Sabtu, 31 Disember 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Jambatan baharu siap Februari

Posted:

Jambatan baharu siap Februari

Jambatan baharu siap Februari

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


MISLAN Karmani (dua dari kiri) bersama ADUN Johor Jaya, Tan Cher Pok (tiga dari kiri) meninjau jambatan baharu Permas Jaya yang sedang dalam pembinaan di Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 30 Dis. - Kesesakan yang biasa dilalui oleh pengguna jalan raya di jambatan Permas Jaya di sini bakal berakhir apabila jambatan kedua dibuka sepenuhnya pada pertengahan Februari ini.

Pegawai Daerah Johor Bahru, Mislan Karmani berkata, jambatan kedua berkenaan yang sudah siap sebanyak 98 peratus hanya tinggal kerja-kerja terakhir pembinaan.

"Pembukaan jambatan kedua itu dijangka dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan berkenaan terutama pada waktu puncak.

"Kita juga berharap pembukaan jambatan kedua ini memberi lebih keselesaan kepada pengguna jalan raya di bandar raya Johor Bahru," katanya kepada pemberita sempena lawatan Projek Membina Jalan dan Jambatan Kedua Permas Jaya, di sini hari ini.

Menurut Mislan, projek bernilai RM26 juta itu yang mula dibina pada Ogos 2008 sepatutnya siap pada Januari lalu namun, akibat masalah teknikal ia tidak dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Sementara itu, Pengurus Besar (Pembinaan) Jabatan Kerja Raya (JKR) Permas Jaya, Nordin Wasiran berkata, pihaknya telah meminta peruntukan sebanyak RM3.5 juta daripada Kementerian Kerja Raya pada Ogos lalu bagi membina pusingan U dan jejantas di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, pusingan U tersebut akan dibina di bawah jambatan berkenaan manakala jejantas itu pula dibina di hadapan Flat Sri Stulang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permas Jaya di sini.

Full content generated by Get Full RSS.

Pekebun kecil disaran tingkatkan hasil getah

Posted:

Pekebun kecil disaran tingkatkan hasil getah

Pekebun kecil disaran tingkatkan hasil getah


MOHD. Azahar Ibrahim (tengah) menyampaikan surat kelulusan permohonan tanaman semula kepada salah seorang pemohon di Dewan Serbaguna Kampung Tenang. Labis, baru-baru ini.


LABIS 30 Dis. - Pekebun kecil di daerah kecil ini diingatkan supaya meningkatkan penghasilan kebun mereka sejajar dengan matlamat RISDA yang menyasarkan setiap pekebun kecil memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM2,500 ringgit sebulan menjelang 2015.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim berkata, sasaran tersebut mampu dicapai dengan mudah sekiranya semua pekebun mengikut panduan pelaksanaan penanaman semula dan pengurusan kebun getah yang dilaksanakan oleh RISDA secara berterusan.

"Pekebun kecil getah yang merupakan satu daripada nadi penghasilan getah negara haruslah sentiasa berfikiran kehadapan dengan mengadaptasi pelbagai teknologi moden diperkenalkan agensi bertanggungjawab seperti Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan RISDA.

"Sekiranya pekebun tidak mahu berubah dan masih berfikiran di takuk lama, maka, segala usaha yang dilakukan kerajaan adalah sia-sia dan membazir," katanya ketika merasmikan Program Kempen Menanam Semula anjuran RISDA Daerah Segamat di Dewan Serbaguna Kampung Tenang, di sini kelmarin.

Mohd. Azahar turut menyampaikan kelulusan permohonan tanaman semula kepada 10 pekebun, melibatkan keluasan 12 hektar dengan nilai bantuan sebanyak RM111,360 atau bersamaan dengan RM9,280 sehektar.

Seramai 90 orang pekebun kecil didedahkan dengan pelbagai teknik terbaru tanaman semula serta cara yang betul dan berkesan mengenai pembajaan, pangkasan dahan, penyakit dan meracun rumpai selain pengisian sehari melalui motivasi dan pertandingan gubahan kraftangan oleh Jawatankuasa Wanita Pekebun Kecil Kampung Tenang.

Sementara itu, Pegawai RISDA Daerah Segamat, Ronni Pasla Mohd. Yusuf berkata, pelbagai program akan dilaksanakan bagi memberi pendidikan kepada pekebun kecil dalam usaha mendapatkan penghasilan yang lebih baik.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved