Sabtu, 13 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Rumah mewah kena sita

Posted:

Rumah mewah kena sita

Rumah mewah kena sita

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


ZAKARIYA Ahmad melekatkan notis cukai pintu yang tertunggak ke atas sebuah rumah di Jitra, baru-baru ini.


KUBANG PASU 12 Ogos - Mampu tinggal di rumah mewah tetapi liat pula untuk melunaskan cukai pintu tertunggak.

Namun kedegilan pemilik kediaman ini bagaimanapun menerima padahnya apabila rumah mereka disita oleh Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) dalam satu operasi di sebuah kawasan perumahan di sini kelmarin.

Menurut Ketua Bahagian Penguatkuasa dan Tunggakan Hasil MDKP, Zakariya Ahmad, operasi tersebut membabitkan 30 premis kediaman termasuk rumah banglo dan teres dua tingkat di Taman Tunku Sarina yang dikenal pasti sebagai antara 24 lokasi kritikal di kawasan ini.

Katanya, perumahan tersebut mencatatkan tunggakan tertinggi iaitu lebih RM180,000 daripada keseluruhan RM1.4 juta cukai membabitkan lokasi kritikal itu.

"Sitaan ini dijalankan mengikut Seksyen 148 Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"'Kini pemilik rumah mempunyai tempoh seminggu untuk melunaskan cukai tertunggak mereka atau tindakan mahkamah akan diambil termasuk menyita rumah dan barang-barang di dalamnya," katanya ketika operasi itu di sini kelmarin.

Menurut Zakariya, pemilik-pemilik premis terbabit mempunyai cukai tertunggak lebih daripada RM1,000 sehingga RM5,000 yang gagal dilunaskan sejak 2005.

"Cukai pintu bagi kawasan perumahan ini mula dikutip sejak 2005 yang kutipannya membabitkan dua penggal setiap tahun dengan purata setiap rumah cuma RM97 setiap penggal.

"Namun sesetengah pemilik rumah masih enggan mengambil tanggungjawab melunaskan cukai pintu masing-masing," katanya.

Tambah beliau, selain perumahan Tunku Sarina, MDKP akan turut menjalankan operasi berskala di kawasan lain yang kritikal seperti Taman Bersatu, Taman Mahsuri, Menara Telekomunikasi, Taman Sri Nyior, Taman Seri Temin, Taman Tunku Maheran, Taman Rasa Sayang dan Taman Melor.

Kata Zakariya, kedegilan pemilik rumah tersebut sedikit sebanyak menganggu kelancaran operasi MDKP dalam menyelenggara kawasan perumahan tersebut.

"Operasi ini adalah sebahagian daripada gerakan MDKP ke arah memastikan cukai pintu sifar di daerah ini menjelang akhir tahun ini.

"Hasil kutipan cukai ini dipulangkan semula kepada rakyat menerusi perkhidmatan kutipan sampah, lampu dan cuci longkang yang dijalankan oleh MDKP," katanya.

Justeru, Zakariya meminta pembayar cukai segera berbuat demikian bagi mengelak dikenakan tindakan sita yang akan dijalankan dari semasa ke semasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Satu tan ikan mati di Kampung Padang Behor

Posted:

Satu tan ikan mati di Kampung Padang Behor

Satu tan ikan mati di Kampung Padang Behor


Sebahagian daripada ikan mati yang dipercayai tahap oksigen air sungai rendah di Kampung Padang Behor, Kangar, semalam.


KANGAR 12 Ogos - Kira-kira satu tan ikan pelbagai jenis ditemui mati dalam tali air milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kampung Padang Behor di sini hari ini.

Pengarah Perikanan negeri, Sukri Deris berkata, sebahagian besar ikan yang mati adalah lampam dan tilapia, dipercayai mati akibat kekurangan oksigen.

Katanya, hasil ujian mendapati oksigen terlarut (DO) air dalam tali air terlalu rendah iaitu hanya 1.2 miligram per liter (mg/l) di permukaan air dan 0.81 mg/l di dasar tali air, berbanding paras normal iaitu 4.5 mg/l ke atas.

"Keadaan itu menyebabkan hanya ikan dewasa mati tetapi ikan-ikan kecil masih mampu bertahan. Kita percaya ikan terlibat mati sejak semalam," katanya kepada para pemberita di Kampung Padang Behor di sini hari ini.

Beliau berkata, takungan air yang terlalu lama di samping jumlah ikan yang terlalu banyak dalam tali air itu turut menyebabkan ikan-ikan tersebut mati.

Bagaimanapun katanya, MADA telah mula membuka kunci air di tali air berkenaan pagi ini bagi membolehkan pengaliran air ke sungai berhampiran.

"Namun saya menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil dan memakan ikan yang telah mati kerana dikhuatiri akan memberi kesan sampingan kepada mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Dua maut motosikal bertembung bas ekspres

Posted:

Dua maut motosikal bertembung bas ekspres

Dua maut motosikal bertembung bas ekspres

KULIM 12 0gos - Dua lelaki maut setelah motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di satu selekoh di Kilometer 7 Jalan Kulim-Junjong di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada 5 pagi itu, bas milik syarikat Star Ekspres itu dipercayai menyeret kedua-dua mangsa bersama motosikal kira-kira 20 meter.

Berdasarkan kad pengenalan yang ditemui pada pakaiannya, seorang daripada mangsa dikenali sebagai Ridwan Che Embi, 28, dari di Kampung Tengah, Alma, Bukit Mertajam manakala identiti seorang lagi belum dapat dikenal pasti.

Mayat kedua-duanya telah dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

Pemandu bas berkenaan, Mokhtar Hassan, 46, berkata, beliau bertolak dari Melaka menuju Kulim pada 10 malam tadi dan ketika kejadian, terdapat tiga penumpang yang semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh ketika dihubungi Bernama, menasihatkan pengguna jalan Kulim-Junjong supaya lebih berhati-hati terutama di sekitar tanah perkuburan Cina di situ kerana terdapat beberapa selekoh berbahaya di situ. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved