Jumaat, 15 Julai 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Ayuh! Sokong Harimau Malaya

Posted:

Ayuh! Sokong Harimau Malaya

Ayuh! Sokong Harimau Malaya

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


SAFEE Sali (kanan) mengetuai latihan skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. - utusan/AHMAD ZAKKI JILAN


KUALA LUMPUR - Jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mengharapkan 'pemain ke-12' mampu membantunya pada aksi persahabatan menentang pasukan Liga Perdana England (EPL), Liverpool di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Menurut Rajagobal, pada masa yang sangat genting ini penyokong-penyokong harus memainkan peranan untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada skuad Harimau Malaya.

"Saya tidak faham mengapa dalam keadaan seperti ini sebahagian daripada mereka tidak memberi sokongan kepada skuad kebangsaan, mereka harus bertindak bijak tidak boleh membandingkan antara Malaysia dan pasukan EPL," katanya ketika ditemui media selepas latihan skuad kebangsaan di Stadium Nasional, semalam.

Jelas beliau, sokongan padu penyokong tempatan setidak-tidaknya mampu untuk memberikan kesan positif kepada pemain Malaysia, malah ada di antara orang luar yang memuji aksi skuad kebangsaan.

"Kita lihat komen yang diberikan oleh pemain Arsenal, Bacary Sagna sebelum ini apabila dia memuji skuad kebangsaan yang sukar untuk dibolosi pada separuh masa pertama. Cuma sepakan penalti yang sedikit mengubah rentak permainan negara.

"Saya harap semua penyokong tempatan faham walau macam mana sekali pun Malaysia tetap negara mereka, saya tidak cakap semua penyokong seperti itu hanya sebahagian daripada mereka sahaja," katanya.

Rajagobal merayu bahawa hanya untuk satu hari ini sahaja penyokong setia Liverpool di Malaysia perlu memberi sokongan kepada skuad kebangsaan dan memakai jersi kedua kebangsaan berwarna biru.

Dalam perkembangan sama, Rajagobal berkata, beliau amat gembira dengan perkembangan Safee Sali yang semakin pulih dari kecederaannya dan harap pemain itu sembuh 100 peratus menjelang pertemuan dengan Singapura dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 pusingan kedua 23 dan 28 Julai ini.

"Saya gembira dengan perkembangannya, bagaimanapun ia masih menjadi tanda tanya sama ada dia akan diturunkan esok (hari ini), kerana semua orang sedar masalah Malaysia sekarang ini adalah di bahagian serangan.

"Kita kena cuba sekarang ini membina kekuatan di bahagian tersebut melalui pemain tengah, saya harap semua faham dengan keadaan ini," katanya yang besar kemungkinan akan menggandingkan Abd. Hadi Yahya dan Ahmad Fakri Saarani di bahagian serangan menentang Liverpool hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tunggu 'amukan' Kunanlan

Posted:

Tunggu 'amukan' Kunanlan

Tunggu 'amukan' Kunanlan

KUALA LUMPUR - Selepas mendapat pujian dalam perlawanan menentang Arsenal, Rabu lalu pemain sayap kiri Malaysia, S. Kunanlan berharap dapat mengekalkan aksi konsisten menjelang perlawanan dengan Liverpool hari ini.

Kunanlan yang bermain bersama Negeri Sembilan dalam saingan Liga Malaysia sudah bersedia untuk mempertingkatkan permainannya bertemu Reds di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Saya akui memang Liverpool mempunyai kelebihan fizikal dan sukar untuk pemain Malaysia mendapat ruang yang mudah bertemu mereka tetapi saya berharap dapat boleh mempertingkatkan permainan," katanya selepas menamatkan sesi latihan, semalam.

Jelasnya, pemain Liverpool serta pemain Liga Perdana England (EPL) adalah bertaraf dunia jadi dia tidak hairan jika media lebih memberi tumpuan kepada mereka.

"Saya harap ia tidak akan mengganggu persembahan saya, sebaik sahaja turun di atas padang saya dapat beraksi dengan baik dan mengekalkan konsisten seperti mana bertemu Arsenal sebelum ini.

"Saya harap semua pemain dapat memainkan peranan masing-masing, saya akui saya tidak gementar untuk berdepan mereka dan harap dapat banyak belajar," kata pemain berusia 26 tahun itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


5 lelaki Amerika Latin ditahan

Posted:

5 lelaki Amerika Latin ditahan

5 lelaki Amerika Latin ditahan

Oleh AINUDDIN ALIFF SALEHUDENainuddin.salehuden@utusan.com.my

SHAH ALAM 15 Julai - Polis menahan lima lelaki Amerika Latin yang dipercayai terlibat dalam dua kes curi berlian dan barangan kemas bernilai RM1.66 juta di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada Isnin lalu.

Mangsa dalam dua kes itu ialah enam lelaki dari Hong Kong yang merupakan pemilik barangan kemas dan berlian. Mereka dikatakan baru selesai menyertai pameran di Kuala Lumpur pada 7 hingga 10 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah (gambar) berkata, kes pertama berlaku pada Isnin lalu ketika empat lelaki pemilik barangan berharga itu sedang menunggu untuk pulang ke negara mereka kira-kira pukul 8 pagi.

Menurutnya, tiga daripada lelaki itu masuk ke dalam tandas manakala seorang rakan mereka menunggu di luar bersama tiga buah beg mengandungi barangan kemas dan berlian bernilai RM257,040 yang diletakkan di atas sebuah troli.

"Tiba-tiba datang seorang lelaki Amerika Latin menepuk bahu mangsa dan berpura-pura bertanyakan sesuatu. Beberapa saat kemudian, mangsa yang tidak faham dengan pertanyaan itu mendapati dua beg di atas troli telah hilang," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Mohd. Adnan berkata, kes kedua pula berlaku kira-kira pukul 8.45 pagi hari yang sama membabitkan seorang lelaki juga dari Hong Kong yang menunggu rakannya yang memesan makanan di sebuah restoran makanan segera di Balai Berlepas KLIA.

Beliau berkata, mangsa yang sedang duduk di restoran meletakkan dua bagasi berisi barangan kemas dan berlian bernilai RM1.4 juta di sebelah kirinya apabila secara tiba-tiba ditegur seorang wanita Amerika Latin menggunakan modus operandi yang sama dengan kes pertama.

Katanya, selang beberapa minit selepas wanita itu berlalu mangsa tersedar satu daripada bagasinya telah ditukar dengan beg lain yang mengandungi beberapa helai pakaian dan rambut palsu.

"Sebaik sahaja menerima laporan daripada kesemua mangsa, gerakan terus dijalankan dan polis berjaya menahan lima lelaki dipercayai suspek bagi kedua-dua kes terbabit," katanya.

Mohd. Adnan berkata tangkapan pertama dilakukan Selasa lalu kira-kira pukul 6.20 petang di hadapan sebuah pasar raya di Petaling Jaya membabitkan empat lelaki Amerika Latin berusia antara 25 dan 50 tahun yang menaiki kereta sewa.

Kelmarin, kata beliau, polis menahan seorang lelaki juga warga Amerika Latin berusia 32 tahun kira-kira pukul 12.30 tengah malam di sebuah restoran di Sunway.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut terhadap kesemua suspek dan beberapa lagi rakan mereka yang dipercayai terlibat dalam kes ini masih diburu. Sehingga kini polis belum menemui barangan curi terbabit," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sindiket palsu daftar PATI bawah Program 6P dikesan

Posted:

Sindiket palsu daftar PATI bawah Program 6P dikesan

Sindiket palsu daftar PATI bawah Program 6P dikesan

SEREMBAN 15 Julai - Syarikat yang tidak dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menguruskan pendaftaran dalam Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P kini dilaporkan cuba mengaut keuntungan daripada pendatang asing terbabit.

Sindiket berkenaan dikatakan membuat tawaran palsu kepada PATI kononnya mereka boleh menguruskan pendaftaran berkenaan, selain menjanjikan peluang pekerjaan di negara ini dengan gaji yang lebih lumayan.

Sumber Jabatan Imigresen negeri memberitahu, pihaknya sedang memantau penipuan ini melalui kain rentang yang digantung di beberapa lokasi di negeri ini.

"Sindiket ini dikesan menawarkan perkara yang tidak wujud melalui Program 6P ini," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia hari ini.

Program 6P ditangguhkan sementara bagi pelaksanaan Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing sebelum ia dimulakan pada 1 Ogos depan.

Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing dilaksanakan dahulu bagi menangani isu berhubung tindakan pekerja asing sah yang merancang melarikan diri daripada majikan asal untuk menyertai Program 6P.

Menurut sumber itu, sindiket ini cuba memancing pekerja sah dan tidak sah di kilang berskala kecil atau mana-mana sektor perkhidmatan kononnya mereka merupakan wakil yang telah dilantik oleh KDN untuk tujuan berkenaan.

"Lebih malang, sindiket ini memujuk pekerja kilang yang sah supaya membuang pasport mereka, melarikan diri dan didaftarkan di bawah Program 6P," katanya.

Difahamkan, sindiket ini menawarkan perkhidmatan sehingga RM500 ke RM1,500 untuk mendaftar seorang PATI.

Sementara itu, Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman ketika ditemui hari ini mengesahkan wujudnya syarikat yang tidak bertanggungjawab itu dan pihaknya kini memantau perkembangan itu dengan serius.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Pengembaraan zaman dahulu

Posted:

Pengembaraan zaman dahulu

Pengembaraan zaman dahulu

rekreasi@utusan.com.my.
Gambar HAYAT SUEET


HARIS menunjukkan hasil ilustrasi watak yang digunakan dalam siri kartun Upin dan Ipin.


Walaupun demikian, haiwan tersebut kini telah pupus dan hanya boleh dibuktikan secara saintifik berdasarkan kesan tapak kaki dan fosil-fosil tulang dinosaur.

Minggu ini, S3 bertemu dengan Ketua Pelukis Konsep Animasi, Mohd. Haris Amran, 27, di Les' Copaque Production Sdn. Bhd., Jalan Boling Padang, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Selepas kejayaan yang telah diraih oleh filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula dan siri kartun Upin dan Ipin; Les' Copaque kembali lagi dengan siri terbaru, Pada Zaman Dahulu.

Siri kartun tersebut mengisahkan mengenai kehidupan pelbagai watak dinosaur yang dihidupkan kembali dalam bentuk animasi.

Bagaimanapun, siri tersebut masih lagi dalam proses pembikinan dan bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Mohd. Haris berkata, kebanyakan idea untuk menghasilkan konsep rekaan animasi Pada Zaman Dahulu itu didapati ketika berada di Zoo Negara.

"Ketika berada di Zoo Negara, saya mendapat ilham untuk menghasilkan sebuah cerita berdasarkan latarbelakang zaman dahulu ketika meneliti pergerakan haiwan-haiwan yang terdapat di sana dan saya ambil gambar untuk dijadikan sebagai bahan rujukan ketika menghasilkan imej lakaran haiwan zaman batu," jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, setiap episod yang dihasilkan itu mengambil masa selama dua hingga tiga minggu untuk menyiapkan proses penghasilan animasi.

"Setakat ini, kami telah berjaya siapkan sehingga empat episod. Proses animasi ini tidak semudah melukis, sebab itu ia mengambil masa yang agak panjang untuk menghasilkannya.

"Biasanya proses tersebut mengambil beberapa langkah penghasilan yang penting seperti selepas saya mendapat skrip, saya akan lakukan kerja-kerja menghasilkan konsep watak-watak berdasarkan skrip tersebut," katanya.

Bercerita mengenai pembabitan beliau dalam industri animasi, Mohd. Haris mula menceburi bidang itu sejak tiga tahun lepas.

Katanya, sejak dari kecil beliau meminati siri kartun animasi dan secara tidak langsung beliau bercita-cita untuk bekerja di dalam bidang tersebut.

Selepas menamatkan pengajian dalam bidang Seni Lukis Grafik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau diterima untuk berkhidmat di bawah Les' Copaque Production.

Dari situ, beliau semakin berminat untuk mendalami bidang animasi.

"Saya minat melukis sejak dari kecil. Bagi saya melukis dan rekaan visual animasi memberikan gambaran yang sama dalam menyampaikan perasaan ataupun emosi yang ditimbulkan.

"Lukisan boleh berdiri dengan sendiri dalam menyampaikan mesejnya sebaliknya visual animasi memerlukan kemahiran tertentu untuk menghasilkan sesebuah cerita," jelasnya.

Menurutnya, cara untuk menghasilkan konsep animasi terpulang kepada individu itu sendiri dan baginya beliau lebih gemar menggunakan perisian komputer untuk memudahkan kerja-kerja hariannya.

"Bantuan perisian komputer memudahkan kerja saya kerana ia lebih cepat dan bersih dan ia tidak hadkan asalkan ia mudah difahami dan diterima ramai," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Bersih, pembangkang langgar hak asasi majoriti rakyat

Posted:

Bersih, pembangkang langgar hak asasi majoriti rakyat

Bersih, pembangkang langgar hak asasi majoriti rakyat

SHAH ALAM 15 Julai - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) menyelar pembangkang yang cuba berselindung di sebalik hak asasi manusia untuk memburuk-burukkan imej polis dalam menguatkuasakan undang-undang termasuk menahan penyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Sabtu lalu.

Naib Pengerusi MAYC, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan itu tidak bertanggungjawab kerana mempergunakan hak asasi manusia untuk 'menghalalkan' perbuatan mereka melanggar undang-undang dan mencetuskan kekacauan.

Katanya, sekiranya pihak pembangkang sama ada PKR, DAP atau Pas mahu membicarakan soal hak asasi manusia, mereka seharusnya melihat secara menyeluruh terutamanya kepada majoriti rakyat yang menentang perhimpunan Bersih itu.

"Mereka (pembangkang) mempersoalkan tindakan polis terhadap penyokong Bersih atas nama hak asasi manusia. Bagaimana pula dengan majoriti rakyat yang menentang perhimpunan haram itu, apakah mereka tidak mempunyai hak asasi?

"Majoriti rakyat yang menentang perhimpunan Bersih juga mempunyai hak asasi mereka sendiri untuk bergerak bebas, hak untuk hidup dalam aman tanpa kekacauan dan sebagainya.

"Jika demikian, saya melihat Bersih dan para pemimpin pakatan pembangkang sebenarnya telah melanggar hak asasi majoriti rakyat negara ini apabila menganjur serta menyertai perhimpunan haram berkenaan dengan niat untuk mencetuskan huru-hara dan kekacauan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 10 Julai lalu, Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga dalam satu kenyataan disiarkan sebuah portal berita mengkritik tindakan polis yang didakwanya bertindak kasar ketika menyuraikan perhimpunan haram itu dan meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengadakan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Mengulas perkara tersebut, Budiman juga meminta Suhakam agar mengadakan siasatan terhadap pencabulan yang dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu selain pemimpin pakatan pembangkang terhadap hak asasi majoriti rakyat yang tidak menyokong Bersih tetapi menerima kesan akibat penganjuran perhimpunan haram yang diadakan Sabtu lalu.

Katanya, sebagai sebuah suruhanjaya, Suhakam perlu bersikap bebas dalam soal menegakkan hak asasi manusia di negara ini dan tidak hanya menumpukan kepada dakwaan yang dibuat oleh penganjur dan penyokong Bersih semata-mata.

"Saya ambil contoh, berapa banyak hak asasi majoriti rakyat yang tidak menyokong Bersih ini dicabuli akibat tindakan Bersih dan para pemimpin pakatan pembangkang yang mengadakan perhimpunan haram jalanan di ibu kota. Perkara ini perlu diteliti oleh Suhakam," ujarnya.

Mengulas dakwaan kononnya polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam Hospital Tung Shin, kata Budiman, pihak pengurusan hospital sendiri telah menafikan dakwaan itu.

Bagaimanapun, beliau menyarankan supaya Suhakam menyiasat apakah niat dan tujuan sebenar penyokong Bersih berada di pekarangan hospital berkenaan ketika hari perhimpunan haram tersebut berlangsung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemuda UMNO jumpa SPR

Posted:

Pemuda UMNO jumpa SPR

Pemuda UMNO jumpa SPR

KUANTAN 15 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu depan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai sistem pilihan raya di negara ini.

"Pertemuan itu akan membincangkan beberapa perkara bagi melakukan penambahbaikan dalam sistem pilihan raya yang dilaksanakan SPR," kata ketuanya, Khairy Jamaluddin, kepada pemberita selepas melawat Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Menurut Khairy, Pemuda UMNO akan mengemukakan beberapa cadangan supaya perjalanan pilihan raya lebih sistematik dan berkesan.

''Kita akan mengemukakan beberapa isu termasuk mengenai peti undi yang dipindahkan dari satu kawasan ke kawasan lain untuk menambah bilangan undi sebagaimana dikatakan berlaku pada pilihan raya lalu," katanya.

Beliau berkata, segala maklumat yang diberikan oleh SPR akan disampaikan kepada ahli Pemuda UMNO supaya mereka mendapat gambaran jelas mengenai perjalanan sistem pilihan raya yang dilaksanakan ketika ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, tindakan penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan haram Sabtu lalu jika dibiarkan boleh menjejaskan ketenteraman negara.

''Tindakan penganjur Bersih itu tidak perlu kerana SPR selama ini sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengadakan perbincangan berkaitan sistem pilihan raya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Bukan dibunuh, bukan bunuh diri

Posted:

Bukan dibunuh, bukan bunuh diri

Bukan dibunuh, bukan bunuh diri

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com

KUALA LUMPUR 15 Julai - Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed didakwa tidak membunuh diri dan tidak dibunuh, sebaliknya terjatuh ketika hendak keluar secara senyap menerusi tingkap di tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan.

Itulah kesimpulan yang dibuat oleh pegawai penyiasat tempat kejadian jenayah (CSI), Deputi Supritendan Polis (DSP) Sharul Othman Mansor berhubung misteri kematian Ahmad Sarbaini di pejabat SPRM yang terletak di Jalan Cochrane di sini pada 6 April lalu.

Saksi dari Makmal Forensik Bukit Aman itu dipanggil semula ke Mahkamah Koroner hari ini bagi mendapatkan keterangan berhubung penemuan siasatannya.

Menurut Sharul, tiada sebarang pergelutan berlaku sebelum Ahmad Sarbaini terjatuh, kerana melalui pemeriksaan kasar, tiada kecederaan ditemui pada mayatnya, hanya luka kecil di dahi dan banyak darah keluar dari hidung serta telinga lelaki itu.

''Jika ada pergelutan, tanda kotoran di pantri mungkin lebih banyak seperti cap jari, tapak kasut, kesan koyakan pada baju atau butang tercabut.

''Saya bersetuju jam yang dipakai Ahmad Sarbaini tercabut adalah perkara biasa bagi orang yang mati akibat jatuh dari tempat tinggi,'' katanya ketika disoal oleh peguam yang mewakili SPRM, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Saksi itu yang kerap mengendalikan kes mangsa jatuh dari tempat tinggi juga percaya, Ahmad Sarbaini keluar dari tingkap secara senyap dan perlahan-lahan kerana tidak mahu diketahui oleh sesiapa.

''Saya percaya dia tidak keluar dalam keadaan tergesa-gesa, tingkap di sebelah kiri dipilih kerana ia paling dekat dengan bumbung dan sinki di sebelah tingkap itu diperlukan sebagai tempat bertenggek.

''Saya bersetuju berdasarkan saiz badan Allahyarham, dia boleh keluar menerusi tingkap tersebut dan tingkap paling kiri dipilih kerana ia paling hampir dengan bumbung,'' katanya lagi.

Menurutnya, pendapat itu diberikannya berikutan kedudukan mayat di gelanggang badminton dengan bucu tingkap di Aras 3 bangunan itu lebih kurang satu meter.

Prosiding inkues menyiasat punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor yang meninggal dunia di gelanggang badminton di pejabat SPRM itu masuk hari ke-10 hari ini.

Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan peguam tersebut bahawa secara menyeluruh, cara Ahmad Sarbaini jatuh adalah konsisten dengan jatuhnya seseorang dari tempat yang tinggi.

Peguam yang mewakili keluarga lelaki itu, Awtar Singh pula mempersoalkan sekiranya Ahmad Sarbaini jatuh dengan kakinya dahulu, sepatutnya mayatnya terlentang dan bukan tertiarap seperti kejadian itu.

Menurut Sharul, dia percaya sebelum terjatuh, badan Ahmad Sarbaini menghadap ke pantri, kemudian jatuh dengan kaki dahulu dan seterusnya terhempap ke depan.

Katanya lagi, kesan putih di kepala tali pinggang Ahmad Sarbaini adalah sama dengan kesan cat di kaki lima tingkap di Aras 3 yang berukuran empat sentimeter.

Ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Rashid mengenai sarung telefon bimbit di pinggang seluar Ahmad Sarbaini yang tiada kesan putih, Sharul menjelaskan, ia dipakai di sebelah kiri pinggang dan bukannya di hadapan seperti kedudukan kepala tali pinggangnya.

Terdahulu, Ketua unit Alkohol dan Toksikologi Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Sukri Hassan mengesahkan tiada kandungan dadah, racun atau racun perosak ditemui di dalam usus perut lelaki tersebut.

Setakat 10 hari prosiding inkues itu berjalan sejak 4 Julai lalu, 27 saksi telah selesai memberikan keterangan.

Prosiding di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani bersambung 2 Ogos ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Raja Azmi janji akan lebih berhati-hati

Posted:

Raja Azmi janji akan lebih berhati-hati

Raja Azmi janji akan lebih berhati-hati

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Julai - Penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman, 52, yang ditahan kali kedua berjanji akan lebih berhati-hati pada masa akan datang agar kejadian serupa tidak berulang lagi.

Raja Azmi yang ditahan semalam kerana gagal menghadirkan diri dalam perbicaraan di mahkamah berkata, beliau serik dengan kejadian itu dan akan lebih serius dengan setiap arahan yang dikeluarkan oleh mahkamah.

"Kak Mi tidak tahu nak cakap apa lagi. Bukan Kak Mi sengaja buat hal, apa yang berlaku adalah kesilapan teknikal. Sijil cuti sakit (MC) telah diserah awal cuma tidak sampai ke tangan hakim.

"Lain kali, kalau terpaksa merangkak sekalipun Kak Mi akan pergi juga (ke mahkamah) kerana Kak Mi tidak mahu kejadian ditangkap berulang lagi," katanya yang membahasakan dirinya Kak Mi ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagaimanapun penerbit filem '...Dalam Botol' itu berkata, beliau tidak malu untuk berhadapan dengan orang ramai walaupun ditangkap lagi kerana gagal hadir perbicaraan.

Beliau yang membayar wang jaminan sebanyak RM30,000 dengan dua penjamin selepas ditangkap semalam di kediamannya di Ukay Perdana, Hulu Kelang dekat sini berkata, setiap yang berlaku ada hikmah.

Kali pertama Raja Azmi ditangkap pada 19 Ogos tahun lalu di Balai Polis Pandan Indah, Ampang Jaya selepas beberapa kali tidak hadir ke perbicaraan membabitkan dirinya, suami, Jalani Sidek dan syarikat mereka, Equal Alliance Sdn. Bhd.

Katanya, setiap apa yang berlaku semuanya ada hikmah dan beliau beruntung kerana sentiasa mendapat sokongan keluarga dan suami tercinta yang sentiasa berada di sisinya.

"Alhamdulillah, setakat ini keluarga sentiasa menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada Kak Mi kerana mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Orang luar boleh membuat pelbagai anggapan tapi Kak Mi tidak kesal kerana ini jalan hidup yang Kak Mi pilih, sebagai orang seni. Jadi Kak Mi sedia maklum setiap apa yang berlaku akan menjadi perbualan umum," katanya tenang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bongkar keburukan pembangkang

Posted:

Bongkar keburukan pembangkang

Bongkar keburukan pembangkang

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


ADNAN Yaakob mencatat masalah yang diceritakan oleh salah seorang penduduk DUN Pelangai di Dewan Komuniti Kampung Baris, Simpang Pelangai, Bentong, kelmarin. - UTUSAN/ALI MAHMOOD


BENTONG 15 Julai - UMNO Pahang akan membongkar dan mendedahkan segala keburukan pembangkang kepada rakyat dalam siri turun padang parti itu ke seluruh negeri ini tidak lama lagi.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, UMNO sedang mengumpul pelbagai maklumat untuk didedahkan supaya rakyat mengetahui dan menilai keburukan pembangkang.

Tegasnya, parti itu tidak gentar menghadapi saman di mahkamah kerana pendedahan yang bakal dilakukan bukan fitnah terhadap pemimpin pembangkang.

"UMNO tidak lagi boleh berdiam diri terhadap tuduhan dan fitnah pembangkang selama ini, malah ia perlu dijawab serta didedahkan segala keburukan dan kepincangan supaya rakyat mengetahui siapa sebenarnya pembangkang.

"Kalau berdiam diri, kita bimbang rakyat terpengaruh dan mempercayai fitnah tersebut serta melalui pendedahan itu, rakyat menilai sendiri kedudukan pemimpin pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 900 orang kurang berkemampuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sempena program Ihya Ramadan di Dewan Komuniti Kampung Baris, Simpang Pelangai dekat sini, semalam.

Adnan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berkata, pihaknya mempunyai anggota yang ramai termasuk pakar politik, pensyarah dan undang-undang bagi mendedahkan keburukan pembangkang.

Katanya, antara fitnah yang dilemparkan pembangkang ialah kerajaan negeri bankrap.

"Jika bankrap sudah tentu kerajaan negeri tidak lagi melaksanakan pembangunan untuk rakyat termasuk pemberian pelbagai bantuan kepada golongan sasaran seperti orang miskin dan pelajar.

"Kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang membelanjakan RM60 juta setahun bagi dana kemiskinan dan pelajaran yang memberi manfaat kepada ribuan golongan sasar," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

JAIP latih Orang Asli jadi imam

Posted:

JAIP latih Orang Asli jadi imam

JAIP latih Orang Asli jadi imam


Seramai 18 peserta Orang Asli yang berjaya mengikuti program Imam Muda saudara baru di Kuantan, kelmarin. - BERNAMA


KUANTAN 15 Julai - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memperkenalkan program Imam Mudanya sendiri bagi melatih masyarakat Orang Asli menjadi imam di kawasan mereka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP, Sharafuddin Aisa Othman berkata, program dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) itu bertujuan melengkap dan mengukuhkan ilmu mengenai Islam kepada peserta yang terpilih bagi membolehkan mereka menjadi seorang imam.

"Program ini lebih kepada pengukuhan ilmu supaya mereka lebih faham dan berkeyakinan untuk menjadi imam selain dapat melaksanakan dakwah di tempat masing-masing," katanya ketika berucap pada majlis penutup program Imam Muda di sini, semalam.

Seramai 18 peserta berusia 10 hingga 61 tahun menyertai program selama tiga hari tersebut sebelum mereka yang dikenalpasti akan diberikan latihan lanjut bagi ditauliahkan sebagai imam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

86 kedai makan sertai Menu Rakyat 1Malaysia

Posted:

86 kedai makan sertai Menu Rakyat 1Malaysia

86 kedai makan sertai Menu Rakyat 1Malaysia

KUANTAN 15 Julai - Sebanyak 86 premis makanan di negeri ini mengambil bahagian dalam program menu Rakyat 1Malaysia anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang bermula semalam.

Dengan harga serendah RM2, orang ramai berpeluang menikmati sarapan pagi iaitu mihun goreng dan secawan teh di premis terbabit.

Orang ramai juga dapat menikmati makanan tengah hari dengan harga RM4 meliputi nasi, ikan, sayur dan sirap atau teh O ais.

Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Alwi Abdul Hamid berkata, premis-premis yang terlibat dalam program itu ialah 43 buah di Kuantan, masing-masing 13 di Temerloh dan Jerantut, Raub (lapan), Rompin (lima) dan Bera (empat).

Menurutnya, pakej itu diperkenalkan sebagai salah satu langkah meringankan perbelanjaan harian orang ramai.

"Ini sebagai tanggungjawab sosial pengusaha kedai makan terhadap pelanggan dan program ini terbuka kepada semua pengusaha makanan yang berminat.

"Selain pengumuman di laman web kita, pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai program dan premis yang terbabit menerusi pengedaran risalah," katanya kepada pemberita selepas perasmian program itu di medan selera Pasar Besar Kuantan di sini, semalam.

Sebanyak sembilan premis makanan di medan selera tersebut menyertai program menu Rakyat 1Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Minta PBB naik taraf Palestin

Posted:

Minta PBB naik taraf Palestin

Minta PBB naik taraf Palestin

RAMALLAH 15 Julai - Liga Arab akan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menaikkan taraf Palestin sebagai anggota penuh badan dunia itu.

Rancangan Liga Arab itu dinyatakan dalam satu draf kenyataan yang dihasilkan pada mesyuarat liga itu di Qatar, semalam.

"Keputusan diambil untuk memohon PBB mengiktiraf negara Palestin dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara dan menaikkan tarafnya sebagai anggota penuh," menurut kenyataan itu yang diterima oleh Reuters.

Kenyataan itu tidak memberikan tarikh untuk berbuat demikian tetapi pegawai Palestin sebelum ini berkata, mereka mahu permohonan dibuat sebelum Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada September ini.

Menurut seorang anggota delegasi Palestin, Liga Arab telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menetapkan tarikh untuk berbuat demikian.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam ucapannya lewat semalam mengecam langkah unilateral itu.

Status anggota penuh dalam PBB akan memerlukan kelulusan Majlis Keselamatan, di mana sekutu rapat Israel, Amerika Syarikat (AS) awal- awal lagi sudah menyatakan akan menggunakan kuasa vetonya untuk menolak resolusi itu.

Palestin yang buat masa ini yang mempunyai status sebagai 'pemerhati' dalam PBB telah bertekad untuk meminta badan dunia itu pada September ini mengiktiraf kedaulatan mereka di wilayah yang meliputi Genting Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Langkah itu semakin mendapat momentum disebabkan ketiadaan kemajuan dalam rundingan damai Israel-Palestin dan Liga Arab dengan rasmi menyokong rancangan tersebut pada Mei lepas.

Penganalisis Palestin, Talal Okal berkata, Liga Arab dan Palestin menyedari halangan yang mereka hadapi, termasuk veto AS, tetapi tetap memilih untuk meneruskan rancangan itu kerana dengan pembekuan rundingan damai, mereka tidak nampak sebarang penyelesaian diplomatik yang lain. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Israel bedil Gaza, 4 penduduk Palestin cedera

Posted:

Israel bedil Gaza, 4 penduduk Palestin cedera

Israel bedil Gaza, 4 penduduk Palestin cedera


Penduduk Palestin memerhati sebuah jentolak membersihkan runtuhan bangunan dekat sebuah terowong yang rosak selepas terkena bedilan jet pejuang Israel di Rafah, selatan Genting Gaza, kelmarin. - REUTERS


GAZA CITY 15 Julai - Jet pejuang Israel menyerang Genting Gaza lewat petang semalam sebanyak tiga kali mengakibatkan sekurang-kurangnya empat penduduk Palestin cedera.

Serangan itu merupakan lanjutan serangan yang telah tercetus sejak beberapa hari lalu.

Pegawai keselamatan dan saksi menyatakan jet Israel membedil tiga lokasi; dua di Gaza City dan yang ketiga di Khan Younis jauh di selatan.

Israel mendakwa kawasan-kawasan tersebut digunakan oleh Hamas dan kumpulan militan Palestin.

Sementara itu, pejuang Palestin melancarkan lima roket ke selatan Israel dari Gaza.

Malam Rabu lalu, jet pejuang Israel menyerang tiga terowong, dua daripadanya didakwa digunakan untuk menyeludup barangan ke selatan Gaza dan sebuah lagi digunakan untuk aktiviti pengganas di utara Palestin.

"Terowong-terowong itu menjadi sasaran Israel sebagai tindakan balas ekoran serangan roket Palestin di selatan Israel sebelum itu," kata tentera Israel.

Pegawai perubatan di Palestin melaporkan lima orang cedera dalam serangan tersebut dan dua lagi dilaporkan hilang.

Selasa lalu, Israel melancarkan serangan udara ke kawasan yang digelar tentera Israel sebagai pusat pembuatan senjata di utara Gaza dan seorang wanita dilaporkan cedera dalam kejadian itu. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


OBJEKTIF utama demonstrasi ialah membantah sistem pilihan raya Malaysia yang didakwa sebagai tidak adil, kotor dan tidak telus.

Sekiranya itulah dakwaan maka saya akan turut bersetuju sekiranya daripada pilihan raya pertama pada tahun 1952 sehingga ke 2008 hanya sebuah parti yang memenangi pilihan raya-pilihan raya umum dan pilihan raya-pilihan raya kecil yang diadakan.

Dan laksana negara-negara (baca: Negara Dunia Ketiga) yang sering kedengaran memutar-belitkan sistem dan pelaksanaan pilihan raya untuk memenangkan parti pemerintah sahaja maka rakyat tidak mempunyai pilihan selain meluahkan perasaan mereka di jalanan dan berusaha menumbangkan kerajaan yang dikatakan zalim.

Rakyat di negara-negara berkenaan mempunyai justifikasi sepenuhnya untuk berarak di jalanan untuk membantah kerajaan, menumbangkan sekiranya perlu dan seterusnya mengembalikan kuasa rakyat untuk masa depan yang lebih sempurna.

Saya akan turut sama bersetuju sekiranya kita rakyat negara ini tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana segalanya dikawal sepenuhnya oleh rejim kuku besi dan hanya demonstrasi jalanan sahaja merupakan pilihan yang ada bagi kita.

Apakah kita di Malaysia bernasib yang sama? Memanglah sistem pilihan raya kita tidak sempurna namun inilah sistem yang terbaik yang kita ada selama ini dan selagi ia tidak rosak maka tidaklah perlu diperbaiki.

Sistem demokrasi di Malaysia yang diwarisi daripada penjajah British tidaklah sempurna, akan tetapi sistem inilah yang paling berkesan untuk menzahirkan suara kita - rakyat dalam pembentukan kerajaan dan pentadbiran negara.

WALAU cacat mana sekalipun sistem pilihan raya kita ini, parti pembangkang tidak pernah ketinggalan atau dinafikan daripada menyertainya, tidak pernah tidak mempunyai wakil dalam Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri daripada tahun 1952 sehingga tahun 2008.

Malahan pada tahun 2008 rakyat telah membuat kejutan dengan menambahkan bilangan wakil pembangkang di Dewan Rakyat (lantaran itu wakil mereka di Dewan Negara turut bertambah) dan memberikan mandat pemerintahan kepada parti pembangkang di lima buah negeri dan menafikan majoriti dua pertiga kepada parti pemerintah.

Kini parti pemerintah bertukar menjadi pembangkang di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka yang dahulunya bergelar pembangkang.

Soalan saya adalah: "Bagaimana ia terjadi sekiranya sistem pilihan raya Malaysia tidak adil, tidak telus dan pelbagai 'tidak' lagi? Sekiranya pilihan raya kita tidak adil maka janganlah bicara parti pembangkang boleh memenangi kerusi dengan jumlah besar, mereka tidak akan dapat mengundi pun, malahan parti mereka tidak akan dibenarkan bertanding oleh parti pemerintah yang menguasai segala "perkakas" dan alat kerajaan dengan tujuan menjalankan pemerintahan autokratik.

Sekiranya sistem pilihan raya kita tidak adil atau tidak telus atau zalim maka parti pembangkang akan sentiasa dinafikan hak mereka berkempen, bertanding, memerintah dan membuat pelbagai lagi, termasuklah mendatangi ibu kota untuk melakukan demonstrasi jalanan!

Sekiranya pilihan raya negara kita tidak adil maka seseorang pemimpin parti pembangkang itu tidak akan berupaya dipilih ke Dewan Rakyat mulai tahun 1969 sehingga sekarang, dan boleh pulak membawa sekali anak beranak, abang adik, isteri, suami dan ipar duai ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Malahan ada antara mereka yang berupaya memenangi dua kerusi - Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serentak!

Sekiranya sistem pilihan raya kita tidak adil, kotor dan tidak telus maka parti pembangkang tidak akan merasa segalanya itu termasuklah dilantik sebagai Ketua Pembangkang dan menerima elaun khas serta mempunyai sebuah pejabat di Bangunan Parlimen.

Sekiranya sistem pilihan raya kita tidak adil maka parti pembangkang tidak akan berupaya memenangi pilihan raya-pilihan raya kecil seperti di Parlimen Permatahng Pauh, Parlimen Bukit Gantang, Parlimen Sibu, DUN Penanti, DUN Bukit Selambau dan pelbagai lagi. Sejak Pilihan Raya Umum 2008 yang membuka mata dunia bahawa jelas sekali sistem pilihan raya di Malaysia adalah adil, tidak kotor dan telus kerana cabang Legislatif di Malaysia turut dizahirkan dengan parti pembangkang.

Sekiranya sistem kita tidak adil maka parti pembangkang tidak akan dapat memerintah di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan untuk seketika di Perak.

Maka soalan saya ialah "Apakah sistem pilihan raya kita dikatakan adil, tidak kotor dan telus apabila parti pembangkang menguasai kesemua kerusi Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri?" Apakah ia dikatakan adil hanya apabila parti pembangkang memerintah Kerajaan Pusat dan kesemua kerajaan negeri?

Soalan yang terakhir saya: Apakah yang saya dapat? Yang saya dapat adalah melihat bangsa saya diperkudakan, diperalatkan dan dibodohkan untuk agenda besar bukan Melayu dan bukan Islam untuk menjatuhkan pemerintahan orang Islam di Malaysia yang didalangi oleh kuasa asing. Saya juga dapat melihat bagaimana pentadbiran yang ada hari ini amat bertolak ansur dalam menghadapi ancaman kepada keselamatan negara.

Apa yang saya tidak dapat? Saya tidak dapat ke Jalan Tuanku Abdul Rahman di tengah-tengah Kuala Lumpur bersama-sama warga kota yang lain untuk membuat persediaan menghadapi Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

Saya juga tidak dapat menunaikan hak saya sebagai rakyat negara ini untuk memasuki ibu kota Kuala Lumpur hanya kerana segelintir orang lain berpendapat mereka mempunyai hak untuk menafikan hak saya dan hak rakyat yang lain.

Saya juga tidak dapat menikmati hak saya untuk bersantai pada Sabtu 9 Julai 2011 hanya kerana ada orang lain ingin menunaikan hak mereka untuk memperbaiki sesuatu yang tidak pun rosak. Apa yang anda dapat?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Demonstrasi jalanan dapat apa!

Posted:

Demonstrasi jalanan dapat apa!

Demonstrasi jalanan dapat apa!

Oleh ZUKRI VALENTENO
PENULIS ialah Ketua Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Soalan kepada para penunjuk perasaan atau pen-'demons'-trator jalanan pada 9 Julai 2011 - apakah hasil yang anda perolehi pada Sabtu lalu? Dalam bahasa yang lebih mudah difahami ialah "Apa yang anda dapat?"

Apabila kita bercadang melakukan sesuatu pastinya kita mempunyai objektif tertentu, dalam konteks ini apakah yang diperolehi para pen-'demons'-trator? Selain daripada siraman daripada water canon Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), dicelikkan mata dek gas pemedih mata dan tindakan keras polis (sebab anda telah melakukan provokasi terhadap pasukan keselamatan) dan dibasahi oleh hujan petang, apa yang anda dapat?

Jawapannya - Tidak ada hasil, kosong atau zero, noktah.

Jadi, sebaliknya siapakah yang dapat sesuatu? Atau yang memperolehi hasil? Yang jelas adalah orang politik yang mendapat publisiti murahan siap dengan lakonan mantap sebagai mangsa kekejaman pihak berkuasa sedangkan umum mengetahui (setelah meneliti pelbagai blog yang pro dan kontra kerajaan) bahawa "kecederaan" yang dialami tidaklah seperti mana yang digambarkan.

Mungkin inilah kesempatan yang terbaik untuk meraih modal politik, stunt publisiti, imej "aku dikejami rejim zalim", picture opportunity sebagai "pemimpin demokrasi ditindas kerajaan kuku besi" dan sebagainya.

Apa pun orang politik atau lebih tepat lagi mereka yang mendakwa sebagai pemimpin gerombolan pen-'demons'-trator ini sihat walafiat menginap di hotel lima bintang dan menjamu selera dengan makanan dan minuman lazat sedangkan anda para pen-'demons'-trator atau kononnya pendokong demonstratsi ini berkelana di tepian jalan, tidur di kaki lima, dalam kereta, di wakaf tepian jalan, di masjid dan surau serta menyusahkan keluarga di Kuala Lumpur dalam usaha menegakkan agenda orang politik yang bersenang lenang (termasuklah mendapat rawatan lima bintang apabila dikatakan cedera). Sekali lagi soalan yang ditanya: "Apa yang anda dapat?"

TERCAPAIKAH OBJEKTIF KITA? SEKIRANYA TIDAK ADIL BAGAIMANA PEMBANGKANG BOLEH MENANG?

Dilema Melayu: Ketinggalan tetapi lalai

Posted:

Dilema Melayu: Ketinggalan tetapi lalai

Dilema Melayu: Ketinggalan tetapi lalai

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).

ORANG Melayu hari ini berdepan dengan satu suasana yang menimbulkan dilema kepada mereka. Memandangkan kepesatan perubahan yang berlaku, orang Melayu ada yang cuba bersuara tetapi setiap orang Melayu bersuara terutama sekali tentang hak mereka walaupun termaktub dalam Perlembagaan, mereka akan dilabel rasis, sedangkan dia menyaksikan satu demi satu tuntutan daripada bangsa lain ditunaikan sehingga yang tidak mereka tuntut pun diberikan.

Orang Melayu difahamkan bahawa apa jua yang tersirat dalam Dasar Ekonomi Baru dulu tersurat dalam Modal Ekonomi Baru dalam bentuk tindakan afirmatif berlandaskan keperluan dan merit.

Syarat merit inilah membuatkan usahawan Melayu melepas dalam projek mega seperti MRT yang bernilai RM50 bilion. Merit inilah membuatkan usahawan sahih Melayu melepas projek ladang udang bersepadu. Merit inilah menyebabkan 300 vendor Melayu dalam Petronas akan terkapai- kapai kerana liberalisasi membenarkan orang asing menguasai perniagaan yang sama tanpa syarat, dulu mewajibkan mengambil rakan kongsi Melayu.

Kini Initiatif Perubahan Strategik yang diumumkan salah satu daripadanya ialah liberalisasi perkhidmatan untuk meningkatkan sumbangan perkhidmatan daripada 55 peratus (%) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 70 %.

Apa jua jenis perkhidmatan yang ada pada hari ini seperti pengangkutan, penjagaan kesihatan, khidmat pengurusan, kewangan dan bermacam lagi akan dibuka. Perkhidmatan profesional juga akan dibuka seperti arkitek, perakaunan, perkhidmatan sekretarial dan yang berkaitan dengan kewangan.

Pada masa ini perbankan dan pengurusan syarikat broker saham sudah dibuka kepada pemilik asing. Malangnya syarikat broker saham asing lebih gemar mengambil pelabur tempatan daripada membawa masuk pelabur asing.

Menyentuh tentang memperbaiki keadaan usahawan Melayu, salah satu inisiatif yang digariskan ialah merapatkan jurang antara syarikat kecil dan sederhana dengan yang besar. Tanggungjawab ini diserahkan kepada Tan Sri Nor Mohamed Yaacob. Apa yang diperlukan ialah apa yang dihasrat oleh Majlis Tindakan Bumiputera yang sekretariatnya Unit Peneraju Agenda bumiputera (Teraju).

Teraju difahamkan tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi dan tidak mempunyai belanjawan yang cukup juga.Terpenting sekali Teraju tidak mempunyai kuasa dibandingkan dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dalam suatu kenyataan mengulas apa yang telah dilakukan oleh Pemandu menyatakan bahawa Dewan telah hilang kepercayaan kepada Pemandu dan banyak perkara yang dilakukan oleh Pemandu tidak ambil pusing bahawa majoriti penduduk di negara ini ialah orang Melayu.

Pemandu telah mengambil alih fungsi jabatan-jabatan penting seperti Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi (ICU) dan segala-gala transformasi ditentukan oleh Pemandu.

Ia dianggotai oleh perunding-perunding asing yang dibayar mahal-mahal dan menafikan peluang orang tempatan untuk turut serta. Tidak hairan kalau perunding-perunding asing ini berkongsi maklumat dengan pihak-pihak luar yang tidak sepatutnya ada akses kepada perancangan negara kita.

Perunding tempatan tidak sebaik perunding asing. Kalau ada seorang dua pun diambil sebagai 'token'. Segala-gala pembahagian dalam proses transformasi ekonomi ini sudah ditentukan, siapa dapat apa.

Orang Melayu dilihat sebagai tidak layak dalam apa jua bidang walaupun misalnya dalam bidang binaan, 39% daripada keseluruhan syarikat binaan adalah orang Melayu.

Inilah dilema orang Melayu. Mereka membawa ke tengah pelbagai usul termasuk memperkasakan Mara supaya dapat membantu usahawan Melayu, disusun semula, diperkuatkan strukturnya, diberikan suatu bentuk baru dan dikemukakan kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO supaya sesuatu dilakukan, malangnya selepas dua tahun berlalu, tiada juga tindakan.

Mereka mendengar taklimat demi taklimat oleh Teraju tetapi mereka diberitahu masalah yang dihadapi oleh Teraju bukan apa yang ingin dilakukan oleh Teraju untuk mempertingkatkan kedudukan usahawan Melayu.

Teraju hanyalah sekretariat tetapi Pemandu diketuai oleh seorang menteri. Di situ boleh dilihat perbezaan kuasa yang ada.

Inilah dilema orang Melayu. Kalau mereka menyuarakan rasa tidak puas hati, mereka dilabel bersifat perkauman sedangkan mereka melihat saja orang lain "memetik buah-buahan yang ranum-ranum."

Orang Melayu juga dibuai oleh hiburan. Pelbagai usaha untuk melalaikan orang Melayu atas nama perniagaan berlaku. Pelbagai macam festival, jom heboh, festival telekom dan seribu satu macam acara lagi semuanya dihujani oleh orang Melayu.

Begitu juga di media elektronik televisyen, orang Melayu disuapkan hari-hari dengan drama-drama kurafat yang kebanyakannya menunjukkan perkara yang melanggar akidah seperti nasi kangkang, sejundai dan ilmu hitam yang tidak patut dipertontonkan.

Dalam bidang pendidikan orang Melayulah yang ketinggalan. Pelajar insitutusi awam tidak dapat menguasai komunikasi, pengetahuan am dan keyakinan diri seperti pelajar institusi pengajiran tinggi swasta. Mereka lemah dan bilangan mereka bertambah setiap tahun memenuhi angka pengangguran. Yang menerima biasiswa daripada syarikat milik kerajaan pun menganggur.

Seperkara lagi bilangan pelajar perempuan hampir lima kali ganda pelajar lelaki. Ke mana perginya pelajar lelaki. Di pusat serenti? Kita mengetepikan bahasa Inggeris kerana takutkan bahasa Melayu tergugat kedudukannya sedangkan realiti di luar, misalnya di syarikat-syarikat lebih rela mengambil graduan yang fasih berbahasa Inggeris.

Apakah terkorban kedudukan bahasa Melayu bila kita berbahasa Inggeris? Pergi sahaja mana-mana mesyuarat jabatan kerajaan dan dengarlah bahasa apa yang digunakan. Yang menjadi mangsa pelajar-pelajar kita. Sedih melihat mutu penguasaan bahasa Inggeris mereka walaupun mereka di universiti.

Dalam bidang perniagaan kita tahu bahawa rantaian bekalan dikuasai oleh bukan Melayu. Kalau dapat pun projek bahan binaannya boleh didapati daripada pembekal bukan Melayu dan harganya berbeza daripada kontraktor bukan Melayu. Rantaian bekalan patut ditembusi supaya keadaan atas belas kasihan bukan Melayu ini tidak berlarutan.

Begitu juga barang makanan. Pembekal boleh memboikot sesuatu usaha untuk memperbaiki keadaan. Misalnya penangkap ikan di laut dalam baru-baru ini boleh mogok kerana soal subsidi kepada mereka. Akhirnya kompromi terpaksa dilakukan, melemahkan pendirian kerajaan.

Begitu juga dalam soal gula dan tepung dulu. Mereka tidak mahu dilesenkan. Ini menunjukkan "kartel" ini perlu dipecahkan supaya tidak terus mencengkam kita.

Inilah dilema orang Melayu, sudahlah ketinggalan dalam pelbagai bidang terus dibuaikan dengan hiburan yang tidak berfaedah supaya terus lalai dan tidak menghiraukan masalah yang dihadapi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Joging aktiviti masa lapang Eira Syazira

Posted:

Joging aktiviti masa lapang Eira Syazira

Joging aktiviti masa lapang Eira Syazira

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM


JOGING merupakan terapi yang dilakukan Eira untuk menyegarkan badannya.


SIAPA sangka biarpun sinonim dengan watak air mata, dramatis jelita, Syazira Shuhaimi atau lebih dikenali Eira Syarzira merupakan seorang yang tegas dalam aspek kesihatan diri.

Baginya, biarpun jadual harian sebagai anak seni semakin padat, dia tidak sekalipun mengambil remeh soal kesihatan yang menjadi keutamaannya.

Sama seperti kebanyakan insan lain yang mahukan tahap kesihatan sentiasa baik, peneraju drama bersiri Anak Mami Mek Ani itu akan memastikan kelapangan jadual hariannya dipenuhi dengan aktiviti riadah yang menyihatkan seperti berjoging ataupun berkunjung ke gimnasium.

"Itulah antara aktiviti yang Eira lakukan untuk memastikan sentiasa segar dan sihat.

"Sebenarnya bukan susah untuk menjaga kesihatan kerana yang penting adalah kemahuan kita sendiri.

"Lagipun sekarang ini sudah banyak tempat riadah seperti tasik rekreasi yang disediakan.

"Jadi semua itu terpulang pada diri sendiri sama ada mahu atau tidak menggunakan kemudahan yang telah disediakan kerajaan," jelas Eira ketika ditemui S3 di Taman Tasik Permaisuri, baru-baru ini.

Tambah aktres yang kini mula berjinak dengan dunia nyanyian itu, sekiranya jadual hariannya kosong daripada aktiviti seni, dia pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berjoging di sekitar Tasik Putrajaya yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

"Bukan senang untuk mendapatkan masa yang sesuai ke tasik, maklumlah masa kerja yang tidak menentu, jadi apabila ada masa lapang Eira tidak akan lepaskan.

"Bagi Eira dengan menjengah tasik di waktu pagi pasti membuatkan diri kita akan berasa segar dan tenang kerana persekitaran tasik yang nyaman.

"Selain bersenam, pastinya kita dapat merasai nikmat udara segar di pagi hari," ujar Eira lembut dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibirnya.

Jelas Eira lagi, jika jadual hariannya dipenuhi dengan aktiviti seni, dia akan memastikan dapat mencuri sedikit masa untuk melakukan regangan badan.

"Andai sibuk sangat dengan penggambaran, Eira akan tukar haluan pergi ke gimnasium untuk melakukan senaman kardiovaskular.

"Tetapi jika penggambaran itu terlalu padat dan lokasinya jauh dari Lembah Klang, Eira akan melalukan senaman ringan di sana sahaja seperti naik turun tangga ataupun sit-up.

"Eira tidak kisah walau di mana berada yang penting Eira dapat melakukan rutin itu," jelas pelakon yang pernah bergandingan dengan Shaheizy Sam dalam filem Ngangkung.

Selain itu, jelas Eira, rutin senamannya tidak akan lengkap sekiranya tidak diakhiri dengan sarapan pagi.

"Bersenam-bersenam juga, pemakanan kita tetap kena jaga kerana ia saling berkait.

"Macam Eira, setiap kali selepas jogging pasti akan mengambil sarapan untuk menggantikan semula tenaga yang telah digunakan.

"Menu wajib untuk sarapan Eira adalah roti bakar, emping jagung berperisa koko krunch ataupun emping jagung sahaja," jelas Eira yang baru melancarkan album sulungnya, Di Hati Ini.

Bagaimanapun dalam sibuk menjaga aspek pemakanan, Eira menegaskan dia bukanlah seperti sesetengah wanita yang terlalu obses menjaga pemakanan sehingga memudaratkan diri.

"Bagi Eira yang penting pastikan makanan yang kita ambil itu seimbang dan kalau hendak berdiet jangan sampai keterlaluan.

"Diet Eira senang sahaja, pastikan apa yang kita makan itu cukup kandungannya, ada protein, karbohidrat dan yang pasti sayur segar kena ada dalam pinggan," ujar Eira yang sudah pandai menjamu nasi kandar.

Bagaimanapun jelas anak kelahiran Kuala Lumpur itu, dia tidak pernah sekali menolak nasi untuk dijamu seperti mana yang dilakukan oleh rakan-rakannya yang mengamalkan diet.

"Nasi tetap Eira makan, cuma kuantitinya sahaja yang dikurangkan agar tidak berlebihan, lagipun itu sudah menjadi makanan ruji orang kita dan susah hendak mengelak.

"Namun apa yang Eira amalkan adalah berhenti apabila mula berasa kenyang dan jangan terlalu mengikut nafsu," tambah Eira dalam mendedahkan petua yang diamalkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dina dan Ira di medan perang

Posted:

Dina dan Ira di medan perang

Dina dan Ira di medan perang

khadijah.ibrahim@utusan.com.my


Ira dan Dina mencuba rompi sebelum ke medan perang.


Tujuan S3 ke sana baru-baru ini adalah untuk memenuhi keinginan penyiar radio Era, Faradina Mohd. Nadzir, 25, dan Zarith Adzmira Mohd. Amin, 27, yang teringin menjadi 'askar' beraksi di medan perang ketika bermain paintball.

Menurut Faradina atau Dina yang mengendalikan program Muzik ERAthon, setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 1 sehingga 4 petang, ini bukan kali pertama dia memegang marker peluncur paintball yang menyerupai senjata itu.

"Kali pertama Dina main paintball pada tahun 2004 ketika bersama peserta program Malaysian Idol untuk release tension. Kedua, bersama rakan-rakan dan ini kali ketiga," ceritanya.

Sementara itu, Zarith Adzmira atau Ira yang mengendali Zon ERA, pada pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam dari Isnin sehingga Jumaat itu memberitahu, inilah pertama kali dia memegang marker dan cuba mengenali peralatan dan kelengkapan paintball.

"Ehh! sakit tak? Kalau sakit, Ira nak geng dengan encik Najib (marshall, yang mengawasi pergerakan setiap pemain). Tak naklah main dengan dia orang tu, semuanya nampak macam handal," beritahunya terus terang.

Sebelum Dina dan Ira melangkah ke medan peperangan, mereka terlebih dahulu mendaftar nama dan kemudian diberi penerangan oleh Najib tentang peraturan sewaktu berada di lokasi peperangan.

Katanya, walau apa pun yang berlaku ketika di lokasi jangan sesekali membuka topeng wajah atau Rompi (Body Vest), wajib digunakan ketika pemain memasuki arena bermain.

"Topeng wajah dan body vest ini berfungsi melindungi bahagian tubuh. Tidak dibenarkan membuka selama bermain atau berada di dalam lapangan. Sila pastikan setiap orang ada peluru," katanya.

Sewaktu semua peserta berjalan menuju ke lapangan perang yang dipanggil Us Base, Dina dan Ira sempat berkongsi perasaan mereka dengan S3.

Kata Dina, terasa seperti menuju ke medan perang sebenar kerana semua peserta lengkap dengan peralatan peperangan.

"Mak oi! Takutnya. Macam mana ya kalau kita benar-benar berada di medan perang? Sudahlah kita tidak ada pengalaman, silap hari bulan kita yang pergi dulu, sebab geng lain tu macam sudah biasa main paintball," luah Dina.

Sementara itu, Ira, yang sedikit gusar kerana pertama kali ke medan perang paintball berharap ini bukanlah kali pertama dan terakhir untuknya mencuba permainan lasak itu.

Katanya, mendengar penerangan yang diberi oleh Marshall, sukan ini amat menitikberat kerjasama, fokus dan kekuatan stamina.

"Nak main paintball ini kena ada stamina yang kuat. Kalau lemah, sah-sah awal lagi kena tembak dan perlu banyak berlari. Harap-harap dapatlah Ira tembak pihak musuh nanti," katanya penuh harapan.

Setelah 10 minit berperang, tiba-tiba Ira keluar daripada zon perang sambil mengeluh pedih di bahagian jari.

"Ish... geramnya, dekat-dekat nak habis misi baru kena tembak. Apa pun Ira berjaya tembak seorang musuh, tapi sakit tangan ni tak dapat nak kata," luahnya yang merancang untuk mengajak rakan-rakan lain bermain paintball tidak lama lagi.

Apabila diajak bermain untuk kali kedua, Dina dan Ira sepantas kilat memberi alasan kepada Najib bahawa mereka ada temu janji lain dan tidak boleh meneruskan permainan.

Bagaimanapun kedua-dua mereka berharap dapat berkumpul dengan rakan-rakan lain untuk bermain paintball lagi di masa akan datang.

Kata Dina, antaranya dengan Ira sukar untuk bertemu kerana jadual kerja yang tidak sama, namun kalau ada kesempatan mereka akan curi-curi waktu untuk makan bersama di Pavillion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Tambahnya, kalau ada masa lapang, dia suka bermain dengan anak saudaranya, Muhamad Adam Khair yang memanggilnya, mami.

Sementara Ira pula lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan sesekali sahaja keluar kalau diajak oleh rakan-rakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved