Jumaat, 26 Ogos 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Rexy tagih kepercayaan BAM

Posted:

Rexy tagih kepercayaan BAM

Rexy tagih kepercayaan BAM

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - "Kalau saya tidak dapat melatih Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, siapa yang hendak saya latih?'' Keluh ketua jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky sebaik kembali memulakan tugasnya, semalam selepas bercuti panjang.

Biarpun mengakui, sebagai pekerja dia akur dengan sebarang keputusan yang bakal diambil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T), 8 September ini, namun jauh di sudut hati Rexy dia berharap dapat diberi kepercayaan untuk terus membimbing beregu utama negara itu hingga Sukan Olimpik 2012.

Malah, Rexy menegaskan, dia juga tidak pernah menerima sebarang tawaran daripada negara lain, biarpun timbul ura-ura khidmatnya ditagih semula oleh bekas majikannya, Persatuan Badminton England dan negara kelahirannya, Indonesia.

"Saya serah kepada BAM untuk menentukan kedudukan saya kerana sebagai pekerja saya kena akur dengan keputusan mereka, begitupun, saya percaya bahawa saya masih boleh membantu Kien Keat dan Boon Heong hingga Sukan Olimpik, dengan syarat saya dibenarkan melakukan beberapa program yang sebelum ini bukan dikendalikan oleh saya.

"Saya akan mengemukakan laporan penuh dan cadangan saya kepada C&T nanti, saya harap mereka akan membenarkan saya mengatur program baru buat pemain. Untuk melahirkan seorang juara, seseorang pemain itu memerlukan 'extra' sama ada dalam latihan atau program khas bagi menguatkan fizikal dan mental mereka,'' kata Rexy ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.

Rexy djuga tampak tidak ceria apabila memulakan tugasnya semalam kerana masih merasai kehilangan pemain senior, Mohd. Zakry Abdul Latif dan Mohd. Fairuzizuan Tazari yang mengumumkan pengunduran dari skuad kebangsaan.

Paling mengecewakan Rexy adalah apabila dia dipersalahkan sepenuhnya atas kegagalan Kien Keat-Boon Heong pada Kejohanan Dunia, di mana program latihan dan taktik yang digunakannya dikatakan telah mendorong kepada kekalahan pasangan utama negara itu kepada beregu Korea, Ko Sung-hyun-Yoo Yeon-seong di suku akhir.

Rumusan tersebut dicapai dalam mesyuarat bersama Institut Sukan Negara (ISN) dan BAM kelmarin, yang antara lain turut membandingkan corak permainan bertahan yang digunakan Kien Keat-Boon Heong pada saingan kali ini, berbanding corak menyerang yang diterap ketika mereka memasuki final Kejohanan Dunia, tahun lalu.

"Apabila berlaku kekalahan, seseorang perlu dipersalahkan dan saya berada dalam situasi itu sekarang. Saya tidak kata saya betul sepenuhnya tetapi saya juga tidak patut dipersalahkan sepenuhnya.

"Program latihan dan taktikal saya dikatakan tidak betul ketika berdepan pasangan Korea, saya boleh diterima beregu kita tidak bermain baik... tetapi adakah mereka di luar saya tahu apa yang saya arahkan kepada pemain ketika di gelanggang? Adakah mereka (pemain) benar-benar mempraktikkan sepenuhnya arahan taktikal yang saya beri, jawapannya tidak.

"Bukan kerana mereka tidak memahami atau mengingkari arahan tetapi kadang kala pemain tidak boleh kerana kekangan fizikal.

"Masalah terbesar Kien Keat dan Boon Heong adalah kurang kelajuan dan kekuatan, ini bukan kelemahan teknikal tetapi kecergasan. Program agility (ketangkasan) bukan dikendalikan oleh saya, tetapi di bawah ISN, tetapi mengapa saya dipersalahkan sepenuhnya apabila pemain tidak cergas secara fizikal,'' kata Rexy.

Menurut Rexy lagi, program kecergasan dan ketangkasan pemain dikendalikan olehnya sendiri ketika dia mula membimbing pasangan negara itu pada 2006 dan 2007, tahun di mana mereka muncul juara Sukan Asia dan All England, namun ia kemudian diambil alih oleh ISN.

Justeru dia meminta agar program tersebut diserahkan semula kepadanya manakala ISN bertanggungjawab tugas di dalam gym.

"Kalau ini dipulangkan semula kepada saya dan pemain masih gagal mencari kemenangan, itu bermakna sayalah gagal,'' ujarnya.

Jangan tolak pelawaan Socceroos

Posted:

Jangan tolak pelawaan Socceroos

Jangan tolak pelawaan Socceroos

KEMAMAN - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyambut baik pelawaan Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang skuad Harimau Malaya.

Menurut Shabery, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu meneliti dengan sewajarnya pelawaan itu kerana ia dilihat sebagai satu penghormatan untuk menentang pasukan Socceroos (skuad kebangsaan Australia) - antara pasukan ternama di dunia.

"Kita harap FAM dapat melihat pelawaan ini sebagai satu tawaran yang sangat menarik kerana ia boleh meningkatkan pengalaman serta mutu permainan pemain-pemain kebangsaan.

"Justeru, saya berharap agar FAM akan meneliti penyelarasan jadual latihan agar ia tidak mengganggu pertandingan atau latihan tempatan bagi membolehkan perlawanan itu diadakan," katanya.

Beliau mengulas undangan FFA untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Malaya sehari sebelum saingan Piala Malaysia bermula.

Jelas Ahmad Shabery, sebagai alternatifnya, perlawanan itu boleh diadakan seperti tarikh yang dicadangkan FFA iaitu pada 9 Oktober ini di Sydney dan ia dijangka tidak akan menjejaskan kempen Piala Malaysia yang berlangsung ketika itu.

"Kita percaya FAM akan memikirkan sebaik-baiknya perkara ini termasuk menyusun semula jadual perlawanan tempatan bagi memberikan laluan kepada pasukan kebangsaan beraksi menentang skuad Piala Dunia Australia itu, yang juga naib juara Piala AFC," katanya.

Tambah beliau, FAM tidak seharusnya menolak pelawaan atau undangan yang jarang diterima itu kerana kehebatan skuad Harimau Malaya kini telah dinilai oleh pasukan negara luar.

"Walaupun Malaysia gagal meneruskan cabaran dalam kempen Piala Dunia tetapi tawaran tersebut sebagai satu penghormatan dan kita boleh terus mempergiatkan latihan termasuk untuk bertanding dalam Piala AFC dan Piala Suzuki tahun hadapan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Dua pemuda ditangkap, bina makmal proses ubat batuk

Posted:

Dua pemuda ditangkap, bina makmal proses ubat batuk

Dua pemuda ditangkap, bina makmal proses ubat batuk

HULU LANGAT 26 Ogos - Jika umat Islam lain bergembira menyambut Aidilfitri di kampung halaman, dua sahabat pula bakal meraikan hari lebaran di dalam lokap setelah dicekup polis kerana memproses ubat batuk di rumah sewa mereka di Bandar Mahkota Cheras di sini semalam.

Kedua-dua pemuda berusia lingkungan 20-an itu ditahan polis pukul 3.30 petang, semasa sedang sibuk membungkus 44 botol plastik besar berisi ubat batuk yang siap diproses bernilai RM22,000.

Difahamkan, bekalan ubat batuk itu untuk dibawa pulang berhari raya ke kampung mereka di sebuah negeri di pantai timur dan untuk dijual pada musim perayaan ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, ketika diserbu polis, kedua-dua suspek sedang bersiap-siap mahu pulang ke kampung dan sedang mengisi 44 botol plastik besar ubat batuk yang siap diproses.

"Polis turut merampas sejumlah bahan mentah terdiri daripada dua jenis ubat batuk, ubat selesema dan alahan serta pewarna hitam yang digunakan sebagai campuran untuk menghasilkan ubat batuk bagi penagih," katanya pada sidang akhbar di IPD Kajang di sini hari ini.

Ab. Rashid berkata, pelbagai jenis peralatan yang digunakan untuk memproses ubat batuk seperti tong plastik, bekas pemanas air, senduk, periuk aluminium, tong dan dapur gas memasak serta jag, penapis dan penyedut air turut ditemui di rumah teres dua tingkat itu.

Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek tidak memiliki rekod kesalahan lampau dan sudah enam bulan menjalankan kegiatan memproses dan menjual ubat batuk kepada penagih di sekitar Lembah Klang.

Katanya, suspek yang menganggur mempelajari cara-cara membuat ubat batuk dikategorikan sebagai dadah jenis kodein itu menerusi Internet.

"Ubat batuk ini boleh mengkhayalkan kerana ia merupakan campuran ubat batuk kering yang berharga murah, ubat batuk berkualiti, ubat alahan, ubat selesema dan pewarna hitam," katanya.

Ab. Rashid berkata, pihaknya masih menyiasat dari mana suspek mendapatkan bekalan bahan mentah untuk membuat ubat tersebut memandangkan penjualannya adalah dikawal, manakala pewarna hitam boleh dibeli di kedai membuat kek dan roti.

Katanya, suspek direman selama seminggu bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Serbuan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang itu diketuai Asisten Supritendan Mohd. Husni Manan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Pembangkang langgar prinsip keterbukaan

Posted:

Pembangkang langgar prinsip keterbukaan

Pembangkang langgar prinsip keterbukaan

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh bagi membela diri dalam pertuduhan liwatnya, bertentangan dengan prinsip keterbukaan dan ketelusan yang kononnya sering diperjuangkan pembangkang.

Malah apa yang lebih memalukan, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein, pemimpin pembangkang lain seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga seolah-olah merestui pilihan Anwar itu.

"Sedangkan ketika di Parlimen malah sehinggalah ke luar negara, pembangkang yang paling lantang mendesak kerajaan supaya bersikap terbuka, lebih demokrasi dan adil serta mahukan sesuatu isu diselesaikan dengan perbincangan.

"Tetapi dalam kes liwat Anwar, pembangkang tiada halangan untuk Anwar memberi keterangan dari kandang tertuduh tanpa boleh disoal balas pihak pendakwaan meskipun ia jelas satu pilihan yang membelakangkan prinsip keterbukaan yang diperjuangkan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan Anwar yang memilih untuk memberi pernyataan tidak bersumpah ketika membela diri dalam perbicaraan kes liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang sedang berlangsung ketika ini.

Awang Adek menambah, apa yang dikesalkan juga adalah apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat langsung tidak menyatakan pendirian dengan pilihan Anwar itu.

Sedangkan kata beliau, sebagai seorang pemimpin yang berimejkan Islam, Nik Abdul Aziz pastinya sedar bahawa Islam turut membenarkan kaedah bersumpah dalam membela diri untuk menegakkan kebenaran.

"Apa yang diperlihatkan pembangkang dalam kes Anwar ini adalah sikap berdolak-dalik pembangkang serta pendirian double standard mereka ketika berdepan dalam sesuatu isu," katanya.

Siasat tohmahan Fuziah tentang Lynas

Posted:

Siasat tohmahan Fuziah tentang Lynas

Siasat tohmahan Fuziah tentang Lynas


Suhaimi Sulong (tengah) menunjukan laporan polis yang dibuat agar pihak polis menyiasat tindakan Fuziah Salleh di Kuantan, semalam.


KUANTAN 26 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota mahu polis menyiasat tindakan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang secara berterusan membuat tohmahan berhubung pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh Syarikat Lynas Corporation Ltd. di Gebeng di sini.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pemudanya, Suhaimi Sulong di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kira-kira pukul 4 petang ini.

Menurut Suhaimi, tindakan Ahli Parlimen itu yang berterusan membuat tohmahan terhadap pembinaan kilang berkenaan dalam siri ceramahnya perlu dihentikan kerana ia boleh menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat.

"Apa yang dilakukan Fuziah akan menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk di sini terutama mengenai tahap keselamatan penduduk dengan fakta-fakta yang tidak benar," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di IPD Kuantan di sini.

Katanya, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan rapi berhubung dakwaan yang dilakukan oleh ahli Parlimen berkenaan supaya ia dapat dihentikan.

"Apa yang dilakukan ahli Parlimen itu seolah-olah mahu mengalih perhatian rakyat dan penduduk Kuantan menerusi fakta-fakta yang tidak benar sekali gus bertujuan mengalihkan perhatian terhadap kebajikan kerajaan pimpinan Barisan Nasional terhadap rakyat," jelasnya.

Terdahulu, isu pembinaan kilang berkenaan mencetuskan kontroversi apabila beberapa pihak membantah pembinaannya kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Bagaimanapun, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) baru-baru ini memutuskan kilang tersebut selamat, namun, syarikat dari Australia itu perlu melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan sebelum meneruskan operasi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Saksi terus pertikai ujian DNA

Posted:

Saksi terus pertikai ujian DNA

Saksi terus pertikai ujian DNA

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my


Anwar Ibrahim dan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail hadir dalam perbicaraan kes tuduhan meliwat di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 26 Ogos - Sejak semalam, saksi pembelaan keempat, Dr. Brian Mcdonald yang dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini berhubung hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua ahli kimia tempatan, tidak putus-putus mempertikaikan laporan dan ujian yang dilakukan oleh kedua-dua pakar tersebut.

Pada prosiding hari ini, beliau yang merupakan perunding Molecular Genetic System, Australia terus mempertikaikan ujian-ujian yang dilakukan oleh Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon dengan memberi gambaran bahawa ujian dan laporan yang dibuat oleh mereka tidak sempurna, tidak lengkap dan tidak mengikut aturan yang sepatutnya.

Bagaimanapun, apabila diminta oleh peguam bela, Ramkarpal Singh untuk menunjukkan satu contoh hasil ujian DNA yang boleh dianggap elok dan bersih tanpa dipengaruhi oleh sebarang bakteria atau unsur-unsur lain, pakar asing itu memberikan tiga contoh.

Contoh-contoh elektroferograf tersebut membabitkan ujian yang dibuat pada calitan putik kapas bertanda B7 dan B8 yang diambil pada bahagian atas rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta calitan putik kapas B9 yang diambil dari bahagian bawah rektum mangsa.

Pada perbicaraan peringkat pendakwaan sebelum ini, Lay Hong mengesahkan terdapat kehadiran air mani yang mana Lelaki Y merupakan penyumbang utama pada bahagian-bahagian tersebut manakala Nor Aidora dalam keterangannya sebelum ini menyatakan, penyumbang DNA tersebut adalah serupa dengan DNA Anwar.

Namun begitu, 'kebersihan' ujian DNA ini, didakwa Ramkarpal sebagai tidak konsisten dengan keterangan-keterangan sebelum ini yang sepatutnya menunjukkan tanda-tanda degradasi disebabkan sampel-sampel tersebut tidak disejuk beku sebelum dihantar kepada Jabatan Kimia Malaysia.

Barisan pembelaan dalam siri soalan yang diajukan kepada saksi tersebut turut cuba menunjukkan bahawa ujian-ujian yang dibuat oleh Lay Hong adalah berdasarkan anggapan (assumption) bahawa calitan-calitan itu adalah sampel air mani yang mengandungi sperma Anwar sedangkan ujian awal bagi menentukan bahawa sampel tersebut benar-benar air mani tidak dilakukan.

Ramkarpal dalam soalannya yang turut dipersetujui oleh Mcdonald turut menyatakan ekoran proses pengasingan antara sel sperma dan sel-sel badan yang lain tidak dilakukan dengan betul, berkemungkinan DNA Mohd. Saiful Bukhari yang ditemui dalam rektumnya boleh berasal dari air mani mangsa itu sendiri.

Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Sementara itu, pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira dipanggil semula oleh pihak pembelaan bagi mengesahkan mengenai dokumen 'Rekod Pemeriksaan Jabatan Kecemasan Pusrawi' yang dirampas oleh pihak polis pada 6 Ogos 2008.

Rekod tersebut diisi oleh bekas doktor hospital terbabit, Dr. Mohamad Osman Abd. Hamid sewaktu membuat pemeriksaan ke atas Mohd. Saiful Bukhari sebelum meminta mangsa ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan lanjut dan membuat laporan polis selepas dimaklumkan bahawa dia telah diliwat oleh orang kenamaan (VIP).

Dokumen tersebut kemudian diterima masuk oleh mahkamah sebagai bukti.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung 19 hingga 23 September ini.

Tiga didakwa bunuh dua beranak, lupus mayat

Posted:

Tiga didakwa bunuh dua beranak, lupus mayat

Tiga didakwa bunuh dua beranak, lupus mayat


Abd. Razak Tofazzal Hossain (dua dari kiri) dan Mmd. Ripon Mandal (kiri) didakwa membunuh seorang wanita dan anaknya di Mahkamah Majistret Ampang, semalam.


KUALA LUMPUR 26 Ogos - Tiga lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini hari ini atas tuduhan membunuh dan melupuskan mayat seorang wanita Indonesia yang anggota badannya dikerat-kerat serta anak lelakinya di sebuah pangsapuri di Taman Kosas, bulan lalu.

Abd. Razak Tofazzal Hossain, 29, Mmd. Ripon Mandal, 26, dan Mosharof Hossain, 23, bagaimanapun tidak memahami pertuduhan masing-masing yang dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Melayu.

Berikutan itu, Majistret Wan Karimah Wan Md. Abd. Ghani menetapkan 29 September ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan khidmat jurubahasa Bangladesh.

Dalam kes tersebut, Abd. Razak didakwa membunuh Siti Sando, 35, di No. 40, Tingkat 5, Blok Chrysaa, Pangsapuri Astaria, Taman Kosas di sini antara pukul 11 pagi dan 5 petang, 29 Julai lalu.

Abd. Razak turut didakwa bersama-sama Mmd. Ripon atas tuduhan membunuh anak Siti yang hanya dikenali sebagai Mohd. Shukri yang berusia dua tahun pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum mengemukakan dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mosharof pula menghadapi dua pertuduhan iaitu didakwa melupuskan mayat kedua-dua beranak tersebut antara pukul 11.20 pagi, 29 Julai lalu dan pukul 11 pagi, 3 Ogos lalu di tempat yang sama.

Dakwaan terhadap Mosharof dikemukakan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, 11 lelaki warga asing ditahan polis berhubung kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya dikerat-kerat dan seorang kanak-kanak lelaki.

Kejadian tersebut terbongkar apabila pengurus bangunan di Pangsapuri Astaria, Taman Kosas menemui sebelah kaki kiri manusia di dalam mangkuk tandas di sebuah rumah yang tidak berpenghuni di pangsapuri tersebut.

Hasil pemeriksaan polis, akhirnya menemui beberapa lagi bahagian anggota badan mangsa yang dibungkus dalam plastik di merata tempat termasuk di bahagian siling rumah tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Penyakit kuning 'serang' murid

Posted:

Penyakit kuning 'serang' murid

Penyakit kuning 'serang' murid

Oleh M. RIZAL NOR
utusanpahang@utusan.com.my


NORAZIMAH Abdullah Sidek (kanan) menemani Noratieqah Mohd. Ali Saifudin yang dirawat di Hospital Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 26 Ogos - Lebih lima murid dari sebuah sekolah rendah dekat sini disyaki menghidap penyakit kuning dan ia dipercayai ada kaitan dengan sejenis wabak ekoran melibatkan lebih seorang pesakit serentak.

Ibu kepada seorang pesakit, Norazimah Abdullah Sidek, 34, berkata, anaknya, Norafieqah Mohd. Ali Saifudin, 12, dimasukkan ke Hospital Jerantut Ahad lalu setelah mengalami demam dan mengalami kekuningan di bahagian mata.

Menurutnya, sebelum dimasukkan ke hospital, anak sulung daripada empat beradik itu mengalami demam panas selama empat hari.

"Anak saya kembali sihat selepas sembuh daripada demam tanpa sebarang tanda penyakit namun, terkejut apabila mendapati mata Norafieqah menjadi kekuningan.

"Saya terus membawa anak saya (Norafieqah) ke Hospital Jerantut kerana seorang anak jiran turut dipercayai demam kuning dengan tanda awal sama seperti anak saya alami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, kelmarin.

Menurutnya, dia tidak mengetahui penyakit yang menimpa Noratieqah dan kes itu dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut.

Katanya, Norafieqah yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan bagi mengenal pasti penyakit sebenar anaknya.

Dalam pada itu, Pengarah Hospital Jerantut, Dr. Devaraj Salam ketika dihubungi berkata, penyakit kuning yang menimpa Norafieqah dan murid lain itu tidak ada kaitan dengan sebarang wabak termasuk kencing tikus sebaliknya ia mungkin hepatitis.

Jelasnya, ia mungkin disebabkan oleh penggunaan air yang tercemar atau kotor dan keadaan Noratieqah kini beransur pulih namun masih menunggu laporan keputusan darahnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak meminta semua pihak tidak membuat andaian melulu berkaitan penyakit yang dihidapi oleh murid terbabit.

Menurutnya, pihak hospital di sini sedang melakukan siasatan bagi mencari punca sebenar penyakit itu supaya masalah tersebut dapat ditangani dengan segera.

Empat rumah perlindungan diberi bantuan

Posted:

Empat rumah perlindungan diberi bantuan

Empat rumah perlindungan diberi bantuan

KUANTAN 26 Ogos - Sebanyak empat rumah perlindungan di daerah ini menerima sumbangan wang tunai daripada warga Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuantan sempena Ramadan ini.

Antara rumah perlindungan tersebut ialah Baitul Husna, Taman Pengasih Sultan Haji Ahmad Shah, Rumah Hembusan Kasih Sayang dan Permata Camar.

Pengerusi program berkenaan, Fauziah Ayob berkata, program tahunan itu merupakan usaha murni pendidik dan warga PPD selain membantu golongan kurang berkemampuan seperti anak- anak yatim.

"Sumbangan bernilai kira-kira RM10,000 itu hasil derma para guru sekitar daerah ini dan warga PPD pada program sambutan Hari Guru baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini.

Sumbangan tersebut disampaikan pada majlis berbuka puasa di bangunan baru PPD di sini dan disertai Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang, Wan Abdul Hamid Wan Mohamad dan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD), Karim Man.

Dalam pada itu, Pengetua Taman Kasih, Rubiah Sidin berkata, dia bersyukur dan menghargai keprihatinan warga PPD terhadap rumah perlindungan itu.

Menurutnya, sumbangan itu akan digunakan sebaik mungkin terutamanya dalam aspek pendidikan yang menjadi fokus utama buat 22 penghuninya yang berusia 10 hingga 12 tahun.

Pengurus Rumah Amal Hembusan Kasih Sayang, Norzahilah Wahida Abd. Aziz berkata, sumbangan itu sedikit sebanyak membantu penghuni dan pengurusan menjalankan aktiviti sepanjang bulan itu.

Menurutnya, rumah yang terletak di Taman Guru dibuka pada 25 Mac tahun lalu kini menempatkan 31 penghuni seperti anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf, ibu tunggal dan tiga orang kurang upaya (OKU).

Ibu tunggal terlantar sakit kekejangan otot

Posted:

Ibu tunggal terlantar sakit kekejangan otot

Ibu tunggal terlantar sakit kekejangan otot


JURIAH Mat Saman (kanan) sentiasa menjaga anaknya, Normah sambil dibantu cucu, Mohd. Afiq Shahmi dan Mohd. Afiq Zuhairi (kiri) di Jalan Bukit Palas, Kampung Cherating, baru-baru ini.


KUANTAN 26 Ogos - Setelah mengalami demam panas Disember tahun lalu, seorang ibu tunggal, Normah Idris, 42, hanya mampu terlantar sakit akibat kekejangan otot di rumah ibu bapanya di Jalan Bukit Palas, Kampung Cherating di sini.

Menurut ibunya, Juriah Mat Saman, 75, Normah yang kematian suami, Abdul Aziz Abdul Rahman sejak tiga tahun lalu akibat barah otak sebelum ini bekerja di sebuah pusat anyaman.

Katanya, anaknya itu bekerja bagi menampung perbelanjaan seharian tiga anak lelakinya, Mohd. Afiq Nuruldin, 15, Mohd. Afiq Shahmi, 12 dan Mohd. Afiq Zuhairi, 9.

Katanya, sejak terlantar sakit, dia yang mengusahakan kedai makan bersama suaminya, Idris Abdul Rahman, 75, terpaksa menghentikan perniagaannya semata-mata memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak ketiga dari lapan beradik itu.

''Saya sedih mengenangkan Normah dan anak-anaknya kerana sebelum ini dia seorang peramah dan periang. Kini dia tidak mampu bercakap dan hanya memandang sekeliling sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kediamannya di sini baru-baru ini.

Juriah berkata, selain mendapatkan rawatan di hospital dan klinik, mereka turut berikhtiar secara tradisional sebagai usaha untuk melihat Normah kembali sihat seperti dahulu.

Jelasnya, setakat ini, anaknya itu belum menerima bantuan daripada mana-mana pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kecuali menerima sumbangan daripada anak- anak, saudara mara dan pihak tertentu yang simpati dengannya.

Mengenai kos rawatan katanya, Normah memerlukan kira-kira RM800 setiap bulan bagi membeli keperluan seperti susu tepung khas, lampin dewasa serta ubat-ubatan.

Dia kini buntu memikirkan nasib anak dan cucu-cucunya pada masa depan sekiranya tiada sesiapa yang dapat menguruskan mereka.

''Setiap hari saya berdoa mengharapkan anak saya kembali pulih seperti sedia kala kerana tidak sanggup melihatnya menderita dan kadang-kala mengerang seperti menahan kesakitan," jelasnya.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubungi Murni Amat Daud, 44, di talian 014-2126099.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pemberontak isytihar kabinet

Posted:

Pemberontak isytihar kabinet

Pemberontak isytihar kabinet


SEORANG lelaki Afrika yang disyaki tentera upahan terbaring setelah mengalami kecederaan dalam pertempuran dengan tentera pemberontak anti-Gaddafi di sebuah balai bomba di daerah Abu Salim di Tripoli, kelmarin. – REUTERS


TRIPOLI 26 Ogos - Pemberontak Libya mengumumkan pemindahan pusat pentadbiran kepimpinan ke Tripoli dari kubu mereka di Benghazi, kata pegawai kanan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) hari ini.

Naib Pengerusi NTC, Ali Tarhuni berkata, jawatankuasa eksekutif akan mula bertugas di Tripoli.

''Hidup demokrasi dan Perlembagaan Libya serta mereka yang maut dalam usaha mencapai kejayaan ini,'' katanya pada sidang media semalam.

Ali yang menjawat portfolio Menteri Minyak dan Ekonomi dalam pentadbiran wilayah, turut dinamakan sebagai individu untuk memegang beberapa portfolio utama dalam Kabinet peralihan merangkumi Menteri Dalam Negeri, Menteri Informasi dan Menteri Infrastruktur dan ketua keselamatan di Tripoli.

Beliau menambah, Pengerusi NTC, Mustafa Abdel Jalil dan ketua jawatankuasa eksekutif, Mahmud Jibril akan tiba di Tripoli apabila situasi keselamatan membenarkan.

Bagaimanapun, Ali tidak mengisytiharkan penggulingan rejim Muammar Gaddafi.

Beliau berkata, pengumuman tersebut akan dibuat oleh Mustafa atau Mahmud.

Beliau berkata, kegagalan menahan Gaddafi tidak akan menghalang pihaknya menguruskan Libya yang baru.

"Kami kini bebas. Kami boleh pergi ke mana sahaja. Beliau (Gaddafi) yang kini bersembunyi dan kami akan menangkapnya," ujarnya.

Beliau turut meminta tentera yang setia kepada Gaddafi untuk melucutkan senjata mereka.

Sementara itu, walaupun rejimnya hampir dimusnahkan, Gaddafi cuba menyatukan penyokongnya untuk terus menggempur pemberontak.

''Jangan meninggalkan Tripoli kerana tikus-tikus ini. Gempur dan bunuh mereka,'' katanya dalam satu mesej audio yang disiarkan di stesen satelit Syria, Al-Ouroba TV.

Sejak menggempur Tripoli Ahad lalu, pemberontak masih berusaha menguasai keseluruhan ibu negara Libya itu.

Selasa lalu, mereka menggempur kediaman Gaddafi di Bab al-Aziziya dan kini daerah Abu Salim. – AFP

Bukti pembunuhan beramai-ramai di Libya

Posted:

Bukti pembunuhan beramai-ramai di Libya

Bukti pembunuhan beramai-ramai di Libya

TRIPOLI 26 Ogos - Sebanyak 26 tawanan di bilik tahanan sementara di apartmen bertentangan kawasan kediaman Muammar Gaddafi di Bab al-Aziziya, hanya mampu mendengar bunyi pertempuran antara pemberontak dengan askar yang setia kepada pemimpin Libya itu semasa Tripoli digempur, Selasa lalu.

Ketika kebanyakan rakyat Libya lain bergembira dengan kejayaan pemberontak menewaskan tentera Gaddafi, tahanan di apartmen buruk berkenaan termasuk Osama Mansour el-Hadi hanya menanti untuk dibunuh.

Mereka diarak ke sebuah jalan di Bab al-Aziziya dengan senjata diacu oleh askar Gaddafi dan dibariskan di sebuah tembok ketika bunyi mesingan dan letupan kedengaran dari arah pertempuran di seberang jalan berkenaan.

Askar Gaddafi kemudian melepaskan tembakan ke arah kepala, leher dan dada semua 26 tahanan berkenaan.

Osama jatuh di atas mayat tahanan lain selepas ditembak di badan, bahu, tangan manakala seorang tahanan berjaya melarikan diri tetapi kemudiannya ditembak.

Osama ditemui sehari kemudian dan dibawa ke Hospital Mitiga di sini namun sehingga hari ini tiada siasatan dilakukan terhadap kejadian itu.

Mayat 15 tahanan lain pula ditempatkan di tempat letak kereta hospital yang berbumbung besi dan hanya ditutup dengan sehelai plastik.

Osama ketika bercakap kepada saluran televisyen Al-Jazeera semalam berkata, hanya dia seorang yang selamat daripada pembunuhan besar-besaran berkenaan.

Beliau ditangkap pada 15 Ogos lalu, iaitu lima hari selepas pemberontakan bermula di Badr, oleh 15 orang lelaki bersenjata dan ditempatkan di bilik tahanan itu walaupun berulang kali menyatakan beliau bukan anggota pemberontak.

Katanya, tahanan lain ditahan lebih lama daripada dua minggu dan kebanyakan mereka mendakwa merupakan orang awam yang ditahan di jalan-jalan raya. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Sazzy kecoh kerana anak

Posted:

Sazzy kecoh kerana anak

Sazzy kecoh kerana anak

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL
Solekan ER Make Over Studio (012-2582475)


KELUARGA BAHAGIA... Nash mendukung Tiara Rose dan Sazzy bersama Imaan Lily.


SEJAK kehadiran Imaan Lily dan Tiara Rose pada 28 April lalu, hidup Sazzy Falak dan suami, Nazril Idrus, 37, menjadi sedikit kecoh berbanding dahulu. Malah ketika penulis berkunjung ke rumah ibunya di Kemensah Mewah, Hulu Klang untuk sesi bergambar, jelas kelihatan Sazzy tak menang tangan untuk mengurus dua cahaya matanya itu.

Namun Sazzy bernasib baik kerana ibu bapa dan pembantu rumahnya sedia melayan kerenah si comel dan dapatlah dia disolek dengan tenang oleh Elle Rahman.

Sazzy atau nama sebenarnya Sazlini Shamsul Falak yang menyusu badan anak kembarnya itu berkata, antara Imaan (kakak) dan Tiara, si adik sering meminta perhatian yang lebih.

"Imaan dan Tiara adalah kembar yang tidak seiras, jadi mudahlah untuk sesiapa sahaja mengenali mereka. Kata orang muka Imaan mirip saya, manakala Tiara pula orang panggil Nash Jr (Nazril).

"Kedua-duanya tidak banyak ragam tapi sesekali macam sepakat nak dera mami mereka. Memang kecoh sikit hidup saya sekarang ini, tapi saya seronok dapat melihat mereka setiap hari," katanya memulakan bicara.

Kata Sazzy, biarpun anak-anaknya masih kecil, namun awal-awal lagi dia sudah menempah sepasang kurung berwarna hijau pudina yang menjadi tema mereka sekeluarga.

Anak jati Kuala Lumpur ini berkata, memandangkan dia dan suami menetap bersama ibu bapanya, maka tidak perlulah bersusah payah membuat persiapan raya.

"Nak buat persiapan hari raya, diri sendiri pun tak lepas. Nasib baik tinggal di rumah mak, jadi semua sudah siap. Saya tinggal di sini sewaktu dalam pantang.

"Ingat nak balik ke rumah kami di Damansara, tapi rasanya bukan dalam waktu terdekat ini. Biar baby besar sikit. Di sini ramai yang sayang dan ambil berat perihal Imaan dan Tiara," katanya.

Tambahan pula, katanya, raya kali ini rumah ibunya yang merupakan anak sulung bakal menjadi tempat saudara mara berkumpul setelah datuknya, Abd. Rahim Mustapha, 78, meninggal dunia dua minggu sebelum Ramadan lalu.

Kata Sazzy, ibunya tetap akan meneruskan tradisi seperti yang dilakukan di rumah arwah datuknya di Ampang.

"Masakan wajib dihidangkan adalah ayam kalio, rendang, lemang dan biskut raya. Saya paling suka makan ayam kalio iaitu rendang basah.

"Setiap kali hari raya, apabila saudara mara berkumpul memang riuh. Mana taknya, saya mempunyai ramai sepupu. Seronoknya, kami tiga orang ini bersalin pada awal, pertengahan dan hujung April. Sah hari raya ini berlawan tayang anak," katanya ketawa.

Walaupun sibuk beraya dengan sanak saudara, Sazzy juga tidak lupa untuk pulang beraya dengan mertua di Port Dickson, Negeri Sembilan pada hari raya kedua.

"Saya beruntung kerana Nash tidak memaksa. Mungkin dia seronok beraya dengan keluarga saya yang memang bising. Keluarga saya tak perlu tunggu majlis, hari biasa pun kecoh," kata Sazzy yang turut menyediakan gaun untuk anak kembarnya itu.

Pilihan deejay RTM berbelanja

Posted:

Pilihan deejay RTM berbelanja

Pilihan deejay RTM berbelanja

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

MEMBELI-BELAH menjelang Syawal sudah menjadi kemestian buat kebanyakan muslimin dan muslimat yang meraikan Hari Raya Aidilfitri, tidak kira sama ada di kampung mahupun di bandar.

Begitulah juga dengan tiga deejay yang berkhidmat di bawah satu bumbung, Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Azura Lisa Aziz, 30, atau Azura yang merupakan penyampai di stesen Muzik FM; Awang Suffian Awang Hussin, 31, atau Sonic (KL FM) dan Otto Md. Tahir, 27, atau Otto (Traxx FM).

Apabila berborak perihal membeli-belah, apa yang pasti, Azura terlebih dahulu mencelah untuk berkongsi aktiviti shopping yang diamalkan pada minggu terakhir sebelum raya.

Tidak terkecuali, Sonic yang dilihat bijak bergaya itu juga tidak mahu ketinggalan berkongsi pengalamannya berbelanja menjelang hari lebaran, manakala Otto yang agak pemalu dan pendiam, turut mahu berbicara mengenai pengalamannya membeli-belah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Percik air kotor ke muka sendiri

Posted:

Percik air kotor ke muka sendiri

Percik air kotor ke muka sendiri

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

GELAGAT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan pembelaan kes liwatnya Isnin lalu apabila 'menyerang' Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah secara terang-terangan tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara.

Mahkamah seperti mana dilihat pada hari itu digunakan oleh Anwar sebagai plaftorm untuk memberi ceramah politik, mengulingkan nilai-nilai kewibawaan dan kesederhanaan. Juga, tidak pernah selama ini kes di Malaysia diheret sepanjang itu. Ia paling lama dalam sejarah.

"Saya berkhidmat di bawah lima kepimpinan Perdana Menteri, jadi pengalaman saya boleh dikatakan tidak pernah berlaku seperti peristiwa yang diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim di mahkamah.

"Yang kedua tidak pernah seseorang yang dituduh dibawah kanun keseksaan ataupun liwat mengeluarkan kata-kata atau hujah dalam satu pentas politik," kata Datuk Seri Dr. Rais Yatim ketika ditemui Utusan Malaysia di Putrajaya.

Pada 22 Ogos lalu, Anwar dalam keterangan selama kira-kira satu jam 45 minit menegaskan bahawa Mohamad Zabidin menindas hak beliau untuk mendapat perbicaraan adil sungguhpun hakim berkenaan telah berpuluh kali membenarkan penangguhan demi menghormati Ahli Permatang Pauh itu sebagai tertuduh.

Anwar yang memilih untuk memberi pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh dilihat cuba 'menyelamatkan' dirinya daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin.

Gelagat dan sikap yang ditunjukkan Anwar itu mendapat respons daripada peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang menurutnya, selain memburukkan imej Mohamad Zabidin, Anwar juga dilihat cuba menjatuhkan reputasi institusi mahkamah di negara ini apabila mendakwa beliau ditindas daripada mendapat perbicaraan yang adil.

Kata Muhammad Shafee: "Dalam kenyataan pembelaan Anwar setebal 32 muka surat semalam, beliau secara terang-terangan telah memburukkan institusi mahkamah serta para pegawai seperti hakim di hadapan para pemerhati dan orang awam.

"Kenyataan (pembelaan) Anwar semalam bukan bersifat membela diri tetapi lebih daripada kenyataan politik yang memburukkan mahkamah serta mengutarakan perkara-perkara tidak relevan."

Rais yang juga pakar perundangan menegaskan, jika tujuan Anwar untuk menarik media luar, motif itu sama sekali tidak dicapai dalam pada dia sendiri memercikkan air kotor ke mukanya sendiri.

Ini kerana hujah-hujahnya tidak dapat dipertahankan dengan lunas-lunas mahkamah dan juga menggunakan hakim seperti mana yang dia buat yang hanya boleh ditimbulkan oleh seseorang yang sudah kehilangan kewajaran.

"Dalam keadaan sedemikian, keadilan yang dia (Anwar) nak tuntut mungkin dia berpendapat dengan memberikan ucapan itu boleh menarik perhatian. Tetapi dia jangan lupa bahawa dia memberi satu ucapan dalam kandang orang bersalah dengan sendirinya dia sudah mengaku dia sudah bersalah," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Dalam aspek ini, Rais menarik perhatian jika sebenarnya Anwar mempunyai kewibawaan dan pemikiran yang mendapati dia seharusnya memberi peluang kepada pendakwa untuk menyoal timbal balik kepada keadaan-keadaannya dan sekiranya dia berpendapat bahawa dengan memberi ucapan seperti itu di kandang orang bersalah akan membolehkannya dilepas, ia sebenarnya suatu pandangan yang salah sama sekali.

Ini kerana proses perundangan akan membolehkan pendakwa menyoal balik beliau tentang beberapa pandangan dan pendapat yang dihemburkan semasa memberi ucapan berkenaan.

"Dengan lain perkataan dia tidak mengiktiraf keadilan melalui sistem perundangan sedia ada. Namun dia juga tidak akan dapat lari daripada keadaan sebenar iaitu undang-undang negara tetap perlu kita semua hormati walau siapa pun kita.

"Dalam sejarah undang-undang negara tidak pernah berlaku walaupun sepatutnya hakim ada kuasa untuk menghentikan prosiding itu. Namun hakim tidak berbuat demikian. Ini menunjukkan hakim kita pada ketika itu orang yang lebih berwibawa," kata Rais.

Menurut Rais, di bawah Akta Kehakiman dan juga di bawah prosedur mahkamah, hakim boleh menghentikan ucapan jika mendapati seseorang itu menghina mahkamah atau membuat ungkapan yang tidak sewajarnya sesuai bagi mahkamah.

"Tetapi tuan hakim kita membiarkan sahaja dan menunjukkan lunas dan peringkat kewibawaan beliau cukup tinggi.

"Sekiranya benda ini berlaku di Singapura, saya fikir polis akan membawa keluar Anwar. Tetapi di sini dibiarkan oleh hakim kita, apa lagi kita mahu.

"Sebenarnya, saya fikir hakim kita pada hari itu agak terkejut dan langsung membiarkan sahaja dan ramai pihak yang beranggapan begitu. Namun saya lebih suka mengatakan hakim kita yang mempengerusikan prosiding ini, orang yang kebal imannya dan sangat tinggi hebatnya sehingga membenarkan Anwar mencacinya dan memperolok-olokkan sistem perundangan negara," kata beliau.

Ditanya apakah yang beliau jangkakan daripada pandangan rakyat terhadap kelakuan Anwar tersebut, Rais berkata, gelagat sebegitu menunjukkan Anwar menyalahgunakan mahkamah sebagai platform syarahan, bukan 30 minit tetapi dua jam.

Dia sudah menjadikan mahkamah sebagai platform Dewan Rakyat. Dan juga platform untuk memperkecilkan sistem perundangan dan kehakiman, apatah lagi keadilan. Pada Anwar, hanya dia yang betul di atas dunia ni.

"Dia sendiri hendak menegakkan keadilan - mana boleh, jadi tentu sekali pendakwa boleh menyoal Mohd. Saiful (Bukhari Azlan), Anwar juga boleh disoal balik dan dia tiada hak sama sekali untuk terus masuk ke dalam kandang pesalah.

"Dan mahkamah boleh mengarahkan Anwar - "Anda boleh disoal siasat, 'sila masuk ke dalam kandang saksi." Dia (Anwar) tidak fikir ini boleh berlaku tetapi kuasa hakim ada sedemikian walaupun Karpal Singh yang menjadi peguamnya," kata beliau.

Kata Rais: "Saya juga sebagai seorang yang agak memahami sistem di mahkamah itu, mereka harus terfikir perkara ini tidak terhenti di situ.

"Dan sekiranya bukti-bukti DNA atau bukti-bukti dari Mohd. Saiful dan sekian ramai yang memberi bukti, kemudian kes ini akan melihat satu pertembungan nilai.

"Namun saya yakin keadilan akan dapat ditimbulkan nanti."

Menutup rumusannya, beliau menegaskan, pandangannya dalam memperkatakan gelagat terbaru yang ditunjukkan Anwar bukan hendak mencelah atau ingin mencaci mahkamah. Cuma, yang sebenarnya Anwarlah yang menghina dan mencaci mahkamah.

Dan selepas ini barangkali rakyat bebas mengatakan apa sahaja.

Jangan benarkan penjualan Esso Malaysia

Posted:

Jangan benarkan penjualan Esso Malaysia

Jangan benarkan penjualan Esso Malaysia

Oleh Saranan Salleh

BERITA yang paling hangat masa kini ialah penjualan kepentingan Exxon International dalam Esso Malaysia kepada syarikat San Miguel, sebuah syarikat Filipina dengan harga yang lebih rendah daripada apa yang ditawarkan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Kita tertanya-tanya kenapa Exxon berbuat demikian sedangkan mereka telah beropeasi di negara ini bertahun-tahun dan telah meraih keuntungan yang lumayan dengan operasi mereka di sini.

Jelas, kata orang macam dia tak suka dengan kita, sampai sanggup menerima bidaan yang jauh lebih rendah dengan apa yang kita tawarkan.

Kita juga ingin tahu apakah orang kita di peringkat kepimpinan tidak tahu menahu tentang hasrat syarikat ini jauh lebih awal sebelum keputusan mempelawa pembida dilakukan?

Dalam perniagaan, banyak perkara yang boleh dirundingkan untuk mengelakkan sesuatu keputusan yang tidak diingini berlaku.

Mungkin wajar bagi seseorang berpangkat tinggi berbincang dengan pihak Exxon sebelum mereka membuat keputusan menjual. Mungkin wakil-wakil Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia boleh membantu membincangkan hasrat sekiranya mereka ingin menjual kepentingan Esso mereka, menjualnya kepada syarikat kita.

Kalau perjanjian dengan San Miguel sudah ditandatangani, tidak banyak yang boleh kita lakukan yang tidak akan ditakrifkan sebagai campur tangan dalam sistem ekonomi bebas yang kita amalkan.

Bagaimana pun mereka masih perlu kebenaran daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industr (MITI), di sinilah letaknya suatu keputusan di pihak kerajaan yang agak rumit.

Jika dibenarkan dijual maka kita melepas. Jika dibatalkan pula, apakah implikasinya kepada pelabur asing yang melihat kita mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan amalan urus niaga komersil.

Walau apa pun saya rasa pihak MITI perlu mendapatkan jawapan yang jelas daripada syarikat ini tentang mengapa masih menjual kepada syarikat Filipina sedangkan kita menawarkan harga yang lebih tinggi.

Kalau kita ingin membeli balik daripada pihak San Miguel, saya rasa satu kemungkinannya pertama, mereka tidak mahu jual balik dan kedua, mereka mungkin akan meletakkan harga yang bukan-bukan.

Kepentingan ini adalah terdiri daripada sesuatu industri yang penting dan sesiapa yang memilikinya tidak mudah akan melepaskannya.

Exxon menjualnya kerana ingin menumpukan usaha mereka dalam eksplorasi minyak atau aktiviti huluan.

Kadang-kadang kita perlu memberitahu pelabur kita ini siapa yang duduk dikerusi pemandu. Kalau keputusan yang dibuat tidak boleh diterima sekalipun, kita ada sebab jelas yang boleh kita terangkan kepada dunia.

Misalnya, sejak mereka beroperasi di negara ini berapa banyak keuntungan yang telah dikaut dan pelbagai faedah yang telah mereka nikmati.

Kita wajar melindungi apa yang kita ada, dan walau pun kadang kala keputusan kita tidak popular, itu tidak mengapa. Kerajaan mesti tegas dan tidak boleh dipermainkan sesuka hati oleh mereka yang menggunakan sistem ekonomi bebas untuk mengambil kesempatan.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas

Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur

(kini Bursa Malaysia)

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Pameran serentak di BSLN

Posted:

Pameran serentak di BSLN

Pameran serentak di BSLN

rekreasi@utusan.com.my
Gambar WAN NUR AMIRAH WAN MOHAMED REDZA


BENTUK arca kerusi membawa makna yang literal dalam Pameran Jaga!.


Sempena menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dan Bulan Kemerdekaan, Pameran Yayadan serta Pameran Manifestasi Merdeka dibuka kepada pengunjung bermula 8 Ogos hingga 18 September 2011 di Galeri Reka dan Galeri 2B.

Pameran Yayadan menghidangkan santapan seni berupa himpunan karya koleksi tetap negara yang memaparkan lebih daripada 30 buah karya yang memperlihatkan bagaimana Islam mempengaruhi budaya Melayu yang dapat dilihat pada tulisan kaligrafi jawi yang digunakan secara meluas dalam konteks seni.

Pameran Manifestasi Merdeka pula dianjurkan khas sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-54, secara tidak langsung menyemarakkan lagi interpretasi 'Merdeka' melalui paparan Koleksi Himpunan Tetap Negara dan kompilasi hasil karya pelukis muda tempatan yang terdiri daripada mereka yang telah melakar nama dalam bidang seni rupa tanah air.

Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian yang memberi kesan kepada kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum selepas merdeka dipertontonkan dalam pameran yang berunsurkan spiritual untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan seperti karya Semangat Bumi, Air dan Udara.

Pameran ini juga secara tidak langsung mendalami jiwa patriotik dan menjangkau interpretasi pengunjung sebagaimana sebuah negara yang diimpikan mengikut cita rasa mereka, di samping membina semangat cintakan tanah air.

Manakala Pameran Jaga! yang telah bermula sejak 4 Julai lalu hingga 30 Oktober 2011 masih dikekalkan.

Pameran dalam bentuk arca kerusi itu yang membawa makna Jaga, dihasilkan oleh 25 orang pelukis jemputan.

Kebanyakan arca tersebut membawa makna yang literal sebagai perabot kerusi dan ada juga karya yang bersifat konsepsual yang memberikan gambaran sinis, humor dan juga sebagai sebuah objek seni untuk dihayati dan dinikmati sebagai halwa mata.

Selain itu, Pameran Syad Ahmad Jamal Dalam Kenangan turut diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan Allahyarham Datuk Syad Ahmad Jamal yang banyak berjasa untuk meningkatkan martabat seni tanah air.

Dalam pameran tersebut, BSLN menghimpunkan 27 karya lagenda negara hasil lukisan tangan Allahyarham yang dihimpunkan dalam Koleksi Karya Himpunan Tetap BSLN yang menggambarkan perjalanan hidupnya sebagai seorang anak seni.

Dari dapur ke layar perak

Posted:

Dari dapur ke layar perak

Dari dapur ke layar perak

rekreasi@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

BERADA di bahagian dapur sudah pun menjadi rutin harian buat mereka yang bekerja sebagai chef, tetapi segelintir daripada mereka bernasib baik kerana diberi peluang dibawa keluar ke layar perak.

Antaranya pemilik Restoran Indulgence, Chef Julie Song yang dipelawa sebagai hos jemputan dalam siri 'Discover Perak' bersama pengacara popular, Xandria Ooi.

Siri tersebut mula disiarkan di Astro, saluran Asian Food Channel (703) pada 22 Ogos lalu.

Dalam siri tersebut, Chef Julie membawa penonton merasai pengalaman beliau ketika mengunjungi pelbagai tempat-tempat menarik dan bersejarah yang terdapat di sekitar Ipoh, Hutan Royal Belum, Pulau Pangkor dan Taiping.

Selain mendedahkan keunikan khazanah negeri yang terkenal dengan bijih timah itu, Chef Julie turut memaparkan sajian makanan hebat dari sumber makanan laut dan darat.

Pengalaman berbeza

Walaupun bidang kepakaran beliau merupakan hidangan menu masakan Eropah moden, namun kini beliau sendiri teruja dengan keenakan masakan yang terdapat di negeri kelahirannya sendiri.

"Saya teruja dengan lokasi-lokasi yang dilawati ketika sesi pengambaran dan sebelum menjejakkan kaki ke tempat itu, saya tidak tahu yang ia bakal memberi pendedahan yang amat baik kepada diri saya sendiri.

"Saya cuba sesuatu yang baru, pergi ke tempat-tempat yang tidak pernah saya lawati dan mencuba masakan enak yang terdapat di sekitar negeri kelahiran saya," katanya ketika ditemui S3 baru-baru ini.

Beliau berkata, siri tersebut amat bermakna baginya kerana ia disiarkan di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, Hong Kong, Filipina dan Mongolia.

"Dalam siri ini, kesemua tempat yang dipaparkan dipilih berdasarkan populariti mereka di tempat masing-masing.

"Pada masa yang sama, saya pelajari pelbagai resipi baru yang diperoleh daripada pemilik restoran dan gerai yang kami lawati," jelasnya.

Menurutnya, walaupun gaya masakan di dapur Restoran Indulgence berbeza dengan dapur restoran dan gerai yang dilawatinya, namun popularitinya di luar jangkaan Chef Julie.

"Rasa, tekstur dan cara masakan mereka amat berlainan.

"Ketika berada di Taiping, saya makan 'baby' ketam dan ia sesuatu yang tidak pernah saya rasai sebelum ini kerana ketam kecil itu agak sukar untuk ditemui di pasaran tempatan," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


TBS-BTS sudah bersiap sedia

Posted:

TBS-BTS sudah bersiap sedia

TBS-BTS sudah bersiap sedia

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


SEHINGGA semalam, suasana TBS-BTS di Bandar Tasik Selatan masih lengang tetapi terminal itu sudah bersiap sedia untuk menghadapi peningkatan mendadak penumpang.


KUALA LUMPUR 25 Ogos – Esok sehingga minggu depan merupakan tempoh yang penting bagi Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) di sini.

Ini kerana sepanjang tempoh itu segala kelengkapan dan kemudahan di premis itu serta kesiapsiagaan para petugasnya akan diuji sepenuhnya.

Peningkatan mendadak orang ramai di stesen itu sepanjang cuti musim perayaan ini, pertama kali bagi TBS-BTS akan menguji keberkesanan sistem di terminal serba canggih itu.

Untuk itu, pengurusan terminal tersebut membekukan cuti hari raya semua petugasnya bagi memastikan perjalanan para pelanggan mereka ke kampung berjalan lancar.

Memandangkan tahun ini merupakan kali pertama terminal bas itu beroperasi untuk Hari Raya Aidilfitri, persiapan awal telah dibuat bagi memastikan keselesaan serta keselamatan para pengunjungnya.

Pengarah Urusan Maju-TMAS, Roslan Mohd. Shariff berkata, ini merupakan cabaran pertama bagi pihaknya dan semua anggota petugas di terminal itu.

Katanya, dari segi operasi bas, pihaknya telah berjumpa dengan pengusaha-pengusaha bas di terminal terbabit untuk memastikan perjalanan penumpang mereka tidak terjejas.

"Pihak pengurusan dan pengusaha bas saling berganding bahu dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik serta menjamin keselesaan pengguna.

"Perjumpaan telah dibuat lebih awal, kira-kira sebulan lalu supaya matlamat ini dapat dicapai. Kami juga telah menghantar surat pada pengusaha bas supaya keadaan bas seperti brek dalam keadaan baik dan cukai jalan tidak tamat tempoh," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, terminal bas yang beroperasi 24 jam itu juga sudah bersedia jika pihak kerajaan mahu menambah bilangan bas beroperasi di situ untuk musim perayaan ini.

TBS-BTS dilengkapi 55 platform untuk 1,000 bas keluar dan masuk setiap hari, 150 perhentian teksi, 1,000 tempat letak kereta termasuk kawasan letak kereta khas untuk wanita.

Dalam kesibukan mereka itu, namun Maju-TMAS tidak ketinggalan untuk bersedekah pada bulan Ramadan ini dengan mengadakan aktiviti mengagih iftar secara percuma kepada 200 penumpang setiap hari dan 300 pada hari minggu.

Kata Roslan, pihaknya turut menyediakan kaunter membayar zakat fitrah bagi memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab mereka di situ.

Jawi perkasa kurikulum hafazan SRA

Posted:

Jawi perkasa kurikulum hafazan SRA

Jawi perkasa kurikulum hafazan SRA

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sedang memperkasa kurikulum sekolah rendah agama (SRA) di bawah kelolaannya terutama dalam subjek hafazan bagi memastikan murid dapat menghafaz dengan penuh penghayatan.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali berkata, sebelum ini subjek itu hanya memerlukan murid menghafaz tanpa elemen penghayatan tetapi ia dilihat kurang mendidik jiwa mereka agar menjadi lebih teguh di sisi agama.

"Kita mahu mendidik murid yang mempunyai jiwa yang kuat dan tidak mudah terikut-ikut dengan pengaruh luar, terutamanya yang tinggal dalam kawasan Wilayah Persekutuan yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini.

"Kurikulum hafazan bersama penghayatan diharap akan membuatkan generasi akan datang bukan sahaja setakat celik al-Quran malah dapat menghafaz, memahami dan mengamalkan isi kandungannya serta memiliki sifat atau ciri-ciri ulul albab atau peribadi cemerlang," katanya.

Che Mat berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana SRA dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Jawi 2011 di Masjid Negara di sini baru-baru ini.

Kira-kira 5,000 murid SRA dan KAFA dari ibu negara dan Putrajaya yang diketuai oleh munabbih (pembimbing), Hassan Al-Fadhli Abdul Rahman memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran kepada orang ramai.

Tambah Che Mat, terdapat kira-kira 85 SRA di seluruh Kuala Lumpur serta Putrajaya ketika ini dan ia akan ditambah secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi 91 buah menjelang 2013.

Dalam pada itu, ujarnya, Jawi akan membina sebuah kompleks sekolah menengah agama terbesar di Bandar Seri Permaisuri dekat sini pada 2013 yang dijangka mampu memuatkan sehingga 1,200 pelajar.

"Aspek pembelajaran di kompleks itu merangkumi penyediaan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara," jelasnya.

UMNO Batu agih sumbangan raya

Posted:

UMNO Batu agih sumbangan raya

UMNO Batu agih sumbangan raya


BUNG Mokhtar Radin (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim sambil diperhatikan oleh Yahaya Mat Ghani pada majlis penyampaian bantuan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Batu di Sentul, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 25 Ogos – Sebanyak RM71,000 diperuntukkan oleh UMNO Bahagian Batu untuk diagih-agihkan kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim sebagai sumbangan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Bahagian tersebut, Datuk Yahaya Mat Ghani berkata, peruntukan tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawab Barisan Nasional dalam memastikan golongan yang memerlukan itu tidak terbiar di waktu umat Islam lain sedang bergembira.

"Saya lihat di Bahagian Batu ini, kebanyakan masyarakatnya hidup dalam serba kekurangan. Ramai yang menetap di perumahan awam dan Projek Perumahan Rakyat, jadi mereka ini semua perlu dibantu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Semarak Ramadan di Masjid Amru Ibni Al Ass, Bandar Baru Sentul, di sini baru-baru ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap bapa angkat kepada UMNO Bahagian Batu.

Pada majlis tersebut, seramai 250 orang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim, warga emas, dan orang kurang upaya menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan makanan.

Turut menerima sumbangan adalah wakil badan bukan kerajaan, surau dan masjid di bahagian tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved