Sabtu, 31 Disember 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


2012 hambar tanpa emas Olimpik?

Posted:

2012 hambar tanpa emas Olimpik?

2012 hambar tanpa emas Olimpik?

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my


LEE Chong Wei tetap digalas harapan membawa pingat emas pertama Olimpik buat Malaysia walaupun prestasinya dikatakan goyah sejak kebelakangan ini.


KUALA LUMPUR - Diari 2011 yang menutup kalendar sukan negara semalam disifatkan tahun cemerlang atlet kita, khususnya kejayaan skuad Harimau Muda mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA XXVI.

Hari pertama 2012 hari ini, bermakna atlet negara membuka buku baru dengan persoalan mampukah kegemilangan tahun lalu diteruskan?

Atau mungkinkah 2012 bakal menjadi tahun suram, jika impian menggunung untuk memenangi pingat emas pertama Olimpik di London 2012 menerusi pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei gagal dijelmakan?

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi tidak senada dengan pandangan tersebut.

Sebaliknya beliau bersikap positif dengan tidak meletakkan sebarang warna pingat Olimpik.

"Saya tidak bersetuju kalau ada yang menyatakan tanpa emas Olimpik, sukan 2012 bakal hambar, ini kerana Sukan Olimpik sebuah temasya bertaraf dunia.

"Jika kita gagal dapat emas, tetapi mampu meraih tiga hingga empat pingat perak atau gangsa, ia sudah cukup hebat buat atlet negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Harapan emas negara menerusi Chong Wei berdepan halangan pemain China, Lin Dan serta bintang muda negara itu, Chen Long.

Tambah Kok Chi, kilauan emas tidak penting kerana yang perlu diberi keutamaan ialah bilangan atlet negara yang mampu beraksi di London lebih penting.

Jelasnya, kemampuan atlet Malaysia untuk beraksi di Olimpik sudah semakin meningkat menerusi acara badminton, terjun dan lumba basikal berpotensi menghadiahkan pingat.

Beliau sebenarnya lebih teruja untuk menyaksikan skuad hoki negara kembali beraksi pada Olimpik.

"Sudah agak lama kita tidak bertanding pada Olimpik dan jika kita gagal lagi, bermakna sudah 12 tahun hoki kita tidak ke pentas Olimpik.

"Saya sebenarnya agak terkilan, jika kita menang emas Sukan Asia lalu, sudah tentu kita telah layak secara automatik, namun, kita sekadar berpuas hati dengan pingat perak," tambahnya.

Mengenai badminton, khususnya Piala Thomas dan Sukan Malaysia, beliau berkata jika kita mampu layak ke aksi akhir di China, ia merupakan satu bonus.

"Penganjuran Sukan Malaysia di Pahang pula diharap mampu melahirkan lebih ramai atlet pelapis masa depan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Wajah baru Liga Malaysia

Posted:

Wajah baru Liga Malaysia

Wajah baru Liga Malaysia

KUALA LUMPUR - Liga Super dan Liga Premier dalam Liga Malaysia masing-masing mendapat logo baru bagi musim 2012-2014.

Dalam satu kenyataan semalam, Malaysia Super League Sdn. Bhd. (MSL), berkata logo itu diilhamkan daripada bentuk 'Play', yang lazimnya ditemui dalam semua peranti permainan media.

"Kedua-dua logo direka khas sejajar dengan tujuan asal bola sepak itu sendiri iaitu Play (Bermain).

"Bentuk Play diolah dan diaplikasikan ke dalam logo, mewujudkan satu bentuk untuk menyokong elemen lain yang mewujudkan kelainan antara setiap logo," kata MSL, sebuah entiti yang bertindak sebagai sayap komersial bola sepak Malaysia.

Kenyataan itu menyebut logo Liga Super dibentuk daripada imej piala Liga Super itu sendiri yang menunjukkan bahagian atas piala di mana bola diletakkan di atas menara berbentuk bintang yang membawa maksud liga bola sepak terulung di negara ini.

Kombinasi warna biru gelap dan putih mewakili makna perpaduan serta prestij liga berkenaan.

Bagi logo Liga Premier, bola yang dipaparkan bertujuan menyerlahkan makna pergerakan bola sepak.

"Bentuk bola yang sedang bergerak direka untuk mewujudkan satu kisah tentang perjalanan ke arah pengiktirafan dalam sukan bola sepak bermula di sini. Warna hitam dan kuning dipilih sebagai warna rasmi tanda kesepakatannya dengan badan dan pasukan negara," kata kenyataan itu lagi.

MSL berkata, jenis fon yang digunakan adalah unik dan direka khusus untuk disesuaikan dengan ciri-ciri yang mempunyai persamaan dengan belang harimau.

Logo Astro diletakkan ke dalam logo liga sebagai pemegang hak komersial mereka dan logo penaja yang baru mungkin menggantikan logo Astro sekiranya ada mana-mana rakan kongsi selanjutnya yang turut serta sebagai pemegang hak.

Liga Premier akan bermula pada 9 Januari manakala Liga Super pula sehari kemudian.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Pengukuhan pendidikan negara

Posted:

Pengukuhan pendidikan negara

Pengukuhan pendidikan negara


11 MAC - PESERTA Turki, Halil Ibrahim dinobatkan sebagai juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2011 bagi kategori antarabangsa dan peserta dari Malaysia, Amirrudin Abd. Rahman pula muncul juara kategori nusantara. Hadiah disampaikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya.


KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) sepanjang 2011 telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membawa perubahan dalam bidang pendidikan sejajar dengan transformasi negara.

Inisiatif-inisiatif berterusan yang dilakukan ini dilihat telah berjaya membawa impak besar dalam usaha melonjakkan mutu dan kualiti pendidikan di Malaysia.

Usaha murni ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang dilengkapi dengan pelbagai kemahiran penting sebagai bekalan untuk mereka berhadapan dengan cabaran pendidikan semasa serta pengetahuan berguna bagi kerjaya di masa hadapan.

Antaranya ialah bantuan persekolahan bernilai RM2.5 bilion yang diagihkan kepada 16 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan tujuh bahagian pengurusan sekolah di bawah KPM.

Selain itu, kerajaan turut memberi Anugerah Tawaran Baru sebanyak RM7,500 setiap seorang kepada guru besar dan pengetua yang telah berjaya membawa lonjakan kepada sekolah masing-masing.

Inisiatif Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) juga dilihat memberi impak besar kepada sistem pendidikan negara.

Selain itu, 40,000 guru turut diberikan latihan dan pendedahan menjadi jurulatih sukan di semua peringkat persekolahan bagi merealisasikan dasar 1Murid 1Sukan.

Kerajaan juga turut menyediakan wang bantuan persekolahan bernilai RM100 kepada kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah sebagai wang bantuan khas awal persekolahan.

Sementara itu bagi 2011 juga menyaksikan satu transformasi di bawah Kemeterian Pengajian Tinggi apabila kerajaaan membuat keputusan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membolehkan penuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang yang berusia 21 tahun ke atas menyertai parti politik.

Pindaan tersebut yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kebebasan hampir 500,000 penuntut dalam kelompok usia berkenaan untuk menjadi ahli mana-mana parti politik.

Keputusan itu dibuat bagi menghormati kematangan dan hak perlembagaan penuntut yang telah mencapai umur mengikut ketetapan undang-undang.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


2 lagi ditahan kes bunuh Rozana

Posted:

2 lagi ditahan kes bunuh Rozana

2 lagi ditahan kes bunuh Rozana

SHAH ALAM 31 Dis. - Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam seorang kerani bank, Rozana Mohd. Yusak yang ditikam sebanyak 15 kali di sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Jaya, Kepong minggu lalu sekali gus menjadikan jumlah tangkapan meningkat kepada lima orang.

Salah seorang suspek yang berusia 20 tahun ditahan kira-kira pukul 11 malam tadi di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur manakala seorang lagi suspek berusia 23 tahun ditahan ketika menyerah diri di Balai Polis Gombak, pukul 4 pagi ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, dengan penangkapan kelima-lima lelaki tersebut, polis percaya kes pembunuhan kejam wanita berusia 35 tahun itu telah selesai.

"Polis turut menemui sebuah telefon bimbit dipercayai milik mangsa ketika menahan suspek berusia 20 tahun di Bukit Bintang. Kedua-dua suspek termasuk yang menyerah diri kepada pihak polis didapati positif mengambil dadah jenis syabu," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Turut hadir, timbalan beliau, Datuk A. Thaiveegan dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah.

Akhbar hari ini melaporkan, polis menahan tiga lelaki, dua daripadanya berusia 19 tahun bagi membantu siasatan pembunuhan itu kelmarin.

Dua suspek berusia 19 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Pantai manakala seorang lagi suspek berusia 22 tahun ditahan di Kampung Datuk Keramat.

Tun Hisan dalam pada itu berkata, dalam tangkapan pertama di Lembah Pantai, polis menemui beberapa bahan bukti antaranya telefon bimbit, kad ATM, beg tangan jenama Bonia, kasut dan sebuah motosikal milik si mati," katanya.

Tambah beliau, barang bukti lain yang ditemui adalah seluar, baju, tuala yang terdapat kesan darah. Topi keledar milik mangsa pula ditemui di rumah flat Kampung Datuk Keramat selain kad kredit tertera nama Rozana.

"Sebilah pisau yang disyaki digunakan dalam pembunuhan ini turut dirampas dari salah seorang suspek, namun polis percaya, lebih daripada satu senjata digunakan," jelasnya.

Kelima-lima suspek, kata Tun Hisan dipercayai mengenali antara satu sama lain dan hasil siasatan awal pihaknya mendapati, mereka tiada rekod jenayah lampau.

Selepas sidang akhbar itu, Tun Hisan turut menyampaikan sijil penghargaan kepada dua pegawai penyiasat kes tersebut iaitu Asisten Supritendan Mohd. Fadhli Minhat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan Asisten Supritendan Ahmad Fauzi Mohamed Zin dari Cawangan D9, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.

Full content generated by Get Full RSS.

41 ditahan dalam operasi JAIS

Posted:

41 ditahan dalam operasi JAIS

41 ditahan dalam operasi JAIS

Oleh ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my


Hasan Ali (kiri) turut sama menyertai Ops Mungkar bersama Jabatan Agama Islam Selangor ketika melakukan serbuan ke atas pusat-pusat hiburan di sekitar Damansara dan Petaling Jaya, semalam.


SHAH ALAM 31 Dis. - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan seramai 41 individu beragama Islam yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral selepas menyerbu dua premis pusat hiburan di Petaling Jaya, awal pagi ini.

Serbuan 'Ops Mungkar' yang diadakan menjelang sambutan tahun baru 2012 itu diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

Kesemua mereka ditahan ketika berada dua buah pusat hiburan yang diperiksa JAIS bermula pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi ini.

Menurut Hasan, daripada jumlah itu, 18 individu termasuk enam wanita akan dibawa ke muka pengadilan dalam tempoh terdekat atas kesalahan meminum arak.

"Ops Mungkar ini dibuat mengikut peruntukan yang terdapat dalam Enakmen Jenayah Syariah 1995 selain memastikan umat Islam tidak terus hanyut menjelang sambutan tahun baru 2012," katanya pada sidang akhbar di pejabat JAIS di sini awal pagi ini.

Beliau berkata, kesemua mereka akan dipanggil untuk menjalani sesi kaunseling oleh JAIS pada 11 dan 12 Januari depan.

Katanya lagi, mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 58 tahun. Penahanan beberapa remaja dalam operasi itu juga sudah dimaklumkan kepada ahli keluarga mereka untuk diikat jamin.

Dalam pada itu, Hasan menafikan penglibatannya dalam operasi JAIS awal pagi ini bakal mewujudkan kontroversi, sebaliknya penglibatan beliau menggambarkan komitmen bersama khususnya penguatkuasaan di jabatan agama ini.

"Selama ini saya memang serahkan semua operasi kepada JAIS atas sebab keselamatan, bagi memastikan kejayaan kepada semua operasi yang dilakukan.

"Awal pagi ini, saya terlibat secara langsung untuk melihat dan menentukan prosedur operasi standard (SOP) kita dipatuhi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Penganjur bertindak melampau edar risalah di masjid

Posted:

Penganjur bertindak melampau edar risalah di masjid

Penganjur bertindak melampau edar risalah di masjid


Budiman Mohd. Zohdi (depan, lima dari kiri) bersama ahlinya membuat laporan polis menentang Kempen Bebaskan Anuar 901' di pekarangan Balai Polis Sabak Bernam, semalam.


SHAH ALAM 31 Dis. - Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar menyifatkan pihak yang menganjurkan 'Kempen Bebaskan Anwar 901' sebagai melampau apabila menjadikan masjid sebagai tempat mengajak orang ramai menyertai perhimpunan haram.

Ketuanya, Budiman Mohd. Zohdi berkata, perkara itu dikesan berlaku di masjid-masjid di kawasan Parlimen Sungai Besar.

Kata beliau, pihaknya kesal dengan tindakan pihak yang menyebarkan poster serta risalah kempen tersebut yang jelas bermotifkan politik.

"Tindakan ini melampau. Masjid adalah tempat untuk umat Islam beribadat bukannya menyebarkan dakyah politik apatah lagi menghasut orang ramai mengadakan perhimpunan haram.

"Kita anggap ini satu bentuk pencemaran terhadap institusi masjid kerana tindakan menyebarkan poster dan risalah kempen itu sebenarnya untuk tujuan politik, memecahbelahkan umat, membelakangkan undang-undang," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Budiman bersama-sama 30 ahli pergerakan itu turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam kira-kira pukul 11 pagi ini.

Laporan polis itu katanya, dibuat agar pihak berkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur Kempen Bebaskan Anwar 901 yang banyak menyusahkan rakyat.

"Bayangkan sekiranya perhimpunan haram diadakan berapa banyak rakyat akan menerima kesan daripada tindakan tidak bertanggungjawab itu," ujarnya.

Setakat ini, sebanyak 50 laporan polis telah dibuat di Selangor bagi meminta polis menyiasat, mencegah dan mengambil tindakan terhadap penganjuran kempen tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Hentikan taktik jahat – Mashitah

Posted:

Hentikan taktik jahat – Mashitah

Hentikan taktik jahat – Mashitah

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Pakatan pembangkang perlu menghentikan taktik jahat bagi memanipulasi pemikiran rakyat dengan mencetuskan keadaan huru-hara di negara ini demi memenuhi politik kepentingan mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, ini kerana, rakyat negara ini terdiri daripada mereka yang cintakan keamanan dan tidak akan termakan dengan hasutan berbaur subversif mereka.

"Kempen Bebaskan Anwar 901 yang dilancarkan pembangkang hanyalah talian terakhir mereka untuk memperbesarkan isu serta memperbodohkan pemikiran rakyat meskipun secara jelas kes liwat yang melibatkan ketua mereka adalah isu moral dan kes peribadi beliau.

"Kenyataan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa rakyat adalah hakim negara juga tidak berasas kerana perkataan 'rakyat' yang digunakan mereka hanya merujuk kepada penyokong mereka semata-mata, bukannya semua rakyat negara ini.

"Jelas sekali, Kempen Bebaskan Anwar 901 mencerminkan agenda kepartian sempit pembangkang dan ia langsung tidak melibatkan kepentingan rakyat," katanya ketika mengulas rancangan pembangkang untuk mengheret rakyat menjadi pelindung kepada Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, melalui kempen "Bebas Anwar 901" pada 9 Januari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Kedatangan Tahun Baru

Posted:

Kedatangan Tahun Baru

Kedatangan Tahun Baru


BANDAR Raya Sydney bergemerlapan dengan cahaya bunga api sempena sambutan Tahun Baru, malam tadi. - AGENSI


SYDNEY 31 Dis. - Pertunjukan bunga api yang menakjubkan menghiasi sambutan Tahun Baru di seluruh dunia, ketika berbilion-bilion penduduk dunia dari Sydney hingga ke Stockholm berhimpun bagi meraikan kedatangan 2012.

Dari Dataran Times Square, New York hingga ke Brandenburg, Berlin dan Hong Kong, orang ramai berhimpun untuk menyaksikan pertunjukan bunga api dengan diiringi persembahan muzik dan pelbagai pesta bagi meraikan ketibaan Tahun Baru.

Di AUSTRALIA, lebih 1.5 juta orang berkumpul sepanjang Sydney Harbour untuk menyaksikan pertunjukan bunga api dengan berlatar belakangkan Sydney Harbour Bridge.

Sejak awal petang lagi beribu-ribu orang telah menunggu untuk menyaksikan pertunjukan bunga api itu yang melibatkan tujuh tan bahan letupan yang menerangi ruang udara di bandar raya tersebut tengah malam ini.

Di LONDON, lebih 250,000 orang berhimpun di Sungai Thames, manakala berpuluh-puluh ribu penduduk Paris berkumpul di Champs Elysees untuk meraikan perayaan yang dikenali sebagai la Fete de Saint-Sylvestre di negara itu sempena Tahun Baru.

Di JEPUN yang masih menderita akibat kesan gempa bumi pada 11 Mac lalu menyaksikan orang ramai berhimpun di tempat-tempat suci.

Di FILIPINA, secara tradisi, rakyat Filipina akan meraikan Tahun Baru dengan letupan mercun dan berparti tetapi tidak ada sebarang perayaan dirancang di pusat-pusat pemindahan banjir yang menempatkan lebih 73,000 daripada 465,000 mangsa taufan dua minggu lalu. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Taufan Thane landa India, 49 maut

Posted:

Taufan Thane landa India, 49 maut

Taufan Thane landa India, 49 maut

CHENNAI 31 Dis. - Sekurang-kurangnya 49 orang terbunuh apabila Taufan Thane melanda selatan India, menurut pegawai, hari ini ketika jurutera bergelut untuk memulihkan bekalan elektrik.

Taufan Thane yang membawa angin selaju 140 kilometer sejam melanda perairan antara Cuddalore di Tamil Nadu dan wilayah Pondicherry, semalam.

Pegawai daerah, V. Amuvalli berkata, sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh di Cuddalore akibat taufan yang disifatkannya sebagai paling dahsyat yang pernah melanda kawasan itu.

"Kebanyakan mangsa terkorban akibat terkena renjatan elektrik dan dihempap runtuhan bangunan," katanya.

Lima lagi kematian dilaporkan di Tamil Nadu, menurut seorang pegawai di Chennai.

Jurutera, kini bertungkus-lumus memulihkan talian telefon dan bekalan elektrik yang terputus akibat taufan itu.

Taufan itu dilaporkan semakin reda hari ini.

Perkhidmatan kereta api dan penerbangan pula dilaporkan kembali berjalan seperti biasa, hari ini. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bonus hadiah bermakna peneroka

Posted:

Bonus hadiah bermakna peneroka

Bonus hadiah bermakna peneroka

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

MARAN 31 Dis.- Pemberian bonus insentif produktiviti kepada peneroka merupakan hadiah bermakna kepada golongan itu khususnya bagi kalangan 15,000 peneroka di Felda Wilayah Jengka di sini.

Bonus berkenaan dapat meringankan beban peneroka dalam menguruskan hal keperluan khususnya bagi menyiapkan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.

Timbalan Pengerusi Gabungan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar,60, berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempamerkan komitmen dan keikhlasan membantu masyarakat peneroka sejak beberapa tahun lalu.

"Bonus insentif antara RM400 dan RM1,200 yang dinikmati oleh warga Felda membuktikan kerajaan tidak mengabaikan kebajikan golongan berkenaan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini baru-baru ini.

Pada 23 Disember lalu, Perdana Menteri mengumumkan Felda akan membayar bonus insentif produktiviti antara RM400 dan RM1,200 kepada peneroka tanah rancangan itu pada tahun ini, kadar yang sama seperti tahun lepas.

Pembayaran bonus insentif berjumlah RM102.6 juta itu yang bergantung kepada penghantaran hasil, melibatkan 95,949 daripada 112,635 peneroka Felda bagi menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara serta insentif menghantar hasil melalui Felda.

Bagi Ketua Peneroka Felda Jengka 18, Samad Samah,59, pemberian itu sangat bermakna kepada ketua isi rumah berbelanja untuk keperluan persekolahan anak-anak tahun depan.

Katanya, rakan peneroka perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri yang telah berusaha untuk memakmur negara serta rakyat.

Ketua Peneroka Felda Kota Gelanggi 1, Abdul Rahman Ghani,48, mahu masyarakat peneroka Felda harus berfikir secara rasional kerana tiada negara di dunia yang begitu ambil berat tentang kebajikan rakyat.

"Pemberian itu berdasarkan jumlah hasil yang dihantar ke kilang membolehkan peneroka turut mendapat bonus seperti juga penjawat awam,'' katanya.

Ketua Peneroka Felda Jengka 3, Zainuddin Jantan, 58, berpendapat bahawa pemberian berkenaan dapat menampung tambahan kewangan untuk membeli pelbagai keperluan.

Pendapat itu disokong rakannya, Abdul Aziz Rashidi, 58, yang menyifatkan tohmahan pembangkang bahawa kerajaan tidak menjaga kebajikan adalah tidak benar sama sekali.

Full content generated by Get Full RSS.

Produk IKS di pasar raya, stesen minyak

Posted:

Produk IKS di pasar raya, stesen minyak

Produk IKS di pasar raya, stesen minyak


ALWI Abdul Hamid (kanan) bertanya sesuatu kepada peserta pengusaha IKS selepas merasmikan program Pemadanan Perniagaan di Kompleks LKPIM Pahang, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 31 Dis. - Pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) digesa merebut peluang disediakan oleh kerajaan dalam memasarkan produk masing-masing ke pasar raya dan stesen minyak tempatan di negeri itu.

Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Alwi Abdul Hamid berkata, tindakan itu secara tidak langsung membantu meluaskan pasaran produk masing-masing sekali gus meningkatkan lagi hasil jualan mereka.

Menurutnya, kementerian juga berperanan untuk membantu pengusaha terbabit menerusi program pemadanan perniagaan antara pengusaha IKS di negeri ini yang julung kali dianjurkan di Kompleks Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Pahang di sini baru-baru ini.

"Program yang julung kali diadakan itu mendapat penyertaan seramai 14 pengusaha IKS dari negeri ini dan 17 pasar raya serta stesen minyak.

"Ia memberikan peluang kepada kedua-dua pihak mencari dan memasarkan produk terpilih di premis masing-masing secara langsung dengan berjumpa serta melihat sendiri produk yang diusahakan," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Beliau memberitahu, program seperti itu akan diadakan dengan lebih kerap pada masa depan sekali gus memberi ruang dan peluang kepada pihak terbabit.

Sementara itu, bagi seorang pengusaha halwa dan kordial kundur Sheikh Ismail Abdullah dari Peramu Jaya, Pekan, berkata, dia mendapat peluang terbaik meluaskan pasaran produknya menerusi program itu.

Menurutnya, dia mendapat tawaran untuk memasarkan produknya di sebuah pasar raya di Bentong, Lipis dan Jengka serta bersyukur kerana tidak melepaskan peluang menyertainya.

"Cuma saya berharap ia akan diadakan lebih kerap untuk masa akan datang dan pemilihan masa yang sesuai untuk membolehkan lebih ramai pengusaha serta premis pasar raya dan stesen minyak dapat menyertainya," katanya.

Bagi pengusaha madu lebah tualang dari Mentakab, Mohd. Napi Ismail, turut berpandangan supaya program tersebut diadakan lebih kerap selain mengakui turut mendapat peluang baru selepas menyertainya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tarikh kompaun dilanjut

Posted:

Tarikh kompaun dilanjut

Tarikh kompaun dilanjut

KUANTAN 31 Dis. - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan melanjutkan tempoh pembayaran kompaun dan cukai taksiran berikutan sambutan yang diberikan baru-baru ini amat menggalakkan.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Dan Kemasyarakatan MPK, Haslinda Hassan berkata, promosi 'Langsai Habis' sempena sambutan Bulan Inovasi MPK itu akan dilanjutkan bermula 3 hingga 15 Januari depan.

"Orang ramai boleh menyelesaikan bayaran di Ibu Pejabat MPK, Jalan Tanah Putih mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari pada waktu bekerja manakala Jumaat hingga Ahad, MPK akan membuka kaunter di Kuantan Parade mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Layak ke jadi mentor?

Posted:

Layak ke jadi mentor?

Layak ke jadi mentor?



MINGGU lalu ada pengumuman khas tentang rancangan Mentor musim terbaru. Joyah memang tunggu sangat-sangat pengumuman tu sebab nak tahu siapa yang bakal jadi mentor dalam musim kali ini.

Antara nama-nama yang bakal memikul tugas sebagai mentor termasuklah Ella, Ramlah Ram, Ferhad, Faizal Tahir, Fauziah Ahmad Daud dan Adam.

Alamak macam mana nama Ogy boleh muncul. Itu yang membuatkan Joyah kaget sedikit sebab Joyah rasa Ogy bukanlah pure penyanyi. Bakat yang ada pada Ogy tu rasanya lebih layak kalau letak pada pencarian bakat lakonan.

Joyah tahu Ogy boleh menyanyi cuma pada pandangan mata Joyah macam tak kena sedikit. Tapi bila dah berpeluang jadi mentor, Ogy kena bukti dia mampu beri transformasi pada protege yang bakal dipilih nanti.

Joyah bukan tak puas hati dengan Ogy. Ha, jangan ada yang anggap Joyah iri hati. Joyah ulangi, Joyah hanya pelik kenapa tiba-tiba nama Ogy naik di kalangan mereka yang memang hard core menyanyi macam Ella dan Ramlah Ram.

Lagi satu nama Adam tu. Rasanya Adam belum layak nak jadi mentor sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Apa pencapaian Adam sampai layak diangkat untuk jadi mentor?

Tapi kalau tak diberi peluang kita tak tahu apa natijahnya. Jadi Joyah terima senarai mentor-mentor dengan hati yang cukup terbuka. Apa yang lebih penting semua mentor ni perlu bukti yang mereka boleh.

Full content generated by Get Full RSS.

Bukan disihir, bukan tak berdisiplin

Posted:

Bukan disihir, bukan tak berdisiplin

Bukan disihir, bukan tak berdisiplin



AKHIRNYA misteri kehilangan Jue Aziz terjawab juga. Minggu lalu heboh juga orang memperkatakan tentang kehilangan Jue. Iyalah, teater dah nak mula tapi batang hidung Jue langsung tak nampak.

Kata Jue kepada pihak media, dia bukan sakit terkena buatan orang. Dia juga menafikan yang ada masalah disiplin. Habis hilang sampai lima hari tu pergi mana pula?

Itu yang bermain di fikiran Joyah. Risik punya risik rupa-rupanya Jue sakit. Dia pitam dan muntah-muntah sampaikan doktor terpaksa memberi cuti sakit akibat simptom yang dialaminya itu.

Lalu sepanjang pementasan Semerah Padi berlangsung tempat Jue diganti secara bergilir-gilir dengan pendatang baru Abby Nadzri memandangkan nama Abby sudah dicanang akan menggantikan tempat Jue sekiranya dia digugurkan pada masa itu.

Kalau dah sakit tu nak buat macam mana. Bukan boleh tahan-tahan untuk bagi laluan pada hal yang lebih mustahak. Setidak-tidaknya Joyah bangga bila Jue buka mulut dan menjelaskan hal yang sebenar. Berani kerana benar.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Harapan dunia terhadap 2012

Posted:

Harapan dunia terhadap 2012

Harapan dunia terhadap 2012

Oleh Zin Mahmud

ANTARA berita politik yang disiarkan ke seluruh dunia pada akhir tahun 2011 ialah pelantikan Kim Jong-un sebagai Pemerintah Tertinggi Tentera Korea Utara.

Dunia bukan saja menanti tetapi juga bimbang terhadap Korea Utara sejak pemimpin utama negara itu, Kim Jong -Il meninggal dunia 17 Disember lalu.

Kebimbangan itu dapat difahami kerana Korea Utara mempunyai keupayaan senjata nuklear dengan memiliki satu kerajaan yang pelik, bersifat ekstrem bagai kultus dengan tidak dapat dijangka tindak-tanduk mereka.

Malah keadaan peliknya negara itu menampakkan bahawa semua negara di dunia ini normal kecuali Korea Utara.

Maka untuk berhadapan dengan Korea Utara, dunia perlu memberi perhatian istimewa kerana ia sebuah negara yang tidak normal.

Walaupun ancaman Korea Utara ditangani secara langsung oleh Amerika Syarikat, China, Jepun dan Korea Selatan tetapi sebarang perkembangannya akan memberi kesan kepada seluruh dunia, secara tidak langsung.

Sememangnya di dunia terdapat perkembangan politik yang juga penting seperti kebangkitan rakyat Arab yang masih belum berkesudahan. Tetapi Korea Utara mempunyai keistimewaannya kerana bahaya yang terkandung di dalamnya.

Tetapi di sebalik kebimbangan dunia mengenainya, terdapat juga harapan.

Mungkin juga akan berlaku perubahan dalam Korea Utara pada tahun 2012 hingga membawa kepada keamanan baru di rantau Asia Timur Laut itu.

Harapan dunia seumpama ini pernah muncul pada tahun 1990 ketika rejim-rejim komunis tumbang di seluruh dunia.

Apabila rejim Berlin tumbang dan membawa penyatuan Jerman Barat dan Jerman Timur, maka perkara seumpama ini diharapkan berlaku antara Korea Utara dengan Korea Selatan berikutan kematian bapa Kim Jong-il, Kim Il-sung yang juga pengasas rejim Pyongyang.

Tetapi harapan itu berkecai apabila Kim Jong-il didapati hanya mahu mempertahankan keadaan sedia ada, ditambah pula dengan pembangunan senjata nuklear.

Sama ada anaknya, Kim Jong-un akan membawa perubahan akan dapat disaksikan sepanjang tahun 2012. Tetapi kemungkinan besar juga akan berlaku sesuatu yang sama sekali di luar jangkaan. Apabila dikatakan di luar jangkaan, maka pada waktu ini, benar-benar tidak terfikir oleh sesiapa.

Sejarah

Begitulah hakikatnya yang berlaku sepanjang sejarah moden dunia ini. Harapan sentiasa dipasang, dan sering kali berkecai. Tetapi dalam kehilangan harapan, tiba-tiba muncul perkembangan yang tidak disangka-sangka. Sama ada baik atau buruk. Malah baik dan buruk itu menjadi subjektif kerana perkembangan selanjutnya boleh berbeza daripada apa yang dijangka.

Umpamanya ialah kebangkitan rakyat Arab atau dikenali sebagai Musim Bunga Arab. Ia tidak dijangka oleh mana-mana penganalisis walaupun itulah harapan banyak pihak, baik di kalangan para pendokong demokrasi di barat mahupun rakyat Arab sendiri yang mengimpikan perubahan.

Ternyata sepanjang tahun 2011, impian itu telah menjadi kenyataan dan ia membuka laluan kepada harapan baru. Bermula dari Tunisia dan kini masih dalam proses di mana pada hari akhir tahun 2011, puluhan rakyat Syria terkorban dalam kebangkitan yang belum selesai di Damsyik.

Sememangnya harapan dunia terhadap negara-negara Arab adalah tinggi bagi tahun 2011. Mereka mengharapkan supaya proses di Arab itu akan berakhir dengan sempurna dengan semua negara-negara Arab yang terlibat menjadi stabil dan berfungsi.

Tetapi bagi para pemerhati yang melihat perkembangan dunia berpuluh-puluh tahun, pastinya dapat mengesan bahawa realiti tidak bergerak secara licin dan teratur seperti yang dijangkakan oleh otak manusia.

Apa yang pasti adalah ketidakpastian. Pada akhir tahun 1980-an, peristiwa kejatuhan Kesatuan Soviet dan negara-negara sekutunya merangsang penganalisis Francis Fukuyama untuk mengisytiharkan bahawa sejarah telah berakhir. Dia bermaksud pihak Barat dan fahaman demokrasi liberalnya telah menang, dan tidak ada lagi pertembungan politik yang besar.

Tetapi keruntuhan komunis tidak lengkap. China, Korea Utara, Vietnam, Cuba dan Laos masih komunis walaupun berbeza amalan. Paling ketara ialah Korea Utara yang mengamalkan komunisme ekstrem di luar pemahaman manusia sejagat.

Sementara ancaman utama kepada Barat datang daripada bukan sesebuah negara tetapi rangkaian pengganas berasal daripada kepercayaan Islam.

Dengan pembunuhan Osama bin Laden pada tahun 2011, harapan yang dipasang oleh dunia, khususnya di Barat ialah berakhirnya ancaman keganasan yang dikaitkan dengan Islam ini. Umat Islam juga lega kerana letih dikaitkan dengan keganasan.

Dengan kemenangan parti-parti Islam di Tunisia, Maghribi dan Mesir yang mencontohi Turki, maka harapan bahawa demokrasi akan diamalkan oleh dunia Islam berbunga dalam hati pihak Barat.

Maka dalam tahun 2012 ini, impian dan harapan mestilah dilihat sebagai impian dan harapan juga, dan bukannya suatu realiti atau jangkaan.

Jika dilihat terhadap apa yang berlaku di dunia Barat, Amerika dan Eropah pada tahun 2011, ancaman terhadap mereka bukannya datang dari dunia Islam. Ancaman sebenar adalah dalam diri mereka iaitu sistem ekonomi kapitalis itu sendiri.

Eropah, khususnya Greece, Itali dan Sepanyol terpukul teruk dan sedang mengheret seluruh dunia Barat ke keadaan yang membimbangkan dunia.

Demonstrasi

Siapa sangka sebelum ini akan berlaku demonstrasi besaran-besaran di kota-kota Amerika Syarikat dalam gerakan yang dikenali sebagai Occupy Wall Street, membantah kerakusan bank-bank hingga membawa kepada keadaan ekonomi yang buruk di negara itu.

Kesan daripada keadaan ini akan diketahui pada tahun 2012. Mungkin tidak ada apa yang boleh berubah banyak pada Amerika. Tetapi gerakan Occupy Wall Street akan memberi kesan juga pada kesedaran nasional negara itu, lebih-lebih lagi tahun 2012 akan menyaksikan kempen serta Pilihan Raya Presiden kuasa besar itu.

Proses mencari calon Parti Republikan telah menyerlahkan perkara-perkara yang tidak dijangka. Dalam keadaan populariti Presiden Barack Obama menurun, maka calon Parti Republikan menjadi penting.

Tanpa dijangka muncul seorang calon yang walaupun payah untuk menang tetapi mengemukakan gagasan-gagasan yang menarik. Ron Paul yang usianya tidak memihak pada dirinya tetapi kematangannya telah melahirkan pandangan-pandangan ekonomi yang masuk akal. Lebih mengejutkan tetapi menarik ialah sikap dasar luar negara terutama dalam hal Palestin.

Dunia bukan Barat yang umumnya pro-Palestin akan berasa pendirian Ron Paul ini suatu penyegaran daripada kebiasaan.

Sepanjang tahun 2011, Palestin mengalami perkembangan baru, bukan saja penerimaan keahliannya ke dalam UNESCO tetapi juga kesan daripada kebangkitan rakyat Arab dan sikap aktif Turki.

Perkembangan terhadap Palestin ini tidak dijangka sebelum ini, dan ia membuka harapan baru kepadanya pada tahun 2012.

Namun begitu, mungkin di akhir tahun 2012 akan didapati bahawa tidak ada banyak perubahan.

Kadangkala dirasakan bahawa usaha manusia dalam memperjuangkan sesuatu seperti tidak membuahkan hasil. Wal hasil balik asal. Tidak ada perubahan bertahun-tahun lamanya hingga adakalanya berasa putus harapan.

Dalam zaman teknologi maklumat, manusia memiliki banyak maklumat. Namun begitu realiti kewujudan adalah begitu kompleks di mana jangkauan manusia hanya pada peringkat tertentu.

Kekayaan maklumat tidak menjamin pengetahuan dan keberkesanan usaha.

Tetapi ada masanya, seseorang tidak berbuat apa-apa tetapi berlaku juga perubahan.

Manusia merancang dan berikhtiar tetapi hasilnya tidak menjamin. Banyak faktor lain yang membawa perubahan tanpa penglibatan manusia.

Perubahan alam, umpamanya memberi kesan yang di luar ikhtiar manusia.

Sementara kelahiran dan kematian yang membawa kepada pergantian generasi manusia pasti membawa perubahan. Sama ada dijangka atau tidak.

Bila ada kebimbangan, maka ada harapan. Selamat Tahun Baru!

Full content generated by Get Full RSS.

Rakyat hakim negara

Posted:

Rakyat hakim negara

Rakyat hakim negara

Bisik-Bisik Mingguan

APA sahaja sumber yang ada digunakan. Kalau ada cacing dan ulat batu, boleh dikerah, pasti dikerah. Misinya adalah untuk membebaskan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim jika didapati bersalah di mahkamah pada 9 Januari ini atas pertuduhan meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Sekali lagi sebagaimana senario 1998 dan 1999, rakyat diheret kepada isu moral peribadi. Sendiri melakukan salah laku moral, rakyat yang akhirnya dipalit. Ketika 'sedap' diulit nafsu, lupa rakyat tetapi apabila tiba hari penentuan di mahkamah, rakyat mahu dijadikan keldai. Belum pernah dalam sejarah dunia, ada pemimpin mahupun tokoh pembangkang yang mempergunakan rakyat untuk kepentingan diri dan nafsu peribadi.

Kempen Bebaskan Anwar 901 yang digerakkan oleh ketua pembangkang itu bersama PKR dengan dibantu DAP dan beberapa NGO antiperlembagaan, semakin rancak persiapannya.

Kemuncaknya adalah hasutan dan siri demonstrasi liar yang bertujuan mewujudkan kekecohan di ibu negara. Semua penyokong Anwar telah diberi motivasi agar lawan habis-habisan. Maka jangan terkejut jika Kuala Lumpur bermandi darah kerana itulah juga matlamat tersirat agar dapat menarik perhatian dunia dan menampakkan pihak berkuasa Malaysia kejam. Sekali lagi, warga kota akan ditimpa kesusahan dan aktiviti mencari rezeki, perniagaan dan pelancongan di Kuala Lumpur akan terjejas teruk.

Kini Anwar dan jawatankuasa penganjur menjaja slogan Rakyat Hakim Negara. Poster mengenainya bersepah-sepah diedarkan di Lembah Klang. Anwar seperti menjangkakan dia akan bersalah. Dari awal lagi beliau sudah memperlekehkan hakim dan mahkamah. Itu sindrom penafian untuk melindungi diri. Awang senyum meleret. Sebenarnya golongan rakyat yang beliau harapkan menjadi hakim nanti, ialah penyokong PKR dan pembangkang dengan mengadakan demonstrasi jalanan. Anwar mahu eksklusiviti dalam kesnya sahaja. Mana boleh! Ribuan lagi kes liwat dan rogol selama ini, juga wajar diserahkan kepada rakyat untuk membuat penentuan.

Tetapi Awang suka apabila Anwar mengambil pendekatan seperti itu. Tahun 2011 sudah cukup bagi rakyat menjadi hakim negara dalam menilai siapa sebenarnya beliau. Seperti tahun-tahun sebelumnya Anwar masih enggan bersumpah laknat di dalam masjid bagi menafikan pembabitannya dalam kes liwat sedangkan Saiful telah lama berbuat demikian. Dalam perbicaraan kes liwat itu juga, Anwar memomokkan mahkamah dengan memohon berpuluh-puluh penangguhan, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah. Beliau juga kerap memburuk-burukkan imej Malaysia termasuk ketika melawat negara asing, daripada isu batik hinggalah kepada ekonomi. Beliau yang mendabik dada sebagai pejuang keadilan dan kebebasan, juga memalukan pembangkang apabila enggan memberi keterangan bersumpah di mahkamah.

Dalam kes rakaman video seks yang mengaitkan beliau bersama pelacur, Anwar enggan melakukan sumpah laknat. Beliau membuat penafian tetapi bukti-bukti berkaitan cukup jelas. Video tersebut yang mencetuskan kegemparan pada tahun ini disahkan ketulenannya oleh pakar di Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Sehingga hari ini, Anwar masih gagal menjawab misteri ke manakah jam tangannya dan tempoh dua jam yang beliau 'hilang' daripada interaksi di laman sosial Twitter dan Facebook.

Tahun 2011 turut menyaksikan Anwar mencatat rekod dunia sebagai pemimpin pembangkang paling banyak ke luar negara. Bayangkan berapa banyak wang yang terpaksa dibelanjakan untuk tambang pesawat, hotel dan lain-lain yang gayanya bertaraf pemimpin sesebuah negara? Berapa banyak masa pula terpaksa dihabiskan di luar negara sehingga gagal memberi perhatian penuh kepada tugasnya sebagai wakil rakyat di Permatang Pauh, penasihat ekonomi Selangor malah juga PKR sehingga mengakibatkan parti itu berantakan dan kian lemah?

Keghairahan Anwar banyak ke luar negara memperlihatkan secara tidak langsung bahawa beliau cergas, boleh berjalan malah ada kalanya berlari anak di lapangan terbang. Maka dakwaan kononnya beliau tidak mampu melakukan aktiviti yang agak lasak termasuk seks, adalah meragukan. Selain itu, timbul persoalan untuk apa beliau kerap ke luar negara, apakah ada kaitan dengan aktiviti kurang sihat, yang juga menjadi misteri.

Senario yang Awang bentangkan ini sudah cukup menarik untuk kita semua sebagai hakim menilai beliau. Kepada kebanyakan rakyat, Anwar berdepan isu moral dan pembohongan yang serius. Itulah yang cuba ditutup oleh PKR. Terbaru ada pemimpin parti itu sanggup menyamakan Anwar dengan Imam Mahadi. Betapa terdesaknya mereka mahu menyelamatkan Anwar. Sebenarnya tidak sukar bagi rakyat untuk menjadi hakim kepada isu dan kes beliau. Bangkitlah rakyat. Sampai bila kita mahu diperbodohkan oleh orang yang sama berulang kali - hanya kerana angkara nafsunya. Cukuplah.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Gajet hangat 2012

Posted:

Gajet hangat 2012

Gajet hangat 2012

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

Tahun baru 2012 membuka tirai dengan pelbagai gajet yang bakal menjadi rebutan penggemarnya.

Amat banyak yang diperkatakan dan ramalan mengenai pelbagai jenis gajet yang bakal berlegar di pasaran.

Antaranya apa yang bakal dipamerkan dan gajet mana yang memikat hati juri semasa Consumer Electronics Show (CES) 2012 yang berlangsung dari 10 hingga 13 Januari ini di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) dan Electronics Entertainment Expo (E3) 2012 dari 5 hingga 7 Jun di Los Angeles AS.

Di sini terdapat 11 gajet yang diramal akan menjadi rebutan penggemar gajet seluruh dunia.

Ikuti laporan penuh dalam M2 Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full content generated by Get Full RSS.

Elak Phishing di Internet

Posted:

Elak Phishing di Internet

Elak Phishing di Internet

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

Sebelum bertolak ke kampung di Malaysia Timur, Kamal membuka kotak e-melnya bagi menyemak kiriman terkini yang mungkin memerlukan tindakan pantas.

Jika sudah sampai ke kampung yang tiada kemudahan Internet, memang tidak berpeluanglah dia hendak menyemak dan mengemas kini apa yang patut.

E-mel daripada sebuah bank tempatan yang digunakan majikannya untuk membayar gaji menarik perhatiannya.

Di kotak e-mel tertera Maybank dengan tajuk '1 urgent message'.

Kamal terus klik ke kotak berkenaan, dia bimbang jika akaun banknya digantung sedangkan dia memerlukan wang ketika itu.

Di dalamnya tertulis; Pelanggan yang budiman, anda dikehendaki mengemas kini maklumat akaun bank anda dan TAC diperlukan.

Tanpa rasa curiga dan enggan masalah timbul apabila dia berurusan dengan bank, Kamal terus klik dan mengisi segala maklumat diperlukan serta memberikan nombor TAC seperti diminta.

Dua hari selepas itu semasa dia ke bank untuk mengeluarkan wang, Kamal hampir terduduk apabila mendapati akaunnya hanya berbaki RM3.

Penganalisis MyCert, CyberSecurity Malaysia, Adnan Mohd. Shukor berkata, kisah mengumpan atau phishing bagi mendapatkan maklumat peribadi pemegang akaun bank kini berleluasa bukan saja di negara ini malah di seluruh dunia.

Justeru tegasnya, dua perkara penting yang patut dilindungi oleh pemegang akaun adalah nama pengguna dan kata laluan.

Penjenayah akan sentiasa berusaha mendapatkan nama pengguna serta kata laluan bagi menceroboh dan mencuri wang pengguna.

Biasanya mereka boleh mendapatkannya dengan meletakkan sesuatu perisian mengintip atau paling biasa menghantar e-mel mengatakan akaun pengguna perlu dikemas kini.

"Jika pengguna tidak peka dan membuka pautan berkenaan, mereka akan terperangkap di dalamnya.

"Mereka hanya akan sedar apabila akaun mereka tiba-tiba susut atau tinggal jumlah minimum yang diperlukan bank," katanya.

Biasanya laman web palsu ini dibina seakan-akan atau mirip dengan laman bank tempatan bagi memudahkan penipuan.

"Jika mangsa tidak peka dengan URL atau alamat bank mereka mungkin akan tertipu dengan mudah," katanya.

Penipuan menggunakan TAC hanya berlaku jika mangsa dan penjenayah berada di dalam talian pada masa yang sama.

"Penjenayah akan menggunakan nombor TAC yang dimasukkan oleh pengguna di dalam laman web palsu tanpa disedari pengguna," katanya.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, hampir semua bank telah mengambil beberapa langkah keselamatan seperti mengehadkan masa tag digunakan.

Biasanya pihak berkuasa hanya akan bertindak apabila pengguna melaporkan mengenai laman web bank palsu.

"Perkara ini akan memakan masa yang lama kerana pihak kami perlu menunggu masa untuk menerima laporan," katanya.

Selepas menerima laporan barulah alamat URL berkenaan disenarai hitam.

Justeru pihak MyCert, CyberSecurity membangunkan perisian plug-in yang dikenali sebagai Don't Phish Me bagi membantu pengguna perbankan dalam talian.

Adnan berkata, perisian yang direka berdasarkan pemadanan laman web perbankan amat mudah digunakan.

"Caranya amat mudah sama seperti memuat turun perisian lain menggunakan URL bagi Google Chrome: https://chrome.google.com/webstore/detail/ekhmajimailppllbglbkopdjfenocpnl dan Mozilla Firefox: https://addons.mozilla.org/firefox/addon/dontphishme/," katanya.

Adnan berkata, apabila pengguna menerima laman web perbankan yang mencurigakan dan masih belum dilaporkan, perisian Don't Phish Me akan mengeluarkan amaran di skrin.

Pengguna secara automatik akan diberi amaran manakala pihak Cybersecurity akan menerima laporan secara dalam talian dalam masa yang sama.

Jika pengguna memilih untuk tidak meneruskan pautan berkenaan, satu laman web mengenai Phishing akan terpapar di skrin.

Tetapi jika pengguna masih mahu membuka pautan tadi, amaran akan diberikan bahawa pengguna perlu menanggung risiko sendiri.

Bagaimanapun jika pengguna teruskan hajat tadi, mereka tidak boleh memasukkan nama pengguna kerana laman berkenaan telah disekat.

"Ini memudahkan bukan saja di pihak pengguna tetapi juga CyberSecurity tanpa perlu menunggu laporan pengguna," katanya.

Bercerita mengenai perisian Don't Phish Me, Adnan berkata, semua bank yang beroperasi di negara ini dilindungi oleh Don't Phish Me.

Senarai bank yang dilindungi oleh Don't Phish Me:

  • Maybank2u
  • Cimbclicks
  • Public Bank
  • Bank Rakyat
  • Bank Islam
  • HSBC
  • EON Bank
  • UOB
  • AMBank
  • OCBC
  • RHB
  • Citibank
  • Standard Chartered Bank
  • Al Rajhi Bank
  • Affin Bank
  • Hong Leong Bank
  • Alliance Bank
  • Adnan menambah, pengguna perbankan dalam talian perlu dididik mengenai keselamatan siber supaya mereka berhati-hati apabila berurusan.

    "Apa yang paling penting jangan dedahkan nama pengguna dan kata laluan kepada sesiapa saja dan satu lagi jangan buka laman web bank melalui pautan terutama di e-mel," katanya.

  • Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.utusan.com.my

    Utusan Online - Keluarga

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    sumber :-

    Utusan Online - Keluarga


    Lima tahun tiada anak

    Posted:

    Lima tahun tiada anak

    Lima tahun tiada anak


    Endometriosis dikatakan punca wanita sukar mengandung atau ketidaksuburan.


    SOALAN:
    Assalamualaikum, Saya inginkan penerangan secara mendalam berkaitan dengan endometrosis. Untuk pengetahuan Prof., saya telah berkahwin selama lima tahun dan masih belum dikurniakan dengan cahaya mata.

    Baru-baru ini saya ada membuat pemeriksaan doktor pakar sakit puan dan telah disahkan mempunyai sakit endometrosis dan perlu menjalani pembedahan bagi memberi peluang saya mengandung.Terima kasih.

    Jawapan

    Terima kasih di atas soalan yang diutarakan pada minggu ini. Saya memahami dan juga bersimpati akan masalah yang dialami oleh Puan. Insya Allah banyak bersabar dan juga berdoa semoga sembuh dari masalah endometriosis dan suatu hari nanti Puan berjaya dikurniakan cahaya mata. Seperti mana permintaan Puan, saya akan menceritakan berkenaan penyakit endometriosis secara mendalam.

    Endometriosis mengambil maksud daripada perkataan endometrium, iaitu endo, 'dalam', dan metra, 'rahim'. Ia membawa maksud kepada keadaan atau kejadian di mana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati berada di luar kawasan rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi seseorang wanita.

    Pada setiap bulan ketika wanita mengalami kitaran haid, mereka akan kehilangan darah yang terdiri daripada tisu-tisu endometrium. Lapisan endometrium yang terletak di tempat yang sepatutnya, iaitu tempat normal keadaannya di dalam rahim, ia tidak mendatangkan sebarang masalah kepada seseorang wanita tersebut. Bagi wanita yang sihat tubuh badannya, lapisan endometrium akan gugur dan keluar melalui faraj. Sekiranya ia gugur, ia akan gugur sebagai darah haid sebagaimana setiap wanita mengalaminya pada setiap bulan.

    Tetapi, bagi pengidap endometriosis, tisu-tisu endometrium yang terletak di luar rahim atau kawasan sekitar sistem reproduksi wanita, iaitu secara abnormal, ketika tisu-tisu endometrium itu gugur, ia tidak dapat keluar dari kawasan pelvis tersebut kerana tiada laluan keluar selain daripada faraj. Justeru itu, pendarahan dalaman akan berlaku di ruangan pelvis. Ini mengakibatkan proses penguraian darah berlaku hasil daripada tisu-tisu endometrium yang tertanggal yang menyebabkan keradangan pada kawasan sekitarnya. Wanita yang mengidap penyakit endometriosis ini akan merasai kesakitan dan tisu-tisu parut mulai terbentuk akibat keradangan tersebut. Kebiasaannya, tisu-tisu endometrium yang abnormal sering ditemui di kawasan ruangan pelvis yang merangkumi kilang telur (ovari), dinding salur Fallopio, usus kecil, pada bahagian otot rahim, belakang rahim, pangkal faraj, kawasan pundi kencing, ligamen di rahim dan dinding abdomen. Ada juga kes endometriosis yang berlaku pada kulit, paru-paru, diafragma (paru-paru), dan otak tetapi kes ini berlaku sangat jarang terjadi.

    Simptom utama endometriosis adalah kesakitan ketika haid (senggugut) yang teruk dan berulang-ulang. Kesakitan yang dialami tidak semestinya berkait rapat dengan tahap endometriosis yang teruk.

    Rawatan

    Endometriosis boleh dirawat dengan ubatan, pembedahan atau kombinasi kedua-duanya. Walau bagaimanapun pesakit harus sedar bahawa proses yang menyebabkan endometrisis masih lagi berlaku dan akan berterusan berlaku sepanjang hidup. Jadi risiko untuk mendapat penyakit ini berulang adalah tinggi. Rawatan ubat sahaja mungkin boleh menghilangkan rasa sakit tetapi tidak akan menghalang endometriosis dari merebak.

    Dalam banyak kes endometriosis, pembedahan menjadi pilihan utama dan pembedahan biasanya dilakukan melalui laparoskopi. Semasa laparoskopi, tisu endometriosis dimusnahkan atau dibuang dan tisu-tisu yang baru terjadi akan dibakar dengan mengunakan alat khas.

    Namun rawatan secara pembedahan juga tidak menjamin bahawa kawasan endometriosis atau simptom endometriosis tidak akan berulang kembali.

    Kaedah pembedahan membolehkan doktor membetulkan kedudukan rahim jika kedudukan asal rahim berubah. Setelah ia diperbetulkan, bahagian pelvik serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan bahan kimia yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika salur Fallopio tersumbat, keadaan ini juga boleh diperbetulkan ketika pembedahan.

    Pembedahan yang dilakukan termasuklah secara ablasi endometrium, pembuangan sista (sistektomi) dan akhir sekali pembuangan rahim (histerektomi) jika perawatan endometriosis gagal secara ubat-ubatan, rawatan hormon dan juga selepas sistektomi.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Seperti dalam kapal angkasa

    Posted:

    Seperti dalam kapal angkasa

    Seperti dalam kapal angkasa

    Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
    dianna.azaham@utusan.com.my
    Foto MOHD AZIM ABD RAHMAN


    SUSUN atur ruang bufet yang ringkas dan futuristik.


    SEBAIK saja keluar dari lif yang membawa tetamu ke restoran yang berada pada ketinggian 282 meter itu, kilauan bintang di siling menyambut kami seolah-olah menara itu tidak berbumbung.

    Melangkah masuk ke dalam Restoran Atmosphere 360 yang gah berada di puncak Menara Kuala Lumpur itu melalui laluan yang direka sama seperti rekaan dalaman kapal angkasa yang sering dilihat di dalam filem fiksyen, terasa bagai berada dalam dimensi dunia yang amat berbeza.

    Penuh dengan hiasan lampu-lampu kecil berselerakan di siling dan dinding dengan kemasan jubin lantai yang gelap berkelip-kelip, pengunjung pasti berasa seperti di ruang angkasa.

    Juraian candelier bertukar-tukar warna membuat perasaan bagai terawang manakala panorama Kuala Lumpur waktu malam melengkapkan pemandangan langit yang indah.

    Semuanya membuatkan pengunjung merasa puas kerana bukan sahaja dapat menjamu mata bahkan merasai pengalaman menarik menikmati hidangan di restoran antara tertinggi di dunia.

    Bersantap di awangan

    Pengarah Urusan Atmosphere 360, Datuk Mohd. Sabri Mohd Nadzir berkata, restoran itu baru diubah suai khas untuk memberikan pengalaman istimewa kepada pelanggan menikmati hidangan seolah-olah berada di angkasa.

    "Semasa proses mereka bentuk pelbagai idea yang dikeluarkan saya serta empat orang pemegang saham yang lain dan kami akhirnya sepakat untuk menggunakan konsep seperti berada di dalam kapal angkasa kerana faktor kedudukan restoran itu yang tinggi.

    "Kami menggabungkan keistimewaan Menara Kuala Lumpur itu sendiri iaitu pemandangan Kuala Lumpur dari kedudukan tertinggi dengan hiasan dalaman yang mengetengahkan konsep kapal angkasa.

    "Sebaik saja pelanggan melangkah keluar dari lif, mereka sudah disambut dengan suasana seperti di galaksi dengan 'gugusan bintang' berada di siling dan laluan masuk seperti kapal angkasa.

    "Cahaya lampu optik gentian digunakan di siling berlatarkan cahaya biru gelap bagi memberi ilusi bintang yang bergemerlapan umpama restoran itu tidak berbumbung.

    "Kami turut banyak menggunakan warna seperti biru gelap dan ungu untuk cahaya lampu kontra dengan cahaya putih bagi menampakkan suasana seperti orbit.

    "Menariknya lagi, dinding Atmosphere 360 turut turut dihiasi dengan imej-imej galaksi yang dibeli khas dari NASA dengan bantuan seorang profesor dalam bidang astronomi.

    "Pelanggan yang datang bukan saja dapat menikmati hidangan yang lazat serta melihat suasana yang indah, mereka juga dapat memperolehi informasi tentang cakerawala," katanya yang juga merupakan seorang arkitek.

    Katanya, restoran itu menghabiskan putaran 360 darjah dalam tempoh sejam dan ia juga pencetus kepada nama restoran tersebut, Atmosphere 360.

    Konsep minimal

    Menurut Mohd. Sabri, restoran yang mula beroperasi sejak Oktober lalu diambil alih oleh Asian Kitchen Sdn. Bhd. dan pasukannya mengambil masa enam minggu saja untuk mereka bentuk kembali, meruntuhkan rekaan lama dan membina hampir keseluruhan restoran tertinggi di Asia Tenggara itu.

    Hampir 100 peratus restoran itu diubah-suai daripada restoran asal daripada karpet, dinding, lantai hingga ke perabot dalam tempoh yang singkat.

    Pemilihan kerusi, meja dan sofa yang moden dan ringkas pula dibuat untuk disesuaikan dengan konsep fine dining serta memberi keselesaan kepada pelanggan.

    Gaya minimum itu juga dibuat atas dasar konsep kapal angkasa yang bersifat futuristik.

    Dilihat di satu sudut yang dijadikan ruangan menunggu, pemilik restoran yang baru mula beroperasi tiga bulan meletakkan sebuah teleskop dan sebuah piano putih yang eksklusif di sudut yang lain.

    Restoran tersebut turut banyak bermain dengan cahaya dan gelas lutsinar.

    Karpet yang membaluti lantai restoran itu turut dipilih dengan teliti. Berlatar warna jingga dengan motif bulatan umpama planet, menambahkan nilai eksklusif restoran tersebut serta sesuai dengan konsepnya.

    Tidak cukup dengan itu, tandas turut diberikan sentuhan futuristik seperti penggunaan sinki yang ringkas dan menggunakan sistem penderiaan.

    Restoran berputar Atmosphere 360 ini dibuka setiap hari dari pukul 11.30 pagi hingga 11 malam.

    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.utusan.com.my
     

    Akhbar Utusan Malaysia

    Copyright 2010 All Rights Reserved