Sabtu, 13 Ogos 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Harga barang stabil, terkawal

Posted:

Harga barang stabil, terkawal

Harga barang stabil, terkawal

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


ROSLAN Adnan (kanan) dan Hassan Shah mempamerkan tanda harga ayam RM8 sekilogram di Pasar Awam Larkin, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 12 Ogos - Walaupun Ramadan hampir memasuki minggu ketiga dan permintaan terhadap barangan keperluan asas semakin meningkat, harga barangan keperluan itu di dapati masih terkawal dan tidak berubah.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Awam Larkin di sini iaitu tempat tumpuan utama warga kota termasuk rakyat Singapura mendapati, tidak berlaku sebarang kenaikan harga.

Harga barangan keperluan asas seperti ayam, daging lembu dan kambing, sayur-sayuran, tepung gandum, minyak masak, gula dan sebagainya sama seperti sebelum bulan puasa.

Seorang peniaga ayam, Kamisah Sarif, 40, berkata, harga ayam kekal RM8 sekilogram (kg) kerana tiada keperluan menaikkannya.

"Meskipun harganya RM8 satu kg tetapi kadang-kadang kami akan kurangkan apabila pelanggan minta diskaun. Peniaga terpaksa berbuat demikian kerana kami bersaing dengan beberapa pasar raya sekitar kawasan Larkin.

"Harga barang di Pasar Awam Larkin memang tidak pernah naik sebelum atau semasa Ramadan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pasar itu di sini hari ini.

Penjual daging lembu, Roslan Adnan, 52, berkata, meskipun pasar itu menjadi tumpuan tetapi tidak bermakna peniaga bertindak menaikkan harga sesuka hati.

Katanya, harga daging lembu masih sama iaitu RM12 sekilogram dan RM28 sekilogram bagi daging segar malah harga itu lebih murah daripada pasar raya di sekitar Larkin.

Menurut Roslan, dakwaan bahawa pendapatan peniaga di pasar itu lumayan kerana orang Singapura membeli daging tidak benar kerana hanya segelintir yang membeli kerana bimbang tidak dibenarkan membawanya masuk ke negara itu.

Peniaga daging kambing, Hassan Shah, 53, pula menyifatkan perniagaan Ramadan kali ini agak teruk berbanding bulan puasa pada tahun-tahun sebelumnya.

"Mungkin disebabkan persaingan yang banyak dan pelanggan pula hanya ramai pada hari Jumaat hingga Ahad," katanya.

Peniaga runcit, Norhisham Mohd. Isa, 38, barang-barang keperluan asas di kedainya tidak naik contohnya tepung gandum kekal RM2.50 sepeket dan gula RM2.30 sekilogram.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Suami rayu isteri bersama dua anak pulang

Posted:

Suami rayu isteri bersama dua anak pulang

Suami rayu isteri bersama dua anak pulang


Nuraini menunjukkan gambar ibunya, Mariani dan adiknya, Noranisha sambil ditemani Aldan Aknal di Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 12 Ogos - Seorang suami, Aldan Aknal, 44, merayu isterinya, Mariani Ahmad kembali ke pangkuan keluarganya setelah menghilangkan diri bersama dua anak mereka sejak November tahun lalu.

Aldan dari Tawau, Sabah memberitahu, sebelum ini isterinya pernah sembilan kali melarikan diri namun berjaya ditemui semula selepas usaha mencarinya dijalankan bersama rakan dan ahli keluarga yang lain.

Dia percayai isteri dan dua anaknya, Norjumadi Ahmad, 7, dan Noranisha, 2, masih berada di negeri ini.

''Saya berkahwin dengan dia sudah hampir sembilan tahun dan dikurniakan tiga anak, dua perempuan dan seorang lelaki. Anak kedua dan ketiga dibawa lari bersama manakala anak sulung ditinggalkan bersama saya.

"Sudah hampir setahun dia menghilang diri bersama anak-anak saya. Malah surat beranak semua anak kami dibawa bersama dan ia menyukarkan proses untuk menyekolahkan anak sulung saya ini," katanya ketika datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini semalam.

Dia yang sudah tidak tahan diperlakukan sebegitu turut membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) untuk tindakan lanjut.

"Saya mohon dia pulang agar kami dapat selesaikan masalah itu dengan cara baik. Saya sayangkan anak-anak dan mampu untuk menjaga mereka.

"Sekiranya dia sudah tidak ingin bersama saya, pulangkan anak-anak, saya sangat rindukan mereka. Malah anak sulung saya, Nuraini sangat rindukan anak-adiknya," katanya.

Sehubungan itu, mereka yang mempunyai maklumat dan mengenai Mariani boleh menghubungi Aldan di talian 016-7614650 atau menghubungi balai polis berhampiran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved