Sabtu, 27 Julai 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


3 termasuk 2 beradik rentung

Posted: 27 Jul 2013 10:27 AM PDT

Oleh HISYAMUDDIN AYUB dan SANTE VILLIAMON
utusansabah@utusan.com.my

Lokasi kebakaran yang mengakibatkan dua adik-beradik mati rentung di Kampung Muhibbah, Batu 21/2, Jalan Utara dekat Sandakan, Sabah, awal pagi semalam.

SANDAKAN 27 Julai - Dua buah keluarga menerima dugaan getir sempena Ramadan ini apabila tiga daripada mereka rentung dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah atas air awal pagi ini.

Kebakaran menyayat hati pukul 5.30 pagi itu berlaku di Kampung Muhibbah, Batu 2 1/2 Jalan Utara dekat sini ketika keluarga tersebut baharu selesai bersahur.

Mereka yang terbunuh ialah dua beradik, Juliana Sikin, 24, seorang gadis orang kurang upaya (OKU) dan adiknya, Kamisah, 17. Kedua-duanya ditemui dalam keadaan berpelukan di sebuah bilik air.

Seorang lagi ialah anak saudara mereka dikenali sebagai, Nurnilam Sari, 6, yang berada di rumah bersebelahan yang turut terbakar.

Nurnilam Sari difahamkan tinggal berdekatan tetapi datang ke situ yang merupakan rumah keluarga saudaranya untuk bermalam.

Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Nordin Pauzi berkata, ketiga-tiga mangsa yang rentung itu dipercayai terperangkap akibat asap tebal dalam kebakaran yang berlaku selepas mereka bersama ahli keluarganya baharu sahaja selesai bersahur.

Katanya, api dikesan bermula dari rumah dua beradik itu sebelum merebak ke sebuah lagi rumah saudara mereka yang terletak bersebelahan.

"Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 5.40 pagi dan ketika tiba di lokasi, kita dapati kedua-dua buah rumah itu sudah tidak boleh diselamatkan.

"Mayat mangsa-mangsa ditemui selepas 40 minit kemudian selepas usaha memadam api berjaya dilakukan. Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 6.33 pagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata Nordin, siasatan awal percaya kejadian itu berpunca dari dapur rumah dua beradik tersebut, bagaimanapun siasatan lanjut masih dilakukan pihaknya.

Tambah beliau, sebanyak 16 anggota bomba bersama dua jentera dan dua kenderaan pelbagai guna telah dikerahkan ke tempat kejadian.

"Mayat ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat," katanya.

Pengerusi MyWatch parah ditembak

Posted: 27 Jul 2013 10:27 AM PDT

Oleh SAJIDA ASRULLAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

JEMPOL 27 Julai - Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), MyWatch, R. Sri Sanjeevan cedera parah akibat ditembak seorang daripada dua lelaki bermotosikal di pekan Bahau dekat sini petang ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Hamzah Alias berkata, kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis BMW bersama seorang rakannya berhenti di satu lampu isyarat berhampiran Taman Cempaka di sini.

Katanya, setibanya di situ, mangsa kebetulan membuka cermin tingkap keretanya sebelum muncul dua lelaki menaiki sebuah motosikal lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan.

"Tembakan itu menembusi tangan kanan mangsa sehingga ke perutnya. Dalam keadaan kesakitan, mangsa memecut kenderaannya dan berhenti kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

"Rakan mangsa kemudian memandu kereta itu ke Hospital Jempol sejauh 15 kilometer untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

"Buat masa ini keadaan mangsa dilaporkan stabil dan rakan mangsa sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu," jelasnya.

Menurut beliau, pihak polis kini sedang menyiasat motif kejadian dan sedang mengenal pasti suspek.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Cabaran Tengku Mahaleel bermula

Posted: 27 Jul 2013 10:27 AM PDT

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
norzie.khasbi@utusan.com.my

Mohd. Nadzmi (dua dari kiri) bersalam dengan Tengku Mahaleel selepas Mesyuarat Agung Tahunan BAM di Petaling Jaya, semalam. Turut kelihatan Norza (kiri) dan Mohamed Al-Amin. - BERNAMA

KUALA LUMPUR - Tiada apa yang mengejutkan berlaku dalam mesyuarat pemilihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam, apabila ahli majlis sebulat suara bersetuju memilih Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff sebagai Presiden baharu bagi penggal 2013-2017.

Sementara Datuk Dr. Mohamed Al-Amin Abd Majid kekal sebagai Timbalan Presiden.

Ahli majlis BAM secara sebulat suara turut memilih Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA), Datuk Mohd. Norza Zakaria sebagai Timbalan Presiden bagi mengisi kekosongan Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah yang tidak mengekalkan jawatan.

Namun, yang menimbulkan sedikit persoalan adalah kewujudan jawatan Presiden Kehormat yang diberikan kepada bekas Presiden, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh.

Ini merupakan kali pertama jawatan tersebut diwujudkan, tetapi mengapa.

Ahli Majlis BAM tentu ada jawapannya.

Ini kerana, sebelum Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bermula, ada ahli majlis cenderung untuk mengetengahkan calon kegemaran mereka, Al-Amin sebagai pengganti Nadzmi, namun kerana mahu mengekalkan tradisi 'kemuafakatan' yang diamalkan badan badminton itu selama ini, maka mereka bersetuju tidak mengadakan pertandingan bagi menolak perpecahan.

Tengku Mahaleel, 66, ketika ditanya, apakah yang mendorong beliau untuk membuat pusingan 'U' dan bersetuju menjadi Presiden, sedangkan awalnya menolak pencalonan menegaskan, semuanya demi kepentingan badminton negara.

"Itu (buat pusingan U) tidak patut dipersoalkan. Apabila ada cabaran dan kita sendiri rasa kita boleh memenuhi cabaran itu dan ada orang yang minta saya melibatkan diri dalam BAM, maka saya terima. Sebelum ini saya di Kelantan sangat sibuk dengan urusan di sana (Presiden, Persatuan Badminton Kelantan) tetapi saya fikir balik, kepentingan negara lebih mustahak dari negeri, sebab itu saya setuju," kata Tengku Mahaleel.

Beliau bagaimanapun meminta tempoh sebulan kepada ahli majlis untuk melantik Setiausaha dan Bendahari kerana perlu memperhalusi situasi dalaman badan badminton kebangsaan itu, selain mendapatkan pandangan semua jawatan.

Tengku Mahaleel juga menegaskan, walaupun masih terlalu awal untuk bercakap mengenai perancangan buat BAM, namun sudah tentu memburu pingat emas Sukan Olimpik pertama dan Piala Thomas menjadi sasaran utama yang hendak dipenuhi, selain mahu menjadikan badminton sebagai industri yang lebih besar di negara ini.

"Melahirkan juara Olimpik pertama bukan cabaran, tetapi sasaran saya, begitu juga memenangi Piala Thomas. Cabaran saya adalah bolehkah kita dengan kaedah-kaedah sekarang memenuhi objektif ini. Itulah yang akan saya bincangkan bersama ahli majlis, mencari jalan bagaimana kita dapat melakukannya.

"Kita tengok negara lain sudah mencapai tahap lebih tinggi, mereka menggunakan teknik berbeza, teknologi lebih bagus dan sains sukan, ini semua yang kita kena faham. Kita kena bergerak dengan pantas kalau hendak menyaingi mereka," ujar bekas Ketua Pegawai Operasi Proton Holdings itu lagi.

Sementara itu, Al-Amin tidak sedikit pun berasa terkilan kerana tidak diangkat sebagai Presiden baharu kerana pada beliau, siapa pun yang akan memegang jawatan tersebut mempunyai matlamat yang sama, iaitu memastikan kecemerlangan badminton negara.

Format terbaik - FAM

Posted: 27 Jul 2013 10:27 AM PDT

HAMIDIN (kiri) menyerah mock-up akhbar rasmi kepada Eksekutif Kanan Pengurusan Jenama Utusan Melayu, Rahmah Sulaiman pada undian Piala Malaysia di Pusat Konvensyen TM, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/MOHD. AZIM ABD RAHMAN

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah menyifatkan format saingan Piala Malaysia musim 2013 yang meletakkan empat pasukan teratas Liga Super sebagai pilihan dan diasingkan bagi undian peringkat kumpulan, sebagai yang terbaik selain menjadikannya lebih adil serta terbuka.

Katanya, undian Piala Malaysia musim ini turut menjanjikan saingan hebat dengan Kumpulan A menghimpunkan tiga pasukan berjiran Lembah Klang, tiga gergasi Pantai Timur menghuni Kumpulan B, empat kelab Liga Super berkongsi Kumpulan C dan juara Liga Super berjumpa juara Liga Perdana dalam Kumpulan D.

Selangor, Sime Darby dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menganggotai Kumpulan A sementara Kelantan, Pahang dan Terengganu dalam Kumpulan B, Johor Darul Takzim, PKNS, T-Team dan Felda United membentuk Kumpulan C manakala Lions XII dan Sarawak menjadi pilihan utama Kumpulan D.

Afandi yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata: "Kali ini kami mengatur jadual terbaik yang mampu memberikan keselesaan dan tempoh sesuai bagi persediaan setiap pasukan dalam mengharungi kesemua perlawanan tanpa menekan mereka.

"Kami menghabiskan empat perlawanan terawal sebelum hanya merehatkannya buat Pestabola Merdeka (di Kuantan dari 4 hingga 15 September) dan menjelang persediaan skuad kebangsaan bagi Kelayakan Piala Asia (Oktober)."

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis undian di Pusat Konvensyen TM di sini, semalam.

Mengenai kewajaran undian yang terlebih dulu mengasingkan kesemua pasukan senegeri seperti Selangor dan PKNS, Johor Darul Takzim dan Johor serta Sime Darby dan Felda United mahupun Terengganu dan T-Team, kata Afandi: "Kami mahu mengelakkan kemungkinan pertembungan penggunaan gelanggang.

"Kami juga cuba melihat peningkatan daya saing setiap perlawanan peringkat awal biarpun kami sedar, mereka pasti tidak dapat dielakkan lagi apabila masing-masing mara ke peringkat kalah mati (sebagai dua pasukan teratas setiap kumpulan). Ketika itu saingannya juga mungkin sudah berbeza."

Beliau turut mengumumkan pemilihan Watsons sebagai penaja Piala Malaysia musim ini dengan jenama kedai serbaneka itu turut akan melancarkan edisi khas terhad kad keahlian yang menampilkan gambar aksi pemain setiap pasukan yang bertanding, tidak lama lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Amin turut mempertahankan format Piala Malaysia ini sebagai yang terbaik hasil kajian menyeluruh jawatankuasa itu sekali gus menolak kemungkinan trofi berkenaan bakal kembali disaingi hanya pasukan negeri tanpa melibatkan kelab lagi, musim akan datang seperti tradisinya sejak 1967.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Enam maut apabila pertengkaran bertukar tragedi

Posted: 27 Jul 2013 10:16 AM PDT

MIAMI, Amerika Syarikat (AS) 28 Julai - Polis Florida menembak mati seorang suspek yang dipercayai membunuh enam orang dalam satu kejadian pertengkaran di sebuah pangsapuri di sini, semalam.

Akhbar Miami Herald melaporkan, kejadian itu dipercayai berpunca akibat pertelingkahan antara seorang penyewa dengan pemilik pangsapuri tentang sebuah kediaman sebelum kedengaran beberapa das tembakan.

Pihak polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati suspek yang bersenjatakan pistol menahan dua tebusan di sebuah daripada rumah di pangsapuri berkenaan.

Sepasukan unit khas polis kemudiannya dikerah menyerbu pangsapuri itu dan menembak mati suspek tersebut.

Siasatan polis menemukan tiga mayat wanita dan tiga mayat lelaki, termasuk sepasang suami isteri yang merupakan pemilik pangsapuri berkenaan.

Dua lagi tebusan tidak mengalami sebarang kecederaan dan motif sebenar pembunuhan masih lagi disiasat. - DPA

Perunding Palestin, Israel bertemu Selasa depan

Posted: 27 Jul 2013 10:15 AM PDT

RAMALLAH 28 Julai - Perunding Palestin dan Israel dijangka mengadakan pertemuan di Washington pada Selasa depan untuk membincangkan semula rundingan yang tertangguh sejak tiga tahun lalu.

Seorang pegawai Palestin yang enggan dikenali berkata, ketua perunding, Saeb Erat akan mengetuai delegasi Palestin manakala Israel akan diwakili oleh Menteri Kehakiman, Tzipi Livni.

Jelas sumber itu, beberapa pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) turut serta dalam pertemuan berkenaan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kukuhkan perpaduan Islam

Posted: 27 Jul 2013 10:28 AM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah beramah mesra dengan seorang penerima sumbangan di Masjid Kuala Triang, Bera, Pahang, kelmarin.

BERA 27 Julai - Umat Islam perlu memanfaatkan bulan Ramadan sebagai bulan pertautan kasih supaya perpaduan lebih kukuh dan hebat sehingga digeruni musuh Islam.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, sebarang permusuhan dan percanggahan pendapat harus diketepikan demi memartabatkan kesucian agama Islam.

Baginda bertitah, masyarakat Islam menghadapi tekanan dari pelbagai sudut dan tidak harus ditambah dengan masalah dalaman sesama sendiri disebabkan aliran politik atau fahaman agama berbeza.

"Justeru, bulan Ramadan sangat sesuai untuk umat Islam bermuhasabah diri dan mengukuhkan ukhuwah kerana matlamat kita adalah serupa untuk mendapat keredaan Allah. Natijah daripada ukhuwah itu akan membawa kepada keamanan dan perpaduan yang menjadi teras kemajuan negara bangsa yang dapat dinikmati rakyat pelbagai kaum.

"Rakyat bertanggungjawab mempertahankan kemakmuran negara dengan membuang sikap parasit dan mementingkan diri yang merosakkan bangsa, agama dan negara," titah baginda dalam majlis pemberian sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin serta majlis berbuka puasa daerah Bera di Masjid Kuala Triang di sini semalam.

Turut berangkat Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Norol Azali Sulaiman dan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Islamiah Negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Baginda bertitah, pergolakan yang berlaku di Syria, Mesir dan beberapa negara lain perlu dijadikan iktibar berguna kepada umat Islam di negara ini.

"Tragedi di negara terbabit menyebabkan rakyatnya tidak dapat menjalankan ibadat berpuasa dengan sempurna kerana masing-masing bergelut dengan keselamatan dan kekurangan bekalan makanan," titah baginda.

Pengguna lega harga ayam stabil

Posted: 27 Jul 2013 10:28 AM PDT

Orang ramai membeli ayam yang dijual pada harga lebih murah daripada harga siling yang ditetapkan kerajaan di sebuah pasar raya di Bentong, Pahang, baru-baru ini.

BENTONG 27 Julai - Langkah kerajaan melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bermula semalam sehingga 11 Ogos ini disambut baik oleh pengguna daerah ini dengan menyifatkan mampu mengekang peniaga menaikkan harga barangan tertentu sesuka hati.

Mereka menyifatkan tindakan tersebut merupakan langkah terbaik khususnya peniaga ayam yang menjual sehingga RM8.40 sekilogram sebelum skim berkenaan dikuatkuasakan dengan menetapkan harga siling RM7.70 sekilogram.

Seorang pengguna, Nordin Musa, 58, berkata, dia berpuas hati apabila kerajaan memasukkan harga ayam itu dalam senarai skim tersebut bagi membendung segelintir peniaga mengambil kesempatan mengaut keuntungan melampau.

"Sejak akhir-akhir ini ramai kalangan pengguna merungut dengan tindakan peniaga yang menjual daging ayam sehingga RM8.40 sekilogram. Pelaksanaan skim berkenaan mampu mengekang mereka menjual sesuka hati," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini kelmarin.

Seorang lagi pengguna, Zafizah Mat Saad, 38, berharap kerajaan membendung kenaikan harga ayam itu pada awal Ramadan lalu kerana perkara tersebut sentiasa berulang setiap tahun.

"Walaupun harga ayam sebelum ini bukan barangan kawalan tetapi kerajaan sepatutnya sudah boleh menjangkakan kenaikan harga itu berikutan permintaan akan bertambah pada bulan Ramadan.

"Kerajaan boleh menasihati para penternak meningkatkan pengeluaran ayam supaya orang tengah tidak mengambil kesempatan dengan alasan kekurangan bekalan atau mengimport ayam dari negara lain bagi menampung permintaan untuk keperluan semasa Ramadan dan Aidilfitri," ujarnya.

Generasi baharu perlu pertahankan Felda - Abdul Rahman

Posted: 27 Jul 2013 10:28 AM PDT

KUALA LIPIS 27 Julai - Generasi baharu Felda perlu mempertahankan agensi itu daripada ancaman pihak tertentu yang cemburu dengan kehidupan masyarakat peneroka jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, mereka perlu memahami sejarah penubuhan agensi berkenaan supaya dapat menghayati perjuangan pemimpin terdahulu yang berusaha menghapuskan kemiskinan di luar bandar.

Menurutnya, penubuhan Felda yang dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein boleh meningkatkan perasaan jati diri sekali gus menangkis pelbagai tohmahan yang dilemparkan pembangkang kerana iri hati dengan kejayaan agensi tersebut.

"Legasi berkenaan diteruskan oleh anaknya iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melihat masyarakat peneroka sebagai golongan kelas menengah dengan menggalakkan mereka menceburi sektor keusahawanan serta pemilikan saham," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan replika cek insentif hari raya berjumlah RM37,800 kepada 126 peneroka dalam majlis Rahmat Ramadan Parlimen Lipis di Felda Kechau Satu di sini semalam.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Mustapa Long.

Menurutnya, peneroka sewajarnya bersyukur kerana kehidupan mereka telah berubah walaupun pada awalnya melalui detik sukar ketika mula memasuki tanah rancangan.

Katanya, penyenaraian Felda Global Ventures Bhd., (FGV) dalam Bursa Malaysia antara strategi ke arah memodenkan kehidupan peneroka menerusi pelaburan di samping perolehan pendapatan yang lebih baik pada masa akan datang.

Beliau juga meminta peneroka yang menyokong pembangkang supaya tidak mempertikaikan pemberian insentif berkenaan kerana mereka juga menikmati agihan saksama daripada kerajaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Negara Islam terus dilanda konflik

Posted: 27 Jul 2013 10:27 AM PDT

Zulkiflee Bakar

BUMI Mesir terus membawa khabar berdarah apabila sekurang-kurangnya 70 penyokong Mohammed Mursi yang mengadakan demonstrasi terbunuh selepas ditembak oleh pasukan keselamatan.

Angkatan Tentera Mesir yang sebelum ini menguar-uarkan kononnya mereka terpaksa merampas kuasa daripada Mohammed Mursi demi memenuhi tuntutan rakyat sebaliknya kini bertindak sebagai pembunuh rakyat.

Tindakan ganas tentera Mesir itu sudah pastilah tidak akan membawa apa-apa erti kepada usaha mewujudkan keamanan di negara berkenaan, sebaliknya akan menyebabkan umat Islam akan terus berbunuh sesama sendiri.

Sementara Mesir terus bergolak, nyawa juga terus melayang di Syria yang menyaksikan pertembungan antara tentera yang setia kepada Presiden Bashar Hafez al-Assad dengan puak pemberontak.

Di Iraq pula, serangan bom berani seolah-olah satu ancaman yang tidak ada penghujungnya. Setiap hari ada sahaja puluhan puluhan penduduk negara itu terbunuh.

Renungkan pula sejenak apa pula berlaku di selatan Thailand yang menyaksikan, puak pemisah yang kononnya berjuang untuk membela nasib orang Islam sebaliknya bertindak membunuh mereka. Pembunuhan itu dilakukan atas pelbagai alasan bagi menghalalkan perjuangan songsang mereka bagi menuntut kemerdekaan di bumi Siam tersebut.

Begitulah keadaan beberapa negara Islam di bulan Ramadan ini. Bulan suci yang sepatutnya menjadi bulan menyatukan ummah dan mengukuhkan keamanan umat Islam sebaliknya dihiasi dengan perbalahan dan konflik berterusan sehingga darah terus membasahi bumi negara-negara tersebut.

Ketika diminta mengulas perkara ini, Ketua Kluster Politik dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof.Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, tidak dapat dinafikan umat Islam di seluruh dunia Islam sedang menghadapi ancaman perpecahan dan peperangan sesama sendiri yang amat parah.

Katanya, tindakan itu tidak akan menguntungkan mereka kerana akibatnya musuh-musuh Islam mengambil kesempatan untuk terus melemahkan Islam dan umat Islam.

Akhirnya mereka tidak berdaya mempertahankan diri, agama dan nasib serta masa depan mereka juga kemudiannya ditentukan oleh orang lain, katanya ketika dihubungi.

Sememangnya itu keadaan umat Islam sekarang, biar pun hakikatnya terdapat 58 buah negara Islam di seluruh dunia - satu bilangan yang besar atau kira-kira lebih satu perempat negara di dunia. Dalam kata mudah, bilangan negara Islam sebenarnya banyak dan mempunyai suara besar di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Jumlah penduduk Islam di seluruh dunia dianggarkan berjumlah 1.5 bilion atau lebih 20 peratus daripada penduduk dunia. Maknanya, Islam adalah agama anutan utama penduduk dunia dan bukan agama minoriti.

Bagaimanapun, ketika ini negara Islam paling banyak terlibat dalam konflik termasuk perbalahan sesama sendiri sehingga melemahkan mereka. Perebutan kuasa politik dan perbezaan antara mazhab merupakan dua faktor yang dikatakan menjadi punca umat Islam berbalah. Keadaan itu memungkinkan ia membuka ruang kepada kuasa asing untuk campur tangan sama ada secara terbuka atau tersembunyi. Apa yang berlaku di Mesir telah membuktikan hakikat ini bagaimana Mohammed Mursi yang dipilih secara demokrasi telah dijatuhkan oleh pihak tentera atas alasan demi menegakkan demokrasi.

Kuasa-kuasa barat yang sebelum ini begitu mendesak supaya demokrasi dipulihkan selepas kejatuhan Hosni Mubarak hanya diam seribu bahasa apabila Mohammed Mursi dijatuhkan.

Segala-galanya kerana Presiden Mesir itu dilihat sebagai pejuang Islam dan anggota kepada Ikhwanul Muslimin. Tetapi umat Islam di Mesir tidak menyedari perkara itu, sebaliknya sebahagian besar mereka turut menyokong tindakan tentera biar pun mereka memahami ia belum pasti membawa keamanan kepada Mesir.

Begitu juga yang berlaku di Iraq, apabila umat Islam dibiarkan berbunuh sesama sendiri selepas negara itu dicerobohi oleh Amerika Syarikat (AS) yang mahu menjatuhkan pemerintahan Saddam Hussein suatu ketika dulu. Kini demokrasi, keamanan dan kebebasan yang dijanjikan oleh kuasa besar barat itu tidak ke mana, rakyat Iraq terus menderita apabila tercetus pula perbalahan antara penduduk negara itu yang terdiri daripada majoriti orang Islam.

Di Syria juga, keadaan juga hampir sama apabila umat Islam berperang sesama sendiri. Yang untung ialah kuasa asing yang membekalkan senjata kepada puak pemberontak. Akhirnya negara itu bagaikan neraka dunia kepada rakyatnya.

Menurut Dr.Mohamed Mustafa, semua itu berlaku kerana umat Islam tidak dapat menghayati dan mengamalkan ajaran Islam sebenar.

Ia termasuklah juga penyelewengan dalam amalan akidah serta pertembungan mazhab yang parah khususnya antara sunnah wal jamaah dan Syiah.

Syiah telah mengambil langkah memusuhi dan memerangi puak sunni secara kekerasan, katanya.

Ketika masalah itu sudah berlanjutan berabad-abad, umat Islam juga kata beliau berkata dengan sikap ketaksuban kepada pemimpin, puak dan kelompok tertentu.

Dalam soal ini, penulis berpendapat keadaan itu wujud di semua negara Islam khususnya dalam bidang politik.

Sikap taksub kepada pemimpin atau parti yang mereka sokong telah menyebabkan ada dalam kalangan umat Islam kafir mengkafir antara satu sama lain dan ada pula sanggup berbunuh semata-mata bagi menegakkan ideologi politik masing-masing. Keadaan menjadi semakin parah apabila ada pula parti politik yang mendakwa memperjuangkan Islam tetapi dalam masa yang sama sanggup bersekongkol dengan parti bukan Islam untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam.

Tetapi apa yang anehnya dalam masa yang sama mereka menguar-uarkan bahawa perbuatan menjatuhkan kerajaan Islam adalah haram di sisi Islam. Bagaimanapun fatwa itu dilihat hanya terpakai bagi mempertahankan kuasa mereka sahaja tetapi tidak boleh digunakan bagi parti politik lawan biar pun mereka juga beragama Islam dan menerajui kerajaan pimpinan orang Islam.

Mengulas lanjut, Dr.Mohamed Mustafa berkata, terdapat pemimpin-pemimpin Islam yang sedia menjadi alat kepada musuh-musuh Islam demi mencapai agenda dan cita-cita peribadi serta mengalahkan musuh politik Islamnya sendiri.

Apabila benih-benih ini sudah ada, maka musuh-musuh Islam menggunakan semua kelemahan ini untuk terus adu-domba dan mengerakkan permusuhan sesama Islam.

Media global juga digunakan secara meluas bagi memberikan imej yg sangat buruk ke atas agama dan umat Islam, katanya.

Bagi Dr.Mohamed Mustafa, segala konflik yang melanda umat Islam boleh diselesaikan jika pemimpin-pemimpin Islam bersatu dan bergabung tenaga serta kekuatan bagi mengatasi masalah yang timbul.

Umat Islam mesti tahu memilih mana pemimpin yang baik dan boleh mempertahankan umah serta agama Islam daripada pemimpin yang berjuang hanya untuk kepentingan dirinya sendiri, katanya.

Apa pun situasi di negara-negara Islam kini semakin buruk dan umat Islam terus akan berada dalam keadaan konflik yang seterusnya membawa kepada campur tangan asing jika masih mahu berbalah sesama sendiri. Atas sebab itulah perlu ada kesedaran dalam kalangan umat Islam untuk memahami bahawa musuh-musuh Islam tidak pernah diam untuk melemahkan kekuatan mereka. Oleh itu tidak perlulah kita berbangga dengan mendabik dada kononnya perjuangan Islam kita jauh lebih baik berbanding pihak orang Islam lain sedangkan hujah seumpama itu akhirnya hanya akan menyebabkan umat Islam terus berpecah belah.

Adalah lebih baik sebelum terlambat, umat Islam terus mencari jalan ke arah penyatuan agar mereka tidak terperangkap dengan agenda asing.

Sesungguhnya Islam itu agama yang sempurna tetapi umat Islam sendiri yang memungkinkan kemuliaan agama.

Syiah ancaman kepada Islam

Posted: 27 Jul 2013 10:27 AM PDT

AJARAN Syiah di Malaysia masih terus berkembang walaupun Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 memutuskan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.

Daripada penyebaran secara sembunyi-sembunyi, pengikut Syiah kini dikatakan semakin berani menonjolkan diri dan amalan mereka sehingga ke tahap mahu berhujah dengan golongan ASWJ. Lebih ekstrem lagi, golongan ini menghalalkan darah golongan lain yang tidak sealiran dengan mereka.

Mutakhir, timbul kebimbangan tentang pengembangan pengaruh Syiah di Malaysia. Ia terutamanya selepas melihat tindakan golongan tersebut di beberapa negara Islam termasuk membunuh golongan ASWJ seperti di Syria, Iraq, Lebanon dan sebagainya.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan MOHD. RADZI MOHD. ZIN di Ipoh, Perak, Khamis lalu, Mufti Perak, TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA merungkai persoalan berkaitan dengan golongan Syiah di negara ini.

MINGGUAN: Bagaimanakah Syiah mula bertapak di negara ini?

HARUSSANI: Dulu, orang kita tidak begitu ambil berat tentang Syiah. Jadi mereka hantar anak-anak ke Iran dengan tujuan untuk belajar Islam, namun orang ini bila sampai di sana bukan sahaja disambut bahkan diberi biasiswa kerana Iran memang mahu mengembangkan fahaman Syiah. Mereka diajar sehinggakan sebahagiannya bertaraf Ayatollah.

Jumlah mereka lebih kurang 60 orang yang saya baca dalam akhbar dulu. Bila balik ke tanah air, mereka berpegang kepada ajaran Syiah. Ada di antara mereka yang menjadi guru dan menyandang pelbagai jawatan lain. Ketika menjalankan tanggungjawab tersebut, mereka menyelitkan ajaran Syiah. Dalam masa yang sama universiti kita pula membuka peluang kepada pelajar dan pensyarah dari Iran, keadaan ini menyebabkan perkembangan Syiah semakin kuat dalam negara kita.

Sehinggalah akhir-akhir ini bangkit satu kumpulan yang terang-terang mengamalkan ajaran Syiah dan mahu berhujah dengan golongan ASWJ. Mereka juga sampai ke tahap mengancam negara kita sehingga sanggup menumpahkan darah mempertahankan ajaran itu.

Pendek kata, golongan Syiah ini memang berbahaya?

HARUSSANI: Disebabkan kita lihat bahayalah maka kita mengharamkan ajaran Syiah dan pengembangannya di negara kita. Cuma kita tidak pula kata mereka itu kafir kerana mahu menjaga hubungan diplomatik. Pada kita, ajaran Syiah tidak boleh diajar, haram diajar dan dikembangkan. Bagaimanapun perbuatan ini sudah berlaku lama tetapi tidak dikuatkuasakan. Memang di Malaysia selalu begitu undang-undang ada tetapi tidak dilaksanakan. Inilah yang menyebabkan situasi menjadi kacau.

Apa yang berlaku di Syria, Iraq, Yemen dan Lebanon membuktikan ia angkara golongan Syiah. Keadaan itu terjadi kerana mereka mewajibkan darah golongan lain halal dibunuh. Apabila melihat perkara barulah kita beria-ia mahu membanterasnya dan kerajaan ambil berat mahu mengambil tindakan tetapi pengaruhnya sudah cukup besar.

Golongan Syiah selalu dakwa mereka tidak bertentangan dengan ASWJ. Benarkah?

HARUSSANI: Syiah bertentangan dengan ASWJ tetapi usaha mendekatkan Syiah dengan ASWJ sudah dibuat sejak zaman pemerintahan Salahuddin al Ayubi, malangnya Syiah langsung tidak berminat. Mereka hanya bersetuju membiayai pengajian Syiah dan penubuhan fakulti tersebut seperti di Universiti al-Azhar tetapi tidak mahu mengkaji ASWJ. Malah golongan Syiah menghukum golongan ASWJ sebagai kafir sedangkan apa juga perkara berkaitan dengan akidah dan syariah, semuanya kita rujuk al-Quran dan hadis tetapi mereka ambil daripada asas apa? Tetapi mereka tidak mahu bincang bab itu, di sini kita berbeza.

Syiah tidak pakai usul yang lengkap dalam menentukan hukum perundangan. Mereka percaya umpamanya, kita wajib hormati ahli bait (keturunan dan keluarga Rasulullah SAW) dan tuduh ASWJ tidak hormati ahli bait. Pada kita, mereka sudah keterlaluan menghormati sehingga meletakkan ahli bait setaraf tuhan. Itu sudah salah dari segi akidah.

Fahaman mereka terlalu taksub sehingga hendak membunuh golongan ASWJ. Ini perkara yang cukup bahaya sedangkan ASWJ tidak menghukum semua mazhab Syiah kafir. Kita hanya menentang mereka yang bertuhankan ahli bait dan meletakkan imam mereka lebih daripada rasul memandang fahaman itu terkeluar daripada akidah kita.

Kita menghormati ahli bait sehinggakan dalam tahiyat akhir dalam solat, kita membaca Allahumma salli ala Muhammad wa ala alaihi Muhammad. Jadi, macam mana pengikut Syiah boleh mengatakan kita tidak menghormati ahli bait.

Selain itu, puak Syiah juga menganggap 10 sahabat yang Rasulullah SAW jamin masuk syurga sebagai kafir. Mengkafirkan para sahabat adalah sangat berat hukumnya. Rasulullah SAW pernah bersabda yang antara lain maksudnya: Sahabatku seperti bintang kalau kamu berpandu secara mana pun kamu akan dapat petunjuk".

Pengikut Syiah juga mendakwa melalui buku-buku yang ditulis ulama mereka bahawa para sahabat setelah Rasulullah SAW wafat membuang dan menambah ayat al-Quran. Bagaimanapun mereka tidak berani berhujah, hanya buat tuduhan sahaja. Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dipotong oleh ASWJ.

Dakwaan itu sama sekali tidak betul kerana ketika zaman Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali masih terdapat banyak huffaz. Takkanlah apabila dikumpulkan ayat-ayat al-Quran itu, kalau ada silap tak ada orang bangkang. Dalam zaman Khalifah Uthman, dibuat al-Quran rasmi Uthmani supaya ia mudah dibaca dan kita lihat ulama yang mengkaji al-Quran akui kitab suci itu sudah lengkap.

Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9 yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

Kenapa Syiah begitu berani tonjolkan diri sejak kebelakangan ini?

HARUSSANI: Apabila merasakan jumlah semakin ramai dan kuat, mula mereka mahu menonjolkan diri. Dulu mereka tidak bising-bising, sebaliknya menyebarkan ajaran Syiah secara senyap-senyap. Contoh sambutan 10 Muharam, mereka meraikannya dengan memukul-memukul badan. Ketika ini mereka mendakwa sudah ada 1 juta ahli di Malaysia tetapi pada pandangan saya, ini barangkali satu provokasi saja.

Sebenarnya, semua ini berlaku kerana kelemahan kita juga. Saya bangkitkan soal Islam agama negara dalam Perlembagaan tetapi kita tidak buat silibus wajibkan orang tahu tentang Islam. Pengajian Islam hanya sekunder bukan asasi.

Bagaimana hendak mengawal Syiah daripada meresapi umat Islam?

HARUSSANI: Sekarang kita sudah mula hendak kawal tetapi soalnya sejauh mana penguatkuasaan dilakukan. Perkara ini kalau diserahkan kepada pejabat agama sahaja tidak boleh sebab kekuatan dari segi penguatkuasaan undang-undang tidak kuat. Kalau ada penguatkuasaan kita (jabatan agama) juga mesti diiringi polis. Polis pula kadang-kadang terlampau sibuk jadi minta pejabat agama buat tangkapan, tetapi apabila kena dakwa di mahkamah kita kalah.Sepatutnya setiap undang-undang negara, sama ada Islam atau sivil mesti dilaksanakan oleh kerajaan sebab agama bagi negara adalah Islam. Kerajaan perlu bersungguh-sungguh dan berkewajipan mempertahankan Islam. Memang susah hendak banteras Syiah sebab pengaruhnya sudah merebak tetapi tindakan tegas mesti dibuat. Selagi kita lemah kita tidak boleh membanterasnya.

Bagaimana hendak memulihkan akidah golongan ini?

HARUSSANI: Pertama, kita perlu kaji semula silibus pendidikan. Saya cadang kerajaan mewajibkan pengajian al-Quran. Selain itu, soal utama kata ulama, awal agama adalah kenal Allah". Jadi kena ajar tauhid kerana daripada situ lahirnya syariat.

Masalahnya, orang Syiah tidak mengaku Syiah. Mereka taqiyah (berpura-pura), itu yang susah sikit. Kalau dia beramal secara terang-terangan maka kita boleh tangkap.

Saya ada pengalaman bertemu dengan rombongan ulama dari Iran, mereka bawa seorang ulama ASWJ. Badannya kurus, baju buruk dan nampak takut sebab ASWJ dibunuh. Tetapi dia dibawa untuk taqiyah kononnya Syiah dan ASWJ sama saja. Namun daripada keadaan orang itu, kita boleh nampak macam takut dan ilmu pun tak berapa ada.

Sebab itulah kerajaan mesti bertindak ke atas mereka yang terang-terang membawa ajaran Syiah. Bagaimanapun, Iran tak buat terang-terangan sebar Syiah. Mereka hebat, sehinggakan ada sekolah khusus yang mengajar bagaimana hendak menangkis hujah ASWJ.

Saya pernah berjumpa seseorang dari Morocco yang belajar di Iran. Dia banyak membaca buku tetapi tidak ada pengetahuan agama. Dia bertemu seorang ulama di Iran di mana dia diberi sambutan mesra dan sentiasa dijamu. Akhirnya dia terpengaruh dan mendakwa menemui Islam sebenar di Iran. Apabila balik ke negaranya, dia karang buku mempromosi Syiah dalam bahasa Inggeris. Untuk pulihkan keadaan, golongan Syiah perlu bertaubat. Mereka harus mengucap dua kalimah syahadah semula dan tinggalkan semua perbuatan semasa anuti Syiah dulu. Masalahnya, kemampuan orang kita untuk menangkis, kita tahu Syiah tetapi tidak tahu apa ajarannya. Mereka pula belajar untuk menangkis ASWJ, oleh itu mereka gunakan hadis.

Lembaga Penapisan Buku Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak boleh haramkan buku-buku begini?

HARUSSANI: KDN haramkan tetapi kadang-kadang kita tidak dapat buku sedemikian sebab mereka bawa masuk buku-buku yang sudah diterjemah. Bila dikaji baru kita tahu ia menyebarkan Syiah. Saya Pengerusi Penapisan Buku di KDN, kadang-kadang hendak haramkan sesuatu buku itu mengambil masa dua ke tiga tahun. Jadi, sebelum buku itu diharamkan di pasaran, jumlah pembacanya kadang-kadang sudah ribuan orang.

Apa bahayanya jika dibiarkan Syiah ini berkembang?

HARUSSANI: Ia akan mewujudkan kekacauan dan pergaduhan. Memang sasaran mereka di sini. Mereka sudah berjaya di Syria dan Iraq. Di Mesir sudah naik pemerintahan Islam tetapi tok-tok imam tidak setuju pula dan lantik orang Kristian jadi menteri. Itu hasutan siapa?

Golongan Syiah cuba menyebarkan ajaran itu di Dubai tetapi Emiriah Arab Bersatu (UAE) masih kuat, begitu juga di Arab Saudi. Bagaimanapun mereka takut hendak mengganggu Arab Saudi kerana negara itu benarkan mereka ke Mekah, bagaimanapun di Mekah, mereka tidak solat berjemaah. Pada mereka, solat mesti ada batu. Allah sebut bahawa bumi ini sah untuk kita beribadat walaupun di mana kita berada. Kita pakai sejadah mereka tak guna. Dia pakai batu.

Apa nasihat Tan Sri kepada orang yang sedang mencari ilmu agama?

HARUSSANI: Jangan ambil atau belajar ilmu agama sembarangan daripada orang tak tentu. Sebaliknya belajarlah dengan guru yang bertauliah. Kadang-kadang syaitan kalau nak menyesatkan orang dia datangkan orang yang lebih alim. Iblis tu memang lebih alim. Iblis terbahagi kepada dua jin dan manusia. Sebab itu Nabi Adam pun boleh diperdaya oleh iblis.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Gotong-royong banyak faedah

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Gambar MOHD. NOOR MAT AMIN

EZANY membantu memasang langsir dan cadar baharu sambil dibantu rakan artis, Amran Ismail di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Taqwa, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Selain daripada ibadah puasa wajib, kita juga digalakkan menunaikan solat tarawih selain bertadarus. Dalam waktu yang sama, kita juga dituntut untuk melakukan pelbagai aktiviti mulia yang lain.

Antara aktiviti yang pastinya turut mendapat keberkatan adalah melibatkan diri dengan gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran seperti perumahan, surau atau masjid, sekolah serta rumah-rumah kebajikan.

Itu juga antara aktiviti yang sering disertai oleh pelakon, Ezany Nizariff sekiranya mempunyai waktu terluang daripada urusan lakonan dan bidang perniagaan yang disertainya.

"Gotong-royong seperti ini banyak faedah buat diri kita. Ini kerana selain daripada ia merupakan kerja amal, kita juga dapat mengeluarkan peluh.

"Pada masa yang sama, dapat juga kita gunakan peluang tersebut untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita, apatah lagi sekiranya ia melibatkan kawasan perumahan," katanya.

Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zaini Mohd Nizariff ditemui sewaktu menyertai Majlis Gotong-Royong dan Buka Puasa di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Taqwa, Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis tersebut merupakan anjuran Kelab Sukan Dan Rekreasi Utusan Karya yang melibatkan kira-kira 50 orang peserta termasuk ahli persatuan dan beberapa artis popular tempatan.

Tambah Ezany lagi, antara sebab utama yang menarik minatnya untuk sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sedemikian adalah kerana ia memberinya peluang untuk berkenalan dengan banyak pihak.

"Tugas sebagai seorang pelakon memerlukan kita bekerja sehingga awal pagi dan apabila pulang ke rumah, banyak masa dihabiskan untuk berehat dan kurang pergaulan sesama jiran.

"Jadi melalui aktiviti seperti ini, sekurang-kurangnya kita dapat berkenalan dengan jiran tetangga dan perkara tersebut amat mustahak dalam kehidupan seharian kita," tambahnya.

Selain daripada Ezany, antara artis lain yang turut hadir memeriahkan majlis amal tersebut termasuklah Arash Mohd., Chomell Fana dan Amran Ismail.

Masih belum sampai kemuncak

Pelakon yang kini berusia 40 tahun ini bukanlah nama baharu dalam industri seni lakonan tanah air, malah jika diikutkan dia telah melibatkan diri dalam bidang tersebut kira-kira 12 tahun. Namun menurutnya, dia masih belum mencapai tahap kemuncak dalam karier lakonannya.

"Saya akui kedudukan saya sebagai seorang pelakon di Malaysia masih belum berada pada tahap kemuncak karier saya. Saya harap peluang untuk saya mencapai impian itu masih terbuka luas.

"Namun saya juga tidak mahu terlalu cepat mencapai tahap sedemikian kerana risau populariti yang diraih tidak dapat bertahan lama.

"Jadi saya lebih selesa bergerak dalam bidang ini dengan kaedah tersendiri. Biarlah populariti yang diraih tidak seberapa kerana saya tidak mahu terjebak dengan sebarang kontroversi liar," jelasnya.

Walaupun begitu, hidup sebagai seorang pelakon tidak lengkap sekiranya tidak terpalit dengan kontroversi. Baru-baru ini Ezany sendiri telah merasakan pengalaman sedemikian apabila bayaran gaji hasil lakonannya tidak dijelaskan pihak produksi.

"Walaupun saya cuba untuk mengelakkan diri daripada sebarang kontroversi, sekali sekala terpalit juga, tetapi mujurlah segalanya telah selesai.

"Kini saya mahu terus fokus kepada perkara-perkara yang lebih memberikan kebahagiaan dalam hidup, khususnya dengan kehadiran cahaya mata baharu yang kini berusia tiga bulan," jelasnya.

Memey teruja sambut Syawal

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

KELAHIRAN Mohamed Darwisz bagaikan azimat yang menambahkan lagi kebahagiaan buat pasangan Norman dan Memey.

KEHADIRAN Ramadan pastinya memberi seribu kebaikan kepada setiap insan. Begitu juga bagi pelakon Suhaiza Suhaimi, 25, atau lebih dikenali dengan nama Memey.

Memey memberitahu .com, tahun ini merupakan tahun penuh bermakna buat dirinya. Selain dapat berkumpul dan menjalani ibadah bersama keluarga sepanjang Ramadan, dia juga bakal menyambut kedatangan Syawal dengan 'orang baharu'.

Kehadiran orang baharu itu membuatkan Ramadan kali ini begitu bermakna buat Memey dan suaminya, Norman Hakim.

Menurutnya, orang baharu yang dimaksudkan itu adalah anak sulungnya, Mohamed Darwisz yang dilahirkan pada Februari lalu.

Katanya, dia begitu teruja menjalani ibadah berpuasa dan menyambut Syawal pada tahun ini kerana ia merupakan puasa dan raya pertama Memey bergelar seorang ibu.

Ketika ditemui .com dalam majlis berbuka puasa anjuran The Royale Bintang Damansara, Memey memberitahu kehadiran Muhamed Darwisz telah melengkapkan kehidupannya sebagai seorang wanita.

"Memang teruja sangat, lebih-lebih lagi inilah kali pertama saya membeli-belah keperluan raya untuk anak," katanya yang mengakui gemar membeli-belah pada saat akhir.

"Selalunya saya akan keluar membeli-belah seminggu sebelum Syawal. Bukan sebab tak ada masa, tetapi sebab saya seronok merasai kemeriahan malam menjelang raya ketika membeli-belah," katanya.

Sementara itu, Norman berkata, kelahiran Mohamed Darwisz bagaikan azimat yang menambahkan lagi kebahagiaan hidup bersama isteri tercinta.

"Dengan kelahiran anak baru ini, saya kini mempunyai dua anak lelaki dan dua anak perempuan," ujarnya.

Tiga daripada anak Norman itu adalah daripada hasil perkahwinannya dengan pelakon Abby Abadi.

"Insya-Allah pada hari raya tahun ini, kami akan berkumpul bersama. Malah, bekas isteri saya, Abby pun akan menyertai sambutan Syawal bersama kami," katanya yang bersyukur kerana sejak setahun kebelakangan ini hubungannya dengan bekas isteri lebih rapat demi kebajikan anak-anak.

Dalam majlis itu, Memey dan Norman turut beramah mesra bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Turut memeriahkan majlis tersebut ialah beberapa rakan artis yang lain. - SYAHRIL/AIZZUL A. MAJID

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Komputer gaya terbaharu

Posted: 27 Jul 2013 06:25 AM PDT

PERNAH atau tidak kamu terfikir bahawa satu hari nanti kita akan menggunakan komputer tanpa menyentuh papan kekunci mahupun skrin seperti yang dilakukan pada hari ini.

Selalunya ia ditayangkan dalam filem sains fiksyen mahupun drama bersiri seperti Iron Man atau Crime Scene Investigation (CSI) yang sering memaparkan teknologi tanpa sentuhan untuk mengakses komputer.

Kini, teknologi itu boleh dicapai dengan terciptanya gajet yang mengagumkan iaitu Leap Motion yang boleh memberikan pengalaman yang luar biasa.

Dengan hanya menggunakan pergerakan tangan, pengguna mampu mengakses komputer mereka sama ada untuk bermain permainan video, membuat tugasan mahupun bermain muzik.

Pengguna hanya perlu menggerakkan tangan atau jari untuk membolehkan Leap Motion ini berfungsi kerana sebuah alat pengesan diletakkan di hadapan komputer untuk mengesan pergerakan tangan pengguna.

Ia bukan sahaja boleh membaca pergerakan tangan, malah pengguna juga boleh menggunakan pensil atau pen untuk melukis di atas udara.

Terdapat dua zon bagi pengguna menggunakan pengesan tersebut iaitu zon carian dan zon pilihan.

Zon carian membolehkan pengguna mengakses paparan komputer atau bermain permainan video dengan bebas tanpa menggunakan papan kekunci mahupun tetikus.

Manakala zon pilihan iaitu bahagian di hadapan yang lebih dekat dengan skrin komputer adalah zon untuk pengguna memilih bahagian atau perkara yang mahu dibuka atau digerakkan dalam komputer pengguna.

Pada peringkat awal, agak sukar untuk membiasakan diri mengawal pergerakan tangan dan skrin, namun lama-kelamaan ia akan menjadi satu kebiasaan.

Ia turut didatangkan dengan pelbagai aplikasi menarik yang dikhususkan penggunaan pengesan gerakan yang dinamakan Airspace Store untuk pengguna Windows mahupun Mac.

Jadi, pengguna tidak perlu risau mengenai aplikasi yang boleh digunakan dengan gajet yang mengagumkan ini kerana ia boleh didapati menerusi aplikasi berbayar mahupun percuma.

Untuk pasaran Malaysia, ia masih belum dijual secara runcit, tetapi kepada mereka yang berminat, kamu sudah boleh mendapatkannya melalui pembelian online di www.leapmotion.com.

Harga termasuk penghantaran adalah RM320 melalui pembelian dalam talian. - AMIRUL

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Jubah kontemporari penyeri pagi Syawal

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

PENGGUNAAN kain daripada jenis kapas memberikan keselesaan kepada si pemakai bersesuaian dengan cuaca di negara ini.

ETIBAAN Syawal pastinya disambut dengan meriah. Tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, semuanya ingin tampil cantik menawan di pagi lebaran nanti.

Kini, peluang untuk bergaya tidak lagi menjadi keutamaan kaum Hawa kerana dengan kemunculan pelbagai fesyen baharu karya pereka muda, ia telah memberi peluang kepada kaum Adam untuk bergaya di pagi Syawal.

Selama ini baju Melayu menjadi pakaian wajib dipakai, namun kini penggunaan jubah kian mendapat tempat dalam kalangan generasi muda bagi menyambut lebaran.

Rekaan pereka muda, Waridi Hamdan memberikan nafas baharu kepada jubah konvensional apabila menyuntik elemen moden dan permainan warna yang menarik.

SELAIN daripada elemen tradisional, Waridi Hamdan turut mencampurkan elemen seperti songket, abstrak dan corak gabungan warna pada bahagian kolar dan pergelangan tangan.

Setiap rekaannya menonjolkan identiti tersendiri seperti beberapa elemen diletakkan di bahagian pergelangan tangan, kolar jubah dan bahagian hadapan badan untuk menyerlahkan gaya moden.

Koleksi kali ini menampilkan padanan gaya hitam putih serta jubah berwarna yang ternyata membangkitkan seri pada koleksi raya kali ini.

Tidak mengikut kebiasaan warna putih pada jubah, Waridi berani bermain dengan warna. Beliau dengan penuh kreatif melakukan eksperimentasi pada jubah berbunga untuk koleksi raya tahun ini.

Berikut antara koleksi beliau pada rekaan jubah yang pastinya memberikan mood yang menggembirakan pada Syawal kali ini. - AMIRUL/JEFRI

Syukur sinar Ramadan masih bercahaya

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

SYUKUR dengan nikmat yang diberi-Nya, kita mampu menjalani ibadah puasa serta beribadah dengan tenang dan aman damai di Malaysia.

ALHAMDULILLAH, Ramadan kembali lagi pada tahun ini.

Tujuan saya menghantar e-mel kepada .com adalah sekadar untuk berkongsi pengalaman saya ketika berbuka puasa di masjid bersama para musafir dan mereka yang kurang berkemampuan.

Secara kebetulan, saya berpeluang berbual dengan seorang jejaka, katanya dia dari negara Palestin.

Berkongsi pengalamannya, dia memberitahu saya yang dia begitu teruja melihat keamanan Malaysia kerana setiap umat Islam di sini bertuah dan boleh menunaikan ibadat sepanjang Ramadan dengan tenang.

Biarpun ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke Malaysia, peluang berkunjung ke negara ini membuka matanya kerana begitu besar kurniaan Allah kepada penduduk negara ini berbanding negara lain yang dilanda kekecohan.

Sedang rancak berbual, saya tertarik dengan sebuah kisah masyarakat Islam di Gaza.

Menurutnya, kanak-kanak di Gaza yang baru belajar berpuasa menghadapi saat sangat getir. Ketika kanak-kanak di Malaysia berbuka puasa dengan pelbagai juadah, rakan sebaya mereka di Gaza berbuka dalam ketakutan dengan ditemani bunyi letupan peluru berpandu yang jatuh di merata-rata tempat.

Lebih menyayat hati, ada juga yang berbuka puasa ditemani air mata mendengar berita kematian keluarga mereka. Kematian tragis itu bukan sahaja berlaku di Gaza, malah di Rohingya, Myanmar; Pattani, selatan Thailand; Kashmir, Somalia, Afghanistan, Iraq, Syria dan yang terbaru di Mesir.

Renungkan wahai sahabat, bagaimana keadaan kita sewaktu berbuka puasa? Kadangkala penuh dengan pembaziran, lihatlah lebihan juadah yang kita tuangkan ke dalam tong sampah.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang tidak membazir.

Bersederhanalah. Ingatlah saudara-saudara kita yang tidak ada apa untuk dimakan.

MOHD. SYUKRI ABDUL RAHMAN

Kota Tinggi, Johor

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


500,000 permaidani Jakel

Posted: 27 Jul 2013 10:27 AM PDT

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada pengunjung hadir membeli-belah pada jualan gudang permaidani dan tikar buluh Jakel di Seksyen 7 Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 27 Julai - Sebanyak 500,000 helai lagi permaidani import berkualiti yang dijual separuh daripada harga pasaran menanti untuk dibeli orang ramai di khemah gergasi yang dibuka oleh Jakel di Seksyen 7 di sini sehingga 7 Ogos ini.

Dengan menawarkan 500 jenis permaidani pelbagai corak dan saiz, orang ramai yang masih tercari-cari tempat untuk membeli hamparan itu terutama untuk Hari Raya Aidilfitri pasti akan berpuas hati dengan pilihan yang ditawarkan.

Menurut Pengarah Urusan Jakel Trading (Jakel), Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, sejak awal Ramadan, kira-kira 500,000 permaidani sudah dijual dan kini tinggal 500,000 lagi untuk dihabiskan menjelang Aidilfitri.

Beliau berkata, jika sebelum ini permaidani-permaidani itu dijual dengan harga diskaun 50 peratus hingga 80 peratus, kini kesemuanya akan dijual sehingga habis dengan harga lebih murah terutama ketika 'happy hour' selama 10 minit setiap sejam yang akan diumumkan kakitangan bertugas.

"Kita mempunyai karpet bercorak abstrak, moden, oriental, klasik dan bermacam lagi dengan pelbagai saiz yang dijual dengan harga serendah RM59 hingga RM15,000 (harga asal RM40,000).

"Contohnya permaidani jenis shaggy boleh dibeli dengan harga serendah RM159, mix wool (RM500) dan bulu kucing saiz besar (RM59).

"Kesemua permaidani berkualiti ini diimport dari Turki, Iran, Belgium, India, Pakistan, Mesir dan beberapa negara lain yang amat berkualiti dan mempunyai jaminan antara dua hingga lima tahun," kata beliau ketika ditemui di khemah gergasi Jakel di sini hari ini.

Mohamed Feroz memberitahu, khemah gergasi yang luasnya separuh padang bola itu amat selesa dan boleh menampung pelanggan yang ramai pada satu-satu masa.

Kata beliau, seramai 120 kakitangan ditugaskan di khemah gergasi itu bagi membolehkan setiap pelanggan dilayan oleh seorang kakitangan.

''Walaupun kita telah menawarkan diskaun, kesemua harga permaidani masih boleh ditawar," katanya sambil menyatakan pihak Jakel turut memberikan khidmat penghantaran untuk para pelanggan.

Tambah Mohamed Feroz, bagi yang tidak berminat membeli permaidani, khemah gergasi Jakel juga menyediakan tikar buluh yang cantik dengan harga serendah RM24.90, alas kaki dengan harga serendah RM10 untuk tiga helai dan runner pelbagai corak dan saiz dengan harga berpatutan.

''Jika hari raya ini langsir bertukar tetapi karpet masih pakai yang lama, pasti serinya tidak nampak.

''Jadi belilah permaidani di Jakel yang memang paling murah di pasaran. Kalau nak dibandingkan harga dan kualitinya umpama naik kereta kecil tetapi rasa macam duduk dalam BMW," kata Mohamed Feroz yang turut turun padang melayan pelanggannya.

Khemah gergasi Jakel dibuka setiap hari sehingga 7 Ogos ini dari pukul 10 pagi hingga 11 malam dan akan dianjakkan sehingga pukul 12 tengah malam pada hari terakhir.

Sementara itu salah seorang pelanggan yang ditemui, Norhayati Mohd. Noor, 56, memilih membeli permaidani di Jakel kerana kualiti dan harga yang murah selain layanan mesra kakitangannya.

Dia yang menetap di Telok Intan, Perak dan merupakan seorang guru memberitahu, Jakel juga menyediakan pelbagai pilihan permaidani yang menepati cita rasa pembeli.

''Kali ini saya beli dua karpet Biscose Silk dari Iran dengan harga RM2,500 yang memang murah," katanya.

Jakim, Jawi edar 300 naskhah al-Quran

Posted: 27 Jul 2013 10:27 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Julai - Atas rasa tanggungjawab sempena Ramadan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengedarkan 300 naskhah al-Quran kepada pengguna lebuh raya di Plaza Tol Gombak ke pantai timur petang ini.

Timbalan Ketua Pengarah Jakim, Razali Shahabudin berkata, pengedaran naskhah al-Quran sempena program Kembara Dakwah Ramadan tersebut dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300 Kilometer/jam (KMJ).

"Ini merupakan tahun ketiga Jakim dan kelab bermotor ini menjalinkan kerjasama.

"Bagi tahun ini, Kembara Dakwah Ramadan juga menziarahi dan beramah mesra dengan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim al-Ihsan Bentong, Pahang," katanya kepada pemberita sebelum melepaskan konvoi tersebut di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini.

Yang turut hadir, Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Bantu kukuh institusi kekeluargaan

Posted: 27 Jul 2013 10:28 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Julai - Kerajaan perlu memberi pengecualian cukai dan inisiatif lain kepada sektor korporat bagi menggalakkan syarikat-syarikat tersebut menganjurkan aktiviti bersama keluarga demi pengukuhan institusi kekeluargaan dalam kalangan pekerja.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, menerusi langkah itu secara tidak langsung memperlihatkan majikan lebih mengutamakan kesejahteraan pekerja dan sekali gus meningkatkan produktiviti syarikat.

''Melihat kepada pelbagai gejala sosial yang melanda anak-anak dan remaja kita hari ini, pengukuhan institusi kekeluargaan dan menggalakkan nilai-nilai murni telah menjadi semakin penting berbanding dahulu.

''Berdasarkan indeks kesejahteraan keluarga, menunjukkan negara ini berada pada tahap 7.55 daripada skala 10, adalah amat jelas kerajaan perlu meneliti banyak perkara untuk kebaikan semua,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Bekalan cukup, harga terkawal

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

TEE Siew Kiong (dua dari kiri) menyerahkan tanda harga ayam kepada peniaga, Abdullah Ideris (kiri) sambil diperhatikan Ayub Abd. Rahman (tiga dari kanan) semasa membuat operasi kawalan harga barang di Pasar Awam Lakin, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU 26 Julai - Orang ramai dinasihatkan tidak bimbang kerana bekalan barangan keperluan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri mencukupi dan dijual pada harga ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong turut memberi jaminan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Johor akan membuat pemeriksaan sepanjang penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan dikuatkuasakan.

Menurutnya, pemeriksaan secara menyeluruh akan dilakukan di pasar, pasar raya besar serta kedai runcit di seluruh negeri.

"Seramai 150 anggota penguat kuasa dan 102 pegawai pemantau harga akan memulakan pemeriksaan terhadap 20 jenis barangan kawalan ditetapkan mulai hari ini hingga 11 Ogos.

"Kita sentiasa mengambil pelbagai langkah sepanjang musim perayaan ini bagi menjamin bekalan yang mencukupi dan terkawal," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pasar Awam Larkin, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah PPDNKK negeri, Ayub Abd. Rahman.

Mengenai tinjauan hari ini, Siew Kiong berkata, para peniaga dilihat mematuhi peraturan ditetapkan dengan mempamerkan tanda harga bewarna merah jambu, malah ada yang menjual barangan kawalan lebih rendah berbanding harga ditetapkan.

"Di pasar ini, terdapat peniaga yang menjual cili merah pada harga RM13 sekilogram berbanding harga yang ditetapkan RM14 sekilogram. Ini salah satu langkah yang amat baik dan patut dicontohi peniaga lain demi kepentingan pengguna," katanya.

Pada masa sama, beliau memberitahu, rata-rata peniaga juga memberikan maklum balas positif terhadap harga ditetapkan kerajaan dan menyifatkan penetapan harga siling mampu menyekat pembekal daripada mengambil kesempatan menaikkan harga.

Sehubungan itu, Siew Kiong mengingatkan semua pihak terlibat supaya mematuhi peraturan jika tidak mahu dikenakan tindakan.

"Bagi pengguna yang tidak berpuas hati atau mempunyai sebarang aduan boleh menyalurkan maklumat ke talian bebas tol 1-800-886-800 atau menghantar e-mel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my atau membuat laporan di PPDNKK yang berhampiran.

Mayat berulat, reput ditemui dalam bilik

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

MUAR 26 Julai - Misteri bau busuk yang menghantui penduduk di Kampung Baru, Lenga dekat sini sejak beberapa hari lalu terungkai selepas penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan berulat dan hampir reput malam semalam.

Mayat Gan Hock Ang, 34, ditemui terbaring dan lengkap berpakaian serta berselimut di atas katil di salah sebuah bilik di rumahnya kira-kira pukul 9 malam.

Abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Gan, 40-an, berkata, adiknya tinggal bersendirian di rumah tersebut setelah berpindah dari Kuala Lumpur selepas sambutan Tahun Baru Cina lalu.

Menurutnya, Hock Ang yang belum berkahwin menghidap penyakit kencing manis sejak beberapa tahun lalu.

"Disebabkan penyakit itu, adik pernah pengsan sehingga terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur selama enam bulan.

"Saya hantar adik pulang ke kampung kerana dia beria-ia mahu tinggal di sini dan tidak sangka dia meninggal dunia ketika bersendirian di rumah," katanya sambil memberitahu kali terakhir menghubungi adiknya itu kira-kira dua minggu lalu dan kedengaran nada suaranya ceria seperti biasa.

Katanya, jiran memberitahu tidak melihat kelibat adiknya sejak beberapa hari lalu dan mereka menyangkakan Hock Ang berada di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mati sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah berbau dan mereput.

"Setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah disyaki. Mayat Hock Ang dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved