Ahad, 4 Disember 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Pilih calon boleh berkhidmat

Posted:

Pilih calon boleh berkhidmat

Pilih calon boleh berkhidmat

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
pengarang@utusan.com.my


Rais Yatim sambil diiringi oleh Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Norhayati Ismail (tiga dari kanan) dan Masnah Rais (kanan) bersalam dengan kakitangan pada Pesta Sukan RTM 2011 di Politeknik Merlimau, Melaka, semalam.


JASIN 4 Dis. - Calon boleh menang Barisan Nasional (BN) yang akan diletakkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sama ada calon muda atau muka lama haruslah diterima oleh semua penyokong parti.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, apa yang lebih penting calon boleh menang BN itu boleh berkhidmat kepada masyarakat berbanding faktor usianya yang muda atau muka lama.

''Kalau muda saja pun tetapi tidak diterima masyarakat, bagaimana? Kalau yang lama pun tak diterima masyarakat, bagaimana? Jadi khidmat itu yang penting," katanya ketika merasmikan Pesta Sukan RTM 2011 di sini hari ini.

Seramai 800 warga agensi itu terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia dari seluruh negara menyertai program itu yang bermula semalam hingga 7 Disember ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 semalam menyatakan BN akan meletakkan lebih ramai calon muka baru di kalangan orang muda yang memenuhi kriteria calon boleh menang pada PRU13.

Selain itu, kata Rais, pesanan Perdana Menteri harus dihormati dan beliau meminta wakil rakyat yang tidak dicalonkan bertanding pada pilihan raya nanti agar tidak berkecil hati.

''Sebab ini adalah khidmat dan khidmat terletak pada penilaian masyarakat dan setiap khidmat itu ada tempohnya.

''Bagi tempoh yang tidak disambung, alhamdulillah, ia harus diiktiraf dan dihormati," katanya.

Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata, wakil rakyat yang terpilih untuk dicalonkan nanti perlu berkhidmat dengan lebih baik dan memberi kemenangan mutlak kepada BN pada PRU13.

Full content generated by Get Full RSS.

Tak jadi calon jangan merajuk, tikam belakang

Posted:

Tak jadi calon jangan merajuk, tikam belakang

Tak jadi calon jangan merajuk, tikam belakang

BAGAN DATOH 4 Dis. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta semua wakil rakyat parti itu yang tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak merajuk dan menikam dari belakang.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, mereka sepatutnya menyokong dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memenangkan calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti.

''Pucuk pimpinan mempunyai kuasa mutlak untuk memilih calon berdasarkan kriteria-kriteria tertentu serta maklum balas dari akar umbi.

''Oleh itu, saya harap wakil rakyat yang tidak terpilih sebagai calon jangan kecil hati atau merajuk dan menikam dari belakang jika tempat mereka digantikan oleh seseorang yang lebih layak," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan hadiah kepada seramai 106 pelajar di kawasan Parlimen Bagan Datoh yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Hutan Melintang di sini hari ini.

Ahmad Zahid juga mengingatkan semua wakil rakyat UMNO bahawa jawatan yang disandang mereka sekarang tidak kekal, sebaliknya akan terlucut dengan sendiri apabila Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

''Pada waktu itu, semua pemegang jawatan wakil rakyat tidak mempunyai jawatan sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

''Justeru, kita perlu menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan siapa yang akan menjadi calon pilihan raya umum akan datang," ujarnya.

Beliau memberitahu, segala masalah di peringkat bahagian akan diselesaikan secepat mungkin bagi memastikan kemenangan parti pada PRU13 nanti.

Ahmad Zahid berkata, penyelesaian masalah itu amat penting kerana ia menyumbang sebanyak 50 peratus kepada kemenangan calon bagi kerusi Parlimen dan DUN.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved