Isnin, 8 Julai 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Isu pertukaran guru: Diselesai cara baik - Menteri

Posted: 08 Jul 2013 03:20 AM PDT

PUTRAJAYA 8 Julai - Kementerian Pendidikan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyelesaikan isu permohonan pertukaran guru sekolah, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, kementerian memandang serius isu berkenaan dan cuba menyelesaikannya dengan cara terbaik.

"Kementerian telah mengadakan satu jawatankuasa untuk menyiasat, menambah baik dan memastikan perkara ini diselesaikan dengan baik. Kita cuba cari cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pra pelancaran kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) ke-5, 2013 di sini hari ini.

Menurutnya, masalah itu berlarutan kerana permohonan pertukaran guru-guru mencecah sehingga 16,000 setahun sedangkan kekosongannya hanya setakat 2,000 hingga 3,000 tempat sahaja.

Menyentuh, keselamatan pelajar Malaysia di Mesir, beliau berkata, mereka dalam keadaan selamat dan setakat ini masih belum ada keperluan membawa mereka pulang ke tanah air.

"Kerajaan belum buat keputusan sama ada mereka perlu balik atau tidak," katanya.

"Kita masih mendapat berita mengatakan keadaan tidak begitu tegang sangat.

"Kalau pelajar-pelajar kita tak keluar, duduk dalam keadaan selamat, mereka masih selamat," katanya. - BERNAMA

Raja Nazrin pertahan Utusan, disifatkan tidak rasis

Posted: 08 Jul 2013 03:01 AM PDT

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR

RAJA Dr. Nazrin Shah menyampaikan ucaptama bertajuk Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 : Permuafakatan dan Perpaduan Nasional pada Majlis Syarahan Angkatan Tentera di Wisma Perwira, Kementah di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/MOHD. NOOR MAT AMIN

RAJA Dr. Nazrin Shah diiringi Zulkifeli Mohd. Zin (kanan), Dr. Ahmad Zahid Hamidi (dua dari kanan) dan Hishamuddin Tun Hussein (kiri) ke Majlis Syarahan Angkatan Tentera di Wisma Perwira, Kementah di Kuala Lumpur hari ini. Baginda menyampaikan ucaptama bertajuk Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13: Permuafakatan dan Perpaduan Nasional.

KUALA LUMPUR 8 Julai - Di sebalik kritikan pelbagai pihak terutama para pemimpin pembangkang terhadap Utusan Malaysia, Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mempertahan akhbar itu yang disifatkan baginda tidak mengamalkan diskriminasi kaum.

Dengan mengambil contoh tulisan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan melalui kolum Cuit baru-baru ini, baginda bertitah, kupasan Zaini mengenai situasi seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama Melissa Gooi yang ditahan polis membuktikan akhbar itu membela wanita berketurunan Cina tersebut.

Titahnya, tulisan Zaini yang diterbitkan Utusan Malaysia pada 5 Jun lalu bertajuk Salahkah Melissa Gooi? Ajarlah Asas Perlembagaan di sekolah meningkatkan keyakinan baginda majoriti rakyat negara ini tidak bersifat perkauman sebaliknya insan berjiwa rasional dan berfikiran waras.

Malah, baginda turut memuji Zaini yang disifatkan berjiwa besar dan contoh semangat seorang 'Malaysian' yang secara tegas melahirkan pandangan kritis atas prinsip kebenaran meskipun percaya Zaini tidak mengenali Melissa Gooi.

"Beta tidak kenal Zaini Hassan secara peribadi tetapi mengikuti rencana tulisan beliau, Melissa Gooi adalah rakyat Malaysia berketurunan Cina sementara Zaini, wartawan kanan, bukan sahaja berketurunan Melayu, berwajah Melayu, berdarah Melayu, malah bertugas dengan akhbar Utusan Malaysia yang dilabel setengah pihak sebagai akhbar yang meniup api perkauman.

"Apa jua jenama negatif yang dilabelkan terhadap Utusan Malaysia, akhbar tersebut tidak melakukan diskriminasi untuk tidak menyiarkan rencana yang bernada membela situasi seorang anak gadis keturunan Cina," titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam majlis Syarahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2013 bertajuk Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13: Permuafakatan dan Perpaduan Nasional di Wisma Perwira ATM, Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Yang hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Panglima ATM, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad. - UTUSAN ONLINE

Ambil tindakan pusat urut kaki berleluasa di Selangor

Posted: 08 Jul 2013 02:19 AM PDT

SHAH ALAM 8 Julai - Kerajaan Selangor hari ini digesa mengambil tindakan menyeluruh dan bersepadu terhadap kewujudan pusat urut kaki yang semakin bercambah kerana dikhuatiri boleh menganggu sistem ekonomi masyarakat luar bandar di negeri itu.

Budiman Mohd. Zohdi (BN-Sungai Panjang) mendakwa, pertambahan pusat-pusat urut itu dalam tempoh lima tahun pemerintahan kerajaan pakatan pimpinan PKR di Selangor juga menyebabkan masyarakat luar bandar, terutama di Sekinchan, Sabak Bernam dan Tanjong Karang dilihat mengalami kejutan budaya.

"Selain kewujudan pusat itu, turut menyumbang kepada kejutan itu ialah pertambahan 'tukang urut kaki' warga asing dari Vietnam, Thailand dan China yang mana kesemuanya tidak memberi manfaat kepada pembangunan sosio-ekonomi luar bandar di negeri ini.

"Saya berikan contoh di kawasan Sekinchan, dahulu saya difahamkan ada 10 buah (pusat urut kaki), sekarang ini ia bertambah kepada 17 buah. Mengapa perkara ini terjadi... Apakah tumpuan sebenar kerajaan negeri dalam membangunkan sosio-ekonomi kawasan luar bandar?" soalnya.

Budiman berkata demikian ketika membahaskan usul mengenai pembangunan infrastruktur dan ekonomi luar bandar di bawah semangat 'Go Rural' pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini.

Dakwa beliau, pertambahan pusat urut kaki itu turut mendorong kepada kewujudan pusat judi siber di kawasan yang sama.

"Saya tidak mahu masyarakat luar bandar dari golongan nelayan dan petani terpengaruh dengan perkembangan sebegini yang mana akhirnya mereka membuang duit (pendapatan) di pusat-pusat ini," tegasnya. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved