Ahad, 4 Disember 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


1,200 pengguna terjejas teruk

Posted:

1,200 pengguna terjejas teruk

1,200 pengguna terjejas teruk

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 4 Dis. – Lebih 1,200 pengguna bas henti-henti di Lurah Semantan di sini terjejas apabila perkhidmatan syarikat City Liner menghentikan perkhidmatannya yang menghubungkan beberapa bandar sekitar bandar ini dan daerah berhampiran.

Menurut jurucakap bas berkenaan, syarikatnya menggunakan 14 bas di daerah ini untuk ke laluan Mentakab, Jengka, Maran, Bera dan Jerantut.

Katanya, perkhidmatan bas di laluan Jerantut ke Kota Gelanggi, Kerambit, Jengka 24 dan Kuala Lipis telah ditutup pada 1 Oktober lalu akibat mengalami kerugian sejak beroperasi hampir tiga tahun lalu.

"Kesemua perkhidmatan ini adalah di bawah kendalian City Liner Temerloh dan cawangannya di Jerantut, jumlah pengguna di Temerloh sahaja mencecah 1,200 penumpang setiap hari.

"Bukan semua orang awam mampu memiliki kenderaan sendiri, masih ramai yang menggunakan perkhidmatan bas terutama untuk ke tempat kerja, sekolah dan hospital," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, ketiadaan perkhidmatan bas itu akan menyebabkan lebih 20 peniaga kedai makan, runcit dan gerai buah-buahan di situ akan terus malap.

Salah seorang peniaga, Tajudin Mohd. Zain (gambar), 56, memberitahu, dulu perniagaan runcitnya laris tetapi apabila stesen bas ekspres dan bas henti-henti dipisahkan pada 2003 perniagaannya mula terjejas.

''Dulu saya boleh menjual 500 naskhah surat khabar sehari tetapi sekarang lima naskhah pun tak laku," katanya.

Bagi peniaga gerai makanan, Siti Zaleha Mohd. Teh, 56, dia dan suami kini terpaksa menguruskan gerai itu kerana tidak mampu lagi menggaji pembantu apabila perniagaan mereka semakin merosot.

"Sekarang berniaga tak sampai RM100 pendapatan sehari, macam mana nak bayar gaji pekerja, pelanggan yang datang sangat kurang," katanya.

Seorang peniaga, Kamaruzaman Nordin, 40, berkata, dia merayu pihak berkuasa mengambil langkah segera bagi membantu peniaga Melayu di Lurah Semantan.

Sehubungan itu, dia menyarankan perkhidmatan bas ekspres bagi laluan Pantai Timur dipindahkan dari Terminal Bas Utama di pusat perdagangan Semantan ke stesen bas lama di Lurah Semantan.

Full content generated by Get Full RSS.

Bomba perkenal penarafan bintang

Posted:

Bomba perkenal penarafan bintang

Bomba perkenal penarafan bintang


Wan Mohd. Nor Ibrahim (kiri) melawat tapak pameran peralatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sempena Konvensyen Inovatif dan Kreatif Bomba Peringkat Kebangsaan di Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 4 Dis. - Setiap jabatan bomba di peringkat negeri diminta memberi perhatian kepada bantuan khidmat kemanusiaan seperti menangkap ular dan menghapuskan sarang tebuan bagi meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan jabatan itu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, selain itu, bantuan khidmat kemanusiaan juga akan dapat meningkatkan jumlah skor bagi penarafan bintang yang mula diperkenalkan jabatan itu tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, setiap jabatan bomba di peringkat negeri tidak boleh mengabaikan perkhidmatan teras iaitu bantuan menyelamat dan memadam api.

"Kita menilai keberkesanan pentadbiran jabatan bomba negeri dengan memberi fokus utama bagaimana tindakan atau respons dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

"Ada beratus penilaian yang kita gunakan, tetapi markah paling tinggi diberi terhadap bagaimana JBPM di negeri menangani masalah pelanggan," katanya kepada pemberita selepas perasmian penutup Konvensyen Inovatif dan Kreatif Bomba peringkat kebangsaan di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Wan Mohd. Nor berkata, melalui pelaksanaan sistem penarafan bintang, dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Selangor mendapat empat bintang, lapan negeri tiga bintang dan ada juga negeri yang menerima dua bintang.

Beliau berkata, penilaian itu diuruskan oleh satu jawatankuasa dalaman yang diwujudkan mengikut format Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu).

"Untuk penarafan bintang itu, bermula tahun depan Mampu akan menbuat penilaian terhadap JBPM secara keseluruhannya dan sebab itu kita lakukan secara dalaman terlebih dahulu.

"Kaedah ini akan memberi kesan kepada jabatan bomba di setiap negeri untuk membuat peningkatan dengan memberi fokus kepada pelanggan terutama negeri yang memperoleh penarafan dua bintang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

200 pelajar SAR sertai khatam al-Quran

Posted:

200 pelajar SAR sertai khatam al-Quran

200 pelajar SAR sertai khatam al-Quran

TEMERLOH 4 Dis. - Seramai 200 pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dari seluruh daerah ini menyertai program khatam al-Quran yang berlangsung di Masjid Temerloh Jaya di sini.

Penyelia KAFA Daerah Temerloh, Zulfadli Zubir berkata, selain memperkasakan pengajian al-Quran, program seumpama itu perlu diberikan sokongan kerana ia boleh meningkatkan kemahiran pembacaan kitab suci itu di peringkat kanak-kanak lagi.

Menurutnya, kesedaran ibu bapa pada masa kini terhadap kepentingan menguasai dan membaca al-Quran dengan cara yang betul semakin meningkat.

''Kalangan ibu bapa menyedari membaca kitab suci Allah itu adalah penting bagi mengukuhkan integriti masa depan anak-anak mereka sebagai Muslim sejati.

''Selain membaca dengan betul, kita harap anak-anak kecil itu didik supaya memahami isi kandungan al-Quran yang banyak mengandungi pelbagai nasihat, sejarah Islam dan kejadian manusia," katanya ketika merasmikan program tersebut bagi mewakili Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang, Datuk Wan Abdul Wahid Wan Hassan di masjid itu, baru-baru ini.

Menurut Zulfadli, program berkenan juga dapat melahirkan modal insan yang merangkumi pembentukan intelek, potensi diri, rohani, emosi serta keterampilan di kalangan murid-murid.

Program itu, katanya, ibarat melentur buluh daripada rebung menjadi pendekatan terbaik dalam mendidik anak-anak bagi memulakan langkah kehidupan mereka di dunia ini.

''Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan cahaya mata yang soleh dan solehah yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved