Isnin, 8 Julai 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Guru maut ditembak depan sekolah

Posted: 08 Jul 2013 10:52 AM PDT

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

ANGGOTA forensik menjalankan siasatan terhadap kereta Hashim Mat Zain yang maut ditembak dari jarak dekat berhampiran Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, semalam.

BACHOK 8 Julai - Seorang guru penolong kanan maut ditembak sebanyak tiga das dari jarak dekat ketika baru keluar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Beris Panchor dekat sini hari ini, yang dipercayai kerana masalah hutang.

Dalam kejadian pukul 1.40 petang, mangsa, Hashim Mat Zain, 43, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Dosoh, dekat sini selepas selesai menjalankan tugas di sekolah tersebut.

Bagaimanapun ketika tiba di satu persimpangan kira-kira 50 meter dari pintu pagar sekolah, mangsa yang juga guru penolong kanan hal ehwal murid sekolah itu ditembak dari jarak dekat dipercayai oleh seorang lelaki bermotosikal.

Difahamkan selepas terkena tembakan, beliau gagal mengawal kenderaan jenis Mercedes-Benz yang dipandunya sebelum terbabas ke halaman sebuah rumah yang terletak kira-kira 20 meter dari simpang berkenaan lalu merempuh tangga kediaman tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi memberitahu, mangsa menjalankan beberapa perniagaan antaranya balak, jualan langsung dan kontrak kantin sekolah.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek melepaskan empat das tembakan daripada senjata api jenis .38 dengan tiga daripadanya mengenai tubuh mangsa.

"Polis kini mendapatkan maklumat daripada pelajar dan guru di sekolah terbabit sekiranya ada menyaksikan kejadian itu," katanya.

Dalam pada itu, pemilik rumah tersebut, Siti Aminah Abdullah, 53, berkata, ketika kejadian dia sedang menunaikan solat zuhur sebelum terdengar bunyi empat das letupan dan beberapa ketika kemudian dia terdengar pula dentuman di bahagian hadapan rumahnya.

"Ketika itu saya baru rakaat pertama solat dan pada mulanya saya terdengar bunyi empat das letupan tetapi tidak menghiraukannya tetapi sebaik sahaja terdengar satu dentuman di hadapan rumah, saya menghentikan solat dan meluru ke bahagian hadapan.

"Sejurus membuka pintu, saya melihat sebuah kereta telah melanggar bahagian tangga rumah dan saya nampak seorang lelaki dalam keadaan tunduk," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kata Siti Aminah, dia yang ketakutan terus menjerit meminta bantuan jiran-jiran berhampiran sebelum orang ramai menghubungi pihak polis.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Mohamad Deris, 64, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di rumahnya yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah Siti Aminah dan secara tiba-tiba terdengar bunyi empat das tembakan.

"Pada mulanya saya menyangkakan bunyi letupan kanak-kanak yang bermain mercun namun selang beberapa ketika saya terdengar jeritan Siti Aminah dan terus bergegas ke tempat kejadian.

"Saya terus membuka pintu kereta mangsa dan ketika itu lelaki tersebut berada dalam keadaan tunduk di bahagian gear kereta. Saya lihat ketika itu dia masih hidup kerana tangannya bergerak dan saya sempat mengajarnya mengucap kalimah Syahadah sebelum beberapa saat kemudian mangsa tidak bergerak," katanya.

Kata Mohamad, dia tidak menyangka sama sekali mangsa ditembak sehinggalah mendapati ada kesan seperti tembakan di bahagian bahu kanan dan tiga lagi di dada.

Ujarnya, selain itu, cermin bahagian penumpang belakang sebelah kanan dan cermin bahagian pemandu juga pecah seperti ditembusi peluru.

Sementara itu, Utusan Malaysia difahamkan mangsa meninggalkan lima cahaya mata dan empat daripadanya hasil perkongsian dengan isteri pertama dan seorang lagi dengan isteri kedua.

Salah seorang isteri mangsa yang berada di tempat kejadian bagaimanapun enggan ditemubual kerana masih sedih.

Individu lain mungkin ditahan

Posted: 08 Jul 2013 10:52 AM PDT

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Julai - Polis tidak menolak kemungkinan akan menahan beberapa individu lagi bagi membantu siasatan kes seorang pengiring sukan dirogol tiga atlet bola baling semasa temasya Sukan Malaysia XVI di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, siasatan berhubung kes itu sedang dijalankan dan pihak polis sedang mengumpulkan bukti untuk melengkapkan siasatan.

Setakat ini kita telah menahan seramai tiga lelaki dan jika ada yang perlu ditahan lagi, polis akan lakukannya," katanya ketika mengiringi Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin melawat Hospital Sungai Buloh sempena peringatan Hari Polis Ke-206 di sini hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan polis telah merakam keterangan lima saksi bagi membantu siasatan kes rogol seorang pengiring pasukan bola baling.

Pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang turut menahan tiga lelaki berusia 18 hingga 19 tahun kira-kira pukul 2 petang, sejurus selepas gadis berusia 19 tahun itu membuat laporan polis.

Dalam kejadian itu, mangsa yang ditugaskan mengiringi atlet dirogol beberapa atlet yang bertanding dipercayai semasa kesemua mereka dalam keadaan mabuk.

Perkara itu turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang meminta Majlis Sukan Negara (MSN) menggantung pemain, jurulatih dan pegawai pasukan bola baling Wilayah Persekutuan kerana melanggar disiplin Sukan Malaysia dengan membawa masuk minuman keras.

Dalam pada itu, lawatan Mohd. Bakri itu turut disertai Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim, serta pengarah-pengarah PDRM iaitu Pengarah Pengurusan, Datuk Mortadza Nazarene, Pengarah Logistik, Datuk Zulkifli Abdullah dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid.

Yang turut hadir ialah ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP) yang diketuai Naib Pengerusinya, Datin Seri Rohaya Mohd. Yassin.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tiga digantung serta merta

Posted: 08 Jul 2013 10:52 AM PDT

Pandak Ahmad

KUALA LUMPUR - Tiga pemain bola baling Wilayah Persekutuan yang didapati bersalah membawa masuk minuman keras ke dalam perkampungan Sukan Malaysia (Sukma) 2013 minggu lepas, digantung serta-merta daripada terlibat dalam sebarang aktiviti sukan berkenaan.

Presiden Persekutuan Bola Baling Malaysia (PBBM), Pandak Ahmad berkata, selain itu pengurus pasukan, jurulatih dan seorang pegawai pasukan terbabit turut dikenakan tindakan sama walaupun mereka tidak terlibat membawa masuk bahan larangan berkenaan ke perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau berkata, PBBM memandang serius insiden itu dan tindakan yang dikenakan terhadap ketiga-tiga pegawai terbabit ialah kerana mereka sepatutnya memantau atlet mereka sepanjang berada di perkampungan sukan.

"Pada perjumpaan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini, kami usulkan supaya mereka ini digantung sementara kerana dalam insiden pada Rabu lepas, terdapat dua kes iaitu membawa masuk minuman keras dan rogol.

"Berhubung kes rogol, kami serahkan kepada polis. Kami gantung mereka sementara kerana membawa masuk minuman keras ke dalam perkampungan sukan melanggar disiplin Sukan Malaysia," katanya ketika dihubungi semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang pegawai pengiring membuat laporan polis mendakwa dia dirogol secara bergilir-gilir oleh atlet lelaki bola baling di perkampungan sukan di UPM, Rabu lepas.

Mengulas lanjut, Pandak berkata berikutan insiden itu, pihaknya akan mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi atlet dan pegawai termasuk pengurus dan jurulatih yang terlibat dalam sesuatu kejohanan atau temasya sukan.

"Misalnya, dalam kes ini, pegawai pengiring itu berumur 19 tahun dan dia perlu awasi atlet lelaki yang berusia 18 dan 19 tahun. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku.

"Dalam SOP itu juga, kami akan nyatakan bahawa membawa minuman keras semasa berlangsungnya sesuatu kejohanan itu melanggar disiplin sebagai atlet," katanya.

Tiga atlet bola baling lelaki Sukma 2013 ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan polis berkaitan kes rogol itu.

Tiga suspek berusia antara 18 dan 19 tahun itu ditahan Jumaat lepas, di perkampungan sukan berkenaan, sehari selepas mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang. - Bernama

'Pegawai perlu bertanggungjawab'

Posted: 08 Jul 2013 10:52 AM PDT

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
sukan@utusan.com.my

Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, semua pegawai, pengurus dan jurulatih pasukan perlu bertanggungjawab penuh dalam aspek keselamatan dan disiplin atlet-atlet muda.

Menurut beliau, setiap pegawai sukan perlu memikul tanggungjawab tersebut ketika mengendalikan pasukan terutamanya membabitkan atlet pelapis.

"Dalam hal ini, pegawai tidak boleh mengejar glamor sebaliknya kena melihat atlet dan lihat disiplin mereka, harap kejadian ini beri peringatan kepada semua.

"Kita perlu ingat, atlet pelapis ini masih muda, ada yang berumur 17 dan 18 tahun mereka masih belum matang dari segi pemikiran begitu juga dengan perangai mereka," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai kejadian rogol melibatkan atlet bola baling Wilayah Persekutuan selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Dalam majlis tersebut, seramai 351 kakitangan kementerian itu menerima anugerah masing-masing di atas khidmat cemerlang yang diberikan.

Akhbar kelmarin melaporkan seorang pegawai pengiring membuat laporan polis mendakwa dia dirogol secara bergilir-gilir oleh atlet lelaki bola baling di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lalu.

Serentak itu Khairy mengarahkan semua pemain, jurulatih dan pegawai pasukan bola baling Wilayah Persekutuan digantung serta-merta ekoran kesalahan membawa masuk minuman keras dalam perkampungan Sukan Malaysia XVI.

Tegas Khairy, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada pegawai pasukan berkenaan sekiranya didapati bersalah kerana terlibat dengan kejadian tersebut.

"Saya minta Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF) mengenakan hukuman lebih berat daripada hanya digantung tugas sementara.

"Mereka sepatutnya sebagai pegawai, jurulatih dan pengurus perlu lebih bertanggungjawab lagi kepada pasukan atlet," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pihak kementerian akan mengkaji semula protokol melibatkan keselamatan kontinjen pasukan bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang kembali.

Beliau berkata, langkah itu perlu diambil memandangkan terdapat kegagalan dalam prosedur protokol keselamatan tersebut.

"Perkara ini merupakan antara tindakan yang akan diambil oleh kementerian selain mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang terlibat," katanya.

Sementara itu, katanya, beliau telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa untuk mempercepatkan siasatan kes rogol tersebut di mana ketiga-tiga suspek sudah ditahan reman.

"Saya juga telah mengarahkan MSN untuk membuat satu post mortem dengan segera supaya kejadian tersebut tidak berulang," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bina 20,514 rumah mampu milik

Posted: 08 Jul 2013 10:52 AM PDT

KUANTAN 8 Julai - Kerajaan negeri kini sedang membangunkan sebanyak 20,514 unit rumah mampu milik melalui kerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan pemaju swasta lain.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, buat permulaan, projek pembinaan itu sedang giat dijalankan di daerah Kuantan, Temerloh dan Rompin.

Katanya, semua projek ini membabitkan pembinaan di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT); Skim Rumah Mampu Milik; Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR).

"Projek ini akan diperluaskan ke daerah lain secara berperingkat-peringkat kerana menjadi hasrat kerajaan negeri untuk memastikan lebih ramai rakyat negeri ini, terutamanya golongan belia memiliki rumah sendiri," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff (BN-Bebar) yang ingin tahu jumlah rumah yang dibina kerajaan negeri untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Wan Rosdy berkata, selain PPRT dan PAKR, kerajaan negeri dibantu kerajaan Persekutuan turut menyediakan projek perumahan melalui pembinaan Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu.

"Antara kawasan terlibat seperti di Kampung Baru Salong, Chini; Kampung Padang Rumbia, Bebar; Bukit Kenau, Pulau Manis dan Kampung Pulau Serai dan Kuala Pahang, Peramu Jaya," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, selain membina projek perumahan baru, kerajaan negeri juga turut menyediakan bantuan baik pulih kediaman asal penduduk yang rosak akibat bencana.

Katanya, bantuan itu diberikan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Kerajaan negeri setuju turun kadar sewa medan selera UTC

Posted: 08 Jul 2013 10:52 AM PDT

KUANTAN 8 Julai - Kerajaan negeri bersetuju menurunkan kadar sewa peniaga di medan selera Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini selepas meneliti memorandum yang dihantar oleh mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kadar sewa baharu itu akan diumumkan kemudian kerana kerajaan negeri perlu berbincang dengan pihak pengurusan UTC dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

"Masalah ini sudah diambil maklum oleh kerajaan negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin juga sudah bertemu dengan peniaga di situ.

"Kita ambil maklum rungutan mereka dan telah bersetuju untuk turunkan kadar sewa. Cuma kadarnya akan dimaklumkan kemudian," katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Sim Chon Siang (PKR-Teruntum) yang bertanya adakah kerajaan akan menurunkan kadar sewa peniaga medan selera UTC ekoran terdapat rungutan daripada mereka.

Menjawab soalan asal Chong Siang yang ingin tahu kos sebenar pembinaan UTC, Adnan berkata, kos keseluruhan pembinaan UTC ialah RM37.43 juta dan dibiayai sepenuhnya Kerajaan Pusat.

"Objektif utama pembinaan UTC adalah untuk memudahkan rakyat, bagi menyenangkan mereka melakukan pelbagai urusan dengan agensi kerajaan di dalam satu bangunan,'' ujarnya.

Beliau berkata, kewujudan UTC ini bagaimanapun tidak membatalkan perancangan asal kerajaan negeri untuk membina pusat pentadbiran baru di Indera Mahkota atau Kota Sri Ahmad Shah (Kota SAS).

Pos Pantos perintis tanam kelapa mataq, durian

Posted: 08 Jul 2013 10:52 AM PDT

Ahmad Ishak (kanan) menyampaikan benih kelapa mataq kepada salah seorang penduduk Orang Asli dalam majlis penyerahan anak benih kelapa mataq dan durian jenis musang king di Pos Pantos, Kuala Lipis, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 8 Julai - Masyarakat Orang Asli di Pos Pantos di sini bakal menerima pendapatan lebih baik apabila kawasan itu melaksanakan Projek Pembangunan Kawasan (PPK) yang menjadi pusat pengeluaran kelapa mataq dan durian jenis musang king.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata, kedua-dua hasil pertanian itu mendapat permintaan tinggi dalam pasaran.

"Selain itu, FAMA juga turut menggalakkan penduduk di sini menanam pokok cempedak, durian serta beberapa tanaman kontan seperti serai, halia, lengkuas dan cekur," katanya selepas majlis penyerahan anak benih kelapa mataq dan durian jenis musang king kepada masyarakat Orang Asli terbabit di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengarah Kanan Komunikasi Korporat FAMA, Noor Azian Mustapha dan Pengarah FAMA negeri, Ibrahim Mahmud.

Pada majlis tersebut, sebanyak 400 anak benih kedua-dua tanaman itu diserahkan kepada 200 peserta dan merupakan projek perintis anjuran FAMA dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

PPK Pos Pantos mempunyai 173 Orang Asli beragama Islam terdiri daripada tujuh kampung berdekatan iaitu Kampung Serau, Kampung Nyentil, Kampung Sual, Kampung Harum, Kampung Perangkap, Kampung Ranai dan Kampung Pantos.

Ahmad berkata, FAMA dari semasa ke semasa akan melaksanakan program turun padang bagi membantu masyarakat luar bandar memasarkan hasil pertanian mereka dan memberi pendidikan tentang penjagaan tanaman.

"Kemudahan jalan raya yang sempurna seperti di Pos Pantos dapat membantu penduduknya memasarkan hasil pertanian dengan bantuan FAMA sebagai ejen pemasarannya," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Buruh dera anak kekasih hingga mati dijel 5 tahun

Posted: 08 Jul 2013 10:52 AM PDT

AMIEZUL Al Ikram Mohamed Ikram cuba mengelak wajahnya dirakam jurugambar di Mahkamah Sesyen, Melaka, semalam. - BERNAMA

MELAKA 8 Julai - Seorang buruh yang baru bertunang terpaksa menerima hakikat dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mendera anak perempuan teman wanitanya dengan memukul mangsa sehingga mati, tahun lalu.

Amiezul Al Ikram Mohamed Ikram, 33, dijatuhi hukuman itu selepas lelaki terbabit mengaku bersalah menyebabkan kematian Noor Sofia Syaqira, 5, di sebuah rumah di Jalan Seri Emas, Taman Seri Telok Emas di sini pada pukul 4 petang, 1 September tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam, Collin Andrew yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan terhadap anak guamnya ekoran pengakuan salahnya telah menjimatkan masa mahkamah selain tertuduh memberi kerjasama yang baik kepada polis semasa siasatan.

"Tertuduh juga baru bertunang dan ibu bapanya menghidap penyakit kencing manis," kata Andrew.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Maisarah Kamal yang mengendalikan pendakwaan pula memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh memandangkan kecederaan yang dialami mangsa adalah berpunca daripada perasaan geram tertuduh.

"Selain itu, tertuduh mempunyai rekod lampau berkaitan Akta Dadah Berbahaya 1952 dan hukuman berat boleh menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga orang lain," katanya.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 21 Februari 2012.

Tipu: Pengawal Pakistan berdepan tuduhan bunuh dijel setahun, 3 sebatan

Posted: 08 Jul 2013 10:52 AM PDT

Ishtiq Ahmad Khan, Tang Yong Ching

PETALING JAYA 8 Julai - Seorang pengawal keselamatan warga Pakistan yang berdepan tuduhan membunuh seorang ejen hartanah yang mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam semak berhampiran sebatang sungai di Ara Damansara tahun lalu, hari ini dihukum penjara 12 bulan dan sebatan tiga kali oleh Mahkamah Majistret di sini atas tiga pertuduhan menipu.

Majistret K. B. Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan sebatan satu kali bagi setiap pertuduhan menipu yang dihadapi Ishtiaq Ahmad Khan, 25, setelah dia mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Mahkamah juga memerintah kesemua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh tangkap iaitu 7 Julai tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu menggunakan kad debit milik Tang Yong Ching sehingga mendorong Ros Nizam Mohd. Ramli, 26, menyerahkan sayur-sayuran seperti tomato, cili dan kubis yang kesemuanya bernilai RM38.85.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kaunter No. 29 Aras 1, pasar raya besar Tesco, Mutiara Damansara, di sini pada pukul 2.26 petang, 6 Julai 2012.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa menipu B. Punitha, 26, sehingga menyebabkan mangsa menyerahkan sebuah komputer riba bernilai RM1,499, di kaunter No. 5 pada pukul 3.18 petang di tempat dan tarikh yang sama.

Sementara bagi pertuduhan ketiga, Ishtiaq juga melakukan perbuatan yang sama terhadap Zainab Mohamad, 26, sehingga mendorong wanita itu menyerahkan sebuah komputer riba bernilai RM3,099, di kaunter No. 200 di aras dua, pasar raya AEON Jaya Jusco, Bandar Utama Damansara di sini pada pukul 11.57 pagi, 7 Julai 2012.

Timbalan Pendakwa Raya, Saphirra Selamat mengemukakan ketiga-tiga pertuduhan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda.

Ishtiaq turut berdepan dengan hukuman mati setelah didakwa bersama-sama beberapa orang yang masih bebas membunuh Yong Ching, 45, di Blok F, Pejabat Taipan 1, Jalan PJU 1A-3N, Ara Damansara di sini, antara 4 petang dan 11 malam pada 5 Julai tahun lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Memetik laporan akhbar, mayat ejen hartanah lelaki yang dilaporkan hilang sejak beberapa hari itu ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam semak berhampiran sebuah sungai di Ara Damansara di sini pada 13 Julai tahun lalu.

Ketika ditemui mayat mangsa mempunyai beberapa kesan cedera di bahagian badan.

Tangkapan terhadap tertuduh dibuat selepas polis berjaya mengesan penggunaan kad debit milik mangsa di beberapa lokasi.

Siasatan mendapati suspek memasuki negara ini menggunakan pas pelajar, tetapi bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan Damansara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pasukan penyelamat mahu tambah masa untuk cari mangsa hilang

Posted: 08 Jul 2013 09:56 AM PDT

LAC MEGANTIC, Kanada 9 Julai - Pasukan penyiasat berharap untuk menambahkan tempoh masa bagi mencari 40 mangsa yang hilang selepas keretapi yang membawa minyak mentah semalam tergelincir dan meletup sehingga menyebabkan lima orang terbunuh.

Polis memberitahu jumlah kematian rasmi sehingga hari ini tidak berubah sejak berlaku kejadian kelmarin, tetapi mereka yakin dapat menemui lagi mangsa-mangsa di bahagian yang teruk musnah.

"Kita tidak boleh mencari mangsa dalam sekelip mata," kata jurucakap polis wilayah Quebec, Benoit Richard sewaktu sidang akhbar sambil menjelaskan bahawa kawasan bencana seluas dua kilometer persegi kekal dalam keadaan "amat berbahaya." - AFP

19 terkorban dalam keganasan di Baghdad

Posted: 08 Jul 2013 09:54 AM PDT

BAGHDAD 9 Julai - Seramai 19 orang terkorban dalam kejadian keganasan yang berterusan selama dua hari termasuk enam ahli keluarga ketika pulang dari menghadiri majlis perkahwinan.

Di wilayah Madain, selatan Baghdad sebutir bom meletup berhampiran padang bola di dalam kelab sukan awal pagi semalam.

Sementara itu, seorang lelaki bersenjatakan menyerang pusat pemeriksaan di lebuh raya di utara Baghdad menyebabkan pertempuran dan mengorbankan tiga pejuang anti al- Qaeda dan dua ahli kumpulan militan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Anggur pemangkin pelancongan Perlis

Posted: 07 Jul 2013 11:54 PM PDT

BERADA di ladang anggur dan memetik sendiri buahnya bagaikan berada di negara beriklim subtropika atau sederhana sejuk merupakan pengalaman yang sungguh menyeronokkan.

Anda mahukan pengalaman mengujakan itu? Taman Anggur Perlis merupakan destinasi yang tepat untuk dikunjungi bersama-sama keluarga.

Taman yang berlatar belakangkan banjaran Nakawan itu terletak di Pusat Pertanian Bukit Bintang II, iaitu kira-kira 10 kilometer dari bandar Kangar.

Taman itu merupakan lawatan sambil belajar yang sesuai untuk di kunjungi bersama ahli keluarga.

Dibangunkan pada tahun 2005 secara perladangan berskala besar dengan keluasan 0.4 hektar (ha), pada mulanya dan sehingga tahun 2012 Taman Anggur Perlis telah mencapai keluasan kira-kira 10 hektar.

Pada mulanya, anggur ditanam di Pusat Pertanian Bukit Temiang sebagai plot kajian antara Jabatan Pertanian melalui Projek Pertanian Bersepadu (IADP) Negeri Perlis dengan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1987.

Antara jenis yang telah dikenalpasti sesuai ditanam di Perlis adalah IAC, black queen, black opal, dan new white malaga.

Di Malaysia, Perlis merupakan antara negeri yang terkehadapan dalam penanaman anggur kerana keadaan cuaca yang sesuai dengan sifat semulajadi pokok anggur iaitu memerlukan musim kemarau yang panjang antara tiga hingga empat bulan untuk menggalakkannya berbunga dan berbuah.

Taman Anggur Perlis mula di buka kepada pengunjung pada Julai 2011. Sehingga Disember tahun lalu telah menerima 35,000 pengunjung dari dalam dan luar negara seperti kedutaan Bangladesh dan Indonesia.

Taman itu telah berjaya menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan Perlis yang mana Jabatan Pertanian telah diberi tanggungjawab oleh kerajaan negeri untuk menyelia dan menguruskannya.

Sebaik melangkah ke taman itu, pengunjung akan diberikan penerangan oleh pegawai bertugas mengenai kaedah penanaman anggur, penjagaan, jenis-jenis anggur yang ditanam sehingga proses penuaian dilaksanakan.

Pelbagai maklumat menarik berkenaan anggur seperti khasiat dan jenis anggur yang ditanam turut disediakan untuk rujukan pengunjung.

Pengunjung juga berpeluang melihat sendiri peringkat pengeluaran buah anggur. Dari peringkat pembungaan, peringkat matang, hingga tempoh penuaian iaitu selepas 120 hari dari tempoh berbunga.

Bagi mereka yang ingin mencuba menanam sendiri anggur di laman rumah sebagai landskap kediaman, boleh mendapatkan anak pokok anggur dengan harga RM15 bagi setiap pokok.

Di samping itu, pengunjung juga dapat bergambar bersama-sama keluarga seolah-olah berada di negara Eropah tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk ke sana.

Taman Anggur Perlis merupakan destinasi pelancongan bersama keluarga yang menarik kerana berhampiran dengan pusat-pusat rekreasi lain seperti Taman Ular, Taman Herba dan kawasan reksreasi Bukit Ayer.

Taman anggur berkenaan dibuka pada setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang kecuali pada hari Isnin.

Pengunjung dikenakan bayaran serendah RM1 bagi kanak-kanak dan RM3 bagi orang dewasa.

Pengunjung juga boleh membeli buah anggur segar yang di jual dengan harga RM20 sekilogram.

Bagi yang berminat ke Taman Anggur Perlis ini boleh berhubung terus dengan Jabatan Pertanian Negeri Perlis menerusi talian 04-9770433.

MARDI tubuh makmal CMDV

Posted: 07 Jul 2013 11:54 PM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS

CMDv yang terletak di MARDI, Serdang berperanan sebagai pemangkin program pembaikbakaan tanaman dan ternakan di negara ini.

PEMBANGUNAN dan pengenalan kepada jenis baru padi kini giat diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) kepada golongan pesawah tempatan.

Hal ini berlaku tatkala negara dihujani cabaran ekoran permintaan terhadap makanan semakin tinggi berikutan jumlah penduduk kian meningkat.

Pelbagai langkah telah diambil bagi memenuhi keperluan makanan penduduk. Tidak terkecuali bagi usahawan tani yang mahukan biji benih s tanaman rintang penyakit, berhasil tinggi serta terpelihara dari serangga perosak.

Bagi meningkatkan keupayaan program pembaikbakaan tanaman dan ternakan di negara ini, Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) telah memperoleh teknologi berkaitan dari satu syarikat berkaitan penanda molekul luar.

Melalui pembiayaan Biotechcorp, satu makmal yang dikenali sebagai Centre For Marker Discovery and Validation (CMDV) telah dibangunkan dan ditempatkan di MARDI.

Makmal tersebut menjadi pemangkin dalam program pembaikbakaan tanaman dan ternakan .

CMDV dibangunkan bagi manfaat agensi-agensi awam dan swasta yang terlibat dalam bidang berkaitan.

Selain daripada penglibatan terus dalam program biak baka, makmal berkenaan juga disasarkan untuk menyediakan perkhidmatan lain termasuk pengenotipan dan cap jari DNA tanaman dan baka ternakan terpilih.

Untuk mencapai matlamat penubuhannnya, CMDV dilengkapi dengan teknologi terkini pengenotipan penanda molekul.

Teknologi tersebut meliputi Intermite Polymorphism (IMP), Single Sequence Repeat (SSR) dan Single Nucleotide Polymorphism (SNP).

Selain itu, dengan bantuan peralatan robotik proses pengenotipan berskala besar mampu dilakukan oleh CMDV.

CMDV turut disokong oleh tujuh saintis yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersendiri meliputi biologi molekul tumbuhan, biologi molekul haiwan, pembaikbakaan molekul tanaman dan ternakan dan ahli bioinformatik.

Menurut Pegawai Penyelidik Prinsipal MARDI, Dr. Habibuddin Hashim, CMDV mempunyai keupayaan menyediakan khidmat nasihat serta pengenotipan berskala besar yang mampu membantu aktiviti pembaikbakaan haiwan dan tanaman bagi memperkenalkan varieti terbaharu.

"Pusat ini turut dimatlamatkan bagi mendorong kearah penggunaan teknologi penanda molekul dalam aktiviti pembaikbakaan dengan lebih murah dan cepat.

"Selain itu kami turut berperanan melaksanakan penyelidikan berkaitan pencarian dan aplikasi penanda molekul tanaman dan ternakan utama negara," katanya ketika ditemui di CMDV Serdang baru-baru ini.

Tambahnya, saintis yang bertugas di pusat tersebut turut ditugaskan menyediakan khidmat pengenotipan dan projek kerjasama dengan pelanggan dalaman mahupun luar MARDI.

Mereka terdiri daripada pembiak baka yang mempunyai program pembaikbakaan tanaman atau ternakan yang aktif sama ada dari sektor awam dan swasta.

Sebagai contoh, kini hampir 90 peratus dari jenis padi yang ditanam di negara ini terdiri daripada kumpulan berhasil tinggi yang dibangun dan diperkenalkan oleh institut tersebut.

Justeru, sehingga kini lebih daripada 37 jenis padi telah diisytihar kepada petani untuk ditanam di sawah mereka termasuklah MR219, MR220CL1 dan MR220CL2.

Jenis-jenis padi tersebut dibangunkan bagi meningkatkan keupayaan penghasilan di samping memaksimumkan pengeluaran dari penanaman dikeluasan tanah yang sama.

"Jenis baru tanaman dibangunkan melalui program pembaikbakaan. Proses ini melibatkan kacukan antara dua induk berbeza sifat agronomi.

"Benih yang diperolehi hasil kacukan akan disaring dan dinilai sehingga beberapa keturunan bagi mengenalpasti titisan baru yang lebih baik dari induknya.

"Sekiranya bersesuaian, titisan baru ini akan diperkenalkan sebagai varieti baru," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Nipis dan elegan

Posted: 07 Jul 2013 11:54 PM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

LEBIH ringan dan nipis sehingga kehadirannya hampir tidak dirasai menjadikan Samsung ATIV S pilihan terbaik buat mereka yang mengambil berat soal penampilan dan gaya.

ATIV S merupakan antara telefon pintar yang dihasilkan oleh Samsung bagi mencari kelainan dalam barisan gajet pintar tersebut.

Selain reka bentuk, sistem operasi telefon itu turut ditukar kepada Windows Phone 8 berbanding Android yang sering digunakan sebelum ini.

Hanya setebal 8.7 milimeter (mm) menjadikan ATIV S sangat nipis dan ringan dan terasa amat janggal bagi mereka yang menggunakannya buat pertama kali.

Selain nipis, paparan skrin seluas 4.8 incinya juga memudahkan penggunaan ATIV S sebagai medium untuk membaca e-mel e-book mahupun apa jua laman web kesukaan pengguna.

Skrin LCD dengan teknologi AMOLED, HD (1,280 x 720) bersama Corning Gorilla Glass 2 menjadikan paparan lebih terang dan jelas biarpun anda berada di bawah terik mentari.

Pancaran matahari berjaya diserap dengan baik sekali gus mengurangkan pantulan cahaya serta kesan silau ke arah pemiliknya.

ATIV S dijana oleh pemproses 1.5GHz dual-core Snapdragon CPU yang mana telefon tersebut memiliki cukup kuasa untuk melaksanakan tugasan berat yang diterima daripada sistem operasinya.

Samsung menawarkan dua pilihan storan simpanan iaitu 16GB dan juga 32 GB.

Selain itu, ATIV S juga menawarkan kemampuannya menerima pelbagai sambungan seperti NFC (Near Field Communication) untuk bayaran wayarles dan pindahan data serta memiliki Bluetooth dan WiFi (menyokong sambungan jalur 2.4GHz dan 5GHz).

Kamera tanpa cermin pertama di dunia

Posted: 07 Jul 2013 11:54 PM PDT

Yosuke Matsunaga (dua dari kiri) dan timbalannya, Cheng Chee Chung bersama barisan model menunjukkan model terbaharu kamera Lumix GF6, Lumix G6 dan Lumix LF1 pada majlis pelancarannnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Panasonic Malaysia baru-baru ini tampil dengan inovasi baru dengan memperkenalkan rangkaian kamera Lumix bagi memenuhi keperluan dan cita rasa golongan wanita yang sentiasa bergerak ke sana-sini.

Rangkaian kamera baru ini bercirikan reka bentuk bergaya dengan badan kompak yang direka untuk menarik perhatian konsumer wanita yang muda, kuat dan aktif.

Siri Lumix G, kamera pertama di dunia tanpa cermin , penuh dengan pelbagai inovasi baru serta ciri ciri berkualiti tinggi bagi menawarkan satu pengalaman fotografi yang menyeronokkan.

Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Yosuke Matsunaga berkata, pihaknya akan terus memperkenalkan kamera baru lagi dipertingkatkan kepada pengguna di negara ini bagi menepati trend penggunaan kamera yang sentiasa berubah.

"Kamera seharusnya menjadi satu kaedah mudah untuk merakamkan pemandangan serta memori indah sambil kita men jalankan aktiviti harian dan kita seharusnya dapat berkongsi pengalaman atau memori ini dengan serta merta bersama insan insan tersayang," ujarnya.

Siri Lumix G baru , GF6 memiliki ciri ciri nilai tambah tambahan yang sesuai untuk semua pengguna kamera yang mementingkan kualiti serta prestasi tinggi.

Venus Engine yang baru diperbaiki menahan bunyi bising frekuensi rendah tanpa mengurangkan ketajaman gambar yang dirakamkan oleh GF6 dengan 16 megapiksel.

Model berkenaan berupaya menghasilkan kualiti gambar yang mengagumkan walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

GF6 juga memberikan respons yang lebih tinggi di mana ia hanya memerlukan 0.5 saat untuk mengambil gambar selepas dihidupkan.

Dengan GF6, anda tidak lagi akan terlepas peluang - peluang keemasan untuk mengambil gambar.

Bukan itu sahaja, selaku yang pertama dalam industri kamera sistem yang menawarkan WiFi dengan fungsi New Field Communicator (NFC).

GF6 juga membolehkan pengguna untuk menyentuh dan berkongsi gambar dengan telefon pintar berkeupayaan NFC.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Rithan pilihan Steve Vai

Posted: 07 Jul 2013 10:23 AM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar NOOR ADZRENE MOHD. NOR

SEBAGAI gitaris, Rithan boleh dikatakan bertuah. Ini kerana, di kalangan gitaris Malaysia hebat yang ada, dia satu-satunya yang telah berjaya menambat hati Steve Vai. Gitaris legenda bertaraf dunia dari Amerika Syarikat itu bukan sahaja mengagumi skil petikan gitar Rithan, malah dia turut menjemputnya sebagai artis undangan pada konsertnya di Singapura pada tahun 2004. Sayangnya, ramai peminat yang tidak mengetahui tentang kemunculan istimewa Rithan meskipun ketika konsert itu diadakan dia masih lagi mentah dalam bidang muzik.

Menurut gitaris berusia 33 tahun ini, semuanya bermula apabila ibu saudaranya, Shabita memasukkan namanya sebagai peserta dalam suatu pertandingan yang diiklankan di internet yang dikenali sebagai Sound Check With Steve Vai kira-kira sembilan tahun lalu.

Lebih 300 gitaris terkemuka sekitar rantau Asia Tenggara telah terpilih dalam sesi uji bakat pertandingan itu. Jelas Rithan, dia bernasib baik kerana menjadi salah seorang daripada sembilan finalis uji bakat itu dan sekali gus diangkat sebagai juara pada sesi uji bakat yang diadakan di negara pulau tersebut.

"Tiga juri yang mengadili uji bakat itu ialah sepupu mendiang gitaris legenda Jimi Hendrix iaitu Ricky Hendrix, anggota kumpulan Mr. Big, Billy Sheehan dan seorang gitaris dari Singapura, Paul Daniel. Ekoran kemenangan itu, saya telah diberi peluang untuk bertemu dengan Steve Vai di sana.

"Pada pertemuan itu, saya juga sempat menunjukkan bakat saya bermain gitar di depan Vai. Dia kemudiannya tertarik dengan cara saya bermain gitar dan secara peribadi terus menjemput saya sebagai gitaris undangan pada konsertnya di Singapura pada tahun yang sama.

"Apabila mendapat tawaran itu, saya macam tidak percaya. Ini kerana, selama ini saya hanya mengagumi Vai dari jauh sahaja tetapi hari itu saya dapat bermain gitar bersama dengannya di atas satu pentas. Itu memang sesuatu yang susah saya hendak percaya," katanya kepada Hits sewaktu ditemui baru-baru ini.

Vai, 53, yang sebelum itu pernah bermain gitar untuk banyak kumpulan rock terkemuka dunia seperti Frank Zappa, Public Image Ltd., Alcatrazz, David Lee Roth, G3 serta Whitesnake merupakan salah seorang gitaris rock yang menjadi idolanya sejak dia masih di bangku sekolah lagi.

Sayangnya, jelas Rithan atau nama sebenarnya Vimlarithan Vijaya Kanthan ini, tidak ramai peminat tempatan yang mengetahui kemunculannya pada konsert tersebut. Antara sebabnya kerana kurang publisiti selain namanya yang masih baru dalam bidang muzik.

"Ketika itu saya sekadar bermain gitar sendiri kerana minat yang mendalam untuk menjadi seorang gitaris. Album pun tidak ada, peminat jauh sekali tetapi pengalaman itu membuatkan saya semakin bersemangat untuk mencuba nasib dalam bidang ini," ujarnya.

Lisa Surihani memilih

Posted: 07 Jul 2013 11:54 PM PDT

Lisa Surihani bangga dipilih sebagai duta Garnier kerana mengguna produk itu sejak di bangku sekolah lagi.

SEJAK akhir-akhir ini ada yang bertanya ke mana Lisa Surihani menghilang, lantaran lakonannya dalam drama kurang. Adakah dia dihalang oleh suaminya, Yusry Abdul Halim untuk aktif.

Kata Lisa, suami tercinta tidak pernah menghalangnya untuk terus berlakon, cuma dia sahaja yang memilih bagi memastikan setiap penampilannya memberi impak kepada penonton.

Malah katanya, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem Manisnya Cinta di Cappadocia, arahan Bernard Chauly, terbitan Red Communications, bulan lalu.

"Akhir-akhir ini saya memang kurang berlakon drama bukan sebab tidak ada tawaran tetapi demi menjaga nilai eksklusif. Maklumlah kalau muncul kerap sangat orang bosan. Saya mahu kehadiran dalam bidang seni ini dirindui peminat dan kalau boleh setiap kali muncul dalam drama atau filem, mampu meninggalkan kesan kepada mereka.

"Walaupun nampak saya tidak muncul dalam drama atau filem, tetapi untuk bulan ini jadual kerja saya padat. Boleh kira hanya lima hari sahaja saya ada masa rehat atau untuk berbuka puasa bersama keluarga. Selebihnya saya ada undangan majlis berbuka atau acara lain," kata Lisa yang ditemui pada majlis memperkenalkan produk Garnier Light Complete, di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Lisa yang sudah empat tahun dilantik menjadi duta jenama Garnier berkata, sekarang ini minatnya tertumpu pada bidang alih suara yang diminati sejak dulu lagi.

Untuk permulaan, Lisa berpeluang menunjukkan bakat alih suaranya itu bagi versi filem The Smurf 2 dan Madagascar 3: Europe's Most Wanted yang disiarkan di saluran Astro.

"Setakat ini, itu sahaja peluang yang ada, di mana saya buat alih suara dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Kalau boleh saya nak buat alih suara untuk filem asal.

"Bila sudah berpeluang buat alih suara, baru saya tahu sebenarnya susah juga berbanding lakonan. Kalau berlakon, kita boleh menggunakan pergerakan untuk menggambarkan emosi. Ini kita perlu menggunakan emosi untuk dipadankan dengan pergerakan karakter," katanya.

Dalam pada itu, Lisa yang sering diaju soalan tentang cahaya mata berkata, setakat ini dia dan Yusry hanya berserah kepada Allah kerana sejak mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012, mereka tidak pernah merancang.

"Kata orang kalau nak merancang keluarga pun biarlah anak kedua atau ketiga disebabkan masa atau kewangan. Untuk anak pertama, semua orang mengharapkan kehadiran cahaya mata. Begitu juga dengan kami, tapi nampaknya belum ada rezeki.

"Sebenarnya saya memang suka kanak-kanak. Setakat ini hanya anak-anak saudara yang menjadi pengubat rindu dan setiap hari saya berdoa agar cepat menjadi ibu," katanya penuh harapan.

Dalam perkembangan terbaru, Lisa memberitahu yang dia bakal berlakon filem arahan Yusry selepas raya nanti.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Cabaran pasca PRU-13: Muafakat antara kerajaan dan rakyat

Posted: 08 Jul 2013 10:52 AM PDT

Titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Majlis Syarahan Angkatan Tentera Malaysia di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.

PILIHAN raya adalah satu mekanisme demokrasi, memberikan hak kepada rakyat untuk memilih kerajaan. Prinsip demokrasi, menghormati kebebasan rakyat untuk memilih kerajaan, berakarkan konsep, Kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat; konsep yang bersumberkan ucapan bersejarah Presiden Abraham Lincoln, bertarikh 19 November 1863 yang dikenali sebagai Amanat Gettysberg. Oleh itu pilihan raya wajib dilaksanakan secara berintegriti, mencerminkan hak asasi rakyat terjamin, menurut yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Pilihan Raya Umum Ke-13 atau rujukan ringkas PRU-13, telah berlangsung pada 5 Mei. Sebanyak 13.3 juta rakyat mendaftar sebagai pengundi, meningkat 2.5 juta (2,527,775) atau 23.5 peratus, dari bilangan 10.7 juta (10,740, 227) pengundi dalam PRU-12. Peratus yang menunaikan tanggungjawab mengundi meningkat dari 76 peratus dalam PRU-12 kepada 85 peratus dalam PRU-13; peratus tertinggi dalam sejarah pilihan raya umum di negara ini, memecah rekod 79 peratus yang tercatat dalam pilihan raya umum kedua yang berlangsung pada 25 April 1964.

Peratusan tinggi yang turun mengundi adalah petanda positif, bukti keyakinan rakyat akan hak yang diberikan kepada mereka untuk memilih kerajaan. Bilangan pengundi berdaftar yang meningkat dalam 2013 dan peratus tinggi yang mengundi, mencerminkan kepercayaan rakyat bahawa negara ini mengamalkan demokrasi. Petanda positif ini perlu terus ditingkatkan dengan memberikan perhatian kepada perkara-perkara yang telah mencetuskan kecurigaan, di samping merintis kaedah pembetulan, menangani sebarang keraguan.

BN berjaya menguasai 133 kerusi, sementara Pakatan Rakyat memenangi 89 kerusi dari jumlah 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Meskipun BN menguasai 60 peratus kerusi Parlimen untuk membolehkannya menubuhkan Kerajaan Persekutuan, undi popular BN menurun dari 51.4% yang diperoleh dalam PRU-12 kepada 47.4% dalam PRU- 13.

Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), BN memenangi 275 kerusi, berbanding kemenangan 230 kerusi oleh Pakatan Rakyat dari jumlah 505 kerusi yang dipertandingkan. BN berjaya menubuhkan sembilan kerajaan negeri sementara Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kuasa untuk terus membentuk kerajaan negeri di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor tetapi gagal mempertahankan kuasa di Kedah.

Meskipun BN mencapai kejayaan menubuhkan Kerajaan Persekutuan dan sembilan kerajaan negeri, kekecewaan terukir di wajah kepimpinan parti. BN berjaya kembali berkuasa di Kedah dan berjaya menambah bilangan kerusi DUN di Kelantan, tetapi pencapaian majoriti kerusi yang diperoleh untuk menubuhkan kerajaan di Johor, Perak dan Terengganu tentunya tidak terlepas dari mencetuskan rasa kurang selesa dalam kalangan pemimpin BN. Tambahan pula, majoriti kerusi di Selangor dan Pulau Pinang yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat, begitu juga pertambahan majoriti undi bagi setiap kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat di Selangor dan di Pulau Pinang, di samping kejayaan mengurangkan undi majoriti di kerusi-kerusi yang dimenangi BN, telah meningkatkan tahap keyakinan pimpinan Pakatan Rakyat bahawa mereka kini berada dalam posisi yang semakin bertenaga menawarkan alternatif kepada rakyat; dan berkeyakinan bahawa rakyat semakin terpikat dengan haluan politik yang mereka pelopori. Walaupun berjaya meningkatkan prestasi pencapaian, namun kegagalan menawan Putrajaya, tidak mengecualikan pemimpin tertentu Pakatan Rakyat berasa kecewa, bertindak mempertikaikan kesahihan keputusan PRU-13, mendakwa berlakunya manipulasi, lalu menganjurkan siri perhimpunan atas nama Perhimpunan Hitam 505.

Reaksi spontan dan reaksi awal, kepimpinan dari kedua-dua pihak, baik BN begitu juga Pakatan Rakyat bernada kecewa; kerana BN telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membangunkan negara - untuk meningkatkan taraf hidup rakyat; sementara Pakatan Rakyat telah menimbulkan pelbagai isu, mendedahkan kelemahan parti pemerintah, ditambah keyakinan keterlaluan rakyat kali ini akan melakukan perubahan untuk menukar kerajaan. Pada hakikatnya, prestasi pencapaian, ternyata berada di bawah sasaran yang diunjurkan oleh kedua-dua pihak.

Keputusan PRU-13 bukan kejutan, pada hakikatnya tidak menyimpang jauh dari ramalan ramai pihak. Kejutan sebenarnya, berlaku semasa keputusan PRU-12 diumumkan. PRU-12, bukan sahaja mengejutkan BN kerana kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kuasa di empat negeri lain di samping Kelantan, malah gabungan tiga parti Pas, DAP dan PKR turut dikejutkan dengan pencapaian luar jangka; berjaya membentuk kerajaan di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor, di samping kekal berkuasa di Kelantan.

Secara keseluruhannya, majoriti rakyat menerima keputusan PRU-13. Terdapat pertikaian di beberapa kawasan. Ruang mencabar keputusan yang diragukan, diperuntukkan di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan rayuan dikemukakan ke Mahkamah Tinggi.

Kedua-dua pihak, BN dan Pakatan Rakyat masing-masing dalam tindakan menggunakan saluran undang-undang untuk mencabar keputusan beberapa kawasan Parlimen dan DUN. Langkah tersebut selaras dengan semangat yang mencerminkan budaya berpolitik yang matang lagi bertamadun.

Dalam wawasan mahu membawa negara ke altar lebih tinggi, agar diiktiraf berbudaya maju, agar dihormati sebagai negara yang menjunjung prinsip demokrasi, hendaklah dipastikan bahawa prinsip meluhurkan Perlembagaan dan prinsip mendaulatkan undang-undang tidak sama sekali dikompromikan.

Pendirian berkecuali dan tidak partisan mahkamah ketika mengadili kes-kes rayuan, akan dapat meningkatkan keyakinan rakyat di samping membantu pohon demokrasi tumbuh subur di taman politik negara.

PRU-13 dan keputusan darinya boleh ditafsirkan secara subjektif atau secara objektif, secara negatif atau secara positif. Hanya disebabkan rakyat di negara ini terdiri dari pelbagai kaum - pelbagai agama, minda jangan terlalu taksub untuk terlalu cepat mentafsirkan sesuatu fenomena melalui dimensi kaum - dimensi agama, hingga padi dikatakan antah, hingga emas dianggap suasa.

Adakah sebenarnya tertanam rasa benci - rasa jijik hingga mencetuskan permusuhan yang meluap di antara kaum dan di antara penganut berlainan agama di negara ini, seperti yang berlaku dalam tahun 1994 di antara puak Hutu dan puak Tutsi di Rwanda, mengakibatkan pembunuhan 800,000 puak Tutsi dan 200,000 puak Hutu. Adakah hubungan kaum di negara ini menyamai senario yang sedang dilakukan terhadap umat Islam Rohingya oleh kaum Arakanese yang direstui oleh sami Buddha dan pihak berkuasa Kerajaan Myanmar. Adakah tertanam kebencian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini hingga ke peringkat merencanakan pembunuhan beramai-ramai seperti yang dilakukan oleh tentera Serbia terhadap umat Islam di Bosnia. Adakah PRU-13 telah meluapkan suhu permusuhan lebih panas di antara kaum di negara ini. Adakah PRU-13 telah menjejaskan semangat permuafakatan dan semangat perpaduan di kalangan rakyat. Adakah ia telah memisahkan rakyat dari dapat hidup dalam suasana aman, rukun lagi harmoni; atau sebenarnya, terkandung elemen lain yang lebih perlu dihalusi dan difahami.

Analisis mengenai sesuatu pilihan raya dapat dilakukan secara lebih tepat dengan kesediaan melakukan penilaian objektif, mengetepikan sentimen dan emosi; kesediaan melakukan penelitian komprehensif akan pelbagai urutan peristiwa, akan sebab dan akibat, akan perkara-perkara asas yang mungkin telah terlepas pandang. Lebih penting kesediaan menerima maklum balas secara positif, memeriksa kelemahan dan kesilapan diri, bukan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi dengan niat tulus untuk membolehkan langkah penambahbaikkan yang bermakna dapat dirintis.

Keputusan PRU-13 diumumkan pada malam 5 Mei. Pada pagi 6 Mei, di Ipoh, rakyat Malaysia berketurunan Melayu, Cina dan India kelihatan bersantai di warung nasi lemak milik pengusaha Melayu. Pada pagi 6 Mei, rakyat Malaysia pelbagai kaum bergaul mesra, bersarapan pagi menikmati roti kaya dan white coffee di Kedai Kopi Cina di Ipoh. Pada pagi 6 Mei, rakyat Malaysia pelbagai kaum memenuhi kedai milik India, duduk semeja dan bersebelahan meja, bergurau jenaka sambil menikmati tosei dan teh tarik. Beta percaya senario harmonis yang sama turut berlaku di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor Bahru, Seremban dan Pulau Pinang. Beta percaya senario harmonis yang sama turut berlaku di antara pelbagai kumpulan etnik Cina, Melayu, Iban, Dayak, Bajau, Murut dan Kadazan, sama ada di Kota Kinabalu, Kuching, Tawau atau Sandakan. Persoalannya, bersifat rasis kah rakyat Malaysia di bumi ini?

Keharmonian, sikap hormat dan toleransi adalah sebahagian dari sifat semula jadi dan identiti budaya rakyat Malaysia. Pada hakikatnya rakyat di Malaysia hidup dalam suasana muhibah dan saling menghormati. Semangat muhibah rakyat Malaysia bukan sahaja berlaku sesama warga malah rakyat Malaysia memperlihatkan toleransi yang tinggi terhadap warga asing hingga membolehkan berjuta warga asing bebas bekerja mencari rezeki di bumi ini. Diakui, sekali sekala ada berlaku peristiwa yang mencetuskan kurang keselesaan di kalangan rakyat, tetapi tidak sampai ke peringkat membenci dan bermusuh kerana semangat menghargai kerukunan - menghargai keamanan, mendapat tempat lebih utama di hati sanubari warga Malaysia.

Secara natural, rakyat Malaysia tidak bersifat perkauman. Di hospital, doktor Melayu, doktor Cina, doktor India, doktor Dayak, doktor Kadazan merawat semua pesakit; pesakit juga tidak pernah mencurigai untuk dirawat oleh doktor yang tidak dari kaumnya atau berlainan agama. Wanita Melayu, Cina, India, Bajau dan Iban ke salon yang sama untuk berdandan rambut, ke butik yang sama untuk menempah pakaian tanpa menghiraukan kaum manakah yang mendandan rambut atau menjahit pakaian. Anak-anak Melayu, Cina, India, Murut dan Bajau tidak pernah ragu untuk membeli aiskrim walau siapa juga penjualnya. Di sekolah dan di universiti, tenaga pengajar menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua murid. Hartawan Cina - hartawan India melantik pengawal peribadi Melayu untuk melindungi keselamatan diri dan keluarga mereka.

Orang Melayu tidak meragui untuk mendapat khidmat pekerja Cina membetulkan atap bocor atau lantai retak di rumah mereka. Tidakkah ini bukti permuafakatan; tidakkah ini bukti perpaduan yang terjalin secara semulajadi, menjalar segar, melata indah, subur di serata bumi Malaysia; sayang sekali kesuburannya sering dibantutkan oleh racun politik.

Dalam negara yang memiliki komposisi rakyat yang begitu pelbagai, permuafakatan dan perpaduan dipengaruhi oleh banyak faktor, tidak terbatas kepada faktor kaum - faktor agama. Oleh itu memilih untuk merumuskan masalah permuafakatan dan perpaduan nasional semata-mata atas faktor kaum - faktor agama terlalu simplistik pendekatannya.

Di samping warga Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama, mengamalkan pelbagai budaya, bertutur pelbagai bahasa, terdapat perbezaan di antara warga bandar dengan warga desa, di antara generasi tua dengan generasi muda. Wujud perbezaan yang dipengaruhi oleh faktor-faktor tahap pencapaian akademik, tahap pencapaian sosioekonomi, di antara yang kaya dengan yang miskin; ditambah dengan perbezaan pendedahan yang dialami oleh anak-anak yang mengikuti aliran persekolahan berlainan, sekolah kebangsaan, sekolah vernakular, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa. Begitu pula dengan tenaga kerja di sektor swasta dengan tenaga kerja di sektor awam, perbezaan sejarah di antara warga di Semenanjung dengan warga di Sabah dan Sarawak yang berada dalam lokasi geografi yang terpisah jauh; ditambah pula pada hari ini perbezaan di antara budaya berkerajaan di peringkat Persekutuan dengan budaya berkerajaan di peringkat negeri terutama di negeri yang tidak dikuasai oleh kumpulan politik yang sama dengan Kerajaan Persekutuan.

Demikian kompleksiti landskap demografi rakyat Malaysia hari ini. Faktor-faktor kepelbagaian dan elemen-elemen perbezaan sudah pasti meningkatkan cabaran besar terhadap usaha memupuk permuafakatan dan perpaduan. Memastikan permuafakatan dan perpaduan berjaya dipupuk dalam negara yang sedemikian pelbagai memerlukan denominator bersifat sejagat yang dapat diterima oleh semua pihak. Memupuk permuafakatan dan perpaduan wajib dijadikan agenda semua pihak; merupakan impian besar dan tugas besar. Impian besar dan tugas besar tidak mungkin dicapai melalui formula yang terlalu permukaan (superficial).

Terdapat beberapa perkembangan yang wajar ditafsirkan secara positif susulan PRU-13. Beta memilih untuk menyentuh tiga perkara.

Pertama: Budaya politik merentasi kaum. Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman (Almarhum) bersama rakan seangkatannya telah mempelopori konsep perkongsian kuasa melalui Perikatan seawal menghadapi Pilihan Raya pra merdeka 1955, diperluaskan kemudiannya melalui penubuhan BN oleh Tun Abdul Razak (Allahyarham) pada 1973. Gagasan perkongsian kuasa yang dipelopori oleh Tunku Abdul Rahman mendapat tentangan, paling berat serangan parti Pas (Parti Islam Se Malaya) yang menentang formula UMNO berkongsi kuasa dengan bukan Islam, hingga ke peringkat berlakunya isu kafir-mengkafir sesama umat Islam.Bermula 2008, setelah 51 tahun negara mencapai kemerdekaan, Pas pada akhirnya menerima hakikat relevannya formula perkongsian kuasa politik dalam realiti sebuah negara yang rakyatnya terdiri dari pelbagai kaum, mengamalkan pelbagai pegangan agama, memiliki pelbagai budaya, menguasai pelbagai bahasa. Bermula Pilihan Raya Umum 2008, Pas bukan sahaja bersedia menjalinkan persefahaman ketika pengagihan kerusi untuk bertanding, malah berkempen di pentas yang sama dengan parti-parti bukan Islam, hatta sedia menubuhkan kerajaan bersama bukan Islam di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor; memperlihatkan berlakunya anjakan ideologi yang amat ketara; membuktikan bahawa modul berkerajaan yang dipelopori oleh Tunku Abdul Rahman adalah modul politik yang berpandangan jauh, realistik dan merupakan platform berkerajaan dan bernegara yang dapat memberikan satu kestabilan, satu semangat bersatu, satu semangat bernegara kepada semua rakyat di negara ini.

Fenomena yang sedang berlaku hendaklah ditafsirkan secara positif; bahawa gerakan politik di Malaysia telah mencapai tahap kematangan pemikiran, menerima realiti, relevannya kerjasama antara kaum. Bertolak dari perkembangan ini, dijangkakan pendekatan politik yang mensensasikan isu kaum dan isu agama akan semakin kurang memberi pengaruh, di sebaliknya ia lebih membawa kesan negatif.

Kedua: Budaya politik yang lebih representatif. Keanggotaan Jemaah Menteri yang dilantik Pasca PRU-13 lebih inklusif lagi representatif dari segi mewakili wilayah. Tujuh Menteri dilantik dari Sabah dan tujuh Menteri dilantik dari Sarawak.

Mereka turut diberikan portfolio penting. Selepas 50 tahun berada di dalam Malaysia, rasa terpinggir penduduk Sabah dan Sarawak telah diubati; doa dan harapan penduduk Sabah dan Sarawak kini dipenuhi. Partisipasi pemimpin politik Sabah dan Sarawak di peringkat nasional kini semakin bermakna. Penyertaan tiga Menteri dari kalangan profesional yang tidak mewakili mana-mana parti politik merupakan aset kepada negara. Mereka tidak perlu berpolitik; di sebaliknya dapat menumpukan sepenuh fokus untuk merealisasikan agenda negara. Komposisi Jemaah Menteri sedemikian akan dapat mengimbangkan antara pendirian kumpulan politik tertentu dengan pendirian pihak-pihak yang mewakili konstituen lain. Komposisi sedemikian, diharapkan berupaya menggubal dasar-dasar negara yang lebih bersifat nasional dan tidak lagi terlalu didominasi oleh satu kumpulan politik.

Ketiga: Budaya politik lebih seimbang. PRU-12, sebenarnya adalah pilihan raya sangat historik, mengubah landskap politik negara. PRU-12 adalah titik bermulanya era demokrasi baru. Ia mencetuskan iklim kepada permulaan sistem politik dua parti. Ia memperlihatkan kemunculan persaingan di antara dua persepakatan politik yang semakin menyeberangi sempadan kaum - sempadan agama - sempadan wilayah. Ia semakin membuktikan realiti bahawa di Malaysia, tidak ada satu kumpulan politik yang berupaya menubuhkan kerajaan secara isolasi tanpa mendapat sokongan pengundi dari pelbagai kaum - pelbagai agama - pelbagai wilayah.

Parlimen 13 dianggotai oleh 89 anggota Pembangkang. Parlimen telah sekian lama didominasi dengan majoriti besar oleh parti yang menubuhkan kerajaan hingga ramai yang terlepas pandang bahawa Parlimen adalah entiti yang berasingan dari cabang Eksekutif. Komposisi keanggotaan Parlimen 13, diharap, memunculkan peranan kuasa perundangan yang lebih dinamik, memenuhi peranan semak dan imbang kepada Kuasa Eksekutif. Demi kebaikan rakyat, ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua pihak, diharap dapat membahaskan isu-isu utama secara kritis tetapi konstruktif dan menolak sebarang cadangan yang tidak mendatangkan manfaat hakiki. Parlimen hendaklah mengambil sikap sebagai Kuasa Perundangan yang bukan sahaja dihargai oleh rakyat tetapi disegani oleh Kuasa Eksekutif.

Apakah cabaran utama yang sedang dihadapi oleh negara ketika ini dalam hasrat memenuhi agenda permuafakatan dan perpaduan nasional. Pada hemat Beta, cabaran paling kritikal yang dihadapi oleh negara ketika ini adalah untuk menjalinkan permuafakatan dan perpaduan di antara kerajaan dengan rakyat.

Keputusan pilihan raya telah membolehkan parti yang menguasai majoriti kerusi Parlimen menubuhkan kerajaan. Ia bukan garis penamat, di sebaliknya, ia satu permulaan untuk mengembalikan keyakinan dan meningkatkan penerimaan rakyat. Negara, lebih tepat kerajaan pada hari ini, sedang menghadapi krisis persepsi lalu mencetuskan krisis keyakinan. Polarisasi ketika ini, sebenarnya berlaku antara pihak yang menyokong dengan pihak yang tidak menyokong kerajaan, sehingga apa juga usaha yang dirintis oleh kerajaan, tidak dihargai. Kerajaan terus dihujani dengan pelbagai serangan. Kerajaan amat perlu peka dengan trend perkembangan politik semasa yang berlaku, tidak di negara ini sahaja, malah sedang berlaku di serata dunia.

Negara di serata dunia sedang menghadapi konstituen baru dan fenomena baru, kebangkitan partisipasi politik rakyat secara lebih aktif dan tidak lagi bersifat pasif. Era ini memperlihatkan kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan dan pembaharuan, era yang menuntut kepada hak kebebasan bersuara, era yang menuntut dilakukan lebih banyak konsultasi. Era anak muda dan kumpulan terpelajar semakin mendominasi. Era yang meletakkan cabaran besar kepada elit politik di setiap negara untuk berupaya memeta persekitaran politik yang lebih berakomodasi, attentive, terbuka lagi konsultatif.

Kaedah menggunakan kekerasan - kaedah ugutan secara menangkap, menahan, merampas bahan cetak, menghitamkan makluman, adalah order lama yang tidak lagi sesuai diguna pakai kerana rakyat sudah tidak boleh ditakutkan. Lebih mencabar, apabila mereka dan masyarakat menganggap diri mereka adalah wira bila mereka ditahan, ditangkap, dihukum dan dipenjarakan.

Era politik di masa ini adalah era yang menuntut kepada kebijaksanaan mengimbangkan formula rundingan dan konsultasi. Elemen tekanan atau force hendaklah digunakan secara paling selektif, dalam keadaan yang benar-benar memerlukan. Istilah atas sebab-sebab keselamatan negara jika perlu digunakan, jangan sampai ke peringkat yang boleh ditafsirkan bermotif untuk menyekat kebebasan politik. Tidak ada jalan singkat yang membolehkan dipintasi prosedur undang-undang kerana jalan singkat lebih cenderung untuk membawa rugi kepada lembaran akaun kira-kira politik.

Banyak yang boleh dilakukan untuk membina jambatan permuafakatan dan perpaduan di antara kerajaan dengan rakyat agar keyakinan dan penerimaan rakyat dapat dikembalikan. Beta memilih memberi fokus kepada enam komponen.

Pertama: Sifat Negarawan Pemimpin. Berpandukan laporan akhbar, kenyataan-kenyataan bernada negarawan telah disuarakan oleh pimpinan kanan beberapa kumpulan politik.

Perdana Menteri, memberi jaminan untuk menunaikan semua aku janji yang terkandung dalam manifesto BN kepada segenap lapisan rakyat tanpa mengira sama ada mereka memberikan sokongan atau tidak memberikan sokongan kepada BN. Beliau turut menyatakan BN tidak mempunyai opsyen dari melakukan perubahan mulai sekarang. Ketika menyembahkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk melihat faktor-faktor kebersamaan yang dapat menyatukan rakyat daripada terperangkap dengan nostalgia serta realiti lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap di Majlis Kesyukuran BN Wilayah Persekutuan pada 29 Jun 2013, menyeru agar pemimpin BN menilai semula faktor yang membawa kekalahan dan memberikan fokus terhadap tuntutan rakyat, terutama pengundi di bandar, merangkumi pengundi Cina, Melayu dan India. Beliau menyeru supaya dikenal pasti punca sebenar BN ditolak, sama ada berpunca daripada kelemahan sebagai parti pemerintah, dasar yang tidak memenuhi hasrat rakyat, atau isu bandar yang tidak diberi tumpuan. Beliau memilih tidak menyalahkan pengundi kerana menolak BN sebaliknya memilih untuk mengkaji mesej yang disampaikan oleh pengundi, untuk benar-benar dapat mengenal pasti punca yang membawa kekalahan atau kemenangan".

Setiausaha Agong Pas, Dato Mustaffa Ali menyatakan Pas menerima keputusan PRU-13; Pas menang di sesetengah kawasan dan kalah di sesetengah kawasan. Realitinya kerajaan sekarang tertubuh kerana memenangi pilihan raya. Timbalan Presiden, PKR, Azmin Ali menyatakan Panggilan reformasi perlu bermula dari diri sendiri; gagal ke Putrajaya, salah siapa". Beliau selanjutnya menyatakan rakyat semakin bosan dengan politik keterlaluan; terima kekalahan dan fahami kelemahan diri; perlu bergerak ke hadapan dan terima keputusan yang telah diberikan rakyat". Presiden DAP, Karpal Singh menyatakan DAP berpuas hati dengan prestasi dalam PRU-13 berjaya memenangi 38 kerusi Parlimen"; katanya lagi prestasi DAP begitu baik dalam PRU-13 terutama di Gelang Patah yang kami tidak jangka menang".

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyuarakan nada kenegaraan generasi muda, dilaporkan akan mengambil pendirian seorang ahli Parlimen pembangkang secara konstruktif; di samping menegur, akan bekerjasama dengan pihak kerajaan demi pembangunan negara; dan melihat kerjasama dalam membangunkan negara merupakan asas utama yang perlu dititik beratkan oleh kedua-dua pihak di dalam sidang Parlimen.

Ungkapan dan kenyataan bernada kenegaraan yang dilaporkan, memperlihatkan petanda sihat yang menyegarkan iklim demokrasi. Ia wajar dijadikan teladan ke arah membina budaya demokrasi yang bertambah matang. Ia mempamerkan semangat inklusif, selaras dengan falsafah di sebalik Gagasan 1 Malaysia. Ia mempamerkan berlangsungnya proses evolusi secara positif ke arah membina sebuah negara bangsa yang kukuh bersatu.

Semangat permuafakatan dan perpaduan yang diperlihatkan oleh Rasulullah SAW wajib dicontohi. Sifat murni Baginda, tidak berdendam malah sedia memaafkan berjaya menjinakkan musuh, hingga lawan menjadi kawan. Negarawan ikonik semasa, yang harus dijadikan rujukan ialah Nelson Mandela. Selama 27 tahun Nelson Mandela ditahan. Sebaik dibebaskan beliau mengungkap kata-kata berikut;

I embrace my former captors and my former oppressors, I believe in one nation, and I believe in judging people on the basis of their character and not their colour."

Demikian kejernihan dan kemurnian, keheningan dan kebeningan hati seorang insan bernama Nelson Mandela, yang sebahagian besar usianya, terkurung sebagai tahanan politik di Pulau Robin, tetapi sebaik dibebaskan, memilih permuafakatan demi negara bangsanya.

Suara keinsanan - suara kemanusiaan Nelson Mandela, bergema di serata dunia. Mandela muncul sebagai gergasi ikon moral, memaafkan pihak yang memenjarakan beliau serta menganiaya komuniti beliau. Kebijaksanaan dan perikemanusiaan Mandela dua puluh tahun lepas telah memberikan impak menakjubkan kepada negara yang amat berpecah belah. Ia amat mengagumkan; rasa kagum akan kemuliaan sifat Mandela terkandung dalam kata-kata yang diungkap oleh Archbishop Desmond Tutu,

Before Nelson Mandela was arrested in 1962, he was an angry, relatively young man. He founded the ANCs military wing. When he was released, he surprised everyone because he was talking about reconcilliation and forgiveness and not about revenge".

Sesungguhnya, bumi ini memerlukan dan perlu melahirkan pemimpin yang mengamalkan sifat kemanusiaan yang tinggi dan memiliki pendirian negarawan yang unggul, membawa suara perdamaian - menghargai keharmonian - menghormati kerukunan.

Kedua: Meluhurkan Perlembagaan - Mendaulatkan Undang-Undang; adalah kunci penentu untuk menjamin ketenteraman awam dan kestabilan politik. Undang-undang wajib dilaksanakan secara adil - secara saksama. Undang-undang jangan diizinkan untuk dilaksanakan secara selektif. Jika undang-undang dilaksanakan secara selektif akan tempanglah keadilan, akan pincanglah alam dan kehidupan ini, membolehkan yang lemah menjadi mangsa yang kuat. Apabila undang-undang dan keadilan mula diperdagangkan dengan ringgit dan sokongan, dikompromikan kerana tekanan politik, akan menderitalah yang miskin dan yang lemah dan akan bermaharajalela yang kaya dan yang berkuasa. Persepsi bahawa kerajaan kurang tegas dan tidak bersungguh memerangi rasuah dan salah guna kuasa adalah antara faktor utama yang menyebabkan berlakunya krisis keyakinan. Rasuah dan salah guna kuasa ternyata menyalahi undang-undang. Setiap batang pensel atau setiap butir peluru perolehan kerajaan diuruskan oleh pegawai awam. Dalam era yang siling sudah pandai melihat dan lantai sudah bijak bertutur, amalan tadbir urus yang tidak telus, tidak lagi dapat disembunyikan dari pengetahuan umum.

Perdana Menteri telah memberi pengakuan untuk memberi tumpuan meningkatkan kualiti tadbir urus dan integriti dan memperhebatkan usaha memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa. Hasrat Perdana Menteri sewajibnya disambut. Institusi Kehakiman, institusi perundangan, institusi awam, institusi pertahanan dan institusi keselamatan perlu berdiri teguh atas prinsip profesionalisme, tegas memberikan nasihat dan berani menyampaikan maklum balas secara tepat dan betul kepada pemimpin. Ketidakberanian memberi nasihat secara tepat dan betul, akan meletakkan pemimpin berada dalam khayalan cerita indah, kerajaan bakal bertambah lemah, dan pada akhirnya pemimpin perlu membayar dengan harga tinggi semasa menghadapi pilihan raya.

Ketiga: Memahami dan mendalami konsep Federal isme berasaskan Perkara-Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan. Malaysia dianggotai oleh 13 negeri dan Wilayah Persekutuan. Ketua kepada sembilan negeri adalah Raja-Raja berdaulat, sementara empat negeri dipertanggungjawabkan kepada Yang Dipertua Negeri. Kerajaan Negeri terletak di bawah payung naungan Raja Pemerintah dan pengawasan Yang Dipertua Negeri. Amalan mengetepikan status negeri adalah amalan yang boleh ditafsirkan sebagai tidak menghormati kedaulatan Raja dan tidak menghormati institusi Yang Dipertua Negeri. Hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kini menjelmakan dimensi baru; ia semakin memeningkan kepala kakitangan awam yang berkhidmat di negeri-negeri. Mereka kini menghadapi dilema ketika memenuhi tanggung jawab untuk mengimbangkan kesetiaan, di antara pihak berkuasa negeri dengan pihak berkuasa persekutuan, terutama di kalangan mereka yang ditempatkan di negeri yang dikuasai oleh kumpulan politik yang berlainan parti dengan Kerajaan Persekutuan. Telah berlaku keadaan, pegawai-pegawai awam Persekutuan yang bertugas di negeri, di larang menghadiri acara-acara rasmi di peringkat negeri termasuk acara yang dihadiri oleh Raja Pemerintah. Demikian juga dilaporkan bahawa pegawai-pegawai negeri turut dilarang menyertai acara anjuran Kerajaan Persekutuan. Senario sedemikian nyata tidak menunjukkan kematangan budaya politik negara bangsa dan kurang mendalamnya kefahaman di kalangan penjawat awam akan konsep Federal isme.

Konsep Federal isme wajib difahami - wajib dihormati. Perlu diperkenalkan orientasi baru terutama di kalangan penjawat awam. Kelainan politik, di antara negeri dan Persekutuan jangan sampai menjejaskan hubungan warga, hingga memungkinkan warga kembali bersifat parokial kenegerian, lalu menghindar dari tercapainya semangat muafakat dan hasrat berpadu.

Formula perhubungan dan rangka kerja baru antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri wajib diperkenalkan dalam order politik terkini, demi tidak menyulitkan kakitangan awam untuk menyempurnakan amanah dan demi memastikan rakyat tidak menjadi mangsa pertelingkahan politik. Perlu ada garis yang jelas di antara hubungan yang dipengaruhi kekangan politik, atas dasar parti dengan parti, dibezakan dengan hubungan kerja, antara kerajaan dengan kerajaan.

Keempat: Pendidikan Kenegaraan. Episod Melissa Gooi meningkatkan keyakinan Beta bahawa majoriti rakyat di negara ini tidak bersifat rasis; di sebaliknya mereka adalah insan-insan berjiwa rasional - berfikiran waras. Melissa Gooi dilaporkan ditahan oleh pihak keselamatan untuk membantu siasatan kerana dikatakan menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam facebook.

Susulan penahanan tersebut Zaini Hassan telah menulis rencana yang diterbitkan di muka surat 11, akhbar Utusan Malaysia bertarikh 5 Jun 2013, bertajuk Salahkah Melissa Gooi? Ajarlah Asas Perlembagaan di sekolah." Zaini Hassan telah memulakan rencana tersebut dengan para;

Saya tidak salahkan Melissa Gooi yang mencetuskan kisah menghina Yang di-Pertuan Agong dalam facebooknya. Sebenarnya Melissa dan rakan-rakan facebooknya Shuh Chien Loo, Hun Kiet Wong, Carol Tay yang berbicara mengenai titah Yang di-Pertuan Agong itu mungkin tidak kenal pun siapa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mereka tidak tahu pun fungsi-fungsi Baginda...

Zaini Hassan selanjutnya menulis;

Kisah Melissa Gooi seharusnya menjadi satu teladan oleh kita semua, juga oleh Kerajaan BN yang diberikan mandat baru .....

Bukan masa lagi mahu menongkat dagu memandang ke langit. Sesuatu harus dilakukan terhadap orang seperti Melissa yang semakin hari, semakin tahun, semakin dekad, semakin generasi, semakin bertambah.

Ia memperlihatkan berlakunya fenomena kejahilan atau ignorant mengenai sistem kebudayaan kita, sistem kenegaraan kita yang menjalar kepada sistem Perlembagaan Negara kita...

Zaini Hassan selanjutnya menyarankan:

Oleh itu saya syorkan Kementerian Pendidikan yang kini sudah disatukan dan mempunyai dua Menteri, termasuk Timbalan Perdana Menteri, dengan Timbalan-Timbalan Menteri mula memikirkan soal ini. Ia bukan soal hari ini sahaja, atau untuk penggal ini sahaja, tetapi untuk generasi rakyat Malaysia..;.Jika subjek Asas Perlembagaan, tidak diperkenalkan ... maka selama itulah orang kita akan terus menerus mempertikai Perlembagaan Negara.

Saya berharap Kementerian Pendidikan dapat memikirkan perkara ini supaya tidak lagi melahirkan Melissa Gooi dan rakan-rakannya...Ajar subjek Asas Perlembagaan....di semua aliran sekolah"

Beta tidak kenal Zaini Hassan secara peribadi tetapi mengikuti rencana tulisan beliau. Melissa Gooi adalah rakyat Malaysia berketurunan Cina; sementara Zaini Hassan, wartawan kanan, bukan sahaja berketurunan Melayu, berwajah Melayu, berdarah Melayu malah bertugas dengan akhbar Utusan Malaysia yang dilabel oleh setengah pihak sebagai akhbar yang meniup api perkauman. Zaini Hassan telah mencerminkan jiwa besar dan contoh semangat seorang Malaysian, secara tegas melahirkan pandangan kritis atas prinsip kebenaran, meskipun Beta percaya, Zaini juga tidak kenal Melissa Gooi. Apa jua jenama negatif yang dilabelkan terhadap Utusan Malaysia, akhbar tersebut tidak melakukan diskriminasi untuk tidak menyiarkan rencana yang bernada membela situasi seorang anak gadis keturunan Cina.

Di luar dewan ini, lebih ramai anak muda Malaysia dalam kategori Melissa Gooi. Adakah kaedah tangkapan, tahanan, dakwaan dan hukuman akan menyelesaikan masalah ketatanegaraan yang sedang dihadapi. Berapa ramai lagi pegawai penyiasat diperlukan, berapa banyak lagi jawatan pendakwa yang perlu ditambah, berapa lagi mahkamah yang perlu diwujudkan, dan berapa banyak lagi tempat tahanan yang perlu dibina, jika kita mempercayai kepada pendekatan sedemikian untuk menangani masalah. Jangan disalahkan anak jalan berbogel kalau ibu bapa tidak membekalkan baju.

Apa yang lebih perlu diutamakan adalah mendidik asas-asas kenegaraan bermula dari bilik darjah dan menyemaikan semangat Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Raja Pemerintah, Yang di-Pertuan Agong adalah lambang kedaulatan negara; bendera negara, Jalur Gemilang, lagu kebangsaan, Negaraku, adalah simbol kebesaran negara. Hari ini lambang kedaulatan dan simbol kebesaran negara telah dihina.

Ketika Beta di bangku sekolah, Beta diasuh mendaulatkan Raja Pemerintah, menghormati bendera negara dan lagu kebangsaan. Bendera negara bukan hanya tidak boleh dipijak, malah dipastikan ketika upacara menaikkan bendera, kain bendera tidak tercecah bumi. Bendera negara dimuliakan, dikibarkan di puncak tiang, dinaikkan di sebelah pagi, diturunkan sebelum malam; tidak dibiarkan berkelana, tertinggal reput di tiang-tiang sebagai kain usang. Hari ini ia kelihatan berlaku di serata negara; dukacita ia turut berlaku di bangunan sekolah dan di pejabat kerajaan.

Bendera negara bukan sahaja tidak boleh dipijak, malah turut dilarang dari dipotong-potong untuk dijadikan material baju - material topi - material seluar.

Perkara ini amat asas, malangnya telah tidak dititik beratkan, hingga hari ini terdapat kontinjen yang menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan turut menyalah gunakan pemakaian bendera negara. Bermakna, betapa komponen kenegaraan telah tidak diutamakan dalam sistem pendidikan negara.

Kurikulum kandungan dan kaedah pengajaran mengenai aspek kenegaraan yang benar-benar dihayati, hendaklah segera diperkenalkan tanpa bertangguh, dijadikan kandungan pengajian bukan sahaja di sekolah, malah di semua maktab, kolej dan institusi latihan; dan diuji dalam urusan lantikan dan kenaikan pangkat pegawai awam.

Kelima: Peranan Media. Media adalah instrumen penting untuk memupuk semangat muafakat - semangat perpaduan. Rakyat hari ini telah menguasai saluran media alternatif. Data menunjukkan pengguna Internet di Malaysia telah meningkat dari 3.7 juta dalam tahun 2000 kepada 17.7 juta dalam 2012, satu perangkaan yang cukup tinggi bagi negara yang mempunyai 29 juta penduduk. Sebanyak 61 peratus dari pengguna berada dalam usia 21 ke 40 tahun. Data 2012 juga menunjukkan 13.6 juta penduduk pada hari ini telah mempunyai facebook.

Media rasmi negara hendaklah menjadi tanda aras mengamalkan cara pengolahan berita yang seimbang lagi autentik, berfungsi sebagai jambatan penghubung antara kerajaan dengan rakyat, berupaya merentasi dan dapat diterima oleh semua lapisan rakyat. Perlu ada etika pengolahan berita yang bijaksana, membezakan antara kepentingan kerajaan dengan kepentingan berpihak parti politik. Pengolahan berita yang terlalu memihak, sebenarnya tidak memberi manfaat kepada kerajaan, bersifat counter productive, semakin memisahkan rakyat dari kerajaan. Hari ini sebahagian rakyat menolak maklumat yang diuar-uarkan melalui saluran berita rasmi kerajaan disebabkan rasa mual dengan pengolahan yang keterlaluan memuji atau keterlaluan mengeji sesuatu pihak. Pengarang Timothy B. Tyson, pemegang Grawemeyer Award 2006, mengingatkan If there is to be reconcilliation, first there must be truth"

Keenam: Peranan Institusi Raja. Raja adalah payung kedaulatan negara untuk memberi naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum - tanpa mengira agama - tanpa mengira kabilah politik. Raja yang bersemayam di puncak struktur pemerintahan merupakan lambang kuasa dan simbol perpaduan. Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan - sumber keadilan, teras perpaduan - payung penyatuan. Untuk itu amatlah penting bagi Raja bersifat berkecuali, memastikan berada di atas segala polemik politik untuk membolehkan institusi Raja berupaya berperanan secara berkesan sebagai penimbang tara yang adil lagi saksama dalam mendamaikan sebarang perselisihan dan untuk memastikan takhta diterima dengan dada lapang dan hati terbuka apabila diperlukan berperanan menurunkan suhu panas yang berkemungkinan mendidihkan lava-lava persengketaan.

Majlis Raja-Raja adalah badan syura yang unik. Setiap Raja yang berangkat menghadiri mesyuarat Majlis, beserta Yang Dipertua Negeri, diiringi bersama oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing. Yang di-Pertuan Agong berangkat pada hari terakhir mesyuarat, diiringi Perdana Menteri. Badan syura ini, setidak-tidaknya merupakan badan yang telah dapat menggabungkan wakil negeri dan wakil Persekutuan, berbincang dalam suasana mesyuarah yang tertib, sopan, beradab lagi bertamadun. Kehadiran Menteri Besar dan Ketua Menteri, disandarkan kepada jawatan rasmi tanpa sebarang identifikasi politik. Memandang ke hadapan, peranan badan syura ini boleh dipertingkatkan - diperluaskan agar berfungsi sebagai forum perundingan yang berkecuali, bebas dan tidak partisan, berada di atas politik kepartian. Potensi badan syura ini sebagai instrumen penyatuan dalam kepelbagaian sewajarnya dioptimumkan untuk mengimarahkan semangat permuafakatan dan perpaduan.

PRU-13 adalah kemenangan rakyat. Partisipasi rakyat serta sifat kenegaraan yang dipamerkan rakyat wajar dihargai. Tanpa rakyat, tidak akan ada negara, tanpa negara, tidak akan ada kerajaan. Maju mundur sesebuah negara dicerminkan melalui taraf hidup, taraf pendidikan, taraf sosioekonomi majoriti rakyat. Kukuh lemahnya sesebuah kerajaan, tertakluk kepada sokongan dan keyakinan, perpecahan dan permuafakatan yang dapat dipupuk di kalangan rakyat. Suara rakyat - suara keramat. Oleh itu, setiap teguran yang disuarakan rakyat, perlu diberikan respons positif, jangan secara impulsif bersifat terlalu defensif, secara terburu-buru melakukan penafian - menyalahkan rakyat. Di sebaliknya teguran rakyat hendaklah diterima dan didengar, diberikan perhatian dan disiasat kesahihannya selaras dengan pendirian Perdana Menteri yang menyifatkan era kerajaan tahu semua telah berakhir. Kesediaan menerima teguran atas kesilapan, kesediaan mengaku masih terdapatnya kelemahan, apatah lagi kesediaan memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan dan kelemahan, mempamerkan jiwa besar pemimpin.

Negara bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-56. Kedewasaan usia negara hendaklah diselarikan dengan kematangan fikiran rakyat. Sejak memperoleh kemerdekaan, kemajuan negara ini dicapai dari sikap pemimpin berjiwa rakyat, pemimpin yang mengutamakan rakyat lalu merintis segala usaha memajukan rakyat. Diakui tahap kesempurnaan masih belum dicapai. Diakui masih banyak yang perlu dibaiki.

Pilihan raya telah berlangsung, keputusan telah diumum, kerajaan telah dibentuk. Manusia boleh merancang - manusia boleh berusaha - manusia boleh berdoa. Allah SWT juga yang lebih mengetahui lalu telah menentukan. Bersyukur dan redalah dengan penentuan kuasa Ilahi Yang Maha Mengetahui, jadikan peringatan dan panduan akan ayat 165 Surah Al Anaam yang bermaksud,

Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk menguji mu tentang apa yang diberikan Nya kepada mu. Sesungguhnya Tuhan mu amat cepat seksaan Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Posted: 08 Jul 2013 10:52 AM PDT

KETIKA Awang menyiapkan catatan ini, satu lagi kes tembak dilaporkan berlaku di Kelantan. Kes-kes jenayah tembak di negara kita tidaklah kerap tetapi ia cukup membimbangkan.

Justeru semua pihak tidak boleh memandang ringan jenayah tersebut. Tindakan-tindakan segera dan berkesan perlu diatur bagi membendung masyarakat daripada terus dihantui kes jenayah tembak. Tahun lepas sebanyak 68 kes pembunuhan menggunakan senjata api direkodkan dengan 15 kes berlaku di Selangor dan 11 kes di Sarawak.

Tumpuan perlulah diberikan kepada soal memastikan senjata api tidak mudah dimiliki secara tidak sah. Ia bermakna usaha perlu ditingkatkan dalam menyekat penyeludupan masuk senjata api.

Kerjasama pelbagai pihak dan agensi penguatkuasaan seperti PDRM, Kastam dan Agensi Penguatkuasaan Maritim perlu diperhebatkan lagi dalam menangani isu penyeludupan senjata api sama ada menerusi sempadan darat atau lautan. Lorong-lorong tikus misalnya perlu ditutup.

Soal pembanterasan jenayah, seperti yang diberi tumpuan oleh PDRM sekarang, perlu juga diperhebatkan. Tumpuan juga perlu diberikan kepada pembanterasan jenayah yang membabitkan senjata api.

Ops Laras dan Ops Api yang dilancarkan oleh PDRM adalah jelas menunjukkan kepekaan pihak berkuasa terhadap jenayah yang membabitkan penggunaan senjata api. PDRM menerusi Ops Laras memberi tumpuan kepada usaha membanteras aktiviti penyeludupan senjata api manakala Ops Api memberi tumpuan kepada penghapusan jenayah melibatkan penggunaan senjata api.

Awang yakin usaha dan tumpan pihak berkuasa dalam kes-kes pemilikan senjata api secara haram dan jenayah menggunakan senjata api akan memberi kesan terbaik.

AWANG - Yakin.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved