Rabu, 12 Jun 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Ditawar biayai bisnes RM1 juta

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Jun - Satu sindiket penipuan dikesan cuba memperdayakan ahli perniagaan serta pemilik syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) dengan menawarkan pembiayaan perniagaan mencecah RM1 juta.

Sindiket penipuan terbabit menawarkan 'pinjaman' lumayan itu hanya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbit milik ahli perniagaan atau pemilik syarikat IKS yang dipilih.

Tidak diketahui bagaimana sindiket itu memperoleh nombor telefon bimbit ahli perniagaan yang menjadi sasaran tetapi dipercayai ramai pemilik syarikat memperoleh SMS seumpama itu kebelakangan ini.

Kumpulan sindiket hanya mengirim jemputan atau tawaran membuat pinjaman kepada mana-mana syarikat yang dipilih dan jumlah pembiayaan ditawarkan tanpa menyatakan syarat-syarat lengkap untuk memohon pinjaman tersebut.

Sesiapa yang berminat diminta menghubungi nombor telefon yang disertakan dalam SMS bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.

SMS tersebut berbunyi 'RM0.00 Jemputan Khas ....(ditulis nama syarikat yang dijemput) Pra Lulus Pembiayaan RM1 Juta SME Success. RSVP ke 03-74518002 segera.'

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan (gambar) berkata, SMS tersebut adalah satu penipuan oleh kumpulan sindiket kerana tiada tawaran seperti itu pernah dibuat oleh syarikat pinjaman atau perbankan di negara ini.

Beliau sehubungan itu menasihatkan individu, ahli perniagaan atau pemilik syarikat yang menerima SMS tersebut agar jangan mempercayainya.

"SMS dihantar itu adalah satu penipuan oleh sindiket. Jangan mudah mempercayainya dan menjadi mangsa," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Syed Ismail berkata, pihaknya walau bagaimanapun belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana individu yang menjadi mangsa penipuan seumpama itu setakat ini.

Namun, katanya, kumpulan sindiket tersebut sedang dipantau dan siasatan lanjut terhadap kegiatan mereka kini dalam siasatan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang individu mendalangi sindiket berkenaan diminta tampil membantu polis dalam siasatan.

Ibu cemas bayi umur setahun diculik lelaki sembilan jam

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

Di kawasan tandas awam berdekatan medan selera di Yong Peng inilah bayi yang diculik ditemui kelmarin.

MUAR 12 Jun - Seorang ibu terpaksa mengharungi detik cemas selama sembilan jam berikutan bayinya berusia setahun diculik seorang lelaki yang menceroboh rumahnya di Jalan Bakariah di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa berada di dalam rumahnya bersama tiga anaknya sebelum muncul suspek menaiki sebuah kereta Proton Persona dan mendakwa ingin menghantar ikan dipesan bapa mertua wanita tersebut.

Tanpa mengesyaki apa-apa, wanita itu membuka pintu pagar dan membenarkan suspek memasuki rumahnya sebelum lelaki tersebut menolaknya ke dapur dan mengikat tangan serta menutup matanya.

Menurut jurucakap polis, suspek kemudian melarikan bayi itu dengan menaiki keretanya.

Katanya, kejadian tersebut disedari jirannya yang ternampak suspek membawa bayi itu keluar lalu menghubungi suami mangsa.

"Kira-kira tiga jam selepas itu, bayi tersebut ditemui seorang peniaga dalam keadaan selamat di hadapan tandas berhampiran medan selera di Yong Peng, Batu Pahat, kira-kira pukul 3 petang.

"Setelah diberi makan dan ditukar lampin, peniaga itu menyerahkan bayi berkenaan ke Balai Polis Yong Peng dan dituntut ibu bapanya pukul 7 malam tadi.

"Difahamkan, bayi tersebut kini menjalani pemeriksaan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan penemuan bayi itu semula.

Katanya, usaha menjejaki suspek sedang giat dijalankan dan saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan serta kes itu disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Teruja perpustakaan 'manusia'

Posted: 12 Jun 2013 11:13 PM PDT

'BUKU' Lady With The Veil (kiri) bersama pembaca yang teruja.

Bayangkan kalau sebelum ini membaca tentang kisah seorang pengembara menerusi catatan beliau tapi kini anda berpeluang bertanya terus pengalaman tersebut dan mendapat jawapannya serta merta dalam suasana penuh santai dan telus.

Lebih menarik anda dapat menyelami hati dan nada suara si pencerita yang pastinya akan memberikan lebih impak berbanding pembacaan sahaja.

Idea tercetusnya Human Library yang pertama ialah pada tahun 2000 di Denmark oleh sekumpulan belia daripada pertubuhan Stop The Violence.

Tujuan mereka sungguh murni iaitu mahu mengurangkan isu perkauman dan keganasan di kalangan belia di Denmark.

Konsep Human Library ini kemudian telah berkembang ke lebih daripada 30 negara di seluruh dunia dan terus meningkat tahun demi tahun.

Idea untuk memperkenalkan Human Library di Malaysia dicetuskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Scope Group, Christoffer Erichsen, yang juga merupakan salah seorang pengasas Human Library di Denmark.

"Perancangan projek ini telah bermula sejak tahun 2011 lagi ketika kami meninjau jenis buku untuk disertakan serta maklum balas daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan kerajaan yang relevan.

"Kami menyedari bahawa masih banyak yang perlu dilakukan dalam usaha untuk menangani isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat yang terpinggir (marginalised population) di komuniti, seperti stigma, diskriminasi dan sebagainya," ujar Erichsen.

Projek perintis Human Library telah diadakan sempena Persidangan Women Deliver 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.

Pihak KLCC dan Women Deliver 2013 berbesar hati memberi ruang kepada penganjuran julung kali Human Library di Malaysia.

Sama seperti meminjam buku di perpustakaan

Proses Human Library ini sama seperti proses meminjam buku di perpustakaan biasa, di mana pembaca akan mendaftar nama dan kemudian diberikan kad perpustakaan.

Melalui kad ini, pembaca kemudiannya akan dibantu oleh pustakawan untuk bertemu dengan 'buku manusia' (human book) yang menjadi pilihan pembaca.

"Pembaca dan human book kemudian diberi masa 15-20 minit untuk berdialog dan ini adalah kaedah 'membaca' di Human Library.

"Ketika sesi 'bacaan' ini, pembaca akan mendapat peluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang human book berkenaan - seolah-olah membaca sebuah buku, tetapi pembaca berpeluang untuk 'membaca' manusia yang mewakili tajuk-tajuk buku yang menarik.

" 'Buku-buku' ini dijemput melalui rakan NGO dan rangkaian kami, dan mereka mewakili golongan yang dianggap tersisih daripada masyarakat umum disebabkan penyakit, keadaan hidup mahupun pekerjaan," jelas Erichsen lagi.

Objektif Human Library adalah untuk menggalakkan dialog, mengurangkan prejudis dan meningkatkan toleransi sesama manusia.

Ia juga satu platform untuk memberikan ruang kepada kumpulan masyarakat yang terpinggir daripada pelbagai latar belakang.

"Platform ini mengiktiraf kepelbagaian, membina persefahaman, merapatkan jurang dan mewujudkan perpaduan sesama manusia.

"Untuk Human Library yang pertama ini, sebanyak 12 jenis 'buku' telah kami tawarkan, antaranya, The Transwoman, The Lady with The Veil, The Muslim Feminist, The Person living with HIV, The Sex Worker, The Single Mother, The Young Entrepreneur, The African Student, The Arab, The Civil Engineer, The Teenager dan The People Champion.

"Sesiapa sahaja boleh meminjam dan membaca 'buku-buku' tersebut. Human Library juga terbuka kepada semua ahli masyarakat yang berminat.

"Berdasarkan pengalaman penganjuran di KLCC, apa yang dapat dilihat tentang sambutan yang diterima memang sangat menggalakkan.

"Dalam tempoh empat jam acara berlangsung, seramai 90 pembaca telah mengambil bahagian dan membaca 'buku-buku' di Human Library.

"Ramai yang teruja kerana belum pernah ada acara sebegini di negara ini. Ramai juga yang teruja dan sangat terharu kerana berpeluang untuk bertemu dan berbual dengan 'buku-buku' yang sebelum ini mungkin tidak pernah terlintas untuk dikenali.

"Ada juga 'buku' yang mengatakan mereka terharu dengan sambutan dan galakan pembaca. Maklum balas yang diterima menunjukkan pembaca dan buku sama-sama mendapat manfaat melalui platform unik ini," jelas Erichsen.

Erichsen berkata, untuk Human Library pertama ini, pihak Scope Group berkerjasama dengan Chaserz, sebuah organisasi belia, sebagai mentor dalam membantu mereka untuk menjayakan program tersebut.

Mereka juga telah melibatkan sukarelawan di kalangan pelajar universiti untuk membantu dan bertindak sebagai pustakawan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kim Swee sudah serik

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

Aksi Wan Zack Haikal (kiri) ketika mewakili FC Ryukyu dalam saingan divisyen tiga Jepun di Okinawa pada April lalu.

KUALA LUMPUR - Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee mengakui serik untuk mempromosikan pemain muda kebangsaan kepada kelab luar jika benar laporan bahawa bekas anak didiknya, Wan Zack Haikal akan meninggalkan kelab Jepun, FC Ryukyu musim depan.

Kim Swee yang dihubungi semalam mengesahkan bahawa kelab divisyen 3 Jepun, FC Ryukyu ada menerima tawaran dari sebuah pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M) yang berminat untuk mendapatkan khidmat Wan Zack.

"Ya... Memang ada pasukan dalam liga kita yang sanggup menebus kontrak untuk mendapatkan Wan Zack. Ini disahkan oleh FC Ryukyu sendiri.

"Jika Wan Zack pulang demi menerima tawaran tersebut, sudah tentu saya amat kecewa kerana saya yang memperkenalkan beliau kepada kelab luar, tetapi tiba-tiba sahaja dia mahu pulang awal.

"Jika ini berlaku (Wan Zack kembali ke Malaysia) saya tidak mahu lagi mempromosikan pemain kita kepada kelab-kelab luar.

"Saya serik kerana sebelum ini Muhammad Nazmi Faiz juga pulang awal dari kelab Portugal," katanya ketika dihubungi semalam.

Akhbar kelmarin menyiarkan laporan bahawa pemain sayap lincah, Wan Zack dikatakan mahu meninggalkan FC Ryukyu musim depan.

Wan Zack menyertai FC Ryukyu sejak Mac lalu dengan kontrak dua tahun dan setakat ini dia hanya diturunkan dalam satu perlawanan sahaja.

Mengiringi Wan Zack ke FC Ryukyu adalah Nazirul Naim Che Hashim dengan kontrak setahun.

Sebelum ini, bintang muda bola sepak negara, Muhammad Nazmi membuat keputusan mengejut dengan meninggalkan kelab divisyen satu Portugal, SC Beira Mar walaupun menandatangani kontrak tiga tahun dan menyertai PKNS.

Menurut Kim Swee, walaupun mendapat tawaran dari pasukan tempatan, dia dimaklumkan bahawa FC Ryukyu enggan melepaskan Wan Zack, yang kini dibelenggu kecederaan buku lali.

"Saya tiada hak campur tangan dalam kes Wan Zack kerana dia kini milik FC Ryukyu," katanya.

Raja dapat bayangan skuad impian

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

K. Rajagobal

KUALA LUMPUR - Pengulas sukan, Azlan Johar percaya jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal sudah menemui ramuan yang tepat dalam membentuk kesebelasan utama Harimau Malaya selepas membelasah Sydney Olympic 4-0 dalam aksi persahabatan kedua di Sydney, kelmarin.

Katanya, skuad negara pastinya bakal lebih menyerlah dalam perlawanan ketiga menetang Marconi Stallions, hari ini selepas pemain menimba pengalaman dan menemui keserasian dalam dua perlawanan jelajah Australia, termasuk ketika dikalahkan Canberra FC 3-2, minggu lalu.

"Ini telah dibuktikan oleh pemain dengan mencatat kemenangan besar 4-0 semalam. Dalam perlawanan pertama, mungkin mereka baharu berkumpul dan mungkin memerlukan sedikit masa untuk mendapat keserasian, apatah lagi terdapat beberapa muka baharu yang dipanggil jurulatih.

"Walaupun dua lawan itu cuma berstatus kelab, saya rasa taraf permainan mana-mana pasukan di Australia masih lebih baik daripada liga kita," katanya yang juga bekas pemain Selangor dan kebangsaan pada era 80-an hingga 90-an, kepada Utusan Malaysia, semalam.

Harimau Malaya 'dijinakkan' kelab Liga Perdana ACT Australia, Canberra FC 3-2 dengan kedua-dua gol pelawat dijaringkan penyerang handalan negara, Mohd. Safee Mohd. Sali sebelum Mohd. Amri Yahyah menyumbangkan hatrik selain satu gol Safiq Rahim ke atas kelab Liga Perdana New South Wales, Sydney Olympic.

Azlan turut menyifatkan pemergian anak buah Rajagobal ke Australia sebagai pilihan yang tepat biarpun media dan peminat tanah air menganggapnya membazir terutama dengan cuaca sejuk di sana yang berbeza dengan persediaan ke Kelayakan Piala Asia 2015 bagi menentang lawan Asia Barat yang bercuaca panas seperti Bahrain, Qatar dan Yemen.

"Bagi saya, walaupun persiapan pasukan kita diadakan di negara bercuaca panas mungkin contohnya di Arab Saudi pun, tiada gunanya jika pemain gagal memanfaatkan apa sahaja kesempatan yang diberikan. Saya rasa cuaca sejuk atau panas pun soal kecil sahaja dan tidak perlu terlalu difikirkan oleh pemain," katanya.

Selepas jelajah Australia, skuad negara bakal meneruskan persediaan kelayakan dengan melayani kunjungan kelab Liga Perdana England, Chelsea dan gergasi La Liga Sepanyol, Barcelona dalam dua perlawanan persahabatan pada 21 Julai dan 10 Ogos di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Seterusnya, Uzbekistan dan India bakal menjadi lawan pemanas badan Harimau Malaya pada 6 dan 10 September sebelum menyambung pusingan kedua liga kelayakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan berdepan pendahulu Kumpulan D, Bahrain mulai 15 Oktober.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Muhdalena hidap kemurungan psikotik - Doktor

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

PUTRAJAYA 12 Jun - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, Muhdalena Ahmad yang didakwa melakukan ugutan jenayah dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM), tahun lalu, menghidap gejala gangguan penyakit mental iaitu kemurungan psikotik.

Peguam M. Visvanathan yang mewakilinya memberitahu, perkara itu dinyatakan dalam sepucuk sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan dari Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Putrajaya.

Menurutnya, surat bertarikh semalam itu diserahkan kepadanya oleh ahli keluarga Muhdalena malam tadi menyatakan, tertuduh diberi cuti sakit selama sebulan bermula semalam hingga 11 Julai depan.

Sehubungan itu, Visvanathan memohon perbicaraan yang sepatutnya didengar hari ini dan esok ditangguhkan. Permohonan itu tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kalmizah Salleh.

Hakim Mohd. Kamil Nizam membenarkan permohonan itu dan menetapkan perbicaraan disambung pada 29, 30, dan 31 Julai ini serta 22 dan 23 Ogos depan.

Muhdalena, 28, didakwa melakukan ugutan jenayah untuk mendatangkan cedera parah terhadap Koperal Ridzuan Megat Ahmad dan tuduhan membawa sebilah pedang yang dikelaskan sebagai senjata berjadual.

Wanita itu turut didakwa atas tuduhan tidak mematuhi perintah anggota polis yang sama agar meletakkan senjata di kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan.

Dia juga didakwa tidak mematuhi perintah menteri dengan berada di tempat kejadian yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan tanpa memiliki pas atau permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Dalam kejadian itu, Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, yang mengaku dirinya 'Imam Mahadi' terbunuh selepas terkena tembakan di bahagian ari-ari dan tangan kiri manakala Muhdalena cedera pada paha kanannya.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai tahun lalu di Kompleks B, JPM, Presint 1 di sini.

Warga Filipina didakwa tipu Maybank RM3 bilion

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Jun - Seorang lelaki warga Filipina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu sebuah bank tempatan dengan mengemukakan sekeping sijil deposit tunai palsu berjumlah RM3 bilion, April lalu.

William Morales Vizon, 75, dari bandar Deo Balacat, Papangar, Filipina didakwa menipu Maybank Bhd., kira-kira pukul 3.30 petang, 23 April lalu di Tingkat 28, Menara Maybank, Jalan Tun Perak di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haderiah Siri manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Hakim Murtazadi Amran menetapkan sebutan semula kes pada 12 Julai ini dan tidak membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam bela diikat jamin kerana bukan warga tempatan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Kerajaan Arab Saudi musnah patung kuda

Posted: 12 Jun 2013 12:05 PM PDT

RIYADH 13 Jun - Kerajaan Arab Saudi kelmarin mengeluarkan arahan untuk memusnahkan beberapa patung kuda yang dibina di sebuah bulatan di barat daya negara ini selepas ulama tertinggi menyifatkan pembinaan patung sebagai perbuatan berdosa.

Laman web berita, jazantoday.org melaporkan, pihak majlis perbandaran Abu Arish di Jazan yang terletak bersempadan dengan Yemen, telah diarahkan untuk memusnahkan patung berkenaan.

Arahan itu dikeluarkan selepas Mufti Besar Abdulaziz al-Shaikh menghantar sepucuk surat kepada Datuk Bandar Jazan bagi meminta supaya patung itu dimusnahkan kerana ia merupakan dosa besar dan dilarang di bawah undang-undang Islam. - AFP

Kastam Perancis rampas kokain bernilai RM103.6 juta

Posted: 12 Jun 2013 11:58 AM PDT

PARIS 13 Jun - Jabatan Kastam Perancis semalam melaporkan berjaya merampas dadah jenis kokain seberat 406 kilogram yang bernilai AS$33 juta (RM103.6 juta) dalam satu serbuan ke atas sebuah bot di kawasan perairan French Antilles pada hujung lalu.

Kenyataan jabatan itu menyebut, serbuan berkenaan dilakukan pada 30 Mei lalu dan tiga orang turut ditahan selepas pemeriksaan pegawai kastam menemukan kokain terbabit disembunyikan dalam tangki minyak.

Rampasan kokain tersebut merupakan yang terbesar di Perancis pada tahun dan dipercayai diseludup ke Eropah. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Mahasiswa UMP bimbing pelajar

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

Seramai 97 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor Lelaki (SMASH) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam (SMAI) bersama mahasiswa Universiti Malaysia Pahang yang menyertai program Projek Kilauan Mutiara anjuran Kelab In-Smartive di Kompleks Asrama SMASH, Pulau Pinang, baru-baru ini. - gambar ihsan UMP

KUANTAN 12 Jun - Sebanyak 17 sekolah termasuk dari luar negeri ini terlibat dalam program kesukarelaan sambil berbakti anjuran mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) sejak awal tahun ini.

Program yang dikenali sebagai Projek Kilauan Mutiara tersebut merupakan anjuran Kelab In-Smartive UMP.

Baru-baru ini, sebanyak 97 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor Lelaki (SMASH) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam (SMAI) di Pulau Pinang terlibat dalam program motivasi berkenaan.

Pengarah program yang juga mahasiswa UMP dari Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian (FSKKP), Mohamad Eliyass Jamaruppin, 21, berkata, para peserta terdiri daripada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di kedua-dua sekolah.

"Projek selama tiga hari yang berlangsung di Kompleks Asrama SMASH ini diisi dengan pelbagai modul interaktif yang menumpukan aspek pembangunan kendiri, komunikasi, kerjasama, kerohanian dan motivasi diri peserta ini membabitkan seramai 35 fasilitator dalam kalangan mahasiswa UMP," katanya.

Turut hadir Pensyarah Fakulti Teknologi yang juga Penasihat Kelab In-Smartive, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd. Zain dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMASH, Prof. Dr. Wan Rosli Wan Daud.

Pada program tersebut, Muhammad Arif Mat Naser (SMASH) dan Aminuddin Ahmad (SMAI) dinobatkan sebagai peserta terbaik.

Mohamad Eliyass berkata, pelbagai aktiviti diadakan, antaranya program perkongsian khas bersama pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ismail Abustan.

"Program perkongsian ini adalah tentang cabaran pemetaan hala tuju akademik bagi calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM," katanya.

Presiden Kelab In-Smartive, Mohd. Jamil Mohd. Ja'afar, 23, berkata, penglibatan mahasiswa membantu pelajar sekolah dapat memberikan suntikan semangat kepada mereka dalam melakukan persediaan bagi menghadapi peperiksaan.

Selain itu, katanya, bagi mahasiswa, pengalaman melalui program tersebut membantu mereka berdepan dengan masyarakat terutamanya dalam meneruskan agenda kesukarelaan walaupun tamat pengajian di universiti kelak.

OUM Pahang anjur Seminar OSH

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

Sebahagian peserta yang mengikuti Seminar OSH anjuran OUM Pahang di Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 12 Jun - Pusat Pembelajaran Pahang, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) baru-baru ini menganjurkan Seminar Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan (OSH) dalam usaha untuk memberi pendedahan kepada pekerja industri mengenai pentingnya mengutamakan keselamatan di tempat kerja.

Seminar yang diadakan di kampus berkenaan di sini dihadiri oleh Dekan Fakulti Sains dan Teknologi OUM, Prof. Dr. Latifah Abdol Latif serta peserta dari kawasan industri sekitar Kuantan, Gebeng, Pekan, Bentong dan Kemaman.

Para peserta mewakili lebih 19 syarikat ternama yang terlibat dalam pelbagai industri seperti automotif, elektrik, elektronik, keluli, kertas, plastik, pengangkutan, fabrikator dan kejuruteraan.

Pengarah Pusat Pembelajaran Pahang OUM, Dr. Ahmad Izanee Awang berkata, program yang pertama kali diadakan itu melibatkan kerjasama Fakulti Sains dan Teknologi universiti berkenaan.

Menurutnya, program itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) OUM dalam memberikan kesedaran kepada majikan serta pendedahan kepada pekerja industri tentang kepentingan OSH kepada pekerja bagi mengurangkan risiko kemalangan berkaitan tempat kerja.

"Memandangkan respons daripada industri sangat menggalakkan, OUM sebagai institusi pembelajaran sepanjang hayat akan terus mengadakan siri seminar serupa pada masa akan datang dengan menjemput pekerja dari agensi lain pula," katanya.

Sementara itu, Latifah berkata, pihak industri harus sedar bahawa kerja pencegahan kemalangan di tempat kerja merupakan syarat untuk meningkatkan produktiviti.

"Lazimnya, sesebuah organisasi yang berkesan tidak hanya akan mengurangkan risiko terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, malah akan menunjukkan peningkatan tinggi dalam produktiviti dan keuntungan syarikat.

"Program seperti ini harus diteruskan kerana peserta akan mendapat informasi terkini mengenai OSH malah dapat bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain," katanya.

Cuti semester: Ahmad Naquddin berdakwah

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

KUALA LIPIS 12 Jun - Biasanya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) menghabiskan cuti semester dengan 'memerap' di rumah setelah penat bergelut dengan pengajian di kampus atau melancong jika berkemampuan.

Namun terdapat juga penuntut yang memilih membuat kerja kebajikan, apatah lagi aktiviti seperti itu merupakan kegiatan berharga kerana bukan sahaja dapat menggilap pengetahuan malah mampu mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Atas hakikat inilah, seorang penuntut Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Hajah Afzan (IPGKTAA), Lipis, Ahmad Naquddin Abdul Wahid, 23, memilih sekolah pondok Maahad Tahfiz a-Quran Waal Tarbiyah Al Diniah Kampung Relong, Lipis untuk mengabdikan diri dan pengetahuannya untuk berdakwah.

Ahmad Naquddin berkata, dia memilih sekolah pondok berkenaan untuk mempraktikkan kemahiran tajwid dan hafazan al-Quran kepada 18 pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun di situ.

"Saya tidak memilih balik ke kampung di Pekan, sebaliknya memilih sekolah pondok kampung itu untuk melaksanakan kerja sukarela iaitu mendidik pelajar tahfiz.

"Tugas ini amat murni dan ini adalah persediaan saya sebagai pendidik apabila tamat belajar di IPGKTAA Lipis tidak lama lagi," kata penuntut semester lapan itu di Kampung Relong dekat sini baru-baru ini.

Dia yang ditemui ketika mengendalikan ujian tasmik iaitu ujian bacaan al-Quran bersama tiga tenaga pengajar pondok berkenaan menyifatkan pengalaman selama dua minggu di situ amat berharga, sekali gus mendorongnya untuk menjadi guru tahfiz.

"Ketika mula bercuti, saya terus memohon untuk mengajar secara sukarela di pondok ini dan kehadiran saya diterima dengan senang hati termasuk oleh mudir pondok ini, Ustaz Sirajuddin Imam Uda," katanya.

Dia yang pernah belajar di Maahad Tahfiz al-Quran di Kuantan dan Pekan berkata, minat pelajar di Kampung Relong itu amat tinggi dan bersemangat menghafaz surah al-Quran dan ada yang sudah menghafaz 28 juzuk.

"Saya membantu membetulkan sebutan bacaan dan tajwid serta menyempurnakan pengajaran tentang bab fardu ain dalam kalangan pelajar di sini," katanya.

Ahmad Naquddin berkata, selesai cuti semester minggu ini, dia akan kembali semula untuk meneruskan pengajian Pendidikan Islam di IPGKTAA Lipis dan menanam tekad untuk menjadi seorang yang berdedikasi, khususnya dalam bidang dakwah.

Tambahnya, cintanya terhadap al-Quran menzahirkan perasaan berharga iaitu turut menyayangi anak-anak dan pelajar dengan menumpahkan pengetahuan dan pengalaman tentang bidang hafazan ayat kitab suci berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Telatah pembangkang mengada-ngada

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

Ahmad Shabery Cheek (dua, kiri) dan Wee Ka Siong (kanan) beramah mesra dengan anggota Parlimen Bakri, Er Teck Hwa (kiri) pada Sesi Taklimat Bagi Anggota Parlimen dan Pelancaran e-Buku Profil Parlimen di Dewan Bankuet Parlimen kelmarin.

BOSAN DAN MENGADA-NGADA… Mungkin itulah istilah yang paling tepat untuk menggambarkan sikap pakatan pembangkang yang terus mahu berpolitik apabila berhasrat memulau majlis angkat sumpah anggota Parlimen pada 24 Jun ini.

Kelmarin, hanya seorang sahaja ahli Parlimen pembangkang yang hadir ke taklimat khas yang dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Tanpa mempedulikan kepentingan majlis berkenaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas membuat keputusan 'memboikotnya'.

Persoalannya, jika benar pakatan pembangkang berpegang kepada dakyah songsang mereka bahawa berlaku penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, kenapakah kerajaan PKR di Selangor, Kerajaan DAP di Pulau Pinang dan Kerajaan Pas di Kelantan mengangkat sumpah? Apa bezanya perjalanan proses pilihan raya di ketiga-tiga negeri berkenaan berbanding negeri-negeri lain termasuk di kerusi-kerusi Parlimen?

Apakah yang mengendalikan pilihan raya itu adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berlainan? Sudah pasti tidak!

Jelaslah apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang dalam soal pengundian bagi kerusi Parlimen bermotif politik semata-mata. Mereka tidak dapat menerima hakikat impian mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam PRU lalu gagal apabila hanya memperolehi 89 kerusi sahaja berbanding BN 133 kerusi.

Adalah sesuatu yang malang, apabila pembangkang masih belum mahu berhenti daripada berpolitik. Mereka tidak berusaha untuk menjadi pembangkang yang baik dan bertindak sebagai ejen check and balance kepada kerajaan, sebaliknya mahu merebut kuasa semata-mata.

Bagi pembangkang, kekalahan mereka di dalam pilihan raya bukan kerana keputusan yang dibuat oleh rakyat tetapi kononnya penipuan oleh BN, tetapi apa yang anehnya, mereka juga yang 'terhegeh-hegeh' paling awal menubuhkan kerajaan di negeri-negeri yang mereka menangi.

Biar pun apa juga hujah yang hendak dikeluarkan oleh pembangkang apa yang pasti sudah terbukti kini mereka cuba terus memancing emosi rakyat untuk bangkit menentang kerajaan. Mereka menolak sama sekali sebarang seruan agar mereka bermuhasabah kenapakah mereka masih gagal menumbangkan kerajaan BN.

Apa yang pembangkang tahu ialah kekalahan mereka di peringkat Parlimen kononnya disebabkan oleh penipuan BN. Kalau betullah BN hendak melakukan penipuan sudah pasti parti itu tidak akan membiarkan pembangkang kekal menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan serta memastikan BN terus gagal memerintah negara dengan majoriti dua pertiga.

Justeru dakwaan pembangkang dalam soal penipuan ini hanyalah fitnah dan tohmahan semata-mata. Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa kerjasama carca marba mereka tidak memungkinkan rakyat menggadaikan masa depan negara kepada puak seumpama itu.

Sebab itulah kita menyaksikan bagaimana mereka tidak henti-henti mahu mengadakan perhimpunan haram termasuklah pada 22 Jun ini di Kuala Lumpur, biar pun tidak mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berbuat demikian di Padang Merbok.

Pembangkang tahu mengikut Akta Perhimpunan Aman, kelulusan DBKL adalah diperlukan tetapi mereka tetap mahu meneruskan hasrat mereka. Alasan kononnya perhimpunan itu adalah satu perhimpunan aman adalah alasan semata-mata.

Mereka akan sengaja melanggar undang-undang supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas. Apabila berlaku pancutan air dan tembakan gas pemedih mata, maka tercapai impian mereka untuk merosakkan imej negara di mata dunia.

Kalau betullah pembangkang begitu yakin mereka ditipu, maka kemukakan petisyen di mahkamah, biar mahkamah tentukan, kenapa perlu menyeret rakyat terutamanya penyokong tegar mereka ke jalanan? Kalau yakin sangat ada bukti-bukti kukuh yang akan menyokong petisyen mereka maka serah sahaja kepada mahkamah.

Tetapi masalahnya, pembangkang tidak ada bukti kukuh, mereka hanya bijak menabur fitnah, melemparkan tuduhan dan mencipta tohmahan bagi memburuk-burukkan kerajaan BN namun tidak berani berhadapan dengan fakta sebenar.

Hakikatnya, penulis agak teruja untuk mengetahui sejauh manakah 'keberanian' pembangkang untuk memulau majlis angkat sumpah pada 24 Jun ini. Ia memandangkan di dalam pembangkang sendiri berbelah bahagi.

Difahamkan yang beria-ia benar hendak memulaukan majlis tersebut ialah PKR - sebuah parti yang pemimpin-pemimpinnya benar-benar kecewa kerana Penasihat parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal ditabalkan menjadi Perdana Menteri.

Biar pun hanya mempunyai 28 kerusi di Parlimen namun PKR kini seolah-olah menjadi 'taiko' dalam pakatan pembangkang apabila cuba mempengaruhi DAP dan Pas supaya turut sama tidak mengangkat sumpah Ahli Parlimen.

Namun begitu kita jangan terkejut jika selepas ini PKR membuat keputusan untuk menghadiri majlis angkat sumpah tersebut.

Jika mereka berbuat demikian, macam-macam alasan yang akan mereka berikan, maklumlah pembangkang sememangnya dikenali sebagai puak yang bijak mencipta isu, pandai mencari alasan dan terkenal berhujah.

Dan dalam masa yang sama, kita perlu bersedia untuk melihat bagaimana Dewan Rakyat sekali lagi mungkin akan dicemari dengan telatah-telatah memualkan dan mengada-ngada terutamanya oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang yang kali pertama menduduki jawatan itu.

Kita tidak perlu terkejut kalau itu berlaku kerana mereka tidak menghadiri majlis taklimat yang bertujuan membolehkan Ahli Parlimen mengetahui maklumat terkini mengenai peraturan serta garis panduan baharu berhubung hal ehwal berkaitan perjalanan Parlimen.

Apa pun buat masa ini, marilah kita terus menyaksikan 'sarkas politik' yang terus dimainkan oleh pakatan pembangkang yang ternyata semakin 'meroyan' kerana gagal menawan Putrajaya dan pemimpin mereka gagal menjadi Perdana Menteri.

Kita percaya majoriti rakyat berpendapat masa untuk berpolitik sudah tamat, sekarang adalah masa bersama-sama membangunkan negara. Kalau pembangkang mahu berpolitik tunggulah lima tahun lagi apabila Pilihan Raya Umum Ke-14 diadakan.

Tetapi kita yakin pakatan pembangkang yang ada di negara ini 'tidaklah sematang' itu. Mereka hanya mahu berpolitik sepanjang masa dengan matlamat untuk berebut kuasa.

Kalau benar mereka matang berpolitik sudah tentulah mereka akan menerima keputusan PRU-13 dengan hati terbuka dan bukannya membuat tohmahan yang bukan-bukan apabila kalah tetapi dalam masa yang sama bersedia memegang kuasa di kawasan yang mereka kalah dalam satu pilihan raya yang sama.

Inilah kualiti pembangkang yang ada di negara kita, kehadiran mereka dilihat lebih banyak bermatlamat memburu kuasa dan bukannya bersedia menyumbang membangunkan negara selepas pilihan raya.

Namun terserahlah kepada pembangkang untuk terus berpolitik kerana berdasarkan apa yang kita saksikan, rakyat negara ini sudah tidak mahu lagi melayan 'kegilaan mereka'.

Menyabit kesalahan hina Raja

Posted: 12 Jun 2013 11:19 AM PDT

PROF. SALLEH BUANG ialah penganalisis undang-undang.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shabi (empat dari kanan) bersama sebahagian pemimpin daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan menunjukkan laporan polis mengenai individu yang didakwa menghina titah Yang di-Pertuan Agong menerusi akaun laman sosial Facebook dan Twitter masing-masing di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh pada 3 Jun lalu. - Gambar hiasan

KEBELAKANGAN ini saya sering ditanya soalan mengenai: "Andainya seorang itu menghina Raja, apa hukuman yang boleh dikenakan ke atas orang itu?"

Saya kira soalan ini timbul ekoran berita baru-baru ini mengenai seorang wanita Cina berusia 32 tahun yang ditahan polis di Taman Nirwana, dekat Ampang, Selangor, dan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Selain dia, khabarnya ada 4 individu lain yang sedang dicari polis untuk membantu siasatan. Wanita berkenaan dikatakan telah menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman facebooknya.

Jawapan saya kepada soalan tersebut adalah, "Apakah yang sebenarnya dilakukan orang itu sehingga dia dikatakan telah menghina Raja?"

Dengan bahasa mudah, kita perlu faham dimensi dan sempadan undang-undang mengenai kesalahan yang dikatakan "menghina Raja" itu. Kita tidak akan dapat bertindak dengan betul sekiranya kefahaman kita masih samar-samar lagi mengenainya.

Andainya apa yang dilakukan oleh orang itu adalah sekadar membuat posting dalam akaun facebook, misalnya satu ayat biadab yang berbunyi "Aku memang meluat dengan Raja X. Dia seorang Raja yang bodoh", apakah itu satu kesalahan jenayah yang (jika disabitkan di akhir perbicaraan) boleh dikenakan hukuman penjara atau denda?

Sebelum kita pergi jauh lagi, perlu kita ingat bahawa mengikut prinsip am undang-undang jenayah negara, setiap kesalahan itu mesti ada dua elemen penting, iaitu perbuatan yang salah (actus reus), dan niat yang salah (mens rea).

Dalam contoh tersebut, actus reus-nya adalah membuat posting dalam akaun facebook supaya boleh dibaca oleh orang lain. Tetapi bagaimana dengan mens rea orang itu?

Sekiranya pasukan pendakwa dapat mengemukakan keterangan yang kukuh ke tahap melampaui keraguan yang munasabah bahawa apabila orang itu membuat posting berkenaan di akaun facebooknya, dia memang ada menyimpan niat salah satu atau lebih dari berikut:

* Niat "mendatangkan kebencian atau penghinaan" terhadap Raja berkenaan; atau

* Niat "membangkitkan perasaan tidak setia" terhadap Raja berkenaan; atau

* Niat "menimbulkan perasaan tidak puas hati" terhadap Raja berkenaan; atau

* Niat "menimbulkan perasaan tidak setia dalam kalangan rakyat" Raja berkenaan;

Orang itu boleh (setelah disabitkan) dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada 3 tahun dan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan berikutnya, hukuman penjara adalah tidak lebih daripada 5 tahun - s. 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15).

Mungkin ramai yang berpendapat membuktikan tindakan salah pengguna facebook itu mudah sahaja. Hakikatnya tidak semudah itu, kerana pasukan pendakwa perlu mengemukakan kepada hakim bicara keterangan ke tahap melampaui keraguan yang munasabah bahawa akaun facebook berkenaan adalah milik orang yang dituduh, dan memang dialah orang yang memuat naik posting berkenaan, bukan orang lain. Pastinya pihak pendakwa memerlukan kerjasama dan bantuan daripada beberapa pihak agensi kerajaan yang berkenaan.

Andainya sukar bagi pasukan pendakwa membuktikan melampaui keraguan yang munasabah bahawa orang itu ada menyimpan niat salah seperti yang disebutkan dalam Akta Hasutan tersebut, orang itu masih boleh dikenakan pertuduhan di bawah s, 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Di bawah peruntukan undang-undang ini, adalah satu kesalahan menyatakan di ruang siber (termasuk dalam emel, akaun facebook, twitter, pesanan ringkas dan lain-lain) apa-apa kenyataan atau komen yang lucah, tidak sopan, palsu, menakutkan atau menyakitkan pada sifatnya, dengan niat untuk menyakitkan hati, memaki hamun, mengugut atau mengganggu gugat mana-mana orang lain (obscene, indecent, false, menacing, or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass any person).

Jika sabit kesalahan di bawah peruntukan ini, orang itu boleh dipenjarakan tidak lebih daripada 1 tahun atau denda tidak lebih daripada RM50,000 atau kedua-dua sekali. Sekiranya kesalahan itu terus dilakukan selepas sabitan, orang itu boleh dikenakan denda tambahan sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan.

Barangkali disebabkan kurang faham mengenai undang-undang yang sedia ada ini (satu Akta lama dan satu lagi Akta baru) maka kini timbul cadangan agar diwujudkan satu undang-undang baru, bernama Akta Derhaka, untuk menangani masalah perbuatan menghina Raja.

Pada hemat saya, undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi untuk membanteras kesalahan menghina Raja. Masalahnya bukan tiada undang-undang. Masalahnya tidak ada pelaksanaan yang segera dan tegas, tidak teragak-agak dan tidak memilih bulu.

Andainya berlaku gerakan militan, tindakan ganas atau yang lebih serius lagi, misalnya sehingga ke tahap memerangi Raja (seperti peristiwa Al-Maunah di masa lampau), peruntukan yang sedia ada dalam Kanun Keseksaan (khususnya seksyen 121, 121A, 121B, 121C) sudah memadai dan masih boleh digunakan. Andainya terdapat lompong atau kesamaran dalam undang-undang ini, ia masih boleh dipinda.

Andainya satu undang-undang khusus (Akta Derhaka) hendak diwujudkan, maksud sebenar dan dimensi kesalahan "menderhaka" itu perlu terlebih dahulu diperincikan dengan tepat dan kemas sekali, difahami semua pihak agar tidak timbul kesamaran.

Andainya ada individu meluahkan rasa tidak setuju dengan apa yang dititahkan oleh Raja, tetapi tidak melakukan apa-apa tindakan lain selebihnya selepas itu, individu ini belum lagi melakukan apa-apa kesalahan. Seperti ditegaskan, dua elemen kesalahan (actus reus dan mens rea itu) mesti wujud sebelum seorang itu boleh diheret ke mahkamah.

Pada hemat saya, andainya Akta Derhaka ini hendak diwujudkan, terlebih dahulu cadangan awal ini mesti dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja, agar pandangan dan nasihat Majlis Raja diperolehi sebelum Rang Undang-Undang ini digubal oleh Jabatan Peguam Negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Apek risau tanggapan peminat

Posted: 11 Jun 2013 11:53 PM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon dan pelawak yang lebih dikenali dengan nama Saiful Apek atau nama sebenarnya atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusof, 44.

Bukan orang dewasa, malah kanak-kanak pun kenal dengan nama pelawak ini.

Selama 19 tahun dalam industri seni, banyak ranjau yang dilalui oleh pelawak ini. Malah, setelah menjadi hak milik orang ramai, Apek sendiri sedar bahawa semua aktiviti dan perilakunya diperhatikan oleh masyarakat.

Namun, walaupun tahu dirinya diperhatikan masyarakat apatah lagi bila dikaitkan dengan kes dadah, Apek masih lagi tenang menghadapi dugaan itu. Namun, bagi Apek, dia sebenarnya lebih risau dengan penerimaan peminatnya sendiri.

"Kes dadah melibatkan diri saya sebenarnya memang memberi kesan tetapi lebih menjurus kepada peminat saya. Kerjaya saya sebagai seorang penggiat seni tidak terasa sangat impaknya.

"Malah, sehingga kini, masih ada lagi tawaran-tawaran kerja dalam bidang seni khususnya lakonan yang saya terima. Stesen televisyen tempatan pun setakat ini belum 'gam' saya lagi. Saya amat bersyukur dengan perkara ini.

Jelas Apek, seperkara lagi yang merisaukan dirinya ialah penerimaan peminatnya yang melihat dirinya bukan sebagai seorang pelawak, tetapi sebagai seorang ahli motivasi.

"Saya masih lagi dengan badan-badan kerajaan, melakukan kerja-kerja amal. Malah, ada juga yang institusi-institusi pendidikan dan sebagainya yang menjemput saya tetapi bukan untuk persembahan, tetapi untuk memberi motivasi.

"Nampak kurang baiklah sekiranya saya yang memberi motivasi kepada mereka pula dikaitkan dengan perkara-perkara yang tidak baik dan itu memberi kerisauan pada saya tentang perubahan pandangan mereka kepada Saiful Apek," katanya.

Walau bagaimanapun, jelas Apek, perkara ini terpulang kepada persepsi peminatnya atau masyarakat amnya menerima berita ini dan penilaian mereka terhadap berita yang disampaikan.

Tambah Apek lagi, dia lebih selesa untuk tidak terlalu melayan kata-kata orang terhadap dirinya termasuklah di laman-laman sosial.

"Kadang-kadang bila saya terbaca komen-komen berbentuk 'bom tangan' yang dilemparkan kepada saya berkaitan kes ini, jujurnya saya terkesan. Tetapi saya lebih selesa untuk tidak terlalu melayan perkara-perkara seperti ini," ujarnya.

Sumber kekuatan Saiful Apek

Bukan mudah sebenarnya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang yang menjadi perhatian masyarakat. Apatah lagi, bebanan itu ditambah dengan kes-kes yang boleh menjejaskan maruah atau imej seseorang itu.

Tidak menjadi masalah jika seseorang itu menjadi topik perbualan sekiranya ia adalah sesuatu yang positif. Namun, bila topik itu menyentuh perkara negatif, ia bukan sahaja menganggu emosi seseorang itu, tetapi juga mental.

Bagi Apek, sepanjang dirinya dikaitkan dengan kes dadah, anak-anak menjadi tunjang kekuatan dirinya.

Malah, dia kelihatan teruja bila bercerita mengenai perihal anaknya Mohd. Riyadh Aslam, 18, dan Mohd. Radzin Aiman, 15.

"Menghadapi dugaan seperti ini memang memerlukan kekuatan dan hakikatnya, dua orang anak saya ini menjadi tonik untuk saya terus bekerja dalam industri seni.

"Malah, saya sendiri bersyukur kerana masih dikelilingi oleh mereka yang sangat baik dan sentiasa memberi kepercayaan kepada saya terutamanya mereka yang berada dalam dunia seni," jelasnya.

Tambah Apek, artis-artis lama yang pernah menjalani detik-detik hitam sepertinya juga menguatkan lagi semangatnya untuk terus kekal menghiburkan peminat yang sentiasa berada di belakangnya.

"Saya selak kembali sejarah orang terdahulu yang pernah menjalani detik-detik sejarah hitam melibatkan diri mereka. Sehingga kini, walaupun pernah tercalit dengan kontroversi, mereka masih gah dalam industri seni.

"Individu seperti ini memberi saya inspirasi untuk saya terus kuat dan melakukan yang terbaik untuk diri saya, keluarga, peminat dan masyarakat luar.

"Mereka menjadi sumber untuk saya tekad melupakan kisah silam dan tidak mudah berputus asa dengan apa yang telah terjadi kepada diri saya," jelasnya.

Tambah Apek, walaupun daripada luarannya dia nampak seperti seorang yang sentiasa ceria, dia berasakan dirinya tetap seperti manusia biasa.

"Ahli komedi ini sebenarnya sangat sensitif. Nampak sahaja suka berlawak dan buat orang ketawa, tetapi hati mereka sangat mudah tersentuh.

"Pelawak ini sebenarnya tidak suka bercerita dan lebih suka memendam tentang apa yang sedang dihadapinya," katanya.

Sarah buat Zahid lebih teratur

Posted: 11 Jun 2013 11:53 PM PDT

Zahid lega kerana Sarah ada untuk menjaganya.

BEKAS juara Akademi Fantasia 2 (AF2), Zahid, 33, yang juga penyampai radio ERA fm, menganggap isterinya, Sarah Julifa Isa, 25, telah menjadikan kehidupannya seharian menjadi lebih teratur.

Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, berkata demikian sejurus bergelar suami kepada Sarah apabila dia diijabkabulkan dengan sekali lafaz.

Saya seorang yang simple. Kehadiran Sarah telah banyak mengubah hidup saya, misalnya saya lebih berdisiplin terutama dalam soal pengurusan masa dan duit," komennya ringkas. Zahid AF dan Sarah selamat diijabkabulkan oleh jurunikah, Jaafar bin Haji Puteh di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan, Perak sekitar pukul 3 petang baru-baru ini.

Selepas itu, pasangan ini akan melangsungkan majlis resepsi mereka akan diadakan di Teluk Intan, Perak pada 15 Jun ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Terjebak cinta pengkid

Posted: 11 Jun 2013 11:53 PM PDT

Marisa (bukan nama sebenar) saya kenali sejak di sekolah menengah lagi. Persahabatan kami agak erat memandangkan kami bukan saja rakan sekelas bahkan tempat tinggalnya juga tidak jauh dari rumah saya.

Raut wajah bujur sirih dengan kulit kuning langsat ditambah lagi kata-kata yang disusun begitu tersusun dan lembut, membuatkan ramai pelajar lelaki 'makan hati' pada Marisa.

Selepas tamat tingkatan lima, kami terputus hubungan apabila ibu bapanya pindah balik kampung dan kami melanjutkan pelajaran ke universiti berbeza.

Namun, baru-baru ini kami bertemu semula dalam satu majlis perkahwinan bekas rakan sekolah.

Wajah dan penampilan Marisa tidak jauh berubah, cuma nampak lebih kemas dan matang seiring dengan peningkatan usia.

Mengenakan kebaya merah muda dipadan dengan batik lepas, kecantikan Marisa nampak menyerlah lebih-lebih lagi dengan rambut dilepas paras bahu.

Sempat bertanya khabar dan bertukar-tukar nombor telefon, ternyata dia tidak menunggu lama kerana keesokan harinya saya menerima panggilannya.

Bezanya kali ini nada suara Marisa agak kurang ceria berbanding semalam - bagai menyimpan rahsia yang mahu dikongsi.

Benar bagai ditelah, Marisa mengaku dia kini dalam dilema selepas 'terjebak' dalam satu perhubungan terlarang sejak enam tahun lalu.

"Hidup saya bergelumang dosa. Nabi pun tidak mengaku saya umatnya," keluhnya dengan nada yang cukup berat.

Menurut Marisa, segalanya bermula ketika dia baru melangkah ke alam pekerjaan selepas menamatkan pengajian di universiti.

Di tempat kerja dia berkenalan dengan rakan sekerja, Rabiah atau lebih gemar membahasakan diri sebagai Rudy, yang cukup ramah dan sentiasa ceria.

"Walaupun perawakan dan penampilannya nampak seperti lelaki, dia seorang rakan yang baik dan sangat mengambil berat. Mulanya saya cuak juga dengan tingkah-laku dan kata-katanya yang agak kasar tapi lama-kelamaan semakin lali.

"Memang ada rakan-rakan membisikkan ke telinga agar berhati-hati terhadap Rudy kerana dia bernafsu songsang.

"Begitupun saya tidak berasa bimbang kerana waktu itu saya sudah ada teman lelaki dan saya kenal diri saya, tidak mungkin saya menyukai kaum sejenis," katanya.

Dijadikan cerita, hubungan dengan teman lelakinya, Hakimi, sedikit goyah dan sering tidak sefahaman dalam banyak perkara membuatkan Marisa seakan tidak disayangi dan dihargai.

Sebagai teman sekerja, Rudy jadi tempat Marisa mengadu bukan setakat masalah kerja bahkan berkaitan hal teman lelaki.

"Setiap kali bergaduh dengan teman lelaki, Rudy tempat saya meluah perasaan. Memang tidak saya nafikan dia pandai memujuk, kata-katanya membuatkan hati saya tenang dan hilang segala kesedihan.

"Dia kerap menasihatkan saya agar lupakan saja teman lelaki saya itu. Katanya, saya patut memperoleh pasangan yang lebih baik yang menghargai dan menyayangi saya.

"Bila difikir ada betulnya kata-kata Rudy. Apa perlunya saya tunggu lelaki yang sering menyakiti dan tidak pandai mengambil hati saya," katanya.

Marisa nekad meninggalkan Hakimi biarpun sayang dan cintanya masih bersisa pada lelaki itu. Bagi mengubat kesedihan dia menghabiskan masa keluar dan kerap kalinya akan ditemani Rudy.

"Malah Rudy banyak membantu saya melupakan Hakimi. Kebetulan Rudy bekerja di bahagian penganjuran acara, jadi saya kerap mengikutnya apabila ada tugasan luar.

"Sehinggalah pada suatu hari dia menyatakan dia sangat menyayangi saya dan mahu menjadikan saya 'teman wanitanya'.

"Sejak dari itu layanannya terhadap saya sangat luar biasa. Setiap pagi ada saja bungkusan makanan atau jambangan bunga daripada dia di meja kerja saya. Sebelah malamnya dia akan menghubungi saya meluahkan kata-kata cinta dan pujuk rayu.

"Mulanya saya rasa rimas dan cuba menolak kerana saya bukan jenis macam itu. Saya mula menjauhkan diri dari dia dan mengelak panggilan telefonnya," ujar Marisa.

Menyedari keadaan itu, Rudy mula mengubah strategi. Hampir setiap hari dia akan menunggu Marisa balik kerja dan begitu juga ketika pergi kerja, tahu-tahu dia sudah terpacul dengan keretanya di depan rumah.

Tidak sampai hati untuk mengecewakan Rudy, akhirnya Marisa akur. Pergi dan balik kerja kini dihantar dan dijemput Rudy.

Bukan itu saja, Marisa turut dihujani dengan pemberian pelbagai hadiah daripada pakaian, kasut hinggalah kepada beg tangan dan barang kemas.

Keadaan itu membuatkan Marisa semakin tenggelam dan lemas dengan segala pujuk rayu Rudy sehingga tanpa disedari mereka telah menjadi 'pasangan kekasih'.

Marisa juga sudah tidak peduli dengan rakan-rakan sepejabat yang mengatanya menjalin hubungan songsang bercinta dengan 'pengkid'.

Baginya, Rudy cukup membahagiakan malah hampir semua keinginannya dipenuhi oleh pengkid itu.

"Kami memang asyik-masyuk bercinta. Kami sudah tidak peduli apa orang keliling kata, malah kami memutuskan untuk tinggal serumah dan hidup bagai 'suami isteri'.

"Kami 'melayari' rumah tangga kami dengan cara kami sendiri secara zahir dan batin. Jika di rumah saya memanggilnya 'hubby' dan dia panggil saya 'baby'.

"Ada juga rakan-rakan baik yang datang nasihatkan saya. Mereka kata perbuatan saya berdosa dan hubungan seperti ini tidak ada masa depan.

"Nasihat mereka bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Malah bila saya ceritakan pada Rudy, rakan saya itu pula yang kena marah dan Rudy melarang saya berkawan dengannya lagi.

"Sebagai kekasih, Rudy sememangnya sangat cemburu. Dia sentiasa mengawal gerak-geri saya. Ke mana dan dengan siapa saya berada mesti beritahunya dahulu.

"Walaupun berasa agak terkongkong, tapi kerana sayangkan dia saya tak kisah. Malah sejak bersama Rudy saya mula menjauhkan diri dari kawan-kawan kerana tidak mahu dengar sindiran mereka.

"Dunia saya hanya dengan Rudy. Ke mana-mana pergi kami berdua," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan keluarga, Marisa terdiam sebentar. Dahulu, saya kenal keluarga Marisa mempunyai latar belakang agama yang agak kuat.

Malah, ayahnya sering dipanggil menjadi imam di surau tempat kami tinggal sebelum mereka berpindah.

Kata Marisa, sehingga sekarang keluarganya di kampung tidak tahu hakikat sebenar hubungan dia dengan Rudy.

"Saya pernah bawa Rudy balik kampung. Masa itu saya kenalkan Rudy sebagai rakan serumah. Mungkin disebabkan kami sama-sama perempuan, ayah dan emak tidak mengesyaki apa-apa.

"Ada juga emak tanya tentang cara Rudy berpakaian, tapi saya katakan pada emak itu memang gaya dia dari awal. Lepas itu, perbualan tersebut mati di situ," katanya.

Sesekali apabila ibu bapanya datang ke Kuala Lumpur dan menginap di rumahnya, Rudy akan pindah tidur di bilik lain.

Ditanya tentang dosa pahala, Marisa mengakui sejak beberapa tahun kebelakangan dia mula merasakan jalan yang dilaluinya sekarang tidak betul.

Ada juga dia terfikir untuk meninggalkan cara hidupnya sekarang, tetapi dia tidak cukup kuat dan tidak berani berhadapan dengan Rudy.

Dia tidak mahu merasai lagi peritnya penampar Rudy yang pernah hinggap di pipinya beberapa tahun lalu gara-gara dia menyatakan untuk berpisah kerana semakin tidak yakin dengan hubungan tersebut.

"Saya sedar usia saya semakin bertambah. Sebagai wanita saya juga mempunyai naluri untuk berkahwin dan mempunyai anak. Tapi saya tahu dengan perhubungan seperti ini tidak mungkin saya dapat penuhi impian tersebut.

"Saya juga sedar jalan yang saya pilih ini penuh dengan dosa. Doakan saya agar punya kekuatan untuk mencari jalan keluar. Saya tidak mahu selamanya macam ini," ujar Marisa diiringi esakan kecil yang sayup-sayup kedengaran di hujung talian.

Busana pengantin untuk sang juara

Posted: 11 Jun 2013 11:53 PM PDT

Nurul Awanis Ariffin dan Mohd. Hafidz Shamsir Md. Nasir melihat busana pengantin yang akan dipakai pada hari persandingan mereka.

JUSTERU, pemilihan pakaian pengantin merupakan salah satu perkara dalam senarai teratas untuk dilakukan.

Begitu jugalah yang berlaku kepada pemenang tempat pertama Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musim Ke-4, Nurul Awanis Ariffin, 27, dan tunangnya, Kapten Mohd. Hafidz Shamsir Md. Nasir, 26.

Bakal ke jenjang pelamin pada 23 Jun ini, pasangan ini dilihat cuba menyiapkan persiapan dengan seberapa segera memandangkan segala-galanya dipercepatkan.

Menurut Nurul Awanis, dia telah melakukan persediaan sebaik sahaja diberitahu memenangi tempat pertama peraduan.

Kini katanya, segala-galanya berjalan lancar dan Insya-Allah semuanya dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.

"Alhamdulillah setakat ini boleh dikatakan hampir 80 peratus persediaan telah pun dilakukan.

"Segala-galanya telah pun dilakukan termasuklah berjumpa dan berbincang dengan pihak penaja," ujarnya ketika sedang mengenakan baju tajaan di Dios Astana Bridal, Puchong, baru-baru ini.

Busana pengantin yang direka khas oleh pereka Dios Astana Bridal, Ernie Yusnita Mohd. Nordin, 26, memperlihatkan pasangan ini bakal mengenakan persalinan berwarna coklat keemasan.

Begitupun, pasangan ini akan diraikan dengan penuh istiadat tentera udara di mana bagi persalinan pertama Mohd. Hafidz akan mengenakan pakaian istiadat yang berwarna biru gelap.

Berbicara lanjut mengenai baju rekaan Ernie tersebut, ia merupakan rekaan moden tetapi masih lagi mengekalkan ciri-ciri muslimah.

Menggandingkan kain syifon dan satin, mampu menjadikan pakaian tersebut terletak cantik pada badan si pemakai.

Tidak terhad dengan gabungan dua fabrik mewah tersebut, Ernie turut menyerlahkan lagi busana dengan perincian indah taburan manik.

"Rekaan yang diberikan kepada Nurul Awanis akan diperincikan lagi dengan manik-manik agar ia kelihatan eksklusif dan mahal.

"Ia bertujuan untuk menjadikan Nurul Awanis betul-betul raja sehari yang indah dalam persalinan mewah.

"Sentuhan kali ini lebih menekankan kepada kepentingan potongan yang baik agar busana yang digayakan tampak terletak di tubuh pengantin biarpun kelihatan ringkas," kata Ernie lagi.

Yang pasti, walaupun cita rasa wanita dalam pemilihan busana raja sehari seiring dengan peralihan zaman yang menginjak kemodenan, untuk Nurul Awanis, ia masih mengekalkan ciri-ciri muslimah, bersesuaian dengan penampilannya yang berhijab.

Jika dilihat pada bahagian kain yang dihasilkan, Erni menjadikannya bertingkat kerana ia akan menampakkan Nurul Awanis lebih tinggi.

Jelas, busana rekaan Erni hasil perbincangan dengan Nurul mampu menampilkan kelainan ketika hari persandingan.

Sementara itu, Dios Astana Bridal selaku pusat sehenti membekal, memproses dan menjual barangan dan keperluan pengantin, turut menawarkan pelbagai rekaan busana dan persalinan perkahwinan yang menarik mengikut perkembangan semasa.

Baju rekaan di Dios Astana Bridal sentiasa mengikuti perkembangan fesyen selari dengan kehendak pelanggan yang semakin teliti dan memilih untuk majlis mereka.

Dalam pada itu, pemilik Dios Astana Bridal, Zaidi Osman berkata, seiring dengan pertukaran selera pasangan yang berkahwin pada masa ini, pihaknya sentiasa memastikan setiap produk yang dihasilkan memenuhi kehendak dan cita rasa pelanggan.

Selaku penaja pakaian pengantin bagi pemenang Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia bermula dari musim kedua hingga keempat, Zaidi mengakui pelbagai pilihan rekaan dan warna baju perkahwinan disediakan memenuhi cita rasa dan kehendak pelanggan.

Selain menjadi pembekal barangan perkahwinan kepada mak andam, Dios Astana Bridal juga menghasilkan sendiri baju-baju pengantin melibatkan aspek potongan, rekaan dan jahitan manik.

Dios Astana Bridal yang telah mempunyai enam cawangan di seluruh Malaysia, akan membuka cawangan baharu yang terletak di Shah Alam, Selangor dan dijangka memulakan operasi sekitar September ini.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan produk-produk perkahwinan boleh mengunjungi Dios Astana Bridal yang terletak di Pusat Perdagangan Puchong Prima atau terus hubungi talian 03-80633020. - MARIATUL QATIAH ZAKARIA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Pupuk semangat cinta negara

Posted: 11 Jun 2013 11:53 PM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar FAIRUZ IZYANA AYUB

Siti Sakinah Jamaludin yang kental dengan semangat cintakan negara.

MUNGKIN Siti Sakinah Jamaludin, 23, hanya gadis biasa - dia muda, bekerjaya dan mempunyai pendapatan sampingan hasil daripada usahanya sendiri.

Penampilannya ringkas sesuai dengan usianya dan merendah diri dalam setiap perkara.

Namun apabila berbicara soal negara, nada suaranya menjadi serius. Ternyata walaupun sekadar anak muda biasa, Siti Sakinah yakin suaranya penting dalam menyumbang kepada perpaduan negara.

Siti Sakinah atau nama panggilannya Eina, tetap mahu menyuarakan pendapat menerusi ruang kebebasan dan hak demokrasi yang diberikan kepada setiap rakyat di negara ini.

Bagi gadis kelahiran Taiping, Perak ini, usia muda tidak harus dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri, keluarga dan negara yang tercinta.

Semangat patriotisme Eina memang terserlah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) baru lalu.

Baginya, walaupun masih muda dan mentah serta masih belum matang berfikir tentang susur galur politik, golongan muda tidak seharusnya bertindak melulu untuk memilih parti yang disokong.

"Golongan muda sepatutnya menilai kembali perjuangan generasi terdahulu. Jangan terlalu mengikut emosi dan membiarkan diri dipengaruhi dengan kebencian.

"Sikap berontak seperti mengutuk, memburuk-burukkan pihak satu lagi dan menyemai kebencian dengan menabur fitnah akhirnya akan makan diri.

"Mereka bukan saja akan hilang rasa hormat pada orang lain, malah nilai-nilai murni yang dipegang akan lama-kelamaan akan terhakis ," katanya yang ditemui di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Eina menambah, seharusnya golongan muda memanfaatkan media sosial seperti Facebook atau Instagram dengan ilmu yang dapat memberi kebaikan, bukan menjadikannya sebagai medan mengutuk dan membuka aib orang.

"Golongan muda ini sepatutnya membaca dan memahami sejarah negara. Mereka perlu menghayati susah-payah nenek moyang kita dahulu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas daripada cengkaman penjajah. Ia bukannya satu perjalanan yang mudah dan.

"Bayangkan ketika itu rombongan yang diketuai oleh Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman ke London untuk misi menuntut kemerdekaan negara, terpaksa bergantung dengan pemberian duit serta harta dan belas kasihan orang ramai.

"Ketika itu tanpa mengira agama dan ideologi politik, kaum Melayu, Cina dan India telah bersatu padu mengumpul duit bagi menjayakan misi tersebut.

"Justeru nilai-nilai patriotisme seperti ini patut diterapkan dalam hati dan jiwa generasi muda. Kesetiaan, keberanian, rela berkorban, cintakan bangsa dan negara perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan rakyat yang bertanggungjawab kepada bangsa dan negara," tegas Eina lagi.

Eina dan dunia lelaki

Walaupun bertubuh kecil molek, Eina sebenarnya memikul jawatan juruteknik yang bertanggung jawab menyelenggara system audio bunyi dan multimedia di pejabatnya.

Hampir dua tahun bertugas di bahagian tersebut, Eina semakin selesa dengan tugasan yang biasanya dimonopoli kaum Adam.

"Saya berbangga kerana diberi kepercayaan untuk melaksanakan tugas seperti itu. Walaupun pada awal perkhidmatan saya ramai yang tidak percaya saya boleh buat, Alhamdulillah kebolehan saya kini diiktiraf majikan.

"Memanglah awal-awal dulu saya juga tidak sanggup kerana perlu memikul beban peralatan yang berat, namun alah bisa tegal biasa. Lama kelamaan saya jatuh cinta pada kerjaya ini dan semua yang sukar menjadi semakin mudah.

"Benarlah kata pakar motivasi untuk berjaya dalam satu kerjaya bermula dengan menyemai minat yang tinggi," jelas anak bongsu daripada dua beradik ini.

Tugasan Eina juga memerlukan dia mempelajari teknik fotografi dan videografi. Ini membuatkan dia berasa amat bertuah kerana berpeluang mengasah kemahiran dalam dua bidang yang memang diminati sejak di bangku sekolah lagi.

"Selepas setahun bekerja barulah saya dapat mengumpul duit sendiri dan membeli kamera DSLR. Dengan kamera yang ada saya berjinak-jinak melakukan tugas sampingan dengan menubuhkan Princesses Photography & Make Ups bersama sahabat baik saya, Fifi Athirah Anuar.

"Peluang menuntut ilmu dengan Hasnuddin Abu Samah dari Photo Teachers juga satu pengalaman yang amat berharga . Ilmu fotografi ini memang perlu dipelajari barulah hasilnya juga akan menjadi luar biasa," katanya yang menjadikan jurufoto profesional, Saiful Nang sebagai idolanya.

Walaupun Eina baru saja melibatkan diri dalam dunia fotografi, dia berasa amat bertuah kerana diberi kepercayaan oleh ramai pihak yang mahukan dia menjadi jurugambar rasmi bagi majlis istimewa mereka.

"Saya pernah mendapat pelanggan dalam kalangan pasangan pengantin baru, mereka yang menyambut hari ulang tahun perkahwinan, hari konvokesyen dan menyiapkan gambar profil individu.

"Alhamdulillah, setiap perkara yang dilakukan dengan ikhlas, pasti akan mendapat hasil yang menakjubkan," jelas Eina yang bercita-cita menubuhkan studionya sendiri satu hari nanti.

Aksesori eksklusif

Posted: 11 Jun 2013 11:53 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar MOHD FARIZWAN HASBULLAH

Gabungan rantai mutiara dan batu-batu separa berharga mencetus kelainan.

FESYEN pakaian yang cantik dengan dandanan diri yang memukau tidak akan nampak menyerlah tanpa diri dihiasi dengan aksesori atau perhiasan diri yang sesuai.

Pemakaian aksesori kini mula diminati kerana perhiasan ini boleh dibeli pada harga yang lebih murah daripada barang kemas.

Ramai yang lebih menggemari aksesori berbanding barang kemas kerana memikirkan keselamatan diri dan keselesaan tatkala memakai.

Ini kerana wanita tidak perlu bimbang kemungkinan akan diragut yang boleh menyebabkan kecederaan diri. Dengan kata lain, wanita berasa bebas berjalan di mana sahaja waima di tempat yang tidak ramai orang jika mereka hanya memakai aksesori.

Aksesori dibuat daripada pelbagai bahan seperti tembaga, perak, batu-batu separa berharga (semi precious stone), kristal, mutiara, kaca dan sebagainya.

Kepelbagaian warna batu-batu separa berharga menjadikan aksesori boleh digayakan dengan warna baju yang dipakai.

Rekaan aksesori turut versatil dan boleh digayakan pada bila-bila masa dan majlis. Aksesori tidak akan dilupakan walau masa berlalu kerana ia tetap akan kembali dan diminati.

MahaniMoleque merupakan jenama hasil kraf tangan halus yang merangkumi barangan perhiasan wanita dan peralatan dekorasi rumah yang seratus peratus ciptaan Azlinda Arshad.

Bagaimanapun, MahaniMoleque lebih dikenali sebagai jenama barangan perhiasan wanita yang eksklusif mahupun rekaan ringkas dan sesuai dengan semua golongan dan peringkat usia wanita.

Aksesori MahaniMoleque terdiri daripada pelbagai rekaan seperti rantai, rantai tangan, anting-anting, cincin dan kerongsang. Ia boleh digayakan dengan semua jenis rekaan fesyen daripada yang tradisional sehinggalah ke rekaan fesyen moden, kasual dan formal.

Melalui perniagaan dan urus niaga secara online, azlinda@mahanimoleque.com, aksesori yang dihasilkan menggunakan batu permata, kristal dan pelbagai jenis manik yang cantik dan menarik diikat dengan menggunakan tali saduran perak dan emas 14k.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved