Sabtu, 27 Julai 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Scorpene: 115 juta euro bayaran pengurusan Perimekar

Posted: 27 Jul 2013 02:42 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Julai - Arkitek pembelian kapal selam Scorpene hari ini menafikan sekeras-kerasnya kewujudan elemen rasuah dalam urus janji Scorpene yang kontroversi itu.

Perspektif negatif yang sengaja dimainkan pihak tertentu berhubung isu pembayaran RM452 juta (115 juta euro) sebagai 'komisen kepada Perimekar Sdn. Bhd, disangkal oleh Jasbir Singh Chahl, yang menegaskan jumlah itu sebenarnya bayaran khidmat pengurusan bagi syarikat berkenaan.

Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar The New Straits Times, Jasbir yang bercakap buat kali pertama mengenai urus janji itu, berkata syarikat itu bertanggungjawab dalam logistik dan latihan pegawai serta anggota Angkatan Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menurut laporan itu, bayaran itu meliputi perkhidmatan pengurusan projek dan integrasi pojek, menyelaraskan penglibatan syarikat Malaysia dalam program penyertaan industri dalam peruntukan perkhidmatan semasa fasa pembinaan dan untuk memantau prestasi firma terlibat.

Perimekar Sdn Bhd dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Boustead Holdings Sdn Bhd dan K.S. Ombak Laut Sdn Bhd.

Ia juga bagi membantu kontraktor utama supaya mematuhi semua undang-undang dan prosedur tempatan berkaitan pelaksanaan kontrak, menyelaras dan memantau latihan kakitangan TLDM, berdasarkan kontrak utama dan sejajar dengan jangkaan kerajaan Malaysia dan TLDM, serta menyediakan laporan bulanan bagi semua perkara yang dinyatakan itu.

Sebahagian besar daripada bayaran itu melibatkan aspek makanan dan penginapan serta semua perkhidmatan yang perlu bagi latihan kakitangan TLDM dan keluarga mereka di Brest, Perancis dan Sepanyol selama tempoh enam tahun termasuk premium insurans kesihatan serta elaun saraan harian minimum 50 euro seorang.

Kos lain termasuk bayaran tambang pergi balik ke Malaysia tiga kali setahun.

Keseluruhannya, 145 kakitangan TLDM termasuk 49 pegawai dan tanggungan mereka yang diliputi.

"Kami digambarkan seperti mengaut keuntungan dengan hanya duduk sahaja dan memperoleh hasil sedangkan, pada hakikatnya, terdapat banyak kerja keras, ketara, yang dilaksanakan," katanya.

Beliau turut dipetik sebagai berkata tawaran komersil itu adalah menarik disebabkan program penyertaan industri unggul, yang dijalankan bersama.

"Program perdagangan balas dan timbal balas yang kami cadangkan sebagai sebahagian daripada cadangan keseluruhan turut memungkinkan kejayaan memihak kepada kami," katanya.

Jasbir berkata berdasarkan kekuatan dan keunggulan komersil pada cadangan itu, mereka tidak perlu melobi sesiapa supaya mempengaruhi dalam proses penilaian komersil.

"Scorpene adalah kapal selam janaan bukan nuklear terbaik yang kita, sebagai sebuah negara, boleh memilih," katanya. - BERNAMA

Altantuya tiada dalam pasukan urus janji Scorpene

Posted: 27 Jul 2013 02:39 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Julai - Propaganda yang kerap digunakan sesetengah pihak berhubung pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu dan dakwaan kaitannya dengan pimpinan negara, ditangkis hari ini apabila arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl, antara lain mendedahkan model Mongolia itu tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan rundingan itu.

Bercakap buat kali pertama mengenai urus janji itu, Jasbir juga bersumpah bahawa model itu tidak pernah berada di Perancis apabila mereka cuba memuktamadkan perjanjian itu.

"Saya bersedia bersumpah atas buku suci (agama) saya, Guru Granth Sahib bahawa saya tidak kenal orang ini, bahawa dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan, tak pernah jumpa dia, bahawa dia tidak pernah berada di Perancis semasa keseluruhan masa kami cuba untuk memuktamadkan urus janji itu.

"Saya hanya tahu tentang dia apabila membaca akhbar pada 2006 bahawa mereka telah menjumpai mayatnya," katanya kepada The New Straits Times dalam laporan khas bertajuk 'Scorpene : The Untold Story, yang diterbitkan di sini hari ini.

Jasbir juga menjelaskan jika Altantuya bertindak sebagai penterjemah bagi Abdul Razak Baginda, seorang bekas penganalisis politik tempatan yang membantu beliau menjadi orang tengah dalam urus janji itu, dia sepatutnya hadir pada semua mesyuarat dari tahun 2000.

Sebaliknya, dalam satu dokumen rasmi Perancis yang diberikan kepada NST, polis Perancis menyebut dengan tegas bahawa Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dari 1999 hingga 2006, tahun di mana dia meninggal dunia.

Ia juga menyebut bahawa semua mesyuarat berlangsung di Perancis dengan sebahagiannya di Malaysia dan semuanya dalam Bahasa Inggeris.

"Ini apa yang saya katakan sekarang, anda faham. Inilah apa yang dikatakan oleh pihak berkuasa Perancis," kata Jasbir.

Abdul Razak, yang merupakan rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menonjol namanya pada 2006 apabila didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya, 28, selepas dia cuba mengugutnya $500,000 daripada urus janji itu.

Beliau dibebaskan pada 31 Oktober, 2008 apabila Hakim Mahkamah Tinggi Malaysia mendapati tiada kes prima facie ke atasnya walaupun dua anggota polis terbabit dalam pembunuhan itu didapati bersalah.

Menurut keterangan Abdul Razak di mahkamah, dia hanya bertemu Altantuya pada akhir 2004, sementara urus janji Scorpene yang memasuki peringkat rundingan pada 2000 selesai pada 2002.

Menjawab satu soalan berhubung keperluan melantik Altantuya sebagai penterjemah Abdul Razak, memandangkan beliau kerap dirujuk terutama melalui laman blog, Jasbir secara sinis berkata :"Anda tanya saya kenapa blog-blog ini asyik menjaja bahawa gadis ini penterjemah Razak. Anda patut ajukan soalan itu kepada blog-blog itu,".

Laporan khas itu menimbulkan keraguan mengenai keperluan mengambil Altantuya sebagai penterjemah, apabila semua fakta menunjukkan bahawa rundingan dengan syarikat Peranics dikendalikan dalam bahasa Inggeris.

Sebenarnya, pasukan Perancis, pada awalnya diketuai seorang lelaki Inggeris, Martin Hill, yang juga fasih berbahasa Perancis, kata laporan itu.

Sebagai tambahan, dalam keterangan kepada pihak berkuasa Perancis pada 2010, bekas pengurus pemasaran DCNS bagi Malaysia dan Singapura pada masa itu, Fredric Faura, memberitahu para penyiasat bahawa tiada keperluan bagi seorang penterjemah memandangkan rundingan itu diajalankan dalam Bahasa Inggeris dan rakyat Malaysia fasih dalam bahasa itu, kata laporan itu.

Jasbir hairan kenapa tiada seorang pun mempersoal kewibawaan tokoh pembangkang yang mengaku menghasilkan gambar kononnya menunjukkan Altantuya dengan Najib dan Abdul Razak, di sebuah restoran di Paris.

"Dengan pengakuannya, keseluruhan hubungan ini adalah hal peribadi antara (Abdul) Razak dan Altantuya. Perjanjian beliau dengan wanita itu tidak ada kaitan langsung dengan urus janji Scorpene.

"Agak malang kerana ia berlaku serentak dengan tercetusnya isu urus janji kapal selam. Razak satu-satunya orang yang ada kaitan dalam perkara ini," katanya.

Jasbir adalah bekas kakitangan Thomson-CSF International (M) Sdn Bhd, anak syarikat Thomson-CSF (sekarang Thales) Malaysia, dalam projek kapal ronda pesisir pantai (OPV) Tentera Laut Diraja Malaysia, SHORAD (sistem pertahanan udara jarak dekat) dan projek lain kepada Thomson-CSF dan anak syarikatnya.

Pengalamannya yang luas dalam bidang ini menyebabkan Thales meminta beliau untuk menganalisis, menilai dan membangunkan satu cadangan bagi membekalkan kapal selam kepada Malaysia, yang menghasilkan pembelian Scorpene, kata laporan itu. - BERNAMA

Ratu cantik: Jangan buat spekulasi - Pengarah Jawi

Posted: 27 Jul 2013 01:58 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Julai - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menggesa orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung tindakan yang akan diambil pihaknya ke atas empat finalis Miss Malaysia World 2013.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali berkata, dakwaan mengatakan beliau berkemungkinan akan membenarkan empat finalis beragama Islam itu menyertai pertandingan tersebut adalah tidak benar.

"Setakat ini kita sedang menjalankan siasatan terperinci dan menimbangkan tindakan yang sesuai diambil terhadap mereka.

"Dakwaan saya berkemungkinan membenarkan (penyertaan mereka) tidak tepat sama sekali.

"Perkara itu timbul berkemungkinan sewaktu pertemuan dengan penganjur pertandingan itu, Datuk Anna Lim saya tersenyum ketika menerima kehadiran dan berbincang dengan mereka," katanya kepada pemberita sebelum majlis Kembara Dakwah Ramadan oleh Kelab 300 Kilometer/jam (KMJ) di Masjid Wilayah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved