Selasa, 21 Mei 2013

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Pemantapan sahsiah remaja

Posted: 21 May 2013 10:59 PM PDT

Program Summer Camp menekankan aspek pembentukan sikap positif.

Tidak ada ibu bapa yang tidak menghadapi masalah mendidik anak-anak. Semakin menjelang remaja semakin banyak masalah. Masalah tidak minat belajar, tidak dengar nasihat ibu bapa, tidak suka duduk di rumah, berkawan dengan budak-budak nakal, suka berpeleseran, tenggelam dalam budaya hiburan, derhaka kepada ibu bapa dan malas melakukan ibadah-ibadah yang diwajibkan adalah di antara masalah di kalangan pelajar yang memeningkan ibu bapa.

Kesibukan ibu bapa di tempat kerja dan lain-lain komitmen keluarga menyebabkan anak-anak kurang mendapat perhatian yang akhirnya menjadikan mereka hidup terumbang-ambing tanpa pedoman.

Di sekolah pula mereka berkawan dengan pelajar-pelajar yang juga bermasalah, sementara jiran tetangga dan masyarakat sekeliling pun mengambil sikap tidak campur tangan dalam urusan rumah tangga orang lain.

Dalam suasana sedemikianlah pelajar-pelajar ini terus membesar dan menjadi remaja yang kosong jiwa dan tidak mempunyai hala tuju kehidupan.

Program Summer Camp anjuran AKRAB sudah berusia lebih 30 tahun. Ratusan ribu pelajar dari seluruh negara telah mengikuti program ini. Majoriti mereka sudah berjaya dalam menjalani hidup.

Sebahagiannya menjadi ahli profesional, peniaga, pengurus, pensyarah yang menjadikan kedudukan mereka begitu istimewa di mata masyarakat.

Sentuhan Summer Camp bukan sahaja telah membuka ruang minda mereka, tetapi juga meninggalkan kesan yang mendalam dari segi rangsangan untuk berjaya dalam bidang pelajaran yang membuahkan kejayaan.

Program Summer Camp biasanya berlangsung selama empat hari tiga malam (30 Mei hingga 2 Jun ini) menekankan aspek pembentukan sikap positif di samping memupuk nilai-nilai hidup yang unggul bersendikan kepada kecintaan kepada Allah, rasul, ibu bapa, ummah dan kecemerlangan akademik.

Dibantu tenaga fasilitator yang komited dan memiliki ciri-ciri 'abang dan kakak', mereka mengikuti program dalam suasana kemesraan, hormat-menghormati dan dalam suasana belaian dan kasih sayang.

Fasilitator menyampaikan isi kandungan program dalam suasana penuh kerelaan tanpa paksaan.

Antara perkara yang unik dalam Summer Camp AKRAB ialah ibu bapa dan anggota keluarga terdekat melibatkan diri secara langsung dalam program iaitu di permulaan dan di penghujung program.

Selain daripada Summer Camp, AKRAB juga terlibat mengendalikan program khusus untuk remaja yang dinamakan Kem Jati Diri Remaja.

Ramai ibu bapa yang mengadu mengenai masalah anak-anak remaja seperti ponteng sekolah, pergaulan bebas, tidak menghormati ibubapa, lari dari rumah, memberontak, terlibat dengan kegiatan nakal, mengganggu ketenteraman awam dan sebagainya.

Akibat daripada terbelenggu oleh masalah-masalah yang disebutkan itu, para pelajar atau remaja yang terlibat sering tenggelam dalam aktiviti negatif yang menyebabkan mereka mensia-siakan kehidupan remaja.

Sebahagiannya hidup terumbang-ambing hingga menjadi beban dan dianggap sebagai sampah masyarakat.

Program Jati Diri Remaja yang berlangsung selama lapan hari tujuh malam (28 Mei hingga 4 Jun ini) mengandungi modul-modul latihan yang praktikal bersesuaian dengan kehidupan harian seorang remaja yang berjaya.

Isi kandungannya menggabungkan kekuatan jasmani, intelektual, emosi dan spiritual yang diadun secara holistik dan menyeronokkan. Mereka di didik dan di asuh dalam suasana kasih sayang, hormat-menghormati dan riang-ria tanpa melupakan batasan akhlak dan tuntutan agama.

Para remaja yang telah melalui proses pendidikan yang agak intensif ini, berjaya menimba ilmu dan kemahiran hidup di samping tertanamnya kesedaran yang mendalam tentang peri pentingnya mereka kembali ke pangkal jalan untuk meneruskan kehidupan sebagai remaja yang berguna terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Kedua-dua program anjuran AKRAB itu telah terbukti keunggulannya di mana setelah lebih 30 tahun ia bertapak, sambutan yang diberikan setiap kali diadakan sentiasa di luar dugaan. Untuk cuti persekolahan Mei - Jun ini, AKRAB sekali lagi menganjurkan kedua-dua program tersebut dengan tarikh-tarikh yang telah ditentukan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi AKRAB melalui talian 03-7732 4452, 03-7732 4453, 013-628 3985, 019-384 0544 atau 019-6386184 atau laman web http://www.familikusayang.com.my atau Facebook AKRAB Ku Sayang

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Jerman cantas kita

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI dan ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kalah mengejut 17-21, 21-18, 17-21 kepada Fuchs Michael-Michels Birgit dalam saingan pembukaan menyebabkan Malaysia ketinggalan 0-1 dalam saingan Piala Sudirman di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi. Malaysia tewas 2-3. - UTUSAN/AZLIZA HAILANI

KUALA LUMPUR - Semalam adalah hari paling malang buat badminton Malaysia apabila kita mengalami kekalahan memalukan buat kali kedua berturut-turut, sekali gus tersingkir daripada saingan Piala Sudirman seawal peringkat kumpulan selepas tunduk 2-3 kepada Jerman.

Turun sebagai pilihan ketiga dan diuar-uarkan tidak akan menghadapi masalah untuk melayakkan diri ke suku akhir, Malaysia sebaliknya bukan saja gagal menjuarai Kumpulan C seperti yang disasarkan, malah tidak berjaya pun melepasi peringkat kumpulan.

Memang Malaysia bukan gergasi dalam kejohanan berpasukan campuran, namun kita tidak pernah gagal layak ke suku akhir sejak berjaya mendapatkan semula tempat dalam divisyen satu pada 2005.

Pada 2007 kita mara ke suku akhir, 2009 separuh akhir, manakala 2011 suku akhir.

Hari malang badminton Malaysia turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Khairy Jamaluddin yang hadir di Stadium Putra, Bukit Jalil untuk menonton kejohanan badminton pertamanya sejak bergelar menteri.

Bau-bau kekalahan sudah mula dihidu selepas pasangan harapan negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kalah mengejut 17-21, 21-18, 17-21 kepada Fuchs Michael-Michels Birgit dalam saingan pembukaan untuk menyebabkan Malaysia ketinggalan 0-1.

Vivian Hoo-Woon Khe Wei yang menggalas tugas berat dalam perlawanan penentuan berusaha memberi yang terbaik, namun kerja keras mereka tidak cukup untuk menumbangkan Michels Birgit-Golsizewski Johanna apabila tunduk 16-21, 21-16, 18-21.

Biarpun jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan beregu muda, Goh V Shem-Lim Khim Wah berjaya meletakkan Malaysia kembali mendahului 2-1, namun, hasrat Malaysia untuk meneruskan cabaran mula menipis selepas Tee Jing Yi kaku dalam saingan perseorangan wanita apabila tunduk mudah 11-21, 14-21 kepada Konon Olga.

Vivian-Khe Wei tidak mampu menampung beban berat beraksi dalam perlawanan penentuan apabila melengkapkan kekalahan hebat kepada Birgit-Johanna.

Ini adalah kali kedua Malaysia diaibkan selepas tumpas 2-3 kepada Taiwan dalam aksi pembukaan Ahad lalu.

Terdahulu, ramalan bahawa Chong Wei mampu menang mudah ke atas Domke Dieter untuk menyamakan kedudukan hampir meleset apabila dipaksa berhempas pulas dalam pertarungan 31 minit sebelum menang 21-18, 21-18.

V Shem-Khim Wah yang menjadi pilihan menggalas cabaran beregu lelaki ekoran prestasi merudum pasangan utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, melaksanakan tugas dengan baik biarpun bertungkus lumus menumpaskan Kindervater Ingo-Schoettler Johannes 21-16, 23-21.

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Malaysia untuk meneruskan langkah ke suku akhir selepas kekalahan Ji Ying dan Khe Wei memusnahkan impian kita.

"Selalunya saya akan menjadi orang pertama turun gelanggang dalam kejohanan berpasukan tetapi kali ini saya jadi pemain kedua beraksi dan kita pula ketinggalan 0-1. Itu memberi tekanan berbeza tetapi saya bernasib kerana berjaya mengatasi perasaan gemuruh dan menang perlawanan.

"Saya memang terkejut bila Peng Soon-Liu Ying kalah, saya jangkakan ini adalah acara yang kita patut menang. Apa pun, kejohanan berpasukan memang sukar, perasaannya tidak sama apabila anda bermain dalam kejohanan individu," ujar ketua pasukan, Chong Wei.

Berani buat berani tanggung

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

TENGKU Abdullah (kiri), Pengarah Urusan dan Pengerusi Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Seri Zukri Samat (dua dari kanan) dan Datuk Zamani Abdul Ghani pada pelancaran kad debit-i Visa Bank Islam Team Harimau pada majlis pelancarannya di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. - UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

PETALING JAYA - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan mana-mana pemain supaya jangan sesekali melayani sebarang percubaan mengatur keputusan oleh bookie yang akhirnya membawa akibat buruk kepada mereka.

"Sekali anda buat dan apabila anda melayan mereka (bersetuju mengambil rasuah mengatur keputusan), timbullah akibatnya seperti ugutan, cubaan membunuh, menggertak pemain dan menakutkan keluarga (jika enggan terus bekerjasama dengan bookie lagi).

"Dari dulu lagi saya sudah menasihatkan pemain, namun saya harap kes ini juga perlu diambil perhatian oleh pihak berkuasa," katanya selepas pelancaran 'Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau' di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Beliau mengulas dakwaan peminat bola sepak yang mengesyaki kegiatan mengatur keputusan telah kembali melanda bola sepak Malaysia dalam perlawanan Liga Perdana apabila Sime Darby membelasah Kuala Lumpur 5-0, minggu lalu.

Menurut Tengku Abdullah, FAM dan Kementerian Belia dan Sukan memandang serius isu rasuah bola sepak, malah mengatur perjumpaan membincangkannya dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, esok.

"FAM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mendapat nasihat mereka dalam hal ini. Saya dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin), akan mengadakan perjumpaan dengan FAM, polis dan SPRM di Bukit Jalil, 23 Mei ini," katanya.

Mengenai pandangan sinis segelintir pihak terhadap saranannya baru-baru ini supaya Asia Tenggara membida menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034, katanya: "Itu hak mereka menyatakan apa-apa pun, namun masa masih panjang dan kami sedang buat kajian terperinci dan rumusan untuk perlu membida atau tidak.

"Saya berpendapat, elok kita berfikir ke arah yang positif dan mengambil kira agenda bola sepak rantau Asia Tenggara yang perlu ditingkatkan secara bersatu. Bukan Thailand sahaja yang turut berminat (tuan rumah bersama), banyak lagi negara lain."

Sementara itu, Tengku Abdulllah mengalu-alukan langkah Bank Islam memperkenalkan Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau yang membuka lembaran baharu dan pengiktirafan kepada bola sepak negara dan skuad kebangsaan serta menawarkan lapan keistimewaan kepada pemegangnya.

Antaranya penerimaan kad yang meluas di 29 juta rangkaian perniagaan dan pembekal khidmat Visa, pembayaran terus, pengeluaran tunai, urus niaga akaun Tabung Haji, pengecualian yuran tahunan, diskaun istimewa pembelian, penentuan had guna harian dan ciri-ciri keselamatan pintar.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lagi nahas ragut empat nyawa

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

PONTIAN 21 Mei - Empat warga Indonesia terbunuh manakala seorang lagi parah selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan bas kilang di Kilometer 66.5, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Api-Api di sini awal pagi ini.

Ini merupakan nahas hari ketiga berturut-turut yang meragut banyak nyawa. Kelmarin, empat termasuk sepasang suami isteri maut di Jalan Lingkaran Tengah 2, Kuala Lumpur manakala semalam pula, tiga bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara terkorban di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Dalam kejadian terbaharu pukul 5.30 pagi ini, mangsa yang terkorban ialah Mochamad Mujiono, 23, Akmal Mukolil, 33, Moch Muhson, 29, dan Mita Nurmalsari, 19, manakala rakan mereka yang parah dikenali sebagai Dian Mitami, 19.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Jokhiri Abdul Aziz berkata, ketika kejadian kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Waja menghala ke Pontian.

Beliau berkata, kereta dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan bas kilang yang dalam perjalanan dari arah Pontian ke Benut untuk mengambil pekerja.

"Dua daripada mangsa tersepit di dalam kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pontian," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Jokhiri memberitahu, Dian Mitami yang parah telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

"Semua warga Indonesia tersebut merupakan pekerja sebuah pasar raya di Rengit, Batu Pahat dipercayai dari Sanglang menuju Pontian," katanya.

Katanya, tiada penumpang dalam bas kilang berkenaan dan pemandu yang berusia 58 tahun tidak mengalami kecederaan.

Pihaknya masih menyiasat punca kemalangan itu dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Nyawa suami, anak-anak terancam

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Oleh NURUL AZWA HARIS dan SITI NURAZIAH ZAINAL ALAM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Mei - Gara-gara kedegilan seorang isteri berhutang sebanyak RM158,000 dengan ah long, kini suami dan ibu bapanya pula yang menjadi mangsa selepas rumah mereka disimbah cat merah di Jalan Jinjang Utama, Sentul di sini,

Keadaan menjadi lebih malang kerana wanita itu kini melarikan diri setelah diburu kumpulan ceti haram tersebut.

Kejadian berlaku pukul 1.30 petang pada 15 Mei lalu semasa mangsa, Law Kar Poh, 48, berada di luar rumahnya dan menerima panggilan daripada ibunya yang melihat dua lelaki menyimbah cat merah di kawasan tempat letak kenderaan dan ruang tamu.

"Saya percaya ini perbuatan kumpulan ah long yang memberi pinjaman kepada isteri saya untuk pelaburannya dalam perniagaan lombong besi sejak setahun lalu.

"Saya kini bimbang keselamatan kedua ibu bapa dan anak-anak saya terancam disebabkan ugutan mereka ini. Saya telah banyak kali menasihati isteri supaya berhenti meminjam ah long tetapi dia berdegil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kar Poh seterusnya berkata, dia berhubung dengan isterinya itu kali terakhir pada 12 Mei lalu sebelum mereka terputus hubungan.

Dia juga merancang untuk berpisah dengan wanita itu berikutan kejadian tersebut.

Pengerusi Biro Khidmat Aduan dan Perkhidmatan Awam Gerakan, Wilson Lau berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara tersebut kepada Ketua Polis Daerah Sentul untuk tindakan segera.

Beliau berkata, tindakan ah long itu melanggar undang-undang dan jika disabit kesalahan, pesalah boleh didakwa di bawah Seksyen 426 dan 427 Kanun Keseksaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Buang sifat khianat, dengki

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

JERANTUT 21 Mei - Kaum Melayu diminta membuang sifat khianat, hasad dengki dan amarah membuta tuli untuk sama-sama membentuk sebuah komuniti cemerlang menerusi kerjasama semua kaum lain di kawasan Parlimen Jerantut.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris (gambar) berkata, perbezaan siasah termasuk pendapat perlu diketepikan dengan mewujudkan sikap berganding bahu, toleransi dan kepakaran dalam membangunkan daerah ini lebih maju pada masa akan datang.

Katanya, kalangan pemimpin setempat tanpa mengira kepercayaan wajar berpakat dan menyusun gerak bersama-sama agensi kerajaan di sini untuk membangunkan daerah ini.

"Selaku Ahli Parlimen Jerantut, saya akan terus memegang amanah dan tidak sesekali mengkhianati tugas ini sekali gus membela kebajikan penduduk tanpa mengira fahaman masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Jerantut ke-30, di sini semalam.

Yang hadir sama Yang Dipertua (YDP) PBTM Pahang, Kapten (B) Abdul Latif Mohd. Nor dan Ketua Cawangan PBTM Jerantut, Ibrahim Bidin.

Dalam majlis itu, Ahmad Nazlan turut menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada anak-anak ahli PBTM yang berjaya dalam peperiksaan termasuk bantuan kepada pelajar orang kurang upaya (OKU).

Menurut Ahmad Nazlan, penduduk daripada pelbagai umur dan kaum tampil untuk sama-sama mengisi transformasi kerajaan dalam menaikkan imej daerah ini yang dikenali sebagai 'Jerantut Baharu' supaya diteladani oleh orang luar dari segi perpaduan masyarakat dan pembangunannya.

Terdahulu, beliau meminta pengurusan PBTM daerah ini mengesan dan membantu kebajikan setiap ahlinya bagi meringankan beban tertentu khususnya kewangan, perubatan dan pendidikan.

"Kita bersedia membentuk sebuah jawatankuasa kecil menerusi pembabitan aktif jawatankuasa PBTM cawangan dan negeri bagi menjaga kebajikan ahli serta peluang keusahawanan khususnya dalam kalangan pesara tentera," ujarnya.

Beliau berbangga kerana PBTM Jerantut memiliki ladang sawit seluas 48 hektar diselenggarakan oleh Koperasi Serbaguna PBTM yang dilihat satu usaha murni dapat membantu meringankan beban kehidupan ahli.

Kelab Agrosiswa di setiap IPTA

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

Badrudin Amiruldin (tengah) mencuba produk minuman kesihatan jualan penyanyi era 1980-an, Datuk Azizul Khamis sempena lawatan kerja ke Pasar Komuniti dan Karavan di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang, baru-baru ini.

KUALA KRAU 21 Mei - Kelab Agrosiswa akan ditubuhkan di setiap institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi menggalakkan para mahasiswa menceburi bidang usahawan pertanian.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badrudin Amiruldin berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan IPTA terbabit dalam merealisasikan usaha tersebut.

Menurut beliau, penubuhan kelab itu amat baik kerana memberi pendedahan realistik mengenai potensi bidang pertanian pada masa depan.

"Kelab Agrosiswa akan menjadi saluran kepada mahasiswa khususnya berkaitan fakulti masing-masing dan yang meminati bidang pertanian menceburi selok-belok keusahawan.

"Bagi merealisasikan usaha tersebut, FAMA akan menyediakan tapak perniagaan di sembilan Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) dan 497 pasar tani di seluruh negara untuk ahli kelab tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas program Lawatan Kerja ke Pakar Bandar Tun Abdul Razak Jengka, dekat sini baru-baru ini.

Menurut beliau, di Bandar Tun Abdul Razak di sini, terdapat Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang yang mana para penuntut di situ boleh memanfaatkan Pakar, sekali gus mempelajari ilmu keusahawanan berkaitan pertanian.

Jelasnya, kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan Kementerian Pelajaran mewujudkan aktiviti itu bertujuan melahirkan graduan yang memilih pertanian sebagai kerjaya.

Katanya, tanaman yang mempunyai nilai komersial yang diusahakan anggota kelab tersebut akan dipasarkan dan diyakini mendapat sambutan dalam kalangan pembeli.

"Produk pertanian seperti sayuran dan buah-buahan mempunyai permintaan tinggi yang boleh diusahakan secara komersial dan sistematik," katanya.

700 pembeli kecewa rumah tidak siap

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Sebahagian daripada pembeli membuat bantahan ekoran kegagalan pemaju menyiapkan rumah mereka di Taman Gelanggi Perdana, Jerantut, Pahang semalam.

JERANTUT 21 Mei - Sebanyak 700 pembeli yang bakal menduduki kawasan perumahan Taman Gelanggi Perdana di sini melahirkan rasa kecewa kerana rumah yang dibeli belum dapat didiami biarpun projek perumahan mereka sepatutnya siap sepenuhnya dua tahun lalu.

Seorang pembeli, Jisham Osman, 38, berkata, tindakan pemaju perumahan berkenaan yang gagal menyiapkan rumah mereka menyebabkan para pembeli berdepan dengan pelbagai masalah.

"Kami terpaksa menyewa rumah di tempat lain gara-gara sikap pemaju yang melengah-lengahkan kerja menyiapkannya dan kami terpaksa membayar hutang bank serta sewa rumah.

"Ini mendatangkan satu bebanan kepada kami kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak setiap bulan menyebabkan pengurusan perbelanjaan tidak teratur," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pembeli rumah di kawasan berkenaan juga terpaksa membayar cukai tanah dan mereka terpaksa menanggung beban berkenaan sedangkan segala masalah telah lama diajukan kepada pemaju.

"Kami sudah tidak larat menanggung bebanan ini kerana melibatkan kewangan yang terlalu berat untuk diuruskan kerana kami mempunyai banyak komitmen lain," ujarnya.

Bagi seorang lagi pembeli, Mohd. Hanapi Ghazali, 27, berkata, kegagalan pemaju menyiapkan rumah dalam tempoh ditetapkan menyebabkan beberapa buah rumah kini mengalami kerosakan akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Ada rumah yang mengalami kerosakan dengan tingkap pecah, siling retak dan lebih banyak kerosakan akan berlaku sekiranya projek perumahan ini tidak disiapkan dengan segera," jelasnya.

Katanya, semua pembeli berharap pemaju berkenaan melihat masalah mereka dengan penuh simpati dan segera menyiapkannya supaya boleh diduduki sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Kami tidak mahu terus menanggung kerugian dengan mengeluarkan perbelanjaan membayar sewa rumah dan hutang bank sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk keluarga.

"Pihak pemaju harus bertanggungjawab terhadap kerosakan yang telah berlaku di beberapa buah rumah setakat ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Keputusan kes bunuh jutawan kosmetik diketahui esok

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

SHAH ALAM 21 Mei - Perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi akan berakhir pada 23 Mei ini apabila Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Akhtar Tahir akan membuat keputusan di penghujung kes pembelaan.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 47, dan tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22, dan R. Kathavarayan, 32, akan dihukum gantung sampai mati.

Hakim Akhtar menetapkan tarikh tersebut selepas pihak pendakwaan dan pembelaan mengakhiri hujah masing-masing hari ini.

Pathmanabhan dan ketiga-tiga pekerja ladangnya didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Perbicaraan kes itu yang bermula pada 4 Julai 2011 mengambil masa selama 113 hari dan sebanyak 108 saksi pendakwaan dan 30 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Selain itu, sebanyak 742 bahan bukti telah dikemukakan dan lebih daripada 6,000 muka surat nota keterangan direkodkan.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd. Ghani.

Kesemua tertuduh diwakili peguam-peguam bela, Manjeet Singh Dhillon, Puspam Ratnam, Gurbachan Singh, Amer Hamzah Arshad dan Hasshahari Johari Mawi.

Terdahulu, Gurbachan menghujahkan, anak guamnya, Thilaiyalagan tidak mempunyai alasan untuk membunuh kesemua mangsa kerana dia tidak mengenali mereka.

Selain itu, beliau mengulangi hujahan bahawa tiada bukti kukuh yang menunjukkan Sosilawati dan rakan-rakannya dibunuh di Ladang Gadong pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam pertuduhan.

Gurbachan yang baru pulih daripada pembedahan ekoran penyakit kencing manis yang dihidapinya turut menyatakan, bukti berdasarkan keadaan perlu menunjukkan kepada satu perkara penting iaitu kebersalahan kesemua tertuduh.

Namun keadaan itu tidak wujud dalam perbicaraan terbabit, tambahnya.

Sementara itu, Ishak menghujahkan, walaupun pihak pendakwaan bergantung kepada bukti berdasarkan keadaan namun segala keterangan dan bukti yang telah dikemukakan berjaya membuktikan kes tersebut melangkaui keraguan munasabah.

Ujarnya, dakwaan wujudnya konspirasi antara polis, peguam dan pihak pendakwaan oleh barisan pembelaan juga telah berjaya dipatahkan oleh saksi pembelaan mereka sendiri iaitu Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Abdul Aziz Zakaria dan peguam Roslie Sulle.

Roslie merupakan peguam bela kepada mekanik, K. Sarawanan yang kini sedang menjalani hukuman penjara selepas mengaku bersalah atas tuduhan melupuskan bahan bukti (abu mayat kesemua mangsa).

Selain itu, pihak pembelaan yang mempunyai beban pembuktian yang lebih berat pada ketika ini tidak menafikan akan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) dua mangsa di ladang terbabit dan juga di atas sekeping zink.

Dipenjara 12 bulan ugut bapa

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

KOTA BHARU 21 Mei - Akibat menghayunkan sebatang besi untuk menakut-nakutkan bapa kandungnya pada minggu lalu, seorang pekerja kedai runcit dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Nik Kamal Ab. Rahman, 29, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap bapanya, Ab. Rahman Mat Junoh, 57, di rumah mereka di Kota Jembal Sering di sini, pada pukul 7.30 malam, 16 Mei lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menghayun sebatang besi dengan niat hendak menakutkan yang boleh mendatangkan kecederaan dan kematian kepada mangsa.

Tertuduh didakwa di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Md. Zukri, mangsa yang baru pulang bekerja, mendapati dinding dalam bilik tertuduh telah pecah lalu bertanyakan kepada anaknya itu kenapa dia berbuat demikian.

Pertanyaan tersebut telah menimbulkan kemarahan Nik Kamal lalu dia bertindak memecahkan lagi dinding biliknya.

Tertuduh kemudian ke dapur dan mengambil sebatang besi dan menghayunkan batang besi itu ke arah mangsa, namun berjaya dielak oleh mangsa yang terus keluar dari rumah.

Tidak cukup dengan perbuatannya itu, tertuduh kemudian mengejar bapanya tetapi dihalang oleh anak sulung mangsa yang berjaya memegang tertuduh. Mereka kemudiannya mengikat tertuduh sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Aquino janji pertahan wilayah maritim dari pembuli

Posted: 21 May 2013 09:36 AM PDT

MANILA 22 Mei - Presiden Filipina, Benigno Aquino semalam mengumumkan peruntukan sebanyak RM542 juta untuk menaik taraf tentera bagi mempertahankan wilayah maritim daripada diceroboh pembuli di tengah pertikaian yang semakin kritikal.

Merujuk kepada negara jiran, China, Aquino dalam ucapannya sempena ulang tahun tentera laut ke 115, berjanji untuk melindungi kedaulatan negara tersebut.

"Kami mempunyai satu mesej yang jelas kepada dunia: Kerajaan Filipina untuk Filipina, dan kita mempunyai keupayaan untuk melawan pembuli yang memasuki belakang rumah kami," kata Aquino. - AFP

Thein Sein gesa henti keganasan

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

WASHINGTON 21 Mei - Presiden Myanmar, Thein Sein, semalam menggesa keganasan antara etnik dan agama serta diskriminasi di negaranya dihentikan selepas menerima saranan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama supaya menghentikan serangan anti-Islam.

Thein Sein dalam ucapannya di sini menyuarakan hasratnya mahukan 'identiti nasional yang lebih kukuh merangkumi semua rakyat', namun tidak pula menyebut tentang penderitaan dialami oleh etnik Rohingya.

''Rakyat Myanmar daripada pelbagai latar belakang etnik dan agama termasuk Buddha, Kristian, Islam, Hindu dan yang lain, perlu menjadi sebagai sebahagian daripada identiti nasional baru ini.

''Kita perlu menamatkan semua bentuk diskriminasi dan menentukan tidak hanya keganasan antara puak dihentikan tetapi juga membawa dalangnya ke muka keadilan,'' katanya ketika berucap di Pusat Pengajian Pengajian Antarabangsa Lanjutan, Universiti Johns Hopkins.

Thein Sein tiba di Washington semalam dalam lawatan rasminya ke Amerika Syarikat, menjadikannya pemimpin Myanmar pertama melawat White House dalam tempoh hampir satu abad.

Lawatan itu merupakan lawatan balas Obama ke Myanmar pada tahun lepas.

Thein Sein juga berikrar untuk berusaha mencapai gencatan senjata dengan pemberontak Kachin selepas kerajaan berdamai dengan beberapa gerila etnik lain di negara itu.

''Hasrat kami adalah perdamaian berkekalan. Ini bermakna kompromi. Ia akan membawa makna lebih banyak penurunan kuasa negara dan di peringkat wilayah,'' katanya.

Kumpulan hak asasi manusia mendakwa pegawai Myanmar tidak mengendahkan keganasan terhadap etnik Rohingya dengan Human Rights Watch (HRW) menuduh Myanmar melancarkan kempen 'pembersihan etnik' terhadap Rohingya. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Hina, cabar Raja Berperlembagaan

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

MASUK minggu ketiga selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), nampaknya politiking tetap berterusan sehinggakan banyak masa untuk mulakan kerja dihabiskan menjawab tuduhan dan tohmahan yang dibuat secara melulu.

Agak menyedihkan apabila ada kenyataan yang melampau dan kurang cerdik dikeluarkan 'cerdik pandai' semata-mata untuk laba politik dan menjamin kelangsungan kedudukan masing-masing dalam parti.

Terbaharu, timbul pula cadangan untuk memansuhkan Dewan Negara yang dikeluarkan oleh seorang pengamal undang-undang senior dan ahli politik veteran negara atas alasan ia menjadi 'pintu belakang' untuk masuk ke Kabinet.

Teringat kembali pepatah, jangan dibakar kelambu kerana marahkan nyamuk, begitu juga tidak sesuai menamatkan sebuah institusi negara semata-mata kerana tidak setuju nama-nama Senator yang dicadangkan pemimpin parti lawan.

Menyanggah Dewan Negara daripada Perlembagaan sebenarnya sesuatu yang sangat besar, jauh menyimpang daripada asas-asas yang turut melindungi hak-hak Melayu dan bumiputera mahupun menjamin kerakyatan dan hak kaum lain, malahan menghina Yang di-Pertuan Agong.

Lebih malang apabila ada yang menyokong khususnya mereka yang tidak memahami sistem perundangan dan politik negara sebaliknya hanya mengiyakan apa sahaja ditutur pemimpin idola masing-masing.

Dalam aspek ini, mungkin kerajaan juga perlu mengambil tanggungjawab mendidik kembali rakyat khususnya generasi muda tentang pelbagai sistem, prosedur, aturan dan tertib yang diamalkan di negara ini sejak Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Perlembagaan Negara menjadi teras Persekutuan Malaysia.

Bagi Pensyarah Undang-Undang dan Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd. Aziz, sudah sampai masanya rakyat memahami sistem pemerintahan dan politik negara sebelum bersetuju dengan sesuatu serta perlu menjauhi 'ilmu' daripada orang yang tiada pengetahuan tetapi mempunyai kepentingan diri.

"Dewan Negara mempunyai tiga fungsi utama iaitu menjaga kepentingan negeri-negeri, tempat meletak perwakilan kaum atau kumpulan minoriti serta meluluskan rang undang-undang.

"Pertama, Dewan ini ditubuhkan demi melindungi hak negeri-negeri berdaulat melalui perjanjian (Perlembagaan) selepas menyertai Persekutuan Malaysia dengan dua senator dilantik setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menzahirkan hasrat negeri tersebut," katanya.

Tambahnya, Dewan Negara juga ruang untuk kaum, puak atau kumpulan minoriti yang tidak bertanding atau menyertai PRU menyuarakan pandangan mereka.

Di samping itu, beliau memaklumkan Dewan itu bertindak sebagai badan perundangan meluluskan undang-undang mengikut kepentingan negara dan bukannya atas elemen politik memandangkan ahli Dewan Rakyat semuanya ahli politik yang mungkin memberi kesan 'bahang' politik ketika perbahasan undang-undang.

"Namun, ada satu lagi fungsi Dewan Negara yang lebih penting iaitu sebagai manifestasi sistem Raja Berperlembagaan yang menjaga ketiga-tiga fungsi tadi termasuk juga hak semua kumpulan masyarakat di negara ini.

"Orang mungkin fikir Raja bertindak mengikut nasihat sahaja tetapi itu tidak benar. Raja yang menentukan ahli Dewan Negara seperti sistem Westminster di United Kingdom (UK)," ujarnya.

Tegasnya, sistem Raja Berperlembagaan Malaysia datang seiring dengan sistem Demokrasi Berparlimen (melalui PRU) dan rakyat tidak boleh melihat aspek pilihan raya sahaja.

Oleh itu, Shamrahayu melihat cubaan membandingkan sistem di Malaysia dan Singapura dalam konteks semasa merupakan satu contoh yang salah kerana negara itu tiada Raja Berperlembagaan dan merupakan sebuah negara republik.

"Jangan lupa kita ada dua sistem itu, kenapa pula Singapura dijadikan contoh (perbandingan)? Sebagai peguam (Karpal Singh), beliau perlu berikan analogi setimpal.

"Rakyat juga tidak boleh terpengaruh dengan cadangan berbaur politik seperti ini, kita perlu juga tengok sejarah, sosiologi dan faktor lain, perlu faham sepenuhnya apa yang dibincangkan sebelum menyokongnya," jelasnya.

Beliau bagaimanapun memahami apa yang dikatakan lantikan 'pintu belakang' itu memandangkan jawatan Senator sepatutnya untuk golongan profesional dalam bidang masing-masing serta suara kumpulan minoriti.

Namun, beliau lebih cenderung untuk menambah baik atau transformasi Dewan Negara termasuk memilih Senator mengikut kriterianya daripada memansuhkan Dewan tersebut atas alasan membazirkan duit rakyat.

"Jangan dibakar kelambu kerana marahkan nyamuk. Perlu diingat Dewan Negara itu manifestasi Raja Berperlembagaan (yang tidak patut dicabar)," tegasnya.

Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) yang juga Pengerusi Khairul Group, Datuk Khairul Anwar Rahmat pula berpendapat kenyataan mahu memansuhkan Dewan Negara itu angkuh, bongkak dan biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong.

"Janganlah riak walaupun dipilih rakyat (melalui pilihan raya), kadang kala atas populariti sahaja. Ahli Dewan Negara dilantik atas kebolehan bukan populariti seperti Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang pakar dalam bidang ekonomi.

"Kenyataan Karpal itu bercanggah dengan sistem Raja Berperlembagaan, tidak menghormati Seri Paduka, naik tocang dan lupa bumi mana dipijak. Jika tidak boleh duduk bawah sistem (pemerintahan) kita, saya sokong saranan untuk orang jenis ini 'keluar'," katanya.

Beliau melihat Karpal tidak memahami kuasa lantikan berada di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri cuma mengemukakan nama yang diperolehi dari negeri-negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak lain.

Jelasnya, Perdana Menteri bukan memegang kuasa mutlak tetapi sekadar menasihat sahaja dan jika Karpal mahu mencabar lantikan itu maknanya mencabar Seri Paduka kerana senator hanya boleh dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Karpal tidak faham konsep muafakat dan musyawarah. Penyokong pembangkang juga janganlah taksub (sokong Karpal) sampai lupa sejarah dan Perlembagaan kita, berpijaklah di bumi nyata.

"Kalau sokong saranan itu, boleh korbankan hak ramai pihak seperti orang Asli, orang kurang upaya (OKU) dan lain-lain minoriti yang sukar menang melalui pilihan raya. Terpulanglah kepada orang Melayu menilai Karpal layak jadi pemimpin atau tidak," tegasnya.

Ketegasan Zahid meresahkan pemimpin pembangkang

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Zulkiflee Bakar

PEMIMPIN-PEMIMPIN pembangkang ternyata berasa tidak selesa dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Jika sebelum ini DAP menggesa beliau menarik balik kenyataan berhubung pembangkang perlu berhijrah ke negara republik kalau tidak boleh menerima sistem pilihan raya di negara ini, kini gelaran Dewan Pemuda Pas pula menyerang beliau.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dalam kenyataan yang dilaporkan oleh Harakahdaily semalam, menyifatkan kenyataan amaran Ahmad Zahid terhadap himpunan haram pembangkang sebagai menyekat hak rakyat untuk berhimpun dan membunyikan semboyan permusuhan terhadap rakyat.

Sekali lagi kita menyaksikan kedangkalan Nasrudin yang mungkin teruja terpilih sebagai Ahli Parlimen Temerloh berhujah. Beliau cuba menonjolkan diri sebagai pembela kepada agenda songsang pakatan pembangkang. Mungkin Nasrudin tidak menerima maklumat yang betul atau baru tersedar dari tidur untuk memahami realiti atau fakta sebenar bahawa perhimpunan haram yang diadakan pakatan pembangkang tiada kaitan dengan memperjuangkan hak rakyat.

Sebaliknya ia sekadar memenuhi agenda Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kecewa kerana impiannya untuk menjadi Perdana Menteri musnah. Dakwaan berlakunya penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah perancangan DAP yang tidak dapat menerima hakikat bahawa pakatan pembangkang gagal menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Soalnya, sebelum Nasrudin membuat kenyataan, adakah beliau tahu bahawa kepimpinan tertinggi Pas tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Anwar dan DAP. Kenapa Nasrudin hendak menjadi pembela kepada perhimpunan haram? Tahukah Nasrudin siapa yang paling ramai hadir ke perhimpunan-perhimpunan haram berkenaan?

Paling memualkan, Nasrudin mendakwa Pemuda Pas tidak mahu peristiwa kononnya peserta perhimpunan haram Bersih ditangkap, dipukul, manakala kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua akan dikasari dengan gas pemedih mata serta diterajang dan ditangkap berulang.

Jelas sekali Nasrudin bercakap hanya mengikut nafsu politik, kalau itu tuduhannya bagaimana pula dengan tindakan ganas peserta perhimpunan haram Bersih menyerang kenderaan polis sehingga seorang anggota pasukan itu cedera? Kenapa Nasrudin tidak mengulas mengenai tindakan biadab dan ganas Unit Amal Pas merempuh sekatan polis dalam perhimpunan haram itu?

Malang sekali walaupun ada pemimpin Pas yang menentang perhimpunan haram, namun Nasrudin nampaknya senada dengan pemimpin PKR dan DAP. Cukup-cukuplah dalam setiap perhimpunan haram Unit Amal Pas menjadi pak turut.

Adalah lebih baik jika Nasrudin yang kini bergelar Yang Berhormat mengkaji dahulu sesuatu fakta sebelum membuat kenyataan. Amaran Ahmad Zahid bukanlah satu ugutan tetapi peringatan kepada pakatan pembangkang supaya menghentikan kerja gila mereka dalam mengadakan perhimpunan haram.

Pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak boleh selama-lamanya membiarkan pembangkang melakukan apa sahaja kononnya atas nama demokrasi dan memperjuangkan kebenaran serta keadilan.

Jika benar berlaku penipuan seperti didakwa oleh pembangkang maka mereka masih boleh memilih saluran undang-undang untuk menyelesaikannya dan bukan melalui demonstrasi jalanan.

Malahan Nasrudin sendiri kalau sudah yakin sangat berlaku penipuan dalam PRU -13 tidak perlulah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, jangan amalkan sikap berpilih-pilih. Ia memandang dalam kenyataan beliau, Nasrudin berhujah, jika kerajaan mengambil tindakan tegas, ia bererti kerajaan gagal memahami aspirasi rakyat mungkin juga pemimpin dianggap bersetuju dengan segala penyelewengan dan penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya.

Kalau beliau tidak mahu berbuat demikian, maka sepatutnya Nasrudin memberi nasihat kepada rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang dan bukannya sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan kepada Ahmad Zahid.

Sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara, Ahmad Zahid hanya memberi peringatan kepada pembangkang terhadap keghairahan mereka untuk terus mencabar undang-undang melalui perhimpunan haram.

Apa istimewanya pembangkang sehingga apa juga yang mereka lakukan tidak boleh ditegur atau dihalang biar pun melanggar undang-undang? Apakah pembangkang berasa kuat memandangkan perhimpunan haram mereka dihadiri ribuan orang?

Tetapi itu bukan bermakna mereka berada di pihak yang betul. Jumlah kehadiran itu disebabkan ada kalangan rakyat yang terpengaruh dengan dakyah pembangkang kononnya berlaku penyelewengan dalam pilihan raya sehingga memungkinkan impian pembangkang untuk menawan Putrajaya gagal. Kalau betullah berlaku penipuan, kenapakah pembangkang hanya menerima keputusan yang mereka menang sahaja dan mempertikaikan kekalahan mereka di kawasan-kawasan tertentu.

Dalam soal ini adalah lebih baik jika Nasrudin mengkaji secara mendalam apa perancangan di sebalik perhimpunan haram itu diadakan. Ia bukan untuk menegakkan kebenaran, sebaliknya mahu menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.

Mungkin Nasrudin tidak mendapat maklumat terkini, maklumlah selama ini pun Pas hanya dilihat sebagai pak turut dalam pakatan pembangkang sebab itulah mereka tidak mengetahui sebarang agenda di sebalik apa yang dilakukan oleh PKR dan DAP.

Bagaimanapun penulis percaya, kenyataan Nasrudin tidak mungkin menjadikan beliau wira sebaliknya hanya meletakkannya sebaris dengan pemimpin PKR dan DAP yang semakin bimbang dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh Ahmad Zahid.

Apatah lagi Ahmad Zahid sendiri sudah memberi kuasa penuh kepada PDRM untuk bertindak bagi membanteras apa juga usaha yang boleh menggugat keselamatan negara.

Kalau betul pembangkang berada di pihak benar, mereka tidak akan memilih jalan yang boleh menghuru-harakan negara. Kenapakah perlu turun ke jalanan untuk melakukan protes keputusan pilihan raya, sedangkan mereka dikhabarkan mempunyai barisan peguam yang hebat-hebat untuk mencabar perkara itu di mahkamah.

Oleh itu Nasrudin yang dianggap Ketua Pemuda yang paling lemah pernah dilahirkan oleh Pas perlu mengkaji fakta dan mematuhi nasihat Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang mahu penyokong-penyokong parti itu menerima keputusan PRU-13 dengan fikiran terbuka.

Mungkin Nasrudin hendak menonjolkan dirinya sebagai pemimpin pelapis pembangkang yang lantang, maklumlah pemilihan Pas akan diadakan tidak lama lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Dr. Miza keluar dari zon selesa

Posted: 20 May 2013 11:44 PM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

Dr. Mizatul Ardiah Mukhtar yakin semua wanita mempunyai potensi diri untuk diketengahkan.

DR. Mizatul Ardiah Mukhtar, 30, boleh dikategorikan sebagai wanita berjaya.

Beliau berjaya mencapai cita-citanya sebagai doktor perubatan dan memberi khidmat terbaik buat para petugas di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama tiga tahun.

Mesra dengan panggilan Dr. Miza, beliau bagaimanapun mengambil keputusan bersara awal kerana ada agenda yang lebih besar untuk disalurkan kepada masyarakat.

Kemahirannya dalam bidang perubatan akan dimanfaatkan menerusi apa yang diusahakannya.

Beliau yang tidak mahu mengecapi keselesaan dan kesenangan seorang diri, lalu menubuhkan Young Professional Group (YPG) untuk melatih usahawan dalam kalangan pekerja profesional.

Sebagai seorang yang memang gemar bercakap dan berinteraksi, Dr. Miza kini keluar dari zon selesa sebagai doktor kepada perunding kecantikan dan kesihatan.

"Baru enam bulan saya meletakkan jawatan, Alhamdulillah suami juga menyokong apa yang saya lakukan. Saya bersyukur kerana peluang diberi Allah kini juga lebih luas.

"Saya mahu memanfaatkan kepakaran yang ada dan pada masa yang sama dapat memberi perhatian kepada ahli keluarga," ujar Dr. Miza yang ditemui di Double Tree By Hilton, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr. Miza terpanggil untuk berkongsi dengan ramai lagi doktor muda tentang kesedaran menjaga kesihatan dan kesejahteraan menerusi seminar dan bengkel anjuran YPG.

Dalam ceramah yang diberikan beliau lebih banyak menekankan tentang bahaya penyakit yang boleh menyerang wanita terutamanya kanser.

"Bilangan pesakit kanser memang meningkat tahun demi tahun. Sebagai doktor saya memang risau akan bilangan tersebut. Sebagai wanita kerisauan saya berganda apabila ada wanita yang tidak mampu lagi menyara diri apabila berhadapan masalah kesihatan.

"Apa yang saya boleh berikan ialah kaunseling, galakan dan beritahu kepada mereka ada jalan untuk berjaya," ujarnya.

Dr. Miza juga mendapati bilangan wanita yang menderita stres juga makin tinggi dek kerana pelbagai tekanan dan tanggung jawab yang tidak mampu diselesaikan dengan baik.

"Ramai wanita yang memegang status isteri dan ibu mahu memberikan yang terbaik kepada keluarga mereka.

"Untuk mencapai matlamat tersebut banyak perkara terpaksa dikorbankan. Sebagai contoh ada ibu yang terpaksa berhenti kerja untuk memberikan tumpuan kepada keluarga dan pada masa yang sama pula berhadapan dengan masalah kewangan.

"Wanita sememangnya diakui akan mengalami stres akibat masalah kewangan. Saya mahu memberitahu kepada semua wanita di luar sana bahawa setiap daripada kita mempunyai potensi tinggi.

"Cuma sama ada kita mahu memberi peluang kepada diri kita sendiri atau pun tidak," jelas Dr. Miza yang kini menetap di Selayang, Selangor.

Stres juga katanya, boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain kepada wanita. Lebih parah apabila wanita menjadi hilang keyakinan diri dan merasakan mereka seorang yang 'kalah'.

"Di sini saya akan memainkan peranan memberikan mereka motivasi dan jalan keluar kepada masalah yang ditanggung.

"Apabila wanita berada dalam kumpulan sokongan maka mereka akan lebih yakin dan bersemangat mencapai matlamat yang lebih tinggi dalam kehidupan," jelasnya.

Dalam YPG juga, Dr. Miza menyediakan pelbagai insentif untuk ahli yang mahu mencapai cita-cita. Antara insentif yang disediakan ialah melancong ke luar negara dan pelbagai lagi tertakluk kepada apa yang dihajati ahli kumpulan tersebut.

"Pesanan saya, untuk berjaya anda perlu campakkan ego sejauhnya. Yakin bahawa potensi diri memang ada kerana akhirnya kepuasan akan diraih diri anda sendiri. Yang penting niatkan bahawa kejayaan untuk sama-sama dirasai dan bukan untuk diri sendiri," tambah beliau lagi.

Bagi yang berminat ingin mengetahui lebih lanjut tentang YPG boleh hubungi 012-3369610 atau emelkan sebarang persoalan kepada ladyberge838@yahoo.uk.

Rambut tidak sihat jejas penampilan

Posted: 20 May 2013 11:44 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar FAUZI BAHARUDDIN

Rambut yang dirawat akan menjadikannya lebih sihat dan mudah beralun.

UNGKAPAN rambut adalah mahkota wanita merupakan istilah yang sering digunakan apabila menyentuh mengenai keindahan rambut seseorang itu.

Walaupun ramai yang bertudung namun rambut tetap perlu dijaga dari segi kebersihan dan kesihatannya.

Rambut yang tidak sihat boleh menjejaskan penampilan dan menimbulkan perasaan tidak selesa kepada diri sendiri.

Kulit kepala juga akan terasa gatal dan rambut pula mudah gugur.

Kebiasaannya wanita yang bertudung tidak begitu mengambil berat akan kesihatan rambut, walaupun sebenarnya, kulit kepala tetap perlu dijaga terutama bagi mereka yang bertudung kerana apabila kulit kepala tidak terdedah kepada udara mudah menyebabkan rambut gugur.

Bagi memudahkan rawatan, Spa Rina Radiant menyediakan pelbagai rawatan dan dandanan rambut.

Walaupun turut menyediakan rawatan kecantikan dan spa namun 70 peratus adalah lebih kepada rawatan rambut seperti mewarna rambut, memotong dan meluruskan rambut.

Pemilik Spa Rina Radiant, Sharina Mustapha berkata, kebanyakan pelanggan yang datang ke spa miliknya menghadapi masalah kulit kepala seperti kulit kepala kering, terlampau berminyak dan berkelumumur.

''Masalah seperti ini sering dihadapi oleh wanita yang bertudung di mana rambut akan berbau hapak dan kulit kepala gatal.

''Rawatan rambut yang dilakukan di sini menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti minyak kelapa asli yang dicampur dengan daun-daun dan rempah.

''Mula-mula kulit kepala akan disapu minyak kelapa asli dan kemudian diurut perlahan-lahan supaya minyak meresap ke dalam kulit kepala. Urutan ini juga dapat melegakan tekanan.

''Kemudian kulit kepala akan diwap selama 10 minit bertujuan memudahkan proses penyerapan minyak.

"Setelah itu dibiarkan sejuk sebelum dicuci menggunakan syampu rawatan khusus bagi masalah yang dihadapi seperti rambut gugur, kelemumur dan sebagainya,'' kata Sharina yang telah dua tahun membuka spa ini.

Tambahnya, selepas itu barulah dilakukan rawatan rambut yang bersesuaian dengan rambut seseorang itu seperti untuk rambut normal, rambut kerinting dan rambut yang telah diwarnakan.

Rawatan tersebut ujarnya akan menjadikan rambut sihat, berkilat dan lembap.

Bagi rambut yang diwarnakan, warnanya akan tahan lebih lama. Ini kerana bagi mereka yang mewarnakan rambut, rambut akan menjadi kering.

Menurut Sharina, proses akhir rawatan yang mengenakan bayaran di antara RM80 hingga RM120 mengikut panjang rambut itu disembur dengan semburan protein supaya rambut menjadi lebih kuat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


2 penyamun dicekup, 35 kes selesai

Posted: 20 May 2013 12:09 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Zainuddin Yaacob (kanan) menunjukkan pistol, lencana kastam dan parang yang berjaya dirampas berikutan tertangkapnya 2 suspek dalam sidang akhbar di Balai Polis Sentral, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 20 Mei - Polis percaya berjaya menyelesaikan 35 kes samun tepi jalan dan ragut dengan tertangkapnya dua lelaki pada 16 dan 17 Mei lalu.

Hasil tangkapan itu, polis turut merampas pelbagai barang termasuk parang yang dipercayai digunakan kumpulan terlibat untuk menyamun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, dalam kejadian di sebuah pusat hiburan keluarga di Plaza Sentosa pada Jumaat lalu, seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan ketika cuba menyamun premis itu dengan bersenjatakan parang.

"Kita percaya lelaki itu cuba melakukan samun di premis yang turut menjadi riuh-rendah apabila sebahagian pelanggan bertempiaran lari semasa insiden berlaku," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, polis percaya kejadian samun itu dilakukan suspek bersama dua rakannya apabila dua bilah parang turut ditemui di premis itu disyaki ditinggalkan oleh rakannya sebelum melarikan diri.

Polis turut merampas sejumlah wang tunai dan sebuah telefon bimbit jenama iPhone. Polis percaya berjaya menyelesaikan 20 kes berkaitan yang berlaku di sekitar beberapa daerah di negeri ini.

"Suspek kini ditahan reman sehingga Khamis ini. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, Zainuddin berkata, dalam kes kedua pada Khamis lalu, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan di Jalan Tebrau off Jalan Kebun Teh Majidee ketika cuba melarikan diri menaiki sebuah kereta.

Beliau berkata, suspek ditahan apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di jalan berkenaan bersama kereta Proton Waja yang dipercayai dicuri.

"Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut, polis menjumpai dua keping surat pajak dan pasport antarabangsa yang didaftarkan atas nama seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan menjadi mangsa ragut.

"Polis turut menemui dua bilah parang, tiga alat untuk mencuri kenderaan, tukul besi dan pemutar skru. Dengan tertangkapnya lelaki itu, kita percaya berjaya menyelesaikan 15 kes samun tepi jalan dan ragut di daerah ini," katanya.

Persatuan belia lesu akan diaktifkan

Posted: 20 May 2013 12:09 PM PDT

BATU PAHAT 20 Mei - Masalah persatuan belia di negeri ini yang dilihat semakin 'lemah dan lesu' akan menjadi perhatian dan agenda utama Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Zulkarnain Kamisan.

Beliau berjanji akan berusaha menyuntik semangat baru kepada persatuan berkaitan supaya kembali menjadi platform golongan belia melakukan aktiviti termasuk riadah.

Menurut Zulkarnain, penelitian beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Exco mendapati kebanyakan persatuan belia kini hanya tinggal nama dan 'lesu' serta semakin dilupakan.

"Berikutan itu, saya akan mengadakan perjumpaan dengan persatuan belia di negeri ini bagi membincangkan masalah yang mereka hadapi selain mencari jalan penyelesaian yang dapat menaikkan semula nama persatuan belia.

"Menerusi perjumpaan itu nanti, kita yakin persatuan belia yang 'lesu' dan semakin 'tenggelam' dapat diaktifkan semula dengan melakukan pelbagai aktiviti yang mampu membimbing belia dan membentuk kumpulan pewaris masa depan negeri dan negara," katanya selepas merasmikan Kursus Kepimpinan Belia Siri 1 di Hotel Nouvo Park, di sini hari ini.

Bagi merealisasikan hasrat kerajaan itu, Zulkarnain berkata, pihaknya merancang menganjurkan Sambutan Hari Belia peringkat negeri yang berkonsepkan rohaniah pada pertengahan Jun ini di daerah Batu Pahat.

"Pelbagai program dirancang pada sambutan kali ini, termasuk usaha untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada golongan belia," katanya.

Beliau memberitahu, perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat bersama Jabatan Belia dan Sukan negeri tidak lama lagi.

Katanya, kerajaan negeri akan tetap menggerakkan semula persatuan belia selain bekerjasama dengan organisasi tersebut dalam menjalankan aktiviti untuk golongan berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Menghijau alam, melestari bumi

Posted: 20 May 2013 12:09 PM PDT

Oleh NOOR HANIS HARUN
utusanN9@utusan.com.my

Kakitangan Samsung SDI diajar cara menanam anak pokok dengan betul oleh pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan di Hutan Lipur Lintang, Lenggeng dekat Seremban, baru-baru ini.

SEREMBAN 20 Mei - Menjaga kehijauan alam dan melestarikan bumi merupakan mesej yang dibawa oleh 53 pekerja kilang Samsung SDI Energy (M) Sdn. Bhd. di Senawang dekat sini bersama Jabatan Perhutanan negeri dalam aktiviti tanam pokok sempena Kempen Bumi Hijau di Hutan Lipur Lintang, Lenggeng dekat sini.

Inisiatif yang dibuat itu selaras untuk melihat bumi ini dipenuhi tumbuhan sekali gus memberikan kehidupan yang lebih segar dan sihat.

Pengurus Kanan Jabatan Sumber Manusia kilang berkenaan, Dzulfadly Vasan Abdullah berkata, program tersebut adalah susulan daripada usaha berterusan syarikat dalam menjayakan kempen bumi hijau itu.

''Hari ini, kami mahu bergerak seiring dengan usaha kerajaan negeri terhadap kempen bumi hijau dan telah menaja 150 anak pokok daripada tiga jenis pokok untuk generasi akan datang.

''Pokok-pokok yang ditanam hari ini terdiri daripada jenis Bouganvilla, Siang-Malam dan Lily, kami juga menyediakan baja organik untuk ditabur ke atas setiap anak pokok yang baru ditanam," katanya semasa program berkenaan yang berlangsung di Hutan Lipur Lintang Lenggeng dekat sini baru-baru ini.

Menurutnya, pihak Samsung SDI memang menggalakkan kakitangannya untuk mengaplikasikan matlamat Kempen Bumi Hijau ini dalam rutin harian mereka di pejabat mahupun di rumah.

''Sebagai contoh pihak Samsung telah mengurangkan penggunaan bahan cucian yang mengandungi bahan kimia berbahaya dan mengurangkan kawasan merokok di kawasan kilang," katanya.

Sementara itu, Pengurus Bahagian Servis dan Keselamatan kilang sama, Ismanizam Yahaya berkata, pada tahun 1999, Samsung telahpun mengambil Hutan Lipur Lintang Lenggeng sebagai 'hutan angkat' syarikat itu.

''Dahulu kakitangan Samsung SDI pernah mengadakan program menyelenggara hutan ini secara berterusan dan menjaga keadaan tempat rekreasi ini dan kini kami meneruskan usaha itu lagi.

''Program ini adalah salah satu aktiviti sosial korporat Samsung SDI untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan menjaga kebersihan alam sekitar terutama sekali hutan simpan negara," katanya.

Menurut Ismanizam, aktiviti penanaman pokok di Hutan Lipur Lintang Lenggeng ini dapat memberi kesedaran kepada semua kakitangan yang terlibat tentang kepentingan memelihara flora dan fauna.

"Pokok-pokok ini ditanam untuk kemudahan generasi muda 20 atau 30 tahun akan datang, dalam masa yang sama, kami juga berharap sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada kakitangan kami tentang cara penanaman pokok," katanya.

Selain penanaman pokok, program itu turut melibatkan kerja gotong-royong membersihkan kawasan yang disertai kakitangan Jabatan Perhutanan negeri serta pekerja kilang Samsung SDI.

Sementara itu, Ismanizam berharap, lebih banyak pihak swasta tampil dalam membantu kerajaan negeri menjayakan program hijaukan bumi.

Semakin ramai sedar kepentingan hutan

Posted: 20 May 2013 12:09 PM PDT

SEREMBAN 20 Mei - Bumi yang tiada rimba, seumpama hamba. Ia dicemar manusia yang jahil ketawa. Bumi yang tiada udara, bagai tiada nyawa. Pasti hilang suatu hari.

Itu antara bait lagu yang bertajuk Hijau nyanyian penyanyi Zainal Abidin yang amat sinonim dengan Kempen Bumi Hijau, seperti mana yang dilancarkan beberapa tahun dahulu bagi menyatakan rasa prihatin rakyat terhadap kelestarian bumi ini dengan tumbuhan menghijau.

Menyedari hakikat itulah, maka ramai peserta yang mengikuti program anjuran Samsung SDI Energy (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Jabatan Perhutanan negeri di Hutan Lipur Lintang Lenggeng dekat sini baru-baru ini merasa tenang apabila dikelilingi pohon menghijau dan sedar kepentingan untuk menjaganya.

Pegawai perhutanan, Mat Jais Mat Nor berkata, maklum balas untuk menjaga kawasan hutan itu disebabkan sikap masyarakat yang semakin prihatin terhadap kebaikan program tersebut.

''Kita berterima kasih kepada pihak Samsung SDI Energy (M) Sdn. Bhd. kerana mengadakan kempen mencintai hutan ini, kalau boleh kita harap mereka dapat mengadakan kempen seperti ini tiga bulan sekali.

''Dengan adanya kerjasama yang erat antara agensi-agensi swasta dan kerajaan untuk memajukan semula hutan simpan negeri, maka lebih banyak aktiviti pembaikpulihan hutan dapat dilaksanakan," katanya semasa ditemui Utusan Malaysia dalam program 'Tanam Pokok' di Hutan Lipur Lintang Lenggeng dekat sini baru-baru ini.

Menurutnya, pihak Jabatan Perhutanan negeri menggalakkan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk memelihara tempat rekreasi dan kawasan Hutan Simpan yang terdapat dalam negeri ini.

''Antara hutan simpan yang ada di negeri ini termasuk tempat rekreasi Ulu Bendul di Kuala Pilah, Jeram Toi dan Hutan Simpan Kenaboi di Jelebu, Hutan Simpan Serting Hulu, Hutan Simpan Sungai Menyala di Port Dickson dan Hutan Simpan Debana di Pasoh," katanya.

Sementara itu, kakitangan Jabatan Sumber Manusia, Samsung SDI Energy (M) Sdn. Bhd., Nur Jumaatun Fazani Md. Zawawi, 23, berkata, peluang untuk melibatkan diri dalam program 'Tanam Pokok' di Hutan Lipur Lintang Lenggeng telah membuka matanya tentang kepentingan memelihara alam sekitar.

''Jika sebelum ini saya memang tidak ambil kisah untuk memelihara alam sekitar secara menyeluruh, selalunya saya hanya pastikan persekitaran rumah dan tempat kerja saya bersih sahaja.

''Belajar cara tanam pokok ini seronok juga, bukan sahaja dapat menikmati udara yang segar di hutan tetapi kini saya sedar betapa pentingnya untuk memastikan alam sekitar kita dalam keadaan yang baik," katanya.

Menurutnya, pihak Samsung SDI kerap melakukan aktiviti kempen hijau malah mereka semua diberikan kemeja T yang bertulis Keep Calm and Love Green untuk menjayakan kempen ini.

Noor Aishah Roslan, 22, berkata, banyak perkara baru yang dipelajari semasa program itu dijalankan, malah dapat memupuk kerjasama yang erat dalam kalangan kakitangan dan pihak atasan syarikat.

''Kami bukan sahaja menanam pokok malah kami bersama-sama mengutip sampah yang bertaburan di kawasan air terjun itu, mencabut rumput-rumput liar serta membersihkan pondok istirehat yang telah disediakan di situ.

''Bila kami sendiri yang melakukan semua ini, barulah kami sedar bahawa masih ada lagi segelintir masyarakat yang bersikap mementingkan diri sendiri dengan membuang sampah merata-rata di kawasan ini," ujarnya.

Dia yang berasal dari Johor tidak menyangka terdapat banyak hutan simpanan yang belum diteroka dan masih indah di negeri ini yang boleh dijadikan tempat istirehat bersama keluarga.

Ini diperakui oleh rakannya, S. Kalaivani, 25, yang menganggap program itu umpama waktu rehat untuk lari seketika daripada kebisingan dan kekecohan di kilang untuk semua kakitangan yang terlibat.

''Kebiasaannya setiap hari kami hanya mendengar bunyi bising, tetapi hari ini tenang dengan bunyi air sungai mengalir, bunyi burung dan sungguh tenang.

''Dalam masa yang sama, kami dapat beramah mesra dengan pihak atasan. Kalau dalam pejabat atau di kilang selalunya bertegur sapa dengan ketua-ketua jabatan hanya jika ada sebab kerja, di sini kami bagaikan sebuah keluarga," katanya.

Seorang pelatih To Know Samsung (TKS), Izanol Azreen Hamzah, 25, berkata, kempen 'Tanam pokok' di hutan simpan ini dapat memupuk sikap cintakan kehijauan alam sekitar.

"Kami generasi muda dapat mengenali jenis-jenis pokok yang terdapat di dalam hutan dan saya rasa ramai anak muda zaman ini yang bersikap tidak ambil tahu tentang keadaan alam sekitar," katanya.

Generasi kedua perlu rumah

Posted: 20 May 2013 12:09 PM PDT

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

JEMPOL 20 Mei - Generasi kedua Felda Gugusan Palong Sembilan dekat sini optimis kerajaan akan memberi lebih tumpuan bagi menyegerakan projek perumahan untuk mereka, sekali gus 'menghidupkan' pelbagai aktiviti kemasyarakatan dalam kawasan berkenaan.

Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) cawangan Felda Palong Sembilan, Nor Hairul Lizam Nordin, 36, berkata, sokongan generasi itu terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) amat baik dan ia akan diteruskan melalui penempatan kekal untuk generasi ini.

''Kita ucapkan tahniah kerpada kerajaan BN diatas kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, sekali gus dapat membentu kerajaan di negeri ini.

''Generasi kedua akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan apatah lagi dalam usaha pembangunkan kawasan Felda ini, khususnya aspek kediaman kekal," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kata Nor Hairul, biarpun Felda berhasrat membina rumah di kawasan Palong 16 dekat sini, tetapi ramai golongan belia di Felda Gugusan Palong Sembilan tidak memohon untuk mendiami kawasan berkenaan kerana kedudukan yang jauh.

''Kami bekerja di sini (Felda Gugusan Palong Sembilan) dan rasanya tidak perlu kami membeli rumah di kawasan Palong 16 yang jaraknya lebih kurang 10 kilometer dari sini.

''Kawasan di sini juga ada tanah kosong yang luas dan berharap pihak Felda dapat mempertimbangkannya," ujarnya.

Bagi, Khairul Anar Mahat, 35, pula, projek perumahan generasi kedua di Felda Palong Sembilan amat dinantikan selepas terpaksa menetap dalam kedai bersama isteri serta dua anaknya sejak enam tahun lalu.

''Apabila sudah berkeluarga pastinya saya mahu berdikari dan tidak mahu tinggal bersama keluarga. Saya amat berharap Felda dapat segera membina rumah generasi kedua ini," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Peneroka negeri, Othman Parman menjelaskan pihaknya akan memanjangkan perkara tersebut kepada pihak atasan.

''Memang kita sudah ada tanah cuma mahukan projek di kawasan ini. Untuk membeli rumah, generasi kedua harus melepasi syarat yang ditetapkan oleh pihak bank.

''Oleh itu Felda akan mengeluarkan satu surat pengesahan mengenai gaji mereka. Cara ini kita pernah lakukan jika ada anak Felda mahu membeli kenderaan. Saya amat berharap pihak bank dapat menerima cara ini untuk tujuan perumahan pula,'' katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved