Isnin, 13 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pelaksanaan NERS perlu ikut keadaan

Posted:

Pelaksanaan NERS perlu ikut keadaan

Pelaksanaan NERS perlu ikut keadaan

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my


SHAHRIR Samad menyampaikan piala kemenangan kepada juara keseluruhan yang dimenangi Kampung Pasir Putih pada Karnival Sepakat Komuniti 1Malaysia Peringkat Daerah Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 12 Jun - Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa untuk mengambil kira keadaan di peringkat akar umbi dalam pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS) yang menggunakan teknologi biometrik.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad berkata, NERS adalah satu langkah yang baik namun kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru hujung minggu lalu menunjukkan penggunaannya tidak sama seperti lapangan terbang atau pelabuhan.

"Masalah ini berlaku kerana pada hari tersebut beratus ribu rakyat Singapura masuk ke Malaysia kerana musim cuti sekolah.

"Kesesakan yang berlaku di CIQ baru-baru ini hanya bersifat sementara dan dapat diselesaikan sekiranya kementerian terbabit turun ke padang dan melihat sendiri bagaimana keadaan sebenar," katanya ketika ditemui dalam Karnival Sepakat Komuniti 1Malaysia Peringkat Daerah Johor Bahru, di sini, hari ini.

Shahrir bagaimanapun tidak menafikan keperluan NERS kerana ia diakui penting dalam soal menjaga keselamatan negara dan imigresen.

Jelasnya, dengan adanya sistem ini, tidak akan berlaku lagi kes seseorang dapat melolosi sempadan masuk ke Malaysia seperti dalam kes pengganas paling dikehendaki Asia Tenggara, Mas Selamat Kastari yang ditangkap di negeri ini pada tahun 2009.

Kesesakan luar biasa yang berlaku di CIQ Johor Bahru, hujung minggu lalu dipercayai disebabkan oleh cuti sekolah dan jualan mega di Singapura yang menyaksikan kebanjiran rakyat republik itu dan pelancong keluar dan masuk ke Malaysia.

NERS yang ketika itu baru tiga hari dilaksanakan sepenuhnya bermula 1 Jun lalu, didakwa memburukkan lagi keadaan ketika itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMNO berusaha menangi hati rakyat

Posted:

UMNO berusaha menangi hati rakyat

UMNO berusaha menangi hati rakyat

BATU PAHAT 12 Jun - UMNO Johor tidak akan mendabik dada dengan status sebagai kubu kuat UMNO, sebaliknya sentiasa berusaha keras memenangi hati rakyat bagi mematahkan strategi yang diatur pembangkang untuk menawan negeri itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, UMNO negeri menyedari kenyataan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri yang juga bekas Menteri Kabinet yang menaruh keyakinan pembangkang dapat menawan negeri ini dengan menguasai undi di bandar dan memecahkan undi Melayu di luar bandar.

"Pemimpin itu menyatakan keyakinan pembangkang dapat menawan Johor dengan strategi mendapatkan sokongan sekurang-kurangnya 80 peratus undi di bandar, tidak kurang 50 peratus undi di luar bandar dan 60 peratus undi kaum India.

"Rumusannya, mereka yakin mendapat sokongan padu di kawasan bandar dan berhasrat memecah-belahkan sokongan orang Melayu yang kebanyakannya berada di luar bandar," katanya berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Parit Sulong, di sini, hari ini.

Abdul Ghani berkata, kuasa politik yang diterajui UMNO di negeri ini hanya dapat dikekalkan menerusi perpaduan orang Melayu, justeru parti perlu menjalankan tinjauan dan kaji selidik sehingga ke peringkat peti undi untuk mengetahui tahap sokongan terhadap parti.

"Cabaran hari ini hanya dapat ditangani menerusi keutuhan orang Melayu. Itu satu-satunya yang ada pada kita," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved