Jumaat, 15 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Najib, Cameron mulakan era baru di Downing Street

Posted:

Najib, Cameron mulakan era baru di Downing Street

Najib, Cameron mulakan era baru di Downing Street


Najib Tun Razak diiringi Setiausaha Pengangkutan Negeri, Philip Hammond (dua dari kanan) ketika melawat Stesen Kereta Api Antarabangsa St. Prancas di London, semalam. Turut sama, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar (kanan). - BERNAMA


LONDON 14 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, David Cameron di No. 10, Downing Street di sini, tanda bermulanya hubungan era baru yang lebih akrab antara kedua-dua negara yang mempunyai pertalian sejarah yang panjang.

Najib tiba di pekarangan Pejabat Luar Negara dan Komanwel dan disambut oleh Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel, William Hague dan diberi penghormatan oleh perbarisan kehormatan yang lazimnya hanya diberikan kepada ketua negara.

Najib yang turut diiringi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Hague kemudian ke No. 10 yang bersebelahan dan disambut oleh Cameron. Kedua-dua Perdana Menteri selepas itu mengadakan perbincangan dua hala.

Kerajaan pimpinan parti Buruh yang memerintah selama 13 tahun sebelum ini lebih mengutamakan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan ekonomi-ekonomi besar sahaja, sehinggalah kerajaan campuran pimpinan Cameron mengambil alih pentadbiran Mei tahun lepas mengubah dasar itu dengan melihat juga kepentingan ekonomi-ekonomi kecil.

Oleh itu jambatan baru yang dibina hari ini, ekoran lawatan rasmi Najib atas jemputan Cameron sendiri, diharap melonjakkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan yang sebelum ini agak perlahan.

Kemajuan terbaru dalam hubungan dua hala dicatat di No. 10, Downing Street hari ini apabila kedua-dua Perdana Menteri menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berkaitan usaha membanteras jenayah rentas sempadan.

Ia ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Dalam Negeri UK,Theresa May.

MoU itu membolehkan kedua-dua negara memperluas kerjasama strategik memerangi aktiviti keganasan antarabangsa, pemerdagangan manusia, penyeludupan pendatang haram, penculikan, jenayah siber, pengedaran dadah dan bahan psikotripik serta pengubahan wang haram.

Semalam, enam MoU di antara pihak berkepentingan Malaysia dan UK telah dimeterai.

Sebelum ke Downing Street, Perdana Menteri dengan diiringi Datin Seri Rosmah Mansor menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham.

Hari ini juga Najib mengambil peluang meninjau kemudahan Stesen Kereta Api Antarabangsa St. Prancas, stesen yang disambung dengan rangkaian kereta api laju bawah laut ke Perancis. - Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Langkah jayakan negara maju

Posted:

Langkah jayakan negara maju

Langkah jayakan negara maju

Oleh Othman Mohamad


Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor sempat meluangkan masa menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, London, semalam. – AFP


LONDON 14 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak peneraju institusi-institusi kewangan terkemuka di London untuk bersama-sama menyertai pembangunan pasaran modal di Malaysia yang turut penting ke arah menjayakan status negara maju hujung dekad ini.

Malah, jelas beliau, pertumbuhan dalam pasaran modal Islam Malaysia - yang menyaksikan Malaysia terkemuka dalam bidang itu, merupakan keutamaan di bawah Pelan Induk Pasaran Modal kedua yang diperkenalkan baru-baru ini.

"Kami mahu memperkukuhkan infrastruktur perkhidmatan bagi memberi ruang kepada lebih banyak barangan dan perkhidmatan berteraskan Islam dapat merentasi sempadan, menggalakkan pertumbuhan aktiviti bernilai tinggi dengan berusaha menarik mereka yang pakar dan cukup berkemahiran bagi membantu membina industri pengurusan dana Islam.

"Jadi selaku pengurus-pengurus dana global, anda semua memiliki kepakaran yang kami perlukan itu dan anda pasti dapat memainkan peranan bermakna dalam membantu kami mencapai kejayaan tersebut.

"Peningkatan dalam pasaran modal dapat memainkan peranan berkesan ketika Malaysia dalam proses menjadi negara maju pada 2020," katanya ketika berucap pada pertemuan meja bulat mengenai pasaran modal di sini hari ini - aktiviti pertama pada hari ketiga lawatan rasmi beliau ke United Kingdom.

Syarikat dari Eropah dan Amerika Syarikat, katanya, perlu melihat Malaysia sebagai lokasi yang kosnya kompetitif dengan hab negara Asia yang lain, malah boleh dijadikan batu loncatan bagi perluasan aktiviti ke rantau tersebut dan global.

Beliau memberitahu Malaysia muncul sebagai tempat bagi pasaran modal dan perbankan Islam terbesar di dunia dengan merekodkan sebanyak 66 peratus daripada pengeluaran sukuk global tahun lepas serta memiliki 184 dana dengan pengurusan aset AS$8 bilion.

"Kami menawarkan pelbagai produk seperti Dana Pelaburan Hartanah Islam dan dalam tempoh 10 tahun lagi, pasaran modal Islam kami yang kini sudahpun bernilai AS$370 bilion, dijangka meningkat tiga kali ganda nilainya menjadi AS$970 bilion."

Najib menjelaskan ekonomi Malaysia yang pelbagai dan terus berkembang perlu mewujudkan pasaran modalnya dan syarikat-syarikat kecil dan saiz sederhana melibatkan pertanian, sumber asli, pembuatan dan perkhidmatan menawarkan peluang menarik kepada pelabur jangka panjang.

Sejak lebih 10 tahun lepas, 241 syarikat senarai awam atau suku daripada syarikat tersenarai mampu mencatat pertumbuhan pasaran permodalan lebih 10 peratus setiap tahun.

Semasa berucap pada majlis pertemuan dengan Datuk Bandar London, Alderman Michael Bear di Manson House di sini pula, Perdana Menteri turut menarik perhatian bahawa ekonomi Malaysia berada pada landasan yang betul dengan sasaran pertumbuhan 6 peratus setahun sehingga 2020 dan keadaan itu sewajarnya diambil kesempatan oleh para pelabur UK.

"Di bawah model ekonomi baru, peranan sektor swasta dipertingkatkan serta menjadikan Malaysia lebih tertarik kepada pelabur antarabangsa. Kami ketepikan halangan malah meningkatkan insentif... Dalam dunia moden peranan kerajaan perlu menyokong perniagaan.

"Jadi, jemput ke negara kami. Lihat sendiri bagaimana dasar dan program kerajaan melakukan transformasi setiap hari. Rasai pembangunan infrastruktur yang pantas dan ekonomi yang rancak," kata Najib.

Kota London mencatatkan pertumbuhan perkhidmatan kewangan tertinggi di dunia sejak sedekad lepas dengan kota ini menempatkan lebih 500 bank serta pasaran modal terbesar di dunia. - Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Muhyiddin selamat tiba di Surabaya

Posted:

Muhyiddin selamat tiba di Surabaya

Muhyiddin selamat tiba di Surabaya

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

SURABAYA 14 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di bandar raya ini malam ini untuk lawatan kerja selama tiga hari.

Muhyiddin yang diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dijadualkan mengadakan pertemuan dengan usahawan muda serta tokoh-tokoh korporat di Surabaya esok dalam usaha menarik mereka melabur di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan Gabenor Jawa Timur, Soekarwo untuk membincangkan hal-hal yang boleh membawa kepada kemakmuran ekonomi kedua-dua pihak.

Selepas itu, Muhyiddin dijadual bertemu dengan 20 editor akhbar terbitan organisasi media Kumpulan Jawa Pos di ibu pejabat syarikat tersebut di sini.

Kumpulan Jawa Pos atau Jawa Pos National Network (JPNN) yang merupakan syarikat media terbesar di Indonesia menerbitkan lebih 151 penerbitan akhbar edisi wilayah dan nasional termasuk akhbar Jawa Pos.

Akhbar Jawa Pos pada masa ini merupakan akhbar paling besar jualannya di Indonesia dengan sebanyak 1.4 juta naskhah setiap hari selain pembaca paling tinggi berdasarkan kajian yang dibuat oleh Nielsen Media Research pada 2009.

Selain akhbar arus perdana itu, Kumpulan Jawa Pos Group turut menerbitkan pelbagai majalah, akhbar tabloid serta stesen televisyen di wilayah tertentu.

Surabaya merupakan wilayah kedua terbesar selepas Jakarta dan merupakan pusat perkembangan sektor industri di Jawa Timur dengan jumlah pertumbuhan ekonomi wilayah berkenaan pada tahun lalu mencapai lapan peratus iaitu dua peratus lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi Indonesia.

Kepesatan pembangunan di Surabaya sangat memberangsangkan dan kota itu kini dalam usaha membangunkan bangunan pencakar langit seperti kondominium mewah dan hotel bertaraf lima bintang.

Pada hari terakhir kunjungan beliau, Muhyiddin akan bertemu dengan pemimpin pelajar Malaysia serta menghadiri makan malam dengan pelajar serta rakyat Malaysia yang menetap di sini. - Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved