berkenaan adalah bertujuan bagi menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara.

Dan ia hanya dapat dilakukan jika UMNO dan BN terus memerintah, justeru ikrar berkenaan ibarat janji yang wajib ditunaikan kerana di dalam Islam hanya manusia munafik sahaja yang sanggup memungkiri janji. Lebih daripada itu, jika UMNO kehilangan tampuk kekuasaan, bangsa Melayu 'terbangsat' di tanah air sendiri dan Islam tidak lagi dihormati maka seluruh ahli UMNO yang mengkhianati ikrar yang dibuat perlu bertanggungjawab.

Ahli UMNO, sepanjang perhimpunan berlangsung telah diperingatkan untuk patuh dan taat kepada pemimpin selagi keputusan yang dibuat tidak melanggar syariat. Mereka juga telah diseru supaya sedia berkhidmat dan berkorban bukan demi kepentingan politik kekuasaan UMNO dan BN semata-mata tetapi demi masa depan bangsa, agama dan negara.

Sebab itulah Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu ahli dan penyokong parti itu menyakini bahawa perjuangan mereka adalah satu jihad.

'Jihad untuk memenangkan parti kita, jihad untuk memastikan survival bangsa dan agama kita adalah satu pengorbanan yang amat besar sekali yang harus dipertanggungjawab dan dilaksanakan oleh kita secara sebaik-baiknya,'' kata Muhyiddin.

Perkara itu kemudiannya dipertegaskan oleh Wakil Kedah, Mohd. Kamal Saidin.

Mohd.Kamal ketika membentangkan usul agama mahu ahli-ahli UMNO yakin bahawa perjuangan parti tersebut tidak pernah tersasar daripada landasan agama kerana ia terus kekal berpegang dengan konsep amalan wassattiyah iaitu kesederhanaan dari dulu hingga sekarang.

Sehubungan itu beliau mengingatkan ahli UMNO betapa pentingnya perjuangan parti tersebut diteruskan dan dipertahankan serta tidak berebut jawatan sesama mereka.

''Kalau dulu UMNO kuat kerana kita lawan tolak jawatan, tetapi hari ini kita kalah kerana kita lawan rebut jawatan.

''Kalau ini yang berlaku dalam parti adakah kita dapat mengharapkan UMNO mampu membebaskan agama, bangsa dan negara serta dapat mengekalkan kuasa,'' tegasnya.

Bersandarkan kepada peringatan demi peringatan di Perhimpunan Agung UMNO itu seharusnya selepas ini ahli-ahli parti tersebut tidak perlu lagi diperingatkan mengenai betapa penting dan getirnya pilihan raya umum akan datang.

Apa yang mustahak sekarang ialah mengotakan janji dan memastikan segala yang dinasihatkan oleh pucuk pimpinan dipatuhi. Mereka sudah tidak ada masa lagi untuk bersikap hipokrit apatah lagi retorik. Janganlah lagi terus memegang kamus politik sebagai rujukan tetapi jadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan serta pegangan.

Kamus politik hanya mengajar ahli UMNO bagaimana merebut kekuasaan (jawatan) sebab itulah wujud perbuatan buruk seperti tikam belakang, cah keting dan sabotaj. Tetapi al-Quran dan sunnah memberi panduan bagaimana untuk memantapkan perjuangan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Ini selari dengan tujuh ramuan yang digariskan oleh Muhyiddin bagi memastikan kemenangan UMNO iaitu bersatu, bersedia, berkhidmat, berkorban, berusaha, reda dan bertawakal. Semua ramuan itu terdapat pengajarannya di dalam al Quran dan hadis.

Justeru pemimpin, ahli, penyokong dan pejuang UMNO mesti istoqamah dalam perjuangan mereka. Hindarilah sikap bermuka-muka, di depan pucuk pimpinan bersedia berikrar dan bersumpah serta berbaiah tetapi di belakang, perangai lama yang membawa kehancuran parti diulangi.

Bersediakah pemimpin dan ahli UMNO dituduh hipokrit dan bersikap retorik, apabila pilihan raya umum nanti menyaksikan parti itu tidak mencapai sasaran kemenangan yang ditetapkan seperti mana mereka ikrarkan.

''Amalkan sikap 'bikin serupa cakap', jangan anggap perhimpunan hal lain, balik ke cawangan dan bahagian hal lain.

''Kalau mereka tak sokong siapa juga yang dicalonkan dan jentera tidak digerakkan kerana tidak setuju dengan calon, maka UMNO dan perjuangannya akan menjadi mangsa terbesar,'' kata Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr.Mohamed Mustafa Ishak.

Berdasarkan hakikat itu, janganlah memandang remeh apa yang telah dihasilkan melalui perhimpunan agung tersebut.

Taat dan patuhlah terhadap apa juga keputusan pucuk pimpinan parti seperti mana janji, ikrar atau baiah mereka lafazkan.

Dengan cara itu sahaja UMNO mampu mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum akan datang dan seterusnya memastikan Perhimpunan Agung UMNO selepas ini tidak dilihat hanya gah dari segi kehadiran sahaja sedangkan tiada apa-apa pun yang menguntungkan parti, agama, bangsa dan negara.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Belum kibar bendera putih

Posted:

Belum kibar bendera putih

Belum kibar bendera putih

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.myMnr>Gambar FATAH SULAIMAN dan ihsan TAYANGAN UNGGUL


MESRA... Misteri Jalan Lama menyaksikan Hans Isaac kembali membintangi filem arahan Afdlin Shauki untuk kali kelima.


MELIHAT kesibukannya sebagai seorang penerbit, pasti membuatkan ramai menyangka pelakon kacak ini sudah mengibarkan bendera putih daripada dunia lakonan.

Apatah lagi wajahnya yang semakin jarang menghiasi kaca televisyen mahupun layar perak.

Namun, kata Hans Isaac, dia tidak pernah bersara sebagai seorang pelakon. Sebaliknya, Hans memberitahu soal populariti bukan lagi menjadi agenda utamanya dalam dunia seni.

Sementelah sudah hampir dua dekad mengecapi kejayaan sebagai seorang anak seni, maka, Hans tidak mahu lagi semberono dalam soal lakonan.

Mengakui bahawa sebagai seorang pelakon Hans begitu sukar untuk mendapat kepuasan tetapi katanya, jika membintangi sesebuah karya itu, dia mahu ia meninggalkan impak baik kepada dirinya mahupun penonton.

"Populariti dan glamor sudah lama saya kecapi dan lalui. Atas alasan itu, saya mahu mencari sesuatu yang dapat memberikan kepuasan dalam kerjaya saya.

"Bukan bermakna saya sibuk sebagai seorang penerbit dan pengarah, saya sudah melupakan dunia lakonan. Saya masih lagi berlakon tetapi saya mahu mencari naskhah yang bagus dan berkualiti sekali gus dapat mencabar saya sebagai aktor.

"Saya harus akui, dalam soal lakonan, saya sudah menjadi semakin memilih dan hanya memilih watak serta skrip yang saya rasakan dapat mengubah dimensi lakonan saya," ujar Hans tanpa selindung sewaktu ditemui di pejabatnya, Tall Order Productions yang terletak di Ampang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Begitu juga dengan filem terbarunya, Misteri Jalan Lama (MJL) yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam di mana Hans memberitahu ia telah mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.

Diarahkan oleh sahabat karibnya, Afdlin Shauki, Hans menyifatkan MJL sebagai sebuah filem yang lari daripada norma filem arahan Afdlin yang sebelum ini cukup sinonim dengan genre komedi.

Emosi

Membawakan watak Indra, Hans atau nama sebenarnya, Gerald Hans Isaac menjelaskan watak tersebut memerlukannya bermain dengan emosi dalaman.

"Dari segi lahiriah, Indra seorang yang serius dan tegas. Tetapi, sepanjang perjalanan filem ini, penonton akan dapat melihat bagaimana Indra sebenarnya mempunyai jiwa yang sangat sensitif.

"Dia tidak akan menunjukkan apa yang dialaminya kepada sesiapa pun termasuk adiknya, Ilya (lakonan Que Haidar). Tetapi, apabila Ilya harus kembali ke dunia asalnya, ketika itulah, hati Indra terusik dan dia akan melakukan apa sahaja untuk Ilya.

"Kalau dari segi fizikal, sudah pasti ia juga ada cabaran sendiri dan soal itu, bukanlah satu masalah buat saya. Untuk menghidupkan watak Indra itu, saya sanggup tidak bercukur beberapa bulan untuk mendapatkan jambang walaupun pihak produksi mahu menggunakan yang palsu.

"Dalam masa yang sama juga, saya mengharapkan dengan kelahiran MJL ini juga dapat mengubat kerinduan peminat yang mungkin menunggu kemunculan saya di layar perak," jelas Hans yang kali terakhir muncul dengan filem Los dan Faun pada tahun 2008.

Selain Hans dan Que, MJL turut dibintangi Vanidah Imran, Marion Caunter, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Sabrina Hassan, Namron, Nasir Bilal Khan dan ramai lagi.

Bercerita lanjut tentang lakonannya bersama Que, Hans yang mula dikenali menerusi filem Ringgit Kasorrga arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba pada tahun 1995 itu memberitahu dia tidak mempunyai masalah berlakon dengan aktor berbakat besar itu.

Malah, katanya sewaktu penggambaran, semuanya berjalan lancar dan baik dirinya mahupun Que, semuanya dapat memberikan lakonan yang terbaik seperti mana dimahukan Afdlin.

Berkawan dengan Neelofa

Bertemu dengan Hans, peluang itu juga diambil untuk bertanyakan sejauh manakah hubungannya dengan aktres baru yang semakin meningkat naik, Noor Neelofa Mohd. Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa.

Hans dan Neelofa dikatakan mempunyai hubungan istimewa lantaran kedua-dua membintangi filem Lemak Kampung Santan yang merupakan filem kedua arahan Hans selepas Cuci.

Adakah satu suratan atau kebetulan untuk Hans yang sering kali dikaitkan dengan aktres yang bergandingan dengannya dalam mana-mana filem mahupun drama sebelum ini.

Bercerita lanjut tentang Neelofa, Hans yang pernah memenangi trofi Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia Ke-21 (2008) bagi filem Cuci ini mengakui dia kini sedang berkawan dengan aktres berusia 22 tahun itu walaupun sudah habis penggambaran.

"Saya selesa berkawan dengan dia. Bagi saya, Neelofa seorang yang bijak, berbudi bahasa dan pandai menjaga diri. Dia pun banyak bertanyakan kepada saya tentang selok-belok dunia seni.

"Sebagai kawan, tidak salah untuk saya membantu apa yang patut kerana dia masih lagi baru dalam dunia seni. Buat masa ini pun, saya tidak ada masa untuk memikirkan soal cinta.

"Mana-mana wanita yang mahu berpacaran dengan saya perlu faham dengan komitmen dan kesibukan saya.

"Seperti mana bekas teman wanita saya sebelum ini yang merungut kerana katanya, untuk bertemu dengan saya untuk makan malam selama dua jam pun, perlu membuat temu janji dua minggu lebih awal," cerita Hans dalam nada berseloroh.

Sibuk sehingga 2013

Dengan tirai 2011 akan berlabuh tidak lama lagi, Hans sudah mengatur pelbagai agenda seni sehingga tahun 2013.

Sebelum itu, Hans menjelaskan dia akan menghabiskan masa hampir seminggu di Bangkok, Thailand bersama ibunya bagi meraikan sambutan Krismas di rumah abangnya di sana.

Kemudian, Hans akan sibuk dengan penerbitan konsert Raja dan Ratu Rock yang menampilkan Awie dan Ella di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada pertengahan bulan Januari depan.

"Untuk tahun 2012, saya akan kembali mementaskan musim terakhir Cuci the Musical dengan beberapa perubahan dan kejutan baru selain musim kedua Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal.

"Dalam masa yang sama juga, saya akan mengadaptasi kisah hidup Lat ke layar perak dan akan menjalani penggambaran sekitar pertengahan tahun depan.

"Bagi tahun 2013 pula, saya akan mementaskan Rajang the Musical yang boleh saya katakan memberi satu dimensi baru kepada pementasan teater muzikal di negara ini," jelas Hans penuh teruja.

Dalam masa yang sama Hans turut mengkhabarkan bahawa dia kini sudah mula sibuk memenuhi persembahan pentas bersama Afdlin, Nabil Ahmad dan Awie.

"Baru saya tahu bagaimana hendak mencari duit poket dengan mudah," katanya dalam derai tawa.

Full content generated by Get Full RSS.

Benarkah Adele ‘dirompak’?

Posted:

Benarkah Adele 'dirompak'?

Benarkah Adele 'dirompak'?

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

SEDARI awal lagi, nama penyanyi yang berasal dari Tottenham, England ini disebut-sebut dan berpotensi besar untuk mendominasi senarai pencalonan akhir Anugerah Grammy Ke-54.

Apatah lagi dengan kejayaan album keduanya, 21 yang merupakan album terlaris dengan penjualan melebihi empat juta salinan di Amerika Syarikat.

Ternyata ramalan itu benar belaka apabila Adele menerima enam pencalonan termasuk tiga kategori utama iaitu Rakaman, Lagu dan Album Terbaik sewaktu pengumuman pada 30 November lalu.

Dengan tercalon dalam tiga kategori utama dalam Anugerah Grammy itu, Adele sememangnya kini merupakan calon utama untuk menang besar pada malam itu nanti.

Menerusi lagu popularnya, Rolling In The Deep, Adele dicalonkan untuk Rakaman dan Lagu Terbaik sementara album 21 pula bakal bersaing hebat dengan empat calon lain bagi merebut gelaran Album Terbaik.

Namun, persoalan yang timbul apabila ada pihak yang seolah-olah merasakan Adele bagaikan 'dirompak' apabila hanya menerima enam pencalonan walhal sebenarnya dia mampu meraih lebih banyak pencalonan.

Ini berbeza dengan penyanyi rap, Kanye West yang mengungguli senarai pencalonan kali ini apabila menerima tujuh pencalonan tetapi tidak untuk kategori Album dan Rakaman Terbaik.

Ada yang merasakan lagu-lagu di dalam album 21 tidak dipromosikan sebaiknya dan hanya menumpukan kepada Rolling In The Deep sebagai satu-satunya umpan untuk pencalonan Grammy kali ini.

"Jika diperhatikan, genre yang diketengahkan oleh Adele menerusi 21 hanyalah pop semata-mata. Ini amat berbeza dengan penyanyi yang mempertaruhkan genre hip hop atau R&B di mana mereka boleh bermain dengan pelbagai warna agar ia dapat dicalonkan dalam kategori lain.

"Dalam konteks ini, Justin Timberlake adalah contoh terbaik. Dia menghasilkan sebuah album pop tetapi dia menampilkan variasi menerusi setiap lagu di dalamnya seperti rock dan muzik dance misalnya.

"Jadi untuk Adele menerima enam pencalonan sudah dikira cukup baik dan satu pencapaian yang seharusnya dibanggakan," jelas wartawan muzik berpengalaman, Phil Gallo kepada E! Online, baru-baru ini.

Selain tiga kategori utama, Adele turut dicalonkan dalam tiga kategori lain termasuk Persembahan Solo Pop Terbaik bagi lagu Someone Like You, Album Vokal Pop Terbaik (21) dan Muzik Video Pendek Terbaik (Rolling In The Deep).

Adele sebenarnya bukanlah nama asing dalam anugerah berprestij itu apabila dia pernah diiktiraf dengan dua trofi Grammy untuk Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Pop Wanita Terbaik bagi lagu Chasing Pavements, dua tahun lalu.

Mengekori rapat Adele juga dengan enam pencalonan ialah Bruno Mars dan Foo Fighters manakala penyanyi rap, Lil Wayne dan Skrillex masing-masing menerima lima pencalonan.

Penyanyi wanita seksi, Rihanna juga tidak kurang hebatnya apabila menerima empat pencalonan termasuk Album Terbaik bagi albumnya, Loud selain Lady Gaga untuk tiga kategori juga termasuk Album Terbaik untuk Born This Way.

Juara American Idol musim keempat, Carrie Underwood masih lagi menjadi pilihan juri apabila tersenarai dalam kategori Persembahan Solo Country Terbaik dan bakal berdepan dengan saingan hebat daripada Jason Aldean, Martina McBride, Blake Shelton dan Taylor Swift.

Semakin mencabar

Satu yang pasti dan realiti yang harus dihadapi apabila Grammy dilihat semakin mencabar ekoran perubahan syarat yang dilakukan oleh pihak akademi rakaman Amerika Syarikat.

Perubahan terbesar yang dilakukan bermula tahun ini apabila penstrukturan kategori yang dipertandingkan hanyalah sebanyak 78 kategori sahaja berbanding 109 tahun lalu.

Untuk setiap genre, tiada lagi pembahagian kategori seperti lazimnya di mana untuk persembahan solo misalnya, penyanyi lelaki dan wanita disatukan dalam satu kategori.

Sama juga dengan kolaborasi vokal dan persembahan vokal duo atau berkumpulan disekalikan menjadi Persembahan Duo/Berkumpulan Terbaik.

Begitu juga dengan empat cabang muzik lain yang turut mengalami perubahan dari segi pengkategorian iaitu teater muzikal kini menjadi persembahan muzikal selain filem, televisyen atau visual media lain ditukar kepada muzik untuk visual media).

Dua yang lain termasuklah gospel yang kini berubah kepada gospel atau muzik Kristian kontemporari dan kategori dance yang dahulunya berdiri sendiri kini digabungkan bersama muzik elektronika lalu menjadi kategori dance atau elektronika.

Terdapat juga beberapa kategori yang dimansuhkan dan kemudiannya disekalikan dalam genre yang sama. Dalam konteks ini, kategori Album R&B Terbaik misalnya, akan disatukan dengan genre kontemporari R&B.

Ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini apabila Album Kontemporari R&B mempunyai kategori tersendiri. Perubahan ini juga melibatkan muzik sejagat (world music), kanak-kanak, folk dan latin.

Anugerah Grammy Ke-54 akan berlangsung di Staples Centre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 12 Februari depan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved