Sabtu, 13 Ogos 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Bakar rumah sendiri

Posted:

Bakar rumah sendiri

Bakar rumah sendiri

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
utusankelantan@utusan.com.my


Penduduk melihat keadaan rumah Limah Yaacob yang hangus terbakar di Kampung Lakota, Jeli, Kelantan, kelmarin.


JELI 13 Ogos - Sebuah keluarga hilang tempat tinggal, malah tidak sempat berbuka puasa apabila rumah mereka musnah terbakar petang semalam gara-gara perbuatan seorang ahli keluarga itu yang kurang siuman membakar kain.

Kejadian berlaku pukul 6.30 petang di Kampung Lakota dekat sini, ketika mangsa, Limah Yaacob, 60, membasuh beras bagi menyediakan juadah berbuka puasa.

Menurutnya, tiba-tiba anak lelakinya yang mesra dipanggil Pak Cu berusia 23 tahun datang dan melempar bantal ke arahnya sehingga beras dibasuh terjatuh.

"Saya kemudian menegur tindakan Pal Cu. Tidak lama kemudian, tiba-tiba saya lihat dia menyalakan api dan membakar kain di tepi dinding. Api merebak dengan cepat dan saya terus keluar bagi meminta bantuan jiran tetapi ramai tiada di rumah," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pemilik rumah berkenaan, Razali Mohamed, 50, yang tinggal di rumah berhampiran berkata, ketika kejadian dia, tiada di rumah kerana membeli kuih-muih di Pasar Ayer Lanas.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Jeli, Mokhtar Che Mah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.52 petang dan seramai 16 anggota termasuk bomba sukarela dikejarkan ke lokasi.

Katanya, semasa sampai, rumah terbabit telah 90 peratus hangus dan pihaknya mengambil masa lima minit untuk mengawal sepenuhnya kebakaran dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM38,000.

Dalam pada itu, nasib keluarga terbabit mendapat perhatian Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr. Azmi Setapa yang menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bimbang suspek kes bunuh berkeliaran

Posted:

Bimbang suspek kes bunuh berkeliaran

Bimbang suspek kes bunuh berkeliaran

PADANG TERAP 13 Ogos - Penduduk Kampung Paya Terap di sini, kini dalam ketakutan apabila mendakwa terserempak dengan suspek utama kes bunuh seorang warga emas, Seman Siron, berkeliaran di kampung itu, hari ini.

Suspek yang juga anak kepada Seman, 60, dilihat pukul 8.30 pagi ini dalam keadaan lemah dan memakai baju berwarna coklat serta berseluar pendek sambil memegang dua bilah parang.

Penduduk, Wan Fatimah Yaakub, 49, berkata, anak bongsunya yang berusia sembilan tahun ternampak suspek berjalan di depan rumah mereka namun berpatah balik dan melarikan diri ke dalam hutan apabila mendengar bunyi motosikal.

"Anak saya takut kerana nampak lelaki itu dalam keadaan tidak terurus berjalan sambil membawa dua bilah parang di depan rumah kami.

"Saya dan suami tiada di rumah kerana kami ke kebun berhampiran, jadi anak saya tunggu kami di rumah dan terus memberitahu kami mengenai kejadian itu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, Seman maut manakala isterinya parah ditetak dengan sebilah parang oleh anak mereka yang naik berang dalam kejadian amuk.

Menurut Wan Fatimah, selepas mendengar berita itu, penduduk berasa bimbang dengan keselamatan mereka kerana suspek yang masih bebas itu bersenjata.

"Kami harap suspek akan segera ditangkap oleh pihak polis kerana kami memang tidak berani keluar dari rumah selepas kejadian itu," jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Deputi Supritendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, sehingga petang ini polis masih giat mencari suspek di dalam hutan-hutan berhampiran.

"Pihak kami masih menjalankan operasi mencari suspek dan kita ada kesan jejak-jejak yang ditinggalkan oleh suspek," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved