Isnin, 13 Jun 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Harun anggap pengguguran jawatan sebagai perkara biasa

Posted:

Harun anggap pengguguran jawatan sebagai perkara biasa

Harun anggap pengguguran jawatan sebagai perkara biasa

KUALA TERENGGANU 13 Jun - Datuk Harun Taib yang digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya Pas Terengganu akur dengan keputusan itu sambil menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam parti.

Beliau yang masih kekal sebagai Ketua Dewan Ulama Pas menyifatkan perubahan itu merupakan satu keperluan untuk memantapkan lagi jentera bagi mengukuhkan perjuangan Pas.

Malah, menurutnya, pengguguran daripada jawatan berkenaan sekurang-kurangnya memberi lebih banyak masa kepadanya untuk beristirehat kerana keuzuran.

"Ini perkara biasa (perubahan jawatan), ia dibuat atas keperluan dan saya pun uzur. Jadi biarlah orang lebih muda sandang jawatan itu (Pesuruhjaya Pas Terengganu)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harun diminta mengulas pelantikan baru Jawatankuasa Pas Pusat bagi sesi 2011-2013 yang diumumkan semalam menyaksikan beliau dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali digugurkan daripada jawatan masing-masing.

Tempat Harun diisi oleh timbalannya, Abdul Wahid Endut yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam.

Senarai pelantikan baru itu diumumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang akhbar di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur semalam sejurus selesai mesyuarat pertama kepimpinan baru parti tersebut yang dipilih pada muktamar parti itu minggu lalu.

Harun sebelum ini ada kalanya mengutarakan pendirian agak berbeza berhubung strategi parti dan pendekatan dalam hubungan dengan parti-parti pembangkang sehingga beliau turut dikritik secara terbuka.

Bagaimanapun Harun menolak dakwaan kononnya perubahan beberapa jawatan tertinggi parti itu kerana perbezaan itu sebaliknya menjelaskan ia untuk melancarkan lagi jentera parti dengan gabungan muka lama dan baru.

Harun berkata, beliau bersedia memberi sokongan padu kepada Abdul Wahid dalam meneruskan perjuangan serta agenda parti itu khususnya di Terengganu.

"Saya wajib beri kerjasama dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan baru (Abdul Wahid) sekiranya khidmat saya masih diperlukan," ujarnya.

Harun dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Terengganu bermula 1989 hingga 1997 sebelum dilantik sekali lagi pada 2009 hingga 2011.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada sebab Pas gugur istilah Islam

Posted:

Tiada sebab Pas gugur istilah Islam

Tiada sebab Pas gugur istilah Islam

KUALA TERENGGANU 13 Jun - Tiada sebab untuk Pas menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu yang digunakan sejak sekian lama hanya kerana Pas mengubah dasar perjuangan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, berpandukan al-Quran dan sunnah, perkataan kebajikan turut memberi makna kepada perkara kebaikan seperti dituntut agama Islam.

"Jadi, kenapa kita (Pas) kena ubah dan gugur perkataan Islam. Tiada sebab kita nak buat begitu," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan pelbagai pihak yang mencabar Pas menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang lain.

Menurut Harun, Pas akan terus mengekalkan perkataan Islam dalam meneruskan matlamat serta dasar perjuangan parti itu sampai bila-bila.

"Sejak Pas ditubuhkan sehingga sekarang, kita telah guna perkataan Islam dan kita akan terus menggunakannya sampai bila-bila," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Tidak boleh paksa pelajar tinggal di asrama

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA TERENGGANU 13 Jun - Pihak pengurusan sekolah harian pada asasnya tidak boleh memaksa pelajar tinggal di asrama kerana ia tidak menjadi amalan dan polisi pendidikan di negeri ini.

Program Pelajaran Ekuin diperkenal di sekolah

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA TERENGGANU 13 Jun - Jabatan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Majlis Ekuin Malaysia (MEM) telah memperkenalkan Program Pelajaran Ekuin kepada para pelajar di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional sebagai subjek pilihan bermula tahun ini.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Guru KAFA didakwa subahat suami rogol anak

Posted:

Guru KAFA didakwa subahat suami rogol anak

Guru KAFA didakwa subahat suami rogol anak

KUALA LUMPUR 13 Jun - Seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini, hari ini atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya yang didakwa merogol dan mencabul anak perempuannya, tiga bulan lalu.

Suaminya, seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berasingan dekat sini atas tiga tuduhan merogol serta mencabul mangsa berusia 15 tahun yang merupakan anak tirinya.

Guru agama itu didakwa di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad atas tuduhan bersubahat dengan suaminya yang berusia 36 tahun, menyuruh mangsa membuka pakaian dan menutup mulut.

Kejadian itu didakwa berlaku dalam bilik tidur sebuah rumah di Bukit Ampang Permai dekat sini antara pukul 12 tengah malam hingga 1 pagi, April lalu.

Ibu lima anak itu yang berusia 33 tahun turut didakwa bersubahat dengan lelaki itu terhadap kesalahan sama dengan menyuruh anaknya masuk ke bilik tidur berkenaan antara pukul 12 tengah malam hingga 1 pagi, 12 Mei lalu.

Selain itu, wanita berkenaan menghadapi tuduhan membenarkan pemandu lori itu mencabul mangsa di bilik yang sama antara pukul 12 tengah malam hingga 1 pagi, Mac lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 376(3) dan Seksyen 354 kanun sama.

Sementara itu di hadapan Hakim Manira Mohd. Nor, suami guru agama terbabit minta dibicarakan atas tuduhan merogol dan mencabul mangsa pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan 10 kali bagi setiap pertuduhan merogol.

Bagi perbuatan mencabul pula tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Pasangan suami isteri tersebut yang tidak diwakili peguam bela tidak dibenarkan ikat jamin oleh kedua-dua hakim yang mengendalikan prosiding.

Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Ab. Hamid memohon di hadapan Hakim Roszianayati agar kes wanita itu dibicarakan bersama tuduhan yang dihadapi suaminya.

Roszianayati membenarkan permohonan itu dan kes tersebut akan disebut di hadapan Manira pada 13 Julai ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dibebas, bapa tak mampu bayar wang tebusan

Posted:

Dibebas, bapa tak mampu bayar wang tebusan

Dibebas, bapa tak mampu bayar wang tebusan

HULU SELANGOR 13 Jun - Sekumpulan empat lelaki bertindak membebaskan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun (gambar) yang diculik setelah bapa mangsa memaklumkan tidak mampu membayar wang tebusan.

Mangsa merupakan anak seorang pengusaha kedai kopi dan kolam ikan telah diculik di hadapan rumahnya di Kampung Baru Air Panas, Kerling, di sini, pada Jumaat lalu.

Kanak-kanak terbabit bagaimanapun dibebaskan tanpa dicederakan berhampiran Hospital Sungai Buloh dekat sini pada keesokan harinya iaitu selepas 29 jam diculik.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Liew Hong, 52, ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini memberitahu, anak sulungnya itu dipercayai diculik oleh empat lelaki dengan menaiki kereta Perodua Myvi semasa keluar rumah untuk menemui rakannya pada pukul 7 pagi.

"Anak saya keluar rumah pada awal pagi kerana mahu mengambil basikal bermotor yang dipinjamkan kepada kawan," katanya.

Menurut Liew Hong, penculik mungkin mengambil kesempatan menculik anaknya kerana rumah mereka terletak di tepi sekali bersebelahan dengan sebuah lorong.

Katanya, insiden penculikan terbabit kebetulan dilihat oleh seorang jiran wanita yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada adik iparnya yang berada di pasar berhampiran ketika itu.

Tambahnya, sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, mereka sekeluarga segera melancarkan operasi mencari mangsa melalui laman sosial Facebook dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kenalan sebelum membuat laporan polis.

"Pada pukul 4 petang, saya dihubungi oleh penculik yang meminta wang tebusan RM50,000 tetapi saya berterus-terang memaklumkan tidak mempunyai wang sebanyak itu.

"Penculik kemudian tidak menghubungi saya sehinggalah anak saya dibebaskan pada pukul 12 tengah hari berhampiran Hospital Sungai Buloh pada keesokan harinya," kata Liew Hong.

Menurut Liew Hong, anaknya menghubungi keluarga setelah meminjam telefon bimbit daripada seorang pengawal keselamatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


‘Khir arah beli hartanah RM6.5j’

Posted:

'Khir arah beli hartanah RM6.5j'

'Khir arah beli hartanah RM6.5j'

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 13 Jun – Ahli perniagaan, Datuk Shamsuddin Hayroni memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau terpaksa menjual dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM5.5 juta kepada Dr. Mohamad Khir Toyo hanya dengan harga RM3.5 juta pada tahun 2007.

Pengarah syarikat Ditamas Sdn. Bhd. yang juga saksi pendakwaan kedua itu berkata, beliau tidak mempunyai pilihan selepas bekas Menteri Besar Selangor itu ingin membelinya di bawah harga pasaran kerana khuatir projek serta perniagaannya di negeri tersebut akan terjejas.

''Perbincangan telah berlaku antara saya dan Mohamad Khir berhubung penjualan dan pindah milik. Saya tidak setuju dengan harga RM3.5 juta sebab ia terlalu rendah. Selepas ubah suai rumah dengan kos RM1.5 juta, ia boleh dijual dengan harga antara RM5 dan RM5.5 juta.

''Setelah berbincang dengan orang rumah (isterinya), memandangkan saya ada projek dan aktif dalam perniagaan di Selangor, apabila Menteri Besar mahu rumah saya dengan harga RM3.5 juta, saya khuatir dengan kedudukan perniagaan saya di Selangor jika tidak bersetuju,'' katanya.

Beliau yang menyambung keterangan selepas ia terhenti Rabu lalu, disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed semasa sesi pemeriksaan utama hari ini.

Menurut Shamsuddin, 52, sebelum itu beliau datang beberapa kali untuk melihat rumah dan lot tanah milik Saiful Aznir Shahabudin serta menyedari Mohamad Khir juga berminat untuk membeli hartanah tersebut.

Katanya, Mohamad Khir menyuruhnya membeli hartanah yang kemudiannya diperoleh pada harga RM6.5 juta selepas ahli perniagaan, Datuk Sumadi Ismail tidak dapat berbuat demikian atas alasan mempunyai banyak komitmen lain.

''Mohamad Khir menyuruh saya pula yang membeli rumah tersebut. Waktu itu, pemahaman saya adalah beliau berminat dengan rumah itu dan mungkin satu hari, beliau mahu membelinya daripada saya.

''Saya setuju untuk membelinya kerana saya seorang ahli perniagaan dan mempunyai projek di Selangor manakala beliau pula seorang menteri besar. Apabila seorang menteri besar meminta saya membeli rumah, pada saya, saya tiada pilihan. Patut diteruskan,'' jelas beliau.

Tambah Shamsuddin, perjanjian jual beli antara beliau dan Mohamad Khir serta isterinya, Datin Seri Zaharah Kechik ditandatangani pada 29 Mei 2007 dengan deposit RM500,000 manakala bakinya dibayar kepada Ditamas pada 6 Ogos 2007.

Mohamad Khir, 45, dibicarakan atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan Zaharah, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah daripada Ditamas melalui Shamsuddin, 53.

Hartanah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Shamsuddin yang sebelum ini didakwa bersubahat dengan Mohamad Khir bagaimanapun dilepas dan dibebaskan selepas pihak pendakwaan menggugurkan tuduhan terhadapnya pada 6 Jun lalu.

Pada prosiding hari ini, peguam M. Athimulan yang mewakili Mohamad Khir memohon agar mahkamah mengarahkan pihak pendakwaan menyerahkan salinan rakaman percakapan Shamsudin oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pihak pembelaan.

Katanya, dokumen itu diperlukan bagi membolehkan pihaknya membuat permohonan untuk mencabar kredibiliti saksi tersebut.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki kemudian menangguhkan prosiding bagi membolehkan permohonan tersebut didengar esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peguam dijel 4 tahun

Posted:

Peguam dijel 4 tahun

Peguam dijel 4 tahun

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Jun – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM235,000 ke atas seorang peguam yang didapati bersalah meminta dan menerima suapan daripada seorang doktor kononnya untuk menyogok polis bagi menyelesaikan siasatan kes ugut melibatkan anak guamnya itu, enam tahun lepas.

Sekiranya tertuduh, Ranjit Singh, 57, gagal membayar denda berkenaan, hukuman penjara tersebut boleh ditambah selama 14 bulan lagi.

Bagaimanapun, Hakim Rozilah Salleh selepas mempertimbangkan rayuan dan hujah kedua-dua pihak membenarkan pelaksanaan hukuman tersebut digantung sementara menunggu rayuan dengan syarat tambahan, tertuduh perlu melapor diri di Balai Polis Bangsar setiap bulan.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Sophian Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam bela, Afifuddin Hafifi.

Terdahulu, sebelum menjatuhkan hukuman, hakim tersebut menyatakan pembelaan tertuduh yang juga merupakan bekas pegawai kanan polis bahawa wang yang diminta dan diterima adalah yuran guaman bagi dirinya dan seorang lagi peguam pembantu iaitu adiknya sendiri adalah satu rekaan.

"Tertuduh cuba memberikan justifikasi (kewajaran) ke atas perbuatannya namun apa yang dikatakan tidak selari dengan bukti yang dikemukakan. Sekiranya benar, wang yang diminta adalah untuk yuran guaman adalah tidak mustahil tertuduh untuk menjelaskannya kepada anak guamnya,'' ujar hakim terbabit.

Mengikut pertuduhan, Ranjit didakwa telah meminta suapan wang tunai RM40,000 daripada Dr. Chong Kuck Meng, 46, bagi menyelesaikan siasatan kes ugutan jenayah terhadap seorang pelajar, Lee Khai Yin, 26, di Lobi Hotel Le Meridien, Jalan Stesen Sentral pada pukul 11.45 malam, 22 April 2005.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima suapan wang tunai RM7,000 daripada Kuck Meng kononnya untuk menyogok polis bagi menyelesaikan siasatan kes ugutan jenayah terhadap Khai Yin.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran Twin Happiness, Pekan Slim River, Batang Padang, Perak pada pukul 8.30 malam, 28 Jun 2005.

Kedua-dua pertuduhan itu mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan pertama, Rozilah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM200,000, gagal bayar penjara 12 bulan.

Bagi pertuduhan kedua, Ranjit dikenakan hukuman penjara setahun dan denda RM35,000. Gagal membayar denda, tertuduh boleh dihukum penjara dua bulan.

Hukuman penjara diperintahkan berjalan serentak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


11 rumah rosak dipukul ribut

Posted:

11 rumah rosak dipukul ribut

11 rumah rosak dipukul ribut

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my


SEORANG penduduk memotong sebatang pokok yang tumbang sehingga menyebabkan reban ayam kampung yang diusahakannya rosak di Kampung Padang Lalang, Mentakab, semalam.


MENTAKAB 13 Jun – Lagi ribut melanda Pahang. Kali ini di dua kampung di sini apabila sebanyak 11 rumah penduduk rosak dipukul angin kencang kira-kira pukul 8 malam semalam.

Dalam kejadian itu, sembilan daripada rumah itu berlaku di Kampung Padang Lalang manakala selebihnya di Kampung Gantok.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Padang Lalang, Abdul Rahman Omar berkata, selain rumah penduduk, bencana alam itu turut memusnahkan kebun getah, kebun pisang dan ternakan ayam menyebabkan penduduk mengalami kerugian besar.

"Kejadian itu berlaku dengan pantas, namun saya bersyukur kerana tiada kemalangan dilaporkan. Selepas kejadian itu saya segera menghubungi pihak berkenaan supaya tindakan lanjut dapat diambil," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kampung itu.

Salah seorang mangsa, Muhamad Isa Idris, 52, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri dan tiga anaknya sedang berehat di rumah sebelum secara tiba-tiba angin kencang melanda mengakibatkan bekalan elektrik terputus.

Katanya, dia segera menyuruh salah seorang anaknya melaungkan azan namun angin kencang itu masih belum berhenti dan menyuruh mengulangi azan kali kedua.

"Selepas azan kedua, angin semakin kencang dan saya mengambil keputusan membawa ahli keluarga keluar dan pergi ke rumah jiran.

"Dalam kejadian itu, sebatang pokok menghempap rumah saya namun bernasib baik kerana rumah ini tidak rosak teruk hanya rasuk di bahagian atap yang patah," katanya.

Seorang lagi mangsa, Muhamad Petah, 54, berkata, dia mengalami kerugian sebanyak RM10,000 apabila kebun pisang miliknya seluas hampir tiga hektar musnah sekelip mata.

Dia reda menerima dugaan itu dan bersyukur ahli keluarga serta semua penduduk kampung selamat dalam kejadian ribut yang berlaku dalam masa beberapa minit itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong sempat melawat mangsa dan melahirkan rasa simpati atas kejadian tersebut.

Beliau berharap mangsa ribut bersabar dan menerima dugaan itu dengan tabah.

"Semua ini adalah dugaan dan saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa. Saya juga berterima kasih kepada pihak bomba dan penyelamat serta agensi terlibat yang membantu menebang pokok yang tumbang," katanya.

Kelmarin, sebanyak 14 rumah tercabut atap apabila dipukul ribut di Kampung Melayu dan Kampung Baru, Kuantan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga emas putih mata rumah dihempap pokok

Posted:

Warga emas putih mata rumah dihempap pokok

Warga emas putih mata rumah dihempap pokok

KUANTAN 13 Jun - Seorang warga emas berputih mata apabila melihat rumahnya ranap selepas dihempap tiga batang pokok durian di Felda Bukit Kuantan di sini, kelmarin.

Ketika kejadian pada pukul 6.30 petang itu, mangsa, Salebiah Johan, 64, tiada di rumah kerana menziarahi anaknya di Kemaman, Terengganu.

Salebiah yang ditemui memberitahu, kejadian yang terburuk dialaminya itu dimaklumkan oleh jirannya.

"Mujur saya tiada di rumah, jika tidak, mungkin nyawa saya terancam," katanya yang tinggal seorang diri setelah suaminya meninggal dunia.

Menurut Salebiah, sebelum kejadian itu, dia berasa tidak sedap hati dan mengambil keputusan untuk ke rumah salah seorang anaknya di Kemaman.

"Ada hikmah di sebalik kejadian ini dan saya reda dengan ketentuan Ilahi walaupun rumah rosak teruk," katanya yang telah tinggal di rumah itu sejak 40 tahun lalu.

Sementara itu, penduduk kampung telah mengadakan gotong-royong membaiki atap rumah Salebiah melalui peruntukan yang disalurkan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail.

Abdul Manan berkata, setelah dimaklumkan ketua kampung, peruntukan sebanyak RM500 disalurkan untuk membaiki atap rumah Salebiah.

"Dengan bantuan penduduk, bahagian atap rumah mangsa ini siap dibaiki kerana bimbang jika hujan, ia akan memburukkan lagi keadaan.

"Selain itu, bagi rumah-rumah penduduk yang turut terlibat dalam ribut ini, saya akan usulkan kepada Jawatankuasa Bencana Alam negeri untuk mendapatkan peruntukan bagi meringankan beban mereka,'' ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk yang mengalami musibah itu dapat membaiki rumah mereka terlebih dahulu sebelum sumbangan disalurkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ternakan puyuh berbaloi

Posted:

Ternakan puyuh berbaloi

Ternakan puyuh berbaloi

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my


Sarijan Ali menguruskan ternakan puyuh di Felda Lepar Hilir 1, Kuantan.


KUANTAN 13 Jun - Burung puyuh memang enak dimakan. Ia boleh dijadikan pelbagai hidangan seperti goreng kunyit, masak cili dan sebagainya.

Malah, telurnya pula sering mendapat permintaan tinggi di kalangan pengguna dan pengusaha restoran.

Namun, pengeluaran daging puyuh secara besar-besaran di negara ini didapati masih terhad berbanding ternakan lain meskipun sambutannya begitu menggalakkan.

Melihat pasaran pengeluaran daging puyuh semakin berkembang, sebuah syarikat Bumiputera, OZ Biofarm (M) Berhad bersama peneroka Felda Lepar Hilir, di sini mengambil inisiatif untuk memulakan program perintis ternakan puyuh daging secara komersial, baru-baru ini.

OZ Biofarm yang merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera di bawah subsidiari OZ Seventy Five Holdings (M) Berhad merupakan pencetus idea kepada projek tersebut.

Seorang peserta, Hawari Bachik, 59, yang juga peneroka Felda Lepar Hilir 1, mengakui projek berkenaan amat berbaloi untuk diusahakan kerana ia tidak begitu sukar untuk dikendalikan.

"Saya perlu memberi lebih tumpuan terhadap 5,500 burung puyuh yang saya ternak ini terutama dalam tempoh dua minggu pertama dari aspek suhu badannya.

"Selepas itu, penjagaan ternakan ini agak ringkas iaitu saya hanya perlu menjaga pemakanan dan minumannya sebagaimana kaedah yang ditunjukkan oleh wakil syarikat OZ Biofarm," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Seorang lagi penternak, Sarijan Ali, 59, yang mengusahakan ternakan itu bersama keluarganya berkata, ternakan puyuh berupaya meningkatkan pendapatan mereka.

"Sebanyak 5,500 ekor anak puyuh dibekalkan kepada saya untuk diternak pada 29 April lalu dan kini sebahagian daripadanya sudah boleh diproses untuk dijual.

"Saya berpuas hati dapat menternak puyuh kerana pusingan jualannya cepat dan saya menjangkakan mampu mendapat keuntungan kira-kira RM5,000 daripada jumlah itu," katanya.

Sebelum mengecapi hasil lumayan itu, Sarijan memberitahu, dia terlebih dahulu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM20,000 bagi penyediaan rumah puyuh, ternakan dan makanan.

Dia kini tidak teragak-agak untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ternakan itu berikutan ia menjanjikan hasil setimpal dengan kos yang dikeluarkan.

Dalam pada itu, wakil Pengurusan Felda Lepar Hilir 1, Tirmizi Ruslan berkata, pihaknya menyambut baik program tersebut berikutan ia menjana pendapatan peneroka terutama ketika proses penanaman semula kelapa sawit dijalankan.

"Program ternakan puyuh adalah salah satu program Gudang Makanan Negara. Selain menghasilkan makanan kepada negara, ia bertujuan menambah pendapatan para peneroka ketika penanaman semula.

"Sehingga kini, program berkenaan mempamerkan sesuatu yang positif dan difahamkan ia akan diperluaskan ke felda-felda yang lain," katanya.

Sementara itu, wakil OZ Biofarm, Norhan Mohd. Nor, 36, berkata, menerusi skim SFVP atau Smart Farming Venture Program, projek itu menampakkan hasil lebih baik dari segi disiplin perniagaan dan pengkhususan penternak sebagai usahawan berdaya maju serta berdaya saing.

Beliau yang melalui pengalaman selama enam tahun menjadi penternak tunggal di situ berkata, projek ternakan puyuh daging itu dilihat sebagai salah satu program perintis yang diusahakan bersama peneroka Gugusan Felda dalam merintis salah satu program Sumber Makanan Negara.

"Para peneroka yang terlibat dalam projek ini menggunakan inisiatif modal sendiri pada peringkat permulaan dalam pembinaan reban puyuh, makanan, ubat-ubatan dan anak-anak puyuh," katanya.

Sebagai permulaan kepada projek perintis yang ditumpukan di Felda Lepar Hilir, kata Norhan, sebanyak 100,000 ekor puyuh dibekalkan kepada 10 peneroka di Felda Lepar Hilir 1 dan 4 untuk diternak.

"Kita akan menambah bilangan puyuh itu secara berperingkat-peringkat bagi memenuhi permintaan pasaran yang besar.

"Di samping itu, penyertaan peserta di kalangan peneroka juga akan ditambah dari semasa ke semasa bagi meningkatkan pengeluaran daging puyuh," katanya.

Norhan berkata, dari segi teknikal dan penjagaan, peneroka tidak akan menghadapi masalah kerana OZ Biofarm menyediakan khidmat nasihat secara percuma kepada peserta bermula sejak hari pertama ternakan sehingga tempoh matang 30 hari dan pemprosesan.

Seterusnya, kata beliau, daging-daging puyuh proses itu akan diedar di pasaran tempatan atau eksport ke Singapura, China dan Asia Barat kerana permintaannya yang menggalakkan.

"Bekalan puyuh di negara ini amat terhad kerana hanya segelintir pengusaha yang menjalankan ternakan ini.

"Ia tidak selari dengan permintaan tinggi orang ramai dan fokus kita adalah untuk memenuhi permintaan daripada beberapa pasar raya besar terlebih dahulu.

"Untuk pasaran luar negara seperti Singapura pula, kita cuba memenuhi permintaan negara jiran itu yang memerlukan bekalan daging puyuh sebanyak tujuh tan seminggu dan buat masa ini kita hanya mampu mengeksport dua tan," katanya.

Beliau berkata, sekiranya projek perintis di Felda Lepar Hilir itu berjaya, pihaknya mensasarkan untuk meluaskannya ke tanah rancangan Felda di seluruh negara bagi memenuhi permintaan besar tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Spratly: Vietnam berlatih perang

Posted:

Spratly: Vietnam berlatih perang

Spratly: Vietnam berlatih perang

HANOI 13 Jun - Tentera laut Vietnam hari ini memulakan latihan tembakan peluru hidup di Laut China Selatan, dalam langkah yang dilihat meningkatkan risiko berlakunya 'konfrontasi besar' dengan Beijing berhubung pertikaian wilayah yang makin meruncing.

Perbalahan lama antara dua negara komunis berjiran itu berhubung kedaulatan terhadap Kepulauan Spratly dan Kepulauan Paracel meletus semula berikutan konflik di laut baru-baru ini yang menyebabkan hubungan antara mereka merosot ke tahap terburuk dalam tempoh beberapa tahun.

"Tembakan pertama dengan peluru hidup oleh Tentera Laut Vietnam bermula pada 8 pagi ini (9 pagi waktu Malaysia) dan latihan akan berakhir pada 12 tengah hari (1 petang waktu Malaysia)," kata seorang pegawai tentera laut di Danang, tengah Vietnam.

Latihan itu dijalankan di sekitar pulau Hon Ong, kira-kira 40 kilometer dari wilayah Quang Nam, tengah negara ini.

Fasa kedua latihan selama kira-kira enam jam dijadual bermula pada 6 petang ini (7 petang ini waktu Malaysia), sebagai sebahagian daripada 'latihan rutin tahunan', menurut Kementerian Luar.

"Saya tidak boleh mendedahkan bilangan kapal Vietnam yang dikerahkan untuk latihan ini, tetapi tembakan hanya melibatkan meriam dan senjata api dan bukan peluru berpandu," kata pegawai di Danang.

Latihan itu meningkatkan ketegangan di Laut China Selatan, kata David Koh, seorang penganalisis Vietnam dari Institut Kajian Asia Tenggara di Singapura.

"Bagaimanapun saya tidak fikir ada banyak pilihan buat masa ini, dan akhirnya satu konfrontasi besar dijangka meletus di laut," kata Koh.

Latihan itu dijalankan di dalam kawasan yang didakwa sebagai zon ekonomi eksklusif (EEZ) Vietnam sejauh 200 batu nautika, kira-kira 250 kilometer dari Kepulauan Paracel dan hampir 1,000 kilometer dari Spratly.

Hanoi bulan lepas menuduh kapal peronda China memutuskan kabel sebuah kapal cari gali minyak di kawasan tersebut, dan pada Khamis lepas, Vietnam mendakwa sebuah bot nelayan China merempuh kabel sebuah lagi kapal cari gali minyak dalam serangan 'yang disengajakan'.

Beijing membalas dengan memberi amaran kepada Vietnam supaya menghentikan segala aktiviti yang mencabul kedaulatan China di kawasan yang dipertikaikan. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Parti Erdogan menang besar

Posted:

Parti Erdogan menang besar

Parti Erdogan menang besar


RECEP Tayyip Erdogan melambai tangan ke arah para penyokongnya di ibu pejabat AKP di Ankara, Turki, kelmarin. - REUTERS


ANKARA 13 Jun - Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya Parlimen Turki semalam tetapi gagal mencapai majoriti dua pertiga kerusi yang diperlukannya untuk meminda Perlembagaan.

Setelah hampir 100 peratus undi dikira, AKP pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan membolot 50 peratus undi untuk kemenangan ketiga berturut-turut, menurut keputusan yang disiarkan oleh stesen televisyen.

Peratusan undi itu adalah yang tertinggi dicapai oleh AKP sejak mula mengambil alih kuasa pada 2002 tetapi dipercayai tidak cukup untuk menduduki majoriti 367 kerusi yang diperlukan di dewan 550 anggota itu bagi meminda Perlembagaan tanpa sokongan parti lain.

"Hari ini, untuk satu lagi penggal, kemenangan memihak kepada demokrasi dan rakyat.

"Kemenangan ini juga untuk Gaza, Palestin dan Baitulmaqdis," kata Erdogan kepada beribu-ribu penyokong dari beranda ibu pejabat AKP di Ankara, malam tadi.

Misi Erdogan untuk membela nasib 'golongan tertindas', berlandaskan wawasan persaudaraan Islam, telah melewati batas sempadan dan menjadikan beliau wira di kalangan penduduk Arab.

Parti pembangkang utama, Parti Rakyat Republikan (CHP) menduduki tempat kedua dengan 25.9 peratus undi manakala Parti Tindakan Nasionalis (MHP) yang dicemari skandal video seks para pemimpinnya baru-baru ini memperoleh 13 peratus undi.

Populariti AKP yang berterusan banyak berpunca daripada kemakmuran ekonomi dan peningkatan perkhidmatan awam setelah bertahun-tahun Turki dihantui ketidakstabilan kewangan di bawah beberapa kerajaan campuran yang goyah pada masa lalu.

Di bawah kerajaan AKP, ekonomi berkembang 8.9 peratus pada 2010, mengatasi kadar pemulihan ekonomi dunia, manakala pendapatan per kapita meningkat sekali ganda kepada AS$10,079 (RM30,237).

Walaupun dipuji kerana membawa kejayaan ekonomi, Erdogan yang pernah menjadi tenaga penggerak bagi melaksanakan pembaharuan yang dituntut oleh Kesatuan Eropah (EU), juga dikecam hebat kerana cenderung bersikap autokratik dan semakin tidak bertolak ansur terhadap kritikan. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


SPR jawab tuntutan 'Bersih'

Posted:

SPR jawab tuntutan 'Bersih'

SPR jawab tuntutan 'Bersih'

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

"SAYA tidak suka panggil ia Bersih... saya lebih gemar panggil ia kumpulan, sebab ia ada agenda.

"Sebarang demonstrasi tidak akan selesaikan masalah. Demonstrasi ini tidak akan meluluskan pindaan kerana kerajaan sedia ada tidak ada majoriti dua pertiga. Saya pun sudah jelaskan kepada Ambiga (Ketua Pemantau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil atau Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan) dalam surat saya dan pertemuan secara panjang lebar tapi dia ni masih tetap mendesak supaya dipinda peruntukan peraturan SPR ikut kehendaknya."

Demikianlah reaksi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof mengulas rancangan Bersih yang disertai parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan mahu menganjurkan tunjuk perasaan pada 9 Julai ini di ibu negara yang kononnya menuntut pilihan raya lebih adil dan bersih.

Sebenarnya, sekitar Disember tahun lepas, Ambiga dan gerombolannya ada bertemu dengan Abd. Aziz; dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar serta para pegawai kanan suruhanjaya itu. Ambiga dikatakan datang bersama sembilan yang lain seolah-olah hendak mengajar cara kerja SPR serta membangkitkan semua isu pilihan raya dalam perspektifnya. Ambiga datang seolah-olah dia pakar dalam kerja SPR.

Abd. Aziz yang baru pulang ke tanah air dari mengerjakan umrah kelmarin memberitahu Utusan Malaysia di Putrajaya semalam bahawa SPR sendiri terkejut dengan ceteknya pengetahuan Ambiga apabila dia membangkitkan isu tentang pendapat Bersih bahawa tiada halangan untuk dibenarkan pendaftaran pengundi secara automatik.

Ambiga bertanya kepada SPR kenapa tidak dibuat pendaftaran automatik, maka dijawab Abd. Aziz bahawa Malaysia perlu meminda Perlembagaan dahulu. Namun, dibalas oleh Ambiga, tak perlu.

"Saya terkejutlah, takkan Datuk Ambiga tak tahu bahawa Perkara 119 (4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa pendaftaran menjadi pemilih perlu dibuat secara memohon."

Menurut Abd. Aziz dengan ketika ini hendak meminda Perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga, maka bukan sesuatu yang mudah untuk sesuatu pindaan itu dibuat.

Pengerusi SPR itu turut menjelaskan satu persatu bagi menjawab rasa tidak puas hati Ambiga atau lebih tepat lagi 'Bersih' sehingga merangsang pertubuhan itu untuk menggerakkan demonstrasi haram bulan depan.

Antaranya tentang desakan supaya dibersihkan senarai Daftar Pemilih sedangkan senarai pengundi berdaftar dibersihkan SPR sepanjang masa.

Ada tiga cara. Pertama, nama mereka yang telah meninggal dunia dikeluarkan daripada senarai pengundi. Ia memerlukan kerjasama rapat antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Justeru, SPR memerlukan kerjasama daripada waris si mati yang perlu mengambil sijil pengkebumian yang dikeluarkan oleh polis sebelum ke JPN untuk mendapatkan sijil mati. Waris kemudian bawa sijil mati ini ke SPR untuk tindakan. SPR sendiri tidak boleh sesuka hati memotong nama seseorang pengundi.

Kedua, pembersihan melibatkan alamat mengikut kad pengenalan. Mengikut undang-undang pendaftaran, seseorang yang tinggal di satu-satu tempat selama tiga bulan atau lebih, harus menukar alamat tempat tinggalnya menerusi JPN.

Kemudian dimaklumkan kepada SPR sebab SPR hanya mendaftar pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan (MyKad). Contohnya, jika seseorang tinggal di Kuala Lumpur tetapi mengundi di Pulau Pinang, itu bermakna senarai pengundi kita tidak boleh dibersihkan.

Abd. Aziz menjelaskan, dalam kes ini, jika orang kuat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri hendak membantu SPR, maka dia kena tukar tempat mengundi ke tempatnya tinggal sekarang di Segambut.

"Macam saya dulu mengundi di Ampang tetapi disebabkan kini saya bermastautin di Seksyen 7, Shah Alam, maka saya tukar tempat mengundi ke situ," katanya.

Namun, kata beliau, jika berbeza tempat tinggal dan kawasan mengundi pun, ia tidak akan mendatangkan masalah kepada SPR.

"Ya, pengundiannya masih sah tetapi situasi inilah menyebabkan timbulnya tuduhan wujud 'pengundi hantu' dalam daftar pemilih seperti mana didakwa parti-parti pembangkang. Sebenarnya istilah 'pengundi hantu' tidak wujud, sebaliknya berpunca daripada keengganan pengundi menukar tempat mengundi seperti mana alamat tertera di dalam kad pengenalan.

"Mengikut perkiraan SPR, peratus mereka berpendirian seumpama ini melebihi 50 peratus. Sebab itu, kita lihat apabila pilihan raya kecil sahaja, beribu-ribu orang balik ke kampung untuk mengundi.

Tegas Abd. Aziz, Malaysia tidak boleh melaksanakan pendaftaran secara automatik. Pertama, kerana ia memerlukan pindaan Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana pendaftaran sebagai pengundi dibuat secara memohon.

"Jika daftar secara automatik seperti mana yang selalu digesa oleh parti-parti pembangkang, maka akan kacau-bilau negara ini. Ini kerana semakin ramai orang tidak dapat mengundi kerana kawasan tempat mengundi dan alamat tempat tinggal tidak sama.

"Ini juga kerana pengundian dibuat berdasarkan alamat dalam kad pengenalan. Justeru, ia mengakibatkan peratusan keluar mengundi akan berkurangan sehingga bawah 50 peratus. Situasi ini berlaku di Bosnia Herzegovina apabila pendaftaran mengundi dibuat secara automatik tetapi pengundian tidak diwajibkan. Akibatnya, peratus keluar mengundi menurun mendadak bawah 50 peratus," katanya.

Demikianlah juga apabila Bersih mendesak supaya kelayakan mengundi dikurangkan dari usia 21 tahun kepada 18 tahun. Dengan jumlah sekarang sahaja menyaksikan sebanyak empat juta belum mendaftar, inikan pula apabila kelayakan itu dikurangkan kepada 18 tahun.

Risikonya, kata Abd. Aziz jika dua perkara itu dilaksanakan, parti-parti pembangkang di negara ini akhirnya akan menuduh SPR macam-macam.

"Kata SPR bodohlah, desak Pengerusinya letak jawatan. Inikan bila empat atau lima orang tidak boleh mengundi, sudah lempar macam-macam tuduhan. Nanti kalau dikuatkuasakan pendaftaran automatik, tak tahu apa pula diburuk-burukkan SPR ini," kata Abd. Aziz.

Beliau turut menolak kecaman Ambiga bahawa kononnya SPR kendaliannya tidak berbuat apa-apa dalam menangani isu rasuah semasa pilihan raya.

Tegasnya, SPR menjalin kerjasama bestari dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah pilihan raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula untuk kes jenayah dan kekecohan ketika kempen.

"Jika tidak ada kemahiran tetapi kita tetap laksanakan, kemudian kita gagal dan malu sendiri. Apatah lagi sekarang ramai sangat peguam yang 'pandai'. Jadi, kita kena bijaksana dalam soal 'menggigit' kerana sekarang yang 'hitam boleh jadi putih' dan 'yang putih boleh jadi hitam' apabila sesuatu kes rasuah disebut di mahkamah.

"Macam kes Datuk Zaid Ibrahim bangkitkan dakwaan rasuah di Hulu Selangor, mahkamah pun tolak kes itu... jadi, kalau nak menggigit, Ambiga mesti pastikan gigitan itu tepat dan ada kesan," katanya.

Dalam soal ini, tegas Abd. Aziz, SPR menggesa rakyat Malaysia menolak sama sekali rancangan pembangkang mahu mengadakan perhimpunan Bersih.

"Ia bukan 'Bersih', kalau pilihan raya kita tidak bersih masakan pembangkang boleh menang lapan daripada 16 pilihan raya kecil di negara ini sejak Mac 2008.

"Apakah jika pembangkang menang semua sekali kerusi dalam 16 pilihan raya kecil itu, maka demokrasi dikatakan telah bersih... jika itu tanggapannya, SPR serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilainya," kata Abd. Aziz.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kumpulan bukan ulama ubah haluan Pas?

Posted:

Kumpulan bukan ulama ubah haluan Pas?

Kumpulan bukan ulama ubah haluan Pas?

Oleh MUHAMMAD AFIFI ABDUL RAZAK
PENULIS ialah Pensyarah Sains Politik di Program Pengajian Antarabangsa, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia.

KEPUTUSAN pemilihan barisan kepimpinan baru Pas sempena Muktamar Tahunan Ke-57 parti tersebut baru-baru ini menyaksikan kumpulan bukan ulama 'menewaskan' golongan ulama.

Kumpulan bukan ulama yang berfahaman Islam-liberal menyapu bersih semua jawatan utama parti kecuali jawatan Presiden dan beberapa jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat (AJK).

Sehingga 2013, 'ayam tambatan' Pas, Mohamad Sabu menjadi Timbalan Presiden Pas, manakala gandingan 'trio' Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar menguasai jawatan Naib Presiden, sementara beberapa orang golongan bukan ulama dan profesional dipilih menduduki lebih separuh daripada 18 jawatan dalam AJK Pusat.

Sebenarnya, keputusan pemilihan Pas ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Malah ia sudah lama dijangka. Hanya masa menentukannya. Dan hari ini, semua yang dijangka sudah pun menjadi kenyataan. Kumpulan bukan ulama sudah pun menguasai Pas, sebuah parti Islam tertua di Malaysia, untuk sekurang-kurangnya hingga 2013.

Bibit-bibit perubahan kepimpinan Pas ini mula jelas kelihatan selepas perubahan pucuk pimpinan Pas yang berlaku selepas kematian bekas Presiden Pas, Allahyarham, Datuk Fadzil Noor.

Usaha 'merampas' tampuk kepimpinan Pas daripada golongan ulama kepada golongan bukan ulama dirancakkan lagi apabila berlaku perkara-perkara berikut, iaitu; isu pemecatan Anwar Ibrahim, penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR), penubuhan gagasan Pakatan Rakyat, dan usaha terancang oleh pihak-pihak tertentu untuk mengembangkan fahaman 'Anwarisme' di kalangan kepimpinan dan penyokong Pas.

Semua usaha ini berjaya apabila Pas sendiri bersetuju 'bersekongkol' dan bekerjasama dalam pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum pada 1999, 2004, dan 2008 yang lalu.

Malah Pas juga bersetuju menerima Anwar Ibrahim, seorang yang bukan ulama, untuk menerajui pakatan pembangkang dan gagasan Pakatan Rakyat, serta sebagai ketua pembangkang di Parlimen.

Walaupun Pas menyedari bahawa semua usaha ini bakal menjejas dan menggadaikan prinsip-prinsip tradisional yang telah lama dipegangnya sejak dahulu, tetapi demi untuk mendapatkan kuasa politik, Pas sanggup membelakangkan semua ini.

Hari ini, terbukti, demi kuasa politik, Pas sanggup menggadaikan prinsip-prinsip utamanya. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sesi ucaptamanya di Muktamar Tahunan Pas ke-57 baru-baru ini dengan jelas mengatakan bahawa parti itu akan memperjuangkan konsep 'negara kebajikan' dan bukan lagi konsep 'negara Islam'. Ini kerana menurut beliau, konsep 'negara kebajikan' adalah selaras dengan ajaran Islam.

Hujah sedemikian sebenarnya memberikan satu petanda bahawa Pas bakal merubah haluannya daripada sebuah parti politik Islam yang berjuang atas fahaman Islam-Tradisionalis kepada sebuah parti Islam yang akan berjuang atas fahaman Islam-Liberal.

Tetapi, ironinya, sebagai sebuah parti yang kononnya mendakwa turut mengamalkan hak dan kebebasan bersuara atas nama demokrasi, perubahan kepimpinan Pas ini sebenarnya bukanlah datang daripada hasrat akar umbi parti tersebut. Sebaliknya, perubahan ini datangnya daripada faktor luaran.

Kegagalan Pas sebagai sebuah parti alternatif kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia sejak merdeka telah mencetuskan satu persoalan di kalangan para pimpinan muda serta penyokong parti tersebut.

Kebanyakan daripada mereka ini berfikiran bahawa sudah tiba masanya Pas mengubah haluannya ataupun dipimpin oleh golongan bukan ulama yang dilihat lebih energetik, liberal dan proaktif.

Golongan ulama dalam Pas sering kali dilihat gagal untuk memahami kehendak golongan muda, profesional dan non-partisan yang sebenarnya mempunyai sedikit minat dan simpati dengan Pas dan sedang meninjau alternatif untuk sebuah parti politik baru selain daripada apa yang sedia ada dalam konteks politik nasional di Malaysia.

Kedegilan golongan ulama yang kebanyakan berfahaman tradisionalis ini telah mendorong wujudnya kelompok-kelompok liberal dalam Pas.

Mereka ini sedia untuk menerima apa sahaja input-input baru yang positif yang boleh menjayakan parti mereka. Mereka turut berasa sangat teruja dengan sifat karismatik yang dimiliki oleh Anwar. Oleh demikian, tidak hairanlah kepada kita bagaimana berjayanya 'jarum' fahaman 'Anwarisme' di cucuk masuk dengan begitu teliti sekali oleh golongan tertentu ke dalam Pas.

Dan hasil daripada semua ini, kita dapat lihat pada hari ini di mana barisan baru kepimpinan Pas berjaya dikuasai oleh golongan bukan ulama yang selalu dikaitkan dengan gelaran Anwarinas.

Pandangan awal daripada senario ini ialah golongan yang pro-Anwar telah pun menang dengan jayanya. Tekanan hebat pastinya terhadap Abdul Hadi dan beberapa 'kerat' barisan AJK yang terdiri daripada golongan ulama, serta para pimpinan ulama dalam Dewan Ulamanya, termasuk Mursyidul Am, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

Dewan Ulama Pas mungkin boleh diharapkan untuk mengimbangi pengaruh golongan bukan ulama dalam barisan kepimpinan Pas. Tetapi sikap Mursyidul Amnya yang seringkali mempertahankan Anwar dalam pelbagai isu termasuk isu liwat dan video seks mungkin bakal mengecewakan Presiden Pas.

Beliau mungkin terpaksa menjadi 'lone ranger', berjuang bersendirian dengan beberapa orang golongan ulama yang masih ada dalam barisan kepimpinan parti demi untuk mempertahankan sisa-sisa prinsip parti Pas yang masih ada.

Sememangnya, dalam politik, segalanya adalah mungkin untuk berlaku. Tidak siapa sangka bahawa Pas, sebuah parti Islam yang tertua di Malaysia yang telah lama diterajui dan dipimpin oleh golongan ulama hari ini dipimpin pula oleh kumpulan bukan ulama.

Tetapi kumpulan bukan ulama ini juga ialah golongan yang 'sedar Islam' tetapi bukannya sangat 'faham Islam' sebagaimana golongan ulama Pas yang sedia ada.

Dengan ini, kita boleh mengandaikan bahawa penguasaan kumpulan bukan ulama dalam Pas sebagaimana yang berlaku pada hari ini bakal merubah haluan parti Islam tersebut daripada sebuah parti yang berjuang atas nama Islam yang 'sebenar' kepada sebuah parti yang bakal berjuang atas dasar 'Islam-Liberal', yang mana matlamat sebenar perjuangannya boleh dipertikaikan akan 'keikhlasannya'.

Mungkin juga selepas ini Pas boleh memperkenalkan 'dirinya' sebagai 'Parti Islam-Liberal SeMalaysia'.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Persamaan antara Kate, Mildred

Posted:

Persamaan antara Kate, Mildred

Persamaan antara Kate, Mildred

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


KATE Winslet dalam salah satu babak drama mini bersiri Mildred Pierce yang ditayangkan setiap hari Khamis di HBO.


KEHEBATAN aktres yang seorang ini memang sudah termaktub dalam direktori seni hiburan dunia sebagai salah seorang aktres terbaik dalam generasinya.

Berilah apa sahaja watak kepadanya, Kate Winslet tidak pernah gagal melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang anak wayang.

Untungnya menjadi Kate, dia boleh dianggap bertuah kerana sering kali mendapat naskhah hebat dan berat sekali gus mencabar dirinya untuk memberikan lakonan berkesan.

Lihat sahaja bagaimana impak yang terhasil menerusi watak Rose DeWitt Bukater dalam filem Titanic (1997) yang sehingga kini masih terus dikenang oleh peminat filem seluruh dunia.

Dan, penangan hebat daripada filem itu jugalah telah membawa nama Kate melangkah setapak langkah lagi dan meletakkan namanya di puncak populariti.

Rentetan daripada populariti filem paling berjaya di dunia itu, Kate telah diberi peluang membintangi filem-filem yang memiliki nilai estetika yang sangat tinggi.

Dalam erti kata lain, filem-filem lakonannya itu semuanya mempunyai nilai anugerah yang sangat tinggi dan mendapat kritikan positif daripada pengkritik filem.

Buktinya, dia sudah lima kali dicalonkan untuk Oscar di mana tiga daripadanya adalah untuk Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Titanic, Eternal Sunshine of the Spotless Mind (2004) dan Little Children (2006).

Manakala selebihnya bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik yang diterimanya untuk filem Sense and Sensibility (1995) dan Iris (2001).

Kemuncak karier seni Kate apabila dia menerima Oscar pertamanya pada tahun 2009 sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem The Reader.

Yakin dengan bakat Kate yang tidak pernah mengecewakan, saluran HBO dengan kerjasama Metro-Goldwyn-Mayer (MGM) telah sepakat untuk memilihnya membintangi sebuah drama mini bersiri berjudul Mildred Pierce.

Mula ditayangkan pada 27 Mac lalu di Amerika Syarikat (AS), Mildred Pierce telah mendapat kritikan positif selain rating yang sangat menggalakkan.

Rata-rata memuji lakonan Kate sebagai Mildred Pierce iaitu wanita, isteri dan ibu yang mengharungi kepayahan dan kesungguhan dalam menghadapi era kemelesetan ekonomi sekitar tahun akhir 20-an hingga awal 40-an.

Bahkan penulis novel terkemuka, Stephen King seperti mana ulasannya dalam The Daily Beast dan Newsweek mengatakan lakonan Kate sememangnya berada di kelas pertama.

Tidak hanya Kate, dua orang bintang drama mini itu, Evan Rachel Wood dan Guy Pearce juga mendapat pujian penulis novel seram tersohor itu.

Dengan lambakan pujian yang diterima, secara tidak langsung ada yang sudah mula membuat ramalan apabila mengatakan Kate akan menerima pencalonan pertamanya untuk Anugerah Emmy sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

Kata mereka lagi, dengan lakonan hebat yang diberikan Kate itu memang tidak mustahil juga untuk dia membawa pulang trofi yang menjadi idaman setiap anak seni bergelar pelakon di Hollywood.

Dengan penuh rendah diri, Kate menganggap semua ramalan dan pujian sebagai satu penghargaan. Seiring dengan prinsip hidupnya, dia tidak mahu leka dan hanyut dengan apa yang diterimanya kerana bimbang akan menjadi seorang yang lupa diri.

Baginya, apa yang penting adalah mutu lakonan yang diberikannya mampu berbekas di hati penonton.

Seperti Mildred Pierce kata Kate, ia bukanlah calang-calang watak yang pernah dibawakannya memandangkan ia diadaptasi daripada sebuah novel yang cukup hebat.

Walaupun pernah membawakan watak yang lebih berat daripada itu, namun ia tetap mempunyai cabarannya yang tersendiri.

"Mildred seorang yang pandai berpura-pura untuk menunjukkan dia cukup tabah untuk mengharungi kehidupannya. Sedangkan dia berdepan dengan masalah yang bukan semua wanita seusianya mampu memikul tanggungjawab itu.

"Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa menyakinkan anak perempuannya, Veda bahawa segala masalah yang membelenggu keluarganya akan dapat ditangani dan diselesaikan dengan baik.

"Apabila saya menyelami watak ini, barulah saya sedar bahawa Mildred tidak sedar betapa mudah dirinya untuk dilukai di sebalik ketabahan yang ditonjolkan," ulas Kate atau nama sebenarnya Kate Elizabeth Winslet mengenai siri mini arahan Todd Haynes itu.

Di sebalik ketabahan Mildred itu, kata Kate yang berusia 35 tahun itu lagi, dia tetap memiliki ego dan keangkuhannya sendiri kerana tidak mahu meletakkan dirinya setaraf dengan orang kebanyakan.

Tambahnya, semua perasaan bangga itu lahir dari dalam hatinya sendiri kerana dia mahu menjaga prestijnya sebagai seorang wanita yang terhormat.

"Dia melakukannya kerana terpaksa dan tidak mahu dua orang anak perempuannya juga merasai kesusahan seperti mana yang Mildred alami.

"Dek kerana egonya terlalu tinggi itu, sehinggakan bekerja itu juga dianggapnya sebagai sesuatu yang menjatuhkan martabat.

"Mahu atau tidak, dia harus melakukannya kerana dia tahu dan percaya dengan bekerja itulah mampu membawanya keluar daripada kemiskinan sekali gus memberinya limpahan kemewahan," kata Kate yang mula menempa nama sebagai pelakon filem menerusi Heavenly Creatures pada tahun 1994.

Atas alasan itu, Mildred bangkit dengan semangat juang yang tinggi untuk mengubah hidup keluarganya dan menempuhi segala-galanya dengan perit sekali.

Jelas Kate, Mildred berazam menempuhi sehala kepayahan itu kerana dia mahu membuktikan wanita sepertinya mampu melakukan apa yang dianggap mustahil selama ini terutama ketika zaman kemelesetan.

"Untuk itu, dia menceburi bidang perniagaan dengan tiada apa di dalam tangan namun, dia memiliki kebijaksanaan iaitu idea yang unik.

"Siapa sangka dengan idea itu, ia perlahan-lahan mengubah hidupnya seperti orang lain dan dia juga telah membuktikan bahawa semuanya memerlukan kecekalan dari dalam hati.

"Sesungguhnya risiko yang diambilnya memang begitu besar dan saya mahu melihat semangat Mildred ini mampu dicontohi oleh wanita zaman ini yang barangkali senasib dengan Mildred," jelas ibu kepada sepasang anak ini penuh teruja.

Tambah Kate lagi, dia melihat ada perwatakan Mildred yang sama dengan dirinya terutama dari segi prinsip perjuangan hidupnya.

Begitu juga dengan kehidupan Kate sendiri yang hidup dalam kedaifan kerana datang dari keluarga seni yang tidak pernah menjanjikan kemewahan.

Kerana itulah, Kate memberitahu dia cukup memahami jiwa Mildred yang gigih bekerja keras demi memperbaiki kehidupannya.

Namun di sebalik itu, Mildred perlu juga berhadapan dengan masalah perkahwinan yang berpunca daripada suaminya, Bert Pierce yang merupakan seorang kaki perempuan dan juga pemalas.

Dalam masa yang sama, membintangi Mildred Pierce juga telah menjadikan impian Kate menjadi realiti apabila dapat berlakon di samping aktor pujaannya, Guy Pearce.

Tanpa segan-silu dia menjelaskan, dia memang meminati Guy sejak berusia belasan tahun dan menganggap pelakon kelahiran England itu sebagai lelaki pertama yang bertakhta di hatinya.

"Ketika itu, dia membintangi siri popular Neighbours dan saya sering berpura-pura sakit untuk ponteng sekolah kerana mahu menonton siri itu pada tengah hari.

"Bukan itu sahaja, saya juga tidak pernah melepaskan peluang menonton siaran ulangannya pada petangnya pula. Malah, kami juga berkongsi tarikh hari jadi yang sama iaitu 5 Oktober.

"Siapa sangka, akhirnya kami ditemukan dalam Mildred Pierce dan dia menjadi kekasih saya dalam siri ini. Apabila difikirkan memang melucukan," kata Kate sambil disulami ketawa kecil.

Siri mini yang diterbitkan dalam lima episod itu ditayangkan di HBO setiap hari Khamis sejak 9 Jun lalu bermula pukul 10 malam.

Bagi pelanggan Astro B.yond pula, Mildred Pierce juga dapat ditonton menerusi HBO HD pukul 9 malam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Konsert imbau nostalgia AF

Posted:

Konsert imbau nostalgia AF

Konsert imbau nostalgia AF

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI


KEFLI gagal memberikan persembahan terbaik sewaktu menyampaikan lagu Mahakarya Cinta.


BIARPUN apa sahaja kritikan yang dilemparkan terhadap program realiti popular, Akademi Fantasia (AF), memang tidak dapat dinafikan lagi impak yang terhasil daripadanya adalah cukup besar.

Mula diperkenalkan pada tahun 2003, AF sudah menjadi satu jenama isi rumah yang sehingga kini terus kekal dalam kehidupan sebahagian besar masyarakat kita.

Walaupun ada yang mengatakan suhu rancangan itu sudah mencapai tahap beku, namun, AF tetap mempunyai pengikutnya yang tersendiri sehinggalah musim kesembilannya melabuhkan tirai malam Ahad lalu.

Sepanjang tempoh itu jugalah, pelbagai kenangan manis dan indah serta tidak kurang juga kontroversi yang sudah tercipta oleh AF yang tidak mungkin dilupuskan daripada ingatan sebahagian daripada kita.

Justeru, apabila Astro menerbitkan sebuah program khas, Konsert Kenangan AFNIL sempena meraikan musim terakhir AF, ia merupakan idea yang cukup bernas untuk mengembalikan memori AF.

Apatah lagi dengan menggabungkan sembilan peserta AF dari musim pertama hinggalah yang terakhir, setiap seorang daripada mereka mempunyai kenangan dan cerita tersendiri.

Mereka yang terpilih ialah Rosmayati Sidik atau Rosma dari AF1, Zarina Zainoordin (Zarina-AF2), Mohamed Zulkefli Mohamed Idir (Kefli-AF3) dan Syamsul Hirdi Muhid (Diddy-AF4).

Tidak ketinggalan Mohd. Syawal Ruslan atau Shawal yang merupakan pelajar AF5, Ika Nabila Abdul Rahim (Ika-AF6), Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil (Zizi-AF7), Nadiawati Ainul Basir (Ain-AF8) dan Fahrur Raqib Abdul Majid (Raqib-AF9).

Memang menarik untuk melihat bekas peserta ini kembali ke pentas AF untuk beradu bakat sekali gus dapat membuktikan kehebatan masing-masing kepada peminat selepas mereka keluar dari akademi.

Barangkali ada yang membangkitkan persoalan apabila melihat peserta kegemaran mereka tidak tersenarai untuk beraksi dalam konsert khas tersebut.

Dalam erti kata lain, apakah kriteria pemilihan peserta Konsert Kenangan AFNIL sedangkan ada yang lebih layak untuk menyanyi di pentas itu berbanding dengan nama-nama yang terpilih.

Ketika diajukan soalan tersebut kepada Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, dia memberitahu semuanya berdasarkan kepada kelapangan setiap peserta untuk menghadiri rakaman konsert tersebut.

"Bukan itu sahaja, kami juga memilih peserta yang mempunyai cerita yang menarik ketika mereka menyertai AF seperti Rosma dan Zarina.

"Malah, ada juga peserta yang kami pilih untuk Konsert Kenangan AFNIL ini adalah mereka yang tersingkir di minggu kesembilan iaitu seminggu sebelum konsert akhir berlangsung.

"Kami memberikan sepenuh kebebasan kepada setiap peserta untuk memilih lagu-lagu yang ingin mereka sampaikan dalam konsert ini," ujarnya dalam sidang akhbar usai rakaman di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Melihatkan kepada idea menggabungkan bekas peserta AF untuk konsert tersebut, memang menarik seandainya pihak Astro menerbitkan program khas seperti mana Maharaja Lawak.

Dengan menggabungkan juara dan bekas finalis AF sepanjang sembilan musim, memang tidak mustahil ia adalah idea terbaik untuk melengkapkan 10 musim AF.

"Secara jujurnya, pihak kami memang mempunyai perancangan seperti yang dikatakan itu dan kami juga sedang menimbangkan idea tersebut. Apa pun, biarlah kami melihat kepada respons AF9 terlebih dahulu," jelas Azlin Reza lagi.

Kuasa Aznil

APABILA memperkatakan tentang AF, memang tidak dapat dinafikan individu bernama Aznil Nawawi telah memainkan peranan penting untuk menghidupkan perjalanan program itu dengan keletah dan aksi bersahaja di atas pentas.

Lalu, apabila diberi peluang menerbitkan program mingguan Kenangan AFNIL dan seterusnya ditutup dengan Konsert Kenangan AFNIL, pengacara nombor satu negara itu memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

Bagi Aznil, AF telah memainkan peranan besar dalam kariernya sehingga meletakkan kedudukannya paling tinggi selain diiktiraf dengan pelbagai pengiktirafan baik dari segi populariti mahupun gelaran terbaik.

Atas alasan itu, Aznil mengakui pelbagai perasaan yang bermain di benak hatinya sewaktu mengendalikan Konsert Kenangan AFNIL sehingga dia menjadi sebak.

"AF bukan hanya platform yang telah mengembalikan kegemilangan nama saya tetapi ia juga adalah pentas untuk saya menjalinkan ukhuwah dengan pesertanya yang sudah saya anggap seperti adik-beradik saya sendiri.

"Saya benar-benar menjaga hubungan itu dan ia kekal sehingga ke hari ini. Terlalu banyak kenangan saya bersama AF dan para pesertanya yang menggamit memori saya sebagai seorang pengacara.

"Sebagai contoh, Nija yang dahulunya seorang yang begitu manja di dalam akademi sehingga sewaktu makan pun mahu disuapkan kini sudah menjadi seorang ibu.

"Bayangkan perjalanan AF itu sendiri telah banyak merobah hidup ramai orang bukan hanya kepada pesertanya tetapi masyarakat di luar sana.

"Mereka boleh jadi benci, menyampah, sayang dan marah dengan AF. Apa yang penting juga, AF sebenarnya telah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan itu sehingga ia menjadi tontonan wajib setiap hujung minggu," kata pengacara yang tiada tandingan ini bersungguh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved