Ahad, 4 Disember 2011

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Rasional pelaksanaan PBS

Posted:

Rasional pelaksanaan PBS

Rasional pelaksanaan PBS

OLeh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my

PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai murid tahun satu 2011 diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ketika ini, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan.

Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan fokus kepada produk akhir dan bukannya proses pembelajaran.

Tambahan pula, di sesetengah negara maju, sistem pentaksirannya telah banyak berubah dan ada yang langsung tidak mempunyai peperiksaan awam sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.

Justeru mulai 2016, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat berdasarkan nisbah 60:40 iaitu 60 peratus Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP) dan 40 peratus PBS. Manakala peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula bermula pada 2014.

PBP di peringkat UPSR sama seperti yang diamalkan sekarang akan dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Dalam PBS pula terdapat empat komponen iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah bersifat akademik manakala Pentaksiran Psikometrik dan PASJK pula bersifat bukan akademik.

Bagi Pentaksiran Pusat, ia dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrumen dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran ini melibatkan kerja khusus dan projek lisan.

Pentaksiran Sekolah pula melibatkan mata pelajaran teras dan elektif. Ia dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah.

Manakala Pentaksiran Psikometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

PAJSK adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani, sukan dan kokurikulum yang dikawal secara harmoni oleh kapasiti dan proses mental seseorang individu murid supaya pertumbuhannya dapat dipantau dan diperbaiki

Full content generated by Get Full RSS.

Muzik, seni bina keyakinan murid sejak usia muda

Posted:

Muzik, seni bina keyakinan murid sejak usia muda

Muzik, seni bina keyakinan murid sejak usia muda


MURID SJKT Vivekananda bersama alat muzik sumbangan Proton Holdings Berhad di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


DALAM usaha untuk mempergiatkan perkembangan bakat dalam bidang muzik dan seni di peringkat usia muda, Proton Holdings Berhad (Proton) baru-baru ini telah menyampaikan sumbangan peralatan muzik kepada tiga buah sekolah terpilih di bawah kempen 'Persona - Lebih Baik, Tidak Syak lagi'.

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Proton Edar, Sidik Abdul Hamid berkata, pihaknya percaya bahawa muzik dan seni adalah penting untuk membangunkan keyakinan diri pelajar kerana ia merupakan asas kepada kesejahteraan kanak-kanak serta kunci ejayaan apabila mereka dewasa kelak.

"Inilah sebabnya mengapa pihak kami mahu memainkan peranan dalam membantu sekolah-sekolah ini mewujudkan segmen muzik dan seni sebagai salah satu aktiviti kokurikulum mereka," katanya pada majlis itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Vivekananda, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, SJK (T) Vivekananda menerima sebanyak 67 buah peralatan muzik seperti keyboard, deram bass, snare, trompet, tamborin dan melodian untuk digunakan dalam usaha sekolah menubuhkan sebuah pancaragam genderang.

Peralatan muzik tersebut disampaikan oleh Sidik serta penyampai radio THR Raaga, DJ Aanantha kepada Guru Besar SJKT Vivekananda, Bala Mohan.

Sementara itu, Bala berkata, sekolahnya telah lama berhasrat untuk menubuhkan sebuah band dan sumbangan peralatan muzik yang diterima daripada Proton merupakan sesuatu yang sangat bermakna dan amat dialu-alukan.

"Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kemahiran seperti kerjasama berpasukan, kepimpinan dan kebolehan untuk bercakap di khalayak ramai tidak akan dapat dipelajari hanya melalui buku teks tetapi melalui pelbagai aktiviti lain seperti sukan, muzik dan seni," jelasnya.

Selain itu, dua sekolah yang turut menerima sumbangan alat muzik ialah SJKT Nilai di Negeri Sembilan dan SJKT Melaka Kubu, Melaka.

Setiap sekolah menerima 10 unit urumee, 10 tabla, satu set uremee melam, empat buah gitar dan 40 seruling.

Peralatan muzik berkenaan dibeli menggunakan dana yang dikumpul daripada hasil jualan video muzik DJ Aanantha bertajuk 'Thannambikkai' yang bermaksud keyakinan.

Sebanyak kira-kira RM30,000 telah dikutip daripada hasil jualan video muzik itu bermula minggu pertama Oktober lalu.

Lagu yang ditulis oleh DJ Aanantha dan video muzik yang menampilkan tiga kanak-kanak istimewa itu dibuat di bawah kempen 'Persona - Lebih Baik, Tidak Syak Lagi' dalam usaha untuk meniup keyakinan dalam diri kanak-kanak melalui irama rancak dan lirik yang ceria.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved