Isnin, 13 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Gunakan kebijaksanaan – PM

Posted:


Najib Tun Razak ditemani Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo (kiri) bersalaman bersama ahli-ahli parti ketika hadir merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian itu di Pejabat UMNO Ampang, Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Azrul Edham Mohd. Aminuddin


KUALA LUMPUR 12 Jun – UMNO dan Barisan Nasional (BN) digesa menguruskan persepsi masyarakat dengan bijak bagi membolehkan rakyat memahami jasa parti politik itu yang telah dilaksanakan sejak zaman kemerdekaan lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, persepsi serta sentimen rakyat perlu dipupuk supaya mereka dapat melihat UMNO dan BN sebagai parti yang paling baik, bercakap benar serta mampu membela nasib rakyat.

Menurutnya, perkara itu perlu dilakukan segera memandangkan pakatan pembangkang kini semakin galak membentuk persepsi palsu dalam kalangan masyarakat dengan melakukan pelbagai pembohongan.

"Yang dah benar pun boleh bersilat lagi, nak minta profil asid deoksiribonukleik (DNA) tak beri, kata pula hakim macam-macam, soal jam tangan Omega tak terjawab sampai sekarang, masih lagi bersilat kata kita jahat, kita fitnah, kita bohong.

"Tetapi soal moral mereka itu memang dipersoalkan, bukan kerajaan yang persoal tetapi orang dia juga, bukan kita yang bawa dia ke mahkamah, tetapi pembantu peribadinya," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ampang, dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Najib yang juga Presiden UMNO memberitahu, para pemimpin parti dari setiap peringkat perlu berusaha lebih keras untuk mendampingi rakyat dan bukannya berbalah bagi merebut kuasa serta menjadi calon pada pilihan raya akan datang.

Katanya, ini bagi memastikan rakyat akan tetap menyokong parti itu pada pilihan raya nanti bagi membolehkannya meneruskan usaha membangunkan negara serta memelihara nasib rakyat.

"Kalau jadi pemimpin kawasan, kita mesti tengok prestasi sama ada dia bekerja kuat untuk kepentingan parti atau dia disukai oleh rakyat dan adakah cukup nilai moral sebagai pemimpin yang boleh kita pilih sebagai calon pada masa akan datang," jelasnya.

Sementara itu, pada sidang akhbarnya, Najib berkata, kerajaan akan terus melaksanakan program bersesuaian bagi meringankan beban rakyat pada masa akan datang.

Sebagai contoh, katanya, kerajaan akan meminta bantuan syarikat pasar raya besar Mydin untuk menawarkan harga rendah bagi pelbagai barangan keperluan harian memandangkan syarikat itu mempunyai keupayaan berbuat demikian dan perkara tersebut akan diumumkan sedikit masa lagi.

"Selain itu, kerajaan juga sedang menyediakan 3.3 juta peluang pekerjaan bagi rakyat negara ini dalam tempoh 10 tahun akan datang melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP)," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Badan khas tolong keluarga miskin

Posted:

Badan khas tolong keluarga miskin

Badan khas tolong keluarga miskin

Oleh WANDA IDRIS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Jun – Sebuah badan khas akan diwujudkan dalam usaha membantu para penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) yang kurang berkemampuan untuk membeli unit kediaman yang mereka duduki.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kertas cadangan penubuhan badan itu akan dibentangkan ke Kabinet Ogos ini bagi mendapat kelulusan kerajaan.

Menurut beliau, ia merupakan cadangan jangka pendek yang diharap dapat membantu kira-kira 24,000 pemohon yang kini menghadapi masalah pinjaman bank atas pelbagai faktor, antaranya warga emas dan tiada pekerjaan tetap.

"Badan itu nanti akan menguruskan pinjaman, namun berbeza dengan bank, syarat-syarat pinjaman adalah lebih longgar mengikut keupayaan pembayaran balik pembeli yang kebanyakannya berusia 50 tahun ke atas, selain mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiawangsa di sini hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga bapa angkat UMNO Setiawangsa, Datuk Seri Idris Jusoh.

Raja Nong Chik berkata, kerajaan telah menyediakan kuota 35,000 unit rumah kepada penghuni PPR dan PA sekitar Lembah Klang, namun daripada 24,000 yang memohon, hanya 12,000 yang layak mendapat kelulusan pinjaman bank.

Justeru, beliau berharap dengan penubuhan badan itu nanti, ia akan memudahkan para penghuni untuk memiliki kediaman sendiri.

Mengulas tunggakan sewa penghuni PPR, Raja Nong Chik berkata, kira-kira 20 peratus yang tidak menjelaskan sewa bulanan masing-masing sehingga menyebabkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terpaksa menanggung beban hutang sehingga RM50 juta.

Menurutnya, terdapat tiga kategori mereka yang enggan membayar sewa berkenaan iaitu yang memang tidak mampu, lambat membuat pembayaran hingga tertunggak dan mereka yang memang sengaja tidak mahu membayar sewa bulanan.

Beliau berkata, pihaknya akan mencari jalan penyelesaian terbaik kepada mereka yang tidak mampu dan ingin membayar tunggakan, namun kepada yang mampu dan berdegil, mereka mungkin akan dikenakan tindakan.

Dalam pada itu, Raja Nong Chik berkata, pihaknya akan menyerahkan kepada Kabinet untuk menentukan nasib Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru, bergantung kepada hasil referendum dengan para pemilik tanah.

Setakat ini, kata beliau, penerimaan penduduk terhadap cadangan pembangunan yang akan dilakukan kerajaan adalah positif.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hassan Ali, Harun Taib gugur

Posted:

Hassan Ali, Harun Taib gugur

Hassan Ali, Harun Taib gugur

Oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Jun – Pelantikan baru Jawatankuasa Pas Pusat bagi sesi 2011-2013 yang diumumkan hari ini menyaksikan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamad Ali dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib 'digugurkan' daripada jawatan masing-masing.

Hassan yang merupakan Exco kerajaan negeri digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Meru, Dr. Abdul Rani Osman manakala Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut menggantikan Harun.

Senarai pelantikan baru itu diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang akhbar di Pejabat Agung Pas di sini, sejurus sahaja selesai mesyuarat pertama kepimpinan baru parti tersebut yang dipilih pada muktamar parti itu minggu lalu.

"Kita telah membuat pelantikan dan dipersetujui sebulat suara dan berkuat kuasa serta merta. Mereka akan diberikan surat pelantikan masing-masing oleh Setiausaha Agung selepas ini," ujarnya.

Pelantikan itu turut menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung Pas dengan Datuk Takiyuddin Hassan, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung.

Sementara itu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik sebagai Bendahari menggantikan Dr. Mohd. Hatta Ramli yang dilantik Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat.

Calon Timbalan Presiden Pas yang kalah pada pemilihan Sabtu lalu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Idris Ahmad.

Ahli Jawatankuasa Pas yang dilantik adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Mohd. Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Bagi Pesuruhjaya Pas Negeri pula, lima negeri mengalami perubahan iaitu Abdul Wahid Endut (Terengganu), Aminuddin Halim (Sabah) Mohd. Taufek Abdul Ghani (Negeri Sembilan), Dr. Abdul Rani Osman (Selangor) dan Adly Zahari (Melaka).

Di antara yang kekal sebagai Pesuruhjaya Negeri adalah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Kelantan), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang), Datuk Dr. Mahfodz Mohamed (Johor), Abu Bakar Husin (Perak), Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah), Salleh Man (Pulau Pinang), Hashim Jasin (Perlis), Mohd. Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan) dan Adam Ahid (Sarawak).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved