Sabtu, 13 Ogos 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Ayuh Chong Wei

Posted:

Ayuh Chong Wei

Ayuh Chong Wei

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir Kejohanan Dunia selepas menewaskan lawannya dari China, Chen Jin 21-13, 21-9. – Agensi


KUALA LUMPUR - Hanya satu lagi halangan perlu ditempuhi Datuk Lee Chong Wei untuk dia mencipta sejarah menjadi pemain badminton Malaysia pertama dinobatkan sebagai juara dunia.

Di Wembley Arena, London semalam, seluruh dunia menyaksikan bagaimana jaguh sanjungan kita itu berada dalam kelas tersendiri dengan mudahnya memusnahkan penyandang juara tahun lalu, Chen Jin dalam straight set 21-13, 21-9.

"Ia satu kemenangan hebat hari ini dan biarpun saya tercicir sedikit pada awal set kedua, saya memang yakin dapat memenanginya.

"Selepas menang set pertama, saya sudah jangka Chen Jin akan tampil dengan permainan menyerang pada set berikutnya, jadi saya cukup bersedia berdepan corak permainannya itu," ujarnya mengenai kemenangannya, semalam.

Kemenangan ke atas Chen Jin yang merupakan pilihan keenam kejohanan itu sekali gus melebarkan rekod kemenangan kepada 8-2 memihak Chong Wei sejak 2005.

Lawan Chong Wei di final sama ada juara dunia tiga kali, Lin Dan mahu pun pemain veteran Denmark, Peter Hoeg Gade yang sama seperti Chong Wei, masih mencari-cari gelaran dunia sulungnya.

Tidak kira siapa di antara mereka, perlawanan akhir hari ini pastinya satu pertemuan epik kerana masing-masing merupakan musuh seteru Chong Wei yang sering kali bertarung hebat merebut kejuaraan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Tidak perlu dinafikan, ramai menggangap pertembungan Chong Wei-Lin Dan sebagai gandingan terbaik untuk final 'Grand Slam' badminton ini, namun kebolehan Peter Hoeg, biarpun pada usia 34 tahun, langsung tidak boleh dipandang remeh kerana dia sama 'lapar' seperti Chong Wei.

Namun, Chong Wei tanpa teragak-agak meramal Lin Dan, musuh tradisi yang dia amat berdendam selepas pernah dikecewakan pada dua final besar iaitu Olimpik 2008 Beijing dan Sukan Asia 2010 Guangzhou sebagai lawannya hari ini.

"Saya fikir Lin Dan akan mengatasi Peter pada perlawanan lewat petang nanti, namun tidak kira siapa lawan saya, saya sudah bersiap sedia untuk menghadapinya," katanya.

Kepuasan jelas terpancar pada wajah Chong Wei berikutan kejayaan melangkah ke final buat kali pertama selepas enam kali mencuba.

"Kepada mereka yang meragui keupayaan saya selama ini, saya harap mereka akur yang akhirnya saya berjaya ke final jua.

"Saya akan mencuba sedaya upaya untuk memenangi sesuatu yang selama ini begitu sukar dijangkaui. Percayalah, kejuaraan besar ini adalah sesuatu yang saya nantikan untuk ditambah ke dalam koleksi," tambahnya.

Pada perlawanan semalam, Chong Wei mempamerkan permainan bermutu tinggi dengan variasi pukulan, memaksa Chen Jin bergerak ke setiap sudut gelanggang.

'Cross court smash' dan penguasaan di jaring menjadi senjata utama Chong Wei menyaksikan 23 mata dihasilkan menerusi dua elemen itu.

Meskipun melengkapkan kemenangan set pembukaan dengan mudah dalam masa 14 minit, permulaan gugup Chong Wei sedikit mencemaskan apabila dia satu ketinggalan 4-0, angkara kesilapan sendiri.

Chong Wei yang kebiasaannya lambat panas bangkit dari gaya permainan pasif dan berjaya menyamakan kedudukan kepada 8-8 dan sejak itu tidak menoleh ke belakang lagi.

Dia mengutip sembilan mata berturut-turut untuk menjarakkan diri kepada kedudukan selesa 17-8, sebelum memanfaatkan kesempatan ke atas lawannya yang sudah hilang punca sekali gus melengkapkan kemenangan 21-9.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Nicol ke babak akhir

Posted:

Nicol ke babak akhir

Nicol ke babak akhir

KUALA LUMPUR - Datuk Nicol David hanya selangkah menjulang kejuaraan sulung Terbuka Australia selepas menang bergaya 11-7, 13-11, 11-7 ke atas jaguh tuan rumah, Rachael Grinham pada separuh akhir di Canberra, semalam.

Ia merupakan kemenangan ke-27 daripada 33 pertemuan buat juara dunia lima kali, Nicol ke atas bekas pemain No. 1 dunia itu yang satu ketika dulu merupakan musuh seterunya.

Nicol mudah mengetepikan Rachael di hadapan penyokongnya sendiri dalam tempoh hanya 34 minit.

Tewas set pertama, Rachael cuba memberikan saingan kepada Nicol pada set kedua sehingga mengheret perlawanan memasuki deuce tetapi akhirnya memihak Nicol untuk membawa kelebihan 2-0 ke set seterusnya.

"Saya tidak membiarkan Rachael memenangi set kedua. Saya sedar tidak boleh memberi ruang kepada lawan pada situasi sebegini, jadi kemenangan set kedua adalah begitu penting bagi saya.

"Berentap dengan Rachael selalunya sukar, kemenangan 3-0 tampak mudah, namun ia adalah umpama bermain lima set. Saya sungguh gembira untuk melangkah ke final," ujar Nicol.

Menunggu Nicol di perlawanan akhir ialah pilihan kedua, Jenny Duncalf, sekali gus mengulangi aksi final Terbuka Malaysia pada bulan lalu yang mana Nicol muncul juara selepas mencatat kemenangan 11-6, 12-10, 11-5.

Pemain England berusia 29 tahun itu mara selepas mengecewakan penyandang juara, Madeline Perry dari Ireland 11-8,11-9,2-11,11-4.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Bakar rumah sendiri

Posted:

Bakar rumah sendiri

Bakar rumah sendiri

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
utusankelantan@utusan.com.my


Penduduk melihat keadaan rumah Limah Yaacob yang hangus terbakar di Kampung Lakota, Jeli, Kelantan, kelmarin.


JELI 13 Ogos - Sebuah keluarga hilang tempat tinggal, malah tidak sempat berbuka puasa apabila rumah mereka musnah terbakar petang semalam gara-gara perbuatan seorang ahli keluarga itu yang kurang siuman membakar kain.

Kejadian berlaku pukul 6.30 petang di Kampung Lakota dekat sini, ketika mangsa, Limah Yaacob, 60, membasuh beras bagi menyediakan juadah berbuka puasa.

Menurutnya, tiba-tiba anak lelakinya yang mesra dipanggil Pak Cu berusia 23 tahun datang dan melempar bantal ke arahnya sehingga beras dibasuh terjatuh.

"Saya kemudian menegur tindakan Pal Cu. Tidak lama kemudian, tiba-tiba saya lihat dia menyalakan api dan membakar kain di tepi dinding. Api merebak dengan cepat dan saya terus keluar bagi meminta bantuan jiran tetapi ramai tiada di rumah," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pemilik rumah berkenaan, Razali Mohamed, 50, yang tinggal di rumah berhampiran berkata, ketika kejadian dia, tiada di rumah kerana membeli kuih-muih di Pasar Ayer Lanas.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Jeli, Mokhtar Che Mah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.52 petang dan seramai 16 anggota termasuk bomba sukarela dikejarkan ke lokasi.

Katanya, semasa sampai, rumah terbabit telah 90 peratus hangus dan pihaknya mengambil masa lima minit untuk mengawal sepenuhnya kebakaran dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM38,000.

Dalam pada itu, nasib keluarga terbabit mendapat perhatian Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr. Azmi Setapa yang menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bimbang suspek kes bunuh berkeliaran

Posted:

Bimbang suspek kes bunuh berkeliaran

Bimbang suspek kes bunuh berkeliaran

PADANG TERAP 13 Ogos - Penduduk Kampung Paya Terap di sini, kini dalam ketakutan apabila mendakwa terserempak dengan suspek utama kes bunuh seorang warga emas, Seman Siron, berkeliaran di kampung itu, hari ini.

Suspek yang juga anak kepada Seman, 60, dilihat pukul 8.30 pagi ini dalam keadaan lemah dan memakai baju berwarna coklat serta berseluar pendek sambil memegang dua bilah parang.

Penduduk, Wan Fatimah Yaakub, 49, berkata, anak bongsunya yang berusia sembilan tahun ternampak suspek berjalan di depan rumah mereka namun berpatah balik dan melarikan diri ke dalam hutan apabila mendengar bunyi motosikal.

"Anak saya takut kerana nampak lelaki itu dalam keadaan tidak terurus berjalan sambil membawa dua bilah parang di depan rumah kami.

"Saya dan suami tiada di rumah kerana kami ke kebun berhampiran, jadi anak saya tunggu kami di rumah dan terus memberitahu kami mengenai kejadian itu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, Seman maut manakala isterinya parah ditetak dengan sebilah parang oleh anak mereka yang naik berang dalam kejadian amuk.

Menurut Wan Fatimah, selepas mendengar berita itu, penduduk berasa bimbang dengan keselamatan mereka kerana suspek yang masih bebas itu bersenjata.

"Kami harap suspek akan segera ditangkap oleh pihak polis kerana kami memang tidak berani keluar dari rumah selepas kejadian itu," jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Deputi Supritendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, sehingga petang ini polis masih giat mencari suspek di dalam hutan-hutan berhampiran.

"Pihak kami masih menjalankan operasi mencari suspek dan kita ada kesan jejak-jejak yang ditinggalkan oleh suspek," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pemuda serang Asyraf didakwa

Posted:

Pemuda serang Asyraf didakwa

Pemuda serang Asyraf didakwa


Gambar yang diambil daripada video di YouTube merakamkan Muhammad Asyraf diserang dan disamun sekumpulan remaja dan kanak-kanak pada 8 Ogos lalu. - AFP


LONDON 13 Ogos - Seorang pemuda yang ditahan berhubung kejadian pelajar Malaysia diserang dan disamun di Barking ketika rusuhan di London, baru-baru ini telah didakwa atas tuduhan merompak pelajar tersebut.

Jurucakap Polis Metropolitan berkata, Reece Donovan berumur awal 20-an dari Romford, timur London telah didakwa merompak Muhammad Asyraf Haziq Rossli.

''Donovan dibawa ke mahkamah lewat hari ini untuk didakwa,'' katanya.

Donovan ditahan kelmarin selepas orang ramai mengutuk serangan ke atas Muhammad Asyraf oleh sekumpulan pemuda dan kanak-kanak.

Video mengenai serangan ke atas pelajar jurusan akaun itu telah dirakam dan disiarkan di laman YouTube menunjukkan sekumpulan lelaki berlakon membantu Muhammad Asyraf, sebaliknya bertindak menyerang dan menyamunnya.

Rakaman video itu telah tersebar luas dengan ditonton hampir tiga juta kali di YouTube.

Kejadian itu turut disifatkan oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron sebagai tindakan menjijikkan dan menandakan nilai moral masyarakat Britain semakin teruk. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

London terus berkawal

Posted:

London terus berkawal

London terus berkawal

LONDON 13 Ogos - Anggota polis tambahan dikerah berkawal di kota London hari ini ekoran kebimbangan berulangnya rusuhan pada hujung minggu ini.

Setiausaha Dalam Negeri, Theresa May berkata, hampir 16,000 anggota polis dikerahkan sejak awal minggu ini dan jumlah anggota polis tambahan itu akan dikekalkan bagi mengelak berlaku semula rusuhan.

''Kami akan mengekalkan jumlah anggota polis ini dalam satu tempoh yang belum ditentukan bagi memastikan tidak berulangnya rusuhan walaupun keadaan kembali aman beberapa hari lalu,'' ujarnya.

England tenang sejak tiga hari lalu selepas berlaku rusuhan, keganasan dan rompakan yang berlanjutan selama empat hari.

Polis Metropolitan di London berkata, dalam rusuhan itu, seramai 1,144 orang ditangkap termasuk 693 orang telah didakwa.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, David Cameron melantik bekas Pesuruhjaya Polis New York, Bill Bratton sebagai perunding polis Britain bagi mencari jalan bagaimana menangani keganasan di jalan raya, kata Downing Street.

Bratton telah menyatakan persetujuan untuk ke Britain bagi memberikan khidmat nasihat bagi menangani budaya geng samseng ekoran rusuhan di beberapa bandar utama di negara ini, baru-baru ini.

''Perdana Menteri telah bercakap dengan Bratton hari ini dan mengucapkan terima kasih kerana bersetuju mengadakan beberapa pertemuan di United Kingdom pada musim luruh untuk berkongsi pengalamannya dalam menangani geng samseng.

''Bratton yang mempunyai hubungan dengan polis Britain akan memberikan nasihat dalam kapasiti peribadi dan tanpa bayaran,'' kata jurucakap Downing Street. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Buruh ladang dihempap dahan pokok

Posted:

Buruh ladang dihempap dahan pokok

Buruh ladang dihempap dahan pokok

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUALA LIPIS 13 Ogos – Seorang buruh ladang nyaris maut setelah rumahnya dihempap pokok jati berusia lebih 50 tahun ketika sedang tidur dalam kejadian ribut di Ladang Selborne, Padang Tengku dekat sini, semalam.

Kejadian pukul 4 petang itu mengakibatkan mangsa, Nor Mohamad Faizal Osman, 25, retak tulang bahu kanannya dihempap dahan pokok, siling dan atap rumah.

Nor Mohamad berkata, ketika kejadian, dia tidur di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat.

"Apabila terjaga, saya berasa ada sesuatu benda berat yang menimpa badan. Rupanya badan saya ditindih dahan pokok, siling dan atap rumah.

"Saya tidak dapat bergerak dan rasa amat sakit dan hanya mampu mengucap kalimah syahadah berulang kali," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Nor Mohamad memberitahu, dia kemudian diselamatkan oleh ibunya, Noriah Ibrahim, 45, dan beberapa jirannya.

Sementara itu, Noriah berkata, ketika kejadian, dia sibuk memasak menyediakan juadah berbuka puasa di dapur.

"Saya bergegas ke ruang tamu yang sudah ranap dan menarik anak saya keluar sambil menjerit meminta bantuan jiran.

"Dengan bantuan jiran, anak saya dapat dikeluarkan di bawah runtuhan itu. Saya bersyukur dia selamat walaupun cedera di tulang bahu kanan," katanya.

Menurutnya, kejadian ribut itu bermula pada pukul 3.30 petang apabila cuaca berubah menjadi gelap diikuti dengan bunyi guruh serta angin kencang.

Bapa mangsa, Osman Jaafar, 50, berkata, dia bergegas pulang dari ladang apabila ribut mula melanda kerana bimbangkan keselamatan keluarganya.

"Lebih-lebih lagi rumah saya berdekatan dengan sebatang pokok jati tua berusia 50 tahun.

"Sangkaan saya tepat, apabila pulang, saya lihat beberapa jiran membantu mengeluarkan anak saya dari tindihan dahan pokok dan peralatan rumah yang ranap.

"Saya pasrah dengan dugaan dalam bulan Ramadan ini namun bersyukur kerana ahli keluarga selamat walaupun banyak peralatan rumah musnah," katanya.

Osman berharap ada pihak membantu membaik pulih rumahnya kerana Hari Raya Aidilfitri semakin hampir.

Turut mengalami nasib sama, jirannya, K. Demudu, 48, apabila rumahnya ranap dalam kejadian itu.

Dia menggesa pihak berkaitan menebang semua pokok jati di kawasan ladang berkenaan untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman ketika melawat mangsa ribut berkenaan melahirkan rasa simpati sambil menghulurkan bantuan kecemasan.

"Kita sedih dengan kejadian yang berlaku terutama kepada ahli keluarga Osman yang bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.

Justeru pihaknya menghulurkan bantuan kewangan kepada kedua-dua mangsa ribut itu untuk meringankan beban terutama ketika membuat persiapan hari raya tidak lama lagi.

Hadir sama menziarahi mangsa dan menyampaikan bantuan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad dan Ketua Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Samat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hasrat lelaki cari duit raya tak kesampaian

Posted:

Hasrat lelaki cari duit raya tak kesampaian

Hasrat lelaki cari duit raya tak kesampaian


SAPIAN Salihin (kanan) dan Mohd. Redzuan Mad Darus menunjukkan antara mercun yang dirampas dari bonet kereta suspek di Kuantan, semalam.


KUANTAN 13 Ogos - Hasrat seorang lelaki untuk mencari duit tambahan menjelang Hari Raya Aidilfitri ini dengan menjual mercun terpaksa dilupakan apabila ditahan oleh Pasukan Gerakan Marin (PGM) kerana didapati memiliki sejumlah bahan itu bernilai RM9,000 di sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan bersama sebuah kereta Nissan Cefiro berhampiran sebuah stesen minyak di Semambu, di sini pukul 3.50 pagi.

Timbalan Komander PGM Wilayah Tiga, Supritendan Sapian Salihin berkata, suspek ditahan ketika berhenti di stesen minyak berkenaan untuk membuang air.

Katanya, penahanan itu dilakukan hasil maklumat orang awam yang mengesyaki kereta tersebut membawa pelbagai jenis mercun dari negara jiran.

"Hasil pemeriksaan, kita merampas 17 jenis mercun pelbagai jenis dan bunga api yang diletakkan di dalam bonet kereta itu.

"Kita percaya bekalan itu baru sahaja diambil dari negara jiran untuk dijual di bazar Ramadan di sekitar bandar ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain mercun, PGM turut menyita kereta milik suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

"Ini adalah tangkapan pertama penjualan mercun dan bunga api sempena musim perayaan tahun ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, PGM akan mengadakan operasi membanteras kegiatan penjualan dan pengedaran mercun dan bunga api di negeri ini menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Waspada lalui laluan maut

Posted:

Waspada lalui laluan maut

Waspada lalui laluan maut

CAMERON HIGHLANDS 13 Ogos - Polis mengenal pasti empat laluan di Pahang yang sering berlaku kemalangan maut terutama ketika tiba musim perayaan.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali berkata, empat laluan tersebut ialah Jalan Kuantan-Segamat, Lebuhraya Pantai Timur, Jalan Bentong-Raub-Lipis-Gua Musang dan Jalan Pekan-Rompin.

"Pengguna juga perlu berhati-hati terutama di kawasan selekoh kerana bilangan kenderaan yang banyak berbanding hari biasa apabila tiba musim perayaan.

"Dalam pada itu, pemandu juga dinasihati merancang perjalanan bagi mengelak kesesakan," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di sini, baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Betul ke ini Apex?

Posted:

Betul ke ini Apex?

Betul ke ini Apex?



KALAU tengok sekali imbas macam penjaga gol pasukan Harimau Malaya yang kacak tu. Sekali lagi tengok macam bukan.

Bila Joyah perhati betul-betul memang macam Khairul Fahmi Che Mat atau nama popularnya Apex yang memang tengah panas dengan cerita putus tunang.

Joyah pun tak tahu mana datangnya gambar ni. Tapi bila Joyah terima sahaja gambar ini rupa-rupanya semua blog-blog hiburan dan bukan hiburan dah main isu ini.

Ramai yang kata itu memang Apex dan gambar itu memang diambil ketika sedang bercuti ke Universal Studio Singapura baru-baru ini.

Jadi adakah ini orang ketiga yang dimaksudkan itu? Adakah ini yang menjadi punca kepada putusnya ikatan pertunangan antara Apex dan Elia beberapa minggu lalu.

Entahlah, Joyah pun tak ada jawapan untuk diberikan kepada semua yang membaca. Tapi apa yang boleh Joyah katakan, tak payahlah nak mengeruhkan lagi keadaan yang dah sedia keruh tu. Kesian mereka kan.

Cuma pesan Joyah kepada Apex, kalau sudah tak mahu, putuskan dengan cara baik-baik, bukannya buat kenyataan di akhbar. Sehingga Joyah menulis berita ini, khabarnya keluarga Apex belum bertemu dengan keluarga Elia untuk memutuskan pertunangan secara rasmi. Macam mana tu?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bersara sajalah Shahir

Posted:

Bersara sajalah Shahir

Bersara sajalah Shahir

Katarsis Kualong

PERKEMBANGAN terbaru tentang penyanyi Shahir yang dikatakan mahu 'pencen' awal dari dunia seni popular menarik untuk dikupas.

Saya berharap mereka yang selama ini banyak berhabis wang untuk mengundi Shahir sebagai juara Akademi Fantasia, janganlah marahkan dia pula apabila penyanyi itu dikatakan mahu mengambil keputusan untuk bersara awal.

Kalau marah tu, 'buruk siku' sangat namanya, betul tak?

Walaupun belum ada komen daripada tuan punya badan sendiri, tindak tanduk Shahir yang menyepi dan tidak endahkan media, peminat dan syarikat rakamannya sendiri, bagaikan membenarkan keputusan itu.

Berada di puncak popular pada ketika ini, tiba-tiba menghilang, sukar dikesan, susah ditemubual dan bersembunyi berbulan-bulan, itu bukan petanda yang baik bagi seorang artis popular seperti Shahir.

Kali terakhir Shahir muncul bertemu peminat ialah dalam Konsert Pancaindera di Melaka pada awal Jun lalu. Selepas itu, lesap terus tanpa berita.

Banyak majlis hiburan, majlis berbuka puasa Astro pada Selasa lalu pun, Shahir langsung tak muncul, apa sudah jadi?

Bukan maksud saya artis perlu melayan media setiap masa dan ketika, saya akui ada masanya mereka pun perlukan waktu untuk bersendiri, tetapi cara yang dipilih Shahir ketika ini lain benar.

Memang nampak sangat dia macam sudah tidak 'kuasa' untuk terus menjadi penyanyi walaupun khabarnya tawaran persembahan banyak mendatang.

Terbaru, khabarnya Shahir tidak sanggup lagi terus berada di landasan popular. Kalau tak salah, dia dikatakan mahu menceburi dunia dakwah dan berjuang melalui landasan keagamaan pula. Mana satu yang betul, tak dapat dipastikan sebab tuan badan tidak mahu bertemu langsung dengan orang media. SMS saya juga tidak dibalas Shahir.

Apa juga kemelut yang berlaku kepada juara AF yang kacak itu sekaligus membuktikan rancangan realiti tidak banyak membantu industri hiburan bergerak jauh ke depan.

Setakat ini juara AF yang betul-betul boleh dikatakan berjaya, sudah tentu Mawi. Stacy juga boleh dianggap berjaya selepas Mawi, mana lagi yang lain? Kalau 9 kali penganjuran, hanya melahirkan satu atau dua jaguh, mana bagusnya rancangan berkenaan?

Barangkali juga Shahir baru tersedar yang selama ini dia banyak diberikan mimpi-mimpi palsu semata-mata. Dimomokkan keindahan dunia artis sebelum ini, Shahir barangkali baru tersedar bahawa itu semua hanyalah dusta semata-mata.

Jadi, setelah berhadapan dengan realiti dunia hiburan sebenar di Malaysia, Shahir tidak sanggup untuk terus bertahan.

Saya percaya antara yang membuatkan artis yang punya kelulusan pelajaran macam Shahir kecewa adalah kerana pendapatan yang tidak setimpal dengan populariti.

Artis kita memang nampak gah, gilang gemilang, malah ada yang memandu kereta mewah ke hulu ke hilir. Realitinya, banyak yang 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Dunia seni di negara ini terlalu banyak retorik dan tidak menjamin masa depan yang gemilang.

Malah, penyanyi senior seperti Ziana Zain sendiri pernah memberitahu, untuk membeli sebuah rumah Semi D sekalipun, tidak ramai artis kita yang mampu.

Kalau itu jalan yang Shahir pilih, siapalah kita untuk menafikannya. Syarikat rakaman pun perlulah faham kalau 'hati' seseorang artis itu sudah tidak berapa ikhlas untuk berjuang di arena.

Cuma, perlulah berterus terang dan usah bermain tarik tali sehingga menyusahkan pihak lain. Shahir yang saya kenali, orangnya sangat baik, bercakap pun sangat lemah lembut dan tidak menyombong diri.

Malah, dia adalah seorang artis muda yang tahu apa yang dia inginkan dalam kerjaya.

Kalau dia memilih untuk bersara lebih awal, kita sama-sama doakan semoga dia berjaya dan bertemu dengan bahagia yang dia idam-idamkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kembalikan kegemilangan MAS

Posted:

Kembalikan kegemilangan MAS

Kembalikan kegemilangan MAS


Tiada syarikat yang efisien sepenuhnya. Kesemuanya memerlukan penambahbaikan berterusan mengikut aliran masa termasuk kedua-dua AirAsia dan Maslaysia Airlines.


MINGGUAN: Boleh Datuk terangkan siapa yang mencetuskan idea kerjasama antara MAS dan AirAsia ini?

KAMARUDIN MERANUN: Ura-ura untuk mewujudkan kerjasama perniagaan di antara MAS dan AirAsia telah dicetuskan oleh pihak Khazanah sejak sekian lama. Secara strategiknya, pihak Khazanah sebagai pihak yang menjaga kepentingan ekonomi negara melihat sinergi yang bakal terhasil daripada jalinan ini sebagai potensi yang dapat menjana nilai tambah kepada kemapanan ekonomi sedia ada dan perkembangan persekitaran industri semasa telah membuka jalan bagi idea ini untuk dilaksanakan seperti yang telah dirancang.

Ada yang berpendapat dengan kerjasama ini akan ada pihak yang rugi dan ada pihak yang untung. Apa pandangan Datuk?

KAMARUDIN: Kami telah menjangkakan bahawa akan ada pendapat yang meragui keupayaan kedua-dua pihak bagi menjayakan usaha ini pada awalnya, tetapi perkara ini adalah normal bagi mana-mana pembaharuan yang dibawa melalui mana-mana inisiatif sekali pun.

Dalam perundingan kerjasama strategik perniagaan, semua pihak yang berkepentingan akan membawa sasaran mereka ke meja perbincangan. Apa yang telah dirumuskan sebenarnya dilakukan akan membolehkan kedua-dua syarikat, Malaysia Airlines dan AirAsia, untuk bergerak ke hadapan bersama dan menghasilkan keuntungan berdasarkan model dan keupayaan masing-masing secara individu. Negara pula akan mendapat manfaat menerusi kepentingan ekonomi manakala pihak penumpang sebagai pengguna akan dapat menikmati laluan penerbangan yang lebih menyeluruh melalui kerjasama ini.

Persoalan yang lebih penting ialah bagaimana untuk memastikan industri penerbangan di Malaysia diperkembangkan. Walaupun kedua-dua gergasi, AirAsia dan Malaysia Airlines, menggunakan pendekatan yang berbeza berkaitan penglibatan masing-masing serta mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam industri penerbangan ini, kami berkongsi sasaran dan visi untuk memastikan keuntungan yang terbaik bagi kedua-duanya dapat dikongsi bersama. Ini memerlukan komitmen dan kami berkongsi komitmen ini. Ini juga memerlukan sokongan terhadap satu sama lain dan kami berkongsi ini. Saya rasa ini adalah kunci yang akan menjayakan kerjasama ini dan akan membuahkan hasil yang terbaik bagi pelaburan oleh semua pihak berkepentingan.

Kini Datuk berada dalam lembaga pengarah MAS. Tidakkah ini merupakan percanggahan kepentingan?

KAMARUDIN: Tidak sama sekali. Apa yang pasti ialah ahli-ahli Lembaga Pengarah MAS dan AirAsia akan memastikan inisiatif ini akan dijayakan bagi kepentingan bersama kedua-dua pihak. Pada ketika ini, kedua-dua Datuk Azman Yahaya dan Mohamed Rashdan (Dany) sebagai wakil MAS dan diri saya dan Tony sebagai wakil AirAsia adalah ahli Lembaga Pengarah bagi kedua-dua Malaysia Airlines dan AirAsia. Saya berpendapat kehadiran kami dalam kedua-dua Lembaga Pengarah ini akan membawa kebaikan kepada kedua-dua entiti melalui gambaran serta perspektif yang lebih besar bagi kedua-duanya tatkala bergerak untuk maju ke hadapan.

Bagi pihak AirAsia, pelaburan besar dalam pemilikan saham Malaysia Airlines melalui Tune Air Sdn. Bhd. sebanyak lebih RM1 bilion menggambarkan kepercayaan kami tentang potensi keberhasilan usaha ini. Dan seperti yang telah saya nyatakan sebelumnya, kami berkongsi visi untuk mencapai perkembangan yang lebih besar yang boleh membawa keuntungan yang lebih besar kepada semua yang terlibat, termasuk dalam visi untuk meletakkan Malaysia sebagai salah satu hub bagi industri penerbangan global.

Ada pihak yang mengatakan kerjasama ini akan mewujudkan monopoli. Komen Datuk.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Apa nak jadi kepada umat Islam Malaysia?

Posted:

Apa nak jadi kepada umat Islam Malaysia?

Apa nak jadi kepada umat Islam Malaysia?

APA nak jadi kepada umat Islam hari ini, kalau mereka yang mengaku memperjuangkan Islam, akhirnya menjadi pengkhianat kepada agama sendiri?

Itulah pertanyaan yang Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin lontarkan dalam ucapan ringkas di perhimpunan umat Islam yang berlangsung di Masjid Negeri Shah Alam selepas solat Jumaat kelmarin.

Zul turut menyatakan kesedihannya kerana Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi menerima tekanan daripada pucuk pimpinan dan ahli-ahli partinya sendiri ekoran sokongannya terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa gereja Methodist di Damansara Utama baru-baru ini.

Turut menerima tekanan berhubung isu tersebut ialah Datuk Dr. Hassan Ali, anggota Exco Bagi Hal Ehwal Agama Negeri Selangor.

Hamba lazimnya mengelakkan diri daripada menyebut nama, tetapi kali ini keperluan mendesak demi kebenaran. Maka izinkan hamba menyebut nama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang menjadi sasaran utama perhimpunan anti-murtad dan menyokong tindakan JAIS itu.

Dilaporkan bahawa JAIS telah menjalankan pemeriksaan mengejut ke sebuah premis gereja yang terpampang di luarnya papan tanda Dream Centre DUMC where dream comes alive yang terjemahannya bermaksud ''Pusat Impian DUMC di mana impian menjadi kenyataan."

JAIS membuat pemeriksaan selepas menerima aduan mengenai orang-orang Melayu diundang ke majlis berbuka puasa di premis itu. Rupa-rupanya majlis tersebut ialah thanks giving atau majlis kesyukuran orang Kristian yang turut dihadiri oleh 12 lelaki dan wanita Melayu. Turut ditemui ialah Bible dalam Bahasa Melayu dan borang soal selidik mengenai Islam.

Maka benarlah sangkaan masyarakat Islam selama ini yang menentang penyebaran Bible dalam Bahasa Melayu berjudul Al Kitab, khususnya di Semenanjung. Di dalam Al Kitab ini kalimah Allah digunakan sewenang-wenangnya. Apa yang dikhuatiri ialah Al Kitab akan digunakan bagi menyebarkan dakyah di kalangan orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Ternyata kebimbangan itu benar-benar menjadi kenyataan. Apa yang berlaku di premis gereja itu juga membuktikan bahawa usaha 'memurtadkan' umat Islam di Malaysia bukanlah satu dongeng politik.

Zul dalam ucapannya turut mendedahkan betapa beliau sebagai peguam telah terlibat lama dalam usaha menentang kegiatan memurtadkan orang-orang Melayu oleh pihak gereja-gereja Kristian di negara ini.

Di dalam tulisan terbaru blognya, Zul melakarkan apa yang telah berlaku kepada Aishah Bukhori yang mengisytiharkan dirinya murtad kepada ayahnya Haji Bukhori melalui telefon pada 19 Oktober 1997 ketika sedang berada di sebuah gereja di Panchor Jaya, Rasah, Negeri Sembilan.

Apabila Haji Bukhori dan keluarganya pergi ke gereja tersebut, berlaku pertengkaran kerana mereka tidak benarkan Aishah diambil oleh keluarganya. Keluarga Aishah terpaksa balik hampa kerana tidak mampu berbuat apa-apa.

Menurut Zul, kes Aishah Bukhori membabitkan penglibatan secara langsung seorang peguam ahli Malaysian Bar yang membuat permohonan ke mahkamah untuk perintah habeas corpus bagi membebaskan Aishah daripada jagaan keluarga beliau.

Inilah antara episod-episod yang menyebabkan Zul menyuarakan kebimbangan dengan melontarkan soalan ''apa nak jadi kepada umat Islam (di Malaysia) hari ini?" Kebimbangan beliau wajib dikongsi oleh seluruh umat Islam jika mereka mengaku beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Sekadar bimbang juga tidak memadai. Yang pentingnya apakah tindakan yang perlu diambil bagi menyekat usaha memurtadkan lebih ramai orang Melayu. Isu memelihara keutuhan akidah umat Islam di Malaysia adalah soal yang sangat mendesak dan tidak boleh lagi dipandang ringan.

Janganlah umat Islam sahaja yang dituntut supaya memelihara keharmonian sedangkan hak mereka diganggu gugat oleh pihak-pihak lain. Seluruh rakyat Malaysia sepatutnya sudah amat memaklumi kontrak sosial yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Kekhuatiran umat Islam mengenai asakan terhadap akidah mereka memerlukan kesepaduan suara dan tindakan seluruh ummah, tanpa mengira perbezaan fahaman politik. Malangnya perbezaan politiklah yang telah menyumbang parah kepada isu ini.

Dalam mencari pengaruh untuk mendapatkan undi pilihan raya, masyarakat Islam yang berpecah belah telah merelakan diri mereka bersahabat karib dan tunduk kepada tuntutan bukan Islam, khususnya orang-orang Kristian.

Maka apabila kalimah Allah digunakan oleh gereja dengan agenda tersembunyi, pendirian tegas kerajaan yang melarang telah ditentang pula oleh segolongan pemimpin politik Islam. Mereka adalah oportunis yang sanggup menggadaikan agama demi memperoleh sokongan bukan Islam.

Wahai orang-orang yang beriman, mereka inilah yang patut ditentang kerana mereka terang-terang telah melanggar perintah Allah.

Sila baca surah Al Maaidah yang sarat dengan peringatan mengenai perkara ini. Antaranya ialah: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman kepada setengah yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapat, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. - Al Maaidah 5: 51 (Tafsir Ar Rahman)

Dalam ayat seterusnya (52) Allah berfirman yang bermaksud: Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata ''kami takut kami akan ditimpa bencana. (Yang memaksa kami akan meminta pertolongan mereka).

Adakah bencana yang mereka takuti sekadar kekalahan dalam pilihan raya dan tidak dapat membentuk kerajaan yang memerintah sama ada di peringkat negeri atau persekutuan? Jika inilah percaturan ahli-ahli politik yang kononnya beragama Islam ini, maka wajiblah mereka ini ditentang. Mereka telah mempertuhankan politik.

Tentanglah mereka tanpa mengira sama ada mereka adalah dari parti politik anda sendiri. Benar bahawa dalam mempertahankan akidah dan kepentingan agama, kita umat Islam mestilah bersatu padu tanpa batas politik.

Maka pendirian Zulkifli Noordin adalah benar, pendirian Nasrudin Hassan dan Hassan Ali juga benar. Janganlah takutkan manusia, takutlah kepada azab Allah yang tidak terperi seksanya. Jika Allah murka, negara kita Malaysia akan menanggung padah buruknya kelak.

Sokong dan tegakkanlah kebenaran demi keimanan, sekalipun ia amat pedih dan pahit.

Renungilah firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 yang bermaksud: Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedangkan kamu mengetahuinya.

Pemeriksaan juga dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 1995 iaitu 'Menghina atau Mempersendakan Ibadat Agama Islam di Kalangan Penganut Agama Islam Sendiri". Siasatan juga akan dibuat mengikut peruntukan Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Kenangan suami iringi Maimun

Posted:

Kenangan suami iringi Maimun

Kenangan suami iringi Maimun

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto HAYAT SUEET


Maimun menunjukkan lukisan arwah suami yang dihasilkan ketika sedang bertarung dengan penyakit kanser hati.


RIAK wajahnya ceria dan dia masih mampu bergurau mesra. Seakan hidupnya cukup sempurna dikelilingi bunga-bunga bahagia. Beberapa jam berbual dengan wanita ini membuatkan hati kecil bertanya dari mana kekuatan yang diperolehinya?

Namun, tatkala melihat pada kesan-kesan hitam di bahagian tangan dan kaki, pasti siapa jua boleh mengagak apa yang sedang dilaluinya kini.

"Memang rasa panas dan kering tangan serta kaki ni setiap kali menjalani rawatan kemoterapi," kata Maimun Maidin, yang disahkan menghidap kanser folikular limfoma, enam bulan lalu.

Bayangkan ketika itu dia baru seminggu meratap kehilangan suami tersayang akibat kanser hati, ketulan di paha kanannya pula disahkan doktor sebagai sel kanser yang sedang aktif. Bagaikan dua peluru hidup tepat mengenai diri, namun dia masih mampu tersenyum dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Menurutnya, tujuh orang doktor datang untuk menerangkan keadaan sebenar yang dialaminya ketika itu kerana mereka menyangka dia pasti akan bersedih.

"Saya menerimanya dengan reda dan positif. Saya tidak rasa sedih atau bertanya mengapa saya yang mengalaminya. Cuma air mata ini sukar ditahan bila mengenang suami yang ibarat teman sejiwa sudah tidak ada lagi di dunia," katanya sambil menahan sebak di dada.

Ada titis-titis jernih mengalir di sudut kelopak matanya usai dia berkata-kata. Namun dengan pantas, dia menyeka dan menarik nafas panjang.

Bagi Maimun, dia tidak mahu mengalah. Penderitaan suami sepanjang dua tahun melawan kanser menjadikan dia cukup mengerti dengan segala keperitan yang harus dilalui.

Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Tapi dia terus tabah. Selepas enam kali menjalani rawatan kemoterapi, rambutnya mula gugur. Begitu juga dengan kening dan bulu mata.

"Dua tiga hari selepas kemoterapi, tekak mula terasa perit. Badan pula rasa tak sedap seperti wanita hamil. Dulu ketika mengandung keenam-enam anak, saya tak pernah rasa seperti ini. Kini baru saya tahu bagaimana keadaan wanita mabuk akibat hamil," katanya tersenyum.

Bagi wanita yang berasal dari Melaka ini, enam orang anak yang masih muda adalah kekuatan dan penawar suka duka. Katanya, masih banyak lagi perkara yang dia ingin lakukan.

"Empat orang anak masih belum berkahwin. Saya tak mahu mereka rasa sedih jika saya terus bersedih. Saya juga nak melihat mereka bahagia dan berjaya dalam bidang masing-masing," katanya.

Ketumbuhan

Bercerita mengenai penyakit yang dihidapinya, Maimun berkata, pada mulanya dia sedar ketumbuhan kecil pada bahagian paha.

"Dah lama saya sedar ketumbuhan ini. Bila pergi berjumpa doktor, mereka kata tak perlu risau kerana ini bisul sahaja," katanya.

Namun lama-kelamaan, ketumbuhan itu membesar. Lalu dia mendapatkan pandangan pakar dan pelbagai ujian dilakukan kepadanya.

Sehinggalah pada pagi sebelum kematian suami pada pertengahan Februari lalu dia akhirnya menjalani ujian imbasan magnetik resonans (MRI). Dan seminggu selepas itu baru disahkan sebagai kanser folikular limfoma tahap satu gred dua.

Bagaimanapun kata Maimun, dia sedikit pun tidak rasa takut atau bersedih. Kerana baginya, setiap yang berlaku itu ada adalah takdir dan pasti ada hikmah tersendiri.

"Boleh dikatakan semua orang ada penyakit masing-masing. Mungkin saya diuji dengan kanser, tetapi orang lain ada penyakit yang lain pula. Penyakit jantung, sakit mental, masalah rumah tangga juga satu penyakit. Rasanya itu lebih berat lagi," katanya.

Jelas Maimun, apa pun yang berlaku, dia perlu menghadapinya dengan tabah dan positif. Dalam pada itu, dia juga berikhtiar seboleh mungkin bagi mengubatinya tanpa menyerah sahaja kepada takdir semata-mata.

Kenangan

Tempoh 36 tahun melayar bahtera rumah tangga, kenangan bersama arwah suami, Raja Azaham Raja Adanan menjadi hadiah berharga yang akan dikenang sehingga ke hujung nyawa.

"Bagi saya, selain anak-anak, kenangan bersama arwah adalah kekuatan untuk terus berjuang. Masih terbayang lagi pelbagai perkara yang kami lakukan bersama," katanya sambil membelek beberapa lukisan yang dihasilkan arwah.

Kata Maimun, mereka berdua berkongsi minat yang sama dalam bidang muzik dan lukisan. Minat itu dipupuk sejak mereka berdua menuntut di Institut Teknologi Mara, Shah Alam sekitar tahun 1970-an lagi.

Menurut wanita berusia 60 tahun ini, rakan-rakan mengibaratkan dia dan suami merpati dua sejoli. Ke mana pergi pasti berdua dan ada sahaja perkara menarik yang dilakukan bersama. Adat berumah tangga ada pasang surutnya, namun mereka tidak pernah menyimpan marah terlalu lama.

"Selepas ini saya berhasrat menyambung kembali minat dalam bidang lukisan. Dah lama saya berhenti melukis kerana memberi tumpuan membesarkan anak-anak dan menjaga suami yang sakit sejak tahun 2008. InsyaAllah, kalau tidak ada halangan, saya juga teringin mengadakan pameran lukisan karya-karya arwah," katanya sambil tersenyum penuh makna.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Berfikir secara positif

Posted:

Berfikir secara positif

Berfikir secara positif

Soalan:
Saya mempunyai seorang kawan yang sering melakukan onani. Puas saya menasihatinya namun, di mengatakan bahawa dia telah ketagih dan hampir setiap hari melakukannya.

Saya ingin bertanya apakah punca perlakuan tersebut? Apakah kesan negatif bagi mereka yang bujang dan sering melakukan onani? Dia juga sering merungut bahawa payu dara telah jatuh (kendur) seperti wanita yang telah berkahwin. Adakah ini kesan daripada onani? Apakah cara yang terbaik untuk saya menasihatinya? Mohon penjelasan.

n Ira, Kuala Lumpur.

Jawapan: Terima kasih kerana mengutarakan soalan yang amat menarik sekali. Perbuatan onani dalam kalangan wanita jarang diperbincangkan. Mungkin kerana ia merupakan suatu 'tabu', walaupun mungkin perbuatan ini makin kerap dipraktiskan terutama oleh golongan remaja masa kini. Perbuatan onani kebiasaannya berpunca daripada perasaan ingin mencuba untuk mencari sesuatu yang baru. Punca lain juga mungkin disebabkan seseorang yang gemar berkhayal kotor, menonton filem porno, merokok, mengamalkan pengambilan pil ekstasi dan alkohol. Jadi secara umumnya, mereka tidak dapat meninggalkan perbuatan onani dan seringkali melakukannya apabila ada masa terluang.

Amalan onani yang telah diamalkan sejak sekian lama boleh memberikan kesan kepada hubungan seks yang normal. Lebih teruk lagi sekiranya onani yang dilakukan menggunakan cara yang ekstrem. Onani sememangnya berbeza dengan hubungan seks yang normal kerana anda tidak perlu untuk memberikan pertimbangan kepada pasangan anda, malah anda melakukannya hanya untuk kepuasan diri sendiri semata-mata. Hubungan seks yang normal memerlukan anda lebih bertimbang rasa serta mementingkan keselesaan di samping menghormati keinginan pasanga. Sekiranya anda tidak dapat memenuhi harapan pasangan, tentunya ia boleh menjejaskan kualiti hubungan seksual tersebut. Onani yang dilakukan secara ekstrem akan memberikan tekanan berlebihan kepada alat kelamin yang boleh memberi kecederaan kepada saraf. Kajian ada menunjukkan bahawa mereka yang beronani menjejaskan kenikmatan hubungan seksual setelah berkahwin kelak.

Kekenduran payu dara secara semula jadinya boleh berlaku pada bila-bila masa dan bukanlah disebabkan oleh perbuatan onani. Tahap kekenduran berbeza-beza bagi setiap orang. Ini bermakna ia juga boleh berlaku kepada wanita yang tidak pernah hamil atau yang tidak pernah menyusukan anaknya. Kekenduran berlaku dengan lebih ketara semasa wanita mengalami menopaus (putus haid) kerana kekurangan aras hormon estrogen. Oleh itu kekenduran boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan proses itu berterusan dan ia boleh berlaku tanpa disedari.

Anda mempunyai tanggung jawab yang amat besar untuk membawa kawan anda kembali ke pangkal jalan. Ia bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. Yakinkan diri sendiri dan juga rakan anda. Banyakkan berdoa dan bersolat hajat, moga niat anda dipermudahkan dan kawan anda dapat meninggalkan perbuatan onani tersebut. Untuk itu nasihatkan kawan anda untuk memulakan dengan berfikir secara positif dan menyedari bahawa rakan anda mempunyai potensi untuk menggunakan akal fikiran sehingga mampu bersikap rasional untuk melakukan pertimbangan serta memilih yang terbaik untuk diri sendiri. Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk melegakan keinginan seksual contohnya memfokuskan tumpuan terhadap hobi, bersenam, menulis dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga beberapa teknik berguna yang boleh dijadikan panduan. Sewaktu diri mula merasa terangsang dan mengalami ketegangan seksual, duduk dengan tenang dan ambil nafas sedalam-dalamnya dengan penuh kesedaran. Alihkan perhatian dan fokus kepada hal lain sekiranya ketegangan seksual itu berpunca daripada imaginasi atau fantasi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tindakan tegas ubah suai biometik

Posted:

Tindakan tegas ubah suai biometik

Tindakan tegas ubah suai biometik

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 13 Ogos - Bayaran deposit RM5,000 yang dikenakan kepada pengurus Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau 6P tidak akan dikembalikan jika mereka didapati mengubah suai peralatan biometrik yang digunakan dalam proses pendaftaran itu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, langkah itu selaras dengan perjanjian antara syarikat dengan kementerian seperti ditetapkan sebelum ini.

Menurutnya, pengubahsuaian peralatan itu hanya akan menyebabkan sistem yang dipakai tidak lagi memenuhi spesifikasi ditetapkan kerajaan.

"Bagaimanapun perkara ini masih dalam siasatan dan kami sedang mengenal pasti tujuan pihak yang tidak bertanggungjawab mengubah suai peralatan biometrik berkenaan.

"Selain itu, syarikat yang terlibat dengan pengubahsuaian tersebut telah dipanggil untuk memberi penjelasan dan turut diberikan amaran oleh kementerian," katanya pada sidang akhbar selepas mengiringi Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, Atiqur Rahman meninjau lokasi pendaftaran Program 6P di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad.

Baru-baru ini, media melaporkan terdapat beberapa syarikat yang menggunakan khidmat perunding teknologi maklumat (IT) tidak sah untuk mengubah suai peralatan biometrik yang digunakan bagi Program 6P.

Alwi berkata, tindakan itu diambil bagi mengelak berlaku sebarang masalah kepada warga asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sehingga pagi ini, seramai 218,000 PATI warga Bangladesh telah direkodkan manakala untuk pekerja sah pula seramai 116,000 orang.

Sementara itu, Atiqur berkata, pihaknya akan sentiasa memberikan kerjasama penuh bagi menjayakan program 6P yang melibatkan pendaftaran warganegaranya.

"Pihak kami pada bila-bila masa akan menghulurkan bantuan sekiranya perlu atau apabila terdapat masalah dengan pendaftaran warga Bangladesh dalam program ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kekalkan sikap hormati kaum, agama demi keamanan - KPN

Posted:

Kekalkan sikap hormati kaum, agama demi keamanan - KPN

Kekalkan sikap hormati kaum, agama demi keamanan - KPN


Majlis pelancaran Kempen 'Balik Kampung - Rumah Selamat' Ismail Omar di Subang Jaya, Selangor, semalam. - MINGGUAN/MOHD. AZIM ABD RAHMAN


SUBANG JAYA 13 Ogos - Rakyat negara ini diminta mengekalkan sikap saling hormat menghormati antara kaum dan agama yang sudah menjadi amalan selama ini bagi memastikan keamanan dalam negara dapat dikekalkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ini kerana sikap saling hormat menghormati dan bertolak ansur sudah terbukti membawa kebaikan kepada negara.

"Saya tidak mahu berkata apa-apa (komen) terhadap tindakan pihak tertentu yang dilihat cuba memecah-belahkan perpaduan rakyat negara ini dengan mengambil kesempatan daripada pemeriksaan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

"Yang penting atau perkara pokok patut dilihat ialah kita hendaklah memastikan negara dan negeri kita sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen 'Balik Kampung-Rumah Selamat' anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya bersama Subang Jaya Community Alert di bazar Ramadan SS18 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar; Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan timbalannya, Datuk A. Thaiveegan; Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar; Naib Pengerusi 1 Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Dr. Erwan Mohd. Tahir dan Exco MCPF Selangor, Datuk Muhammad Fuad Talib.

Pada majlis itu, MCPF turut menyumbangkan duit raya dan bungkusan hamper kepada 40 anak yatim.

Dalam pada itu, Ismail turut meminta orang ramai supaya jangan salah faham terhadap Ops Sikap yang diadakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada setiap musim perayaan termasuk minggu depan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

"Tujuan Ops Sikap diadakan bukan semata-mata untuk mengeluarkan saman tetapi ia diadakan secara berterusan bagi memastikan jalan raya di negara ini selamat digunakan dan kita mahu rakyat Malaysia komited membantu kita untuk mencapai matlamat tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Ismail berkata, polis tidak akan mengadakan operasi khas untuk menangani masalah penjualan dan permainan mercun pada musim perayaan kali ini.

Beliau berkata, ini kerana pihaknya sentiasa menjalankan pemeriksaan secara berterusan untuk menangani masalah tersebut dan bertindak tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan menjual atau bermain mercun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pekerja seks mengaku beragama Kristian elak ditahan

Posted:

Pekerja seks mengaku beragama Kristian elak ditahan

Pekerja seks mengaku beragama Kristian elak ditahan

KLANG 13 Ogos - Seramai enam wanita dipercayai pekerja seks ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman di sebuah hotel di Jalan Batu Tiga Lama, di sini malam tadi.

Serbuan bermula pukul 10.50 malam hingga pukul 1.30 pagi itu turut disertai anggota Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.

Selain wanita berkenaan, pihak berkuasa juga menahan tiga lelaki yang dipercayai penjaga wanita berkenaan.

Pegawai operasi D7 Bukit Aman, Asisten Supritendan Sharul Nizam Jaafar berkata, enam wanita berusia di antara 20 dan 30 tahun itu diberkas ketika sedang menjalankan khidmat mengurut di hotel berkenaan.

Jelasnya, kesemua wanita yang ditahan dipercayai warga Indonesia dan mereka didapati melakukan kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

"Mereka juga cuba menipu pihak berkuasa dengan mengaku beragama Kristian semasa ditahan. Kesemuanya dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk siasatan lanjut," jelas sumber itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Shukor Sulong ketika dihubungi hari ini mengesahkan operasi dan tangkapan yang dibuat.

Ujar beliau, pihaknya akan memohon perintah tahanan reman terhadap kesemua yang ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Harga barang stabil, terkawal

Posted:

Harga barang stabil, terkawal

Harga barang stabil, terkawal

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


ROSLAN Adnan (kanan) dan Hassan Shah mempamerkan tanda harga ayam RM8 sekilogram di Pasar Awam Larkin, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 12 Ogos - Walaupun Ramadan hampir memasuki minggu ketiga dan permintaan terhadap barangan keperluan asas semakin meningkat, harga barangan keperluan itu di dapati masih terkawal dan tidak berubah.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Awam Larkin di sini iaitu tempat tumpuan utama warga kota termasuk rakyat Singapura mendapati, tidak berlaku sebarang kenaikan harga.

Harga barangan keperluan asas seperti ayam, daging lembu dan kambing, sayur-sayuran, tepung gandum, minyak masak, gula dan sebagainya sama seperti sebelum bulan puasa.

Seorang peniaga ayam, Kamisah Sarif, 40, berkata, harga ayam kekal RM8 sekilogram (kg) kerana tiada keperluan menaikkannya.

"Meskipun harganya RM8 satu kg tetapi kadang-kadang kami akan kurangkan apabila pelanggan minta diskaun. Peniaga terpaksa berbuat demikian kerana kami bersaing dengan beberapa pasar raya sekitar kawasan Larkin.

"Harga barang di Pasar Awam Larkin memang tidak pernah naik sebelum atau semasa Ramadan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pasar itu di sini hari ini.

Penjual daging lembu, Roslan Adnan, 52, berkata, meskipun pasar itu menjadi tumpuan tetapi tidak bermakna peniaga bertindak menaikkan harga sesuka hati.

Katanya, harga daging lembu masih sama iaitu RM12 sekilogram dan RM28 sekilogram bagi daging segar malah harga itu lebih murah daripada pasar raya di sekitar Larkin.

Menurut Roslan, dakwaan bahawa pendapatan peniaga di pasar itu lumayan kerana orang Singapura membeli daging tidak benar kerana hanya segelintir yang membeli kerana bimbang tidak dibenarkan membawanya masuk ke negara itu.

Peniaga daging kambing, Hassan Shah, 53, pula menyifatkan perniagaan Ramadan kali ini agak teruk berbanding bulan puasa pada tahun-tahun sebelumnya.

"Mungkin disebabkan persaingan yang banyak dan pelanggan pula hanya ramai pada hari Jumaat hingga Ahad," katanya.

Peniaga runcit, Norhisham Mohd. Isa, 38, barang-barang keperluan asas di kedainya tidak naik contohnya tepung gandum kekal RM2.50 sepeket dan gula RM2.30 sekilogram.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Suami rayu isteri bersama dua anak pulang

Posted:

Suami rayu isteri bersama dua anak pulang

Suami rayu isteri bersama dua anak pulang


Nuraini menunjukkan gambar ibunya, Mariani dan adiknya, Noranisha sambil ditemani Aldan Aknal di Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 12 Ogos - Seorang suami, Aldan Aknal, 44, merayu isterinya, Mariani Ahmad kembali ke pangkuan keluarganya setelah menghilangkan diri bersama dua anak mereka sejak November tahun lalu.

Aldan dari Tawau, Sabah memberitahu, sebelum ini isterinya pernah sembilan kali melarikan diri namun berjaya ditemui semula selepas usaha mencarinya dijalankan bersama rakan dan ahli keluarga yang lain.

Dia percayai isteri dan dua anaknya, Norjumadi Ahmad, 7, dan Noranisha, 2, masih berada di negeri ini.

''Saya berkahwin dengan dia sudah hampir sembilan tahun dan dikurniakan tiga anak, dua perempuan dan seorang lelaki. Anak kedua dan ketiga dibawa lari bersama manakala anak sulung ditinggalkan bersama saya.

"Sudah hampir setahun dia menghilang diri bersama anak-anak saya. Malah surat beranak semua anak kami dibawa bersama dan ia menyukarkan proses untuk menyekolahkan anak sulung saya ini," katanya ketika datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini semalam.

Dia yang sudah tidak tahan diperlakukan sebegitu turut membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) untuk tindakan lanjut.

"Saya mohon dia pulang agar kami dapat selesaikan masalah itu dengan cara baik. Saya sayangkan anak-anak dan mampu untuk menjaga mereka.

"Sekiranya dia sudah tidak ingin bersama saya, pulangkan anak-anak, saya sangat rindukan mereka. Malah anak sulung saya, Nuraini sangat rindukan anak-adiknya," katanya.

Sehubungan itu, mereka yang mempunyai maklumat dan mengenai Mariani boleh menghubungi Aldan di talian 016-7614650 atau menghubungi balai polis berhampiran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved