Isnin, 13 Jun 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Jenayah rentas sempadan: Biometrik berjaya

Posted:

Jenayah rentas sempadan: Biometrik berjaya

Jenayah rentas sempadan: Biometrik berjaya


Hishammuddin Tun Hussein (tengah) dan Musa Aman (empat dari kiri) bersama-sama menyempurnakan acara memotong pulut kuning pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Libaran di Sandakan, semalam.


SANDAKAN 12 Jun - Penggunaan sistem biometrik ternyata berkesan dalam menangani masalah berkaitan jenayah rentas sempadan berikutan kejayaan pihak berkuasa menahan seorang anggota kumpulan militan Indonesia, Agus Salim, 34, pada Isnin lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Agus memasuki negara ini melalui Medan, Indonesia dan Bangkok, Thailand sebelum ke Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan pasport tulen walaupun menggunakan nama lain.

Jelasnya, sekiranya negara tidak mewujudkan sistem tersebut, sebarang masalah berkaitan dokumen palsu atau dokumen sah tetapi dengan nama lain seperti yang berlaku dalam kes Agus pasti akan berulang.

"Setakat ini, sistem biometrik yang dipasang di setiap pintu masuk negara sama ada laluan udara, laut dan darat tidak mempunyai sebarang masalah kecuali pintu masuk di sempadan Johor dan Singapura yang terdapat sedikit isu kesesakan," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Libaran, di sini hari ini.

Dalam pada itu, kata Hishammuddin, kementerian bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri Sabah dalam melakukan operasi pemutihan warganegara asing di negeri itu.

"Dunia tanpa sempadan membawa cabaran yang semakin tinggi dan sekiranya kita tidak menggunakan sistem teknologi yang ada, saya bimbang masa depan negara akan tergugat," katanya.

Menurutnya, operasi pemutihan membolehkan kesemua data dan maklumat warga asing yang masuk ke negara ini dikumpulkan.

Berhubung isu penahanan dua rakyat Malaysia di Filipina kerana disyaki terbabit dengan Jemaah Islamiah, Hishammuddin berkata, siasatan lanjut masih dijalankan membabitkan ahli keluarga mereka.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak untuk memahami dan tidak menuding jari terhadap kerajaan selagi siasatan belum selesai.

"Setakat ini, isu berkaitan dua rakyat Malaysia dikatakan mengebom gereja-gereja di Medan dan terjebak dengan fahaman Jemaah Islamiah hanya sekadar dakwaan. Sekiranya ia tidak benar, melalui hubungan diplomatik yang ada kita berharap mereka dapat dibebaskan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan tidak tunduk desakan nelayan laut dalam

Posted:

Kerajaan tidak tunduk desakan nelayan laut dalam

Kerajaan tidak tunduk desakan nelayan laut dalam

TANJONG KARANG 12 Jun - Kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan kumpulan nelayan laut dalam yang mengancam mengadakan mogok sekiranya kerajaan terus mengekalkan keputusan mengurangkan subsidi diesel kepada golongan tersebut.

Dua kementerian berkaitan industri tersebut akan mempertahankan keputusan berkenaan seperti dinyatakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mereka berpendapat langkah itu terpaksa dilakukan demi kepentingan negara, ekoran banyak berlaku transaksi penjualan bahan api bersubsidi itu cara haram di tengah laut.

Noh menegaskan, kementeriannya sudah mempunyai pelan alternatif iaitu mengarahkan agar Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membawa masuk ikan import tambahan sebanyak 110 tan metrik sebulan bagi menampung keperluan pengguna, sekiranya nelayan laut dalam mengadakan mogok.

"Sekarang pun bila mereka ancam mahu mogok harga ikan mengalami kenaikan, jadi sebab itu kita akan membawa masuk ikan import tambahan dari negara jiran, tetapi dalam masa sama kita tetap menjaga kepentingan nelayan tempatan.

"Kita sudah arahkan permit import (AP) ditambah kepada 2,000 pemegang lesen import sedia ada," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian mesyuarat UMNO Bahagian Tanjong Karang di sini hari ini yang dirasmikan oleh Ismail Sabri selaku Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Akhbar hari ini melaporkan kira-kira 700 nelayan dan pengusaha bot melancarkan tunjuk perasaan di Perlis, Pahang dan Johor semalam kerana membantah kenaikan harga diesel untuk bot nelayan laut dalam berkuat kuasa bulan ini.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang khuatir ancaman mogok itu didalangi oleh parti pembangkang kerana jumlah nelayan laut dalam yang terlibat hanya sekitar 1,019 pemegang lesen iaitu mereka yang terlibat di kawasan penangkapan C2.

Katanya, lebih 40,000 nelayan pantai yang rata-ratanya miskin adalah golongan yang lebih layak dibantu, berbanding nelayan laut dalam yang hampir 70 peratus tekong dan awak-awaknya terdiri daripada rakyat asing yang menggunakan lesen tempatan.

"Pengurangan subsidi tidak melibatkan nelayan-nelayan di zon penangkapan A, B dan C, sebaliknya hanya zon C2 iaitu laut dalam. Mereka sebenarnya telah banyak mendapat bantuan daripada kerajaan termasuk insentif tangkapan dan pembinaan jeti bernilai RM100 juta," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menjelaskan secara terperinci isu berkenaan di Dewan Rakyat pada Selasa ini dengan lebih enam ahli Parlimen pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan soalan mengenai pengurangan subsidi diesel nelayan laut dalam.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan menganggap pemberian subsidi kepada nelayan laut dalam adalah menyalahi konsep sebenar iaitu membantu nelayan yang susah sedangkan penangkapan ikan di laut dalam sudah dianggap sebagai satu industri.

"Namun, kerajaan masih lagi bertimbang rasa apabila tidak menarik terus subsidi tetapi hanya mengurangkannya iaitu kepada harga RM1.80 seliter. Mereka masih mendapat subsidi sebanyak RM1 seliter, sepatutnya kita tarik terus kerana ia adalah industri.

"Jadi, kita tidak peduli ancaman (mogok). Jangan cuba ancam dan ugut kerajaan, kita akan pertahankan kerana kita tahu apa yang kita buat adalah untuk kepentingan negara," tegasnya.

Tambah beliau, pengurangan subsidi nelayan laut dalam dapat menjimatkan RM187 juta yang boleh digunakan untuk membantu golongan nelayan pantai dan sekiranya dicampur dengan pengurangan subsidi diesel membabitkan pengusaha lori, ia boleh membawa penjimatan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kaji selaras harga diesel

Posted:

Kaji selaras harga diesel

Kaji selaras harga diesel

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
uma.ramayah@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan meneliti cadangan agar harga diesel diselaraskan bagi membendung kegiatan jual beli diesel subsidi secara haram yang semakin berleluasa.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut dilihat relevan bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ekoran harga diesel di negara ini yang berbeza mengikut sektor tertentu.

Beliau memberitahu, ketika ini kerajaan terpaksa menanggung subsidi RM1 bagi setiap liter diesel yang dijual dengan harga RM1.80 di pasaran tempatan.

"Dengan memindahkan tanggungan subsidi kepada pengguna, penjimatan itu boleh digunakan untuk mengurangkan defisit dan bagi pembangunan negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, persatuan-persatuan pengusaha lori meminta kerajaan menyelaraskan harga diesel bagi membendung kegiatan jual beli secara haram tetapi insentif lain perlu disediakan seperti pengurangan cukai jalan atau cukai terhadap alat ganti lori dikurangkan.

Utusan Malaysia kelmarin mendedahkan kegiatan jual beli diesel subsidi secara haram di lebuh raya yang melibatkan lori pengangkutan dan diesel itu kemudiannya dijual kepada pihak industri.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, sehubungan itu, beliau akan mengadakan perbincangan dengan kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Pengangkutan berhubung isu terbabit.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk mengadakan pertemuan dengan persatuan-persatuan lori bagi membincangkan isu tersebut.

Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi, PLUS Expressways Bhd. (PLUS), Khalilah Mohd. Talha ketika diminta mengulas mengenai trend penjualan diesel subsidi secara haram di kawasan rehat dan rawat (R&R) lebuh raya berkata, setakat ini pihaknya belum pernah menerima sebarang laporan berhubung perkara tersebut.

Namun, beliau meminta orang ramai yang terserempak dengan aktiviti yang mencurigai di sepanjang kawasan lebuh raya supaya menghubungi talian hotline PLUS 1-800-88-0000 dengan segera.

"Pada masa sama, kita juga telah meningkatkan rondaan di sekitar lebuh raya terutamanya di kawasan R&R," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved