Sabtu, 13 Ogos 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PM yakin sasaran KDNK tahun ini boleh dicapai

Posted:

PM yakin sasaran KDNK tahun ini boleh dicapai

PM yakin sasaran KDNK tahun ini boleh dicapai

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan keyakinannya bahawa sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara lima hingga enam peratus seperti yang disasarkan tahun ini akan dapat dicapai.

Keyakinan itu, kata Perdana Menteri, berdasarkan permintaan dalam negara yang masih pada tahap tinggi walaupun ekonomi negara mungkin terjejas ekoran penurunan penarafan hutang Amerika Syarikat (AS) serta tekanan ekonomi di Eropah.

''Begitu pun sasaran itu memerlukan usaha yang gigih daripada semua pihak untuk dicapai termasuk sektor swasta yang mana mereka harus melakukan apa yang dijanjikan dari segi pelaburan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga berharap AS dan Eropah dapat mencari jalan menyelesaikan masalah ekonomi yang sedang dihadapi bagi memastikan ekonomi dunia tidak merudum atau berkembang terlalu rendah.

Ini kerana, katanya, keadaan ekonomi seperti itu akan turut memberi kesan kepada ekonomi negara terutama sektor perkilangan memandangkan kebanyakan pelabur di Malaysia mempunyai pasaran di AS dan Eropah.

''Ekonomi negara bersifat terbuka, jika ekonomi dunia mengalami pertumbuhan kurang daripada satu peratus, maka kesannya kepada KDNK kita pula sekitar 0.4 peratus," katanya.

Ketika ditanya sama ada Bajet 2012 nanti akan mengambil kira keadaan ekonomi luaran, Najib menegaskan, bajet berkenaan serta perancangan kewangan lainnya akan mengambil kira faktor tersebut.

Menyentuh kekacauan yang berlaku di London, beliau berkata, ia adalah antara sebab mengapa kerajaan tidak membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan demonstrasi jalanan.

Kata beliau, tidak ada jaminan bahawa semua yang terlibat dalam demonstrasi jalanan termasuk perhimpunan Bersih baru-baru ini terdiri daripada mereka yang mahu mengadakannya secara aman.

''Apabila ada demonstrasi jalanan secara besar-besaran, kejadian seperti rusuhan, serang-menyerang dan memecah masuk kedai adalah kemungkinan yang boleh berlaku," katanya.

Najib turut melahirkan rasa kesal terhadap Bersih yang menolak tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium dan menegaskan kerajaan tidak pernah menafikan atau menarik balik tawaran itu.

''Keputusan itu diambil kerana kita mahu mengelak sebarang kejadian buruk sekiranya perhimpunan tersebut dilakukan di jalanan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ECER terima pelaburan RM2 bilion

Posted:

ECER terima pelaburan RM2 bilion

ECER terima pelaburan RM2 bilion

PUTRAJAYA 12 Ogos - Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) hari ini menerima pelaburan RM2 bilion ia-itu yang terbesar dalam industri bioteknologi negara melalui usahasama di antara syarikat Korea Selatan, CJ CheilJedang Corporation dan Arkema SA dari Perancis.

Berikutan itu, projek tersebut bakal menjana limpahan ekonomi baru yang signifikan seperti penjanaan wap menggunakan sumber yang boleh diperbaharui.

Malah, ia turut dijangka menjana kira-kira RM20 bilion jualan terkumpul menjelang 2020 dan memberi peluang pekerjaan kepada hampir 500 pekerja mahir.

Projek yang mempunyai kapasiti pengeluaran 80,000 tan metrik setahun itu bertempat di kawasan seluas 70 hektar di ECER SEZ, Kertih, Terengganu dan disasarkan beroperasi pada 2013.

Pengumuman mengenai pelaburan tersebut yang secara simbolik dipaparkan menerusi percantuman dua replika kad pelabur disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Turut hadir Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CJ CheilJedang Asia, Jin-Hyun Kim; Presiden Arkema Asia Pasific, Dominique Namer; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER (ECERDC), Datuk Jabasingam Issace John dan Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp, Datuk Dr. Mohd. Nazlee Kamal.

ECER adalah koridor ekonomi pantai timur Semenanjung meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing (Johor).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ECER hari ini, kedua-dua syarikat pelabur berkenaan akan membangunkan loji biomethionine pertama di dunia dan platform thiochemical pertama di Asia.

Pelaburan itu adalah satu kejayaan yang bukan hanya akan menjadikan Malaysia sebagai hab untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) tetapi juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di wilayah ECER.

Ia juga akan merangsang pertumbuhan sektor bioteknologi negara dan menyediakan peluang-peluang perdagangan bagi industri itu terutama ketika Malaysia bergerak ke arah Fasa Pengkomersialan Dasar Bioteknologi Negara (NBP).

Selain itu, pelaburan tersebut dianggap satu kejayaan dalam industri bahan makanan tambahan global kerana buat pertama kali pengeluaran biomethionine akan digabungkan bersama dengan kedua-dua bioteknologi lanjutan dan kimia gunaan.

Biomethionine adalah sulfur amino asid yang digunakan secara meluas untuk makanan haiwan di Asia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Program 6P dilanjut 21 Ogos

Posted:

Program 6P dilanjut 21 Ogos

Program 6P dilanjut 21 Ogos

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 12 Ogos – Tempoh pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau dikenali Program 6P yang sepatutnya berakhir Ahad ini dilanjutkan seminggu lagi kepada 21 Ogos.

Keputusan itu dibuat sebagai susulan saranan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam yang mengusulkan supaya cadangan lanjutan tarikh itu dipertimbangkan Jawatankuasa Pelaksana Program 6P.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, ini berikutan sambutan berterusan yang diterima daripada majikan serta pekerja dan PATI di kaunter pendaftaran Program 6P yang dibuka sejak 1 Ogos lalu di pejabat Imigresen mahupun menerusi syarikat pengurus yang dilantik kerajaan.

Sehingga tamat operasi pada 11 Ogos, bilangan PATI dan pekerja asing sah yang direkodkan berjumlah 1,807,000 orang.

Daripada jumlah itu, 885,156 adalah angka yang dicatatkan untuk Pendaftaran Pekerja Asing Sah.

''Kerajaan juga memutuskan bahawa setiap PATI yang mendaftar menerusi syarikat pengurus perlu merujuk dan menggunakan khidmat syarikat yang sama apabila memohon untuk proses pemutihan yang akan menyusul pada pertengahan September ini,'' kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mahmood berkata, selari dengan lanjutan tarikh pendaftaran itu, pihak berkuasa negeri, agensi kerajaan dan semua pemimpin jawatankuasa sedia ada di peringkat daerah, kampung serta mukim diminta mencari mekanisme lebih baik bagi menyampaikan maklumat mengenai Program 6P.

"Dan ini sekali gus juga menyakinkan PATI di sekitar kawasan masing-masing untuk keluar mendaftar.

"Paling utama ialah menyakinkan mereka mengenai jaminan kerajaan bahawa tiada tangkapan akan dibuat terhadap PATI dan justeru ia perlu dilihat sebagai peluang terakhir berbuat demikian sebelum operasi penguatkuasaan besar-besaran dimulakan sekitar November 2011," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved