Selasa, 4 Oktober 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Kelemahan pembangkang

Posted:

Kelemahan pembangkang

Kelemahan pembangkang

oleh FARHANA JONI dan SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Kelemahan pembangkang jelas terserlah apabila bertindak memperkenalkan belanjawan yang bertemakan 'Kesejahteraan untuk semua' hari ini tanpa mengetahui perkara-perkara asas dalam ekonomi.

Ahli akademik, Dr. Chandra Muzaffar berkata, bagi merealisasikan belanjawan tersebut, pembangkang sepatutnya menyatakan juga sumber-sumber mereka.

"Butiran yang dinyatakan oleh pihak pembangkang itu jelas menunjukkan mereka tidak mengetahui pelaksanaan struktur dan landskap ekonomi.

"Kerajaan telah lama menyediakan belanjawan tersebut setelah mengambil kira hal ehwal semasa dan ekonomi dunia, mustahil untuk kerajaan meniru belanjawan pembangkang yang kabur itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta mengulas tindakan pembangkang mengumumkan belanjawan bayangan, tiga hari sebelum kerajaan membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat ini.

Sementara itu, pensyarah ekonomi Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Amir Baharuddin berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya bermimpi ketika menyediakan belanjawan tersebut.

"Belanjawan pembangkang itu tidak akan dapat direalisasikan pada tahun depan mahu pun pada tahun-tahun akan datang kerana seluruh dunia kini sedang berhemat dan berusaha mahu mencapai pertumbuhan.

"Kerajaan tidak akan meniru atau menciplak belanjawan palsu itu ekoran peruntukan tersebut tidak berasas kerana pada tahun depan negara akan menghadapi cabaran cukup getir apabila negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Eropah sedang mengalami kemerosotan," katanya.

Jelas Amir, pembangkang dan Anwar boleh meneruskan mimpi-mimpi mereka itu dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan.

"Kerajaan masih mempunyai ramai manusia yang boleh berfikir." katanya yang merupakan salah seorang pakar yang terlibat dalam merangka belanjawan untuk negara selama 35 tahun.

Dalam pada itu, penganalisis ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, pembangkang boleh merancang apa sahaja kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi.

"Bagaimanapun, pembangkang sepatutnya menunggu kerajaan membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat ini terlebih dahulu sebelum mahu mencadangkan perkara baru.

"Merangka belanjawan bukanlah semudah seperti yang dilakukan oleh pembangkang kerana saya pernah berkhidmat dalam Kementerian Kewangan selama 27 tahun," katanya.

Janji mudah orang tidak berwang - Dr. M

Posted:

Janji mudah orang tidak berwang - Dr. M

Janji mudah orang tidak berwang - Dr. M


Dr. Mahathir Mohamad bersalaman dengan tetamu yang hadir semasa Persidangan Antarabangsa Kepimpinan Islam di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, malam tadi.


KUALA LUMPUR 4 Okt. - "Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada." Itu merupakan jawapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat.

Dilaporkan Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.

Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan tersebut sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.

"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr. Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini, hari ini.

"Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya.

"Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah," kata Dr. Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan.

Terdahulu ketika berucap pada forum tersebut, beliau berkata, pemimpin di negara Islam perlu berusaha menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk rakyatnya bagi memastikan kestabilan dan keharmonian negara yang berterusan.

Katanya, di sesetengah negara Islam ketika ini, masih ada kerajaan yang tidak berusaha membuka peluang pekerjaan dan memulakan usaha untuk memperbaiki taraf hidup rakyat mereka.

"Pengajaran yang boleh diambil berdasarkan krisis di beberapa negara Islam ialah tidak ada peluang pekerjaan untuk rakyat yang akhirnya menyebabkan mereka bangun memberontak.

"Bagaimanapun di negara ini, atas kesedaran dua Perdana Menteri yang awal, usaha telah mula dijalankan dengan pembukaan tanah untuk kegiatan pertanian seperti Felda. Semua itu merupakan usaha bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kesan Krisis di Asia Barat dan Negara Afrika: Pengajaran Yang Boleh Diambil Negara Islam' sempena Persidangan Antarabangsa Kepimpinan Islam di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, jika sesebuah kerajaan itu sentiasa komited dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat, ia akan memberi jaminan kepada kestabilan negara memandangkan rakyat tidak akan tertekan.

"Apabila ada kerja dan punca pendapatan, rakyat akan kurang berasa marah kepada kerajaan walaupun akan sentiasa ada usaha daripada pihak pembangkang supaya rakyat marah kepada kerajaan.

"Ini merupakan antara pengajaran yang boleh kita pelajari daripada krisis di negara yang rakyatnya bangun dan menggulingkan kerajaan," katanya.

Menurut Dr. Mahathir, cabaran menguruskan negara demokrasi juga adalah besar dan ia tidak mudah seperti membuat janji dalam kempen pilihan raya.

"Membuat janji memang senang, sama seperti Barack Obama yang mengatakan mahu melepaskan tahanan Teluk Guatanamo selepas dua hari ambil alih kerajaan, tetapi sampai sekarang tahanan di situ belum dibebaskan," katanya.

Justeru menurutnya, para pemimpin di negara Islam yang lain perlu mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku di negara-negara tersebut dan tidak hanya membuat janji.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Nicol kempunan Terbuka AS

Posted:

Nicol kempunan Terbuka AS

Nicol kempunan Terbuka AS

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
sukan@utusan.com.my


Nicol David sekali lagi kecundang musim ini iaitu pada Terbuka AS semalam, selepas Singapura Masters Julai lalu.


KUALA LUMPUR - Pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol David menjadi mangsa kejutan terbesar pada Kejohanan Skuasy Terbuka Amerika Syarikat semalam apabila tumbang kepada pemain Australia, Kasey Brown pada saingan suku akhir di Philadelphia.

Turun sebagai pilihan pertama dan memburu kejuaraan sulung di Amerika Syarikat, Nicol bagaimanapun menerima padah atas kekerapan melakukan kesilapan sendiri sebelum tumpas 9-11, 11-6, 9-11, 4-11 kepada pilihan keenam, Brown.

Ini merupakan kekalahan pertama Nicol dalam kejohanan Siri Dunia Emas tahun ini, tetapi yang kedua keseluruhan sepanjang 2011.

Kekalahan pertama juara dunia lima kali itu tahun ini hadir pada Singapura Masters, Julai lalu.

Terbuka Amerika merupakan salah satu daripada lima kejohanan dalam kalendar Siri Dunia Emas, yang turut dikenali sebagai 'Grand Slam' skuasy.

Dia sebelum ini menjuarai tiga daripadanya di Cayman Islands (April), Terbuka Malaysia (Julai) dan Terbuka Australia, Ogos lalu.

Peluang Nicol untuk menyambar gelaran terakhir dalam kalendar Siri Dunia Emas adalah pada Qatar Classic yang akan berlangsung di Doha dari 14-21 Oktober ini.

Bagi Brown, ini adalah kemenangan terbesar dalam kariernya selepas kalah dalam semua enam pertemuan terdahulu dengan jaguh Malaysia itu.

Beberapa kesilapan sendiri Nicol memudahkan jaguh Australia berusia 26 tahun itu melakar kemenangan, terutama di set pertama dan terakhir.

Selepas kalah 9-11 pada set pembukaan, Nicol cuba bangkit pada set kedua dengan mengheret permainan berlangsung secara rali.

Ia bagaimanapun tidak mudah, sehinggalah dia mendahului 9-5, sebelum menamatkan cabaran 11-6.

Ketika peminat mula menjangkakan pemain 28 tahun itu akan meneruskan momentum baik di set ketiga, sangkaan mereka meleset apabila Brown sebaliknya mendominasi saingan.

Pukulan depan pemain tinggi lampai itu banyak memerangkap Nicol untuk membolehkannya mencatat kemenangan 11-9.

Pada set keempat, Nicol bagaikan tidak berupaya apabila Brown jauh mendahului 8-0.

Dia hanya menghadiahkan mata kepada lawan kerana melakukan kesilapan voli, malah tiga lagi mata yang dipungut Nicol juga hasil kesilapan dropshot lawan.

"Kemenangan hari ini ditujukan buat jurulatih saya, Rodney Martin. Dia telah banyak membantu saya selama lapan tahun dan kami melakukan persiapan yang cukup rapi sebelum tiba di Amerika Syarikat. Tanpa beliau, saya tidak akan berada di sini, saya tidak mungkin menang perlawanan ini. Ia amat mengujakan apabila kerja keras kami selama ini akhirnya berbayar.

"Mengenai perlawanan hari ini, saya bermula dengan sangat baik tetapi agak pasif di set kedua. Saya sedar, saya kena keluar menyerang di set ketiga jika mahu menang dan itu yang saya lakukan. Di set keempat, semuanya lebih mudah,'' kata Brown.

Nicol, pemilik lima kejuaraan tahun ini, kini perlu menunggu setahun lagi untuk cuba membawa pulang Terbuka Amerika Syarikat, satu-satunya kejuaraan besar yang belum pernah dimiliki pemain kelahiran Pulau Pinang itu dalam kariernya yang cukup cemerlang.

'Perang tekong' hangatkan antara zon

Posted:

'Perang tekong' hangatkan antara zon

'Perang tekong' hangatkan antara zon

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


SERVIS kuda berbisa Normanizam Ahmad bakal kembali menjadi perhatian peminat dalam peringkat antara zon Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 pada pertengahan bulan ini.


KUALA LUMPUR - Pengenalan sistem kiraan baru permainan 15 mata dan servis tiga kali bergilir sejak Januari lalu turut mencetuskan persoalan di kalangan peminat mengenai siapakah tekong yang paling konsisten dan ampuh dalam Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 Peringkat Antara Zon (Separuh Akhir) di Shah Alam.

Dengan kategori Terbuka yang pasti lebih dinanti-nantikan mereka kerana ganjaran kemenangan juara yang termahal - RM10,000, aksi dari 14 hingga 15 Oktober itu turut menjanjikan kemunculan aneka servis kegemaran mereka seperti servis kuda mahupun putar, rebah, sepak, langkau, pancung dan gosok.

Tekong emas Sukan SEA 2005, Normanizam Ahmad yang mengemudikan Pestans A selaku juara Zon Selatan merupakan pengamal servis kuda paling ampuh, namun agak mengecewakan peminat ialah ketiadaan pencabarnya dengan servis sepak, Fauzi Ghazali yang digantung oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).

Tekong Perak itu terlepas peluang meneruskan penguasaan GPMS D seperti di Zon Utara KFC-Utusan, Julai lalu gara-gara berkeras memakai seluar panjang trek dalam Liga Siri Super II PSM di Kangar, bulan lalu memandangkan hukuman tersebut turut mencakupi sebarang pertandingan atas kesalahan Fasal 6.4.

Minggu lalu dalam Kejohanan Terbuka Akademi Sepak Takraw Kelantan (Askel), Normanizam yang hanya turun memanaskan badan menjelang perhitungan sensasi KFC-Utusan di Shah Alam, turut muncul juara dengan mewakili TNB sambil menewaskan Gastep selain turut dimeriahkan dengan kehadiran regu Thailand.

Namun 'buku dengan ruas' tetap ada buat Normanizam di Shah Alam apabila GPMS D dikhabarkan mahu menamakan seorang lagi bekas tekong kebangsaan sebagai pengganti Fauzi selepas penganjur membenarkan penambahan pemain baru selagi mereka tidak menukar sesiapa atau masih kurang daripada lima orang yang didaftarkan di saringan zon lalu.

Regu juara Zon Tengah KFC-Utusan, MBMB A tampak kurang meyakinkan jika menilai prestasi agak hambar tekong, Razif Arifin dalam set pertama perlawanan akhir yang mengakibatkan mereka ketinggalan sehingga 9-13 sebelum sedikit tuah tiba membantu mereka bergelar juara dengan menewaskan Dinamis 15-13, 15-11 di Paroi.

Bagaimanapun, tiga lagi regu naib juara terbuka pada saringan peringkat zon - PKNS A (Selatan), ATM JLJ C dan Pestans (Timur) pasti turut mengkaji semula kekalahan perlawanan akhir masing-masing khususnya Pestans yang kempunan gelaran di Paroi walaupun turun selaku tuan rumah dengan rekod kontinjen terbesar, sebanyak 32 regu bagi ketiga-tiga kategori.

PKNS A pula bakal mempertaruhkan semula bekas tekong Selangor yang kini juga penolong jurulatih skuad Liga Siri Super negeri, Zamzee Zainuddin sementara juara Zon Timur di Gambang Kuantan, Pahang pada 17 Julai lalu, Gastep B diperkuatkan tekong utamanya yang pernah mewakili Pelapis Malaysia, Subha Latip.

Turut berentap demi kejuaraan Terbuka dan habuan RM10,000 dalam peringkat akhir di Damansara, 16 Oktober ini ialah lapan regu pemenang ketiga bersama saringan peringkat zon iaitu PKNS D dan UTM B (Selatan), GPMS H dan USM Pulau Pinang A (Utara), R-Ten dan MPSJ C (Timur) selain MBMB B dan MPT A (Tengah).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Taktik baru seludup dadah dikesan

Posted:

Taktik baru seludup dadah dikesan

Taktik baru seludup dadah dikesan

Oleh ABDUL HAKIM AB RAHMAN
pengarang@utusan.com.my


NOOR Rashid Ibrahim (dua dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas di KLIA pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 4 Okt. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa bernilai RM2.17 juta melibatkan warga asing yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sejak hujung bulan lalu.

Nilai rampasan itu diperoleh hasil daripada tujuh kes membabitkan seramai 12 tangkapan warga asing yang menggunakan taktik baru membawa masuk dadah ke dalam negara ini termasuk menggunakan komputer riba dan produk kosmetik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, taktik baru itu dikesan apabila pihaknya menahan seorang lelaki warga Nigeria yang cuba membawa masuk dadah melalui KLIA pada 26 September lalu.

"Hasil siasatan lanjut, polis menemui dua kilogram dadah jenis syabu dalam beg yang mengandungi alat muzik jenis trompet yang dibawa oleh suspek.

"Terdapat juga sindiket yang memasukkan dadah dalam botol-botol produk kosmetik bagi mengelirukan pihak berkuasa negara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Noor Rashid mendedahkan, turut dikesan adalah taktik menyembunyikan dadah di bahagian bawah papan kekunci dan bahagian belakang skrin komputer riba serta di dalam pembesar suara.

"Sehingga kini, 25 ketulan dadah jenis syabu dikeluarkan dari perut seorang lelaki warga Pakistan yang sanggup menelan ketulan dadah tersebut bagi mengelak daripada dikesan pada Khamis lalu," katanya.

Beliau berkata, kesemua 12 suspek yang ditahan terdiri daripada empat lelaki warga Iran, lima lelaki Nigeria dan masing-masing satu lelaki warga Pakistan dan Benin serta seorang wanita warga Filipina berusia antara 23 hingga 41 tahun.

Dadah dalam 'cappucino', 'coffeemix' dirampas

Posted:

Dadah dalam 'cappucino', 'coffeemix' dirampas

Dadah dalam 'cappucino', 'coffeemix' dirampas


M. Govinden bersama pegawainya menunjukkan sebahagian dari peket 'Super Coffeemix' dan 'Good Day Cappucino' mengandungi syabu pada sidang akhbar di Kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia KLIA di Sepang, semalam.


SEPANG 4 Okt. - Pelbagai taktik terbaru digunakan oleh sindiket dadah antarabangsa untuk membawa masuk barang larangan tersebut ke negara ini namun ia berjaya dibanteras oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Terbaru, JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 1.9 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM475,000 yang disorokkan dalam paket kecil 'cappucino' dan 'coffeemix'.

Sekali lagi, warga Iran dikenal pasti terlibat sebagai dalang membawa masuk bekalan dadah itu ke negara ini dan ia seperti sudah menjadi satu trend.

Pengarahnya, Datuk M. Govinden berkata, tangkapan itu berhasil selepas membuat pemantauan terhadap para penumpang yang tiba di negara ini melalui penerbangan Royal Jordanian dari Amman, Jordan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, JKDM menahan seorang pelancong wanita warga Iran kira-kira pukul 1 pagi Khamis lalu selepas curiga dengan barangan yang dibawa dalam dua buah beg berisi makanan ringan termasuk 'cappucino' dan 'coffeemix'.

"Imbasan awal mendapati tiada barangan yang mencurigakan ditemui dalam beg tersebut.

"Bagaimanapun selepas penumpang tersebut diarah membuka salah sebuah beg yang dimuatkan dengan makanan ringan seperti coklat, candy, cappucino, coffeemix, ia telah menimbulkan keraguan pegawai bertugas, lalu pelancong tersebut diarahkan untuk pemeriksaan rapi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ini merupakan kes kelima melibatkan warga Iran yang ditahan kerana cuba menyeludup masuk dadah ke negara ini sejak Ogos lalu.

Menurut Govinden, suspek berusia 24 tahun memasukkan 27 bungkusan kecil syabu dalam setiap paket cappucino daripada jenama Good Day Cappucino dan 36 peket lagi dalam satu pek Super Coffeemix.

"Kes ini diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan JKDM KLIA untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

"Suspek ketika ini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan," katanya.

Govinden memberitahu, bermula Januari sehingga 1 Oktober lalu, JKDM berjaya menggagalkan 21 kes dengan rampasan 80 kilogram dadah daripada pelbagai jenis bernilai hampir RM8 juta.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


AS beku projek di Palestin

Posted:

AS beku projek di Palestin

AS beku projek di Palestin

RAMALLAH 4 Okt. – Amerika Syarikat (AS) menangguhkan projek pembangunan bernilai berpuluh-puluh juta dolar di Tebing Barat selepas Kongres membekukan dana dalam usaha untuk menghalang Palestin daripada memohon pengiktirafan sebagai negara merdeka di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Penangguhan itu ialah kesan pertama daripada keputusan Palestin untuk mengingkari kehendak Washington berhubung isu tersebut.

Menteri Ekonomi Palestin, Hassan Abu Libdeh berkata, beliau dimaklumkan semalam oleh pegawai agensi bantuan asing kerajaan AS, USAID bahawa dua projek bernilai AS$55 juta (RM165 juta) dan AS$26 juta (RM78 juta) ditangguhkan kerana ketiadaan dana.

Satu projek bertujuan untuk membantu pembangunan sektor swasta Palestin manakala satu lagi bertujuan untuk memperbaiki persekitaran pelaburan, kata Abu Libdeh.

Seramai 50 kakitangan yang terlibat dengan projek tersebut diberhentikan minggu lepas dan 200 lagi akan menyusul pada bulan depan.

Kementerian lain juga melaporkan projek-projek anjuran USAID kini terancam, termasuk pelan lima tahun bernilai AS$85 juta (RM255 juta) untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan Palestin.

Pegawai USAID mengesahkan beberapa program terjejas disebabkan pembekuan dana oleh Kongres itu manakala program yang sedang dijalankan akan diteruskan sehingga kehabisan dana.

Pegawai Palestin mengutuk langkah tersebut sebagai menjejaskan usaha damai Asia Barat dan berkata, pembekuan itu tidak akan menghalang mereka daripada meneruskan usaha untuk mendapatkan pengiktirafan penuh PBB bagi negara Palestin yang meliputi Tebing Barat, Genting Gaza dan timur Baitulmaqdis, iaitu kawasan yang ditawan oleh Israel dalam Perang Enam Hari pada 1967.

Dua jawatankuasa yang diketuai oleh Parti Republikan di Dewan Perwakilan membekukan bantuan ekonomi bernilai AS$200 juta (RM600 juta) pada akhir Ogos lalu, ketika Palestin bersiap sedia untuk mengemukakan permohonan mereka kepada PBB.

Namun Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bulan lepas meneruskan permohonan itu dengan membentangkan hujah beliau untuk mendapatkan pengiktirafan dalam ucapan kepada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) dan mengemukakan permohonan rasmi kepada Majlis Keselamatan. – Agensi

Korban banjir di Thailand naik 224 orang

Posted:

Korban banjir di Thailand naik 224 orang

Korban banjir di Thailand naik 224 orang



BANGKOK 4 Okt. - Angka korban akibat banjir musim monsun di Thailand sejak dua bulan lalu meningkat kepada 224 orang, manakala berjuta-juta lagi kehilangan mata pencarian serta tempat tinggal.

Banjir terburuk dalam tempoh berpuluh tahun itu dilaporkan melanda 58 daripada 77 wilayah di negara ini.

Daripada 58 wilayah terbabit, 25 wilayah masih terjejas teruk ekoran banjir tersebut.

Pengarah Pengurusan Sumber Air Bersepadu Thailand, Royal Chitradon berkata, banjir itu dijangka berakhir pada minggu pertama November ini.

''Banyak faktor menyubangkan kepada banjir besar ini berpanjangan terutama di wilayah tengah, termasuk faktor pembinaan jalan serta pembangunan bandar yang dilihat menghalang aliran air,'' katanya.

Minggu lalu, kerajaan Thailand menghantar 10,000 tentera bersama 500 kenderaan tentera dan 100 bot di kawasan banjir untuk operasi membantu serta menyelamat mangsa banjir. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Jadikan pusat prasekolah moden

Posted:

Jadikan pusat prasekolah moden

Jadikan pusat prasekolah moden

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUALA LIPIS 4 Okt. - Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kuala Kechau di sini, dipilih menyertai program pembangunan pendidikan prasekolah anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM).

Ia merupakan usaha Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya (PPAKKUM) menjadikan tabika luar bandar di negeri ini sebagai pusat pendidikan prasekolah yang moden.

Program perintis itu diterajui oleh Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor. yang turut menyumbang kepakaran dalam aspek pedagogi dan bahan bantuan mengajar (BBM) untuk tabika tersebut.

Beliau berkata, selain Tabika Kemas Kuala Kechau, Fakulti Pendidikan UM dan PPAKKUM turut bersedia menawarkan khidmat dalam membantu Tabika Kemas di luar bandar dan pedalaman di negeri ini ke arah mempelbagai pedagogi pengajaran dan pembelajaran (P&P) prasekolah.

"Projek ini sebahagian daripada pengisian Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak agar mahasiswa terlibat dapat memperoleh pengalaman serta dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam dunia sebenar.

"Untuk itu, kita sedia membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di Tabika Kemas luar bandar dan pedalaman agar kanak-kanak berkenaan dapat belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan mereka," katanya.

Mariani yang juga Penyelaras Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Fakulti Pendidikan UM berkata demikian selepas majlis perasmian Program Dekorasi Tabika Kemas Daerah Lipis di Kampung Kuala Kechau di sini, kelmarin.

Program tersebut yang dijayakan oleh 80 mahasiswa Fakulti Pendidikan UM itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengangkutan dan Pertumbuhan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak.

Sementara itu, Mohd. Soffi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Benta berkata, fasa pertama projek berkenaan membabitkan peruntukan RM5,000.

"Saya bersyukur kerana usaha PPAKKUM telah membantu menjadikan Tabika Kemas Kuala Kechau setaraf dengan institusi prasekolah di tempat lain.

"Malah daripada aspek bahan pengajaran, kemudahan di sini lebih menarik dan canggih menerusi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif, kritis dan dinamik berdasarkan model prasekolah di Australia," katanya.

Pada majlis itu, Mohd. Soffi turut mengumumkan peruntukan tambahan RM5,000 untuk membantu projek dekorasi Tabika Kemas Kuala Kechau.

Beliau menambah, komitmen PPAKKUM yang menawarkan pelbagai inovasi amat dihargai kerana ia dapat menambah minat kanak-kanak Tabika Kemas untuk mengikuti pendidikan prasekolah.

"Untuk itu, kerajaan negeri bersedia menawarkan Tabika Kemas di luar bandar dan pedalaman untuk PPAKKUM menabur bakti khususnya membantu menambah baik peralatan belajar dan keceriaan bangunan berkenaan," ujarnya.

Dua graduan terima Anugerah Diraja UMP

Posted:

Dua graduan terima Anugerah Diraja UMP

Dua graduan terima Anugerah Diraja UMP


HASRUL Reeza Mustaffa (tengah) bersama para penerima anugerah lain gembira selepas majlis Konvokesyen Ke-6 UMP di Gambang, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 4 Okt. - Universiti Malaysia Pahang (UMP) mencatat sejarah apabila dua graduannya menerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen Keenam universiti itu di sini, baru-baru ini.

Ini merupakan Anugerah Pelajaran Diraja pertama yang dikurniakan buat penuntut UMP sejak universiti tersebut diwujudkan.

Mereka ialah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Hasrul Reeza Mustaffa dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Mohamad Nazrin Kooy Mohd. Daniel Kooy.

Bagi Hasrul, ia merupakan kali kedua dia menerima anugerah tersebut kerana sebelum ini mendapat anugerah sama semasa mengikuti pengajian peringkat diploma di universiti itu.

Katanya, kejayaan itu adalah hasil daripada dorongan kedua-dua ibu bapanya yang mahu dia berjaya dalam pelajaran.

"Setiap pagi dan petang, bapa akan menghubungi saya untuk memastikan saya ke kuliah supaya tidak ketinggalan dalam mengikuti pengajian.

"Saya merasakan seolah-olah semangat bapa sentiasa ada dalam diri saya untuk berjaya," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis konvokesyen tersebut di sini.

Pada majlis itu, Canselor UMP, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menyampaikan ijazah dan diploma kepada 1,200 graduan.

Menurut Hasrul, tiada rahsia untuk mencapai kejayaan kecuali sentiasa berusaha untuk menjadi lebih cemerlang.

Anak Penyelia Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Perak itu berkata, penglibatannya dalam aktiviti persatuan di kampus bukan penghalang kepada dirinya kerana paling utama akademik harus diberi perhatian.

40 mahasiswa UUM sertai Kembara Ilmiah

Posted:

40 mahasiswa UUM sertai Kembara Ilmiah

40 mahasiswa UUM sertai Kembara Ilmiah


PARA peserta Kembara Ilmiah dari UUM berhimpun sebelum bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Kampung Kedondong di Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 4 Okt. - Seramai 40 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) berkampung tiga hari di daerah ini sempena Kembara Ilmiah 2011 yang bermula Khamis lalu.

Program tersebut melibatkan mahasiswa tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan yang diiringi seorang pensyarah, Prof. Madya Dr. Frederick Fernandez.

Ketua program, Siti Fatiah Basri, 22, berkata, sebaik sahaja tiba di sini, mereka dibawa ke Taman Pelangi untuk bertemu dengan keluarga angkat masing-masing.

"Keesokannya (Jumaat), kami semua mengadakan program Rehat Minda bersama murid-murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Jerantut yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Siti Fatiah berkata, kesemua peserta program tersebut kemudiannya mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Kampung Kedondong yang menempatkan pusara pahlawan Melayu terbilang, Mat Kilau.

"Kami cukup bertuah kerana dapat melihat sendiri pusara Mat Kilau yang merupakan tokoh terbilang negeri Pahang.

"Selain itu, kami turut diberi penerangan tentang sejarah perjuangan Mat Kilau dalam menentang penjajahan British oleh Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kedondong, Rosli Mat Salim," ujarnya.

Beliau memberitahu, pada sebelah malamnya pula, mereka mengadakan majlis beramah mesra bersama keluarga angkat dan penduduk di Taman Pelangi.

"Pada hari terakhir di Jerantut, kami semua mengadakan aktiviti khidmat masyarakat di Felcra Sungai Pohor dekat sini.

"Program ini bertujuan mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat selain menyelami kehidupan penduduk kampung dan mengetahui dengan lebih mendalam sejarah daerah ini," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Kurang pasti tarikh perjanjian – Chew Peh

Posted:

Kurang pasti tarikh perjanjian – Chew Peh

Kurang pasti tarikh perjanjian – Chew Peh

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Tan Sri Dr. Ting Chew Peh berkata, beliau tidak sedar dan kurang pasti tarikh sebenar perjanjian jual beli tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) antara Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) dan LPK ditandatangani.

Ini kerana menurut Chew Peh, 68, beliau tidak meletakkan tarikh semasa menandatangani perjanjian tersebut.

Chew Peh selaku saksi pendakwa kelapan menyatakan demikian semasa menyambung keterangan pada perbicaraan kes terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik yang masuk hari ke-16 hari ini di Mahkamah Tinggi di sini.

Bagaimanapun peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Liong Sik menyatakan, jawapan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu telah mengundang persoalan.

Peguam berkenaan sehubungan itu berkata: ''Oleh kerana kamu tidak meletakkan tarikh bila ia ditandatangani dan tiada cop tarikh dan tidak tahu siapa yang cop tarikh 12 November 2002, maka kamu tidak tahu bilakah tarikh sebenar kamu menandatangani perjanjian jual beli itu.''

Chew Peh menjawab: ''Saya tidak sedar dan kurang pasti bila saya tandatangani perjanjian itu.''

Bekas Setiausaha Agung MCA itu turut berkata, Jemaah LPK telah memberikan justifikasi dan alasan tambahan mengapa tanah PKFZ di Pulau Indah, Klang perlu dibeli.

Menurut Chew Peh yang kini merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Hua Yang Bhd., berdasarkan minit mesyuarat LPK bertarikh 8 Ogos 2002 berhubung keputusan pembelian tanah, wakil Kementerian Kewangan (MOF) tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Bekas Menteri Kabinet itu juga bersetuju dengan pandangan peguam bahawa projek PKFZ mendapat perhatian peribadi Perdana Menteri ketika itu.

Katanya, beliau menganggap Jemaah LPK mengambil maklum bahawa Perdana Menteri sendiri pada masa itu telah mengarahkan supaya pengambilan tanah disegerakan.

Liong Sik sedang dibicarakan atas satu tuduhan utama pindaan dan dua tuduhan pilihan pindaan berhubung penipuan terhadap Kerajaan Malaysia.

Menurut pertuduhan, bekas Presiden MCA itu didakwa melakukan perbuatan tersebut dengan tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta-fakta berkaitan pembelian tanah membabitkan RM1.08 bilion.

Perbuatan tersebut didakwa berlaku antara 25 September dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang LPK, Fazilah Surkisah Mohd., 47, dalam keterangannya menyatakan, beliau tidak diminta untuk mengkaji implikasi pengambilan balik tanah PKFZ.

Disoal dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup sama ada Fazilah terlibat dalam proses penyediaan perjanjian jual beli tanah antara KDSB dan LPK, saksi pendakwa kesembilan itu menjawab, beliau cuma terlibat menyemak draf perjanjian yang telah disediakan oleh firma guaman Tetuan Rashid Ashari & Co. yang mewakili LPK.

Dalam proses tersebut, menurut Fazilah, beliau ada mengesyorkan kepada Pengurus Besar LPK, OC Phang supaya terma yang terkandung dalam perjanjian itu dirujuk kepada pejabat Peguam Negara bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan amalan biasa selain untuk mendapatkan pandangan pihak tersebut.

Bagaimanapun cadangan itu, kata Fazilah, tidak dipersetujui oleh Phang atas beberapa alasan.

Namun menurut Fazilah, beliau merasakan ia perlu dirujuk kepada pejabat Peguam Negara kerana merasakan LPK tiada wang dan tidak mampu membayar yang akhirnya akan menyebabkan kerajaan terpaksa campur tangan.

Ditanya mengenai perjanjian jual beli tanah bagi projek PKFZ yang dibawa oleh Fazilah untuk ditandatangani oleh Phang, saksi itu mengatakan, beliau tidak tahu bilakah tarikh sebenar KDSB dan LPK menandatangani perjanjian tersebut.

Sehingga prosiding berakhir pada pukul 4.30 petang, persoalan siapakah yang bertanggungjawab meletakkan tarikh 12 November 2002 sebagai tarikh perjanjian itu dibuat, masih belum terungkai.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Asnawi bersambung esok.

Bekas rakan Saiful hantar e-mel kepada Anwar

Posted:

Bekas rakan Saiful hantar e-mel kepada Anwar

Bekas rakan Saiful hantar e-mel kepada Anwar

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Seorang bekas rakan universiti Mohd. Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia pernah mengirim e-mel bagi memberi amaran kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pemuda tersebut tidak layak bekerja dengan Ketua Pembangkang itu.

Mohd. Najwan Halimi, 26, yang kini bekerja sebagai pegawai di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bagaimanapun mengakui Mohd. Saiful Bukhari merupakan pelajar yang aktif, berprinsip dan tegas semasa mengenalinya di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) antara 2003 hingga 2008.

Walaupun mereka pernah menjalani minggu orientasi bersama, pergi kelas bersama, bersarapan atau makan tengah hari bersama dan tinggal di bilik bersebelahan antara satu sama lain, saksi pembelaan keenam itu menyifatkan mereka berdua sekadar berkawan dan bukannya berkawan baik.

Mohd. Najwan menjelaskan, dia mengirim e-mel tersebut kepada Ahli Permatang Pauh itu setelah mengetahui bahawa Mohd. Saiful Bukhari yang pernah dipilih sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Uniten, telah diterima bekerja dengan Anwar di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2008.

Menurutnya, dalam e-mel tersebut dia menyatakan mengenali Mohd. Saiful Bukhari dan memaklumkan bahawa rakannya itu adalah penyokong Barisan Nasional (BN) dan bukan orang yang boleh dipercayai.

Ini kerana, katanya, sepanjang pergaulan mereka dan menerusi laman sosial, Friendster milik Mohd. Saiful Bukhari, pemuda itu bukan sahaja tidak menyanjung Anwar, malah membenci pemimpin berkenaan.

Ditanya oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden semasa pemeriksaan balas sama ada dia (saksi tersebut) yang lebih layak bekerja dengan Anwar, Mohd. Najwan berkata, ramai lagi orang lain yang lebih layak apatah lagi dia (Mohd. Najwan) masih muda.

Saksi tersebut yang mengenali Mohd. Saiful Bukhari turut berkata, pemuda tersebut bukan seorang yang menjadikan Anwar sebagai idolanya.

Mengenali sikap Mohd. Saiful Bukhari tersebut, katanya, dia melahirkan rasa terkejut apabila melihat rakannya itu bersama orang Anwar sewaktu pemimpin politik itu berkempen semasa pilihan raya umum 2008 di Subang Jaya.

Menjawab soalan Mohd. Yusof berhubung gambar Mohd. Saiful Bukhari bersama menteri atau bekas menteri seperti Tan Sri Syed Hamid Albar, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Azalina Othman Said yang dimuat naik di laman sosial pengadu, Mohd. Najwan berkata, ia bukan sesuatu yang pelik apabila pemimpin pelajar bergambar dengan golongan tersebut.

''Tidak ada masalah dan tidak menghairankan'' jawabnya ketika disoal oleh Mohd. Yusof sekiranya timbul masalah kalau seseorang memuat naik ke laman sosial gambar-gambar yang dirakam dengan menteri yang ditemui dalam sesuatu majlis.

Saksi tersebut yang pernah berkhidmat di Kementerian Pengangkutan dan Uniten serta membantu menyelaras pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut berkata, hubungannya dengan Anwar (yang merupakan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor) adalah sebagai pekerja dan majikan.

Terdahulu, semasa pemeriksaan utama oleh peguam Sankara Nair, saksi itu berkata, mereka memasuki Uniten di Bangi pada Jun 2003 dengan Mohd. Saiful Bukhari yang didakwa 'gilakan publisiti dan perhatian' mengambil jurusan dalam bidang kejuruteraan elektrikal manakala dia memilih kejuruteraan mekanikal.

Mohd. Najwan menyatakan, selain tokoh-tokoh politik, Mohd. Saiful Bukhari dalam laman sosialnya itu juga ada memuat naik gambarnya bersama pegawai khas Perdana Menteri ketika itu yang keterangan gambarnya disebut sebagai 'KAJ' (Khairil Anas Jusoh).

Saksi itu juga memberitahu, Mohd. Saiful Bukhari pernah meletakkan keterangan (caption) gambar Anwar sebagai 'pemimpin munafik' dalam laman sosialnya itu.

Terdahulu, Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kima Malaysia, Lim Kong Boon, 57, memberitahu, jabatan berkenaan masih di bawah pentauliahan mengikut Program Legasi oleh The American Society of Crime Laboratory Directors Laboratory Accreditation Board (ASCLD).

Menurut saksi pembelaan kelima itu, di bawah program tersebut, jabatan berkenaan telah diberi tempoh lanjutan sebanyak tiga kali dengan tempoh berikutnya selama tiga bulan bermula dari 18 Oktober ini hingga 18 Januari tahun depan.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-51-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung Khamis ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Martabak kentang keluaran Muslim Best laris dijual

Posted:

Martabak kentang keluaran Muslim Best laris dijual

Martabak kentang keluaran Muslim Best laris dijual


KAKITANGAN Muslim Best bersama produk yang dibawa dan diperkenalkan pada Perth Royal Show, Australia semalam.


PERTH 4 Okt. - Martabak kentang dalam bentuk sejuk beku keluaran Muslim Best yang dipasarkan di Pavilion Malaysia di sini berjaya dijual 100 kotak sehari sejak Perth Royal Show bermula Sabtu lalu.

Menurut Pengurus Bahagian Francais dan Pemasaran Muslim Best Marketing Sdn. Bhd., Umi Kalsom Salleh, pihaknya membawa 500 kotak martabak untuk dipasarkan pada pameran tersebut yang akan berakhir 8 Oktober ini.

"Kita tidak jangka sambutan begitu baik hinggakan setiap hari sebanyak 100 keping martabak berjaya dijual.

"Pengunjung begitu menggemari martabak ubi kentang dan sayur-sayuran ini kerana ia mudah dimasak dan dipanaskan," katanya di sini hari ini.

Muslim Best mempromosikan martabak sejuk beku di bawah jenama 'Murtabak Raja'.

Kotak bersaiz keluarga mengandungi empat keping martabak manakala kotak bersaiz kecil mengandungi satu keping martabak.

Umi Kalsom berkata, pihaknya pada tahun lalu pernah menyertai pameran solo di Perth melalui usaha Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani Sdn. Bhd. (Komita) bagi meninjau pasaran makanan sejuk beku dalam kalangan penduduk Australia.

Menurutnya, antara pilihan penduduk Australia ialah mereka suka memilih makanan segera selain ia mudah disediakan.

"Pada tahun lalu kami perkenalkan martabak tuna tetapi kurang mendapat sambutan.

Tapi kali ini martabak ubi kentang dan sayur-sayuran sangat digemari pengunjung," katanya.

Beliau menambah, martabak ubi kentang dan sayur-sayuran itu akan terus dipasarkan di Australia walaupun setelah tamat pameran Perth Royal Show melalui wakil jualan yang bakal dilantik.

"Martabak ubi kentang dan sayur-sayuran ini memang dibuat khas untuk pasaran Australia dan ia tidak terdapat di Malaysia," katanya. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Bibir Kilafairy asli

Posted:

Bibir Kilafairy asli

Bibir Kilafairy asli

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
aida.kamaruddin@utusan.com.my


Tidak mahu menjadi artis kontroversi.


BERKALI-kali Kilafairy menafikan dia menyuntik botox untuk mencantikkan bibirnya. Namun kata-kata provokasi masih bertebaran mengaitkan kecantikan bibir pelakon filem Karak itu sebagai bukan asli.

Bagi pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan itu, dia hanya memekakkan telinga dengan segala provokasi itu dan terus melangkah sebagai anak seni.

Biarpun kehadiran Kilafairy dalam industri hiburan masih hijau, namun jika hatinya tidak nekad sudah pasti anak gadis kepada penyanyi popular dengan lagu Rayuanku, Rohana Jalil sudah berundur.

"Macam mana lagi yang hendak saya katakan bahawa bibir saya ini adalah asli dan tiada elemen lain digunakan untuk mendapatkan bibir seperti ini.

"Di hati saya terasa penat untuk menongkah segala kata-kata pedas yang mengaitkan saya dengan fizikal yang saya miliki.

"Tetapi saya tidak boleh menyerah dengan kata-kata negatif itu. Sebaliknya, saya sekali lagi ingin menjelaskan bahawa bentuk fizikal yang saya miliki termasuk bibir ini adalah kerana saya anak kacukan.

"Emak saya orang Melayu dan ayah pula orang Pakistan. Jadi, kombinasi darah emak dan ayah melahirkan saya dengan rupa sebegini," kata Kilafairy yang mesra membahasakan dirinya sebagai Kila ketika ditemui di studio Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Kilafairy lagi, selain bibir semula jadi yang dimilikinya, dia juga tidak pernah melakukan sebarang suntikan pada mana-mana bahagian tubuhnya.

Itu semua tidak diperlukan kerana usianya masih muda, baru 19 tahun.

"Lainlah kalau seseorang itu sudah mencapai usia lebih 50 tahun. Kalau dia ingin cantik, dia berhak untuk melakukan rawatan ke atas tubuh badannya.

"Tetapi dalam usia saya ini, apakah logik jika saya berbuat perkara seperti itu? Jadi, saya sekali lagi ingin memberitahu mereka yang berpandangan serong terhadap saya bahawa keadaan fizikal atau tubuh termasuk bibir saya, semuanya asli," ujarnya bersungguh-sungguh.

Kilafairy yang bijak melontarkan jawapan bagaimanapun terdiam sejenak apabila ditebak dengan soalan dirinya sering dilanda kontroversi. Beliau menegaskan, tidak pernah terdetik di hatinya untuk menjadi seorang artis yang kontroversi.

"Impian saya adalah mahu menjadi seorang artis tanah air yang dihormati peminat dan saya tidak mengabaikan akademik. Itu yang membuatkan saya masih kekal berada di pusat pengajian tinggi.

"Selain daripada dikenali sebagai pelakon, saya juga mahu melangkah dalam bidang nyanyian seperti ibu saya. Saya mahu menjadi seorang penghibur yang disegani ramai suatu hari nanti.

"Walaupun saya sedar bidang hiburan adalah sesuatu yang penuh dengan glamor, tetapi glamor itu tidak kekal lama.

"Sebab itu saya menyimpan hasrat untuk bergelar seorang usahawan wanita berjaya suatu hari nanti," katanya.

Katanya lagi, dia sedih apabila memikirkan dirinya sering dikaitkan dengan pelbagai isu sedangkan hasratnya menjadi artis, bukannya mahu dipalit dengan pelbagai kontroversi.

"Saya mahu menjadi artis yang berada dalam kelasnya tersendiri. Saya bukannya menyesali langkah yang telah diambil. Tetapi saya mohon kerjasama semua pihak agar menilai saya melalui bakat yang ada.

"Saya juga tidak menyesal dilahirkan sebagai anak berdarah campuran yang memiliki fizikal dan rupa sebegini. Saya tetap bersyukur dengan apa yang saya miliki.

"Jika orang sibuk mempersoalkan tentang bibir saya ini, alhamdulillah. Bibir inilah yang membuka rezeki dan sebenarnya, ini bibir bertuah," katanya dalam nada lembut.

Kontroversi

Perbualan berkaitan dengan fizikal Kilafairy tetap menjadi topik utama pada pertemuan Hits bersama pelakon drama Hotel Mania itu.

Kata Kilafairy, dia tidak pernah mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana mencetuskan kontroversi yang langsung tidak membantu mengembangkan karier seninya itu.

"Seperti artis lain, saya juga tidak pernah mengundang kontroversi tetapi perkara itulah yang tidak putus-putus melanda saya sehingga ia memberi kesan ke atas watak lakonan yang ditawarkan kepada saya.

"Seringkali saya mendapat tawaran watak antagonis. Mula-mula dulu, okey. Tetapi lama kelamaan, saya menjadi skeptikal.

"Akhirnya, saya terpaksa menolak tawaran untuk watak sebegitu kerana tidak sanggup di cop sebagai pelakon yang hanya mampu membawa watak jahat," ujarnya.

Kilafairy berkata, dia menanam azam untuk mempelbagaikan watak lakonannya kerana dari situ, berharap dapat memperbaiki teknik berlakon.

"Namun jika berterusan dihujani dengan pelbagai kontroversi saya percaya mereka di luar sana akan terus mahu saya melakonkan watak-watak antagonis.

"Tipu jika saya katakan saya langsung tidak kisah tentang perkara ini. Saya juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan.

"Ada ketikanya, rasa tersinggung menyelubungi hati kerana nama Kilafairy sinonim dengan kontroversi," luahnya.

Semangat untuk bangkit menongkah arus tetap wujud dalam diri Kilafairy.

Justeru, dia berkata, untuk mengelakkan dirinya daripada terus-terusan menjadi sasaran kontroversi dia banyak menumpukan perhatian kepada kerjaya dan kuliah.

"Apabila sampai tahap bosan untuk menjawab segala isu kontroversi, saya memilih mendiamkan diri.

"Rasanya itu lebih baik daripada melayan perkara yang tidak ada kesudahannya. Apa yang lebih penting, peminat di luar sana terus menghargai hasil kerja saya.

"Lagipun saya melangkah ke dunia seni bukan bersandarkan kepada rupa paras tetapi bakat," katanya.

Kak Pah turut jayakan MPU

Posted:

Kak Pah turut jayakan MPU

Kak Pah turut jayakan MPU

Oleh HASNURUL MOHAMED

KELUNAKAN suara biduanita Datuk Sharifah Aini akan bergema pada Malam Puisi Utusan (MPU) di Mydin MITC, Ayer Keroh, Melaka, malam ini.

Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah, akan mendeklamasikan puisi hasil nukilan A. Wahab Ali berjudul Anjung Puteri.

Selain Kak Pah yang akan mendeklamasi puisi yang dihasilkan pada tahun 1965 itu, aktres Rozita Che Wan juga akan muncul dengan puisi berjudul Tak Dapat Ku Lupakan, hasil nukilan Anis Sabirin.

Turut menjayakan Malam Puisi Utusan yang julung-julung kalinya diadakan di luar Kuala Lumpur ialah Hazama AF9, Zamani, kumpulan Kopratasa dan Khalid Salleh.

Tidak lengkap jika program anjuran Kumpulan Utusan dan ExxonMobil dengan kerjasama kerajaan negeri Melaka dan Mydin Mohamed Wholesales Berhad (Mydin) itu tidak disertai oleh penyair-penyair tersohor tanah air.

Justeru, pada pukul 8.30 malam ini nanti, warga Bandar Raya Bersejarah Melaka digamit untuk menyaksikan kehebatan Khalid Salleh, Dr. Lim Siew Tin, Pyan Habib, Shukri Abdullah, Halim Yazid dan Marsli N.O mendeklamasikan puisi masing-masing.

Menurut Penolong Pengurus Komunikasi Korporat Utusan Melayu (M) Bhd., merangkap Pengurus Projek Malam Puisi Utusan, Nik Anura Nik Abdul Rahman, Malam Puisi Utusan adalah acara pembuka tirai kepada Program Sastera Utusan ((PSU) tahun ini.

"PSU bermula 1 Oktober sehingga November ini, bertujuan menyemarakkan lagi perkembangan dunia sastera tanah air," katanya yang turut memberitahu, Malam Puisi Utusan kali ini mendapat kerjasama Persatuan Penulis Melaka (Penama) dan Astro sebagai rakan penyiar rasmi.

Katanya, Sasterawan Negara, Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala juga hadir malam ini untuk mendeklamasikan puisi istimewanya.

Sementara tetamu kehormat lain yang akan hadir ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Nik Anura juga berkata, bagi merancakkan lagi Malam Puisi Utusan, peminat dikir barat akan dapat menyaksikan Halim Yazid tampil membuat persembahan.

"Peminat dikir barat sememangnya mengenali Halim kerana lirik-lirik lagu yang dipersembahkan memberi suntikan intelektual.

"Selain daripada berhibur, hiburan yang disajikan bukannya kosong tetapi ia membawa mesej untuk renungan bersama," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pantau pelaksanaan Belanjawan 2012

Posted:

Pantau pelaksanaan Belanjawan 2012

Pantau pelaksanaan Belanjawan 2012

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@yahoo.com

SEBENARNYA, tempoh untuk membuat saranan bagi Belanjawan 2012 boleh dikatakan sudah tamat memandangkan draf pembentangan Perdana Menteri juga sudah berada di peringkat tapisan akhir.

Namun, itu tidak bermakna Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi menerima cadangan proaktif dan produktif mana-mana pihak terutamanya daripada rakyat jelata.

Gaji, harga barang dan minyak menjadi tiga faktor utama menentukan kos sara hidup rakyat kini tetapi kerajaan sebenarnya hanya boleh mengawal aspek gaji atau pendapatan, itu pun sehingga tahap tertentu sahaja bagi mengelakkan inflasi.

Faktor minyak sememangnya di luar kawalan kerana terpaksa mengikut harga pasaran dunia sementara harga makanan dan kebanyakan produk lain akan mengikut harga minyak memandangkan hampir keseluruhan jentera pengangkutan dan pembuatan masih menggunakan minyak.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa aspek pelaksanaan Belanjawan 2012 untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang masih dalam bidang kuasa kerajaan.

Bagi pemerhati veteran hal ehwal ekonomi negara, Profesor Dr. Amir Baharuddin, bukannya isi Belanjawan 2012 tetapi aspek pelaksanaan selepas pembentangannya adalah yang paling penting.

"Apa sekalipun yang diumumkan dalam belanjawan ini tidak akan menjadi atau memberi kesan jika pelaksanaannya tidak dipantau rapi. Mengikut cara transformasi kerajaan dan ekonomi, biarlah apa yang diumumkan berkesan, menepati sasaran dan paling penting dirasai rakyat yang mengundi kerajaan," tegasnya.

Tambahnya, jika rakyat selesa dan merasai apa dijanjikan, maka mereka akan sayang kerajaan kerana apa yang dikehendaki adalah 'keberkesanan'.

Antara saranan beliau adalah satu mekanisme pemantauan terhadap penyampaian sebarang bentuk subsidi atau insentif yang dijanjikan kepada rakyat agar tidak berlaku ketirisan kepada warga asing atau mereka yang tidak layak.

"Subsidi seperti buku atau komputer riba kepada pelajar juga perlu dipantau rapi bagi memastikan yang layak dan berhak sahaja menerimanya. Perhatikan juga sama ada penerima telah menerima subsidi sama sebelum ini," katanya.

Beliau juga berharap barang atau produk yang dikawal atau ditetapkan harganya dipantau rapi, bukan sahaja di peringkat runcit malahan di peringkat gerai.

Amir turut mencadangkan pemantauan atau kawalan terhadap kadar sewaan dilaksanakan agar penjimatan harga barang tidak diserap pula dengan kos sewa terlalu mahal. Belanjawan 2012 boleh dirosakkan jika kadar sewaan tidak dipantau langsung kerana akhirnya kos itu akan ditolak kepada pengguna melalui kenaikan harga barang yang dijual.

"Kerajaan boleh wujudkan kawalan kadar sewaan memandangkan ada pemaju dan pemilik kini bertindak mengenakan caj sewaan melampau sehinggakan peniaga sendiri tidak mampu membayar sewa," dakwanya.

Dalam aspek pemantauan, beliau mencadangkan kementerian berkenaan menggunakan sepenuhnya kerjasama pengguna selaku agen pemantau pasaran dengan menyediakan tempat membuat aduan.

"Memandangkan mekanisme pemantauan dan kawalan sukar dilaksanakan kerana kekurangan tenaga kerja, kementerian berkenaan perlu menggunakan sebaiknya kesediaan para pengguna sendiri memantau harga barang dan perkhidmatan.

"Sediakan tempat untuk mereka salurkan aduan dan laporan seperti portal di internet tetapi jangan pula tidak disusuli tindakan kerana rakyat mahu melihat ada kesan hasil bantuan yang mereka salurkan secara percuma kepada kerajaan," jelasnya.

Berhubung kenaikan gaji dan bonus untuk kakitangan awam, Amir berkata, beliau tidak menyokong kenaikan gaji kerana dikhuatiri hanya membawa kepada inflasi kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

"Gaji tinggi tidak berguna jika disusuli inflasi tinggi akibat tiada pemantauan dan pelaksanaan perundangan terhadap peniaga yang ingkar. Pemberian bonus adalah lebih baik kerana bukan berpanjangan dan sukar dijadikan alasan menaikkan harga barang," katanya.

Walaupun Belanjawan 2012 mungkin telah ada ketetapan, beliau tetap mencadangkan pemberian bonus terlebih dahulu dan disusuli pemantauan terhadap kawalan perbelanjaan dan inflasi sebelum diberikan insentif lain seperti kenaikan gaji.

"Perlu ditekankan di sini, transformasi kerajaan, transformasi ekonomi dan Belanjawan 2012 boleh dianggap berjaya jika wujud 'keberkesanan' dalam pelaksanaannya dan ini bermula dengan pemantauan rapi apa yang diumumkan atas kertas, dan apa yang dicapai akhirnya," tegasnya.

Ketua Jaringan Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara, Profesor Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman juga bersetuju aspek pelaksanaan amat penting dalam menentukan kejayaan Belanjawan 2012.

"Bergantung kepada apa yang diumumkan dalam belanjawan kali ini, aspek pelaksanaan dan pengurusan amat penting dalam mengelakkan ketirisan berlaku.

"Kerajaan boleh belanjakan berapa sekalipun mengikut keperluan dan keutamaan tetapi sukar mencapai sasaran jika pelaksanaan rancangan itu tidak dipantau dengan baik," tegasnya.

Berhubung kebarangkalian kenaikan gaji, beliau berharap kerajaan turut memberi fokus kepada skim simpanan pekerja dan bukan sekadar kemampuan berbelanja.

"Dari satu sudut, pekerja secara umumnya pasti gembira tetapi ini tidak bererti mereka mampu menyimpan kerana kos sara hidup mungkin terus meningkat bersama gaji yang lebih besar. Produktiviti kerja juga perlu diberi tumpuan kerana pekerja tidak produktif tetapi menikmati gaji tinggi akan memberi kesan kepada ekonomi,"jelasnya.

Oleh itu, Abdul Rahim lebih cenderung ke arah kenaikan gaji diberi berdasarkan prestasi kerja berbanding diberi sama rata kepada semua kakitangan awam agar kesannya dinikmati dalam jangka panjang dan bukan bersifat sementara sahaja.

Beliau menjelaskan, kerajaan juga tidak semestinya memberi kenaikan gaji kerana insentif lain seperti potongan cukai pendapatan dan cukai lain juga dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Subsidi bagus untuk rakyat tetapi akan menambah defisit belanjawan tahunan negara. Oleh itu, insentif lain seperti potongan cukai lebih sesuai dan berkesan. Cabaran utama bagi kerajaan kini adalah mencari keseimbangan jangka panjang dan jangka pendek. Walaupun belanjawan ini dikaitkan dengan pilihan raya umum, defisit yang ditanggung juga perlu ditangani," katanya.

Memberi contoh cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Abdul Rahim menjelaskan cukai tersebut bagus untuk jangka panjang dan dapat mengurangkan defisit belanjawan tahunan negara.

"Namun, GST tidak sesuai dilaksanakan buat masa ini bukan sahaja dari sudut politik malahan tetapi dari sudut ekonomi berikutan peningkatan kos sara hidup.

"Semuanya bergantung kepada keseimbangan yang mahu dicapai sementara pemantauan pelaksanaannya akan menentukan keseimbangan dan sasaran Belanjawan 2012 memberi kesan positif kepada rakyat dan ekonomi negara," ujarnya.

Pas oportunis demi kuasa

Posted:

Pas oportunis demi kuasa

Pas oportunis demi kuasa

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

SEORANG rakan menyuakan kepada penulis senaskhah lidah rasmi sebuah parti pembangkang dalam keluaran akhir bulan lepas. Hendak dikatakan tidak pernah membaca akhbar tabloid tersebut, tentunya penulis menipu diri sendiri. Sebagai pengamal media, tentunya organ rasmi pembangkang itu juga termasuk dalam bacaan penulis. Cumanya, jarang-jarang dibaca.

Sesekali membaca lidah rasmi pembangkang itu apabila disuakan oleh rakan penulis itu, 'terpana' juga dengan tindak balas akhbar yang kononnya menjadi lidah rasmi sebuah parti Islam ini.

Mana tidaknya, dari awal muka surat hingga ke muka 31, sebahagian besar kandungannya sarat dengan komen-komen pedas terhadap keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bukannya hendak berterima kasih kepada Perdana Menteri, tapi habis dikutuk dan dihentamnya pemimpin kerajaan itu. Kononnya keputusan Najib itu dipengaruhi oleh tindak balas pembangkang ke atas akta itu sejak sekian lama dan pada masa sama memomokkan bahawa akta yang menggantikan ISA kelak lebih dahsyat dan zalim ke atas kebebasan awam dan politik.

Lebih pelik lagi, komen 'membelasah' Perdana Menteri dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat yang muttaqin.

Masya-Allah. Dan lebih angkuh lagi, dicoretkan angka 11 yang dimomokkan sendiri oleh salah seorang karyawan dalam lidah pembangkang ini bahawa angka tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 yang amat diminati Perdana Menteri sebagai 'simbol sepasang batu nesan iaitu simbol kematian UMNO dan Barisan Nasional (BN).'

Tidak ketinggalan juga, dalam organ pembangkang itu dicoretkan pembelaan ke atas seorang pemimpin kanannya yang membela komunis. Belum apa-apa sudah 'angkat bakul sendiri'. Mungkin itulah sebabnya apa sahaja di depan mata yang boleh dijadikan bahan kempen untuk menaikkan parti pembangkang habis disapu oleh pemimpinnya - oportunis.

Demikian juga dengan hukum hudud. Setelah Pas sendiri meredakan tuntutannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan dengan mengalihkan perjuangannya daripada menegakkan sebuah negara Islam kepada negara berkebajikan, dek demi memastikan lebih ramai orang Melayu tidak meninggalkan parti itu, pemimpinnya bersandiwara lagi.

Rakyat Selangornya pastinya tidak lupa dengan tembelang Pas apabila berdepan dengan dasar kerajaan PKR Selangor yang membenarkan arak dijual di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam. Pas dan PKR langsung tidak mengendah dan mengambil apa-apa tindakan meskipun menerima pelbagai bantahan daripada rakyat yang beragama Islam terutamanya orang Melayu.

Kerana ingin menjaga hati, ditambah pula dengan rasa takut kepada pemimpin-pemimpin DAP, penyokong dan pemimpin dari kedua-dua parti tersebut hanya mampu berdiam diri dan memekakkan telinga. Maka semakin beraja di mata dan bersultan di hatilah DAP apabila melihat Pas dan PKR langsung tak berani membantah.

Di mana suara 'harimau-harimau' Pas dan coretan serta kritikan dalam lidah rasmi pembangkang apabila Majlis Fatwa Pulau Pinang melarang seluruh masjid di Pulau Pinang daripada menyiarkan bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara sebelum subuh.

Hakikatnya banyak lagi isu yang merugikan orang Melayu yang sepatutnya memerlukan campur tangan daripada pemimpin Pas Pusat, tetapi ia didiamkan begitu sahaja. Ketika ini sibuk pula Pas menguar-uarkan diri sebagai 'pejuang' untuk membersihkan daftar pemilih daripada kelibat warga asing.

Minggu lepas, Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad sibuk mendakwa bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima bantahan Pas Shah Alam dan bersetuju menggugurkan 52 nama yang disyaki warga asing daripada daftar pemilih di kawasan berkenaan. Dakwa Khalid lagi, ia adalah daripada sejumlah 58 nama yang disenaraikan dalam bantahan Pas Shah Alam kepada suruhanjaya tersebut.

Mengulas kenyataan Khalid itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam berkata, pada masa ini SPR memang mengeluarkan nama-nama di laman web suruhanjaya itu untuk tujuan semakan.

Ia memang suatu kaedah biasa dalam urusan mana-mana organisasi untuk membuat upgrading. SPR, katanya, tidak boleh melakukannya secara bersendirian tetapi memerlukan kerjasama daripada semua pihak, sama ada Jabatan Perdaftaran Negara (JPN), Kementerian Pertahanan (pengundi pos dari kalangan polis dan tentera) apatah lagi parti-parti politik yang prihatin.

Beliau menarik perhatian mengenai dakwaan Pemuda Pas Pusat bahawa terdapat 170,818 nama dalam daftar pemilih suku kedua tahun ini yang tidak mempunyai kod negara. Dakwa Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi dewan itu, Suhaizan Kaiat, berdasarkan pada semakan di laman web JPN, pengundi-pengundi itu disenaraikan dengan kod rasmi '71' - merujuk kepada warga negara tidak diketahui negara asal kelahirannya, maka dakwa Suhaizan lagi, 'mereka diberi hak mengundi di negara ini'.

Suhaizan seterusnya mendakwa, seramai 42.33 peratus atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina dan 17.33 peratus atau 29,605 pengundi bangsa India manakala rakyat Bangladesh adalah mereka yang paling sedikit sekali.

Menjawab dakwaan Suhaizan itu, Abdul Aziz menjelaskan: "Sebenarnya ia berkait rapat dengan sistem di JPN itu sendiri. Jika rakyat Malaysia itu lahir di luar negara (tidak kira di Singapura, Indonesia atau Amerika Syarikat), nombor tengah dalam kad pengenalannya ditetapkan rujukannya sebagai kod '71'.

Kata Abdul Aziz: "Dalam kes kod '71' ini, ia bukan bermakna pendaftar pemilih itu mesti berasal daripada penduduk tetap (PR). Ini kerana kebanyakan pemegang kod '71' itu adalah asalnya rakyat Malaysia tetapi dilahirkan di luar negara.

Contohnya, Dr. Wan Azizah dan Azmin serta ramai lagi yang angka tengah pada nombor kad pengenalannya adalah '71'. "Kod '71' itu adalah sebagai garis panduan JPN sahaja," kata beliau.

Abdul Aziz mengakui kadang kala terdapat dalam pendaftaran JPN itu orang yang sama identitinya yang secara teknikalnya mendaftar sebanyak dua kali. Ia memperlihatkan seolah-olah dia ada dua kad pengenalan tanpa dia sendiri mengetahuinya.

"Dan apabila disemak, JPN mendapati salah satunya tidak aktif," katanya. Dalam aspek ini, beliau menegur tindak-tanduk pemimpin Pas yang suka menghebohkan sesuatu kepada akhbar dan umum untuk memburuk-burukkan SPR.

"Pas bukan bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih, apabila jumpa kelemahan dalam daftar itu, ia lebih kepada tujuan politik dengan mendakwa SPR bermacam-macam seperti lemah dan tidak cekap...tidak ada tujuan lain Pas ini melainkan motif politik sentiasa," kata Abdul Aziz.

Yang nyata, Pas akan terus oportunis dalam menjayakan misinya untuk menumbangkan BN. Tidak kiralah sama ada ia bertentangan dengan Islam, asalkan matlamat menghalalkan cara.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved