Sabtu, 13 Ogos 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Buruh ladang dihempap dahan pokok

Posted:

Buruh ladang dihempap dahan pokok

Buruh ladang dihempap dahan pokok

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUALA LIPIS 13 Ogos – Seorang buruh ladang nyaris maut setelah rumahnya dihempap pokok jati berusia lebih 50 tahun ketika sedang tidur dalam kejadian ribut di Ladang Selborne, Padang Tengku dekat sini, semalam.

Kejadian pukul 4 petang itu mengakibatkan mangsa, Nor Mohamad Faizal Osman, 25, retak tulang bahu kanannya dihempap dahan pokok, siling dan atap rumah.

Nor Mohamad berkata, ketika kejadian, dia tidur di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat.

"Apabila terjaga, saya berasa ada sesuatu benda berat yang menimpa badan. Rupanya badan saya ditindih dahan pokok, siling dan atap rumah.

"Saya tidak dapat bergerak dan rasa amat sakit dan hanya mampu mengucap kalimah syahadah berulang kali," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Nor Mohamad memberitahu, dia kemudian diselamatkan oleh ibunya, Noriah Ibrahim, 45, dan beberapa jirannya.

Sementara itu, Noriah berkata, ketika kejadian, dia sibuk memasak menyediakan juadah berbuka puasa di dapur.

"Saya bergegas ke ruang tamu yang sudah ranap dan menarik anak saya keluar sambil menjerit meminta bantuan jiran.

"Dengan bantuan jiran, anak saya dapat dikeluarkan di bawah runtuhan itu. Saya bersyukur dia selamat walaupun cedera di tulang bahu kanan," katanya.

Menurutnya, kejadian ribut itu bermula pada pukul 3.30 petang apabila cuaca berubah menjadi gelap diikuti dengan bunyi guruh serta angin kencang.

Bapa mangsa, Osman Jaafar, 50, berkata, dia bergegas pulang dari ladang apabila ribut mula melanda kerana bimbangkan keselamatan keluarganya.

"Lebih-lebih lagi rumah saya berdekatan dengan sebatang pokok jati tua berusia 50 tahun.

"Sangkaan saya tepat, apabila pulang, saya lihat beberapa jiran membantu mengeluarkan anak saya dari tindihan dahan pokok dan peralatan rumah yang ranap.

"Saya pasrah dengan dugaan dalam bulan Ramadan ini namun bersyukur kerana ahli keluarga selamat walaupun banyak peralatan rumah musnah," katanya.

Osman berharap ada pihak membantu membaik pulih rumahnya kerana Hari Raya Aidilfitri semakin hampir.

Turut mengalami nasib sama, jirannya, K. Demudu, 48, apabila rumahnya ranap dalam kejadian itu.

Dia menggesa pihak berkaitan menebang semua pokok jati di kawasan ladang berkenaan untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman ketika melawat mangsa ribut berkenaan melahirkan rasa simpati sambil menghulurkan bantuan kecemasan.

"Kita sedih dengan kejadian yang berlaku terutama kepada ahli keluarga Osman yang bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.

Justeru pihaknya menghulurkan bantuan kewangan kepada kedua-dua mangsa ribut itu untuk meringankan beban terutama ketika membuat persiapan hari raya tidak lama lagi.

Hadir sama menziarahi mangsa dan menyampaikan bantuan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad dan Ketua Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Samat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hasrat lelaki cari duit raya tak kesampaian

Posted:

Hasrat lelaki cari duit raya tak kesampaian

Hasrat lelaki cari duit raya tak kesampaian


SAPIAN Salihin (kanan) dan Mohd. Redzuan Mad Darus menunjukkan antara mercun yang dirampas dari bonet kereta suspek di Kuantan, semalam.


KUANTAN 13 Ogos - Hasrat seorang lelaki untuk mencari duit tambahan menjelang Hari Raya Aidilfitri ini dengan menjual mercun terpaksa dilupakan apabila ditahan oleh Pasukan Gerakan Marin (PGM) kerana didapati memiliki sejumlah bahan itu bernilai RM9,000 di sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan bersama sebuah kereta Nissan Cefiro berhampiran sebuah stesen minyak di Semambu, di sini pukul 3.50 pagi.

Timbalan Komander PGM Wilayah Tiga, Supritendan Sapian Salihin berkata, suspek ditahan ketika berhenti di stesen minyak berkenaan untuk membuang air.

Katanya, penahanan itu dilakukan hasil maklumat orang awam yang mengesyaki kereta tersebut membawa pelbagai jenis mercun dari negara jiran.

"Hasil pemeriksaan, kita merampas 17 jenis mercun pelbagai jenis dan bunga api yang diletakkan di dalam bonet kereta itu.

"Kita percaya bekalan itu baru sahaja diambil dari negara jiran untuk dijual di bazar Ramadan di sekitar bandar ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain mercun, PGM turut menyita kereta milik suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

"Ini adalah tangkapan pertama penjualan mercun dan bunga api sempena musim perayaan tahun ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, PGM akan mengadakan operasi membanteras kegiatan penjualan dan pengedaran mercun dan bunga api di negeri ini menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Waspada lalui laluan maut

Posted:

Waspada lalui laluan maut

Waspada lalui laluan maut

CAMERON HIGHLANDS 13 Ogos - Polis mengenal pasti empat laluan di Pahang yang sering berlaku kemalangan maut terutama ketika tiba musim perayaan.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali berkata, empat laluan tersebut ialah Jalan Kuantan-Segamat, Lebuhraya Pantai Timur, Jalan Bentong-Raub-Lipis-Gua Musang dan Jalan Pekan-Rompin.

"Pengguna juga perlu berhati-hati terutama di kawasan selekoh kerana bilangan kenderaan yang banyak berbanding hari biasa apabila tiba musim perayaan.

"Dalam pada itu, pemandu juga dinasihati merancang perjalanan bagi mengelak kesesakan," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di sini, baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved